It's You!

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Cinta Bersyariat

Salam,

Nak kongsi satu buku yang bagus dibaca oleh anak-anak remaja kita. Kalau parents nak baca pun bagus juga.

Intisari buku ini menyatakan, selesai membaca buku ini kita akan dapat
- memberikan jalan penyelesaian kepada isu 'couple'
- memberikan tip dan panduan untuk berkasih sayang kerana Allah
- menyuntik semangat beramal melalui agama dengan dorongan motivasi islam

Tajuk : Bolehkah Bercouple?
Pengarang ; Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Penerbit : Telaga Biru
Harga : RM18.00

Antara sedutan...

Friday, December 28, 2012

Verangan Ko Jah V.5

Salam,

Kalau pi bercuti...ada benda ni...mesti best..
Teringin nak ada
Boleh tangkap..pastu tunjuk kat orang
Boleh tukar ikut kehendakk kita
Kecik molek daripada yang ada di rumah
Besar sikit daripada yang selalu dok guna
Yang pasti...mengancam jiwa..

Eh..eh..
Saya cerita pasal apa ni?
Hehehe....
Saya cerita pasal si dia ni..

Samsung GALAXY Camera!
Napa ntah..
Rasa macam best pulak..
Ala..verangan je pun
Orang tak marah...
Tapi kalau Mr Hubby nak beli untuk hadiah birthday tahun depan
Ok jugak ye...

Boleh Shoot, Enjoy, Edit, Share!
Untuk pengguna tegar Instagram & FB, boleh upload terus je..
Tak perlu la nak cucuk kat pc dulu la apa la..
Wah..wah..saya suka!



Specifications

Network/Bearer and Wireless Connectivity

  • GSM 3G , HSPA-PLUS
  • HSPA+21 (850 / 900 / 1,900 / 2,100)
  • 802.11a/b/g/n 2.4GHz / 5GHz
  • Wi-Fi Direct available
  • GAP, SSP, HSP, A2DP, SPP, OPP, AVRCP 1.3, HID
  • DLNA, HDMI 1.4 support
  • KIES, KIES Air support

Image Sensor

  • BSI CMOS
  • 1/2.3"
  • Approx. 16.3 Mega pixels

Image Stabilization

  • Optical Image Stabilisation

OS

  • Android 4.1 (Jellybean)

Lens

  • f = 4.1 - 86.1mm (35mm film equivalent: 23 - 483mm)
  • 2.8 (W) - 5.9 (T)
  • 21x Zoom Lens

Display

  • HD Super Clear LCD (TFT)























Nota Kaki : Bestnya berangan..nak jadi kenyataan, sila kumpul duit sendiri beli ya...

Saturday, December 8, 2012

Rules for a Perfect Life

Salam

Title : Rules for a Perfect Life
Author : Niamh Greene
Publisher : Penguin Books

Maggie Baxter seorang ejen hartanah yang diberhentikan kerja akibat ekonomi merudum. Sebelum itu dia telah berpisah dengan teman lelakinya walaupun dia tahu teman lelakinya memiliki segala yang wanita inginkan. Lebih memburukkan keadaan, dia terpaksa keluar daripada rumah sewanya.

Secara paksa, dia menerima tawaran teman baiknya untuk tinggal di sebuah rumah kecil yang disewa di kawasan pedalaman sementara teman baiknya itu berangkat k India untuk beberapa bulan.

Kedatangannya di perkampungan itu mendapat perhatian semua orang dan tanpa Maggie sedari, dia berbohong dengan semua orang tentang dirinya.  Semakin lama, pembohongannya semakin besar hinggalah satu insiden memaksanya berterus-terang.

Apa yang terjadi dengan hubungan Maggie dengan tuan rumahnya...bagaimana penerimaan penduduk kampung terhadap dirinya dan bagaimana dia berhadapan dengan orang-orang yang membencinya? Kalau nak tau, bacalah buku ni.

Secara peribadi, novel ni lebih kurang swperti novel-novel karya Sophie Kinsella...cara Greene menulis sangat santai dan lucu...kita boleh bayangkan apa yang diceritakan dengan mudah. Rating kalau nak bagi boleh bagi 8/10. Nice reading...


