Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Ibadah Qurban pada kita... pada mereka... pada DIA.

Assalamualaikum...
Perginya Ramadhan diganti dengan satu lagi peluang untuk kita menambah amal ibadah iaitu pada bulan Zulhijjah iaitu pada 10 Zulhijjah kita menyambut Hari Raya Qurban.

Tinggal beberapa hari lagi nak Raya Qurban kan...

Apa makna raya Qurban pada kalian?
"Raya qurban tak best macam raya puasa... tak meriah! Hanya lepak rumah dengan keluarga sambil makan2 daging sampai panas."


Tak qurban ker?
"Oh tak... sebab tahun lepas dah qurban."
Adik-adik... kakak-kakak... abang-abang... makcik-makcik... pakcik-pakcik...
Qurban itu hukumnya bukan sekali seumur hidup, jangan tertukar dengan AKIKAH! ;)
Ahli sunnah sentiasa tidak melepaskan peluang ber-qurban. Qurban adalah untuk memposisikan diri kita di sisi Allah untuk jadi hamba yang lebih bertaqwa.


Tak kah kita rasa bersalah... sepanjang tahun ini kita mampu berbelanja beli handbag berjenama... berebut beli gelang rantai bila dengar harga emas turun... berjalan sini sana... makan sedap itu ini... beli perhiasan rumah segala... upgrade kereta kepada yang lebih selesa...
tapi bila part Qurban, kita kata: "oh, saya tak mampu nak qurban tahun ni..."

Hakikatnya... Allah bukan minta duit kita pun... tapi melihat sejauh mana kita mampu menguruskan rezeki yang Allah bagi untuk berbelanja di jalan Allah bagi meraih redhaNYA. Membantu kita mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah s.w.t.


Jika hatimu terjentik... ayuh... masih sempat lagi kalau nak berqurban tahun ni... Mungkin kat masjid-masjid berdekatan dah tutup penyertaannya, tapi eQurban masih buka peluang kepada sesiapa yang nak berqurban membuat tempahan sampai 30/9/2014 jam 12.00 tengah malam.

Harga bermula serendah RM 280 untuk 1 bahagian lembu Qurban di Kemboja. Alah, apa sangat RM 280 kan berbanding dengan bermacam nikmat yang Allah bagi pada kita. Biarlah surut atau kering duit simpanan tu, hakikatnya kita akan kaya nanti...
Di samping itu juga, secara tidak langsung kita dapat membantu saudara-saudara Islam kita di Kemboja.




Di Kemboja mendapat sebahagian daging qurban seperti mendapat emas yang sangat berharga nilainya. Mereka yang miskin hanya makan daging setahun sekali itu pun kalau dapat bahagian daripada korban dilakukan di kampung mereka.

Pelaksanaan ibadah qurban 2013 di kemboja – equrban.com


Kalau nak Qurban dan Akikah di Mekah pun boleh. RM 400 untuk seekor kambing.

Nak bagi up lagi semangat korang, saya listkan senarai harga bagi perlaksanaan ibadah qurban, aqiqah & nazar 2014 yang diuruskan oleh eQurban:


  • Korban lembu kemboja:
1 bahagian lembu RM280.
1 ekor lembu RM1960.
1 ekor kambing RM550.
  • Korban, aqiqah, dam & nazar di MEKAH. (Diurus oleh penanggungjawab di Mekah):
1 ekor kambing RM400.


Untuk tempahan sila klik http://equrban.com/tempahan/. Tarikh akhir membuat pesanan adalah pada 30/9/2014.


Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: 
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


Tuesday, August 12, 2014

Cerita Eidulfitri 2014 Ina+Achik #Part1: Raya di Qlate

Assalamualaikum kesayangan hati hamba... 
lupa dah ada blog! :p

Di tengah hari 16 Syawal baru berkesempatan dan terhegeh-hegeh nak ucap 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat pengikut (followers), pembaca senyap dan stalker Blog Kakikusukaberjalan... tapi mak saya cakap 'better late than never'   **terer lah sgt mak aku ckp omputih! :p**
Di kesempatan yang terlewat ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah silap yg sengaja atau tidak tersengaja.


