Doa & Wirid Sepanjang Masa

Doa
"Rabbi habli min ladunka dzurriyatan thayyibatan innaka saamiud duaa"

Maksudnya: "Ya Tuhanku, kurniakan kepadaku dari sisi-Mu, zuriat yang baik (sempurna tidak cacat), sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar permohonan hamba-Mu"

(Surah Ali' Imran 3: 38)


Wirid
" Ya Khaliku Ya Bariu' Ya Musawwir"
Maksudnya: "Wahai Yang Maha Menjadikan, Yang Maha Mencipta, Yang Maha Membentuk"


(Asmaul Husna)
Showing posts with label wedding planning. Show all posts
Showing posts with label wedding planning. Show all posts

Wedding Update II

1. Sesi menginai selesai! Hasilnya? nnti kita tgk yer.......=)



2. Pelamin setup sudah siap...cuma tinggal last touch up and fresh belum digubah.


3. Kendarat mak selesai buat scallop pada khemah..=) combination of yellow-gold n white..

4. Doorgift utk tetamu juga sudah siap di pack!=)


5. Bilik sudah ada sikit nmpk mcm bilik pengantin.huhu. Simple DIY and decoration.i likeee~~


moga sume berjalan lancar..=)
ameen.

Wedding Update I

1. Kanopi dah siap pasang ahad lepas lagi. Seronok sgt tgk pakcik2, sepupu2 dan org kg gotong royong. alhamdulillah.



2. Hantaran sudah disusun dan diikat reben. Siap tanda lagi untuk rujukan.hehe.
Terima kasih along!! so, tinggal untuk potong gabus basah dan cucuk bunga saja!insyaALLAH jumaat nnti akan settle.

*sebelum*


*selepas*

3. Duit baki untuk vendors sudah disediakan!=) official photographer dan wedding boutique.
Tak lupa Tok kadi dan saksi. Untuk negeri johor upah kadi RM110, dan saksi RM20 seorang.


4. Thank you abah sbb sponsor York untuk bilik pengantin!! hehehe..=)


wedding update akan dipost from time to time start today!
till then!

DIY: Flower from Crepe Paper

ok, kali ni ada satu lagi DIY yang agak mengujakan saya!
opss..my mom too!haha=p

iaitu..
Flower centerpiece by crepe paper!

the idea is come out bila terjumpa balik crepe paper yg penah i beli.
i beli kat Mydin. Da lama da. Masa beli tu tak pk nak buat apa pun.
Lepas da beli, simpan saja dalam paper bag.
Beli pasal colour paper tu cantik yg manis sgt deh.
Dalamnya ada 10 keping.Harga RM3.
Murah tak?murah tak?haha.
i mana boleh tahan tgk benda cantik-cantik plak tu murah bagaikan.haha.
dasar cheapskate betul!hihi.

lepastuh, i pon goggle la DIY crepe paper
then terjumpa this tutorial
Klik!

i try follow the instructions.part yg nak menggulung jadi bunga tu yang tak reti.
mmg terkial-kial.terus i give up.
datang kat mak buat muka masam .haha=p dasar betul
lepas tu..i mengomel la kt mak apesal tak jd bunga pun.
mak dgn tiba-tiba 'merampas' bunga ditangan dan menunjukkan skillnya!hebat!
fuhhhhhhh masa tu..terus melompat-lompat ok pasal bunga jadi!
my mom awesome!!^_^
pastu terus buat perjanjian dua hala dgn mak,
sy buat inti, mak buat bunganya.haha.
sbb keje sy yg paling expert adalah lipat, gunting dan gam!

so, ini hasilnya!


skrg dalam proses mengumpul botol plak.
sbb this flower i nak jadikan centerpiece kat meja makan tetamu.
so, kita tgk hasilnya nnti mcm mn yer!=)

those yg nak try DIY this flower cara lain, maybe boleh try ini dan ini dan ini


selamat bereksperimen!
da



Tema Nikah 2

olla! morning all!
pagi ni ada mood sikit nak update blog.hihi.
as satu dunia tahu..amboi bajet diva, haha!
my theme colour for nikah adalah baby blue.
so sapa yg pernah baca entry ini, terima kasih kepada yg mengomen dan yg berikan idea-idea yg bernas utk pemilihan combination warna tema sy. luv u la bebeh.=p
saya dengan ini sebulat suara memilih baby blue and pink or beachypinkblue as my official nikah's theme.
tepuk ramai-ramai sekarang!=)

