Nuffnang

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Mencuit Jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mencuit Jiwa. Papar semua catatan

Khamis, 30 Mei 2013

Ultarman Tiga....

Tengah syok mengajor kelas hujung ni....tiba-tiba seorang pelajar asli bersuara..."Cikgu nak tinguk Ultraman?". Dalam hati aku apa hal pulak tiba-tiba je budak ni tanya aku tentang Ultraman....Melihatkan aku meneruskan PnP dia bertanya lagi "Cikgu nak tinguk ke Ultraman?"....Apasal pulak budak ni beria-ria sangat tentang Ultraman.....

Teingat aku 2 tahun lepas  di kelas hujung jugek...apabila isu betik hangat diperkatakan...Apabila aku sebut perkataan betik je budak-budak dah ketawa....Kebetulan Petikan Rumusan tu banyak perkataan betik di dalamnya...Aku dah naik confuse apa benda le yang budak-budak ni suka sangat....

Setelah jenuh mencari jawapannya...Tiba-tiba sorang pelajar bersuara "Cikgu Betik tu kepala bapak Israq"..."Kepala ayah dia macam Betik Ckigu".....Oh begitu kesahnya...patut le satu kelas ketawa setiap kali aku menyebut perkataan betik....he he alahai betik...

Berbalik kepada citer tentang Ultraman tadi....budak tu bersuara lagi "Kat kelas kite je Ultramannya Cikgu"..tambah budak asli tu lagi...aku bertambah confuse.... "Ultraman Tiga Cikgu"...tambah pelajar asli yang lain. Dah Ultraman tiga pulak..kata hati aku.... Dengan selambanya budak asli tu nyanyi lagu Ultraman tiga.....

Setelah lama aku memikirkan aku pun bertanya... "Mana Ultrman tiganya?"....Dengan pantas mereka menunujukkan seorang budak asli yang mereka panggil Ultraman tiga....Aku bertanya lagi "Mengapa panggil dia Ultraman tiga?" . Jawab pelajar asli yang mula-mula bertanya tadi "Cuba Cikgu tinguk kepala dia...macam kepala Ultraman Cikgu"....Setelah aku amat-amati memang betul bentuk kepalanya sama dengan kepala Ultraman.....

Senang le nak bunuh raksaksa lepas ni..tak payah pergi Jepun...kat kelas aku pun ada Ultraman tiga...Peace Yo.....

Rabu, 29 Mei 2013

Ayoyo...aiseh man...bus station....

Dari rumah aku memang selalu kedengaran orang berceramah dari masjid yang terletak di atas bukit (kalau dikira jarak agak jauh juga dari rumah aku)...kadang-kadang clear dan kadang-kadang sayup-sayup bunyi nya...Kadang-kadang ceramah politik sama ada BN dan Pakatan Rakyat juga amat clear bunyinya....Kadang-kadang  aku duduk berhampiran tingkap untuk mendengar ceramah yang disampaikan....
 
Rumah aku terletak ditingkat tiga kuarters kerajaan yang mempunyai lima tingkat....Pelbagai bunyi di bahagian bawah rumah dan bahagian atas rumah dapat aku dengari...macam biasa ada yang kuat dan ada yang sayup-sayup dan ada juga bunyi yang misteri dan menyeramkan....Kadang-kadang apabila aku turun ke tempat parking di bahagian bawah pun aku masih boleh mendengar ceramah dari masjid di atas bukit....
 
Tadi semasa aku turun ke bahagian bawah untuk ke parking kereta dengan tujuan untuk ke kedai mamak...aku terdengar orang berceramah...Aku agak hairan jugek sebab semasa aku di tingkat atas tadi tak de pulak aku dengar ceramah dari masjid...selalunya kalau ada ceramah tentu aku dengar dari tingkap rumah aku.  
 
Sebelum masuk ke kereta...aku berhenti dan diam seketika untuk mendengar apa yang diceramahkan...Semakin lama semakin jelas bunyinya....Semakin lama semakin kuat pulak bunyinya ....tapi apa menghairankan aku mengapa aku tak paham bahasa yang dituturkan....Aku terus mendengan dengan lebih tajam lagi....aik apa pasal ceramah kat masjid dalam bahasa India....Aku agak kehairanan...
 
Apabila aku amat-amati suara itu sebenarnya suara jiran aku yang di tinggal di tingkat satu  yang berbangsa India sedang bercakap menggunakan telefon bimbit di tepi tingkap...Punya la kuat...Tambahan pula apabila suara itu dilantunkan semula oleh diding di blok yang berhampiran...memang kuat echonya....dah macam ceramah le pulak...he he tersenyum aku sendirian....Teringat aku masa mendengar khutbah di masjid India...Satu benda pun aku tak faham.....

Selasa, 16 April 2013

Tayar aku Kabooommmmm......

Sebelum aku menghantar anak aku pulang ke asrama dia memberi tahu yang dia hendak mengambil tiket train ETS untuk balik ke kampung pada minggu hadapan sempena cuti keputeraan sultan Perak. Alamak kata hati aku ngapa tak kabor awal-awal. Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang.
 
Waktu dia patut sampe ke asrama pukul 6.00 petang . Kalau lewat kena denda. Hanya ada setengah jam untuk aku memecut ke asrama anak aku dari RTC Gopeng kerana sebelum itu aku dan anak-anak berhentti untuk membeli barang dan makan-makan. Untuk ke asrama memang sempat tapi kalau nak beli tiket train memang tak sempat. Tambahan pula pada masa yang sama tayar kereta aku pancit.
 
Setelah mengisi angin tayar di Stesen Petronas Simpang Pulai menghala utara aku memecut kereta terus menuju ke asarama anak aku. Tiba di asrama anak aku tayar aku hampir pancit. Aku memberitahu anak aku...aku akan membeli tiket train tersebut selepas membaiki tayar yang pancit dan aku akan hantar tiket tersebut ke pondok jaga asrama.
 
Selepas itu aku bergegas ke stesen minyak berhampiran utuk mengisi angin tayar. Kemudian aku bergerak semula untuk mencari kedai tayar yang masih dibuka. Hampa ...angin tayar aku keluar dengan cepat dan akhirnya tersadailah kereta aku di tengah-tengah pekan Ipoh...
 
Disebabkan hari tu hari Ahad dan waktu sudah melewati pukul enam petang  memang tak de  harapan le nampaknya aku nak repair tayar...Ikhitiar terakhir aku menahan teksi...Nasib baiklah teksi tersebut membantu aku...Hampir 3 jam lebih menyelesaikan urusan tayar....
 
