It's You!

Showing posts with label Investigation. Show all posts
Showing posts with label Investigation. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Buckingham Palace Gardens - the review

Salam,


Title : Buckingham Palace Gardens
Author : Anne Perry
Genre : Investigation, Classic Novel
Publisher : Ballantine Books 2009

Inspektor Pitt telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes pembunuhan seorang pelacur di dalam Istana Buckingham. Oleh kerana kes ini melibatkan istana, Pitt harus menyelesaikan kes ini secara sembunyi2.

Dia menghadapi masalah untuk mengumpul bukti2 kerana pekerja2 dan tetamu2 di dalam istana tidak mahu memberikan kerjasama. Dia memanggil Gracie, pembantu rumahnya untuk menyamar menjadi pekerja di dalam istana untuk mengorek rahsia.

Twisted yet full of surprises. Really enjoyed reading it...takes only two days to finish this novel. Happy with the outcome.. ^_^ yeayy!

Next on my reading listing is 


One of the book in Private Series by Kate Brian. The books got good review from many and it looks tempting enough for me to read..hoh..napa ko cakap omputih ni? Buang tebiat ke?

Tuesday, July 6, 2010

Makanan Minda

Salam,

Pagi tadi sedang memproses buku-buku baru terjumpa satu novel ni, "Buckingham Palace Garden" tulisan Anne Perry. Genre dia? Genre yang sangat aku suka iaitu penyiasatan, thriller..sah sah aku kidnap buku ni wat bacaan.



Tak penah lagi baca buku hasil tulisan Anne Perry so try gugel dia dalam internet. Sudah menulis sejak dulu2 lagi dan buku pertamanya diterbitkan pada tahun 1979 bertajuk "The Cater Street Hangman" : genre mestilah misteri. Waktu tu umur dia dah 30-an, itupun selepas dia melakukan pelbagai kerja untuk menampung hidupnya. Bayangkan menulis dari umur 20an sampai 30an baru dapat publish..tak ke lama tu...

Anne pernah memenangi Edgar Award pada tahun 2000 dan dipilih oleh majalah The Times sebagai "100 Masters of Crime" iaitu untuk penulis2 kisah jenayah dan penyiasatan. Oh oh..lupa nak bagitau, beliau menulis siri2 penyiasatan sejarah, maksudnya lokasi cerita ialah zaman2 dahulu..

So, aku nak layan novel ni sementara masih seronok nak membaca. Maklumlah skang ni nak membaca 2-3 mukasurat novel pun susah sebab tak sempat. Waktu sempat ialah sebelum tidur, itupun kalau tak lelap dulu. neway, korang suka baca buku?

Tuesday, April 27, 2010

When deaths are the main subject




When the call was answered, she managed to say "I'm at 1 Garrison Avenue in Newport. I can't get in. I can see someone lying on the floor. I think it's Nuala." I'm babbling, she told herself. Stop it. but as the calm, unhurried questions came from the dispatcher, with absolute certainty Maggie's mind was shouting three words: Nuala is dead.

Maggie Holloway : a photographer came to Newport to meet her stepmother after 22 years old
Nuala : a 75 years old widower who got something in her mind but too late to tell her stepdaughter
The Case : Maggie was curious about Nuala's murder that she is doing her own investigating.

She thought about Neil as she continued getting ready. Over these past months she had found herself more and more looking forward to his calls and too disappointed when they didn't come.

Neil : A managing director of an investment corporation. Felt something about Maggie but afraid of commitments but trying his best to win Maggie.

"Neil, help me, help me," she whispered. "I need you. I love you. I don't want to die."

Will Neil and the police finds Maggie before it's too late? Who were the real culprits? You'll get the answers in
Moonlight Becomes You
by
Mary Higgins Clark
published on 1996 of Simon & Schuster

Friday, March 19, 2010

Review for Faith


Title : Faith
Author : Lesley Pearse
Genre : Novels (Drama, Crime, Love)
Publisher : Penguin Books

At last! Finished this book. The most remarkable reading this month. Love the way Mrs Pearse wrote the novel.

Cerita mengisahkan Laura Brannigan yang dituduh membunuh sahabat baiknya Jackie Davis. Kerana kisah silamnya begitu hitam, pihak berkuasa dan orang ramai telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atasnya walaupun dia tidak melakukan pembunuhan itu.

