Nuffnang

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Rencam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rencam. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2011

It`s Now or Never

Dah lama benor tak up date blog...entah le banyak benor halnya. Apabila ada masa terluang mood tak de nak menulis. Sedih jugek nengok blog yang dah lam e terbior. Kalau kebun tentu dah lama ditumbuh lalang. Jealous jugek nengok bolg-blog sahabat yang sentiasa up date.



2 minggu cuti sekolah tak terasa apa. Penuh dengan pelbagai aktiviti. Bermula dengan menemani orang romah yang menjadi hakim debat bahasa inggeris peringkat negeri. Kemudian bailik kampung. Menyiapkan bahan untuk program anjuran Sime Darby. Pergi kenduri kahwin. Ngantor budak ke kem keab setia. Sedor0-sedor dah nak habis cuti.


Cepat bebenor rasanya. Kalau boleh extend seminggu lagi kan best. Apa pun aku tetap syukur atas segalanya. Setidak-tidaknya menambah pengalaman dan yang lebih penting tuhan masih memberi peluang kepada aku untuk melihat keindahan dunia serta menghirup udara segar setiap hari.


Kepada sahabat aku Kamalul Abrar atau ab yang baru kehilangan bapanya aku uacapkan semoga tabah menghadapi ujian. Teruskan perjuangan ayahanda tercinta kerana usaha tersebut usaha yang sangat mulia dan amat besar ganjaraan di sisi Allah. Tak semua orang mampu memperolehinya. Aku juga menanam azam suatu hari nanti aku juga mampu membuka sekolah aku sendiri. Sama ada sekolah anak yatim, tahfiz atau seumpamanya.


Apabila melihat orang yang berjaya membuka sekolah-sekolah seumpamanya kadang-kadang timbul difikiran betapa untungnya mereka. bukan sahaja kaya diudnia tetapi kaya diakhirat. Bestkan... Berangkai-rangkai pahalanya dari generasi ke genarasi. Apa yang aku boleh lakukan sekarang hanyalah sedikit sumbangan kewangan kepada mana-mana sekolah atau masjid.


Tak dapat buat usaha yang besar mulakanlah dengan usaha yang kecil. Yang penting kita bermula....

Jumaat, 2 April 2010

Dah boleh memblog seperti biasa



Dah letih dengan kerenah kedai komputer yang mengrepair komputer. Akhirnya aku ambil keputusan membeli sebuah komputer desktop baru direct dari HP. Setelah menunggu hampir seminggu akhirnya pada pukul 7.00 petang sampailah komputer baru ke teratak aku oleh sebuah syarikat kurier.


Insyaalah aku menyambung semula kegiatan memblog. Tunggu ya sahabat-sahabat, rakan-rakan siber dan pengunjung senyap.


Selasa, 3 November 2009

Lagu Hit Kassim Selamat dan The Sawallows





Kassim Selamat dan The Swallows



Ayah aku merupakan peminat irama 60-an. Semenjak aku kecil sampai le ke besor minatnya terhadpap 60-an tak pernah pudar. Cakap la lagu apa semuanya dia tahu. Secara tak langsung aku pun terpengaruh juga dengan lagu-lagu zaman pop yeh yeh.
Walaupun aku membesar dalam zaman rock kapak namun irama 60-an tetap juga mempengaruhi aku.

Elemen muziknya yang serba ringkas dan liriknya di tulis dengan mudah serta iramanya yang catchy dan bersahaja menjadikan irama ini terus dimintai sehingga ke zaman ini.
Iramanya boleh diubahsuai dengan apa sahaja jenis elemen muzik terutamanya Rock. XPDC dan kristal antara 2 buah kumpulan yang merakam semula lagu 60-an dalam genre rock.

Antara penyanyi yang aku minati daripada zaman ini ialah Kassim selamat dengan lagunya di
La O be, Angkok-angkok bilis dan Nga Lompak agogo. Kassim selamat dilahirkan pada 9 ogos 1934 di Sembawang Singapura dan merupakan teman rapat kepada penyanyi Allahyarham Aziz M. Osman. Sekarang ini beliau berumur 75 tahun.

Kebanyakan lagunya dinyanyikan dalam bahasa Bawean. Pada mulanya Kassim Selamat mengangotai kumpulan Pemuda Ria Party. Selepas Ahmad Daud keluar daripada kumpulan The Swallow Kassim Selamat menggantikan tempatnya.

