Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Puasa Arafah: Fadhilat, Niat Puasa dan Zikir.


"Labbaikallahumma Labbaik... Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata.. Laka Wal Mulk... Laa Syarikalak"


Ya Allah... Sayunya hati mendengar Talbiah... Bahang Haji makin terasa... moga Allah sudi menjemput kita menjadi tetamuNya suatu hari nanti...

Walaupun kita tidak berada di sana, Ayuh hidupkan 'ROH HAJI'. Allah tidak pernah melupakan kita. Kita tetap diberi keutamaan... Allah tetap mahu mengurniakan pahala dan rahmat-Nya dengan syarat kita kekal mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Ayuh hidupkan hari2 terakhir Zulhijjah... Kita puasa Arafah esok hari;
9 Zulhijjah 1436H | Rabu, 23.Sept.15






FADHILAT:
Sabda Rasulullah SAW: “Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).


NIAT:
"Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala"


ZIKIR / DOA Hari Arafah:
"Laa ilaaha illallah, wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'alaa kulli syaiin Qodiir"
(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu).
***sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.

Wallahu a’lam...

Friday, July 11, 2014

Wanita: Solat Berjemaah di Masjid atau Solat Sendirian Di Rumah?




RAMADAN adalah bulan ibadah untuk semua termasuk buat kaum Hawa. Mereka juga tidak ketinggalan bersama dengan suami dan ahli keluarga yang lain menghidupkan malam sepanjang Ramadan. Tapi wanita perlu tahu apakah yang wajar mereka pelihara dalam keghairahan menghidupkan malam Ramadan terutama solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau, agar usaha mereka melipatgandakan ibadah tidaklah bertukar atau bercampur-baur dengan hal yang ditegah agama.

Suatu ketika, seorang sahabat bernama Ummu Humaid  RA ingin mengikuti solat bersama Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Maka Baginda SAW memberikan satu jawapan yang cukup indah dan berkesan kepada beliau: “Sungguh aku tahu bahawa engkau gemar solat bersamaku, sedangkan solatmu di dalam bilikmu lebih baik daripada solatmu di rumah, dan solatmu di rumah lebih baik daripada solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini.” (Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Hadis ini seakan memiliki kaitan erat dengan hadis daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya. Dan sedekat-dekat seseorang wanita itu kepada Tuhannya adalah di saat dia berada di bahagian yang paling tersembunyi di dalam rumahnya.” (Riwayat Al-Tirmdzi & Ibn Khuzaimah)

Berdasarkan dua hadis tersebut jelaslah keadaan yang paling selamat yang Islam anjurkan untuk golongan wanita ialah untuk sentiasa berada pada keadaan yang tersembunyi, termasuk ketika waktu solat.

Walaubagaimanapun, j
ika wanita berkeinginan ke masjid, berikut adalah ADAB yg perlu diutamakan:

1- NIAT ikhlas kerana Allah.

2- MEMINTA IZIN SUAMI atau AYAH

3- MENUTUP AURAT DGN SEMPURNA - Ramai yang pergi ke masjid dalam keadaan di bahagian atasnya bertelekung litup tetapi di bawahnya sendat, singkat, dan jarang pula jadinya. Syarat menutup aurat ialah: Menutup seluruh badan, tidak membentuk tubuh, tidak singkat dan ketat, tidak jarang, tidak juga pakaian kemasyhuran, tidak juga pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan tidak juga berpakaian yang menyerupai pakaian golongan lelaki.

4- TIADA SEMBURAN WANGIAN - Rasulullah SAW bersabda dalam hal ini: “Mana-mana wanita yang mengenakan wangi-wangian lalu keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangian tersebut).” (Riwayat Baihaqi)

5- MERENDAHKAN SUARA - Perintah merendahkan suara secara umumnya bukanlah untuk golongan wanita sahaja, terutama apabila kita berada di masjid. Adapun bagi golongan wanita, adab bagi menjaga suara ini jauh lebih ditekankan Islam demi menjaga kehormatan wanita.

6- MENUNDUKKAN PANDANGAN - Selain menjaga aurat dan lenggok suara, wanita juga diingatkan agar menundukkan pandangan mereka daripada melihat  lelaki bukan mahram. Hal ini sangat biasa terjadi di kawasan umum termasuk di masjid.

Semoga dengan penelitian dalam menjaga hal di atas dapat menjamin kualiti ibadah yang dikerjakan di masjid bahkan menambah lagi nilainya. Sebaliknya jika hal ini diremehkan ia bakal merendahkan nilai ibadah yang kita kerjakan dan ia adalah seburuk-buruk dan serugi-rugi pekerjaan.




::Pendapat 2 sen dari Puan Blog::

Sorry to say, hasil pemerhatian... saya sangat2 kecewa dgn muslimat yg hadir di Masjid terutamanya bab berpakaian. Kecewa itu bertambah bila adab2 ini dipinggirkan oleh muslimat2 'core' masjid yang sepatutnya memberi teladan yg baik kepada yang baru berjinak ke masjid. Mereka juga dgn sifat kroni, lantang ketika bersuara, bertadarus dgn volume yg kuat, bercakap ketika berlangsungnya majlis ilmu dan worst lagi, time azan pun bercakap... dan perasaan 'tuan rumah' buat muslimat yang lain rasa tidak selesa. 