Sunday, December 2, 2012

My Saturday Life

Salam

Sebelum apa-apa nak ucap tahniah kepada skuad Harimau Malaya kerana berjaya mara ke suku akhir selepas menundukkan Indonesia dengan 2 gol tanpa balasan. Riuh rendah rumah kami tadi dengan sorakan dan kritikan. Biasalah....jadi penonton ni mesti lebih sudu dri kuah. Macam2 yang nak dikritik. Tapi memang tabik dengan penjaga gol kita yang comel tu...lupa plak namanya. Semoga perlawanan menentang Thailand nanti Harimau Malaya akan buat sehabis baik. Maklumlah....Thailand pun bukan calang-calang pasukan. Kuat tu. Eh..eh...bila la pulak saya ni jadi peminat bola sepak? Sebenarnya saya cuma tengok piala AFF Suzuki ni je...yang lain tak ikut sangat.

Habis bab bola kita cerita pulak bab kenduri kawin. Petang tadi g jemputan kenduri kahwin sepupu hubby. Dri rumah lepas solat Zohor. Cuaca pun nampak elok...redup tak panas sangat tapi rupa-rupanya kat rumah kenduri hujan lebat sampai ada angin kuat lagi. Sampai je kami tak boleh keluar kereta sebab memang lebat giler. Tengok dalam khemah kenduri pun dah becak dan penuh dengan tetamu yg tak boleh balik. Kami patah balik g Sungai Dua dulu p cabut gigi Danial. Gigi susu dia dah goyang dan gigi baru dah nampak tunggul so kenalah pi cabut takut gigi baru tu nanti tumbuh taj elok. Lepas cabut gigi baru kami g rumah kenduri tu balik. Sampai pun hujan dah berhenti tapi memang becak la khemah...makanan pun dah tak banyak tapi sebab dah lapar makan je la apa yang ada.

Lepas tengok bola malam tadi, saya tengok cerita Istanbul Aku Datang lakonan Lisa Surihani, Tomok & Beto Khusairy tu. Aku rasa cerita ni adalah filem melayu yang paling best untuk tahun ni. Ceritanya dah la simple je...tapi sangat menarik sekali. Saya boleh ketawa...tersenyum sendiri...rasa sedih....rasa marah...rasa...bestnya kalau ada kat Istanbul...gitu hehehe.....terbaek la cerita ni.

Lama dah tak tengok fiilem di panggung..teringin nak tengok The Breaking Dawn part 2 kat panggung tapi tak dapat pi. Lepas ni ada The Hobbits....yang tu pun sangat teruja nak pi tapi tak taulah dapat pi ke tak...kesian nak tinggal si kembar tu...mana boleh bawa diorang nanti buat perangai dalam panggung tak syok la....sudahnya..Tunggu je lah Astro buh dalam Astro Best ke apa....

Eh....dah melalut macam-macam ni. Saya berhenti dulu la...Hari Ahad, hubby nak bawa hero-hero tu pi tengok lumba Cup Prix kat Batu Kawan. Kalau dia ajak saya pun, belun tentu saya ikut. Malas la nak brpanas-panas tengok lumba motor. Lainlah kalau bawa gi shopping...yang tu ok la...hahaha...

Nota kaki : Dah banyak minggu teringat nak kemas almari pakaian si kembar tu tapi asyik tertangguh je. Kalau tak ke mana, bolehlah mengemas sedikit mana yang patut..daaa!


Thursday, November 29, 2012

Skuad Pengguna

Salam


Majlis perasmian dan sesi ceramah berlangsung sehingga jam 5 petang. Aduh...lama tu. Perasmian hanya berlangsung jam 3 petang.

Saya akan kongsikan sedikit tentang Skuad Pengguna dengan kawan-kawan. Tujuan Skuad Pengguna ni ialah untuk menjadi mata dan telinga memantau harga barang dan perkhidmatan agar kementerian dapat mengambil tindakan selanjutnya.

Antara faedah yang kita dapat sebagai ahli Skuad Pengguna ialah:

1. Peluang menyertai seminar dan bengkel anjuran KPDNKK
2. Potongan harga dan diskaun oleh Rakan Dagang
    Nak tau siapa Rakan Dagang Skuad Pengguna, boleh klik sini..ada disenaraikan nama-nama
    syarikat dan  koperasi yang mengambil bahagian. Yang paling best, Star Cruises bagi 30% diskaun kalau
    guna kad Skuad Pengguna untuk pembelian tiket...boleh tahan tau..banyak juga tu
3. Membantu masyarakat dengan membuat laporan jika berlaku masalah tentang harga barangan
4. Meningkatkan kemahiran tentang trend harga barangan semasa
5. Pengiktirafan sekiranya Skuad Pengguna itu aktif membantu KPDNKK dalam memantau dan melaporkan
    sesuatu perkara

Apa yang perlu kita buat hanyalah melaporkan trend harga yang tidak padan dengan barang atau bila sesebuah kedai itu tidak mempamerkan tanda harga.