Pada mulanya kumpula The Swallows tidapkmendapat sambutan dalam arena hiburan sehinggalah mereka merakamkan lagu Bawean La O Be.
La O be menjadi fenomena apabila pernah di senarai dalam carta hits di Jerman.

Mereka juga pernah diundang ke Jerman untuk membuat persembahan selama 3 bulan. Namun hasrat tersebut terbantut kerana kekangan makanan halal dan masalah keluarga.
Aku memang suka sangat ngan lagu La O Be dab Nga Lompak Agogo. Apa macam abang Mat Khalid, aku tau mike pun suke lagu ni.

Ahad, 1 November 2009

Derhoyan wei

Walaupun musim derhoyan dah sampai penghujungnya. Aku nak tujukan juga lagu ni kepada penderhoyan penderhoyan semua dengan ucapan kenang daku semasa menjual derhoyan.....



Jumaat, 4 September 2009

Lemang vs ketupat palas vs mambang





Puasa baru beberapa hari, raya pun jauh lagi. Tetapi rata-rata penjual kuih dan biskut raya dah mula berperang. Dalam kunjungan ke Greentown Mall (pada 7 puasa) baru-baru ni menimbun kuih di jual. Macam-macam warna ada mambang kuning, mambang merah, mambang hijau, mambang biru laut dan mambang cokelat.

Bentuk kuih pun macam-macam ada yang mambang bujur, mambang pendek, mambang empat segi dan mambang bersegi-segi serta kuih mambang orang yang tak de gigi. Sekali imbas tak percaya rasanya boleh laku ke terlampau banyak sangat. Namun menurut penjual kuih, biasanya lagi seminggu nak raya kadang-kadang mereka terpaksa tambah stok baru. Maknanya habis la tu.

Dalam perjalanan pulang aku lalu di depan GreentownMall. Kelihatan di seberang jalan sperti gunung biskut yang terdapat di dalam gerai yang memanjang sepanjang jalan. Takut aku negoknya. Cepat-cepat aku berpaling dan berkata Cobaannnnnnnn....

"Wow Ini macam berniaga biskut lagi untung dari berniaga unta" Kata hussin Lempoyan Wow heh... heh... heh..... . Aku memang tak teringin nak beli memandangkan kebanyakan kuih moden yang susah benor aku nak nyebut namanya.

Anak aku yang kecik (n0. 4) lebih suka kuih klasik, buah hulu, kuih bakor, biskut makmur. Itupun yang hand made. Kalau dibuat dikilang i`m sorry.... katanya. Kuih moden yang aku sikit suka ialah kuih tart nenas. Itupun buatan tangan sorang makcik tempat aku. Kalau yang dijual di kedai jarang aku beli.

Tapi kalau lemang, rendang tok dan rendang ayam serta ketupat palas aku memang kalah. Memang aku tak tolak hantam habis-habisan. Raya ni aku tengah fikir macam mana nak mengurangkan makan lemang dan rendang. Kawan-kawan ada cadangan ke?

Khamis, 3 September 2009

Untuk Mu Ibu

Setiap kali aku mengalunkan lagu Untuk mu ibu kumpulan exist dengan petikan guitar tua aku ni, aku jadi sebak dan tak dapat menghabiskan bait lagunya. Semasa pelajar aku mengalunkan lagu untukmu ibu dengan penuh perasaan dan gemersik suara syahdu sempena hari guru aku tak boleh tahan, Aku cuba tahan air mata. Tapi keluar jugak. Aku nukilkan kembali bait lagu utukmu ibu dendangan kumpulan exist. Hayati bait-bait lagu yang amat meruntun jiwa.

Exist (Rahim Othman / Megat)

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...



Rabu, 2 September 2009

Spesis Mr. Bean


Ropanya ada juga spesis kereta Mr. Bean kat Malaysia ni yang mana keretanya mengunakan mangga untuk mengunci pintunya. Selepas keluar tol kemunting untuk ke balik kampung orang rumah, orang rumah aku ternampak satu van yang di mangga pintu bahagian belakangnya.

Memandangkan sama-sama bergerak agak susah aku nak snap gambarnya. Jenuh juga aku mengejar van ni untuk mendapat pemandangan yang jelas. Sampai sudah aku tak dapat ambik gambar tu. Aku bagi kamera kat anak lelaki aku.

Entah macam mana berjaya juga dia snap gambar van bermangga tu. Dapat lah kita sama-sama menyaksikan spesis kereta Mr. Bean di Kemunting Taiping.

