Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)

Hong Kong

I'm back!! =)
Ok, xnak merepek panjang-panjang so, let's start the story mcm mn kami boleh sampai di HK!
Actually, aku ke HK pasal boss suruh attend training dgn vendor. Dah hampir setahun juga plan utk training ni tapi aku delay punya delay punya delay sampai lah boss paksa suruh pergi jgk. Siap ugut okey nk kena g US ke HK?
Aku memang say big big NO to US! sbb xnak kena bond. haha. Tapi aku ngelat, panggil vendor US dtg so diorg boleh train the whole team instead of aku sorang je yg kena pi US utk belajar. Lagi aku rasa nak gila bila equipment tu kena ada strong basic in EE Eng. Aku dah lah "alah" dgn benda-benda EE ni. haha. Very challenging ok! Then, after settle psl US training tu, ingt dapat lah skip g HK, at last kena pergi jgk. Kena pergi berdua plak dgn team mate (Philiphine guy!). Ok, masa ni dah pasrah habis. Mamat ni pulak xde effort langsung nk tolong aku settle the itinenary and travel plan. Katanya " I follow you". So klu aku terjun bangunan Sky 100 ko nak terjun jgk ke? Nak je aku jwb mcm tu..tapi dlm hati lah..hehe.

Aku feeling hard gila nak pergi HK berdua dgn lelaki lain. Dah mcm pergi makan angin pulak gayanya. Last-last aku decide utk angkut sekali laki aku yg merangkap juga sebagai tourist guide kami.haha. Tapi fakta sebenarnya aku ni penakut nak duduk hotel sorang-sorang.haha.
Lepas dah confirm tix flight and itinenary aku, tanpa ragu-ragu terus booking tix with the same flight  utk suami ku yg tercinta. Alhamdulillah, harga tix agak reasonable RM1020 for round trip from Penang direct to HK. Naik flight Cathay Pacific. oklah kan..xdelah mahal sgt siap dgn food. Food pun sedap jgk dan yg penting halal.

Perjalanan amik masa 3 jam setengah. Kami departed at 7.45 am and arrived in HK around 11.30am.
Mmg kami plan utk amik flight paling awal sebab nak gunakan masa yg ada sepenuhnya utk jalan-jalan. Sebab next two days tu kami dah sah sah engaged dgn training. Lepas je turun flight, claim baggage dan immigration,  3 benda yang kami kena cari dulu kat airport ialah MTR cards, SIM card mobile & food for lunch. So, aku akan explain satu-satu 3 benda ni utk rujukan korang yg first time sampai di HK.

 HK International Airport ni tersangatlah besarnya. Berpeluh jugaklah nak menapak dari hujung ke hujung nun. Tapi jangan risau anda tak kan  boleh sesat sebab banyak sign board diorg letak. Ni satu benda yg aku suka psl HK! Sangat mudah. Just follow je sign board tu insyALLAH sampailah korang ke tempat yg dituju.



Arrival Hall (Terminal 1) 5th Floor
1. MTR Train Ticket. Buy Airport Express Travel Pass or Octopus Card
MTR ni adalah main transport di HK yg menghubungkan between main city from Lantau Island-East Kowloon-New Territories-Hong Kong Island. Most of the residents mmg menggunakan MTR utk ke pergi & balik kerja. So during peak hours, mmg org mcm semut keluar masuk train. Tapi bagusnya, MTR diorg ni sangat efisien ok!

Utk beli train ticket ni, sblm korang sampai  di Arrival Hall Terminal 1 (5th Floor) korang akan jumpa satu kaunter Train Tickets. Beli disini. Octopus Card ni mcm kad T&Go which is korang boleh topup kalau stored value dah habis dan boleh digunakan utk menaiki tram, train & bus dan membeli belah di 7 Eleven. Tapi kami pula beli Airport Express Travel Pass yg berharga HKD220. Yang ni korang cuma boleh guna utk 1 journey from Airport to any station plus UNLIMITED MTR facility for 72 hours after first tap in MTR and included deposit HKD50 (will be refunded when you return the card to any MTR counter). Plus lg ada free shuttle bus disediakan from station ke Hotel yg kami duduk. So korang boleh choose which one is more convenient. Macam aku beli Airport Express sbb mmg akan selalu naik MTR utk pergi balik training & jalan-jalan utk selama 4 hari 3 mlm. So utk memudahkan perjalanan, kami amik je UNLIMITED tanpa perlu risau utk menopup klu tiba-tiba value dah habis..=) ok clear about it? Tapi, if you spent more than 3 days baiklah beli Octopus Card yer. Utk details lanjut boleh dapatkan di website MTR HK.Kat sini byk lgi pakej-pakej utk tourist yg korang boleh pilih. Do research, prepare travel plan then you can easily choose which card you will preferred.

Total Damage: HKD220 X 2 = HKD440


Ini lah rupa Airport Express Travel Pass. Nampak tak dia tulis 1 Ride? It means this card valid utk 1 journey je from Airport to HK down city. Boleh je nak beli round trip, tapi harga pass HKD300.

 2. SIM Card Mobile
Ok, SIM Card ni options bg korang. Kalau x nak beli pun xpe. Aku mmg kena beli utk komunikasi dgn husband sbb kami dah plan utk meet around any MTR station after aku habis training. Byk pilihan yg korang boleh choose antara yg terkenal utk travellers adalah 1010. This package berharga HKD88 including unlimited internet free for 7days and HKD 10 for prepaid. Tapi kami x beli disini pun sbb malas nak mencari. On the way cari food di 7th Floor, kami jumpa kedai China Mobile ni. So, malas nak pk panjang kami amik starter package HKD80 which is call only 1sen/minute. hehe. So, beli 2. Aku ada juga surf internet guna package ni sampai nak balik Malaysia pun rasanya kredit x luak..hehe. Sangat-sangat berguna dan penting uk komunikasi dua hala.
Total Damage: HKD88 X 2 = HKD176

Sesi menukar SIM Card






3. Halal Food: Popeyes Chicken & Biscuits
Disebabkan sampai pun dah lunch hour, mmg kebulur habis la. Satu-satunya kedai makanan halal yang ada di Aiport adalah Popeyes. Popeyes ni ala-ala mcm KFC la tapi ayamnya ya ampunnn kecik bebenar bang oi. haha. Tapi xpela, redha & syukur je mkn apa yg ada dulu utk alas perut. Fast food lain juga ada mcm McD, Burger King tapi kami x berani la nk mkn sbb ragu-ragu. So, kami take away je makan di hotel sbb nak kejar masa.

Total Damage:  HKD 142 (for 2 persons)


 

Untuk pengetahuan korang, di HK International Airport ni ada disediakan prayer room. Ada di Terminal 1 (7th Floor). Tapi klu korang rasa malas nak mencari, bentang je sejadah di mana-mana area yg yakin bersih dan solat! Kiblat di HK adalah 285. Sila dowload apps compas dlm smart phone anda yer!=)



Tips dari aku, please prepare itinenary selama korang berada di HK utk memudahkan perjalanan, menjimatkan masa & mengelakkan pembaziran utk transportation sbb perbelanjaan adalah tinggi.
So, kena bajet betul-betul yer. Ok next, aku akan share pasal perjalanan dari Airport ke Hotel..=)











0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...