Cara nak jadi ahli senang je. Cuma layari laman web www.1pengguna.com untuk mengisi borang secara online dan cetak satu salinan. Bawa salinan ke Bank Rakyat berdekatan, bayar RM2 dan dapatkan kad Skuad Pengguna kita.

Itu serba sedikit tentang Skuad Pengguna. Jam 2 petang ada sesi bersama Datuk Omar, Presiden CUEPACS dan lepas tu perasmian kad oleh YB Dato' Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri PDNKK.
Wah..dah macam wartawan pulak saya hari ni...okla...daaaa.....

Nota kaki : Sangat tak suka bila ada majlis seperti ini, dan orang sedang bercakap di hadapan, ada pulak suara-suara orang berbual di belakang kita. Kalau berbual dalam nada yang perlahan tak apa la juga. Kalaupun kita bosan, janganlah bersembang bagai nak rak di belakang. Hormatlah sikit penceramah di depan. Rasa macam nak sua mikrofon je kat orang belakang tu bagi dia cakap. Haish...saya pun ada juga bercakap tapi bukan sepanjang masa. Hormatlah orang sama, kalau kamu tak mau dengar, ada orang lain yang nak dengar. Etika berada di dalam majlis perlu la diamalkan ya!

Monday, November 12, 2012

Review NYX Lipstick

Salam,

Saya ada rakan blogger baru. Saya jumpa blog dia waktu sedang berblog walking ke blog rakan. Mula-mula klik nampak gambar dia yang cantik ni. Kulit punyalah bersih dan sekata. Rasa sangat suka tengok dia.

Lepas tu, hari tu dia ada buka pre-order NYX Lipstick ni. Saya ni memang suka shopping online tapi untuk barang-barang yang nak kena pakai di badan ni tak pernah lagi cuba. Selalunya saya beli barang-barang untuk kraf je. Tetiba hari tu terdetik nak try NYX lipstick ni lepas baca banyak testimoni penggunanya. Kalau ikutkan, lipstick ni saya akan dapat bulan Disember tapi Jumaat lepas saya dapat emel daripada pihak pengurusan yang saya ada terima poslaju n kena ambil di pejabat. Puas la saya fikir, barang apa la yang saya order baru-baru ni tapi takde. Bila dah ambil baru rasa wau...dah sampai dah lipstick saya!

Ok...ni testimoni dari saya pula untuk NYX Lipstick :

Yang ni saya punya ^_^

Pertama kali guna je dah rasa 'wah...super best' sebabnya dia meluncur dengan lembut je di bibir. Tengok ingredientsnya salah satunya ialah beeswax so that's the reason la. Warna yang saya pilih pula sangat neutral dan cantik. Bila pakai, bibir rasa lembab dan tak kering. Saya pula jenis yang kalau dah jumpa yang betul-betul serasi, saya takkan tukar so lepas ni rasanya nak stick to NYX je. Ada hati nak beli kaler lain pulak lepas ni. Best!

Oh ya...blog yang saya maksudkan ialah blog CPM Honey Nurhaliza. Sis Honey ni ada jual suplemen Shaklee, kosmetik Mary Kay dan kalau sapa-sapa nak dapatkan khidmat make-up untuk pelbagai majlis bolehlah melawat blog Sis Honey ya.

Nota kaki : Kalau ada duit nak beli Mary Kay...Hahahahaha...berangan je la saya ni

Thursday, November 1, 2012

Miaw..miaw..miaw

Salam,

Nak share jugak..tak kira..tak kira...
Semalam saya dah terima buku yang saya nanti-nantikan ini
Saya dah lama mengikuti blogger ni..
Kalau tak silap saya dari 2010
Dulu, dia hanya menconteng di dalam blog
Tapi kini, dia dah semakin maju
Banyak dah buku-bukunya diterbitkan
Dan mendapat sambutan hangat
Saya pulak terlambat
Edisi yang awal saya tak beli lagi pun
Asyik sokong dalam hati je
Kali ni sokong dengan membeli

Hasilnya....tadaaaaa!