Hal ini berlaku hampir di semua tempat. Bila saya share dengan kawan/kenalan, rupanya mereka juga hadapi hal yang sama. Tapi sebab cintakan rumah Allah... rindukan Majlis Ilmu yang sangat besar khaifiatnya, hal-hal ini ditolak tepi. Anggap ini gangguan-gangguan yg perlu ditangani dengan bijak. 

Tapi pada saya yang jahil ini,
Sebaik-baik solat wanita adalah di rumah kecuali bila ada majlis ilmu kerana tuntutan majlis ilmu itu adalah lebih utama dari solat berjemaah bagi wanita. Walaubagaimanapun, pahala berjemaah bagi wanita tetap sama dengan lelaki berdasarkan hadis ini:

Dari Ibn Umar r.a., bahwasanya Rasulullah saw bersabda:  “solat berjamaah itu adalah lebih utama dua puluh tujuh derajat dibanding solat sendiri”  (Hadis muttafaqun alaih)


Hadis ini pada hakikatnya berlaku umum,  ertinya baik laki-laki maupun perempuan akan memperoleh pahala yang sama apabila melaksanakan solat berjamaah.


Tapi jika kita tidak mampu menjaga adab-adab utama ini, rasanya solat di rumah adalah jauh lebih baik

Wallahua'lam... teguran/perkongsian lain dialu alukan... moga ada keberkatan untuk kita bersama.




Tuesday, July 8, 2014

Diari Ramadhan - 10 hari pertama.




Diari 6 Ramadhan...
Tanpa plan, dkt pukul 5 ptg terima pelawaan sahabat utk berbuka di rumahnya di Damansara Damai.

Pelawaan diterima dgn excitednya sebab kwn saya msk sedap dan plg best ada ketupat sotong. 
ngeheee...

Tapi, aturannya bkn sekadar dpt mkn sedap tapi rupanya Allah nak temukan dgn Majlis Ilmu penceramah kesukaan; Tuan Ibrahim Tuan Man dari Kuantan.
Banyak yg disampaikan ibarat teguran yg menghentam.

Tapi di sini saya nak kongsi 4 zikir/selawat/doa amalan di bulan Ramadhan yg perlu diperbanyakkan:

- minggu pertama: istighfar
- minggu ke2: selawat ke atas junjungan Nabi SAW
- minggu ke3: subhanallah alhamdulillah allahuakbar
- minggu ke4: Rabbanaatinafiddunya hasanah wafilakhiratihasanah wakina azabannar.




Diari 7 Ramadhan...
Dalam berkumpul anak beranak utk beriftar bersama... 

Sahabat saya sms ckp puteri kesayangan yg berusia 7 bulan telah pergi menghadap Ilahi. 
Kelu lidah tak terkata.
Lepas Isyak terus bergegas ke Ampang pinjamkan bahu utknya...


Sahabatku...
Bersabar dan bertabahlah sahabat atas ujian yg dtg menguji. 

Ujian ini sbg tanda kecintaanNya terhadap hambaNya...
Puteri kecilmu menanti di Syurga dan bakal memberi syafaatnya utk ibu dan ayahnya...


Puteri kecil Aleesha...
Mengucup wajahmu buat kali terakhir beri aunty ina satu ketenangan...
Wajah syurga yg mendamaikan...
Bahagialah kamu wahai anak...
Syurga tempat tertinggi dambaan ummat Nabi Muhammad SAW milikmu.
Al-Fatihah...



Hari ini... 10 Ramadhan...
1/3 bulan yg bakal melabuh tirai... pantasnya!
10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT.
10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah),  
10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka

Semoga Ramadhan ini kita tidak lagi jahil mengukur kehebatan Ramadhan...
setiap amalan berganda ganjarannya... 
ia bkn hanya tentang berpuasa dari makan dan minum...
ia tentang pemantapan iman sbg bekalan bertemu Tuhan.
rebutlah peluang yang terbentang!

Di mana kita sekarang?
sudah berjaya capai titik tumpu utk dapat momentum tertinggi sebagai bekalan sehingga bertemu Ramadhan akan datang?
Gambateh!





Wednesday, November 13, 2013

Di Lema Wanita: Nak PUASA SUNAT tapi tak habis lagi PUASA GANTI. So, nak NIAT puasa ganti atau puasa sunat?


Ramai inbox tanya soalan sama (macam tajuk di atas) kat AKU BUKAN USTAJAH ni sampai diri sendiri pon naik kompius (sebab tuan punya badan pun punya kes yg sama. huhuuuu). 
ok, sebenarnya banyak pendapat:


  1. NIAT PUASA GANTI (Qadha) dan insyaAllah dapat pahala puasa sunatnya.
  2. NIAT PUASA SUNAT KHUSUS (yg mana ada masa tertentu) sebab tempoh untuk ganti tu panjang lagi. - maksudnya kita buat puasa sunat dulu, then baru puasa ganti pada hari yg lain.



kalau nak GABUNG NIAT boleh ker? maksudnya sekalikan niat puasa ganti dan puasa sunat.
ni soalan complicated utk AKU BUKAN USTAJAH ni. S.O.S sifu (ustazah usrah saya) dulu sebab takut terbagi ajaran sesat. kang tak pepasal terpampang muka CikPuanKaki dgn caption 'Most Wanted!'. naya! :p 

ni jawapan dari murobbiah kesayangan:
"Niat satu saja. kalau nak puasa wajib, niat puasa wajib sahaja. Kalau niat sunat tak dapat yang wajib. tapi tak boleh niat dua2.


