Sebelum aku menghantar anak aku pulang ke asrama dia memberi tahu yang dia hendak mengambil tiket train ETS untuk balik ke kampung pada minggu hadapan sempena cuti keputeraan sultan Perak. Alamak kata hati aku ngapa tak kabor awal-awal. Jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang.
Waktu dia patut sampe ke asrama pukul 6.00 petang . Kalau lewat kena denda. Hanya ada setengah jam untuk aku memecut ke asrama anak aku dari RTC Gopeng kerana sebelum itu aku dan anak-anak berhentti untuk membeli barang dan makan-makan. Untuk ke asrama memang sempat tapi kalau nak beli tiket train memang tak sempat. Tambahan pula pada masa yang sama tayar kereta aku pancit.
Setelah mengisi angin tayar di Stesen Petronas Simpang Pulai menghala utara aku memecut kereta terus menuju ke asarama anak aku. Tiba di asrama anak aku tayar aku hampir pancit. Aku memberitahu anak aku...aku akan membeli tiket train tersebut selepas membaiki tayar yang pancit dan aku akan hantar tiket tersebut ke pondok jaga asrama.
Selepas itu aku bergegas ke stesen minyak berhampiran utuk mengisi angin tayar. Kemudian aku bergerak semula untuk mencari kedai tayar yang masih dibuka. Hampa ...angin tayar aku keluar dengan cepat dan akhirnya tersadailah kereta aku di tengah-tengah pekan Ipoh...
Disebabkan hari tu hari Ahad dan waktu sudah melewati pukul enam petang memang tak de harapan le nampaknya aku nak repair tayar...Ikhitiar terakhir aku menahan teksi...Nasib baiklah teksi tersebut membantu aku...Hampir 3 jam lebih menyelesaikan urusan tayar....
Setelah selesai urusan tayar aku bergegas ke stesen keretapi untuk mengambil tiket train anak aku....Waktu tu dah hanpir pukul 10.30 malam...Ramai le pulak orang yang nak ambil tiket train. Terpaksa ambil nombor giliran le pulak... Ada tiga kaunter yang dibuka....Tiba nombor giliran aku... pun terus ke kaunter. Aku bagi tau pada jurujual tiket... aku nak tiket 18 haribulan dan waktunya atas pukul 5.00 petang.
Kata jurujual tersebut "Yang ada pukul 5.00 dan pukul 7.00" "Encik hendak yang mana pukul 5.00 ke pukul 7.00"...Tiba-tiba lelaki yang juga nak beli tiket di kaunter sebelah menjawab pukul 5.00 . Sedangkan jurujual tiket dikaunternya tak de tanya apa-apa pun. "Juruajual dikaunter aku bertanya sekali lagi kepada aku dengan lebih kuat. "Encik nak yang pukul 5.00 ke pukul 7.00"
Sekali lagi lelaki tersebut menjawab "Pukul 5.00". Aku dan jurujual tersenyum sendirian....Lain orang yang ditanya lain orang yang menjawab. Mungkin lelaki tersebut tak perasaan yang bertanya tu sebenarnya jurujual di kaunter aku....he he best jugak sekali-sekali berlaku macam ni....