Buku Kucing the Cat hasil contengan Mr. Fadhli Hamdan a.k.a ContengConteng
Isinya?
Hehehehe...santai..funny...menggamit memori
Sebabnya
Kucing-kucing kita pun (yang ada bela kucing) suka buat benda-benda yang dilakarkan dalam buku ni

Sapa-sapa yang nak beli untuk diri sendiri atau untuk hadiah kat kawan-kawan atau orang tersayang, silalah lawat blog Contengconteng
Kalau beli banyak ble dapat buku nota contengconteng kalau tak silap saya

Jom kawan-kawan!
Kita support kawan kita
(✿◠‿◠)

Nota kaki : Punyalah sayang nak selak baca..kehkeh..kucing tu memang domok sungguh dan cumel...lepas ni nak beli siri lain plak..nak cukupkan koleksi

Tuesday, October 30, 2012

Energy Saving dan Julia

Salam,

Wah...setelah bercuti lama, hari ni saya baru saja mula bekerja. Mood kerja pun lari-lari lagi hehehe..jenuh mengejar. Awal-awal tadi pulak, ada perhimpunan bulanan so kerja pun tak jalan lagi.

Hari ni perhimpunan bulanan bercerita pasal energy saving. Bunyinya macam remeh je tapi bila disertakan dengan data-data dan contoh-contoh yang ada di depan mata, baru lah terfikir...ye tak ye la..tak susah pun caranya iaitu padamkan suis lampu/penghawa dingin/peralatan yang kita tak guna sebelum melangkah keluar dari bilik.


Sekarang ni tengah gila tengok cerita Julia kat TV3 jam 7 petang tu. Suka sangat tengok cerita tu...fast pace. Bukan saja saya yang tengok cerita tu, mak, hubby, anak2 pun tengok. Yana dan Yani pulak suka nyanyi lagu Cukup..cukup sudah tu..hehehe..


Cerita pasal beraya di bandar nanti saya tulis. Nak selesaikan kerja dulu. Tangguh-tangguh nanti, jadi makin banyak tak terkejar pulak.




Saturday, October 27, 2012

Book Review - A Little Princess

Salam,

Book Title : A Little Princess
Author : Frances Hodgson Burnett
Publisher : Aladdin Classics



A story of a young wealthy daughter of a Captain Crewe in India whom being sent to London. There, she lived a luxurious life not like any other children. Even though she were rich, she was a kind, smart and most imaginative girl that ever lived until her father died leaving her nothing but shabbiness after he lost all his money in diamond mining (or he thought so).

For her to live in the boarding school, she have to do all sorts of jobs and being scolded endlessly to satisfied  the evil heart of Miss Minchin, the school owner. In the attic, she befriend with a fellow maid Becky.

Her life was in turmoil until a gentleman from India moved into the next house giving much surprised to her hard life. To make it sweeter, the gentleman next door was her father's best friend who was looking for her after his father's death to hand over her money that was thought lost.


This book is originated written in 1905. Very entertaining and becoming an all time favourite book to be read all over the world. I love the book so much. I actually cried when Sara was starving but gave all her buns except one to a girl beggar. She's a little girl with a heart of a princess with good spirit and kindness. You will loved her if you read this book.

A nice book to read when you have the time. 10/10

Monday, October 22, 2012

Hasil Pemanggang Ajaibku

Salam Isnin,

Semalam tak ke mana pun sebab hari Sabtu dah jalan-jalan cari makan di Sungai Petani. Pagi-pagi bangun dan mandi siap2. Nak ajak hubby ke Pekan Hari Penaga.

Pekan Hari Penaga dibuka setiap hari Khamis dan Ahad tapi selalunya meriah hari Ahad la sebab hari cuti. Ada macam-macam barang dijual, dari ikan, ayam, daging, sayur, buah, rempah-ratus, pakaian, barangan elektrik terpakai, barang dapur. Hish..senang kata banyak yang ada dari tak ada. Biasanya kalau waktu puncak jam 9.30 pagi hingga 11 pagi tu nak jalan pun susah. Kalau bawa anak kecil kesian je kat anak-anak sebab kena bersesak2.

Saya, hubby, Mami dan Danish naik motor gi pukul 8 pagi. Terawal la pulak...hehe..banyak lagi gerai tak buka. Kami beli ikan cencaru dan ikan temenung (kembung) borek ...yang besar tu. Hajatnya nak bakar dalam pemanggang ajaib. Selain tu, kami beli sayur pucuk paku nak masak lemak buh cili api. Sebab banyak lagi gerai tak buka, kami pekena roti canai dulu dekat tepi jalan. Lepas tu kami sambung jalan beli sayur dan bahan masak yang kering sebelum balik. Waktu kami balik tu, orang dah ramai...huhu..nasib baik cepat kalau tak kena bersesak.

