Nuffnang

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Health and Health. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Health and Health. Papar semua catatan

Ahad, 30 Mei 2010

Mengapa penyakit tak sembuh setelah banyak menggunakan herba Part II


Entah macam mana pada satu hari sedang aku browsing dari satu web ke satu web aku terjumpa web Dr. Snider. Wow aku amat kagum dengan hasil penemuananya dalam dunia perubatan alternatif. Malangnya selepas 2 kali aku membaca artikle yang ditulis oleh Dr. Snider web tersebut langsung tidak boleh di akses hingga kini. Apabila aku taip nama Dr. Snider, Dr. Snider lain yang keluar...


Begini kata Dr. Snider semua penawar kepada penyakit ada dalam diri manusia. Sistem tubuh manusia ini asalnya berfungsi secara normal. Tetapi ia menjadi tidak normal apabila:


1. Mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Semua zat lebihan dalam makanan
merosakkan kembali sistem badan

2. Makanan pada hari ini tidak lagi organik apabila penggunaan pelbagai jenis racun digunakan
ke atas tanaman.

3. Teknik GMO menyebabkan keadaan badan menjadi lebih parah. Menyebabkan daya tahan
badan menjadi lemah dan tak dapat merintangi penyakit yang dulunya mudah di rawat
dengan ubatan-ubatan tertentu. Umpamanya selsema.

4. Ini diburukkan lagi dengan pelbagai pencemaran alam, pencemaran pelbagai gelombang dan
gaya hidup yang tidak sihat.

5.Kesemua permasalahan di atas menjadikan emosi kita tidak stabil dan akhirnya menyumbang
kepada penyakit tertentu. Keseimbangan sistem badan dirosakkan oleh faktor-faktor di atas.
Dr. Snider mencadangkan;

1. Semasa dalam tempoh rawatan cuba hindari ke semua 5 faktor di atas. Gunakanlah apa sahaja
herba yang benar-benar organik untuk merawat penyakit tertentu hingga sembuh.

2. Setelah sembuh cuba tukar budaya hidup yang sihat. Gaya hidup oragnik-kalau pun tidak
seratus peratus organik. Hari ini HPA banyak produk organik dan Halal.
3. Pilih makanan yang organik ataupun yang menghampiri organik.

4. Exercise merupakan aspek terpenting selain menjaga pemakanan. Anggaplah senaman itu
seperti makan ubat atau herba yang operlu diambil setiap hari. Maka senaman juga perlu
dilakukan setiapa hari....

5. Banyak mengambil sayuran yang dan buah-buahan yang tinggi kandungan airnya.

6. gunakan air yang benar-benar bersih dan tidak tercemar.

7. Amalkan amalan ini selama 3,6,9 atau 12 bulan. Anda akan pulih darpada penyakit tertentu.
kualiti hidup anda juga akan lebih meningkat. Dan Yang best anda akan hidup lebih lama di
dunia ini....

Ingat !!!!!! : TINDAKAN YANG SAMA AKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG SAMA

Bestkan............


Mengapa penyakit tak sembuh setelah banyak menggunakan herba

Aku memang selalu ke stokis HPA untuk membeli barang keperluan rumah seperti sos tomato,sos cili, kicap, ayam organik, jus mangga, jus rosele dan pelbagai barang lagi. Semasa menunggu Q untuk membeli barang aku terdengar perbuualan ini. Lebih kurang macam ni le bunyinya.
"Ayah akak dah makan produk kencing manis ni lama dah, mula-mula makan dulu turun kencing manisnya, tetapi akhir-akhir ini macam tak berapa rasi". Jawab budak yang jaga kaunter "Akak kena tambah dosnya dan kena tambah produk lain".

Aku rasa macam nak menyampuk je. Tapi aku pendamkan sahaja. Sebenarnya macam nilah aku nak cerita satu konsep yang orang tak paham apabila menggunakan herba sebagai perawatan. Sebenarnya bukan sahaja herba apa sahaja ubatan moden atau tradisional menggunakan kaedah yang sama.

Baca kenyatan ini kuat-kuat ye. TINDAKAN YANG SAMA AKAN MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG SAMA. JARANG TINDAKAN YANG SAMA MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG BERLAINAN. Apa kaitanya kenyataan ini dengan situasi di atas.

Begini, dulu aku biasa sangat jual herba ni, ramai yang puilih penyakitnya setelah menggunakan herba yang aku jual dengan izin Allah. Soalnya mengapa?. Mengapa?.... Macam ni pada peringkat awal menggunakan herba anda dinasihatkan untuk jaga makan, kurang makanan berlemak bergula dan makanan masin. Memang semua peraturan ini dipatuhi. Maka sudah pastilah dengan bantuan khasiat herba penyakit tersebut cepat sembuhnya.

Ada pelanggan aku yang sepatutnya operation jantung, tak jadi operation. Ada pelanggan aku yang dulunya lelah sembuh lelahnya. Tak kurang juga yang mengidap kencing manis dan darah tinggi beransur pulih penyakitnya. Mengapa agaknya ya?. Jawapannya sama gabungan antara keyakina emosi yang positif, jaga pemakanan dan khasiat herba akhirnya badan kembali berfungsi secara normal. Ditambah dengan senaman hasilnya memang diluar jangkaan.
Tetapi setelah lama menggunaka sesuatu herba kekuatan emosi positif semakin longgar, makanan yang sama menyebabkan kita menghidap sesuatu penyakit mula diambil dengan kuantiti yang tak terkawal dan ada yang meninggallkan atau kadang-kadang makan kadang-kadang tidak produk herba tersebut.

Akhirnya mereka ini kembali mengidap penyakit yang sama. Ini yang aku maksudkan TINDAKAN YANG SAMA MENGHASILKAN KEPUTUSAN YANG SAMA. Setelah lama tidak menjual herba aku masih mencari kaedah yang paling baik untuk penyakit terus hilang dari badan dan kita boleh menikmati makanan yang kita suka dalam kadar yang terkawal. Akhirnya aku bertemu dengan tulisan seorang pakar perubatan Alternatif Jerman Dr. Snider.