Nah sekeping gambar raya dari puan blog dan suami... 
baju biru umno yg mengundang kontroversi di kampung terpencil di Kelantan sana.
terpaksa explain: biru di luar, hijau di dalam. ops~ hahahhaaa...


Tahun ini turn raya pertama dan kedua di negeri kelahiran saya; Kelantan tercinta.
Tahun ni boss bagi cuti raya percuma bermula hari Jumaat sebelum raya (25/7/14) sampai Isnin seminggu lepas raya (11/7/14). diulang suara... CUTI PERCUMA tanpa tolak annual leave walau sehari ya! cuti raya percuma pakej dgn duit raya! boss saya memang osem dan bergaya! :)
Tapi apalah ertinya cuti awal pun kalau laki Jumaat tu masih bekerja. huhuuuuu...
Puas fikir jadual/route perjalanan supaya tak terperangkap dlm jem di lebuhraya ketika pulang beraya sebab takut kena gantung kaki krem di pagi raya hingga merosakkan mood bergembira di hari raya.
Seram sejuk bila dgr anak perantauan Kelantan blk raya sampai 12 jam di lebuhraya. Arghhhh... Ina+Achik memang tak suka bercinta di lebuhraya! :p

Mengimbas perjalanan pulang beraya keluarga kecil saya...
Perjalanan dari KL ke Bachok, Kelantan mengambil masa 8 jam setengah siap berhenti berbuka, berhenti solat maghrib+isyak+terawih dan berhenti supper.

Bertolak jumaat, 6 pm dari Gombak, sampai pukul 2:30 am. Kami lalu LPT kluar exit Jabor, pastu msk LPT baru exit cheneh, lps tu msk tah mana2 jalan papago bawak, lps tu sambung msk LPT 2, exit Batu Enam. Lps tu lalu kut Penarik. Jln mmg lega sgt... Jarak jer jauh sikit beserta tol tp mmg puas hati sebab separuh jalan highway, sambung jln biasa tapi lengang. Alhamdulillah... Allah permudahkan.


 Bawa bekal dan berbuka versi picnic di tepi lebuh raya adalah best rupanya dan boleh dijadikan sbg tradisi bila pulang beraya... :)

Teratak usang di daerah kecil tanah serendah yg mendamaikan.


Di Subuh pagi raya...
bangun awal seperti bulan puasa... masih usaha kekalkan momentum Ramadhan yg masih ada. Tahajud dan Membaca Al-Quran bukan tradisi Ramadhan lalu bila raya kita lepas pergi begitu sahaja.
Berpagian di Pagi Syawal buat hati terasa sayu melepaskan Ramadhan pergi yg entah kan bertemu lagi atau tidak di tahun mendatang...

Setelah makan dan minum kenyang2... bersiap dan ke masjid utk Solat Sunat Aidilfitri. Apa erti hari raya kalau tidak bersujud bersolat Aidilfitri di pagi raya. Solat sunat yg dtg sekali setahun takkan nak lepas macam tu saja yer dok... hingga wanita yg dalam haid pun disunatkan ke masjid untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah dan berdoa.

Ummu ‘Athiyyah r.a. menceritakan;  “Kami (para wanita di zaman Nabi s.a.w.) diperintahkan supaya keluar pada hari raya (ke tempat solat) sehingga kami mengeluarkan anak gadis dari tabir/tirainya (*yakni kami mengeluarkan anak gadis kami dari biliknya untuk membawa mereka bersama-sama ke tempat solat), dan sehingga perempuan-perempuan yang kedatangan haid juga turut sama keluar di mana mereka duduk di belakang orang ramai; bertakbir bersama dengan takbir mereka dan berdoa bersama dengan doa-doa mereka serta mengharapkan keberkatan hari tersebut dan kesuciannya” (Riwayat Imam Bukhari).