kalau CikPuanKaki pilih yang mana?
saya?! hmmmmm... ni saya lah yer... 
sebab bila baca fadhilat puasa sunat 10 Muharram (Asyura) tu mendapat keampunan setahun lalu, mcm besar dan syg kalau saya tak grab peluang besar tu. apa lebih bermakna melainkan dosa2 diampunkan kan... jadi saya ambil yang berat iaitu niat khusus utk puasa sunat 10 Muharram (puasa sunat Asyura) jer, then ganti pada hari lain.

tapi kalau dah niat puasa ganti hari ni, then niat puasa sunat 10 Muharram esok, tak ape ker? tak ape... takde masalah. :)


so clear kan? takde yang kompius dah kan? jangan sampai duk kompius tak sesudah sampai langsung tak puasa. hehehe...

hal ni ada banyak pendapat yer... jika anda ada pendapat lain, silakan... pilih yang mana anda yakini. jangan berbalah atas hal2 ada khilaf nya ni. 



fuhhhhh~~~ lega lepas taip entry ni. terima kasihlah kepada yg inbox tu... 
at least pertanyaan korang buat saya ambil inisiatif utk tambah fahaman yg cetek ni. 

Yang mencari jalan lurus,
CikPuan Kaki a.k.a Aku Bukan Ustajah






Tuesday, November 12, 2013

Ada apa dengan Puasa Sunat 9 & 10 Muharram?




 Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: 
"Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)



Org yg sihat akal dan jiwa tak akan persiakan peluang puasa sunat hari Asyura 
(9 & 10 Muharam)…

bonus keampunan dan rahmat Allah itu tak terhitung.
adakah kita pernah terpilih?
adakah kita akan terpilih?
bersyukurlah jika kita terpilih…
dan berusahalah utk jadi yg terpilih.
peluang masih terbuka luas.
esok dan lusa...
atau lusa dan tulat…
atau esok, lusa dan tulat!
org tamak selalu untung!

jom... kita puasa bagi yg sihat.
malam ni kejut seisi keluarga, kita sahur berjemaah!
esok boleh berbuka berjemaah lagi...
lusa pun sama.
pahala dapat, dosa diampunkan (insyaAllah), silaturrahim dieratkan.
Islam super osem! :)



chop! niat cemana?
selagi terniat di hati kata: "esok aku nak puasa sunat 9 Muharram" ni pon dah kira niat. 
walaupun hati sedang berbisik ketika sdg gosok gigi. ;)



Wednesday, July 31, 2013

Entry tak berfaedah: Lorrrrrrrrrrrrrrrr??? ok alohhhh!


Balik dari terawih... 

suami: "suami mcm nak blanje isteri jer" 


isteri: "knape nak blanje isteri?" 

suami: "sebab isteri kerja kuat. balik kerja, masak sedap2 utk suami lagi. sebab tu suami nak blanje isteri" 


isteri: "suami nak blanje apa?" 


suami: "tutti frutti. tapi pinjam duit isteri dulu tau, suami x bawak duit" 


isteri: lorrrrrrrr?????#$%^&@!!!



# tapi tetap terharu! ;)





di hari kejadian lain...

suami: "abang jeles dgn isteri!"

isteri: "kenapa pulak?"

suami: "yerla... isteri dapat banyak pahala. balik kerja, masak... dapat pahala puasa suami lagi. tak boleh jadi ni... suami kena speed lebih lagi. mana boleh isteri masuk syurga sorang tinggal suami. nanti suami sedih..."

isteri: "ok alohhhhhh..."





sekian entry tiada faedah. tapi kalau nak, carilah faedah yg tersembunyi... selamat beramal dan terus jadi pemburu Lailatul Qadar... bukan lailatul kedai. ;)


Tuesday, July 30, 2013

Surat cinta dari sahabat: Tentang wanita itu...

ingin ku kongsi sepucuk surat cinta...
sudah lama ku simpan...
surat cinta dari sahabatku di bulan puasa setahun lalu...
tapi biar lama... ingin juga ku abadikan di sini...
mana tahu, ada manafaatnya untuk kesayangan yang lain...

ini surat cinta itu:

--------------------------------------------------------------------------------

Assalammualaikum wbt.

Sayangku ina,

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah di atas penghijrahan mu. Dah lama nak antar surat cinta ni padamu, tp masa x mengizinkan. X tau nak ckp camane, Aku betul2 gembira dengan penghijrahan mu. Sungguh berseri-seri wajahmu kamu sekarang. Semoga kamu sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNYA.

Na,
Aku gembira menjadi kawan kamu, aku turut mendapat tempias penghijrahan kamu itu..syukur alhamdulillah, dengan menjadi silent reader blog cik kaki, sedikit sebnyak memberi aku ilmu yang da lama tak dicari.