Inilah pemanggang ajaib saya, jenama Idaman Suri hehehe, kalau tak silap MIL kata RM70 kat Langkawi

Saya bungkus ikan-ikan saya dalam aluminium foil, sebab takut hangus la pulak kan. Nama pun first time guna so tak dapat nak agak lama mana nak masak.

Hasilnya...jadi ikan pais..ikan tak hangus..isi pun lembab dan berperisa. Lepas ni nak cuba bakar ayam pulak tanpa aluminum foil. Waktu guna ni pun tak tau nak agak berapa lama baru boleh angkat so saya masak 10 minit lepas tu balikkan pemanggang ajaib dan masak lagi 10 minit. Hasilnya ok la..sedap hehe

 Nota kaki : Malam tu ingat nak bakar kek dalam pemanggang ajaib tu tapi mak tak bagi pulak. Mak kata mana boleh...nanti kek hangus..isk isk..so xjadi la. Dah beli butter so at last kami buat karipap inti kentang yang sedap..yum yum...




Tuesday, October 16, 2012

Walk With Pride

Salam Selasa,

Pagi-pagi cerita pasal kasut boleh? Dah lama tak beli kasut. Hari tu sesak-sesak, capailah kasut lama dalam almari. Cantik lagi so pakai la. Tak sampai sehari tapak dah nak tanggal..huhu..Lepas tu pi amik kasut lain dalam almari, kasut lama juga. Pakai sehari tapak lekang lagi. Adui la...takkan nak pakai selipar gi kerja.

Ada juga seminggu tu pakai selipar gi kerja tapi rasa tak syok pulak bila gi palm print kat Laman Perdana ramai sangat staf dan student lalu lalang. Nampak tak korporat pulak.

Akhirnya waktu bawa anak-anak membeli buku-buku latihan dan buku cerita di Hasani Bookstore kat Carrefour aritu mak belanja kasut Bata kat saya. Mula-mula saya kata la tak mau. Patutnya saya yang belanja dia kasut, ini terbalik pulak huhu...tapi akhirnya ambil juga sepasang sebab mak bising2. Selalunya saya beli kasut Vincci sebab dah selesa dengan jenama tu.

Kasut bata (sandal kot) yang saya punya ni sangatlah selesa, ringan dan comel je. Cuma rasa macam besar sikit sebab terambil saiz 6. Selalunya saya pakai saiz 5 tapi aritu rasa 6 muat elok je. Takpela..

Lepas ni nak beli kat Bata lagi la..Kasut dia affordable dan cantik-cantik juga. Selain tu, kasut-kasut dia selesa dipakai dan yang penting buatan Malaysia. Hehehe..(tapi saya tetap suka Vincci dan kadang-kadang Carlo Rino..Kalau tak silap Vincci pun buatan Malaysia kan?)



Beberapa contoh kasut dari Bata yang saya suka ^_^

Saya juga suka tengok-tengok kasut kat Calaman ni tapi tak berani nak pakai sebab nampak tinggi-tinggi sangat. Anak-anak muda remaja rasanya bolehlah pakai kasut Calaman ni. Bold and Beautiful gitu...


Monday, October 15, 2012

Kau Gadis, Dia Pontianak & Serigalaku...

Salam petang Isnin,

Nak kata saya ketinggalan zaman, katalah...tak kisah. Cerita dah basi pun nak tengok lagi. Orang dah baca semua siri novelnya saya baru habis baca..hahaha...nak tau tak pasal apa ni?

































Nin dia!!!


Mula-mula tengok satu hari tu sebab rehat hari Jumaat kan panjang. Hari tu tak ke mana la pulak so tertengoklah Twilight. Kalau tak silap awal tahun ni waktu tu. Punyalah lama cerita ni main tapi baru tahun ni nak tengok...ahahaha..Bila dah layan, macam best pulak so sambung plak New Moon. Bila dah tau jalan cerita memang teruja nak tengok Eclipse pulak tapi sayang ...Eclipse kawan2 ofis tak download pulak. Mana ble terus lompat Breaking Dawn so saya usaha pinjam novel Eclipse kat library.

Sebenarnya awal tahun lepas, library ada beli satu set Twilight. Saya yang proses buku-buku ni tapi waktu tu tak terasa nak baca pun. Macam dalam hati, entah apa-apa cerita pontianak ni. Tapi bila dah tengok 2 movie yang awal, terasa nak tengok yang seterusnya. Lepas habis baca Eclipse baru sambung movie The Breaking Dawn. Lepas habis tu sebab lama sangat nak tunggu Breaking Dawn Part 2 keluar kat wayang, saya baca novelnya bagi habis. Hahaha...aci tak?