Bersambung dalam n3 seterusnya.......

Sabtu, 22 Mei 2010

Bestnya Sihat


Terus terang aku katakan tahun ini adalah tahun sihat aku. Kualiti kesihatan aku sangat meningkat. Kalau 2 tahun dahulu aku kerap demam, batuk, angin ,sakit batu karang dan darah yang kadang-kadang tinggi, kini semunya sudah hilang. Kalau dahulu sakit ini datang silih berganti seolah-olah tiada nokhtah hentinya.


Tambahan dengan barat yang berlebihan menjadikan aku tidak aktif, malas dan berfikiran negatif. Sampai satu tahap sakit yang tidak tertanggung, mula menyedarkan aku betapa aku perlu mengubah cara berfikir, cara makan dan hidup secara lebih sihat.


Bermula bulan 6 tahun sudah aku telah mula mengubah tabiat pemakanan. Makan makanan yang sihat, berkualiti dan lebih organik. Buah-buahan, jus buah dan sayur-sayuran telah menjadi menu wajib aku. Aku mengikut saranan pakar motivasi terkenal Anthony Robin dalam bukunya Unlimited Power. Memang berkesan dan menjadikan aku lebih bertenaga.


Sahabat aku Razali Awang juga banyak memberi tip kepada aku tentang cara hidup sihat dan cara-cara exercise yang betul. Bagi aku untuk sihat kena pelajar daripada orang yang pernah sakit dan akhirnya dia sihat. Kalau nak menurunkan berat badan kena belajar dari mereka yang pernah mengalami masalah berat badan dan akhirnya turun berat badan mereka.


Jangan percaya dengan lambakan produk-produk menurunkan berat badan yang ada kerana kebanyakan syarikat menyarankan agar kita menggantikan makanan harian kita dengan produk yang dijual oleh mereka. Pada masa yang sama menghalang pengambilan makanan bergoreng, berlemak, lebih gula dan lebih garam.


Berdasarkan sedikit pengalaman yang aku ada apabila kita sudah menurangkan pegambilan makan di atas sebenarnya berat badan memang boleh diturun tanpa perlu mengambil produk menurunkan berat badan. Inilah yang kita tidak mampu lakukan apabila teruja dengan makanan bergoreng dan berlemak.


Aku masih jauh daripada sasaran yang ditetapkan walaupun aku dah turun hampir 30 kilogram. Talipinggang aku sudah ditebuk lubang baru (empat lubang) , hampir 3-4 inci. Ramai juga yang menyedari penurunan berat badan aku dan cuba mencungkil rahsia dengan bertanya makan produk apa?. Jawapan aku mudah.


1. Kurang makan 2. Pilih makan 3. Exercise.....


Seronok rasanya menjadi orang yang sihat dan bertenaga......

Khamis, 8 April 2010

Mintak Nyawa


"Tarik nafas, lepas" "tarik nafas, lepas" "tarik nafas dan lepas". Kata cikgu Pendidikan jasmani semasa aku berada di sekolah rendah dahulu. Semasa zaman aku aktif main bolasepak, bolatampar, bolatakraw dan olahraga perkara yang sama akan dilakukan.


Semasa sudah menjadi cikgu pun perkara yang sama akan dilakukan oleh sesetengah guru kepada anak muridnya. Aku terus tertanya-tanya apa pentingnya tarik nafas dan lepas. Apabila ditanya jawapannya untuk apa perkara tersebut dilakukan jawapannya ialah untuk menarik sebanyak mungkin oksigen ke dalam sistem darah dan badan. Setakat itu sahaja jawapannya.


Rasanya kalau setakat itu jawapannya budak sekolah rendah pun tahu. Semenjak dari sekolah rendah sehinggalah aku menjadi guru pertanyaan itu masih belum terjawab dan kalau pun ada jawapannya tidak memuaskan hati sehinggalah aku terbaca buku Unlimited Power Anthony Robin yang menjelaskan secara terperinci tentang peri pentingnya kita melakukan tarikan nafas yang dalam seperti yang dilakukan oleh pengamal Tai Chi dan Yoga.


Nak tau jawapannya teruskan membaca siri dua artikel ini pada minggu hadapan......... janganmare ha.......


Ahad, 27 Disember 2009

Sindrom 3G


Senario 1

"Sejak aku makan produk J ni berat badan aku dah turun sebanyak 12 kg". Kata kak N kepada adiknya.

Senario 2

"kaki akak ni kurang sikit sakitya apbila menggunakan produk s, badan pun terasa ringan" terang seorang kakak tu kepada aku.

Senario 3

"Aku makan produk M ni ok, tapi belum nampak perubahan lagi" kata seorang rakan sekerja setelah menggunakan produk M selama 3 bulan.

Senario penggunaan produk melangsingkan badan menjadi fenomena di Malaysia. Pemikiran kita telah diprogramkan apabila menggunakan produk tertentu kita akan dapat bentuk badan yang langsing, menarik dan mengiurkan.

Benarkah begitu atau hanya mainan psikologi. Apa yang aku perhatikan mereka yang mendakawa ada perubahan setelah menggunakan produk tersebut sebenarnya tak de apa-apa perubahan pun. Sama je macam dulu. Cuma keyakinan mereka bercakap sahaja yang bertambah.

Umpamanya seorang rakan aku yang mendakwa dirinya sihat namun pada masa yang lain apabila dia bercakap sering merungut pula tentang sakit-sakit lain yang masih dihidapinya dan terus mengah dan sakit lutut memanjat tangga-tangga. Mungkin dia lupa apa yang diperkatakan sebelum itu.

Ada yang mendakwa berat badan dah turun, namun hakikatnya masih macam tu juga. Sebenarnya aku pun tak pasti benarkah produk tersebut benar-benar berkhasiat dan dapat menurunkan berat badan.