Na,
Semalam, aku ade baca tentang wanita itu,. Ape yang kau ckp itu betul, walaupun ade anak kecik, kite masih punye ruang untuk beramal, cume kite je kekadang selalu bnyak alasan.  Da lama aku x solat sunat dan x berterawih. Kekadang solat pun kelam kabut sebab ade anak kecik. Anak dijadikan alas an, betapa jahilnya aku, padahal kite masih punye banyak masa iaitu ketika dorang tengah tdo. Selepas baca tentang wanita itu yang kau tulis, aku nekad tuk mulakan kembali ape yang da lama ditinggalkan. Semalam, aku tetido, terlupa nak set alarm tuk bgn. Tp tiba2 dlm pukul 2 aku terbangun dengar bateri hanset da penuh. Sedangkan bunyi bateri penuh tu x la kuat sangat. Sebelum ini kekadang bunyi alarm pun x sedar sbb da penat sgt.

Na,
Bile aku tetiba terjaga semlm, aku dapat rasa seperti yang kau ckp tentang wanita itu. Aku amik wuduk, tp blur nak buat solat ape. Lepas tu, aku amik keputusan solat hajat. Dalam solat tetiba aku jd sebak sgt. Aku menangis dalam solat.  X penah ku rasakan perasaan tersebut. Tuhan punya kuasa, si kecik sedikit pun tidak sedar dr tdo seperti selalu, kekadang nak bangun kencing pun susah sbb si raeef asik nak menghimpit jek. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertaubat kepadanya. Selama ni selalu alpa dengan duniawi.  Masuk opis ari ni mata bengkak, malu sgt, tkt org tegur kenapa mata bengkak, nasib baik xde sesape tegur..hehe. Allah itu maha penyayang. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai perasaan itu.

Na,
Terima kasih diatas segala perkongsianmu tentang kisahmu. Semoga kite sentiasa mendapat petunjuk dariNya. Amin. Doakan daku agar dapat istiqamah dalam melakukan kepada yang lebih baik ye kwnku.

X tau nak ckp ape lg, sayang kamu Lillahitaala. Maafkan segala silap dan salah aku terhadapmu sepanjang persahabatan kite.

Selamat Berpuasa dan Beribadat di bulan yang mulia ini.


Assalammualaikumm..


--------------------------------------------------------------------------------

surat cinta kesinambungan dari ENTRY ini.
untuk tidak merosakkan mood, ku repost di sini...


Tentang WANITA itu...
jiwa kosong minta diisi...
ingin sekali kakinya melangkah ke Masjid...
berterawih...  berqiamullai...
berzikir munajat memuji kebesaran Allah...
sujud memohon keampunan atas dosa2 lalu...
arghhhhhh~ sungguh wanita itu mahu!

tapi wanita itu punya kekangan masa...
juga bagaimana dengan anak2 kecil di kiri kanannya?
jangan bersedih wahai wanita itu...
kamu mampu lakukannya sendirian di ruang kecil di teratak syurga milikmu...
di sunyi malam di kala anak suamimu sdg tidur...
perlahan kau susunkan langkahmu...
capai telekung juga sejadahmu...
SUJUDLAH!!!
kamu pasti temu satu ketenangan yg tak pernah kamu rasa...
kamu pasti merasa air mata sejuk mengalir di pipi gebu mu...
menangis kerana sebuah taubat... segalanya kerana ALLAH...
lagi indah rasanya dari terima hadiah berupa handbang GUCCI mahupun PRADA...

"di kala aku bangun sepertiga malam, tidak tahu apa yg harus dilakukan!
yer, aku mahu!!! tapi aku tidak tahu!!!" 
wanita itu merintih sedih kerana kejahilannya...
jangan sedih wahai wanita... aku juga seperti kamu.
juga pernah menangis kerana kejahilanku...
dan harusnya aku mengerti rasa itu... dan tidak ku mahu kau rasa apa yg aku rasa...
lalu kukongsi satu rahsia...
aku pernah sujud dengan bantuan sebuah buku...
pernah bantu aku... mungkin juga kamu...
InsyaAllah kau akan rasa apa yg aku rasa...
rasa yang tak terungkap dengan kata...
yang pasti kamu akan rasa... cinta ALLAH tiada syaratnya...
cinta ALLAH itu agung buat kamu... aku... dan mereka yg ikhlas mencari cintaNYA...

rebut setiap peluang yang masih bersisa... 
siapa tahu kamu temu Lailatul Qadar... 
di malam yang doa sangat makbul. 
Semua malaikat ditugaskan mengaminkan doa. 
Marilah kita habiskan dengan menangis di depan ALLAH. 
Apalah gunanya mata yang tidak menangis di depan ALLAH.


buku ini mungkin hanya akan membantumu mulakan langkah...
kemudian bila kau sudah pandai menyusun tapak... carilah GURU...
memperbetulkan yang mana silap yg tak kita tahu...
InsyaAllah... kita mampu jadi ketua bidadari buat suami di Syurga Allah nanti...
ohhhhh~ tetiba tak cukup tisu nak lap air mata dan hingus. :(


--------------------------------------------------------------------------------

sama-sama kita azamkan...
akan bangun meraba dalam samar cahaya sepertiga malam...
masa 'peribadi' bersama TUHAN...
mengadu lelah... meminta hajat... memohon ampun...
menghidupkan malam di sisa-sisa hari yang tinggal.

sedihnya Ramadhan dah nak labuh tirai maghfirahnya!
takde mood nak raya!
tiada persiapan raya!