Seperti biasa, teratak buruk tinggal bonda sentiasa menjadi kunjungan ramai di pagi raya walaupun thn ni bonda tak buat signature dish beliau: ketupat palas duet kari daging sebab bonda kurang sihat sikit. So ganti ngan nasi dagang. Pilihan terbaik sebab super sedap! Air tangan bonda tak pernah mengecewakan! 

Dengan ini izinkan saya meng-spam-kan blog sendiri dengan beberapa gambar raya yang tidak semenggah mana kerana tidak ada lagi usaha gigih mengusung dslr seperti tahun sudah2... cukup dgn kamera henpon cap ayam jer. gambar pun seciput jer...

 ghama bghehi nasik dage ghuponyo... ;)

thn ni takde gambar meriah raya macam tahun sebelumnya... ini aje yg sempatnya...
lepastu hp simpan kita kosentret beraya dan mkn juadah raya. :)

 Dengan bonda tercinta...

Adik - sepupu - sepupu - saya (kena perkenalkan ker?!) 

Satu-satunya adik kandung se-mak se-bapa dari 7 kesemuanya.
ok, baguslah adik lagi tinggi dari kakaknya... nampaklah si kakak macam ke-adikan dan awet muda. ;)

 oh ini arjuna hati beta yg orang kampung panggil Hafiz Hamidon. hahaha...


Hari kedua, saya layankan jer mana bonda nak pergi. kira jadi driver dan co-pilot terhormat la ya...
kalau dah ke rumah sedara yg lebih veteran, takde lah gambar gedik raya. :p

 selphui dalam jem seketul!

 Perkerhal nyer yop smp ke kebun getah hah? 
Eh rumah pakcik kite dlm kebun getah. Ada sepupu yg dgn sukarelanya menjadi cameraman tak bertauliah layan fotogedik kezen2 dia ni ha...

ok, sekian cerita raya di Qlate saya...
kalau rajin atau ada kesemptan masa, insyaAllah saya dgn poyonya akan menyambung cerita2 raya di Terengganu dan KL seterusnya... 




Wednesday, August 21, 2013

Salam Aidilfitri buat kesayangan hamba...

Assalamualaikum kesayangan hati hamba...
lamanya tak menulis berbicara di blog picisan hamba.
nak kata sibuk tak juga, tapi jiwa menulis tu tak ada...
yang ada, mood makan2 raya sahaja.
hehehee...

harap masih tak terlewat kiranya jika saya baru nak ucap SELAMAT HARI RAYA.
AMPUN MAAF dipinta.
susun 10 jari memohon keampunan atas terlanjur kata, terguris bahasa atau lantang bersuara...
maaf juga andai ada perkongsian buat hati terluka.
saya sayang pembaca blog saya.
senyum.

tahun ini raya paling sederhana,
tidak lagi teruja membuat persiapan raya.
dibelenggu rasa sedih tinggalkan bulan puasa.
tapi bila balik kampung, seronok pula!
hilang sedihnya bila ziarah kaum kerabat juga sahabat taulan yg dah lama tak jumpa.
ditambah pula dgn juadah2 raya yg terhidang depan mata.
ngap saja kerjanya! senyum lagi.

dalam seronok berhari raya...
harapnya TARBIYAH RAMADHAN tidak pergi begitu sahaja.
jadi titik momentum IMAN utk bertemu RAMADHAN akan datang harapnya.

tahun ni raya di kampung mertua.
tak kisahlah di kampung sendiri atau mertua, sama sahaja...
dua2 keluarga saya.

pagi raya...
seawal Subuh dah jaga...
hari kebesaran hadiah Allah dimulakan dgn mandi sunat hari raya.
dan pagi tu kami nak solat di masjid jauh sikit dari kampung suami saya.
saya nak sangat solat di Masjid Rusila, masjid Tuan Haji Hadi.
Alhamdulillah, tercapai impian saya. :)



semua menangis bila mendengar khutbah rayanya...
apatah lagi bila yg menyampaikannya juga bersebak hiba.
kelam lagi anak tekak bila solat sunat Aidilfitri bersamanya.
Ayah Chik entah berapa kali terhenti bacaannya kerana sebak di dada.
saya? tinggal tak lap hingus di telekung sembahyang ja...

