Monday, 25 November 2024

Bali Part 11 : Daya Tarik Wisata Ulun Danu Beratan Temple (Bedugul)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selepas berhenti seketika di Leke Leke Waterfall dan kemudian di Hidden Garden kami meneruskan perjalanan ke Bedugul yang yang terletak sejauh 22 km dari Hidden Garden yang terletak di Tabahan. Perjalanan mengambil masa lebih 30 minit untuk sampai namun perjalanan juga bergantung kepada keadaan lalu lintas.

Ulun Danu Beratan Temple yang dibina pada tahun 1633.
Mungkin disebabkan hujan yang turun beberapa kali dari tengah hari tadi sehingga petang ini menyebabkan tidak ramai pengunjung yang hadir ke Bedugul. Perjalanan dari Tahaban ke Bedugul adalah mendaki seperti naik ke Genting Highlands. Tapi lebih menyeronokan disebabkan view yang cantik dan terdapat beberapa orang berjualan di tepi jalan.

Strawberry antara yang banyak ditanam dan dijual di sepanjang perjalanan.
Walau dah naik di kawasan tinggi tapi masih ada lagi gunung yang lebih tinggi.
Suka dengan pemandangan perkampungan ditambah lagi dengan cuaca yang sejuk :D
Kebanyakan yang dijual adalah hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuklah Buah Strawberry. Ada juga yang menjual makanan dan haiwan peliharaan seperti Kelinci (Arnab). Oh ya disebabkan pemanduan naik ke atas gunung maka cuaca berubah menjadi sejuk apatah lagi dengan keadaan yang baru sahaja hujan.

Selepas membayar dan parking kereta kita terus ke kaunter untuk beli tiket.
Peta Ulun Danu Beratan Temple. Amatlah luas kena spend lebih sejam di sini.
Pak Supir memandu dengan begitu baik tidak laju atau perlahan. Alhamdulillah kami selamat sampai di Pekan Bedugul. Dan boleh dikatakan di sini terdapat ramai orang tempatan yang beragama Islam. Dan kami terus menuju ke Ulun Danu Beratan Temple yang menjadi antara icon utama pelancongan di Bali.

Bayar tiket dan dapat sebotol air mineral dan kami terus masuk ke dalam.
Disebabkan luasnya kawasan di Ulun Danu Beratan Temple ini sampai kami pun tak tahu dari mana nak mulakan perjalanan. So kami decide untuk terus ke menara pagoda yang berada di tengah-tengah sebab cuaca yang macam tak menentu kejap hujan kejap mendung. Moh ler kita bergambar dengan benda penting terlebih dahulu.

Menara pagoda 11 tingkat berada di hadapan dan ke kanan ke arah jeti.
Maka kita jalan lurus sahaja selepas pintu entrance sementara cuaca tak hujan lagi.
Dah sampai tapi ramai pulak orang yang ada di sini. Jom la cari port lain nak bergambar.
Entrance Fee untuk Adult adalah IDR75,000 / USD5.00 per person atau bersamaan RM21.00 seorang. Dan kanak-kanak di bawah 12 tahun IDR50,000 atau bersamaan RM14.00 seorang. Dan parking untuk sebuah kenderaan adalah IDR10,000 dan sebuah motor adalah IDR5,000. Dibuka setiap hari dari seawal 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Satu perkara about this temple adalah di sini tak macam temple yang lain yang mewajibkan kita memakai mengikut pantang larang mereka yang menyebabkan kita kena menyewa pakaian khas dan sebagainya. As long pakai seluar panjang dah kira okey "You are good to go". 

Kami ke bahagian jeti sebab nak dapatkan background menara pagoda tu.
Okay la berbaloi jalan jauh sampai ke sini. Nak dapatkan semua dalam satu gambar :D
Sweet couple Ustaz Anas dan Cikgu Hani. Cuaca mendung dan berkabus.
Kalau tak ada kabus mesti dah clear nampak gunung ganang dibelakang tu.
Apa yang best di Ulun Danu Beratan Temple ni? Tempat yang luas seperti sebuah park bersebelahan dengan danau dan view pergunungan di setiap inci penghujung air. Sama seperti view di Gunung dan Tasik Batur di Kintamani. Dan di sini juga cuaca yang sejuk memerlukan kita memakai pakaian tebal.

Dan perkara paling menerujakan pastilah pemandangan keindahan alam semula jadi yang ada di sini. Seriously sangatlah memukaukan apatah lagi bagi seorang yang sukakan nature seperti aku. Kami spend hampir sejam di sini mostly mengambil gambar dan video. Itu pun kami skip banyak tempat sebab nak kejar masa.

Tembok pagar ini antara structure yang telah dibina beratus tahun lamanya.
Uniknya temple ini adalah ia dibina pada kurun ke 16 iaitu pada tahun 1633 dan diperbaharui pada tahun 1926. Terletak di Danau Beratan iaitu Danau kedua terbesar di Bali. Sebuah menara pagoda dengan ketinggian 11 tingkat dibina oleh penganut hindu dan menjadi salah satu ikon utama bersejarah di Bali.

