Showing posts with label TUDUNG LABUH Project. Show all posts
Showing posts with label TUDUNG LABUH Project. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Tudung Labuh Project vs Tabung Bantuan GAZA

Assalamualaikum...




kengkawan semua... ni nak story da story... nak share update terkini hiburan sensasi tentang TUDUNG LABUH PROJECT

Setelah hampir 2 bulan tabung ini dilancarkan, tiba masa saya tutup kutipan sumbangannya. tapi kalau masih ada sumbangan berupa tudung, anda masih boleh boleh email saya dan insyaAllah saya akan membantu memanjangkan amal anda dengan memberi nama&alamat yang memerlukan, dan anda boleh pos terus kepada mereka.

Saya sangat2 terharu dan gembira dengan kutipan sumbangan wang diberikan. memang tak sangka akan cecah kutipan sebanyak itu (tak perlu lah kot saya nyatakan jumlahnya kan... yang pasti, satu jumlah yang agak besar). dan orang2 persendirian dan juga online shop yang bagi tudung pre-love dan baru pon banyak jugak. memang sangat2 di luar jangkaan. ALHAMDULILLAH! terima kasih banyak2 kepada para penyumbang sama ada dari segi wang, tudung, sokongan dan doa.

Dengan wang sumbangan itu, saya dah belikan tudung AKEL Bidang 60 untuk diagihkan secara pos dan yang dalam KL, insyaAllah saya akan cuba sampaikan by-hand.

Oleh kerana jumlah sumbangan agak besar, saya membuat keputusan untuk menyalurkan separuh dari TUDUNG LABUH PROJECT kepada TABUNG BANTUAN GAZA. harap sangat2 kalian yang terlibat bersetuju dan merestui cara saya menguruskan 'amanat saham akhirat' kalian ini. pada mulanya saya plan, nak membantu pelajar2 susah dan anak2 yatim untuk dapatkan baju sekolah baru tapi bila melihat apa yang berlaku di GAZA, saya mereka mereka lebih memerlukan wang ini.



insyaAllah, saham akhirat kalian akan saya salurkan di jalan FISABILILLAH... 
tak kurang sedikit pun...


para sahabat... di kesempatan ini, ingin saya mengajak kesayangan semua menghulurkan bantuan sehabis mampu untuk membantu pengjihad2 di bumi Palestine. setiap sen dan ringgit, doa dan sekecil-kecil bantuan dan sokongan kita takkan Allah pandang sepi... ALLAHUAKBAR!






Saturday, October 20, 2012

TUDUNG LABUH Project


STICKY POST
 
Beberapa student U yang baru berhijrah dan memerlukan tudung labuh (apa sahaja jenis tudung asal besar like Akel bidang 60 ker) tapi mereka tak mampu nak membelinya sendiri. mengharap belas ehsan kita2 yg mampu untuk membantu mereka. boleh hulurkan tudung terpakai atau baru atau wang.

Hope ada yg di luar sana sudi memberi sumbangan untuk membantu mereka yg memerlukan... jika hari ini kita mampu pakai tudung Ariani, Fareeda atau ape jenis jenama lg ntah yg gojes vesgedevas, apa salahnya kita membantu mereka mendapatkan tudung yang menutup aurat.

dan skrg ni, setiap belian INACHIC Hijab, rm5 akan disalurkan kpd TABUNG TELEKUNG LABUH PROJECT. kalau nak bayar lebih untuk setiap belian tu, yg lebih tu saya akan tolong salurkan kpd tabung ini. anda boleh membeli sambil menderma... untuk saham yang tiada susut nilainya. 

sebarang bentuk bantuan (tudung atau wang ringgit) sangat dialu-alukan.



Jika berminat, boleh PM saya di 
atau email saya di azlinahasan@yahoo.com



Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim... 
dengan ini saya melancarkan TUDUNG LABUH PROJECT.


"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah" 


dan ingin saya kongsikan satu cerita yg saya dapat dari kuliah maghrib semalam:
Datang Malaikat Maut kepada Nabi Musa a.s dan berkata "pemuda itu akan mati dalam masa 3 hari lagi". selepas 3 hari, pemuda itu masih belum mati. begitu juga selepas seminggu, 2 minggu, sebulan. maka bertanya Nabi Musa kpd Malaikat Maut "kenapa pemuda itu masih hidup?" . Lalu Malaikat Maut menjawab "dia telah menggembirakan ALLAH dengan BERSEDEKAH pada hari sepatutnya dia mati dan Allah telah tarik balik namanya dan aku tidak tahu bila dia akan mati."
#ya ALLAH... meremang bulu roma saya mendengar. besarnya hikmah bersedekah.
 

Thursday, October 11, 2012

TUDUNG LABUH Project #Update 1 ~ Penyumbang yang dermawan

Alhamdulillah... syukur ke hadrat MU ya Allah...
tak sangka sambutan kepada TUDUNG LABUH Project agak memberangsangkan. ada yang sumbangkan tudung terpakai (apa yer word paling sesuai nak guna selain 'terpakai' ni? cam x bestla guna word 'terpakai'. pre-loved la kan kiut sket bunyiknya). ada juga online shop menyumbang tudung2 jualan mereka... dan tak kurang juga yang menyumbangkan sumbangan berbentuk duit.
jumlah jangan tanya... even rm2 jika sumbangan itu adalah ikhlas, besar pahalanya di sisi Allah...
apatah lg berpuluh hingga ratus ringgit kan... yer, saya touching pagi ni sebenarnya bila menerima sumbangan dlm jumlah yg agak besar pada saya... hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian...

ya Allah...
KAU murahkan dan berkati rezeki mereka yg memberi...
KAU berkati usia mereka...

izinkan kami membahagiakan mereka yg memerlukan dan pastinya kami lakukan ini untuk 'menggembirakan'MU ya Allah...

 #pada yang tak faham lagi apa ceritanya dgn TUDUNG LABUH Project ni, saya dgn senang hati ingin bercerita secara ringkas sekali lagi.
~> TUDUNG LABUH Project ini dijalankan utk membantu lebih kurang 15 orang student Uni yang berhijrah ke tudung labuh tapi mereka tidak mampu untuk membelinya. jadi, sumbangan tudung pre-loved, baru atau duit diterima (cuma pastikan saiz besar). cuma kalau nak bagi tudung, saya akan bagi alamat mereka dan penyumbang akan pos direct kpd yg memerlukan. kalau yang bagi duit, saya akan dapatkan tudung untuk mereka dan pos pada mereka. clear kan? 
Jika berminat untuk menjadi penyumbang2 terhormat (heheee..), boleh PM saya di:

atau email saya di azlinahasan@yahoo.com


sumbangan setakat ini:

beberapa helai tudung AKEL sumbangan  Qaseh Qaisara Blog Shop



 pre-loved sumbangan hamba Allah...


 ada juga sumbangan jubah dari hamba Allah...


yang sumbangan wang, tak perlu lah kot saya nyatakann jumlah terkumpul. cukup saya katakan, kutipan agak memberangsangkan. :)




sumbangan masih dibuka dan dialu-alukan! :)