Isnin, 24 Ogos 2009

Cinta Sempurna Astro Oasis


Aku agak jarang mengikuti drama yang banyak episod ni. Boring lama sangat nak tahu kesudahannya. Tapi apabila aku menonton drama cinta sempurna di astro oasis membuatkan aku terus mengikuti dramanya dari episod ke episod.

Aku amat tertarik dengan jalan ceritanya yang sarat dengan message yang berguna. Kisah bagaimana 2 orang anak seorang datuk yang terpesong jauh daripada sudut akidah dan agama disebabkan lamanya terdedah dengan budaya barat semasa menuntut di UK.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu bapanya untuk membetulkan kembali pegangangn agama dan akidah. Ustaz, pakar motivasi dan ustazah semuanya tak jalan kerana kedua-dua anak ini petah berhujah.

Sehingga lah kedatanagn seorang ustaz muda yang mampu merubah sikap, pegangan dan pandangan mereka terhadap Islam. Esok kisah bagaimana mulanya usaha ustaz muda tersebut mendekati kedua-dua mereka yang telah jauh menyimpang dari akidah dan pegangan agama.

Skrip drama ini berdasarkan kisah benar dan ditulis oleh orang yang aku kenal juga Hasrizal Jamil atau nama penanya saiful Islam yang telah menghasilkan 3 buah buku yang best seller di pasaran. Jadi aku rasa kita perlu menyaksikan drama ni yang sarat dengan mesej kemanusiaan dan keagamaan.

Waktu siaran pukul 3 petang dan ulangan pukul 10.00 malam dari hari isnin hingga hari jumaat.


Sabtu, 15 Ogos 2009

Kencorong Jalanan.... Memang best


Sedang aku meronda untuk kali kedua di kawasan gerai-gerai di pesta konvo UPSI aku terdengar alunan muzik yang sangat sedap. Muziknya pula macam biasa aku dengar. Tapi di mana ya. Ramai orang yang mengerumi kumpulan pemuzik ini yang sedang membuat persembahan jalanan.

Lagunya lagu keroncong macam lagu dalam cerita Yasmin Ahmad yang bertajuk...... aku pun tak pasti apa tajuknya. Memang best la you main bro. Aku terpaku dan terkesima, rasa tak mau berginjak dari situ.

Memang best dengan kombinasi double bass, guitar, guitar kecil dan beberapa peralatan yang aku sendiri tak pasti namanya. Memang best, simple dan bersahaja.

PESTA KONVO UPSI.











Seperti mana rutin biasa setiap hari jumaat aku akan menghantar dan menunggu isteri pergi kuliah mingguan di UPSI. UPSI terpaksa ditutup baru-baru ini kerana pandemik H1N1. Minggu ini agak meriah kerana ada pesta Konvo.

Namun pesta konvo UPSI tahun ni agak kurang meriah berbanding tahun lepas. Mungkin disebabkan H1N1. Namun aku tetap mengambil kesempatan meronda dari satu gerai ke satu gerai. Memerhati, membelek dan melihat pelbagai gelagat dan ragam manusia.

Aku sebenarnya tak pasti apa yang aku cari. Langkah kaki hanya mengikut denyut rasa menyusuri jalan-jalan yang sibuk dengan pelbagai jenis manusia. Kebanyak gerai menjual baju dan accesories wanita. Sudah tentu gerai-gerai seumpama itu tidak menarik minat ku.

Aku lebih memberi perhatian terhadap gerai buku. Setiap kedai yang ada menjual buku aku singgah. Maka terbanglah juga lebih seratus ringgit hanya untuk membeli buku. Antara buku yang membuka selera aku Pelik tapi benar dalam solat, Pencegahan penyakit jantung dari perspektif holistik, Sakit pinggang kaedah rawatan melalui prinsip pemulihan serta postur dan pergerakan dalam solat,senaman regangan dan pergerakan solat dan buku best sellers karangan pensyarah yang buat kajian saintifik ke atas solat yang bertajuk solat kebaikan dari perspektif sains.

Banyak dah buku yang aku beli, bacanya tak tahu entah bila. Dalam simpanan aku pun masih banyak buku yang belum terbaca. Habis meronda di bahagian gerai jualan barangan aku bergerak ke bahagian makanan. Apa yang aku temui hanya makanan yang biasa-biasa macam kat pasar malam.