Setelah dipenjarakan selama lebih kurang 2 tahun, kekasih lamanya Stuart Mcgregor melawatnya di penjara dan menyatakan yang dia akan membantu Laura megumpul bukti untuk membebaskannya. Walaupun merasakan harapan untuknya sudah tiada, Laura tetap berterima kasih dengan bantuan Stuart.

Ketika mengumpul bukti2 baru, Stuart mula lebih memahami keadaan Laura yang selama ini banyak menyimpan rahsia hidupnya. Dengan bantuan temannya David dan peguam bernama Patrick, Stuart dapat membongkar pelbagai rahsia yang melibatkan hidup Laura, Jackie dan keluarga mereka.

Note : Pearse membawa kita untuk "flash back" perkara2 lampau dgn cara penceritaan oleh watak2 utamanya. Dengan cara itu, barulah kita dapat mengaitkan cerita sebelum dan sesudah Laura ditangkap & dipenjarakan. Klimaks cerita bila Stuart tahu siapakah pembunuh sebenar Jackie.

Friday, February 19, 2010

Review - Before I Say Goodbye

Title : Before I Say Goodbye
Author : Mary Higgins Clark
Genre : Thriller
Publisher : Pocket Books (2000)

I've always loved Mary Higgins Clark!
There story begins with a quarrel between Nell McDermot with her husband, Adam Cauliff regarding her plan to embark on a political career just like her grandfather Congressman McDermot.
Later that day Adam was blown into pieces with three others on his boat while holding a meeting. As the investigation went on, Nell learns that it was not an accident but a bomb.
The story then entwined with bribery and rigging in the business and problems regarding the election. Nell is trying to help the police department to find the truth about her husband with the help of a medium.
She then realize that something dark about her husband after 3 years marrying him.

Note : Kalau baca buku my favourite genre (thriller/investigation), sekejap je habis baca. I'm looking for more of her books. ^_^

Thursday, April 23, 2009

Mary Higgins Clark



Title : While My Pretty One Sleeps
Author : Mary Higgins Clark
Genre : Investigations, Thriller


Neeve Kearny seorang pemilik butik yang terkenal menjadi curiga apabila pelanggan tetapnya, Ethel Lambstone seorang penulis buku yang terkanal menghilangkan diri ketika menantikan artikel sensasinya tentang pereka fesyen akan disiarkan
Dengan bantuan temannya, dia cuba menjejaki Ethel di apartmennya tetapi dikejutkan dengan kehadiran anak saudara Ethel, Doug Brown yang menumpang di rumah Ethel. Selain itu Neeve terpaksa meyakinkan bapanya. Myles Kearny seorang bekas ketua polis tentang keselamatan dirinya selepas penjenayah yang digeruni Nick Seppetti dibebaskan daripada penjara. Myles percaya Nick yang mengarahkan orang-orangnya membunuh isterinya 17 tahun lalu.

Tanpa mereka sedari, Nick sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan isterinya itu. Setelah seminggu mencari Ethel, mereka dikejutkan dengan penemuan mayat Ethel di sebuah taman. Pelbagai spekulasi bermain melibatkan bekas suami Ethel dan isterinya, anak saudaranya yang mencurigakan dan penemuan yang Ethel ingin bongkarkan mengenai dunia fesyen. Selain itu juga Neeve telah membongkar kegiatan seorang pereka fesyen, Mark Stuber yang menggunakan pekerja bawah umurdi kilangnya dan mengedar dadah dalam masa yang sama.

Hasil siasatan menunjukkan pembunuh Ethel dan isteri Myles adalah orang yang sama. Ketika semua orang tercari-cari pembunuh yang dikatakan sedang memburu Neeve, tanpa disangka orang yang rapat dengan mereka adalah dalang yang dicari


Title : Loves Music, Loves to Dance
Author : Mary Higgins Clark


Erin Kelly dan Darcy Scott adalah sahabat karib yang sama-sama membalas iklan peribadi di akhbar untuk kajian seorang produser tv, Nona Roberts. Tanpa mereka sedari mereka menjadi sasaran terakhir seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa dengan membalas iklan2 peribadi ini.