Setelah selesai urusan tayar aku bergegas ke stesen keretapi untuk mengambil tiket train anak aku....Waktu tu dah hanpir pukul 10.30 malam...Ramai le pulak orang yang nak ambil tiket train. Terpaksa ambil nombor giliran le pulak... Ada tiga kaunter yang dibuka....Tiba nombor giliran aku... pun terus ke kaunter. Aku bagi tau pada jurujual tiket... aku nak tiket 18 haribulan dan waktunya atas pukul 5.00 petang.
 
Kata jurujual tersebut "Yang ada pukul 5.00 dan pukul 7.00" "Encik hendak yang mana pukul 5.00 ke pukul 7.00"...Tiba-tiba lelaki yang juga nak beli tiket di kaunter sebelah menjawab pukul 5.00 . Sedangkan jurujual tiket dikaunternya tak de tanya apa-apa pun. "Juruajual dikaunter aku bertanya sekali lagi kepada aku dengan lebih kuat. "Encik nak yang pukul 5.00 ke pukul 7.00"
 
Sekali lagi lelaki tersebut menjawab "Pukul 5.00". Aku dan jurujual tersenyum sendirian....Lain orang yang ditanya lain orang yang menjawab. Mungkin lelaki tersebut tak perasaan yang bertanya tu sebenarnya jurujual di kaunter aku....he he best jugak sekali-sekali berlaku macam ni....

Ada lagi aktiviti Melombong di tengah bandaraya Ipoh...

"Ayah Haikal nak beli sellotape, nak pake esok" Kata anak aku yang nombor 4 selepas aku dan anak-anak menjamu selera di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh. Waktu dah hampir pukul 11.00 malam....Dalam hati aku mana pulak nak aku cari sellotape pada pukul 11.00 malam di tengah-tengah pekan Ipoh....
 
Kedai yang buka lagi cuma 7 eleven. Kalau tak silap aku dekat-dekat area restoran nasi lemak ayam kampung ni ada kedai 7 E. Dari Restoran tersebut aku membelok ke kiri menuju ke kedai 7 E tersebut. Dari jauh aku dah nampak kedai 7 E. Tapi masalahnya kedai tersebut di seberang jalan. Tak berani pulak nak suruh anak aku melintas memandangkan kereta yang datang dari arah bertentangan banyak.
 
Aku mengambil keputusan untuk membuat  U-Turn agar kereta aku betul-betul dapat parking depan kedai 7 E tersebut. Selepas memberi signal ke kanan  untuk aku U-Turn,,aku menunggu agak lama disebabkan kereta yang datang dari arah bertentangan banyak....Selepas habis kereta aku ternampak pula sebuah motor...Nak kata laju tak laju ..lambat tak lambat...aku memang susah sikit nak mengagak jarak terutamanya pada waktu malam.
 
Kalau aku terus U-turn nanti..tiba-tiba motor tu laju maka eksiden pulak dia, Terkangkang jatuh motor kesian pulak..aku menunggu dengan penuh sabar...Lama benor rasanya  aku nunggu motor tu untuk aku  U-turn untuk kedai 7 E...Aku riasu kalau motor tu lambat  takut nanti ada banyak pulak kereta yang akan datang lagi di belaknag motor tersebut...Lambat lagi le aku dapat U-Turn
 
Kome tau pase apa motor tu lambat....Ropanya penunggang motor tu sedang asyik dalam dunianya...Memang asyik maksyuk sedang mengorek hidung..hampeh betui....Cis patut le lambat...bukan main sedap dia melombong sambil menunggang motor di tengah-tengah malam di tengah-tengah pekan Ipoh..
 
Eeeee....Geramnya aku...disebabkan aktiviti perlombongan  di tengah bandaraya Ipoh.... aku terpaksa menunggu lama untuk U-Turn.

Sabtu, 13 April 2013

He He baca le sampai pecah perut..

Aku amat suka belajar sesuatu perkara yang baru terutamanya melibatkan bahasa. Setakat ini banyak perkataan yang aku pelajari daripada murid asli dan murid India..Murid Cina hanya ada seorang di sekolah aku..Itupun dia merupakan pelajar OKU yang belajar di kelas pendidikan khas...Tak dapat le aku belajar dari dia....Nak nyebut perkataan pun nampaknya susah...kerjanya melambai tangannya je sambil tersnyum.
 
Banyak juga perkataan yang aku belajar daripada murid asli antaranya  "Ma Igah?" iaitu maksudnya "apa khabar" dan jawapannya ialah ialah "Gah Bor" iaitu maksudnya "khabar baik". Mula-mula aku pun salah sebut jugak...Anak murid aku yang melayu pun kadang-kadang menyebutnya sebagai Gebor..Kan jauh maknanya tu...

Begitu juga perkataan India.... Murid aku menyebutnya dengan agak laju....Perkataan India ni memang kena sebut betul-betul kalau tidak memang terselah maknanya. Pernah aku menyebut satu perkataan..... tiba-tiba pelajar India tersebut diam dan ada juga yang ketawa kecil...Rupa-rupa sebutan aku itu salah....Sebutan aku membawa makna kemaluan wanita....Nah sejak hari tu aku amat berhati-hati menyebut...
 
Aku praktis dulu beberapa kali sebelum menyebutnya. Rupanya kesilapan seumpama ini bukan berlaku kepada aku sahaja. Masalah yang sama juga berlaku kepada Coach Sha penulis 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris. Hidup di Bandar Taiping menyebabkan beliau sentiasa berinteraksi dengan bangsa Cina... sudah pastilah kita biasa mendengar bebarapa perkataan yang diucapkan tetapi tidak tahu maknyanya....Dapat menuturkan perkataan-perkataan asas sudah dapat menyemai bibit-bibit mesra.
 
Pada suatu hari beliau terserempak dengan Nyonya yang dikenalinya...Dengan mesra dia bertanya "Ni Hao Ma?" yang bermaksud  "Apa Khabar?". Nyonya tersbut menjawab dengan mesra "Hao" iaitu "baik" sambil memberi isyarat supaya datang lebih dekat kepadanya...Melihat nyonya tersebut makan nasi maka beliau bertanya lagi kepada nyonya tersebut "Sek Fen?".
 
Kali ni nyonya tu berkerut dahinya. Coach Sha mengulang semula soalannya "Sek Fen?". Kemudian Nyonya tu menjawab "Amoi Sek Fan bukan Sek fen"... Coach mengulang beberapa kali perkataan Sek Fan dan nyonya tersebut mengangguk...Sebelum beredar Coach Sha bertanya apakah maksud Sek Fen. Kata Nyonya tersebut Sek Fen maksudnya makan tahi....
 
Ha ha ha ...patut le berkerut dahi nyonya tu.... tiba-tiba orang tanya "Makan Tahi ke?". Sedap-sedap makan nasi orang tanya makan tahi ke...he he indahnyaa Malaysia....

