It's You!

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Us & Kids

Salam,

Makin lama, makin malas. Susah kalau penyakit malas ni dah melekat. Kadang-kadang, satu-satu kerja tu memang kita nak siap dalam tempoh masa yang kita dah tetapkan tapi bila dah malas, boleh pulak kata "alah..nanti je buat. Date line lambat lagi, mesti boleh siap la".

Saya selalu jadi macam tu. Bila waktu free, tak mau pulun buat. Bila dah sibuk, terketaq-ketaq nak buat. Dah la buat kerja lembab, lengai, ada hati nak buat kerja last minute. (Tetiba teringat, ada orang tu selalu kata saya lengai..)

Eh, sebenarnya tetiba nak cerita pasal zaman kecik-kecik dulu. Korang pernah kena sebat dengan paip getah tak? atau tali pinggang? Hahaha....saya teringat dulu kecik-kecik kena ngan tali pinggang sebab mandi air hujan dengan adik. Selamba je mandi depan rumah, pakai seluar katok. Hahahaha...kenangan betul. Arwah abah jenis tak banyak cakap, tapi sekali dia jegil, tak berani bersuara kami empat beradik. Dengan getah paip pun pernah sebab mandi lama sangat dalam bilik air.

Skang ni, anak-anak pun suka mandi lama-lama. Riuh rendah dalam bilik air tapi saya jenis mulut bunyi dulu. Biasalah, orang perempuan. Berleter tahap gaban sampai dah nak putus suara, baru tangan jalan. Dulu, tangan memang laju berjalan tapi semakin meningkat usia tangan dah jarang guna cuma guna suara.

Sukar mendidik anak-anak kalau kita tidak berubah. Kalau nak anak-anak jadi rajin solat, kita kena rajin solat, kalau kita nak anak-anak rajin mengaji, kita pun kena rajin mengaji, kalau nak anak-anak hormat orang tua, kita pun kena hormat orang tua; begitulah caranya. They learn by copying us. Teringat juga kata-kata seorang teman, bila anak-anak buat perangai, cuba tengok diri sendiri, mesti ada perangai tu kat kita so jangan nak hairan sangat kenapa anak-anak jadi begitu. Perbetul diri kita dan dalam masa yang sama didik anak menjadi apa yang kita inginkan.


Tuesday, February 18, 2014

Dugaan

Salam,

Sekadar berkongsi. Moga bermanfaat buat kita semua.

Nota kaki: Manusia diuji bukan dengan satu cara sahaja. Mungkin diuji dengan kecelakaan atau diuji dengan keberkatan.

Friday, January 17, 2014

Salam Jumaat

Salam,

Hari ni cuti lagi
Cadangnya nak dok rileks memanjang
Tapi...kalau dah namanya perempuan..ibu..isteri..macam-macam pulak nak dibuatnya kat rumah ni
Kalau ikut hati...nak je lepak depan tv tak berganjak

Salam jumaat semua.

Nota kaki : Badan rasa tak sihat plak...sakit kepala dan selesema. Janganlah demam..banyak benda nk buat tapi semuanya atas izinNya.

Tuesday, January 14, 2014

Don't Be Sad

Salam,

Duhai hati
Jangan bersedih
Apa yang terjadi
Pasti ada hikmahnya

Duhai hati
Kuatkan semangat
Dekatkan diri padaNya
Dia yang memberi duka
Dia juga punya penawarnya

Duhai hati
Belajar redha
Belajar sabar
Apa yang jadi
Pasti ada kebaikannya

Salam Maulidur Rasul semua. Selawat.

Nota kaki: Cer citer sket pasal kangkung...saya terlepas keretapi. Apakehalnya? Hari ni cuti...dok di rumah sahaja...dua hari kerja..Jumaat cuti lagi. Bila tak ada apa2 planning tapi cuti berderet, tak tau nak buat apa.