Darcy seorang pereka dalaman yang cantik dan suka menari tetapi perasaan rendah diri sejak kecil menyebabkan dia tidak menyedari kecantikan yang dia ada. Apabila mengetahui Erin hilang selepas membuat temujanji dengan seseorang bernama Charles melalui iklan peribadi, Darcy mula menaruh curiga. Usaha Darcy menjejak Erin berakhir dengan penemuan mayat Erin dengan kesan cekikan dan memaki kasut berlainan jenis di kaki. Darcy mula berusaha untuk mencari pembunuh Erin dengan bantuan Nona Roberts dan ejen FBI, Vince D'Ambrosio. Darcy membuat temujanji dengan semua lelaki yang pernah ditemui oleh Erin untuk mencari pembunuh tersebut.

Pembunuh bersiri yang sering menyamar itu mula memulakan langkah untuk memerangkap Darcy. Dalam masa yang sama, dia mula menghantar bungkusan2 berisi kasut mangsa2nya kepada ahli keluarga mereka. Tindakannya itu telah membuatkan pihak FBI dan polis menggiatkan siasatan mengenai kehilangan gadis2 yang hilang selepas menjawab iklan peribadi di akhbar.

Nota : Loved Mary Higgins Clark, kadang2 boleh jangka siapa penjahat dalam buku dia tapi kadang2 kita tak sangka pulak. Jalan ceritanya tak menjemukan untuk dibaca, ada romance sikit tapi thrillernya tetap mengancam. What's more, the pace was good and entertaining.

Monday, April 6, 2009

Obsession


Title : Obsession
Author : Jonathan Kellerman
Date Read : March 2009
Genre : Thriller, Investigation

Obsession mengisahkan seorang gadis bernama Tanya yang kematian makcik akibat penyakit kanser. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Patty Begelow telah membuat satu pengakuan tentang suatu pembunuhan yang berlaku di kawsan kediaman mereka.

Tanya Begelow menghubungi Doktor Delaware yang pernah merawatnya ketika kecil untuk mendapatkan bantuan. Semasa hidupnya Patty Begelow merupakan seorang jururawat yang dedikasi dan sering berpindah randah. Delaware meminta bantuan rakan sekerjanya seorang Detektif, Milo Sturgis untuk menyiasat sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawsan kediaman Patty untuk mengungkai misteri yang ditinggalkan oleh Patty.

Penemuan mayat salah seorang penghuni di kejiranan Patty sejurus selepas Milo dan Delaware menyoal siasatnya menjadikan mereka berasa syak dan melanjutkan siasatan berkaitan Patty dan kehidupan silamnya.

Nota : Novel ni slow sikit nak baca sebab banyak dialog dan penerangan tentang sesuatu benda tu dibuat dengan panjang dan jelas. Amik masa yang lebih nak baca. Tapi at the end of the book, pace dia laju sikit..overall boleh baca kalau suka tp bg aku ia meleret sikit. Enjoy tapi kalau ikut hati tak mau abiskan tapi not my type to read something half way...hehehehe...

Wednesday, March 25, 2009

Santa Cruise


Title : Santa Cruise
Author : Mary Higgins Clark & Carol Higgins Clark
Date Read : March 2009
Genre : Fiction, Investigation Crime


Alvirah Meehan, pemenang loteri yang menjadi penyiasat amatur telah menjemput rakan baiknya bersama pasangan masing-masing (Nora & Luke dan anak perempuan mereka Regan & suaminya Jack) bercuti di atas kapal pelancongan mewah "the Royal Mermaid" milik Commodore Randolph Weed.

Tanpa mereka sedari, terdapat dua orang penjenayah yang dalam pelarian diseludup masuk ke dalam kapal. Kejadian2 aneh mula berlaku apabila dua pasang pakaian Santa Claus dicuri dan beberapa orang penumpang ternampak perkara2 yang mencurigakan berlaku di dalam kapal itu.

Lebih memburukkan lagi keadaaan, wartawan mula menghidu pelbagai masalah yang timbul dan mensensasikan berita itu di dalam televisyen.

Selain dua penjenayah itu, kehadiran Harry Crater, seorang penipu yang menyamar untuk mencuri barang antik juga tidak disedari oleh sesiapa. Alvirah yang semakin curiga mula menjalankan siasatan dengan bantuan Jack seorang ketua polis dan Regan seorang penyiasat persendirian.