Pada sapa2 yang t ak tau, Twilight ni mengisahkan seorang gadis yang bercinta dengan pontianak dan dalam masa yang sama dicintai oleh shapeshifter yang bole berubah menjadi serigala. Macam ntah apa2 ntah kan?

16 November ni, Breaking Dawn Part 2 akan masuk panggung. Walaupun dah baca novel dia, tetap teringin nak tengok kat panggung. Hari tu kat HBO dok ulang-ulang yang lama sampai husband saya pun tau pasal cerita ni so saya dah cakap kat dia nak tengok cerita ni ngan dia. Lama dah tak tengok wayang ngan hubby sejak si kembar ada ni. Jom kita pakat pi tengok nanti ya!


Nota kaki : Nak tengok Jacob Black (Taylor Lautner). So cute...lebih handsome dari Edward Cullen (Robert Pattinson) ^_^

Wednesday, October 10, 2012

Pemanggang Ajaib..betul ke ajaib?

Salam petang Rabu,

Perasan tak sekarang ramai orang bercakap tentang pemanggang ajaib? Bila buka FB mesti ada orang tag pemanggang ajaib ni. Rasa teruja jugak nak tahu pasal keajaibannya.

Gambar sebagai hiasan sajok...tiada kena  mengena dengan pemanggang ajaib milikku


Ada kawan yang jual pemanggang ni. Antaranya dalam iklan tu bagitau, kebaikan pemanggang ni
  • serbaguna - boleh memasak, menggoreng dan memanggang
  • tidak berat dan mudah dikendalikan
  • tidak nipis - makanan tak mudah hangus
  • tangkai berpenutup magnet - ketat dan kedap
  • rekabentuk ketahanan tekanan kekal - kekalkan aroma dan citarasa semulajadi
  • mudah dicuci bersih
  • tidak melekat
  • jimat masa
  • elak pencemaran udara
  • selamat dan baik untuk kesihatan
  • mudah dibawa ke mana-mana
 Kalau benar bagai dikata, rasanya boleh la buat pizza dalam pemanggang ajaib ni kot sebab malas nak keluarkan oven dari stor. Pastu...kalau boleh buat kek dalam pemanggang tu lagi best. (kes malas nak guna oven). Boleh beli nih...

MIL g kursus kat Langkawi minggu lepas. Balik dari Langkawi dia bawa pemanggang ajaib ni 4. Satu daripadanya untuk saya. Hehehe...tak payah beli, MIL dah belikan...terima kasih mak! Lepas ni boleh la saya bereksperimen dengannya.

Nota kaki : Ada sesiapa yang dah guna pemanggang ajaib ni? Macamana? Ok ke?

Tuesday, September 11, 2012

Book's Review - Online Marketing : A User's Manual by Murray Newlands

Salam Selasa,

Sedang memproses buku-buku yang baru sampai di library
Stumbled on this exciting and informative book about online marketing
Buku yang boleh dikatakan lengkap tentang dunia pemasaran secara digital
Tak kiralah kita mempromosikan barang/produk yang kita nak jual
atau mempromosikan tulisan dan pendapat kita menerusi pelbagai "tools" di alam maya



Dah namanya pun manual, so dia terangkan secara basic macamana nak memulakan Twitter, Facebook, LinkedIn, Blog dan lain-lain media sosial.
Selain itu, dia juga terangkan apa yang patut dan tak patut kita tulis/kongsi di alam maya dan yang paling best macamana kita nak menonjolkan diri/produk kita di alam maya

Contoh yang boleh aku petik sedikit mengenai blogging, dia bagi 10 idea jika kita ketandusan idea untuk menulis:

1. Tulis tentang hal semasa
2. Berdebat dengan menulis tentang isu2 hangat untuk mendapatkan respon/komen pembaca
3. Tulis semula entry lama kita yang mendapat komen dan terjahan terbanyak
4. Kata kunci/tajuk entry yang melekat
5. Interview seseorang
6. Selesaikan apa2 masalah dan postkan dalam blog
7. Tulis entry berkaitan seseorang blogger yang paling top dan link balik kat dia
8. Buat kuiz/cabutan bertuah
9. Jemput seorang blogger untuk menulis di blog kita
10. Top ten list ....pasal apa2 pun takpe..

