Salam semua..posa x arini?hehe..
ok, kita teruskan Ramadhan challenge untuk Day 3!
lalu, berhajat untuk masak lauk yg simple saja iaitu sup ayam dan desert dari roti berbaki yg da nak expired tu mcm syg pula nk dibuang so i buat puding yang senang bangat dan paling penting sedapppp..=p
Day 3
Dishes:
Sup Ayam
Ayam Goreng
Cili Kicap
Puding Roti Bakar
Murtabak (suami beli)
Air bandung
Resepi: Sup Ayam
Bahan-bahan:
Daging Ayam-dihiris kecil
4 biji bawang merah-
2 biji bawang Putih
1/2 inci Halia
Rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang n etc)
Serbuk lada hitam (terpulang)
3 biji kentang
1/2 biji lobak
3-4 cawan air
Garam
Daun Sup
Cara membuatnya:
1.Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris dan ditumbuk kasar
2. Tumis bahan hirisan bersama rempah 4 sekawan sampai naik bau
3. Kalau suka, boleh letak lada hitam dan masukkan ayam. Kacau rata.
4. Masukkan air, kentang dan lobak kemudian tutup periuk tunggu sampai didih.
5. Rasakan dengan garam.
6. Siap dihidang dengan kicap cili..opss..jgn lupa daun sup ditabur!
*low quality picture..=(*
Resepi: Puding Roti Bakar
Bahan-bahan:
3-4 keping roti
2 biji telur (sy guna 1 biji je, still sedap!)
2 sudu besar mentega/butter
1/4 cawan gula
200 ml susu cair
Kismis (ikut
Choc chips (tambah sendiri!)
Sedikit esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Bakar roti terlebih dahulu guna toaster tapi sy bakar atas kuali jek sbb xde toaster.haha.
2. Carik-carikkan roti di dalam loyang.
3. Taburkan sedikit kismis dan choc chip.
4. Cairkan mentega dan tuang ke dalam loyang
5. Dalam bekas lain, pukul telur, susu cair, gula dan esen vanilla sehingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang.
6. Taburkan lebihan kismis dan choc chip dan biarkan adunan telur menyerap ke dalam roti
7. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar pada suhu 180 C selama 20-25 minit (bergantung kpd oven anda) sampai puding nampak kekuningan.
lupa nak snap gmbr sebelum dipotong.hihi.
manis sikit..sbb ada choc chip!=)
petang ni kwn2 buka juadah apa?
i ingt nak bakar ikan terubuk cecah air asam + kerang tumis cili dan cucur udang.
hehe. resepi post esok ya!
selamat berbuka!