pink is sweet.tapi bila check balik combination colour tu, napa sy tak amik blueyellow ek?
yellow kan official wedding theme colour saya?pink dgn kuning warna yg sangat jauh beza.mcm tak match langsung kan.ok cuba korg bygkan lepas nikah i bersanding atas pelamin yang bunganya maybe ada kuning-kuning sedikit then i stand there dgn baju nikah warna blue, my bridemaids pakai shock pink and my bunga tangan will be pink juga.
ce bayangkan..bayangkan..
OMG!!! ok sedikit tergugat disitu..
*bridezilla*
ok the point is kalau boleh pelamin i tu biarlah masuk dgn warna kuning-blue-pink.
boleh? mcm mn???
kena tukar tema kaler nikah plak ke?tapiiiiiiiiiiii kain bridemaids sy da di beli!!*nanges*
sedikit padan muka disitu..=(

nikah shoes dan kain utk bridemaids sudah dibeli sblm buat keputusan utk pilih kuning lagi.
ini dia.i reveal la.takde nak sneak peek pun.haha.tak suspen betul.




shock pink nak kawan dgn kuning?
erkkkkkkkk..nak pegi nanges.


bai!

Tema Nikah

Those yg baca entry sebelum ni,
pasti sudah dapat agak tema nikah i kan?kan?kan?
Da habaq kat korg sume, nikah outfit i warna biru turqoise kebiruan-biruan ala-ala macam langit yg biru keputihan.
Ala senang cite light biru la deknon!haha.

Macam ini!


Nak dijadikan cerita sekarang ini,
i bercadang untuk guna another colour instead of blue!
So, takdela nampak pale sgt majlis nikah dengan satu colour saja!
For example, baju da light blue, takkan bunga, pelamin, hantaran light blue juga?
So kena cari colour yang shock and kebaboom!haha.

Da study.S o, hasilnya saya dapat ini;

A. Beachypinkblue


B. Pinkblue



C. Purpleblue


D. Redblue


E. Blueyellow

Now, i buntu sgt ok! Kena pilih satu saja.
So, keje korang yang baca entry i ni pilihkan. Cepat!muahahaha.
plezzzzzz...........(mood ngade!)

yang penting nak nmpk sweet jek
Awwwwww~~

*hugs*

p/s: i mcm nak pilih A, C pun cantik, E juga!<_>



Perihal Kain Nikah



Lama sgt tak blogging.rindunya!i masih mood bercuti.hihi.

Alhamdulillah, seminggu cuti 20-30% wedding preparation da dapat settlekan.

OMG!byk benda nak share.

Tapi, benda paling fresh dalam kepala skang ni perihal baju nikah.

Yeayy!!! da selamat meleburkan duit di JAKEL. T_T.

Ingat kain ingat JAKEL.Gitukah slogan nya? Haha.

Melangkah masuk JAKEL, mmg tak pandang kiri kanan, terus ke tingkat 3.

Chewah.Padahal takut tergoda dengan SA-SA kat bwh tu.Depa ni promote kain mcm minggu nak depan nak raya.Betullah.DEEPAVALI.hihi.


I mmg tak ada tema lagi utk nikah.

Cuma target dalam kepala nak colour yang soft-soft aja.

Ok.Mcm nak separuh juling tgk kain chiffon beaded tersusun banyak.

Pakej RM550, Pakej RM680, Pakej RM1000++ sume ni dorg offer 4m chiffon beaded, 4 meter lining satin & free 4.5 m satin utk lelaki.

Beza harganya cuma pada material chiffon beaded saja.

Satin utk lelaki?Owh no,sangat tak cantik.Honestly, pada mata I tak berkenan walaupun dibilang RM28/meter.Tak munasabah! So, i and sis decide tak perlu amik harga pakej pasal nak buat baju cuma perlu 2m suku chiffon beaded saja. Kain guna chiffon kosong. Lining satin baju dan kain 4 m.Asal chiffon beaded ni harganya RM150/m. Dapat kurang RM140/m. I cakap kat SA, I jumpa kain yang sama di Gulatis RM125/m. Semangat dia explain, chiffon beaded ni ada 3 jenis-polyester, jojet dan silk. Type yg I nak tu, silk. Dia bilang yang di Gulatis I jumpa tu maybe polyester. Mmg tak puas hati sgt, psl I belum hilang deria rasa tak dpt beza mana silk, jojet n polyester. Walhal kain tu sebijik gile mcm Gulatis, SILK ye!I suruh panggil bos tanya harga.Nasib dapat RM125/m wlupun I tau harganya maybe boleh jadi rendah lagi. Baru i tau, Gulatis pun ada beli kain dari Jakel tapi fabriknya of course limited in design, type and colour.Yang itu I admit.Sebab tu I pergi JAKEL.hahaha.tapi bab harga kt JAKEL mmg tak boleh blah. Mmg skill tawar menawar, perlu diasah sebelum ke JAKEL.hihi.