Dapatkah mereka membuktikan Eric, anak saudara Commodore menjadi dalang penyeludupan dua orang penjenayah itu dan penglibatan bekas isteri Commodore dalam kes penipuan barang antik? Mestilah dapat..hehe

Nota : Dah lama baca, awal bulan March juga tapi tak sempat nak taip dalam blog. Untuk mengelakkan terlupa, aku akan tulis dalam buku nota dulu. Nanti bila senang, terus taip je. Mary Higgins dan anaknya Carol memang banyak tulis buku2 penyiasatan samada secara perseorangan atau bersama. Santa Cruise ni penyiasatan yang tak berat sangat. Penulisan dalam bahasa dan gaya yang santai. Baca tak payah fikir banyak2. Lepas ni review novel yang aku beli bulan ni...bukan Obsession..yang tu tak habis baca lagi..daaa

Thursday, March 5, 2009

Hunting Fear

Title : Hunting Fear
Author : Kay Hooper
Genre : Thriller
Date Read : 24/02/09 - 05/03/09

Kay Hooper did turns me on. Best sangat novel ni. Kali ni kisah penyiasatan kes penculikan & pembunuhan bersiri yang berlarutan sehingga beberapa tahun. Lucas Jordan, seorang penyiasat yang mempunyai kuasa psikik telah ditawarkan untuk berkhidmat dalam Special Crimes Unit yang diketuai oleh Noah Bishop. SCU ini dianggotai oleh individu yang mempunyai kuasa psikik dan menggunakannya untuk membantu pihak polis menyelesaikan kes jenayah.

Lucas dan rakan setugasnya diarahkan membantu polis di sebuah pekan bernama Golden untuk menyelesaikan kes culik dan bunuh yang telah lama mereka cuba selesaikan. Kehadiran Samantha yang juga mempunyai kuasa psikik telah cuba membantu Lucas menghalang penculik itu untuk menculik lebih ramai mangsa.

Sebagai ahli tilik yang bergerak mengikut kumpulan Sarkas, Samantah juga merupakan bekas teman wanita Lucas. Untuk menangkap penjenayah itu, Lucas dan Samantha perlu berganding bahu walaupun terdapat sengketa yang telah lama terpendam.

Samantha mula mendapat 'vision' apa yang akan berlaku pada masa akan datang dan dengan kebolehannya dia membantu Lucas menggunakan kuasa psikiknya mengesan mangsa melalui perasaan takut mereka. Dapatkah mereka menangkap penjenayah itu? Apa kaitan penjenayah itu dengan Lucas sehingga dia menganggap jenayah yang dilakukannya itu merupakan satu permainan untuk memerangkap Lucas? Hehe.. (macam pengulas berita pulak)

Nota : Masa yang agak lama untuk aku menghabiskan buku ini. Bukan sebab tak best tapi sebab aku sibuk ber "MyYearbook" bulan ni. Tapi baca buku tetap baca. Biar sehari 3 - 4ms asalkan baca. Dulu time sekolah rendah, hari2 pinjam buku cerita. Paling excited baca buku2 Enid Blyton. Ada siri pasal budak yang tingal dalam kumpulan Sarkas. Bila baca pasal Samantha dalam novel ni, tiba2 ingat siri Enid Blyton tu...mana nak cari ek? Kat POPULAR, MPH & BORDERS tak penah nampak pun. Mmmmm...miss my Enid Blyton. (Last week beli satu buku Enid Blyton siri cerita pendek, selain aku baca, aku kena bacakan kat Danish n Danial sebelum tdo. Tu pun kadang2 curi tulang sebab malas baca aloud..letih ooo baca aloud. Baca dalam hati gak yg best. ^__^

Monday, February 23, 2009

Cold Blue Midnight


Title : Cold Blue Midnight
Author : Ed Gorman
Date Reread : February 2009
Genre : Thriller,

Peter Tapley seorang anak hartawan yang hidupnya dikongkong oleh ibunya sendiri dari kecil sehinggalah berumahtangga. Jill isteri Peter tetap bekerja sebagai jurukamera walaupun ditegah oleh ibu mertuanya. Peter kemudiannya mula membunuh wanita2 yang ditemuinya untuk kepuasan diri tapi akhirnya dia telah ditangkap dan disabitkan bersalah lalu dihukum mati di atas kerusi elektrik.