Khamis, 11 April 2013

Sambal Terbang Siuttttttt

Aku bukan sahaja menyelongkar gelagat kelas hujung yang ada di sekolah aku sahaja. Kadang-kadang aku mengutip juga pengalaman-pegalaman cikgu di kelas hujung yang mengajar di sekolah lain. Memang budak-budak kelas hujung perangai deme ni  pada tahap super duper aktif. Kalau tak sabar memang dah lama jadi lauk budak-budak ni.
 
Tambahan pula kalau kelas tersebut gabungan satu malaysia....Memang pening cikgu yang masuk kat kelas tersebut. Tak kurang juga ramai Cikgu yang mengalami gangguan perasaan dan tahap stress pada tahap tinggi. Pengalaman aku suatu ketika dulu untuk mengendalikan pelajar Melayu, Asli dan India agak mudah sedikit berbanding pelajar Cina.
 
Masalah pelajar cina ni cakap melayu pun deme tak paham. Kadang-kadang Cikgu yang masuk kelas macam tunggul kayu dibuat deme. Inilah yang berlaku kepada seorang rakan guru di sekolah jiran. Kejadian ni berlaku sewaktu lepas rehat. Di sekolah antara makanan yang menjadi pilihan pelajar ialah nasi lemak bungkus yang dibeli diluar. Kadang-kadang memang ada murid-murid yang tukang supply yang menjual di sekolah.
 
Seoarang pelajar Cina berbadan  besar memang suka makan nasi lemak. Namun beliau hanya makan nasi lemak sahaja. Sambal akan dibungkus semula setelah nasi tersebut habis. Entah macam mana bungkusan tersebut di bawanya masuk ke kelas. Masa tu rehat dah habis Cikgu pun dah masuk kelas, Deme ni bukan peduli ada cikgu ke idak. Ikut suka deme je...memang cikgu jadi tunggul.
 
Dengan selambanya bungkusan nasi lemak kosong yang dimakannya tadi dilemparnya ke arah kipas yang ligat berpusing. Cer kome bayangkan  apa yang berlaku selepas itu.  Maka bertaburlah sambal-sambul itu ke baju kawan-kawannya.... Dengan megah dia ketawa sedangkan Cikgu ada kat depan...Cikgu marah dia buat tak tau je macam tak de salah.....aku yang dengor cerita ni nak ketawa pun ada nak marah pun ada.
 
Namun begitulah ragam pelajar-pelajar kelas hujung....... 

Selasa, 9 April 2013

Big Or Small

Sehingga hari ini aku tidak ada masalah dengan pelajar....Mana-mana kelas yang aku masuk mereka dapat menerima cara aku mengajar...alhamdulillah dan syukur pada tuhan yang memberikan pelbagai idea kepada aku untuk menarik perhatian mereka terus mendengar apa yang aku ajar. Rahsia tersebut mungkin akan kongsikan satu hari nanti dalam bentuk sebuah buku.
 
Tadi aku masuk dan mengajar di kelas hujung...Seperti biasa di kelas hujung ni banyak penemuan-penemuan yang melucukan berlaku.... Seperti biasa aku akan memulakan kelas dengan menulis nota yang paling ringkas sesuai dengan tahap pemikiran mereka...Yang penting mereka dapat sedikit apa yang aku ajar..... 
 
Seperti biasa juga teknik bacaan kuat dan ulangan aku gunakan untuk mengajar di kelas hujung ni....Suasananya akan jadi gamat apabila mereka cuba membaca kuat dan berulang-rulang.....Selesai aktiviti berkumpulan aku akan menjalankan sesi individu.... Di dalam aktiviti ni aku akan minta seoarng demi seorang mengulang dan menyebut sesuatu yang aku ajar sehingga betul.
 
Hari ini aku menyuruh mereka menyebut nama penasihat Jawatan kuasa Perpaduan Antara Kaum atau CLC iaitu Sir Malcolm Mc. Donald. Seorang demi seorang pelajar menyebut...apabila tiba giliran seorang pelajar ini tiba-tiba dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald.... Alamak lain macam bunyinya...Aku menyuruhnya menyebut sekali lagi.... Tetap dia menyebut Sir MAGNUM Mc. Donald....Wa Parah ni....
 
Aku pun bertanya kepada pelajar tersebut apa itu MAGNUM.... Pelajar itu menjawab..."Tahu Cikgu....itu nombor cikgu...Saya punya bapak ada beli".... Belum sempat aku bertanya lebih lanjut seorang  pelajar perempuan menyampuk dan memberi penenrangan kepada aku dengan  bersungguh-sungguh  "Cikgu ayah saya beli  Magnum dan TOTO...Selalu dia menang Cikgu ...kadang-kadang RM 1,000 kadang-kadang sampai RM 3,000"Dalam hati aku...Parah ni.....
 
Seorang Pelajar yang duduk dibarisan belakang yang sedari tadi diam cuba mencelah "Ayah saya pun beli Cikgu......ada jugek kena..tapi dia beli Magnum je Cikgu....". Apabila aku tanya seorang demi seorang majoriti bapa mereka pernah membeli MAGNUM atau TOTO....Apa nak aku katakan lagi...
Tiba-tiba seorang pelajar lagi mencelah "Cikgu saya sendiri pun ada bili.....Itu Big ka Small?" dia tanya aku.... Mana  le aku tahu.....
 
Melihat keadaan ini maka tak hairanlah budak-budak tak menjadi dalam pelajaran sebab sumber rezekinya........Tak nak la aku menyebutnya........

Isnin, 8 April 2013

Kalau makbul.....parahhhhh Bro....

Apa yang aku nak ceritakan ini aku jumpa isunya dalam salah satu buku yang aku peronah baca...Aku dah tak ingat tajuknya dan jenuh aku mencari semula buku itu tak jumpa-jumapa....Namun ada satiu cerita yang amat mencuit hati aku dan aku masih ingat dengan jelas ceritanya ...Kisahnya berlaku di hadapan Kaabah....Apabila berada dihadapan kaabah sudah tentu orang akan berdoa bersungguh-sungguh sehingga boleh menitiskan air mata....
 
Menurut penulis tersebut sebaik meghampiri Kaabah dia terdengar seseorang berdoa dengan kuat dalam Bahasa Arab sambil diaminkan oleh sekumpulan orang (mungkin mereka daripada kumpulan yang sama...Dengan doa yang mendayu..maka ramailah yang menitiskan air mata....
 
Tetapi yang tak bestnya apabila terdapat sedikit kesalahan sebutan yang membawa makna perubahan yang besar dalam doa tersebut... Sepatutnya  doanya ialah Minazzulumati ilannur... Yang membawa maksud daripada kegelapan kepada cahaya...Tetapi  doa yang dibaca berbunyi begini Minanazzulumati ialannar...yang membawa maksud daripada kegelapan kepada neraka....Kan jauh maknanya...
 