Untuk kaka, i request jenis kain satin yang tak terlalu kilat sangat. Syarat kaka yang mmg takmau kain kilat-kilat ni.Bos JAKEL offer kain Italian Valentino. Seriously, mmg cantik sangat kain tu. Jatuh cinta terus. Disebabkan bos da bg special price, mmg tawakal aje belikan kain tu utk kaka. Tak cukup dengan tu, samping sekali I rembat.haha. 3 jam dkt tingkat 3, nak mengamuk SA tu melayan i.haha. Da byr, terus turun tak pandang kiri kanan.

Perasaan lepas dapat kain nikah?Puas dan lega sangat!!!terus feeling2 nak nikah.haha.*gatal*. Pilihan colour utk kain nikah adalah biru turquoise yang lembut ke biru-biruan.haha.Imagine la sendiri. I pun tak tau nak describe lagu mana.hehe. Those yang masih mencari material utk kain nikah di MALAYSIA, JAKEL adalah pilihan yang tepat. Kena slogan dia, ingat kain ingat JAKEL.kan?kan?Kalau yang nak ke INDONESIA itu lain cerita. Tapi I think INDON byk kain lace yang mewah dan murah.Chiffon beaded?i don’t think so. Pilihan mmg sgt banyak di JAKEL.Walaupun a bit pricey, tapi I don’t mind. It’s ur nikah dress and forever yours. Baju nikah adalah sesuatu yang sentimental value utk i. Lain orang lain citarasanya. Just go for it asalkan puas hati.Maybe sekali seumur hidup jek I mampu beli kain yang beratusan begitu.Kenapa nak pk 2 -3 kali jika ada kemampuan utk itu?Untuk kaka pun, I belikan kain yang special sikit.Biarlah mahal, asal selesa dan cantik dipakai. Sedih bila kaka kata, dia tak pernah pakai baju kurung melayu in one suit.Even hari raya pun, dia cuma berkain pelekat, bersongkok kopiah dan berbaju melayu yang ntah berapa tahun lalu punya. Bukan tak mampu, tapi dia mmg begitu.T_T . Sempoi orangnya.

Alhamdulillah, diberi kelapangan rezeki dapat beli kain utk nikah.

Kain pun da selamat hantar pada tailor.Bukan Hatta Dolmat or Rizman Ruzaimi. Haha.

Dia cuma seorang amoi cina yang byk cakap.haha. InsyaALLAH, dia mampu utk realisasikan dress yg I suka sgt tuuuuuuu.aduhh!Rasa mcm tak percaya, bila dia bilang harga upah cuma RM180 saja.Reasonable sgt!Sebab rata-rata tailor yang I survey di PKNS, around RM200-RM350.

Rezeki lagi!Alhamdulillah.So first fitting, hujung bulan 12 nnti.=)

Tawakal..

Antara kain nikah yang menjadi pilihan hati. Tapi, i punya bukan ini.Lupa nak amik pic.
Da selamat hantar kat tailor baru teringat.hihi.

sambung nnti.
da!

Hantaran Nikah

Inilah masa yang sesuai untuk hapdet hantaran nikah pasal semalam sy da spt slash satu brg!
yeayy!!

Hantaran kaka to me:

* Mas kahwin + Emas*
*Sejadah+Al-Quran*
* Towel + toiletries*
* Handbag + loafer*
*Makeup/Perfume Set*
*Cake*
*Chocolate*

Hantaran from me to kaka:

* Pen set*
*Wallet+belt*
*Kemeja+ pants*
*Body Kit/Perfume*
*Cake*
*Chocolate*
*Fruits/Manisan*
* TAK TAHU*

*TAK TAHU*

Sapa boleh bg suggestion utk dua dulang lagi tu?
Series tak larat nak pk.
Bila tanya kaka, jawapannya: beli jekla pape.
Beli cincin taknak, beli gadget taknak, beli jam taknak *_*
Pelik.
Kalau tanya ngan i, mesti tak cukup dulang dia kena bagi.
haha.Dasar!!