Wednesday, July 17, 2013

Repost: Hukum pamer makanan lazat di bulan puasa (part 2)

Assalamualaikum kesayangan...
seminggu sudah Ramadhan berlalu. masih tak terlewat kita nak kejar peluang2 yg terbentang. :)

tadi pagi2 ada kawan tanya pasal entry hukum pamer makanan ni. saya sendiri pun dah lupa. sekali dia pulak yg bagi link blog sendiri kat saya. hehee...

ok, saya copy n paste entry sebelumnya yg ditulis pada 25.Julai.2012 di sini:


**********************************************


dari Ustaz Azhar Idrus:
MAKRUH kempen makan sedap2 dan lazat di bulan puasa.

ooooooooooo... baru tahu.


dan dari Ustazah Bulatan Gembira saya:
Bulan puasa sepatutnya bulan tahan/kurang makan dan banyak mengingatkan penderitaan orang-orang yang kelaparan tp dah jadi bulan pesta makanan pulak kerana mereka masih kurang faham apa makna puasa dan hikmahnya.


MAKRUH tu maksud dia: buat tak dosa.. kalau tak buat, dapat pahala.
dgn erti kata lain: perkara yg tak disukai. so, pilihan di tangan masing2.

cuma saya (ini memang hanya merujuk apa yg saya rasa dan pendapat saya semata yer) terbuka mata yg inikan bulan puasa, bulan puasa sepatutnya bulan tahan/kurang makan dan banyak mengingatkan penderitaan orang-orang yang kelaparan. tapi kita buat cam pesta makanan pulak. so saya amik keputusan untuk tak menjaja makanan2 yg saya makan like: oh, semalam makan ikan steam, daging bakar, sayur goreng. ade onde2 jugak! pastu slurp air bandung cincau satu jug! perghhhhhhh~ terbongkam jap! then jaja lah gambar2 food kite yg super delicious tu  << - contoh jer ni yer.
kalau setakat pamer gambar food seketul untuk share resipi tu saya rasa tak ade masalah la kot. 
kalo aderpon, lagi sekali hukumnya makruh... 

so, takyah nak persoal kan mana la isu ni. kamu rasa bermanfaat utk org lain specially isteri2 gojes dptkan saham berganda dgn msk utk anak n laki, teruskan... kalo setakat nak menjaja kasik tahu mkn tu mkn ni semata-mata, bagi saya, saya memilih utk kata tidak sbg tanda penghormatan bln puasa yg bkn bln pesta makanan. ok, sekian... ;)


**********************************************

**************************
UPDATE - 17.Julai.2013
**************************

baru ni (puasa thn ni la... Julai2013), saya tanya Ustazah Usrah saya bila saya tanya bagaimana upload gambar makanan (takder la lazat mana pun) dengan niat nak berkongsi dgn sahabat bibik2 gojes kesayangan saya? sumpah tak tipu yer... kengkawan bibik gojes saya ni siap pm suruh share menu setiap hari sebab nak tiru menu. katanya kadang2 ketandusan idea nak masak. korang... ai kan dah ckp... AKU BUKAN CHEF! :p

ini jawapan ustazah: tak ada masalah kerana sekadar perkongsian ilmu. Di samping itu Ina selitkanlah peringatan agar tidak berlebihan, tidak membuang masa dan tidak membazir dan lain2 yang bersangkutan.


sekarang kan, teknologi makin canggih. masing2 ada instagram pulak. so, saya kongsi menu/resipi berbuka dgn bibik gojes di Instagram jer. sebab?! dah sah2 semua yg ade IG tu berkemampuan kan... kalo tak mampu, takkan pakai smart phone yer?! heheheee...

lagi sekali la... pada saya tak perlu nak kecoh sangat pun pasal ni. masing2 ada pendapat tersendiri dan pilihan masing2. org upload kita tak yah nak cerca2 sangat mcm dia buat dosa besar padahal banyak lagi perkara besar yg kita pandang sepi dan sipi.

ok, sekian laporan dari makcik yg mcm dah nak bersara memasak di bulan puasa ni sebab laki ajak buat kembara iftar dari masjid ke masjid. hahahahaha... yg penting, projek 'katakan tidak pada bazar ramadhan' dan misi 'tidak memBAZIR dgn memBAZAR tetap diteruskan. kalau malas masak sangat, kita terjah kedai siam. kak, tomyam satu! ayam goreng kunyit 1! nasi putih 2, air suam 2! makan laju2, gi masjid solat maghrib berjemaah, ngaji tunggu isya' dan terawih. balik rumah zzzzz. :)



please jgn offer penyepak atau pelempang free hanya krn sekeping gambar ini. 
ini gambar hiasan entry semata! :p

**semalam percubaan pertama kali masak udang tempoyak dgn bantuan bibik gojes dan macho (kaum laki pon ambik port pasal resipi ni oke! kagum jap saya!). terima kasih uols!**


Tuesday, July 16, 2013

Kalau gembira mesti pakai hijau ker? :p

Assalamualaikum kesayangan...
semoga graf ibadah di bulan Ramadhan dengan meningkat mencanak. 
kaut semua peluang yg ada!
Ramadhan kan projek mega mampu milik! :)

hari ni Ramadhan paling gembira utk saya.
sebab gembira lebih, hari ni saya pakai baju kaler hijau, warna syurga! :)
eh, pakailah warna apa yg kammo kammooo suka.
ini pilihan peribadi saya semata! :p




ayuh, mulakan pagi dgn sedekah. 
Rasulullah saw bersabda: 

"Setiap org menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang memerlukan sedekah. tiap2 tasbih itu sedekah. tiap2 tahmid itu sedekah. menyeru makruf itu sedekah. mencegah mungkar itu sedekah. semuanya itu sama nilainya dgn 2 rakaat solat sunat Dhuha." 
(hadis riwayat Abu Dzar)


dan buat kesayangan hamba...


jangan takut memulakan langkah keluar dari zon selesa...
mulakan dengan langkah kecil dan maju dari ke hari...
perbaiki diri hari demi hari...
InsyaAllah, jalan lurus akan ditemui.

love you Lillahi Taala kesayangan hati...