pesan Ayah Chik...
Marilah kita melangkah meninggalkan Ramadhan dgn taqwa yg lebih tinggi.



coretan riang ria raya bersambung di lain siaran ya...
saje taknak rosakkan puisi Aidilfitri saya. :p



Wednesday, July 24, 2013

Di lema balik raya seorang TTC...


Dulu tiap kali dekat nak raya, mesti saya gundah gulana. di lema normal geng TTC kot kan...
(TTC = trying to conceive)
malas nak jumpa sedara2 dan jiran2 kat kampung.
pastinya telinga pedih dgn soalan2 cepucemas.
hati luka dgn tohmahan dan cerca.
kata kita gile kerja kejar harta. kata kita tak puas enjoy... rugi kahwin tapi takde anak.
luka plg dalam: kata kita mandul.

itu dulu... dulu yer... kala emosi mengatasi kewarasan minda dan iman.
kini... di usia 30 tahun, di tahun  ke-6 perkahwinan, insyaAllah tak jadi kudis pun.
katalah apa... insyaAllah saya tenang menerimanya.
Allah anugerahkan nikmat SYUKUR yg tak terhingga dgn apa yg saya ada.
terlalu banyak nikmatNYA yg tidak dapat ku dustakan.
syukur itu dtg pakej dgn REDHA.
bila redha, kita akan berlapang dada terima segala ujianNYA.
DIA maha tahu apa yg terbaik utk ummatNYA.

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar. [Surah AlAnfaal. Ayat 28.]

lalu... jika masih diaju seoalan cepucemas begitu;
jawapan paling manis: "doakan saya..." seraya meleparkan senyuman semanis kurma. :)


raya 2012 (thn lepas ler tu)
syukur punya suami yg sentiasa menemani sdg masih ada sahabat yg belum punya teman sehidup semati...
jadi, kenapa harus tamak???
mulut senyum... hati redha... 
:)

# buat sahabat TTC... jangan sedih... Allah sedang merencanakan yg terbaik utk kita. usaha perlu... tapi hati redha. Allah tak menjanjikan setiap yg berkahwin itu punya anak... tapi janji Allah itu pasti. 





Tuesday, October 30, 2012

Cerita ceriti Raya Haji

Hari ini adalah hari pertama bekerja after 5 hari pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga mertua di Kuala Terengganu. tahun lepas raya kat KL bersama keluarga sendiri... tahun ni raya ngan keluarga mertua la plak. haruslah adil dan saksama kan... baru rukun rumah tangga. tittle menantu terbaik pon mampu dikekalkan ngan jayanya. muahahahhaaaa~~~

Tahun ni raya takde family potret segala. baju raya pun tak sempat nak surung uols... fenat saya beli baju baru ;p. balik solat sembahyang raya, terus ke tempat penyembelihan. setel semua dalam tengah tengah hari. balik rumah, packing daging untuk diagihkan... kerja2 pengagihan kita serahkan pada yang pakar. lepas tu main masak2 daging qurban dengan ipar duai. makan-makan secara berjemaah...  terselit jugak scene tertidur keletihan. tapi sungguh, hari yang terasa sangat-sangat panjang. adakah itu tanda hari penuh keberkatan? wallahuallam...


 a day before raya, kami gi tengok lembu yang akan diqurbankan. 
garang giler wooo~ achik kena kejar. hahahhahaa...

 tukang sembelih yang kelihatannya sangat tenang. kainnya sudah penuh darah. ini sembilahan yang ntah ke berapa pun tak pasti...

 siap sedia untuk penyembelihan. mana suami saya???

jeng-jeng...

 hahahahhaha~~~ serik kena kejar semalam kot! tu yang tak berani dekat.


 ya Allah... sucikan dosa-dosa kami seperti mengalirnya ke bumi darah binatang yang kami qurbankan...