Sunday, January 12, 2014

Subhanallah

Salam,

Selamat berhujung minggu wahai sahabat
Selepas subuh, terus mengeluarkan beg kraftangan
Ada tempahan yang perlu disiapkan sebelum akhir Februari
Sedang tangan membuat kraf...terkedu sebntar melihat kebesaranNya
Bagaimana Dia mengatur setiap kelopak berselang seli dengan cantik sekali
Sedangkan tangan saya yang meniru belum dapat lagi menyusun kelopak seindah itu
Subhanallah..
Terasa kerdilnya saya sebagai hamba
Sedangkan kebolehan ini pun hasil ihsannya
Alhamdulillah atas kurniaanNya

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin"  - Doa Nabi Daud a.s

Saturday, December 28, 2013

Love & Loved One

Salam,

Weekends
Always with all of you
My cheeky...full of lives little ones

What about yours?

Friday, December 27, 2013

Redha & Nice

Salam Jumaat,



Cantik sangat view dia. Ble tengok banyak lagi gambar oleh Murad Osmann di SINI.FollowMe Project. Nice photography shot and editing.



Friday, November 22, 2013

Happy Couple

Salam,

Dah lama saya tak membelek apa-apa majalah. Dulu, saya akan baca majalah kegemaran saya iaitu Mingguan Wanita setiap minggu, tak pernah miss. Bila dah kerja ni, suka pinjam majalah Better Homes & Garden dan Housekeeping di perpustakaan.

Tahun ni, boleh dikira dengan jari berapa kali membaca majalah. Semalam pegang satu majalah, 4 hari yang lepas satu majalah dan hari ni pun satu majalah. Saya perasan sekarang, saya pegang majalah selalunya bersebab...bila hati sedang runsing atau kepala tengah serabut. Bukan saya membaca isi pun, kadang-kadang tengok gambar je. Kalau jumpa artikel bagus, baru saya baca.

Muka depan Che Ta ngan Zain tuuuuu...

Eh melalut pula. Saya sedang membelek majalah Wanita keluaran November 2013. Ada satu artikel oleh Saudara Zaid Mohamad tentang "Mencipta Pasangan Bahagia". Saya tertarik dengan analogi yang satu ini "Jangan kamu jadikan isteri kamu seperti sebiji bola sepak, ditendang-tendang untuk menjaringkan gol. Jangan juga kamu buat dia seperti bola jaring, dibaling-baling untuk masuk net. Jangan sesekali jadikan dia seperti bulu tangkis badminton, pantang dapat peluang, mesti nak smash sahaja. Sebaliknya, jadikanlah isteri kamu seperti sebiji bola ragbi: dipeluk erat dan kemas, walaupun ramai yang cuba merebutnya. Bawalah dia berlari hingga ke akhir garisan."

Nak kongsi juga 5 idea mudah raikan pasangan seperti di dalam majalah ni:
1. Peluk dan cium beberapa kali sehari.
2. Permudahkan tugas pasangan - membantu.
3. Belikan hadiah/kejutan tanpa sebab.
4. Bersenam bersama.
5. Luangkan masa bersama untuk berbual dan bergurau.

Nampak macam mudah tapi kalau tak pernah dibuat tetiba nak buat, rasa kekok juga. Yang penting kita ada niat dan usaha untuk membahagiakan pasangan kita. Insya Allah.

Thursday, November 14, 2013

Puasa & Pengawas

Salam,

Hari ni bangun awal pagi sebab sediakan makan sahur untuk Muhammad Danish. Dia dah bagitau saya dia nak puasa sunat 10 Muharram hari ni. Saya tak dapat ikut serta sebab faham-faham lah kes orang perempuan ni hehe so tak dapat berpuasa, dapat sediakan makan sahur untuk orang yang nak berpuasa pun insya Allah ada ganjarannya.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."


Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, menjadikan laut pada hari Asyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Asyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Asyura, Allah S.W.T menenggelamkan Firaun pada hari Asyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s pada hari Asyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Asyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Asyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Asyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Asyura !".