Boleh tak tukar perempuan bg 7 dulang, lelaki bg 9 dulang?
Sapa yg buat rules sebelum ni kata perempuan kena bg lebih dari lelaki?
ha?cakap.cakap.



hehe..=)

Majlis Khatam Al-Quran & Akad Nikah

Majlis khatam Al-Quran dan akad nikah sy berlangsung seperti berikut,
Tarikh: 26 February 2011
Hari: Sabtu
Masa: 2pm-5pm (Majlis Khatam Al-Quran)
8.30 pm (Majlis Akad Nikah)


Majlis Khatam Al-Quran

Mak da setuju untuk buat majlis khatam.
Qariah nya: Perantin, anak sedara & sepupu. 3 cukup?ke kena byk lg?cepat sikit habis,perantin tak pyh baca surah byk2*ngelat*haha.
Tapi tiba-tiba kalau para qariah nye datang bulan secara tiba-tiba, haha harus tukar plan menjadi majlis bacaan yassin dan marhaban saja.
Dan sekarang ini sedang berusaha untuk khatamkan quran sebelum majlis walhal baru masuk juzuk 8.uissss..byk lagi tu nak kejar.haha.boleh meeya boleh.

Outfit utk khatam sedang di pikirkan,
Planningnya nak pakai baju kurung songket tabur saja.
Warna yg soft-soft gitu, bila mengaji merdu sikit.haha.*takde kena mengena*
ok-ok mmg kena improve tahap bacaan, malu nnt asik kena tegur dgn mak inab.

Flow majlis ringkas saja.
Solekan sendiri.
Doorgift? Mungkin tiada. Bagi air mineral saja cukup?haha.kan haus mengaji.hehe.
Mak bilang tak perlu doorgift sbb nnti masa resepsi akan bagi doorgift juga.
So, makcik-makcik yg nak doorgift dtg la sanding sy.haha.
Bagus-bagus, cut cost.
Lagi? kot ada yang tertinggal plak?

----------------------------------------------
Majlis Akad Nikah

Majlis akad nikah mak kata buat dirumah saja.senang.
Outfit utk akad nikah belum beli lg!haha.
Nanti nak terjah jakel dgn angah.Banyak pilihan kain kat sana..mesti rambang mata.

Tema? mula-mula bincang ngan kaka setuju warna grey-silver


lepas tu, nak biru laut pulak


pastu..kuning cair..pastu...


KUNING!!!! haha.
Lain dari yg lain!

aduhhh!sukar nak buat keputusan bila hati goyah.
Nanti da beli i reveal ok!haha=p

MUA?Tak pasti lg..sbb mak andam tak cari lg.
Senang kata, tak buat apa-apa pun lagi.
Otak saja ligat pk itu dan ini, tapi belum boleh cerita lebih-lebih.haha.

Sekarang ni, ada dua projek DIY in progress:
1) Invitation card
2) Favor bags. Still guna brown paper bag tapi design lain dan boleh hanging.yeayyy!!

Simpan dulu,
kena masa yang sesuai, i reveal ok!


da....









Wedding Date: Confirm!!

yeayy!! alhamdulillah, finally my wedding date was confirmed on
26 February 2011.teheeeee..=)
and kaka's side (bertandang) will be held on 6 March 2011.

Kalau diikutkan perkiraan dari tarikh arini, genap 5 bulan lagi nak tawen!
Sila lihat ticker. Nervousnya mak!
Preparation satu apa masih tak buat lagi!haha.gelak.gelak lg.haha.
sekarang ni nak tidur ingt tawen, tgh tido mimpi tawen, bgn tido terus ingat tawen.
mcm ape jek hidup aku sekarang ni.

Masalahnya tak tau deh nak start dari mana.
Kaka pulak da start pening-pening nak uruskan borang kahwin.
Sebab abah mintak settle his side paling lambat bulan 12.
Da la kami ni masing-masing duduk jauh ngan parents.
Sebulan sekali pun payah nak balik kg.hihi.
tapi, da dekat nak tawen nnti, sure kena balik jgk at least once a month.

Untuk masa terdekat ni planning cuma nak settlekan
1) Beli kain nikah-not yet
2) Book mak andam-discuss package, design pelamin, baju sanding-not yet
3) Tempah baju nikah-not yet
4) Survey photographer-in progress

Sebenarnya tgh runsing sgt, mn nak settlekan thesis before november, mn nak g conference lg, mn nak pk psl tawen, mn nak pk psl duit yg bergaji ciput sekarang ni.
alahai..kdg2 rs mcm serabut betul.
just boleh berdoa, hope everything will goes smoothly..

Ya ALLAH, permudahkan dan perluaskan rezeki kami.
Sesungguhnya engkau Maha Besar Lagi Maha Pemurah.
Ameen..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...