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". 
(Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
 

 Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani) 


 bukan ngeri... bukan scary...
cuma saya pening lalat tengok darah lembu yang banyak.

 
  dimonopoli oleh kaum kerabat Ustaz Mat Ali. :)
gud2! apa yang penting?! kerjaaaaaaaaaaaaasama! :)


scene2 normal (kot) bila tiba musim raya haji.
#mendajalkan gambar orang lain... kalo letak gambar puan blog kan ber-astaghfirullahalazim plak kammooo kammoooo. hehehehe...






Thursday, October 25, 2012

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat sahabat seIslam.

Jika mampu, tunaikanlah ibadat Qurban. besar fadhilatnya.
jangan terikat: "eh, tahun lepas aku dah Qurban. cukup r tu..."

sila jgn konfius, QURBAN tu hukumnya bukan sekali seumur hidup yer... itu AQIQAH. hehehee... kalau mampu, buatlah setiap tahun. tak mampu seekor, sebahagian pun jadilah...
# kalau shopping barang duniawi mampu, takkan nak qurban tak mampu kan... ;)

 
HIKMAH DAN FADHILAT QURBAN:
~ Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
~ Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
~ Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
~ Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t
~ Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
~ Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."





p/s: takyah nak drop comment kata kesian kat lembu ni erk... 
entah2 lembu ni mati syahid. sedang berbahagia menjadi tunggangan ahli syurga :)


 # ini auto publish. sekarang saya dah selamat di kampung. duk mitah lembu! heheee...

Thursday, September 27, 2012

Cerita raya tak abis lagi! - bukan Open House lagi tapi tetap Open pada yang nak datang beraya.

Perasan tak, tahun ni raya macam kelam kelibut sikit. macam tak banyak masa. oooooooo~~~ puasa x cukup sebulan, ada hati nak raya sampai berbulan kan... ni lah manusia... time puasa tak semenggah mana, time raya ni pulak yg hover! kalo bagi raya 2 bulan pon mesti tak cukup lagi...

ziarah tuuuuuuuuuu... x semestinya bulan raya jer tau! O oke! ;)
tapi kan... bila ziarah bulan raya ni lain sikit feelnya. kesan dan akibat bila adat jadi kebiasaan gamaknya kan...

oke, back to cerita asal...
walaupun open house dah berlangsung, tapi kami idok lah terus 'close house'. still open pada yang mana sudi datang beraya. tapi food ala kadar jerla...

dan di kesibukan Aidilfitri ini,  Alhamdulillah... saya diberi kesempatan untuk bertemu dengan seseorang yang dah lamaaaaaaaaaa sgt kami plan nak jumpa. dari sorang di KL sorang di KT hingga  keduanya jadi penduduk tetap kota metropolitan yg banyak dugaan dan cabaran tapi dicoolkan dengan shopping2 mall untuk terapi... dari badan slim kpd keduanya berbadan gebu comel lote... dari tahun ganti tahun... setelah banyak perkaran hal yg berlaku dan berubah,  akhirnya kami berjumpa di Aidilfitri ini di rumah saya... pertemuan yang penuh drama... dari scene air mata laju cam air terjun bawak ke scene gelak berdekah-dekah. nasib baik para suami pandai bawak diri... keduanya ada sedikit ikatan kimia untuk bukak kelab bual sendiri sebab taknak kacau para binik yang cakap tak henti2... banyak cerita ceriti yang tak mungkin suami faham isi bualan kami. cuma mungkin pelik melihat air mata yg berjuraian... ah, lelaki memang tak sensitif!!! dan-dan! hahahahhaaaa...

siapa dia???


dia adalah PINKY MOMMA kalo ikut nama glemer... nama tak glemer, Nadia. dengan lamaran rasmi, kami kini adik beradik seNUR KASIHan... knape senur kasihan?! biar kami jer yg tahu... hehehhee...

