Salam,
Sempena bulan merdeka, aku dah abis baca satu buku biografi yang ditulis oleh E-Yu bertajuk Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj : His life journey leading to the declaration of Independence (1903-1957).
Buku ni dalam bentuk karikatur dan sangat menarik. Aku baca sambil digest sejarah dan ketawa sebab karikaturnya sangat menarik dan kelakar. Kisah Tunku sejak kecil sampailah dia berjaya membawa Malaya ke alam kemerdekaan diceritakan dengan begitu bersahaja.
Rupa-rupanya banyak benda yang kita kurang ambil tau tentang Tunku. Walaupun anak raja, tapi hidupnya sentiasa dikelilingi oleh orang2 biasa. Kalau korang nak cari, carilah ye..harganya RM24.90..