Friday, July 12, 2013

Adab bila berIFTAR bersama keluarga, rakan dan taulan. Eh, oke apa adat berziarah di bulan raya bawak ke bulan puasa! :)

# wah tajuk kemain berjela... ;)

Bila bulan puasa, haruslah nk berbuka dgn keluarga dan rakan2 tersayang. baguslah! lagi bagus dari open house kot! bulan puasa ni lah nak buat amal  specially bagi makan utk orang berbuka tu kan besar pahalanya. bayangkan sekali berbuka, jamu 2 orang tetamu berbuka. dah berganda dah pahala puasa,. yeaaaaa!!!


Sabda Rasulullah saw: 
"Barang siapa yg memberi makan org yg berpuasa, dia akan mendapat pahala sepertinya dan ia tidak mengurangkan pahala org yg berpuasa sedikit pun. " [HR At-Tarmizi]

sebagai manusia tamak dan haloba, saya rasa kita patut grab peluang ni! saya nak ubah tradisi tahun ni, saya taknak jemput datang beraya... tapi nak ajak berbuka puasa kat rumah! kita pecahkan tradisi menziarah dari bulan raya ke bulan puasa. tapi... tapi ada rules and regulation-nya atau bahasa sopannya adab ;)


1- sebelum azan, kita ambil masa untuk doa (macam saya dan suami baca doa lazim lepas solat tu jer) sebab masa dekat nak berbuka tu adalah antara waktu mustajab berdoa.
2- lepas tu kita sambung dengan doa berbuka dan doa makan bila azan maghrib dilaungkan. bila beriftar dengan kawan ni, mesti makan sambil borak2 dan of course akan ambik masa. so kita berbuka dengan kurma dan secangkir air jer dulu
3- so rule/adab yg ke-3 nya adalah kita solat maghrib berjemaah dulu. so, bolehlah berwudhu' sesiap sementara menanti waktu berbuka tu.
4- lepas solat, tiba masa menjamu selera. lauk-pauk takyahlah hover meriah sangat... kita makan sederhana jer. kuih tu takyahlah sampai 2 3 jenis... ntah2 kuih langsung tak berjenis pun sebab saya laki bini berbuka nasik ngan lauk pauk mcm dinner hari2 kebanyakan (bukan bulan puasa) jer.
5- lepas berbuka, lepak2 talk2 jap... tapi maaf kalau terpaksa halau tetamu sebelum Isya'. tak pun, kita sama2 ke masjid untuk tunaikan solat Isya' dan terawih. bukan kata tak boleh solat di rumah... boleh lah untuk kaum wanita... tapi lelaki kena ke masjid. bukan setakat afdal jer yer kalau lelaki. dan even wanita boleh solat di rumah, untuk saya yg takde kekangan daripada anak ke aper ni, tetap memilih masjid. pahala solat berjemaah berganda... dan yg penting, kat masjid saya (baca dekat rumah saya) ada tazkirah. so majlis ilmu tu penting bagi saya. kalau esok tak kerja, boleh la kalau nak sambung moreh kat rumah semula... kalau esoknya kerja, mintak maaf la yer. hehehee... 


ok, ada 5 rules/adab yg perlu dijaga. tak susah pun... best aper! silaturrahim sesama manusia dan Allah terjaga dalam masa yg sama! oh, indahnya hidup bersyariat!!!


ok, sesiapa nak datang ziarah raya ke rumah saya, meh datang masa bulan puasa meh... saya sangat2 mengalu alukan tapi maaf kalau saya tegas dalam 5 adab di atas. :)


Alhamdulillah... tetamu pembawa berkat ke InaAchik Baiti Jannati di RAMADHAN pertama...
yeaaa!!! berjaya bolot 3 pahala puasa 'gemok'! i loike!!!
dan lepas berbuka, dapatlah tazkirah free dari ustaz tentang perkara2 yg membatalkan puasa.
double suka! dahla bagi saya peluang kaut pahala puasa mereka, lps tu bagi ilmu pula!
***bulatan gembira ada di mana2... biar pun di meja makan! ;) ***
pukul 8:30 mlm, tetamu saya mintak beransur pulang.
mereka ke masjid mereka... suami (knape tidak kami? jeng jeng jengggg) ke masjid  dia..

InsyaAllah hari ni ada tetamu seterusnya...
datang berkongsi juadah berbuka apa yg kami makan...
Alhamdulillah... syukur ya Allah atas rezeki yg dapat dikongsi ini...

#tak sabar tunggu weekend nak berbuka dgn family pula!