 
gambar blurr... tapi nak letak jugak! :)

Nad sekeluarga...
Bebudak kecik ni panggil Achik adalah comel... Uncle Boboiboy :)




 hidangan sederhana untuk tetamu saya.

tak mampu nak masak beriaya sebab siangnya sebok beraya ke sana ke mari.
lagi pon, tahun ni memang saya beli bahan2 utk masak spaghetti wak stok sesiap. kalo tetiba ada tetamu nak dtg, bahan2 dah ade. tinggal gi beli brg2 fresh  sikit2 jer... 



 mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita.  kita berukhwah kerana Alla...
uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.





Tuesday, September 25, 2012

Cerita raya 2012 datang lagi! - InaAchik's Open House

Baik saya tamatkan cerita raya puasa sebelum lembu Qurban siap sedia untuk disembelih untuk menjadi tunggangan meniti titian sirat di akhirat kelak...

Pada 31Ogos2012 bersamaan 13Syawal1433Hijrah, satu open haouse secara kecil-kecilan tapi meriah berjaya dilangsungkan di teratak kecil kami. Memandangkan rumah kecik jer... pada mulanya nak buat open house untuk jiran-jiran. untuk family tak kisah sangat sebab kitorang dah gather2 n makan2 masa kat kampung. sekarang ni, baru nak kenal jiran. yer, dah 2 kali raya kat rumah skrg, tapi tak pernah ajak jiran2 datang rumah. very the KL n not good lah you! kita sepatutnya dahulukan jiran tapi cemana nak dahulukan kalau tak kenal sesama jiran tetangga kan?! jadi, kami jadikan aidilfitri ini sbg langkah awal selain say hai2 bai2 kat lif. hehehe... alang2 ajak jiran, ajak office mate suami dan saya... alang2jugak, jemput rakan2 bulatan gembira juga... alang2 lagi, jemput kengkawan terdekat jugak. kira2, ehhhhhhhhhhh... ramai nya jemputan kite! kite ni rumah kecik toet jer... panggil jemputan dah lebih 50 org ni... tu pun, ramai jugak yg terlepas pandang. sorrryyyyyyyyyyyyyyyyyy~~~

dalam hati memang risau tau... sebab buat malam, kemungkinan tetamu semua datang serentak. confirm la tak muat ni. so, stand by dari open house ke open room. dan sangkaan ku benar belaka! oyeahhhh, tetamu saya sampai ke bilik! huhuuuuuuu...

memandangkan cik esah masih bersenang lenang di kampung, raya puasa qadha raya haji terus... saya memang kena handle majlis ni berdua dgn suami. memang kelam kelibut! menu, percaya tak saya masak sendiri semua? kalo percaya kesian! saya hanya sediakan kuah kacang + nasi impit + spaghetti + goreng bola2 sotong, ayam dan chicken koktel jer. kemudian saya tempah kakak ipar kesayangan saya datang tlg masakkan mee kari sbg menu utama. sebab kakak ipar saya adalah super osem, dia masakkan saya puding biskut kegilaan ramai dan agar2 santan. rasa nak lambung2 kakak ipar tinggi2 sbg tanda penghargaan yang terucap dgn kata. :)

jom tinjau gambar2 menimbun di sekitar majlis itu.

ruang tamu yg telah dilapangkan seboleh mungkin untuk menampung kedatangan tetamu

 menu-menunya...

 mee kari pelbagai binatang (ayam + udang + kerang dan bola2) yang menjadi buah mulut tetamu saya. semua puji kata sedap tapi sayang, bukan saya yg masak. semua pujian goes to my kakak ipar yg osem. :)

 ni baru air tangan saya... spaghetti yg dimelayukan. menu wajib tiap kali open house setakat ni.

diserikan dengan bebola pelbagai jenis ini. pilihan tepat untuk kanak2. 

juga dilampirkan bersama nasi impit kuah kacang untuk menimbulkan suasana raya. 