Cuma ada sedikit kelainan di bahagian makanan tahun ni sebab A&W membuka gerainya di UPSI. Mungkin diaorang nak test market kat UPSI. Kalau sambutan menggalakkan mungkin A&W akan membuka kedai permanent di UPSI.

Cuma ada satu makanan yang aku kira agak lain dari yang lain. Iaitu Burger kukus dan nasi putih kukus. Aku akan ceritkan dalam entry yang seterusnya.

Isnin, 10 Ogos 2009

Kini baru ku tau........


Sedang orang rumah dan anak-anak aku sibuk memilih kain pilihan deme. Tiba-tiba aku terpandang kepada pembaris penyukat kain kat Riomoda ni. Baru aku tahu rupa-rupanya pembaris pengukur kain ni pun ada expired datenya. Ingatkan produk makanan je ada expired date. Ropanya pembaris pengukur kain pun ada Expired datenya.

Banyak lagi yang aku tak tau dalam dunia ni........

Ahad, 31 Mei 2009

KOMENG : Pelawak Tersohor di Indonesia

Kalau di sebut nama Alfian Syah ramai yang tak berapa kenal Namun kalau di sebut Komeng sudah pasti hampir seluruh rakyat indonesia mengenalinya. Aksi-aksi lawak sepontan nya cukup mencuit hati dan sentiasa mampu menghamburkan gelak ketawa penonoton yang tidak henti-henti. Agak lama jug aku tak mengikuti perkembangan pelawak-pelawak Indonesia

Kalau dulu kita selalu mendengar dan menyaksikan lawak-lawak benyamin s dalam filem. Selepas itu ada lagi beberapa nama yang aku tak berapa ingat. Ada yang memang kelakar secara semulajadi, ada yang dibuat-buat, dan ada yang fizikalnya nampak kelakar tapi langsung tak kelakar.

Bagi kita di Malaysia Nabil merupakan pelawak generasi baru negara. Namun akhir-akhir ni aku rasa Nabil seolah-olah hilang sentuhan kelakarnya. Hati aku dah tak tersentuh dengan aksi kelakarnya. Macam Saipul apek masih maintain kelakarnya.

Di Indonesia antara pelawak yang menjadi fenomena ialah Komeng. Memang kelakar lawak-lawakya. Apabila dia buka mulut orang pun mula gelak dengan lawaknya yang bersahaja dan selamba.

Kombinasinya dengan pelawak lama seperti tukul dan darsono juga menjadi. Anda boleh saksikan dalam bar video diatas. Ambil yang nombor dua tu. Cuma mungkin telo indonesia yang kuat mungkin menghalang pemahaman anda tentang apa yang nak disampaikan oleh komeng.

Komeng terjun ke dalam industri hiburan sebagai DJ radio dari tahun 1993 lagi. Kemudian dia banyak menjadi juruacara majlis. Banyak sekali sinetron komedi yang dibintanginya. Antaranya

Kompor Diamor (TPI, 1991), Akal-akalan (Indosiar, 1996), Otak-Otak Kuda (TPI 1996), Malioboro (TPI, 1996), Liliput (2001), Puteri Duyung (SCTV, 2001).


Pada tahun lepas dia membintangi filem pertamanya Anda Puas Saya Loyo. Antara pelawak idolanya ialah benyamin S. Aku pun dah mula teruja dan tercuit hati dengan aksi-aksinya sebagai perlawak tersohor di Indonesia.



Looks Young


Tadi aku tengok dalam konsert jom heboh kat TV3 Jamal Abdillah menyanyi. Mak oiii new look nampak muda dan bertenaga walaupun usia dah mencecah 50 tahun. Kalau tengokkan gayanya macam 30-an lagi.

Kalau tengok hero filem barat kadang-kadang kita tak percaya umur dan mencecah 50 ke 60 tahun. Tapi masih steady, still young dan energetic. Tengok Pierce Brosnan masih kelihatan muda. Stallone still energetic dan masih laku di layar perak.

Aku rasa trend ni dah mula merebak ke Malaysia bila artis-artis yang berusia 45 ke atas masih diterima baik. Yang aku heran nampak muda walaupun dah tua. Kalau aku umur 50 tahun macam mana lah ropanya.

Tengok Aznil, Jamal Abdillah,M.Nasir dan Amy Search masih kelihatan muda, bertenaga dan laku. Kalau dulu trend ini cuma berlaku di Hollywood tetapi kini suasana itu dah ada kat Malaysia. Orang masih boleh terima. Kalau dulu hero atau penyanyi yang diterima hanya yang muda. Yang tua tak berapa laku. Yang laku hanya kelapa tua.....