Menurut penulis dia terpaksa menegur pembaca doa tersebut...Dah lah di hadapan Kaabah...buatnya makbul doa tersebut tak ke haru.....Tu kadang-kadang elok le baca dengan bahasa sendiri kan senang...lebih feel terus sampai maksudnya.....anda bayangkan bagaimana doa tersebut merayu-marayu sambil menitiskan air mata semata-mata untuk ke Neraka....Tak ke lawak bunyinya...Dah le di hadapan Kaabah pulak tu.....he he  ..... Tak boleh nak dibayangkan.....

Jumaat, 8 Mac 2013

Cari kutu ke Bro?

 
Hari jumaat jadual aku tak banyak...Hanya ada dua masa..Kedua-dua masa tersebut adalah untuk kelas hujung aku. Aku suka kelas ni sebab disini aku dapat menerapkan konsep Fun Learning yang dah lama aku gunakan apabila mengajar di kelas hujung. Konsep Fun Learning ialah mencipta suasana yang menceriakan sebelum menyampaikan sesuatu maklumat dalam bentuk tulisan atau lisan.
 
Dalam bentuk tulisan nota yang aku salin di atas papan putih menggunakan empat jenis warna (lagi banyak lagi bagus). Setiap maklumat sudah dipermudahkan sama ada dalam bentuk Peta Minda Kreatif atau Kata Kunci dan sebagainya. Kadang-kadang aku selitkan dengan pelbagai grafik da lukisan yang sesuai. Sebab dalam konsep Fun Learning tulisan pelbagai warna, isi yang mudah dan ringkas serta gambar akan cepat dirakamkan oleh Minda serta memberi kelegaan kepada minda. Kaedah ini akan dapat mengurangkan stress bagi guru yang mengajar dan murid yang belajar.
 
Pada hari ini (hari jumaat) aku cuba menerangkan Konsep Persekutuan Tanah Melayu atau ringkasnya PTM. Seperti biasa sebelum aku terangakan apa itu PTM aku akan pastikan mereka boleh menyebut dengan lancar perkataan Persekutuan Tanah Melayu. Aku akan menyebut dahulu kemudian pelajar akan mengikutnya dengan sebutan yang kuat.Kadang-kadang samapi bergegar kelas. Rasa macam sekolah tadika  le pulak. Selepas itu aku akan meminta seorang demi seorang pelajar menyebut. Dengan cara ini mereka akan lebih cepat ingat apa itu PTM.
 
Dalam ramai-ramai pelajar tersebut ada seorang pelajar yang agak sukar menyebut perkataan Persekutuan. Kali pertama dia menyebut PERKUTUAN....aku memintanya menyebut sekali lagi...kali ini PEKUTUAN....kawan-kawan yang lain dah mula ketawa....Pelajar tersbut dah mula panik....aku menyuruhnya menyebut pada kali ketiga....kali ketiga ni aku tak berapa sanggup nak dengor....agak risau dan lucu jugek....apabila dengan penuh ragu-ragu dia menyebut PERSETUBUHAN....
 
Apalagi lagi makin kuat rakan-rakannya mentertawakan dia...merah padam mukanya....Macam mana PERSEKUTUAN boleh jadi PERSETUBUHAN.....Ngeri I.......Auwwwwwww.

Dr. Mata

 
Tahun ni kelas hujung aku tak ramai seperti tahun lepas. Class Room Control memang mudah memandangkan pelajar yang tidak ramai dalam kelas tersebut. Walaupun kelas hujung aku tetap sentiasa positif mendidik mereka. Kalau dibandingkan dengan tahap IQ dan  kecerdikan dengan kelas lain sudah pastilah kelas tersebut agak terkebelakang. Konbinasi pelajar asli , melayu dan India menyebabkan pelbagai gelagat dan idea yang pelik-pelik dan kadangkala melucukan terbit daripada pemikiran mereka.
 
Mereka ini perlu dilayan dengan hati yang terbuka dan penuh sabar..Kalau tak sabar memang geram jugek rasanya. Banyak kali ajar pun kadang-kadang masih tak dapat. Namun satu pengajaran yang aku dapat ialah mengajar mereka ni tak boleh terlampau banyak dan setiap bahan kita permudahkan sesuai dengan tahap pemikiran mereka.
 
Di sekolah aku juga terdapat seorang guru yang telah menamatkan pelajaran sehingga tahap PHD dan dipanggil Dr. Kebetulan pula guru terebut turut mengajar di kelas tersebut. Baru- baru ni guru tersebut telah membuat pembendahan Jantung. Sehingga ke hari ini guru tersebut masih kurang sihat. Keadaan fizikal yang agak kurus dan kelihatan tidak bermaya menarik perhatian pelajar-pelajar tersebut.
 
Pada satu hari sedang sibuk menyalin nota seorang pelajar bersuara "Cikgu, Cikgu Mat tu Dr. Ke?" Aku pun menjawab "Ha ah dia Dr. ". "Tapi Cikgu kalau dia Dr. Ngapa dia tak sihat"...Sampuk seorang pelajar lagi...Belum sempat aku menjawab seorang pelajar lagi mencelah "Dia boleh bagi MC ke Cikgu?". Dalam hati rasa geli pun ada nak ketawa pun ada sebab daripada riak muka pelajar-pelajar tersebut pertanyaan yang mereka lontarkan ini agak serius bagi mereka. Tapi apabila memikirkan tahap IQ mereka aku paham mengapa soalan-soalan tersebut boleh muncul daripada pemikiran mereka.
 
Apa yang mereka faham merekaa yang ada gelaran Dr. itu adalah seperti yang ada di Hospital atau klinik kseihatan atau klinik swasta. Aku tak salah kan mereka. Mereka tak tau pun konsep Dr. Falsafah. Maka terpaksalah aku menerangkan kepada mereka . " Cikgu Mat tu dia memang Dr. tapi bukan macam Dr. dekat hospital tu. Dia dapat gelaran Dr. sebab dia rajin belajar" kata aku kepada mereka "Kalau kamu rajin kamu pun boleh jadi Dr.
 
Barulah mereka mengangguk faham.... Indahnya dunia..... 

Pentingnya Motivasi di Koperasi

 
Budak yang sorang ni mulutnya sangat becok. Namun setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya menimbulkan kelucuan yang bisa menggeletak mereka yang mendengarnya. Budak ni dikategorikan sebagai pelajar lemah. Tetapi apabila mendengar setiap patah perkataannya tidak menampakkan yang dia seorang pelajar yang lemah.
 
Suatu hal yang menarik dia merupakan seorang yang sangat confident apabila mengeluarkan perkataan tanpa memikirkaan apa yang dikatakan itu betul atau salah. Bagi guru-guru dan rakan-rakan yang dah biasa dengannya setiapa perkataan dan kerenahnya  sudah menjadi suatu bentuk hiburan. Kehandalannya dalam bidang sukan memang tidak dapat dinafikan apabila terpilih mewakili daerah dalam kejohanan Squash peringkat negeri.
 