Yang bestnya ada produk yang menyuruh kita hanya makan produk tersebut, jangan makan makanan lain. Ada produk yang menyuruh kita mengurangkan kuantiti dan kalori makanan yang biasa kita ambil sehingga 2/3 daripada yang biasa kita ambil.

Ada yang menyuruh mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Dan seruibu satu cara lagi yang perlu digunakan untuk menurunkan berat badan, namun produk tersebut perlu juga diambil.

Setelah lama memikirkannya aku mempunyai satu kesimpulan. Sebenarnya kalau kita sudah berpantang mengurangkan kuantiti dan kalori makanan serta melebihkan pengambilan buah-buah dan sayur-syuran itu sudah cukup untuk meguragkan berat badan. Tak perlu ambil produk-produk tersebut.

Untuk menahan diri daripada makan makanan yang tinggi lemak, berkaborhidrat dan sebagainya itu yang menjadi masalahnya. Sekiranya perkara tersebut berjaya dilakukan nescaya tak perlu sebenarnya kita pada produk pelangsingan badan.

Kemudian diikuti dengan exercise yang dibuat secara rutin. Masalahnya orang kita exercise hanya hangat-hangat tahi ayam. Kombinasi menjaga pemakanan dan exercise yang konsisten merupakan kunci penurunan berat badan dan cara yang paling baik mendapatkan badan yang sihat.

Satu lagi aspek yang penting diketahui ialah kepandaian kita membaca kalori makanan. Ini juga akan dapat membantu kita mengetahui had pemakanan yang perlu diambil dalam sehari. Dengan adanya exercise yang konsisten, manjaga pemakanan dan tahu membaca kalori hasrat kita ke arah menurunkan berat badan dan hidup secara sihat akan tercapai.

Hentikan tabiat membeli produk-produk yang hanya menghabiskan duit anda. Lebih baik anda melaburkan duit anda untuk membeli alat senaman seperti treadmil, basikal statik dan lain-lain lagi ataupun membeli penapis air berkualiti tinggi kerana air yang kita minum juga memainkan peranan yang penting ke arah penjagaan kesihatan yang baik.

Sebenarnya inilah azam tahun baru aku untuk hidup lebih sihat dengan mengamalkan pemakanan organik. Itupun kalau mampu sebabnya kebanyakan makanan organik amat mahal harganya.

Khamis, 29 Oktober 2009

Lactuca Sativa


Salad atau nama saintifiknya Lactuca Sativa merupakan sayur mentah yang kaya dengan pelbagai khasiat. Teksturnya yang rangup dan rasanya yang segar amat sesuai di makan mentah. Salad kaya dengan zad besi,kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, vitamin C, magnesium dan Zink.

Antara kelebihannya dapat merawat masalah insomnia. Pangambilan salad dalam diet seharian menyebabkan tidur anda menjadi lebih nyenyak dan tenang. Selain itu salad juga dapat mampu mengurangkan paras gula dalam kandungan badan, mencegah kanser,gout, penyakit jantung dan masalah penghadaman.

Mengamalkan sayuran mentah seperti salad dan ulaman-ulaman adalah merupakan rahsia generasi dulu lebih sihat dan bertenaga. Salad juga dapat menurunkan suhu badan yang panas selepas kita memakan daging lembu, daging kambing, rempah ratus, cabai dan bawang.

Selalunya salad hanya menjadi penghias kepada makanan lain seperti ikan, daging dan sebagainya. Akhirnya salad hanya di buang tanpa di makan. Anda boleh mengamalkan makan salad dalam diet seharian kerana harganya yang murah berbanding dengan pelbagai khasiat yang kita perolehi.

Dalam satu kajian di Sewden mendapati pengambilan salad mampu merawak masalah kanser buah pinggang khususnya di kalangan wanita. Namun hari ini salad kerap di makan bersama dressing seperti Mayonis. Ini serba sedikit akan menurunkan khasiat salad.

Mulakan langkah anda makan salad hari ini. Bagi orang Malaysia salad selalu digunakan dalam laksa dan burger. Namun adalah lebih baik jika salad di makan begitu sahaja ataupun dijadikan ulam.

Isnin, 7 September 2009

PENAWAR SELSEMA BABI H1N1



Saya dapat tahu daripada doktor pusat kesihatan USM bahawa Bunga Lawang digunakan untuk membuat ubat Tamilflu iaitu anti-virus untuk H1N1. Jadi saya buat sedikit kajian dan mendapati bahawa ia adalah benar. Isteri saya terus beli bunga lawang (50sen sepeket), rebus dan paksa semua orang minum - rasa payau.


Satu keajaiban adalah antara kesemua mangsa maut H1N1 Di Malaysia, tiada satu pun dari kalangan kaum India ..... Ini mungkin kerana kaum India mengamalkan penggunaan bunga lawang secara meluas dalam masakan mereka. Semoga boleh kita amalkan (Nanti harga bunga lawang melambung)


Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak.Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. Ia mula diperkenalkan diEropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular semenjak itu.


Ikhsan :Shahrom (PPSains Fizik) En. Zamzuri Zakaria dan Norhisham Harun


Selasa, 18 Ogos 2009

Pandemik H1N1 daripada kaca mata aku

H1N1 bagi aku merupakan virus pintar yang sangat bahaya. Kebolehannya merintangi ubatan-ubatan moden menyebabkan ia sukar dihapuskan. Kalau dulu virus influenza atau selsema amat mudah dihapusakan dengan ubatan-ubatan tertentu.

Namun kini ia begitu sukar dihapuskan kerana kebolehan kuman kebal influenza mengatasi keberkesanan ubat-ubatan. Sebagai contoh dulu kalau aku gatal-gatal di kaki antibiotik penicilin atau ampicilin dah cukup untuk menghapuskan kegatalan tersebut.

Kini kalau guna penicilin atau ampicilin tak berkesan. Terpaksa ditambah dos yang lebih. Sedangkan kita berhadapan dengan kuman yang sama. Kenapa dulu berkesan sekarang tidak berkesan. Jawapannya kuman juga macam manusia. Setiap rintangan atau kesusahan kita akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut.