Best kan?
Mesti korang pun dah dapat idea nak menulis lepas ni
So nak tau lebih lanjut pasal buku ni @ penulis buku ni dan blognya?
Klik kat link ni wokey....  www.murraynewlands.com

Thursday, August 19, 2010

Merdeka!

Salam,

Sempena bulan merdeka, aku dah abis baca satu buku biografi yang ditulis oleh E-Yu bertajuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj : His life journey leading to the declaration of Independence (1903-1957).



Buku ni dalam bentuk karikatur dan sangat menarik. Aku baca sambil digest sejarah dan ketawa sebab karikaturnya sangat menarik dan kelakar. Kisah Tunku sejak kecil sampailah dia berjaya membawa Malaya ke alam kemerdekaan diceritakan dengan begitu bersahaja.

Rupa-rupanya banyak benda yang kita kurang ambil tau tentang Tunku. Walaupun anak raja, tapi hidupnya sentiasa dikelilingi oleh orang2 biasa. Kalau korang nak cari, carilah ye..harganya RM24.90..

Note : Kan untung dok library..semua boleh baca dulu..sampai muka surat last masa Tunku laung MERDEKA! kat Stadium Merdeka, aku siap ble rasa sebak..Bertuah rasanya jadi anak Malaysia...oleh itu hargailah pengorbanan pemimpin terdahulu dan jauhkan persengketaan antara kaum..

Monday, July 12, 2010

Buckingham Palace Gardens - the review

Salam,


Title : Buckingham Palace Gardens
Author : Anne Perry
Genre : Investigation, Classic Novel
Publisher : Ballantine Books 2009

Inspektor Pitt telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes pembunuhan seorang pelacur di dalam Istana Buckingham. Oleh kerana kes ini melibatkan istana, Pitt harus menyelesaikan kes ini secara sembunyi2.

Dia menghadapi masalah untuk mengumpul bukti2 kerana pekerja2 dan tetamu2 di dalam istana tidak mahu memberikan kerjasama. Dia memanggil Gracie, pembantu rumahnya untuk menyamar menjadi pekerja di dalam istana untuk mengorek rahsia.

Twisted yet full of surprises. Really enjoyed reading it...takes only two days to finish this novel. Happy with the outcome.. ^_^ yeayy!

Next on my reading listing is 


One of the book in Private Series by Kate Brian. The books got good review from many and it looks tempting enough for me to read..hoh..napa ko cakap omputih ni? Buang tebiat ke?

Friday, July 9, 2010

The Secret Garden, my all time favourite

Salam,

Baru lepas perhimpunan bulanan dan bacaan yasin di Laman Perdana. 
Sebenarnya nak citer tentang satu buku yang menjadi all-time-favourite aku. Tajuknya The Secret Garden.
Kalau sapa2 ikut, cerita ni telah difilemkan dan pernah main kat tv dulu-dulu. Cerita klasik tapi sangat menyentuh hati.

Dua buku tajuk yang sama dalam library..tapi lain2 versi

Mengisahkan seorang kanak2 perempuan bernama Mary yang kematian ibu bapanya di India. Oleh kerana dia tidak mempunyai keluarga di India, dia telah dihantar ke Yorkshire, England : rumah pakciknya. Mary seorang kanak2 yang perengus dan tiada siapa yang sukakannya.

Sampai di Yorkshire, Mary mengetahui tentang pakciknya yang sentiasa sibuk dan bersikap tidak ambil peduli. Beliau bersikap begitu semenjak kematian isterinya. Di sana Mary mula belajar menyukai orang lain. Hari2nya dihabiskan dengan pencarian taman rahsia milik isteri pakciknya yang telah lama terbiar. Hidupnya mula bermakna apabila dia dengan bantuan seorang anak orang gaji membangunkan taman rahsia itu.

Aku boleh ingat jalan ceritanya walau dah lama baca. Semalam waktu shelving buku di rak, jumpa buku ni. Terus pinjam baca kat umah. Satu malam dah abis. Pagi tadi baru perasan ada satu lagi buku tajuk yang sama baru sampai tapi versi panjang kat troli.

Frances Hodgson Burnett ketika hayatnya

Penulis buku ni ialah Frances Hodgson Burnett yang lahir pada 1849 di Manchester, England. Buku ini ditulis pada tahun 1911. Buku ni telah dibaca oleh kanak2 di serata dunia selama lebih 100 tahun. Mungkin Danish & Danial akan baca juga bila diorang dah pandai membaca buku bahasa inggeris dengan lancar nanti. A worth to read book!