Apabila bab belajar pelajar ni agak terkebelakang dan tiada semangat. Apabila bab bersukan dia cukup bersemangat. Satu hari ketika latihan squash yang diadakan di tempat yang tidak jauh daripada sekolahnya dia berkata kepada guru pengiringnya "Cikgu saya nak pergi Motivasi". Jawab cikgunya "Bagus le kamu dah sedar tentang kepentingan belajar". Kemudian dia bersuara lagi "Cikgu saya nak pergi motivasi kejap je". Dia berkata dengan penuh confident.
 
Kali ni Guru pengiring tersebut agak sedikit keliru.... "Takkan nak pergi motivasi pada masa ini, sedangkan mereka sedang bersiap untuk latihan squash" Getus hati Cikgu tersebut. Tiba-tiba seorang rakannya bersuara " Eh...engko nak pergi mana sebenornya" . "aku nak gi Motivasi nak beli air".
balas pelajar tersebut dengan penuh penegasan dan confident.
 
Kali ini semua rakan sepelatihnya dan guru pengiring sudah mula menangkap maksud motivasi yang diungkapkan pelajar tersebut..... sambil diiringi dengan derai tawa.... "Cikgu dia nak pergi koperasi cikgu"...Sekali lagi rakan sepelatih dan guru pengiring ketawa dengan lebih kuat sambil pelajar tersebut terkebil-kebil memikirkan apa yang diketawakan oleh rakan-rakannya...
 
Rupanya pelajar tersebut nak pergi Koperasi bukannya Motivasi....kah kah kah. Main bedal je....Macam mana le KOPERASI BOLEH JADI MOTIVASI....

Selasa, 28 Ogos 2012

Nampak sampe ke dalam

Pagi-pagi lagi emak sedara aku yang sorang ni dah keluar rumah mencari rezeki bersama suaminya....maklum le anak-anak masih kecil..mulut-mulut kecil ini perlu disuapkan nasi... Kehidupan emak sedara aku ni tidaklah berapa senang...melihatkan rumahnya sahaja kita sudah dapat mengagak akan kesusahan hidupnya....rumah kayu usang yang berlubang di sana sini melatari bahagian dalam rumahnya.....ada bahagian yang cahaya matahari menembusi masuk melalui lubang-lubang yang entah bila terbentuk di dinding dan atapnya.....
 
Tetapi cerita tersebut adalah cerita 20 tahun dahulu...kini rumahnya dah cantik, selesa dan amat bersih.....Sikapnya masih sama macam dulu  periang dan jarang susah hati.....Setiap kali berjumpa dengannya ada sahaja cerita yang mencuit hati. Namun sesekali dia menitiskan air mata setiap kali bercerita tentang arwah emak aku....part ini yang aku tak boleh tahan.....Setiap kali melihat adik aku dia mesti akan berkata "Ya Allah ada ropa arwah diah (emak aku)"...bisik dia kepada aku sambil mengesat air matanya...
 
Kita tinggalkan yang touching-touching ni sebab ada cerita yang amat menggelikan hati aku yang diceritakan oleh emak sedara aku.....Kita balik ke 20 tahun dulu...Dia mempunyai empat anak lelaki dan seorang anak perempuan...biasa le bila ramai anak lelaki...sepak,terajang, bergumpal dan bergaduh adalah perkara biasa....Setiap kali keluar mencari rezki anak-anak ditinggalkan dalam keadaan masih tertidur dengan nyenyak...biasa le kanak-kanak....
 
Pada suatu hari Semasa pulang mencari rezeki dan semasa melalui kawasn rumah jiran tiba-tiba jiran memekik ke arah emak sedara aku...."Ya Allah timah apa he rumah kamu nampak sampe ke dalam".... Emak sedara aku agak tercengang dan mula berasa cua dan mula terfikirkan tentang anak-anaknya...Namun apabila dilihat ke arah rumahnya nyata kelihatan kelambu yang masih bergantungan...bante yang berterabur dan kedaan yang bersepah-sepah.....
 
Apabila di siasat ternyata inilah penangan anak lelaki yang empat orang...semasa dema bergumpe tak sedor ada yang tertendang dinding...lekang habih semua dinding....Maklum le dinding rumahnya pun agak uzur.....Nasib baik lekang dinding je...buatnya runtuh rumah tak haru ke.....he he.......
 

Rabu, 27 Jun 2012

UMNO. PAS, DAP vs NGO memang panasssss

Topik-topik Sejarah Tingkatan 3 banyak menyentuh tentang pergolakan politik dalam negara satu ketika dulu. Yang menariknya kita akan bertemu banyak nama parti-parti politik yang kadang-kadang agak pelik-pelik namanya. Antaranya Pasok Momogun.

Apabila mengajar topik-topik tingkatan 3 bagi aku amat menyeronokkan memandangkan banyak perkara yang dibincangkan boleh dikaitkan dengan situasi politik pada masa kini. Maka banyaklah soalan yang cuba aku ajukan kepada pelajar-pelajar bagi menguji tahap pemahaman mereka.

Disamping soalan yang serius ada juga terselit soalan yang aku tanya sekadar suka-suka. Namun soalan ini kalau ditanya pada oarang dewasa mungkin boleh mencetus senitiviti. Tetapi apabila ditanya pada pelajar banyak reaksi yang menarik dapat dilihat dan jawapannya kadang-kadang diluar jangkaan dan kadang-kadang juga amat menggeletek usus kecil dan usus besar.

Antara soalan yang aku tanya "Siapa disini yang sokong UMNO?"...tak ramai yang mengangkat tangan. Aku bertanya lagi "Siapa di sini yang menyokong PAS?".. tak ramai juga yang mengangkat tangan...Aku meneruskan lagi soalan "Siapa disini yang menyokong DAP?"...langsung tak de yang agnkat tangan....Disebabkan bilangan yang agak kurang mengangkat tangan maka aku pun bertanya "Yang rame-rame  ni sokong apa?".

Ada yang menjawab "Kami budak sekolah lagi Cikgu" ada juga yang menjawab "Kami tak minat nak sokong mana-mana cikgu". Dalam keriuhan suara pelajaar yang lain tiba-tiba ada seorang pelajar yang agak pendiam karektornya menjawab "Kebanyakan kami menyokong NGO Cikgu"....Aku agak kagum dengan jawapan pelajar tersebut dan aku beranggapan agak matang juga jawapan tersebut  dan menunjukkan tahap keprihatinan mereka terhadap isu semasa memang tinggi memandangkan sekarang ini banyak NGO yang terdapat dalam negara kita.