Walaupun beberapa tahun telah berlalu, ibu mertua Jill tetap berdendam dengannya dan menganggap Jill adalah punca Peter menjadi pembunuh. Dia sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Jill. Jill kemudiannya dituduh membunuh rakan kongsinya dan akan dibicarakan.

Tanpa pengetahuan sesiapa, pembunuh upahan yang diupah oleh ibu mertua Jill itu sebanarnya ialah Peter. Sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya, dia telah berkomplot dengan peguam keluarganya untuk merasuah pihak2 yang terbabit dalam urusan hukum bunuh untuk melepaskan dirinya. Dia menjalani pembedahan plastik untuk mengubah rupa parasnya dan menjadi pembunuh yang lebih kejam daripada sebelumnya.

Peter menaruh dendam kepada ibunya yang selama ini mengongkong hidupnya dan dalam masa yang sama terlalu obses dengan membunuh sehingga tidak teragak2 membunuh sesiapa sahaja yang menghalang keinginannya.

Note : Sebab cerita thriller & gruesome, kniedaz baca tak sampai 3 hari, hehehe. Novel camni memang favourite sampai leh dapat bayangkan apa yang pengarang ni tulis. Tapi sayang saya jenis tak pandai nak olah balik apa yang saya baca. Ada dalam kepala otak je...huhu..next The Haunting of Josie by Kay Hooper, my favourite novel this month!

Thursday, February 12, 2009

Barbara Jaye Wilson (gambar xupload lagi)

Title : Accessory to Murder
Author : Barbara Jaye Wilson
Date Reread : February 2009

Lama tak update buku yang kniedaz dah baca. Dah 2 minggu baca novel Barbara Jaye Wilson, "Accessory to Murder". Ceritanya mengisahkan seorang milliner (pereka & pembuat topi) yang terpaksa menolong rakannya memindahkan mayat pakcik mereka daripada kilang diorang. Tetapi bila Brenda Midnight (miliner) tau yang pakcik diorang ni mati dibunuh bukannya sebab jatuh seperti yang diorang dakwa, dia rasa menyesal tolong kawan dia tu. Watak penting dalam cite ni ialah Brenda (miliner), Johnny (ex-bf Brenda yg jd pelakon terkenal dlm siri kepolisian), Lemmy (ejen Johnny), Chuck (bestfriend Brenda yg tolong sembunyikan Lemmy). Sebab malam diorang disposed mayat tu guna kereta Lemmy, so polis tahan Lemmy & tuduh dia bunuh Buddy. Sebab Brenda yang libatkan semua kawan2 dia untuk membantu kawan dia yang lain, dia pun buat penyiasatan sendiri untuk mencari siapakah pembunuh Buddy yang sebenar. Dalam novel ni, Brenda seorang yang penuh dengan idea. Macam2 cara dia gunakan untuk menjejaki pembunuh sebenar. Sehinggakan usahanya itu menjurus kepada penangkapan penjenayah lain yang secara tidak langsung termasuk dalam siasatannya. Satu lagi dia ni betul2 setia kawan. Walau macamana sekalipun kawan2 dia perguna dia, tapi dia tak pernah nak merungut, (dalam hati je la...biasala). At last rupa-rupanya yang bunuh Buddy tu ialah wife dia sendiri. Pada waktu malam, Buddy telah menjalankan satu "strip club" dalam premis kilang dia. Ramai la striptess yang datang wat show. Dia akan tape semua show tu. Wife dia tahu pasal hal ni walaupun Buddy tak beritahu wife dia. Wife dia akan contact semua striptess dan offer to publish tape diorang dengan bayaran 300pound. Bila Buddy dapat tau dia gaduhla dengan wife dia. Dalam pergaduhan tu la wife dia pukul kepala Buddy ngan baseball bat. Sebab apa amik masa 2 minggu baca novel ni? Bukan tak best, best sangat cite ni walaupun buku ni dah 7 tahun dalam simpanan kniedaz. Sebab balik umah selalu dah letih. Kat umah kena plak wat keje2 umah. Tu yang baca 2 - 3page sehari. Anyway, at last i've made it. Next, Elaine Barbieri, Dangerous Virtues : Chastity.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...