Akhirnya apabila kita menemui cara mengatasi sesuatu rintangan maka dengan mudah kita dapat mengatasi rintangan tersebut. Sama macam kuman apabila berhadapan dengan satu-satu antibiotik ada kuman yang mati namun ada kuman yang hidup. Yang hidup akan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi keberkesan antibiotik tersebut.

Apabila menemui caranya maklumat tersebut akan dipindahkan kepada lain-lain kuman. Akhirnya antibiotik tersebut tidak lagi berkesan. Kita terpaksa menggunakan dos yang lebih tinggi. Begitulah prosesnya setiap kali kita menggunakan antibiotik yang baru.

Proses inilah yang disukai oleh syarikat pengeluar ubat antarabangsa kerana ubat keluaran terbaru mereka akan sentiasa laku dan memberi keuntungan mudah kepada syarikat tersebut

Sebenarnya permasalahan ini telah dirungkai oleh pakar kesihatan dengan mengatakan pada zaman akan datang (zaman sekarang) penyakit-penyakit yang dulunya tidak medatangkan kesan mudarat dan mampu di rawat dengan ubat-ubat tertentu seperti influenza, batuk, denggi dan sebagainya akan mejadi pandemik yang akan meragut banyak nyawa manusia.

Dulu masa aku mula baca kenyataan ini aku tak berapa percaya. Nah... sekarang terbukti kebenarannya. Apa puncanya. Puncanya Syarikat-syarikat Multibllionare ubatan antarabangsa yang berlumba-lumba mengeluarkan ubatan yang lebih power dan mempunyai kesan yang cepat. Maka mereka hanya perlu menambahkan dos yang lebih tinggi kepada ubat-ubatan keluaran mereka.

Akhirnya kuman kebal terus menguatkan dirinya sehingga tiada lagi ubat yang mampu menghapuskannya. Salah siapa, salah manusia. Sehingga ke detik ini H1N1 tiada ubat. Hospital hanya merawat simptomnya sahaja.

Kalau ada batuk, sakit tekak, sakit kepala dan demam cepat-cepat buat rawatan bagi menghilangkan simptomnya. Kalau dibiarkan ia akan melemah sistem pertahanan badan dan dengan mudah kuman H1N1 masuk dan menyerang sistem pertahanan badan.

Ibarat rumah yang tiada grill dan tidak berkunci kan mudah pencuri nak masuk. Begitulah halnya dengan H1N1, kalau sistem immune kita kuat maka sukar baginya untuk merosakkan sistem pertahanan kita.

Segera rawat simpton insyallah terhindar pandemik H1N1.

Rabu, 5 Ogos 2009

Buah Kurma


Belum pun masuk bulan Ramadhan buah kurma sudah mula memenuhi pasaran. Macam-macam jenis kurma boleh di dapati. Namun aku masih memilih buah kurma Yusof Taiyyob terutamanya jenis Safia. Nak beli kurma Ajwa (kurma nabi) mahal sangat, lagipun tak de kat tempat aku.

Tahun lepas aku ke Penang kebetulan sebab aku menghadiri satu kursus. Puas aku mencari kedai Yusuf Taiyoob sampai sudah aku tak jumpa.

Bagi aku kurma bertangkai Yusof Taiyoob memang sedap dan mengenyangkan. Kalau kita beli sekarang kurma ni masih ada kerangupannya. Kalau dah masuk bulan puasa nanti kerangupannya kurang.

Kandungan Potassium yang tinggi dalam kurma amat elok untuk pembinaan sel dan sistem immune. Selain pisang kurma juga mengandungi kandungan pottasium yang tinggi. Namun ibarat kata member sekerja aku dia tak nak beli kurma sekarang sebab takut nanti umurnya tak panjang. Maklum le anak-anaknya ramai.

Aku akui memang betul setakat sekotak tu kalau bawak balik sekejap je habis. Kata member aku lagi kalau beli dalam bulan puasa umurnya panjang sikit. Antara khasiat lain bagi kurma ialah orang yang memakannya susah untuk dianiya orang lain (terkena sihir).

Apa yang pasti bagi aku yang tengah diet ni kurma adalah makanan yang aku makan apabila terasa lapar dan amat cepat mengenyangkan perut. Tak percaya anda cuba 3 biji dah cukup mengenyangkan.

Isnin, 3 Ogos 2009

Senaman dan Diet dua senjata ampuh


"Lelaki yang berjalan 2 batu sehari mempunyai 21% peluang kematian dalam tempoh 12 tahun"
"Lelaki yang berjalan 1-2 batu sehari mempunyai peluang kematian 21% peluang kematian dalam tempoh 10 tahun."
"Lelaki yang berjalan kurang 1 batu sehari mempunyai 21% peluang kematian dalam tempoh 7 tahun"

(Sumber:New England Journal of Medicine, 1998)

Dalam entry yang lepas aku dah tulis tentang kombinasi makanan yang sepatutnya kita amalkan. Untuk sihat dan hidup lama kita wajar mengamalkan kombinasi makan yang betul. Satu lagi aspek ialah kuantiti makanan dalam satu hidangan. Untuk makan banyak kita perlu makan sikit.

Maksudnya kalau kita makan terlampau banyak kita akan pendek jangka hayatnya. Berbanding mereka yang makan sikit akan dapat menikmati makan lebih banyak kerana jangka hayat yang panjang.

Selain Diet yang betul senaman juga mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Sama ada kencing manis, darah tinggi, kolestrol tinggi, sakit jantung, kemurungan dan sebagainya. Berdasarkan kenyataan di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa senaman mampu memanjangkan usia seseorang dan mampu juga merawat pelagai jenis penyakit.