MAZWAN ANAK GAJAH

Semasa aku terlibat sambutan hari guru peringkat daerah tidak berapa lama dulu aku dah mula mendengar tentang kehebatan dan kemerduan suara seorang pelajar asli ni. Kemudian aku dipindahkah (dipaksa pindah) dengan alasan Cikgu Lebih (lesen besor bagi sekolah untuk memindahkan cikgu yang tidak disukai,kaki melawan dan menyusahkan pentadbir).

Semasa aku di sekolah baru di Tapah aku dapat menyaksikan secara lebih dekat kehebatan dan kelunakan suara Mazwan anak Gajah. Tapi masa tu suaranya agak teganggu sebab mungkin perubahan umur baligh. Suaranya agak pecah dan kasar namun kemerduan tu masih ada.

Setiap kali ada persembahan peringkat sekolah dan daerah nama Mazwan pasti ada dalam senarai. Malahan RTM Ipoh juga kerap memanggil Mazwan untuk membuat persembahan. Pada tahuan lepas Mazwan mencuba nasibnya dalam ujibakat AF7. Semua peringkat dia lepas namun Astro tak boleh ambik sebab dia masih belajar lagi. Astro mintak dia datang lagi tahun hadapan.

Aku rasa tahun depan Mazwan mesti tersenarai sebagai pelajar AF pertama di kalangan orang asli. Mana tahu tiba-tiba jadi johan pulak dia. Orang asli pertama di AF memang satu sejarah dalam industri seni negara.

Sabtu, 23 Mei 2009

DATUK AHMAD SHABERY CHEEK

Gambar 1: Encik Auzir dan Datuk Ahmad Shabery Cheek
Gambar 2: Encik Auzir dan Datuk Azian (Pengerusi SPNB Syarikat Perumahan Negara Berhad)
Gambar 3: Datuk Azian & the Gang
Gambar 4: Datuk Ahmad Shabery Cheek dan orang kampung
Gambar 5: Datuk Ahmad Shabery Cheek diiringi pasukan kompang
Gambar 6: Datuk Khushairi (Adun Slim) dan Datuk Ahmad Shabery Cheek
Gambar 7: Orang-ramai menikmati juadah

Pada satu hari tahun 2008 aku ditelefon oleh seorang brother ni minta aku bantu dia organise satu event meyambut menteri penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek. Aku pun serba salah boleh ke aku buat buat. Tambahan pula aku terus dilantik sebagai pengerusi majlis merangkap pengerusi sambutan.

Aku dah le tak Fotorgenik dan tak kacak macam member aku Yusri Bakir dan tak sepetah macam Kak Wan Zaleha Radzi yang aku minat tu. Cuak juga aku nak cakap depan menteri. Mujurlah aku ada juga pengalaman berucap depan Raja Nazrin. Maka pengalaman lama itu sedikit sebanyak memujuk hati ni "aku boleh buat".

Namun aku tak tau mengapa majlis ni pada peringkat awalnya mendapat sabotaj orang-orang tertentu hingga hampir tak jadi. Tetapi berkat keizinan tuhan majlis ni dapat juga diteruskan dengan jayanya. Kehadiran lebih seribu orang walaupun anggaran awal hanya 600 orang. Maklum la masa tu lepas pilihanraya sentimen marahkan kerajaan dan menteri masih kuat.

Menu utama yang cukup laku pada petang tu ialah cendol Bidor yang famous tu. Rasanya memang sedap dan kow. Nanti aku ceritakan dalam artikel akan datang. Menu lain pun licin dan calat. Pendek kata segala-galanya mencapai objektifnya.

Habis je majlis tu aku rasa cukup puas walaupun letih yang teramat. Seminggu lepas tu masih terasa keletihannya. Shabery Cheek ni memang sempoi dan simple orang dia. Cuma aku terkilan tak dapat ambik gambo ngan dia. Tak Sempat maklum le jadi MC...................

PESTA MENANGKAP IKAN DI NIGERIA






Rabu, 20 Mei 2009

Kelainan meragut nyawa



Manusia suka mencipta kelainan. Sukakan lain dari yang lain. Namun kadang-kadang kelainan mebawa padah sehingga meragut nyawa. Ini yang terjadi kepada pengantin baru di atas.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...