 candy station la kununnya ni...
tapi jangkaan tepat pada sasaran, candy, gula, jelly ni yg licin dulu. reward utk kekanak. happy tgk bebudak suka. sampai anak jiran saya dah kluar, masuk balik semata-mata nk ambik gula2. pastu kawan saya siap cakap: "naaaaa... sorry deh, penuh doh poket anok sayo ngan gulo2 ngan jelly ni.." laaaaaaaaa... mmg saya nak bagi diorang mkn la... saya ngan achik xder bebudak. hehehhee...

oke, jangan terkejut... entry ini dipanjang jelakan dengan gambar2 menimbun. saya nak letak semua gambar2 tetamu saya di sini sbg kenang-kenangngan walopon ada juga yg ter-miss. tak sempat nak ambil gambar sebab dah kelam kelibut kan... 





gambar2 secara rambang...


kakak neber (baca neighbour) kesayangan saya bersama kawan saya dari sekolah rendah. gambar neber2 lain takder... diorang datang awal ke kala saya masih berlari ke sana ke sini. so, tak sempat nak ajak posing. :)

Ustazah Bulatan Gembira saya yg gembira. candid jerk! ampon ustazah! hehehe...



 rakan-rakan bulatan gembira saya...







 kawan2 ofis achik. kawan dia tapi macam kawan saya pulak. 
biasalah... perempuan kepoci memang cenggini. ;)



Faiz - kawan UTM saya... senior sebenarnya. tapi jadi kawan WA-LU after tamatkan kisah hidup di UTM. thanks for puding sedap yer babe.

kawan UTM saya aka kawan 'gergaji' saya: FIRAH & ZURA. oh, zura dah selamat fly ke England utk sambung study. ohhhh, kagum ngan kengkawan saya! mereka antara tetamu yg terpaksa berkampung dalam bilik sebab ruang tamu dah padat cam sardin.
*kawan gergaji?! apakah? gergaji = SAW = civil engineering course @ UTM. :)

kawan 'gergaji' saya lagi! dalam kata tak dapat datang, akhirnya wajahnya muncul jua! love u NURA sayang!!!

 ni lagila... kawan saya zaman sekolah rendah; ZAHARAH datang bersama keluarga. sampai juga walopon sesat barat. mekasih awok dehhhh...

kawan saya dari sekolah rendah jugak lagi; CIK DAH dan adiknya JIJAH.


 Kawan blog saya; ERYN. 
antara blogger terawal yg saya realisasikan persahabatan alam maya ke alam nyata. 


 kawan2 blog saya juga; DEKNA, MIMY & PEPEL

kata blogger... haruslah banyak sikit gambarnya yer...

 bergambar dengan peace style Molly (nama manja yg saya sorang kot panggil utk Melissa, anak Dekna)

 3 jejaka ini telah menyumbangkan keringat jantan terutamanya my hensem suami (bodeklah sikit kan...), FAIZ (kawan adik achik) sbg cameraman dan tukang potong nasi impit) dan SEKUT JAGUNG (adik achik) sbg tukang potong nasi impit juga merangkap tukang karut sbg pencerita paling kelakar malam tu selepas semua tetamu pulang. 


gadis-gadis manis...


Alhamdulillah, open house berjalan dengan jayanya saya rasa walopon sedikit bersesak dan sampai ke bilik. yang penting makanan cukup dan tetamu enjoy the food specially mee kari kakak ipar saya yg osem itu! sungguh, open house kali ini open house yg sgt terkesan di hati saya dan achik... paling osem saya kira sepanjang 6 kali raya sbg pasangan halal INA+ACHIK. seperti sedang berbulatan gembira... seperti jejak kasih... seperti... arghhhh... seperti banyak macam! Alhamdulillah... syukur sangat2...


semput tak tengok gambar2 nyer?
kalo semput, cer bayang kan semputnya si tukang karut yg menaip ni... huhhhh~ kebas jemari montelku! :)



#cerita raya ada lagi... cerita atau simpan jer??? raya dah basi la woiiiiiiii~~~ :p