Umpamanya bagi pengidap diabetes bersenam dapat meningkatkan tahap sensitiviti sel terhadap insulin yang digunakan untuk memproses gula. Sekiranya kita tidak aktif dan tidak bersenam maka keupayaan sel untuk menggunakan insulin bagi memproses gula semakin merosot dan akhirnya sel langsung tidak dapat memproses gula dalam badan.

Bagi pengidap sakit jantung koronari atau penyakit arteri koronari (CAD). Senaman yang sesuai mampu merawat masalah jantung sehingga ke tahap paling minimum.Ini terbukti apabila satu hospital di UK menjalankan program senaman bagi pengidap jantung.

Selepas beberapa bulan program dijalankan ramai pengidap yang menunjukkan perubahan yang ketara. Kualiti hidup meningkat, aritmia jantung (denyutan tidak sekata) kembali normal dan jantung kembali mengepam seperti biasa.

Begitulah juga halnya dalam lain-lain penyakit. Insayaalah aku akan cuba huraikan kebaikan senaman untuk lain-lain penyakit dalam entry yang akan datang.

Kini baru ku sedar.......


Tahun lepas dan tahun sebelumnya merupakan tahun aku sakit. Macam-macam jenis sakit yang aku alami. Pendek kata sihat sekejap kemudian sakit. Batuk,Demam, sakit perut dan angin silih berganti.

Kemuncaknya bulan 12 tahun lepas apabila aku mengidap sakit angin yang kronik.Mulanya setiap enam bulan sekali. Kalau kena je angin tu aku terpaksa pergi cucuk baru lega. Selalunya kena waktu tengah malam.

Kemudian sebulan sekali. Dan akhirnya sehari-sekali. Bayangkan penawarnya hanya cucuk baru lega. Rupa-rupanya angin yang kuat ia adalah petanda penyakit baru karang. Setelah puas aku mencari punca angin ni akhirnya aku berjumpa dengan Dr. Yusuf di Bidor. Dialah yang mengesahkan penyakit aku berpunca daripada batu karang.

Setelah mengambil ubat yang diberikan selama 2 minggu akhirnya batu karang aku keluar melalui salur kencing. Hingga kini aku tak kena lagi sakit angin.Apa yang aku kesalkan aku mengetahui banyak maklumat kesihatan seperti kaedah perubatan alternatif, moden, cina, islam dan ayurvedha yang boleh aku gunakan untuk mecegah masalah kesihatan aku.

Namun betullah seperti kata orang Ilmu yang tidak diamalkan tidak akan berguna. Umpamanya macam aku banyak yang aku tahu tentang ilmu-ilmu kesihatan seperti yamh aku nyatakan di atas, namun ilmu yang tak diamalkan akhirnya memudaratkan diri aku sendiri.

Semasa sakit aku juga sering tertanya-tanya. Mengapa aku sakit. Sedangkan sepatutnya aku tanya apa yang aku makan yang menyebabkan aku sakit.Kerana semua penyakit berpunca daripada tabiat pemakanan kita, kombinasi makanan yang tidak betul dan kuantiti pemakanan yang banyak untuk satu hidangan.

Kini baru aku sedar soalan yang patut aku tanya bukan mengapa aku sakit? Sebaliknya kena tanya Apa yang aku makan menyebabkan sakit.

Sabtu, 25 Julai 2009

Manggosteen@Manggis


Musim manggis datang lagi. Manggis juga disebut sebagai ratu buah. Bagi orang Cina Durian mesti di makan dengan manggis kerana durian bersifat panas perlu diseimbangkan dengan manggis yang bersifat sejuk.

Percaya atau tidak sebenarnya buah menggis terutama kulitnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Kajian ini dibuat oleh sebuah syarikat di Amerika mendapati bahawa jus manggis mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Maka mereka telah mengeluarkan produk berasakan manggis yang di sebut XANGO. Produk tersebut telah mendapat sambutan hangat di seluruh dunia sehingga syarikat tersebut muncul antara syarikat yang paling cepat berkembang di Amerika. Bahangnya sampai juga ke negara kita.

Hari ini banyak syarikat Bumiputra telah mula mengeluarkan pemakanan kesihatan berasaskan manggis. Yang peliknya juga mendapat sambutan yang hangat. Nyatalah disini bahawa manggis banyak khasiat yang tersembunyi yang masih belum diketahui oleh kita sepenuhnya.

Member aku Cikgu Razak Khalid juga telah membuat kajian dan menemui bahawa kulit manggis yang dikeringkan dan dibuat serbuk mampu memulihkan penyakit buasir. Sesiapa yang ada masalah buasir insyaallah sembuh seperti sedia kala hanya dengan menggunakan produk yang dibuat sendiri oleh Cikgu Razak ni.

Dah ramai orang yang menggunakannya produk formulasi Cikgu Razak ni Alhamdulillah sembuh. Bagi aku buah manggis ini antara buah yang paling jujur dan tidak pernajh kita tetipu dengannya. Berapa pun bilangan tampuk di punggungnya maka sama dengan bilangan isi di dalamnya.

Anak aku yang nombor 3 cukup suka mengira tampuk di punggung manggis. Selepas dikira maka dia pun akan bagi tau adiknya berapa bilangan isi yang terdapat dalam buah manggis. Adiknya pun hairan sebab tak paham perkaitan antara tampuk di punggung manggis dengan isi di dalamnya. Dia kan rasa bangga dengan adiknya kerana dapat meneka dengan tepat. Hari ini atas permintaan anak aku nombor 3 terpaksa la aku beli manggis.

Katanya "Dah lama una tak makan manggis. Memandangkan sekarang musim manggis maka tak susah aku memenuhi permintaannya. Bagi anda yang kerap batuk dinasihatkan jangan makan manggis sebab ia akan menyebabkan batuk yang berlarutan.

Tahun lepas aku pernah batuk lama selepas bayak makan manggis. Selepas makan produk pankaja Kasturi yang aku ceritakan di dalam entry terdahulu, alhamdulillah akau dah boleh makan manggis banyak mana pun. Thanks to God yang menemukan aku dengan PANKAJA KASTURI.......