Namun yang agak memusykilkan aku apabila pelajar tersebut menjawab "Kami sokong NGO Cikgu" ada sebilangan pelajar yang ketawa... Kemudian aku bertanya lagi "Betui ke kamu sokong NGO?"... Jawab pelajar tersebut "Betui Cikgu kami sokong NGO" sambil disambut deraian ketawa...Aku berasa hairan mengapa setiap kali pelajar tersebut menyebut NGO ada sebilang pelajar yang ketawa.

Pelajar tersebut terus menambah "NGO bagus cikgu dia buat hal sendiri je" sambil sekali lagi ada sebilangan pelajar yang ketawa . Aku terus je bertanya "Kamu sokong NGO apa?"....Apabila pelajar tersebut menjawab soalan yang aku ajukan....satu kelas ketawa dengan jawapannya termasuk le aku...berayor-rayor biji mata aku ketawa..... "Ala cikgu Noreh Getah Orang ...itu le NGOnya". Dalam hati aku Mat pet le tu - Ana sudah terkena lah... he he

Khamis, 21 Jun 2012

Nak Ayor Satu

Pada minggu lepas aku menghadiri Hari keluarga hari guru peringkat Daerah Batang Padang yang diadakan di Tasik YDP Slim River....Kehadiran cukup menggalakkan walaupun 1 sekolah diwajibkan menghantar 10 orang guru bersama keluarga masing-masing namun guru yang tak masuk dalam kuota 10 orang pun ramai yang hadir...

Pelbagai acara diadakan antaranya ialah kayuhan santai, pertandingan karaoke, pertandingan gubahan, pertandingan lipatan , lukisan kanak-kanak dan pertandingan memancing...Walaupun pada masa yang sama ada acara yang lebih besar di Kampus kedua UPSI iaitu perasmian kampus kedua UPSI oleh Sultan Azlan Shah namun acara di Tasik YDP tetap berjalan dengan meriah...

Pelbagai gerai dibuka seperti gerai minuman, produk kesihatan, barang mainan kanank-kanak, gerai menjual pakaian dan macam-macam lagi....

Namun ada satu peristiwa yang amat menggelikan hati aku semasa aku hendak membeli air minuman di sebuah gerai menjual pelbagai minuman....Semasa sedang mengorder air minuman tersebut tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian seperti pelumba basikal (mungkin peserta kayuhan santai) dan bermisai melintang (macam badan dan nyawa dalam cerita Nujum Pak Belalang)...Dia berdiri betul-betul di sebelah aku...

Sambil mencedok air yang aku order makcik tersebut bertanya kepada lelaki tersebut..."Encik nak apa?" (maksudnya mungkin nak Ayor apa)....Lelaki tersebuk tidak menjawab dan diam seribu bahasa...Mak cik tu bertanya lagi "Encik Nak apa?"...lelaki tersebut terus mendiamkan diri....sehinggalah makcik tersebut mengulang 4 ke 5 kali pertanyaan tersebut.......Akhirnya lelaki tersebut menjawab "Nak Ayor satu" dalam Nada sengau yang agak dalam juga idgham maal ghunnahnya....

Nak gelak disitu kesian pulak aku nengok mukanya... terpaksa le aku tahan gelak aku....Mungkin dia berharap agar selepas aku mendapat minuman yang aku pesan dan aku beredar baru dia nak pesan minumannya...Mungkin dia berasa malu disebabkan kesengaunnya.  Namun disebabkan pertanyaan yang bertalu-talu daripada makcik penjual air tersebut menyebabkan dia terpaksa jugek menjawab......"Nak Ayor satu".... Meriahnya Malaysiaku.....

Selasa, 12 Jun 2012

Besarnya ayam ni.......he he

Lama bercuti menyebabkan enjin lambat panas....mood nak mengajor masih tak de lagi....kelesuan, kengantukan dan dan pelbagai ke lagi menguasai diri....Namun demi tugas mendidik anak-anak didik yang lama ditinggalkan maka semua rasa itu perlu dibuang....Kalau ikutkan hati memang rasa nak cuti seminggu lagi.....

Budak-budak pun masih berada dalam mood cuti...Agak mencabar juga untuk menghidupkan mereka kembali normal menghadapi pelajaran seperti biasa....Ada kelas yang boleh pake gear lima ...namun ada kelas yang terpaksa keho-keho..bak kata ore kelate....

Namun dikelas hujung ada citer yang agak melucukan juga...Citer yang bisa menggelikan  usus besar dan usus kecil serta urat belikat mungkin juge urat kentut...he he.... "Cikgu Ayam Goreng Uncle Bob tu sedap le Cikgu"...seorang pelajar memulakan perbualan...."Betul Cikgu Uncle Bob punya ayam goreng memang sedap..tapi mahal sikit"...sampuk seorang lagi pelajar....Aku masih menjadi pendengar yang setia sambil mengangguk-ngangguk tanda bersetuju dengan kenyataan pelajar tersebut..

Sampuk sorang lagi pelajar dengan penuh condifentnya "tapi kalau nak murah ayam JUBO pun sedap cikgu..."....aik lain macam je bunyi ni.....ayam apa pulak ni...kata hati aku...."Betui Cikgu ayam kat JUBO tu memang sedap dan murah"...sampuk pelajar yang mula-mula sekali membuka isu ayam goreng tadi...."..ini tak boleh jadi kalau dibiorkan entah apa lagi perkatan yang keluor...

Aku pun menyampuk "Macam mana ejanya?"... Kebetulan seorang pelajar sedang memegang kotak pensil warna bersaiz besar...."Cikgu ejanya macam kat kotak colour warna ni... cer  Cikgu tengok"......Setelah aku membelek kotak warna tersebut fahamlah apa yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut....rupanya perkataan JUMBO sudah di tukar sebut jadi JUBO....Mak datuk kesiannya anak murid aku...nasib baik le deme cerite dengan aku...buatnya cerita dengan Cikgu Kelantan...kan dah lain maksudnya...Tak pase-pase kena penyepak..... he he...alahai Ayam JUMBO.....

Isnin, 28 Mei 2012

Betik Vs Adudu

Semasa mengajar ringkasan karangan tentang tajuk khasiat betik....tetibanya semua jadi excited...Sebut je bettik semua gelak.....Mula tu ok le...tetapi apabila setiap kali aku menyebut perkataan betik maka setiap kali itu pelajar akan gelak...maka aku mula syak mesti ada yang tak kena ni....Pada ketika semua orang ketawa ada sorang pelajar yang aku anggap sebagai taikor di sekolah tak bagi apa-apa respon...Diam je...Selalunya dialah antara orang yang paling excited bab gelak-gelak ni...terutama kalau ngenakan orang...