Semalam Danial dan Danish bagitau saya, mereka berdua terpilih menjadi pengawas sekolah. Danish memang sejak awal tahun dah jadi pengawas so baju semua dah ada tapi Danial baru start tahun depan jadi pengawas. Nasib baik untuk pengawas tahun 3, mereka tak pakai baju biru lagi cuma kena beli tali leher dan kasut hitam. Baju masih pakai warna putih so tak payah la beli banyak pasang baju. Cuma beli untuk tambah je. Jadual buku dan alatulis untuk tahun depan pun dah dapat. Start 9 Disember boleh beli buku dah..ok la tu..bagitau awal so mak bapak ni bolehlah bajet siap2 untuk duit anak-anak sekolah. Sekejap je masa berlalu, Danish dah nak masuk Tahun 5 dan Danial Tahun 3. 

Wednesday, November 6, 2013

Bertuah

Salam,

Waktu membeli makanan untuk makan tengah hari di kafetaria UiTM, saya terpandang seorang lelaki 50-an sedang mengambil makanan. Saya perhatikan dia tanpa siapa-siapa sedar. Tak lama lepas tu, seorang pelajar perempuan mengambil pinggan di tangan lelaki tersebut dan menyuruh lelaki itu duduk. Ohh...ayah dia rupanya. Mesti datang melawat anak yang sedang belajar. Terdengar si anak gadis bertanya ayahnya, nak air apa? Serta-merta saya sebak.

Alangkah bertuahnya mereka yang masih mempunyai ayah/abah/bapak/abhi. Mesti seronok bila ayah datang melawat ketika kita belajar jauh. Waktu saya belajar jauh, arwah abah sudah tiada. Mak cuma datang dua kali, sekali waktu menghantar saya masuk mendaftar dan sekali lagi waktu habis belajar. Tapi saya redha sebab saya tahu, belanja dari Johor ke Ipoh bukannya sedikit. Lepas tu, mak masih lagi menanggung 3 orang adik di kampung. Saya tak suka menyusahkan mak atau sesiapa.

Oleh itu, hargailah mereka. Buatlah perkara-perkara yang menggembirakan mereka walaupun sekecil benda. Insya Allah, hidup akan lebih bahagia dan sempurna.


Tuesday, November 5, 2013

Awal Muharam

Salam,

Cuti awal muharam...duduk di rumah...mengemas rumah, memasak untuk family. Dah lama saya tak memasak selengkap ini...bukan tak mahu masak, tetapi bila dah bekerja, semuanya nak ekspres..semua nak cepat so biasanya hari bekerja kalau masak pun mesti masak makanan yang mudah macam nasi goreng atau lain-lain yang ada "goreng" belakangnya atau lagi ekspres beli kat kedai. Saya respek ibu bekerja yang mampu memasak setiap hari. Rasanya...saya pun boleh....kan?

Tahun baru, apa azam baru kita? Pastinya kita mahu jadi yang lebih baik daripada kita sebelumnya. Saya juga begitu tapi azam saya tahun baru ni nak memperbaiki hubungan saya sesama insan dan dengan Allah semestinya. Satu je azam tapi insya Allah sekiranya tercapai, hidup saya akan lebih bahagia, lebih gembira dan lebih tenang. Bila hati tenang, segala perbuatan kita samada untuk bekerja atau berhibur akan lebih diredhai.

Apa azam tahun baru kalian? Semoga apa sahaja yang kita minta, memberi kebaikan sehingga tahun hadapan. Tinggalkan korang dengan hidangan tengahari kami...selamat bercuti dan menjamu selera. ...hehe



Nota kaki; Jangan jadikan kesalahan yang sekelumit menutupi kebaikan yang menggunung. Jangan jadikan kebaikan yang pernah kita lakukan sebagai tiket melakukan keburukan.