Monday, July 5, 2010

Citer Tak Best :(

Salam,

Selamat pagi Isnin kengkawan. Pagi2 ni saja nak cerita tentang review movie Zoo lakonan Lan Petpet ngan Lisa Surihani tu.

Kami g tengok semalam. Saja sebenarnya hubby nak bawa budak2 berdua tu tengok wayang sebab dapat result best waktu exam. So aku pun ikut jela...takkan nak tinggal kat umah plak kan.


Kami g tengok kat Sunway Carnival tapi hubby beli tiket secara online so tak payahlah berebut beli tiket. Ramai gak orang semalam. Yang bawa anak2, sure nak tengok cerita Zoo ni.

Review? Ceritanya taklah best sangat. Nak kata kelakar, tak jugak sebab aku ketawa 2 kali je. Siap ble ngantuk nak tidur adalah. Aku rasa lawaknya tak berapa menjadi pulak. Setakat Lan Petpet wat aksi maikel jekson tu je aku sampai naik boring pulak.

Ceritanya pasal Saad yang sangat sukakan binatang. Dia interview kerja kata Zoo Negara dan diterima bekerja sebagai pengawal keselamatan. Kat dalam Zoo tu semua binatang ble bercakap tapi yang ble dgr binatang bercakap cuma si Saad ni je. Lepas tu ada dua pencuri ni selalu masuk dalam zoo curi binatang dengan bantuan orang dalam. So, binatang2 ni minta tolong kat Saad siasat perkara ni. Tapi belum pun selesai siasatan, Saad telah dibuang kerja sebab dituduh mencuri binatang2 dalam zoo tu. Untuk membersihkan namanya dan mencari pencuri sebenar, Saad pun pergi ke zoo semula selepas seekor burung kakak tua bernama Alice melepaskan diri dan pergi ke rumaha Saad untuk meminta bantuan.

Macam gitulah serba sedikit ceritanya. Kalau korang nak bawak anak2, bawaklah tapi aku tak gerenti la best sangat sebab bagi aku biasa-biasa je. Oklah..cau cin cau..kerja menanti..daaa


Note : Danish & Danial kata nak tengok cerita Predators lepas ni. Macam tak excited je diorang tengok Zoo tu. Si Danial siap ajak aku bersembang plak dalam panggung pastu asyik bangun duduk bangun duduk je..boring la tu..huhu

Tuesday, April 27, 2010

When deaths are the main subject




When the call was answered, she managed to say "I'm at 1 Garrison Avenue in Newport. I can't get in. I can see someone lying on the floor. I think it's Nuala." I'm babbling, she told herself. Stop it. but as the calm, unhurried questions came from the dispatcher, with absolute certainty Maggie's mind was shouting three words: Nuala is dead.

Maggie Holloway : a photographer came to Newport to meet her stepmother after 22 years old
Nuala : a 75 years old widower who got something in her mind but too late to tell her stepdaughter
The Case : Maggie was curious about Nuala's murder that she is doing her own investigating.

She thought about Neil as she continued getting ready. Over these past months she had found herself more and more looking forward to his calls and too disappointed when they didn't come.

Neil : A managing director of an investment corporation. Felt something about Maggie but afraid of commitments but trying his best to win Maggie.

"Neil, help me, help me," she whispered. "I need you. I love you. I don't want to die."

Will Neil and the police finds Maggie before it's too late? Who were the real culprits? You'll get the answers in
Moonlight Becomes You
by
Mary Higgins Clark
published on 1996 of Simon & Schuster

Wednesday, April 14, 2010

Because I love you, that's why



She threw back her head suddenly to reveal red and swollen and flashing eyes.
"I suppose you will want me back now," she said "Now that I can put a child in your nursery. You will want me back now because I can give you heirs. Because I am not infertile after all."
"Because I love you," he said between his teeth.
"Because I love you, and for no other reason in the world. Because I can't live without you, Madeline. Because my soul will die in me if I walk out through that door without you. I want you back because I love you."

....

"Will you come home, Madeline?"
"Because I love you," she said.
"Not just because of the baby. I could manage very well on my own with the baby. But because I love you and don't think I could live without you. Because I have died a little everyday since I left you. Only because I love you, James"


**

Sigh...love story with a good ending.
Makes me smile, makes me dreaming the perfect scene.
Who doesn't want a happy ending love story, in real life and in not so real life.
Finished this book after so many weeks.
It's a classic novel by Mary Balogh
The Devil's Web

Published by Bantam Dell, 2008


Note : Start new book today..yay!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...