Isnin, 13 Julai 2009

SPARE PART BADAN


Selepas sebuah syarikat terkemuka antarabangsa mendakwa bahwa kopi adalah anti-oksidan maka sudah tentu semakin ramai orang yang meminumnya. Aku tak pasti kebenaran dakwaannya itu. Tetapi apa yang pasti tidak ada seorang pakar sains pun yang dapat membuktikan kebaikan caffeine.

Sebaliknya caffeine yang terkandung dalam kopi terlampau banyak keburukannya kepada tubuh badan. Malahan Caffeine langsung tidak mempunyai nilai khasiat pemakanan dan tidak diperlukan untuk sebarang fungsi tubuh yang sihat. Namun dalam diet hampir keseluruhan rakyat negara kita kopi digunakan secara meluas.

Caffeine juga meningkatkan homocysteine (kimia yang merosakkan dinding arteri), menggalakkan aritmia jantung (denyutan jantung tidak menentu dan menyekat saluran darah yang menuju ke jantung. Caffein juga meningkatkan sista buah pinggang yang merosakkan renal buah pinggang atau kegagalan buah pinggang pada peringkat akhir. CAFFEINE JUGA MENGURANGKAN KESUBURAN LELAKI KERANA SIFATNYA YANG MENGURANGKAN PERGERAKAN SPERMA. Awas kepada peminum kopi kuat dan kopi tak kuat.

Kalau nak diceritakan banyak lagi keburukan caffeine. Caffeine juga terdapat dalam teh, coklat dan minuman berkarbonat . Juga terdapat dalam herba tertentu sperti GUARANA, KOLA NUT, YERBA MATE DAN MA HUANG. Kan banyak herba dan kopi berasaskan herba yang aku sebutkan tu kat pasaran.

Namun ada juga dalam buku kesihatan tertentu yang mengatakan setakat 2 ke 3 cawan sehari tidak memberi kesan tertentu. Sebenarnya pandangan itu salah. Ia bergantung kepada daya tahan badan dan tahap kesihatan seseorang. Kalau sistem immunenya tinggi mungkin tak de masalah 2 ke 3 cawan kopi. Tetapi kalau badan ada masalah kesihatan mungkin setengah cawan pun memberi kesan.

Walaupun apa dakwaannya Caffeine ibarat bom jangka yang membunuh secara senyap. Ada juga yang mendakwa kopi yang dicampur dengan herba tertentu tak de masalah untuk diminum kerana khasiat herba telah menawakan caffeine tersebut. Inilah pendapat yang aku pegang sejak sekian lama. Rupanya pegangan itu salah. Tak de herba yang dapat menawarkan Caffeine.


Aku sekadar menyampaikan apa yang aku tahu berdasarkan bahan bacaan dan seminar-seminar kesihatan yang aku pernah pergi.Namun terpulang kepada anda tepuk dada tanya selera. Akhir kata spare part kereta ada dijual. Spare part badan sukar dicari ganti. Sekali rosak dia kan terus rosak.Renung-renungkan

Sabtu, 11 Julai 2009

Sindrom Metabolik


Baru-baru ni member baik aku menjalani by-pass jantung. Usianya belum mencapai 40 tahun. Ini memberi ingatan yang kuat pada aku untuk menjaga kesihatan. Bila berlaku masalah seumpama ini aku teringat tentang satu buku yang aku pernah baca berkaitan Sindrom Metabolik.

Sindrom Metabolik juga disebut Sindrom X atau sindrom penentangan insulin. Sindrom ini merupakan keadaan prapenyakit yang memberi amaran kepada kita bahawa kita sedang berdepan risiko di serang jenis pelbagai penyakit. Maksudnya kita belum menghidap penyakit tertentu. Tetapi kemungkinan untuk menghidapi penyakit yang lebih serius dah ada.

Sekiranya kita mempunyai tanda-tanda sindrom ini kita mempunyai risiko 4-20 kali lebih peluang untuk diserang penyakit jantung dan lima kali lebih risiko untuk menghidap diabetes tahap 2.

Antara petanda Sindrom Metabolik ialah ukuran pinggang yang besar (ni yang aku risau ni), Tekanan darah yang tinggi, Trigliserida tinggi, kolestrol baik rendah (HDL) dan paras gula tinggi selepas berpuasa.

Antara tanda yang lebih jelas ialah di bahagian tengkuk dan bawah ketiak kita berwarna hitam. Serta tompok-tompok hitam yang terdapat di kaki juga memberi petanda bahawa badan kita mula tak dapat memproses gula yang kita makan.

Antara langkah yang boleh diambil ialah menurunkan berat badan serta mengawal pemakanan yang kita ambil. Kurangkan karbohidrat, lemak dan gula serta lebihkan buah-buahan dan sayuran dalam diet seharian. Apabila aku menulis tentang Sindrom Metabolik ni secara tak langsung mengingatkan diri aku juga dan kawan-kawan serta pembaca blog semua.

Semoga sahabat baik aku Zamzuri Zakaria kembali sembuh seperti sedia kala. Aku tak sabor nak jumpa kawan aku ni sebab aku suka dengor celotehnya yang mengeletek hati. Bagi aku Zam adalah penghidup atau pencetus suasana ceria apabila kami kawan-kawan lama mengadakan perjumpaan. Tak de Zam macam tak de ummphh.

Isnin, 22 Jun 2009

THE KEY TO A HEALTHY LIFE 3

Makan hanya satu makanan yang padat untuk satu hidangan. Makanan yang padat ialah makanan yang tidak kaya dengan air contohnya daging. Sekali lagi diingatkan jangan makan unsur protein dan karbohidrat dalam satu hidangan seperti nasi dan daging. Sekiranya kita nak makan juga jarakkan masa makan daging semasa makan tengah hari dan makan nasi semasa makan malam.