Saturday, September 28, 2013

The New Beginnings

Salam

Sepanjang waktu berehat di rumah, saya diasak dengan pelbagai kata nasihat dan pesanan daripada rakan-rakan yang prihatin. Paling banyak dari teman kreatif saya sebab pada mereka, cara kerja saya membuatkan saya jatuh sakit.

Sebenarnya saya seorang yang perfectionist kalau bab kerja. Saya mahu apa2 kerja yang saya buat mesti dalam keadaan terbaik dan sempurna lebih2 lagi kerja yang saya suka. Bila kerja itu dikongsi bersama, saya cenderung untuk mengkritik kerja teman sepasukan. Biasanya saya kritik dalam diam...lepas tu bila orang xnampak, saya akam betulkan ikut kehendak saya. Saya agak sukar berkongsi tugas. Kalau boleh, saya nak buat semua benda sendiri sebab saya nak ianya mengikut kehendak dan perancangan saya.

Saya silap di situ. Saya perlu belajar percayakan orang lain dan berkongsi tugas. Saya perlu belajar menerima hasil kerja orang lain dan belajar bersuara untuk mendapatkan apa yang saya inginkan. Saya perlu belajar bekerja secara santai tapi efisien. Saya kena belajar menghargai diri sendiri dan tidak memaksa diri hingga ke tahap yang memudaratkan kesihatan. Saya perlu berikan diri sendiri masa untuk berehat dan bernafas kembali.

2 minggu berehat dan dikaunseling membuat saya tersenyum kembali. Masih ada yang sayang dan prihatin dengan diri saya. Terima kasih Mr Hubby yang memaksa saya berjumpa doktor malahan memaksa saya admit di hospital sebab nak saya berehat. Terima kasih teman kreatif saya yang tak jemu2 memberi kata semangat dan leteran yang membuka mata dan terima kasih kepada teman2 sekerja yang faham keadaan diri ini. Minggu depan minggu rombakan kerja buat saya. Prioritize kerja akan dilakukan...minda akan diset baru...semoga saya dapat bekerja dengan lebih efektif dan bersemangat.

Good luck to myself!

Tuesday, September 3, 2013

la Tahzan

Salam

Kadang-kadang sekuat mana kita sangka diri kita ini, satu hari pasti kita akan mengalirkan air mata. Kadang-kadang bila sudah lama bersabar, ada ketikanya hati ini sudah tak mahu sabar lagi.

Siapa lagi yang dapat memujuk hati ini kalau bukan Dia. Kita selalu lupakanNya waktu kita senang dan gembira...bila susah dan sedih kita sangka Dia sudah tidak menyayangi kita tapi sebenarnya Dia tak pernah lupa dan tinggalkan kita. Kita yang selalu lupakanNya.

Bila dapat menangis dan mengadu padaNya, hati rasa tenang sedikit. Hati yang sakit menjadi sembuh walau parutnya masih ada.. Ya Allah kau tenangkanlah hatiku..kau jauhkan aku dari rasa marah dan kau lindungi aku dari kezaliman diriku sendiri. Kupujuk hati...jangan bersedih. Insya Allah ada jalan untukku.

Wednesday, August 21, 2013

Renungan

Salam,


benda yang simple, tapi kadang-kadang kita terlupa
kadang-kadang ianya terjadi dalam hidup kita tanpa kita sedari
benda yang mudah tapi sukar


Thursday, July 18, 2013

Peluang Kedua

Salam,

Setiap bulan, semua warga UiTM seluruh Malaysia akan menerima emel daripada VC kami, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Isinya selalunya tentang perjalanan tugasan beliau setiap bulan dan sedikit sebanyak perkembangan UiTM. Ada masanya, beliau akan berkongsi cerita dan pendapat tentang pelbagai topik.

Bulan ni, beliau kongsikan dua kisah yang boleh kita renung-renungkan. Saya pun nak share dengan korang semua. Semoga ada manfaatnya ^_^.