# 5 adab ini tiada dalam mana2 buku Adab mahupun Fiqah atau kat mana2. ini berdasarkan pendapat, kesesuaian dan kehendak kami sbg tuan rumah sahaja. nanti jangan claim saya sesat buat hukum sendiri pula! :p


Thursday, July 11, 2013

Yang dinanti dah tiba! :)

Assalamualaikum kesayangan...
Semoga kesayangan2 hamba di sini sihat walafiat dan dalam pelukan kasi sayang Allah sentiasa...

lamanya blog terbiar sepi tanpa entry.
satu masa kerja menggunung sampai weekend pun kerja...
tengah busy2 tu la, seminggu puan blog MC. Allah bagi sakit nak suruh rehat.
masuk kerja, boss cakap boss dah siapkan kerja yg tersisa. terus ber-YEAAA dpn boss!
ok, terus redha takde bonus tahun nih! kihkihkihhhh~~~

Alhamdulillah... syukur yg tak terhingga kerana masih diberi kesempatan waktu untuk bertemu lagi dgn RAMADHAN KAREEM... 



Rasullullah telah bersabda sewaktu bulan Ramadhan telah tiba: 
“Kamu telah didatangi bulan Ramadhan, bulan keberkatan, kamu akan dinaungi Allah.s.w.t, diturunkannya rahmat, digugurkannya (dosa-dosa) kesalahan-kesalahan, diperkenankan doa, Allah akan melihat persaingan sesamamu di dalam bulan Ramadhan. Dia akan BERBANGGA dengan kamu berhadapan dengan para malaikat... maka perlihatkan Allah kebaikan daripada diri-diri kamu. Sesungguhnya orang yang CELAKA ialah orang yang di haramkan daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan”




Dikala kita ditemukan lagi dgn Ramadhan kali ini...
semoga kita sudah benar-benar bersedia...
tidak lagi jahil mengukur kehebatan Ramadhan...
setiap amalan berganda ganjarannya... 
ia bkn hanya tentang berpuasa dari makan dan minum...
ia tentang pemantapan iman sbg bekalan bertemu Tuhan.
rebutlah peluang yang terbentang!


Dan...

buat kenalan, sahabat, rakan dan taulan yg disayangi...

jadikan Ramadhan ini titik hijrah utk jadi lebih baik dr semalam...
jika sebelum ini bertudung singkat, usaha utk labuhkan sedikit...
jika sebelum ini bertudung on-off, ini masa utk kekal bertudung...
jika belum bertudung, mungkin tiba masa utk belajar bertudung...
biar terpaksa dari langsung tak mencuba...
mula-mula seakan paksaan... lama-lama dtg keikhlasan...

sama-sama kita berpesan, 
mana tahu di Syurga kelak kita berjiran...



Selamat berpuasa kepada sahabat Islam semua. maaf andai ada entry, kata, komen yang mengguriskan. 
saya manusia yg tak lari dari silap dan insyaAllah akan terus cuba perbaiki kelemahan yg ada...


“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dalam keadaan beriman dan penuh mengharap, maka akan diampunkan untuknya dosa-dosanya yang telah berlalu.” Hadith sohih riwayat Bukhari dan Muslim.






Wednesday, August 15, 2012

Sayu hati nak say BYE BYE...



Air mataku bergenang...
sayu... sebak... arghhh, aku sedih!
berat hatiku nak melepaskanmu...
sungguh... datangmu ku nanti... pergimu tak kurelai...
pasti aku rinduimu... menunggu dan terus menanti...

Semoga Allah bagiku kesempatan ruang waktu...
agar dapat ku bertemu lagi...
agar dapat ku rasa lagi ketenanganmu...
agar dapat kuraih lagi keberkatanmu...

Ya Allah...
pertemukan lagi aku dengan RAMADAN mendatang...
kerana Ramadan beriku momentum baru...
untuk kuteruskan perjalananku...
menjadi ummatMU yg lebih baik...
dalam mencari redhaMU...
mencari tempat di sisi Rasulku...
di JANNAHMU...

Ameen...







Tuesday, August 14, 2012

Ada apa dengan berBAJU BARU di Hari Raya?


"Tahun ni aku nak beraya secara bersederhana. say no to baju raya!!! kitar semula sahaja..."
 #dialog di atas adalah rekaan sendiri semata, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Tak salah bersederhana... malahan itulah yang dituntut. 
tapi jika mampu, belilah baju raya. tak boleh sepasang, berpasang-pasang! :p
biar murah asal baru sebab adalah SUNAT berbaju baru di hari raya puasa dan haji.

Tak percaya ka? cer kabo (baca bagitahu) sket bigbohhhh... ;)


- Ustaz Azhar Idrus -

 Tapi apa guna berbaju raya tapi tak solat dan tak puasa?!
ibarat kejar yg sunat... yg WAJIB dipandang sepi...



Alhamdulillah... masih mampu berbaju baru di hari raya. tapi bila tengok balik, hampir semua baju raya saya adalah hitam melegam. tapi ape kesah kan? hitam itukan menawan! lemak pon boleh menari riang tanpa pandangan sinis manusia2 keding! :p





Monday, August 13, 2012

Hard Disk VS Iman dan Taqwa


Apa guna ada HARD-DISK kalau takde SOFTWARE?
dah ada software, upgrade-kan RAM-nya.
juga jgn lupa install-kan ANTIVIRUSnya.
itulah hakikat tentang HATI, IMAN, TAQWA dan MUJAHADAH dalam Islam!
Hati tanpa iman tiada fungsinya...
sudah ada iman jangan lupa tamba taqwanya...
dan tanamkan mujahadah dalam diri agar tak terpengeruh dengan perkara2 mungkar...
InsyaAllah, selamat dunia akhirat. 