Ini kerana daging lebih panjang masanya untuk dihadamkan berbanding nasi serta mempunyai jenis jus penghadaman yang berbeza. Itu sebab kita tengok orang Arab kalau dia makan daging dia tak campur benda lain. Hanya daging sahaja.

Namun sayur-sayuran boleh di makan sama ada dengan unsur protein dan karborhidrat. Pernahkah anda bangkit daripada tidur tetapi anda masih merasa letih dan lesu walaupun sudah tidur hampir 6,7 atau 8 jam.? Soalnya mengapa?

Ini disebabkan oleh kombinasi makanan yang salah yang kita makan. Kombinasi makanan yang salah akan mengambil masa yang lama untuk dihadamkan serta sistem badan menggunakan tenaga yang banyak untuk menghadamkan sehingga menyebabkan kita masih merasa letih selepas bangun tidur. Terutamnya apabila kita banyak makan daging.

Sekiranya kita makan kombinasi yang betul ia akan mengambil masa yang singkat untuk dihadamkan. Selain itu kita juga dilarang minum semasa dan selepas selesai makan. Kerana ini akan mencairkan jus penghadaman dan melambatkan proses penghadaman.

Seelok-eloknya setengah jam atau sejam selepas makan baru lah kita minum. Ingat pesan orang tua-tua nak kuat badan jangan minum semasa makan. Rupa-rupanya petua orang tua dan sains sebenarnya seiringan. Hanya kita yang tidak nampak kebaikan daripadanya. Watammat.....

THE KEY TO A HEALTHY LIFE 2

Makanan berunsur karborhidrat contohnya roti, kentang dan nasi memerlukan medium penghadaman alkali seperti enzim ptyalin. Manakala makanan berunsur protein contohnya daging, susu, dan kekacang memerlukan medium penghadaman asid seperti asid hydrochloric dan pepsin.

Dalam undang-undang kimia kedua medium yang bertentangan ini tidak boleh bekerjasama dalam satu-satu masa. Hanya Wonder pets yang boleh bekerjasama. Setiap satu medium apabila dicampurkan akan meneutralkan di antara satu dengan yang lain. Penghadaman akan terganggu atau berhenti sepenuhya.

Mana-mana makanan yang tidak terhadam merupakan tempat pembiakan bakteria yang baik. Lebih parah lagi makanan akan tertapai dan menyebabkan ketidak selesaan perut serta melepaskan gas. Gas inilah yang menjadikan angin di dalam badan. Aku pernah menghadapi masalah angin yang serius.

Ikut atas tak keluar ikut bawah pun tak keluar. Libang-libu rasanya. Sapa yang pernah kena tentu tau azabnya. Kombinasi makanan yang tidak sesuai akan menyebabkan tenaga kita merosot yang berpotensi menimbulkan pelbagai jenis penyakit.

Asid yang berlebihan akan menyebabkan darah menjadi pekat dan aliran darah akan menjadi perlahan serta memberi kesan mengurangkan penyerapan oxygen olah badan. Terus bersambung untuk siri ketiga.......

THE KEY TO A HEALTHY LIFE 1

Aku selalu ngantuk dan kurang bertenaga serta keletihan setiap kali lepas makan nasi bersama lauk-lauk sperti ayam, ikan atau daging. Kadang-kadang sampai empat lima kali nguap. Mata tak tertahan-tahan rasa nak tidur. Rasanya anda juga ada pengalaman seumpama ini.

Aku sentiasa mencari jawapan kepada permasalahan itu. Akhirnya aku berjaya menemui punca dan berjaya merungkai permasalahan tersebut. Nak tau? Baca dan terus baca. Mungkin agak sedikit panjang untuk aku menghuraikannya.

Ramai saintis hari ini menkaji tentang kombinasi makanan. Jawapannya ada di situ. Sebenarnya permasalahan ini amat mudah untuk dirungkaikan. Hanya dengan sikit ilmu dan pengetahuan. Asas utamanya ialah sesetengah makanan tidak boleh dimakan dengan sesetengah makanan yang lain.

Jenis-jenis makanan yang berlainan memerlukan jus penghadaman yang berlainan. Umpamanya nasi lain jus penghadamannya berbanding dengan ikan . Begitu juga daging dan kentang, keju dan roti serta susu dan bijirin.

Kombinasi makanan diatas sekiranya di ambil bersama dia akan merosakkan sistem dalaman badan secara beransur-ransur dan menurunkan keberkesanan penggunaan tenaga harian kita. Akhirnya selepas mengambil makanan tersebut kita akan berasa letih, mengantuk dan kurang bermaya. Soalnya mengapa Baca dalam entry yang seterusnya Bersambung.......

Perut Punca penyakit


Menurut pakar perubatan zaman Arab Purba Al Harith ibn Khaladah menjelaskan " Perut itu sarang penyakit, berpantang larang itu adalah petua segala perubatan". Pendapat ini dikuatkan dengan hadis nabi " Tidak ada bekas yang lebih keji yang disikan oleh anak adam daripada perut".

Kedua-dua pendapat di atas menjelaskan kepada kita betapa pemakanan yang kita ambillah yang menentukan tahap kesihatan kita.Jika kita pandai berdisiplin di dalam aspek menjaga makanan dan kesihatan maka dengan izin Allah kita tidak akan di serang penyakit. Berdisiplin bermaksud kita makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Kita juga perlu pandai memilih unsur makanan yang senang di hadam dan unsur makanan yang susah di hadam. Keduanya tidak boleh di makan bersama. Atau lebih tepat unsur asid tidak boleh di makan dengan unsur alkali. Atau lebih tepat lagi daging (Unsur Protein) tidak boleh di makan dengan nasi (Unsur Karbohidrat). Namun sayur-sayuran boleh dimakan dengan unsur alkali atau asid.

