Assalamualaikum kesayangan...
sedikit malu untuk menulis tajuk di atas... yer, Cik Puan Kaki makin hari makin pemalu! :p
tapi ketepikan rasa malu seketika. ini hal yang wanita wajib tahu. jadi tulis juga sambil tutup pipi gebu yang bertukar kaler jadi pink.
eh chop! lelaki2 juga patut tahu... yang dah kahwin, ini tugas anda menyampaikan pada isteri. yang belum kahwin, ini persediaan untuk jadi suami yg super osem. ;)
Keputihan tu najis ke ?
Soalan : Keputihan yang keluar dari faraj wanita tu dikira najis atau tidak?
Jawapan : Keputihan ada 2 jenis, ada yang najis dan tak najis. Kalau dia jernih atau seakan2 jernih dan tidak/kurang berbau, TAK NAJIS. Tapi kalau putih/kuning pekat dan berbau busuk NAJIS.
# Cik Puan Kaki: tahukan kalau najis, tak sah solat. jadi, jadilah wanita yg bijak. banyak kemudahan ada di Guardian mahupon Watson atau kedai2 pilihan terdekat.
Potong Kuku Masa Haid
Soalan : Betul ke perempuan bila datang haid tak boleh potong kuku?
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Tak boleh potong kalau tak ada pengepit kuku. Kalau ada pengepit kuku boleh potong kuku samada masa darah haid sedang keluar memancut2 atau ketika darah sudah sedikit.
-tak perlu dimandikan bersama kuku atau rambut yg telah dipotong tu..sebaiknya kalau potong kuku tu, potong la kt tmpt air mengalir cam dlm sink ke..jgn dibuang merata2.
Cik Puan Kaki: ingat lagi... masa sekolah ustazah ajar supaya tidak potong kuku masa haid. Kalau potong pun, kena simpan dan cuci sekali semasa mandi wajib. Alhamdulillah si penanya tanyakan soalan ni, dapat pahala bantu org lain hilangkan kemusykilan. jazakillah.
Gambar lama dedah aurat orang lain masih simpan

Soalan : Ada satu persoalan ustaz, Jenab suka ambik gambar buka aurat,
lepastu dia dah taubat, kadang-kadang gambar2 lama tu orang still simpan
dan boleh menjadi tatapan umum, macam mana tu ustaz?
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Jenab kena beritahu kawan2 supaya buang gambar2 lama tersebut. Jika mereka enggan buang, berserahlah kepada Allah dengan memohon ampun kepadaNya.
Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Jenab kena beritahu kawan2 supaya buang gambar2 lama tersebut. Jika mereka enggan buang, berserahlah kepada Allah dengan memohon ampun kepadaNya.
#Cik Puan Kaki: di kesempatan ini... saya; Azlina Hasan / InaAchik / Cik Kaki memohon jasa baik sahabat2 tersayang untuk men-DELETE gambar2 zaman jahiliah saya yang berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna. SANGAT2 MENGHARAP. jika boleh berbuat demikian, itulah hadiah yang terhebat untuk saya. jika rasa permintaan saya ini besar dan menyusahkan, tak ape... saya redha. mungkin ini balasan dosa atas kejahilan lampau saya. saya takkan berhenti mengharapkan keampunan daripada Allah dan saya akan terus bersangka baik kpd Allah yang Allah itu maha pengampun. sebak!
laju2 tutup entry dengan NOKTAH sebelum air mata berjurai laju