Perkataan Beratan atau Bratan adalah perkataan dari bahasa purba Sanskrit yang membawa maksud "To live a life that fulfills the nine primary needs". Dan waktu yang terbaik untuk datang ke sini adalah April sehingga Oktober (Dry Season). Terdapat beberapa kedai yang menjual makanan dan souvenir serta ada aktiviti menyewa bot untuk mengelilingi danau.

Banyak monument yang dibina bersebelah tasik. Muka semua dah kepenatan.
First reflect aku pakai handphone dan second tu guna baki air hujan :D
Pondok Buluh - Tak tahu untuk tempat beristirehat atau a part of tempat makan restoran.
Dari jeti di sebelah kanan entrance kami menuju ke sebelah kiri temple melepasi menara pagoda yang berada di tengah-tengah. Dan di area sebelah kiri ini terletaknya beberapa kedai souvenir dan restoran dan cafe. Dan juga beberapa pondok yang bersih diperbuat daripada buluh disediakan kepada pengunjung untuk beristirehat.

Di sini juga terletaknya beberapa monument yang dibina untuk kita bergambar dengan berlatar belakangkan tasik dan gunung. Memang suka la Cikgu Hani dan yang menjadi mangsa adalah Ustaz Anas. Aku dengan wife layan jer gelagat mereka berdua ni. Few time juga la kami shoot video di sini mengikut arahan tegas dari Cikgu Hani hahahaa.

Kejadian selepas habis shooting video. Boleh nampak siapa yang mengarah di situ.
Nanti bila Cikgu Hani dah siap edit bagai video tu aku akan post semula di sini.
Sedar-sedar jer dah sejam lebih. Moh ler kita keluar dari Ulun Danu Beratan Temple ini.
Masih lagi terdapat beberapa section yang kami tak sempat jejakkan kaki sebab nak kejar masa dan nak berhenti solat di Masjid Besar Al Hidayah yang terletak kurang 100 meter dari entrance Ulun Danu Berata Temple ini. Kalau tak silap ada taman bunga dan beberapa attraction lain di sini tapi kami skip sebab nampak biasa-biasa sahaja. 

Untuk yang nak datang ke sini aku nasihatkan standby at least 1 liter air minum dan bawalah sedikti snack atau kekacang untuk mengunyah dan kalau takut lapar boleh standby roti sebab harga makanan di dalam ini boleh tahan juga. Dan make sure buat latihan berjalan kaki sebab tempat ini terlalulah luas.

Bersambung Indonesia Bali Part 12 : Masjid Besar Al Hidayah - Bedugul Traditional Market (Under Construction)

14 comments:

  1. nak tanya worth it x masukkan Wisata Ulun ni dalam itinerary?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulun Danu ini di Bedugul.. dan di Bedugul ada banyak lgi attraction.. so yes wajib letak bedugul dlm itinerary if you have more time to spend in Bali.

      Delete
  2. Dulu pernah main ke sini..tapi sudah lama banget..sudah lupa seperti apa dalamnya...yang jelas masih asri ya suasana di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana di dalam Ulu Danu Beratan ini mmg cantik dan indah dgn cuaca yg sejuk mmg seronok. Kalau ke Bali lgi mmg akan repeat ke Bedugul. Kerna kawasan nya masih luas yg belum lagi dilihat..

      Delete
  3. Pernah ke sini dan permandangannya bagi saya cantik. Kat sini memang banyak betul pura (temple) dia kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tmpt pura atau temple.. tapi the whole place dah jadu mcm park.. yg pura tu sikit sahaja.. mmg nice view tasik dan gunung dia :D

      Delete
  4. Moga sampai lagi ke Bali. Dulu 2 malam saja di Denpasar & Kuta. Lama di Tulamben sebab hubby dan anak soleh menyelam. Thanks for sharing trip ni Afif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oohh okay menyelam pun best juga di Bali. Tapi nature di Pulau Bali pun tak dinafikan kecantikan banyak waterfall dan gunung ganang.. bahagian bandar mcm denpasar serta kuta tak pergi pun tak pe huhuu..

      Delete
  5. Olololo... sweetnya foto ustaz & cikgu kat angsa love-love tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Kena tengok siapa yg amik kan gambar lah hahahaha :D

      Delete
  6. Suasananya tampak demikian asri ya Mas. Terlihat sangat bersih, menandakan tempat ini terawat dengan baik.
    Tapi kawasan itu sangat luas ya Mas. Jadi mestilah kita membawa bekal yang cukup seperti air dan makanan ringan untuk teman saat istirahat.

    Foto-foto yang ditampilkan selalu cantik...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kawasan nya nampak seperti dijaga rapi dan bersih. Apa pun Bali kan destinasi pelancongan bertaraf dunia. Harus membawa air sebeb berjalan di kawasan yg luas.. Realiti lebih cantik dari photo nya :D

      Delete
  7. cantiknya gmbr2 yg ada awan/kabus tu...the best part of courselah cuaca sejukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan cuaca sejuk tu pasti lah menjadi pengerak badan utama kita nak berjalan-jalan hahahah :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...