Kerana daging berunsur asid dan nasi berunsur alkali. Dalam hukum fkimia alkali tidak boleh dicampur ngan asid. Tapi hari ini dengan mudah sahaja unsur asid dan alkali dicampurkan di dalam perut kita apabila unsur protein dan karbohidrat atau lebih tepat nasi dan daging kita makan bersama. Bayangkan apa yang ditanggung oleh perut kita selama bertahun-tahun

Namun sayur boleh di makan dengan unsur karbohidrat. Bagi masyarakat asia sudah tentu kita tidak menerima fakta ini kerana corak pemakanan kita memang mencampurkan unsur asid dan alkali. Umpamanya daging dimakan dengan nasi.

Ini lah maksud disiplin yang perlu kita patuhi.Namun untuk kali ini aku cuma menghuraikan unsur alkali dan asid dalam makanan.

Halal, Organik dan Hijau


"Kalau kita nak makan banyak kita kena makan sikit, Kalau makan banyak nanti kita akan makan sikit". Aku dah lupa di mana kenyataan ini aku baca. Yang pastinya kata-kata tersebut mengandungi banyak falsafah dan pengertian yang mendalam tentang kesihatan.

Maksudnya kalau hari ini kita makan banyak dan main bedal sahaja apa yang kita makan nescaya kita akan dihidapi pelbagai penyakit dan akhirnya mati cepat . Bila umur pendek kita akan makan sikit. Kalau kita kawal pemakanan kita dan memilih pemakanan yang sihat nescaya pula kita akan sentiasa sihat dan panjang umur. Maka kita akan boleh makan banyak sebab umur kita panjang.

Itulah maksud kenyataan di atas. Kalau tak silap aku kenyataan ini ditulis oleh pakar kesihatan terkemuka. Amat jelas menunjukkan kepada kita makananlah punca penyakit kepada kita. Aku tertarik dengan kata-kata Hj. Ismail pangasas HPA. Katanya "Jadikanlah makanan sebagai ubat dan ubat sebagai makanan".

Maksudnya kalau kita memilih makanan yang baik dan sihat atau lebih tepat halal dan organik makanan tersebut akan menjadi penawar terhadap penyakit-penyakit yang kita hidapi. Masalahnya hari ini terlampau banyak makanan yang telah diproses di pasaran.

Bila menyebut tentang makanan yang telah diproses seperti Burger, sosej ,kordial dan seumpamanya, sudah tentulah ia mempunyai kandungan kimia yang tinggi bagi mengekalkan ia bertahan lama dan tidak rosak.

Lantaran itu maka hari ini lahirlah penyakit moden yang sukar diubati dengan penawar biasa dan kadangkala memakan jumlah angka korban yang besar serta sukar dikawal. Oleh itu kembalilah kepada makanan yang halal dan organik serta hijau. Nescaya kita akan menjadi lebih sihat dan mudah-mudahan dipanjangkan umur.

Isnin, 15 Jun 2009

Dr. Azimuth


Dr. Azimuth merupakan rangkaian produk yang berasakan herba-herba tempatan dan luar negara. Pengasas kepada produk Dr. Azimuth ialah Dr. Aziz Azimullah. Beliau memang seaorang pakar herba yang mampu memformulasikan apa sahaja jenis herba yang boleh digunakan dengan selamat oleh consumer.

Sehingga hari ini Produk Azimuth mendapat sambutan yang menggalakkan di seluruh negara. Aku kenal Dr. Azimuth semasa peringkat awal produk Dr. Azimuth yang belum lagi berkembang pada ketika itu. Sebenarnya akau terperangkap apabila membaca satu iklan suratkhabar tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh Dr. Azimuth.

Mula-mula tu syok juga dengar tentang kursus keusahawanan yang dikendalikan oleh beliau. Tentang ragam pengusaha bumiputra. Sikap-sikap yang perlu ada apabila hendak menjadi sebagai seorang usahawan yang berjaya.

Last-last dia keluarkan pelbagai produk Dr. Azimuth. Kalau tak silap aku antara produk awalnya rempah ratus. Mula-mula bengang jugak rasa tertipu, tetapi bila lama-lama dengar tentang penerangan produk itu aku mula teruja.

Aku pun beli beberapa produk untuk aku cuba antaranya teh misai kucing, Kolon clean dan Bioyouth. Selepas itu banyak lagi produk yang aku guna sambil menjual sikit-sikit. Antaranya minyak wangi tanpa alkohol, gelang batu hematite, produk kecantikan dan banyak lagi.

Produk Dr. Azimuth memang bagus dan sangat berkesan. Sebab aku mencuba sendiri dan terdapat banyak customer yang bagi respon bagus dan berkesan. Kolon Clean umpamanya, kalau kita menghadapi masalah sukar buang air besar makanlah Kolon Cleane. Bak kata member aku samad yang dah menggunakannya "Inilah berak aku yang paling pueh sekali".

Duduk-duduk zup keluar semua bahan kumbahan yang ada dalam perut. Satu lagi produk yang betul-betul bagus Bio Youth (marine koalagen). Yang ni bini member aku guna. Kulit mukanya semakin cantik dan muka sentiasa kelihatan segar.

Tetapi ramai orang lebih menumpukan kepada produk teh misai kucing. Bagi aku 2 produk yang aku sebutkan tadi betul-betul menakjubkan kesannya. Aku bukan promote suruh beli kat aku. Aku cuma nak kongsi produk yang bagus.

Aku pun jual sikit-sikit je. Tak de masa nak ambil barang. Kalau aku pergi ambik untuk kegunaan sendiri aku akan ambik juga untuk member-member yang pesan nak produk tersebut. Lepas le duit minyak.

Buat masa ni Produk Dr. Azimuth masih dalam bentuk trading. Kalau dia buat MLM memang aku henjut habis-habisan. Sebab produk dia memang bagus. Cuma ramai orang tak tau tentang rahsia kehebatan produk-prosyuk tersebut kerana tidak di promote secara meluas.

Kalau dia buat sistem MLM sekejap je semua maklumat tu boleh sampai kepada pengguna. Aku harap Dr. Azimuth akan jadi sebuah lagi syarikat Bumiputra Islam yang berjaya pada masa akan datang macam HPA.




Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...