Salam,
Sekejap je dah hari Jumaat. Toleh kiri dan kanan kawan-kawan di ofis ni memanjang tak ada. Bukan curi tulang ye tapi menghadiri kursus, bengkel dan program. Bila ada selalu nak gaduh, bila tak ada rasa sunyi la pulak. Itu semua lumrah kan? Benda yang ada di depan mata, kadang-kadang tak dihargai dan kita selalu
take for granted sahaja. Bila sesuatu yang dipunyai itu hilang, barulah terasa kehilangan dan menyesal tak sudah. Peringatan buat diri saya juga.
Lama kan tak cerita tentang anak-anak. Semakin hari semakin membesar dan perangai pun dah macam-macam. Waktu baik, rasa aman je rumah tapi bila time havoc, adui la...rasanya satu taman boleh dengar suara diorang menangis dan suara mama yang macam tarzan. Redha je la. Anak-anak sedang membesar.
Kadang-kadang bila difikirkan, sebenarnya setiap masalah, kita dah tau jalan penyelesaiannya cuma kita saja nak buat teruk. Nak juga semakkan kepala. Itu selalu berlaku kepada saya. So sekarang, nak belajar cuba buat rileks je. Orang kata buat
don't know. Jangan ambil serius sangat tentang masalah. Nanti stress.
Tapi satu bab ni tiada kompromi bagi saya iaitu kebersihan. Saya boleh hangin satu badan kalau rumah bersepah. Bagi saya, setiap benda ada
"rumahnya'. Di mana kita ambil, di situlah kita perlu pulangkannya. Janganlah biar ia tersesat tidak bertemu jalan pulang. Satu lagi, saya sangat tak suka kalau lantai melekit, itu sebabnya saya perlu menyapu dan mengemop hampir setiap hari. Tak sempat? Oh...tidak ada istilah itu jika berkenaan kebersihan. Saya lebih rela tak makan dari makan di meja yang bersepah. Saya perlu tekankan selalu tentang kebersihan kepada anak-anak supaya bila mereka berfikiran sama macam saya secara automatik mereka pun akan mudah menjalankan tugas2 pembersihan.
Saya sebegitu kerana selalu berfikir, kalau rumah kemas, teratur, bila ada tetamu datang mengejut tentulah tak kelam kabut nak mengemas. Lagipun, bukan ke kebersihan itu tuntutan di dalam Islam malah semua agama. Fikiran akan jadi tenang bila rumah kita sentiasa kemas.
Eh...tadi kan konon nak cerita pasal anak-anak kan? Tetiba melencong jauh pulak. Tak pelah...lain entri kita cerita pasal anak-anak. Salam Jumaat semua teman-temanku. Moga hari kita diberkati dan dilimpahi rezeki hari ini.