-Kakikusukaberjalan-




Apa kaitan PUASA... IMAN... dan TAQWA?


 



#Diari 24 Ramadhan. 
Teruskan memburu Lailatul Qadar... itulah skim pencen 1000 bulan kita!




Tuesday, August 7, 2012

IBADAT vs ADAT.

 *thank u pakcik gugel!


Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan masjid semakin meriah dgn jemaah yg dtg solat terawih walaupun makin hari makin susut pula bilangannya. walhal, makin di akhir Ramadhan makin tinggi nilai 'saham' malam itu... mungkin kita tidak pandai 'menghitung' barangkali... :(
ok takpe... sbg positif thinking, mungkin setengah dari kita bercuti rehat nak kejar malam Lailatul Qadar di 10 mlm terakhir kan? #kalau sempat... kalau tak sempat?!

Tapi ada ramai yg terlepas pandang tentang byk hal iaitu adab2 di masjid. Dan ini hasil pemerhatian saya yg kesnya lebih menjerumus kpd muslimat sebab takkan nak perhati muslimin plak kan... kang ader kena sekeh kepala ngan toklaki den kang! ;)


Lalu depan org yg bersolat & org yg bersolat tidak bertindak untuk menghalang:
nampak cam takder apa tapi tahukah kita itu adalah satu dosa yg amat besar. tapi yang jadi masalahnya juga yg pen-solat tu tak pandai memilih tempat untuk solat (solat sunat la biasa ni). contoh: Tok Imam buat terawih 20 rakaat, tapi biasala... yg mana tak larat, lps 8 rakaat cabut lah... dan ada yg sambung solat sunat witir di lokasi yg bersepah. ada ker sembahyang depan pintu org keluar masuk?! weiiiii, cemana nak lalu... dah kot yer takde ruang kosong dah... dan kamu tahu tempat yg sdg kamu solat laluan orang, letaklah benda kat depan like bag ker... kain ker... pepandai lah! kesimpulannya: Jika lalu di hadapan orang yang sedang solat adalah kesilapan, maka ia juga satu kesalahan bagi bagi orang yang sedang solat itu sekiranya ia tidak bertindak menghalang.


Datang Terawih dengan pakaian yg tidak menutup aurat dgn sempurna:
Ni masalah besar jugak neh. Pakai baby T ngan seluar trek tudung selempang tak tutup dada tu biasa... tapi yg kronik lagi ni dan ini cerita benar bukan rekaan: saya terserempak dgn jemaah wanita ala retis pakai legging tudung ala tokti. ;) ala2 KL style: "wa stylo tapi wa pergi terawih oke!" - pergi terawih tu dah bagus dah tapi pleaseeeeeeeeee pakailah pakaian yg proper dan tutup aurat. saper kata tak menyusahkan org lain, kesian pak2 sheikh dan ustaz2 yg terpaksa jalan menunduk tenung lantai sampai retak!
Jemaah muslimat dtg dgn pakaian yg tidak menutup auratnya 


Budaya bersembang
Alahaiiiiiiiiiiiiiiiii... ni lagi satu kes. baru jer pak imam bagi salam kiri kanan, terus start enjin bersembang. ya Ampon... org tgh berwirid kat depan nun, kita buat 'wirid' sendiri pulak. time imam berdoa, kita kat blakang tangan tadah tapi buat 'doa' sendiri jugak... Sama juga masa org bagi tazkirah. kalau taknak dengar, bleh cari tiang - bersandar dan mimpi sampai ke bulan jauh lebih baik dr duk bergebang dan mengganggu jemaah lain. tapi kengkadang yg problemo de amore ini dari kalangan muslimat 'core' masjid. dah jadi geng monopoli wak masjid cam rumah sendiri. patutnya gang core masjid ni bagi teladan yg baik untuk tarik jemaah yg baru berjinak ni...


last sekali; park kereta double. dah tahu kamu block kereta org, laju2 keluar masjid yer... walau solat terawih 20, org yg keretanya kamu block tu mungkin solat 8 rakaat jer! sila jadi sensitif: jangan sampai nak gi beribadat tapi kita dah susahkan orang. jgn park ikut main dan jer sampai selamba park dpn gate masjid. adoyaiiiiiii kuasa dua~~~~



#Sekian laporan Diari 18 Ramadhan.

Nota kaki Cik Kaki: Islam itu bukan tentang IBADAT semata... tapi juga tentang ADAB. Jangan kita jadi golongan yg mencemarkan keindahan ISLAM hanya kerana kita tak tahu menjaga ADAB.





Saturday, August 4, 2012

Baik yang tersia sebab gagal bezakan ibadat dengan adat!


SOLAT: 
Benteng yang semakin dipandang enteng! 
masih ramai yang tega berpuasa tanpa solat. ibadat dijadikan adat. 

Ketahuilah...
ibadat dan amal baik itu terawangan tanpa dihisab selagi mana tidak solat... arghhhhhh~ rugi!!!
maka; solatlah... solatlah... solatlah!


Kata Murabbiah Bulatan Gembira saya:
"Solat adalah pembeza di antara orang yang beriman dan orang yang kufur.
Orang beriman menjadikan solat sebagai tanda syukur.
Orang yang kufur meninggalkan solat sebab takbur dan tak tahu bersyukur."