AKAN ADAKAH PELUANG KEDUA?



Mereka telah berumahtangga melebihi tiga dekad dan kedua-dua anak mereka telah membina keluarga masing-masing, tinggal berasingan di daerah lain.  Aishah kini melalui empty nest syndrome, hanya tinggal bersama suaminya, Mohd Razif yang masih bekerja, di penghujung kerjayanya.  Saban tahun mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan, hinggalah sejak beberapa tahun kebelakangan ini hubungan mereka melalui perubahan.  Kerapkali berlaku perselisihan antara mereka walaupun atas perkara remeh sahaja.  Sesungguhnya jauh di sudut hati, mereka tidak suka kepada perubahan dalam hubungan mereka itu.

Pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, Aishah begitu teruja menunggu kepulangan suaminya, Mohd Razif.  Sejak mereka menjadi suami isteri, banyak perubahan telah berlaku dalam hubungan mereka, namun kali ini Aishah berazam untuk cuba memperbaikinya.  Pasangan itu yang suatu masa dahulu umpama tidak boleh dipisahkan, kini telah semakin ‘hangat’ dek perselisihan antara mereka yang tidak habis-habis.  Seolah-olah sekarang ini mereka hanya nampak kelemahan dan kesilapan pasangan, bukan lagi seperti baru-baru mereka berkahwin dahulu, semuanya baik belaka.  Hari itu Aishah ingin melihat kalau Razif ingat pada tarikh penting dalam hidup mereka suami isteri.

Apabila terdengar bunyi loceng di pintu, Aishah meluru membukanya dan dapat melihat suaminya basah kuyup, sambil tersenyum menggenggam sejambak bunga di tangannya.  Aishah tergamam lalu tanpa banyak bicara kedua-duanya terus ke ruang tamu.  Aishah ternyata sangat gembira dengan ingatan Razif terhadap hari ulang tahun mereka.  Di saat itu mereka seolah-olah dapat melupakan masalah yang dihadapi, pertengkaran yang sering terjadi dan kerenggangan hubungan yang sedang mereka lalui.  Masing-masing meluahkan penyesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan berazam untuk memperbaikinya.

Perbualan mereka terhenti apabila telefon di bilik tidur berdering.  Aishah menjawabnya dan seorang lelaki di hujung sana berkata, “Assalamualaikum puan, saya membuat panggilan daripada balai polis.  Adakah ini nombor telefon Encik Mohd Razif Osman?”  Jawab Aishah, “Ya” dan lelaki itu berkata lagi, “Maafkan saya puan, ada kemalangan dan seorang lelaki telah meninggal dunia.  Kami dapat nombor ini daripada dompetnya.  Kami perlukan puan datang ke sini untuk mengecam jasadnya”.

Hancur luluh hati Aishah dibuatnya, dia tidak percaya apa yang didengarinya.  “Tapi suami saya ada di sini bersama saya!” katanya bersungguh-sungguh.  “Maaf puan, kejadian itu berlaku pukul 2 petang tadi, semasa dia hendak menaiki keretapi,” lelaki itu meyakinkan.  Aishah hampir hilang pertimbangan mendengar penjelasan lelaki itu.  Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, bisik hatinya kebingungan.  Sebelum ini dia pernah terdengar juga ada cerita mengenai roh yang datang menemui orang tersayang sebelum ia meninggalkannya.

Aishah bergegas semula ke ruang tamu dan mendapati Razif tiada di situ.  Ya, betul! bisiknya hampa.  Razif telah pergi buat selamanya.  Rohnya yang datang tadi ingin mengucapkan selamat tinggal! Aishah tersungkur ke lantai merasai hidupnya begitu kosong seraya berdoa, “Ya Allah, berilah aku peluang sekali lagi bertemu suamiku, ingin ku cium tangannya memohon ampun terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan kami.  Ingin ku perbaiki hubungan kami suami isteri.  Berilah aku peluang menjadi penawar dalam hidupnya, penyejuk hatinya dan jadi isteri yang solehah, ya Allah.”  Bercucuran air mata Aishah penuh keinsafan dan pengharapan daripada Allah.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari bilik air dan kelihatan Razif membuka pintu sambil berkata, “Sayang, abang terlupa nak bagitau yang dompet abang dicuri orang tengahari tadi.”

KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT PELUANG KEDUA, JADI JANGAN SIA-SIAKAN SAAT-SAAT YANG TERLUANG UNTUK MEMPERBAIKI APA JUA KESILAPAN KITA.

Jika diizinkan Allah kita akan menemui sekali lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebaikan dalam beberapa hari sahaja lagi, jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah membuat kebaikan, terutamanya kepada kedua orang tua kita, suami atau isteri kita, adik-beradik, rakan taulan dan ramai lagi.


Kita tidak tahu sama ada kita akan ada lagi di hari esok atau tidak, maka eloklah kita menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu apa-apa penyesalan di kemudian hari.

Wednesday, July 17, 2013

Kawan Atas Talian

Salam,

Zaman sekarang, duduk di rumah pun dapat kawan, duduk di dalam pejabat pun dapat kawan. Duduk depan komputer je ada berpuluh/beratus/malahan beribu kawan. Cuma kena berhati-hati agar tidak dapat kawan yang makan kawan, tidak menjadi mangsa penipuan.

Tapi saya pasti, rakan-rakan blogger saya semuanya baik-baik belaka dan penuh dengan moral yang tinggi bukan jenis yang suka baling batu sembunyi tangan.

Peace yall! Entry ni bukan entry luahan perasaan ya. Just nak relate komik ni yang saya baca ketika Bengkel Pengkatalogan untuk guru yang telah berlalu. ^_^


Wednesday, June 5, 2013

Di Sebalik Perjalanan Shopping ...

Salam,

Sambung sedikit tentang trip Bandung-Jakarta saya dan rakan-rakan. Ini cuma pandangan dari mata seorang wanita yang cepat terasa jiwanya...^_^

Macam apa yang saya kata dalam entry yang lama, hujan emas di negeri orang...di Bandung, begitu ramai orang yang menjadi penjaja jalanan, penyanyi jalanan dan pengemis jalanan. Saya tabik kepada mereka yang sangat bersungguh-sungguh mencari rezeki di daerah yang padat dengan penduduk dan pelancong. Walaupun dia hanya pengemis, tetapi ada yang melakukannya dengan cara yang kreatif, seperti mengecat seluruh badan dengan cat silver metalik seperti silver man. Pak Herman kata, sebahagian duit yang silverman dapat diberikan kepada anak-anak yatim.

Silver man di Jakarta sumber google.

Penyanyi jalanan juga sangat ramai. Ketika di Pasar Baru, waktu menunggu bas kami sampai, saya dan Mr Hubby didatangi oleh seorang penyanyi jalanan. Bersungguh-sungguh dia menyanyi di sebelah kami. Suaranya boleh tahan merdunya, dari satu lagu ke satu lagu sambil diselangi oleh kata-kata memohon supaya Allah berikan kami kesihatan dan keselamatan. Hati ini nak saja hulurkan duit tetapi telah diingatkan supaya tidak memberi ketika terlalu ramai mereka ada dekat dengan kita takut dikeroyok saja.

Berbalik kepada penyanyi jalanan tadi, tanpa putus asa dia menyanyi di sisi kami sehingga hampir 5 lagu sebelum dia beredar ke pelancong yang lain. Usaha tanpa jemu demi sesuap makanan. Kadang-kadang hanya untuk Rp1000 yang dihulurkan (lebih kurang 30 sen rasanya). Alangkah bagusnya jika di sana ada perusahaan-perusahaan yang boleh memberikan mereka kerja yang lebih baik. Mungkin ada, tetapi mungkin tak banyak.