Aku terus juga mengajar...setiap, kali sebut betik...setiap kali le kelas tu riuh-rendah...jenuh aku nak ngajor macam ni....Akhirnya aku bertanya pelajar apa yang gelihati sangat pase betik ni "Apa yang kome suka sangat pase betik ni?"tanya aku....."Cikgu nak tau ke?"pelajar tersebut membalas...jawab aku "mesti le nak tau , cikgu nak jugek rasa kelawakan dan kelucuan di sebalik perkataan betik".  Sebut je betik berayor-rayor bijik mate deme ketawa....nengok deme gelak aku pun macam rasa nak gelak le jugek...Pelajar taiko diam je.....Aku dah dapat agak tentu ada kaitan betik dengan budak ni...

"Cikgu kepala ayah dia (Pelajar taiko) macam betik cikgu". Kali ni kelas jadi lebih meriah...kalau tak kerana tengah belajor tentu ade yang bergulin-gulin gelak...Aku yang sedari tadi kontrol pun dah tak tahan....tergelak jugek akhir.....rasa nak pecah perut gelak.....Selalu aku nengok pelajar taikor ni ketawakan orang... tapi kali ni kaw-kaw dia kene...Kesian nengok mukenya terkulat-kulat....Namun akhirya aku nasihatkan pelajar jangan le ngutuk bapak orang...Berdosa...baru le kelas kembali tenang.

Aku nak tukor cerita sikit....tapi masih ada kaitan kisahnya dengan kepala....kalau tadi kepala betik yang ni citernya tentang kepala petak...Pada hari jumaat yang lepas anak aku menyertai pertandingan bolasepak di Port Dickson, Negeri Sembilan.  Disebabkan tempoh perlawanan yang panjang mereka terpaksa tidor di sana selama dua hari.....Sepanjang berada di sana mereka ditempatkan dalam sebuah apartment yang ada 3 bilik....

Apabila habis perlawanan...mereka pun pulang semula ke rumah...anak aku tiba dirumah hampir pukul 1 pagi....Namun berbaloi juga mereka mendapat tempat keempat daripada 20 pasukan yang bertanding...Aku agak terkilan jugek sebab tak dapat ikut trip ke Port Dickson memandangkan anak-anak lain dah ada aktiviti sendiri pada hari tersebut....Riso pun ada memandangkan jarang anak aku berenggang ngan aku....Berbalik kepada cerita tadi...

Sesampe dirumah aku pun bertanya kepada anak aku..."Rame ke mak bapak yang ikut?". "Ade le jugek" kata anak aku...Aku tanya lagi "Bapak sape yang ikut".  "Adudu" jawab anak aku "Adudu?" tanya aku. "Ala budak yang kepala petak tu ayah, ayah dia pun kepala petak sikit...kami panggil adudu"."Ayah adudu pun tidor sebilik nagn kami" Hah sudah kata hati aku...ada pulak budak nama adudu....setahu aku adudu ni watak jahat dalam boboboy.

Apabila aku tanya anak aku adakah kepala petak budak tu dikaitkan dengan watak jahat Adudu dalam boboboy tu. Anak aku senyum je ....Akhirnya aku cakap pada anak aku jangan panggil budak tu dengan nama Adudu walaupun budak-budak lain panggil dia adudu...Tak elok berdosa....

Sabtu, 19 Mei 2012

BASIKAL TUA




Basikal Tua
Orang biasa basikal tua.....itu antara bait lirik lagu Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.  Zaman ni agak sukar nak lihat orang yang naik basikal tua....Beberapa tahun lalu  ada le seorang benggali di Tapah yang menggunakan basikal tua berulang-alik dari rumahnya ke pekan Tapah...Namun  dah lama kelibatnya berbasikal tua di pekan Tapah tidak aku lihat.

Kalau orang dewasa pun dah tak mahu naik basikal tua apatah lagi pelajar sekolah. Membawa basikal tua ke sekolah sudah pasti satu kemaluan yang amat besar. Sudah pasti mereka ini akan rapat di kutuk dan diketawakan kawan-kawan. Mungkin ada yang berguling-guling mentertawakan pelajar tersebut. Namun tidak bagi seorang pelajar aku yang berada di tingkatan satu.

Setiap pagi dengan selambanya dia mengayuh basikal tua sambil memakai songkok. Basikal tua tersebut dicat warna kuning.... Itulah kenderaannya berulang-alik pergi dan balik dari sekolah. Aku pernah bertanya kepadanya syok ke naik basikal tua. Jawapanya "Best Cikgu basikal ni laju...3 minit je dari rumah saya ke sekolah".

Pelajar ni memang pelajar yang selamba...Tak sekelumit dia berasa segan dan malu menggunakan basikal tua....Malah dengan bangganya dia menceritakan tentang serjarah basikal tuanya itu....Kelibat dan aksinya mengayuh basikal tua setiap hari menarik perhatian pengguna jalan raya yang lain. Mungkin perkara tersebut menarik perghatian pengguna jalanraya yang lain kerana  yang membawa basikal tua tersebut seorang budak sekolah. Aku menghormati pendirian pelajar tersebut....hidup basikal tua......

I love You


Tentu anda masih ingat cerita tentang seorang pelajar yang menggantikan handle motorsikal bapanya dengan handle basikal ?.Selepas berakhirnya cerita tersebut timbul pula  satu lagi cerita yang tidak kurang  menariknya tentang pelajar ni...Pelajar ni memang jenis hidup dalam dunianya yang tersendiri...Kalau zaman aku sekolah dulu orang macam ni aku panggil dia PLANET...sebabnya orang macam ni dia seoalah-olah berada dan hidup dalam dunia mereka sendiri. Berada dalam PLANETNYA sendiri.

Antara kegemaran utama pelajar ini ialah  suka merayau-rayau....dan sesekali kelihatan juga  dia bercakap sorang-sorang. Sekali tengok memang macam tak normal...tetapi sebenarnya dia ni normal.....Boleh menulis dan membaca macam orang lain. Ramai jugek Cikgu yang menyangka dia tak boleh tulis dan membaca memandangkan ciri fizikal luarannya yang agak berbeza dengan orang lain.

Namun baru-baru ini naluri ingin bercouple macam orang lain telah berputik dalam dirinya. Maklum le pelajar ni pun dah besar dan berada di tingkatan lima. Agaknya apabila melihat orang lain ada couple dia pun rasa nak bercouple jugek....Cuma caranya yang kadang-kadang amat menggelikan hati. Antara langkah yang diambilnya untuk mendapatkan couple dia  menulis surat cinta kepada buah hatinya....Macam-macam benda yang timbul dari lubuk hati terdalam diliahkan kepada couplenya di atas kertas putih salju...

Namun ada antara luahan isi hatinya yang aku tak boleh nyatakan disini sebab agak berbaur !@#$%%^&. Namun ada beberapa ayat yang agak menggelikan hati..... Bolehlah aku simpulkan ayat tersebut adalah ayat promosi tentang dirinya atau lebih tepat kalau dibuat dalam bentuk soalan Mengapa Couplenya itu perlu menerima dirinya ?.....ANTARA INTISARI AYATNYA

1. AKU ADA BANYAK DUIT
2. AKU DAH KERJA
3. AKU ADA KERETA

Ini antara hujahnya mengapa couple tersebut perlu menerimanya.....Kalau dilihat pada hujuahnya tak de sebab couple tersebut  tidak boleh  menerima cintanya yang tulus dan ikhlas itu..Hujah 1 dan 2 tu mungkin boleh diterima....Hujah yang ketiga tu yang susah sikit nak terima dek akal........Entah lah...Gila meroyang apa le budak ni....Tak tau lepas ni apa pulak yang akan dia buat lagi....

Selasa, 15 Mei 2012

Hantu vs rempit

Budak-budak sekolah cukup suka dengan cerita rempit, bohsia, hantu dan hiburan......Kalau di bagi peluang bercerita tentang rempit terbeliak biji mata...Macam-macam cerita tentang rempit yang deme tau..Aku seperti biasa menjadi pendengar yang setia....Itu yang deme seronok bercerita dengan aku...Kadang-kadang aku mencelah sikit...Kadang-kadang keluor juga cerita tentang Kawan-kawan deme yang dah mati dan hampir mati kerana rempit.

Apabila sampe bab mati insaf le kejap....lepeh tu buat balik....Cerita tentang hantu tak kurang jugek hebatnya...Macam-macam jenis hantu deme cerita...tapi yang bestnya tu apabila ditanya sapa yang peronah nampak hantu...jawapannya hampeh...sorang pun tak peronah nampak hanya dengor cerita dari orang lain......Kalau budak kelas hujunjg lagi seronok dengor ceritanya...Siap ada efect lagi.....Entah ye entah idak aku pun tak tau...Layan je deme ni....

Apabila bercerita bab hantu teringat akau satu kisah yang tak kurang bestnya...Ceritanya tentang budak Hardcore  yang diwajibkan datang ke kursus Motivasi...Budak Hardcore yang sorang ni kalau bersembang memang best...bunyi macam orang tua bercakap...Apabila mendapat tahu namanya salah sorang yang wajib ke kursus motivasi dia dah mula riso....Tentu kome sangka dia riso tentang mungkin dilanyak dan dibasuh kaw-kaw dalam kursus motivasi tersebut.Maklum deme ni memang hardcore di sekolah.

Ropanya jangkaan itu meleset sekali.......Yang ditakutnya bukan kursus tersebut tetapi tentang tempat tidor deme pada waklu malam...kome dengor ayatnya ye sebijik macam orang-orang tua bercakap..."Cikgu mampuih le kami ... mampuih...mampuih"...Mukanya memang serius dan jelas terpancar kerisuauannya... "Cikgu mampuih le nanti... mampuih.. mampuih..". Yang si Cikgu mula kehairanan dan menyangka pelajar ni risokan tentang kursus motivasi tersebut. Si Cikgu bertanya "Apa yang mampuih".

Pelajar tersebut menjawab "Cikgu  tandas blok f tempat kami tidor tu ada orang mati bunuh diri....mampuih kami cikgu....."....dia menyambung lagi..."Macam ni cikgu mampuih le kami"...mukanya memang serius dan betul-betul dia berasa takut..... Sambil tersenyum cikgu berlalu dan berkata "Kamu wajib kena datang kursus tu...'. Mulut pelajar tersebut tak habis-habis mengucapkan mampuih...mampuih...

Pada hari kursus dijalankan memang budak tu tak datang...Sebabnya dah tentulah sebab dia takutkan tandas yang dikatakan berhantu sebab ada mati bunuh diri....Yang peliknya aku sendiri tak peronah dengor cerita oarang mati bunuh diri di situ...Mana pulak cerita didengornya....aalahai mampuih....mampuih..... he he...

Ahad, 13 Mei 2012

Gempa bumi yang dahsyat di Shah Alam

Pada hujung tahun lepas (Bulan 12) selepas habis urusan seri paduka baginda aku membawa anak-anak makan angin di KL selama 2 hari. Pada hari pertama kami mengunjungi Menara Kuala Lumpur, Aquaria KLCC dan I-city Shah Alam. Kelihatannya anak-anak sangat gembira. Cuma bapaknya yang kaki dah tak terasa macam kaki. Seharian berjalan....

Sebelum ke I-City pada waktu malam kami sekeluarga Check in dulu di apartmet MUIS (Namanya aku dah lupa walaupun dah 2-3 kali menginap kat situ sebelum ini). Apartment ni memang best sebab ada tiga bilik. Setiap satu bilik boleh memuatkan 2 orang. Ini bermakna setiap orang akan dapat tidur di atas katil. Tak payah le nak angkat toto. Harga juge agak berpatutan.

Seharian di Menara Kuala Lumpur dan Aquaria KLCC menyebabkan kaki terasa sakit dan badan terasa amat letih. Demi anak-anak aku gagahkan juga untuk ke I-City. Di I-City punya le ramai orang....Setelah masuk ke rumah ice dan marayau-rayau sekitar I-City kami sekeluarga balik semula ke Apartment. Badan terasa amat letih dan kaki memang tak macam kaki dah.

Yang nampak dalam kepala ni hanya tempat tidor. Malam tu semua tidur dengan nyenyak senyenyak-nyenyaknya. Tiba-tiba berlaku kejadian gempa bumi yang sangat dahsyat. Ini yang menyebabkan aku agak fobia apabila berada di bangunan tinggi terutamanya di hotel. Takut berlaku gempa bumi dan tak sempat nak lari...Apa yang aku bayangkan berlaku jugek akhirnya.

Memang kuat bunyi nya........Tetapi yang peliknya hanya anak perampuan aku yang sulung mengalaminya . Yang lain tidur nyenyak macam biasa....Apabila berlaku kejadian gempa bumi tersebut anak perempuan sulung aku bergegas berlari ke bilik aku...Dia rasa pelik memandangkan aku dan orang romah tak berganjak dan tidur dengan nyenyak. Dia mengintai pula ke bilik adik lelakinya ..seropa jugek keadaannya.

Timbul persoalan dalam dirinya mengapa dia sorang yang mengalami gempa bumi yang hebat ini.... Kome nak nak tau sebabnya...He he...ropa-ropanya kayu yang menampung tilam runtuh ke bahagian dalam katil. Effect bunyinya cukup kuat. Mungkin disebabkan anak perempuan aku juga macam aku yang fobia di bangunan tinggi dan membayangkan apa akan berlaku sekiranya berlaku gempa bumi maka kejadian runtuhnya kayu pelapik tergelincir ke  bahagian dalam katil menyebabkan disangkanya gempa bumi...

Pagi esok baru dia cerita pada aku tentang kajadian gempa bumi tersebut....Alahai gempa bumi.......

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...