Hati saya cepat juga tersentuh jika melihat anak-anak kecil yang dibawa mengemis oleh "ibu" mereka. Bukan setakat di sana tapi di Malaysia juga. Tidak kasihankah dengan mereka sehingga sanggup dibawa mengemis. Kawan saya kata, jangan beri duit kepada mereka yang membawa anak kecil, memang tujuan mereka begitu...menarik simpati orang. Jika dia dapat lebih ketika membawa anak kecil itu, ia akan jadi modal dia untuk terus mengheret si kecil sama.

Di Jakarta, mungkin kerana penduduknya ramai, maka ada sesetengah tempat itu kelihatan tidak teratur pembangunannya. Di kota Jakarta banyak bangunan-bangunan gah dibina tetapi di pinggir kota bagai banyak bezanya. Sungai mereka yang luas juga kotor dengan sampah sarap. Tetapi, banyak juga usaha-usaha yang baik yang dijalankan oleh pemerintah untuk keselesaan penduduk. Contoh yang saya suka ialah peraturan berkongsi kereta di jalan-jalan tertentu di Jakarta. Kalau bawa kereta sendirian, boleh ditangkap polis so kenalah ambil "joki" (penumpang olok-olok) yang banyak terdapat di tepi jalan dengan bayaran yang lebih murah daripada membayar denda.

Satu lagi saya suka amalan menutup beberapa jalan utama di tengah kota Jakarta (kalau tak silap yang berhampiran dengan tugu Monas tu) di hujung minggu untuk menggalakkan penduduk beriadah bersama keluarga. Waktu tu, nak berjoging dan bersenam, tak perlu bimbang dengan kenderaan bertali arus. Jalan-jalan tu ditutup sehingga jam 12 tengahari.

Last,

Kata Pak Herman, di sana, yang kaya, terlampau kaya, yang miskin, terlampau miskin. Saya dah nampak kebenarannya. 

Kata Pak Herman, banyak artis-artis Indonesia berasal daripada Bandung. Orang-orang di Bandung cantik-cantik dan handsome. Yang masuk dalam sinetron tu banyak yang kacukan. Saya tengok, mereka sama seperti kita cuma budaya hidup, cara berpakaian dan tutur bahasa yang beza.

Kata Pak Herman, ada pengemis yang sudah selesa dengan kerja mengemis sehingga mereka tak mau cari kerja lain kerana hasil menge,is lebih lumayan. Sapa kata mengemis tak ada duit? Kalau tak, takkanlah ada sindiket?

Banyak betul kata Pak Herman kan? Tour guide yang sangat sempoi dan banyak cerita. Mesra dan sangat membantu. Sesiapa yang  nak ke Bandung, Bali, Jakarta, bolehlah cuba servis dia. Kalau nak nombor telefon, emel la saya kniedaz@gmail.com nanti saya beri.

Last lagi...cerita ini la yang saya nak cerita bila saya attach quote ni pagi tadi. 


You Are Not The Way You Are

Salam,


Ada cerita di sebalik setiap orang, benar juga kata-kata itu. Kita tak tahu apa yang mendorong seseorang itu melakukan apa yang dia lakukan. Kita tak tahu adakah itu kemahuannya atau kerana terpaksa. Kita juga tak tahu apa tujuannya dia melakukan perkara sedemikian. Oleh itu, jangan cepat menilai orang tanpa pertimbangan. Belum tentu apa yang kita sangkakan itu benar.


Wednesday, May 29, 2013

Luaskan Kuasamu!

Salam,

Sedih dengan insiden malam tadi. Sepatutnya perkara begitu tidak berlaku. Nak tengok juga apa tindakan FAM apabila perkara begitu berlaku di Pahang. Ada tiket palsu pulak tu. Huhu..apa pun tetap sokong JDT. Takmo gaduh-gaduh...nak tengok bola je pun..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...