Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts

Friday, October 11, 2013

Boleh ker bagi non-muslim daging Qurban?


Last week Syeikh Nuruddin datang ke Masjid saya (wahhhh ada masjid sendiri katanya kan... cam Tokti ngan Tok K plak kan ada masjid sendiri bagai... takder, masjid saya tu merujuk masjid kesayangan dekat rumah ni ha... Masjid Al Khairiyah Tmn Sri Gombak)

Alhamdulillah… banyaknya persoalan bermain di minda terjawab. Tentang Qurban, tentang perbezaan mazhab... ah, macam2! tapi tiap kali beliau berbicara, tak sempat nak menyalin sebab penyampaian beliau dalam lebih kpd bentuk cerita. tu susah untuk dicatat ke dalam nota. lebih seronok mendengar dan terus benam dalam otak.

Ada ilmu saya boleh share tapi ada ilmu tak boleh share sebab atas kejahilan saya dlm menyampaikan. Kita fhm tapi nak sampaikan tu yg masalah. Sebab? akan ada soalan susulan yg sukar bagi kita yg jahil ni nak jawab balik.

Tapi saya perasan satu la, tiap kali ceramahnya, beliau sentiasa tekankan pasal solat di awal waktu. Katanya: peraturan manusia like waktu masuk office kita boleh ikut, tapi panggilan Ilahi yg 5 waktu kita lengahkan. Lagi satu kepantangan beliau adalah main handphone dlm masjid. Dalam majlis ilmu tak bolehkah biarkan seketika sms tak terjawab… check facebook. eh, skrg org tulis nota di hp... ;)


sebab next week dah nak raya Qurban, saya nak share satu ilmu daripada ceramah beliau;

BOLEH KAH BAGI DAGING QURBAN KEPADA NON-MUSLIM?

ok, let say kita qurban 1 bahagian. dlm 1 bahagian tu ada 3 bahagian lagi.


  • 1/3 dari bahagian qurban  kita adalah untuk sedekah. wajib bagi kpd faqir miskin
  • 1/3 dari bahagian qurban adalah untuk hadiah. maksudnya org kaya pun boleh... juga boleh bagi pada org lain yg turut berqurban. cthnya, jiran kita pun berqurban jugak, tapi kita still boleh bagi daging qurban bahagian kita tu kat dia.
  • 1/3 dari bahagian lagi ni adalah untuk diri sendiri. nak masa k ker... nak simpan ker... semua boleh. yang bahagian kita inilah yang boleh diberi pada non-muslim samada dlm bentuk makanan atau daging.
wallahuallam...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: 
"Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."





Tuesday, November 8, 2011

Cerita Raya Aidiladha 2011

Jumaat malam kite balik kampung. Eh, sape kate kite tak balik kampung raya haji ni... kite balik kampung jugak tau! Kg. Balakong sudah... hhehehee.... Ya ampon... jammed hazab nak mati... seb baik ade pakcik PAPAGO. carikkan jalan keluar dari MRR2 yg berantu tu... :p

Tapi malam raya kita balik Gombak balik sebab kite dah plan ngan achik nak raya kat Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak tahun ni. Bangun pagi gi semayang sunat hari raya. then balik salin baju untuk xtvt melapah lembu (achik ler) dan kite tolong muslimat gotong royong memasak...


Cuaca yang cerah di sepanjang majlis berlangsung...


Aktiviti menyembelih binatang Qurban (rujuk kpd 13 ekor lembu dan 2 ekor kambing) bermula seawal 9 pagi. dalam kul 10 lebih cenggitu dah siap sembelih semua dah! giler hebak! ;)

Lembu terakhir...

oh ni bukan tok mudim... juga bukan tukang sembelih. ;)


darah yang mengalir itu ibarat penyucian dosa2 kita... Allahuakbar!!!








Sepakat membawa berkat...



Pukul 11 pagi dah boleh agih-agih daging Qurban dah. oh, memang pantas dan efisen! 



Pukul 11.30 pagi dah boleh makan dah... ada sayur, ade kari, ade sup jugak! yummmyyyyy~


Lepas makan, kitorang balik dan bersiap nak balik kampung Balakong lagi. raya ngan Cik Esah tercinta dan adik beradik tersayang pulak...


tukar baju raya ke-2 di raya pertama... :)

 bersama keluarga tercinta... ni jer sempat disnap... sebab pastu sebok melantak dan bergebang sampai lebam! hehehehe...

 nasi dagang by Cik Esah.

penangan Qurban. ko berani? ;)

Sekian cerita raya Aidiladha 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H. Raya tahun ni sangat bermakna buat aku dan achik. kami mula faham konsep raya Qurban yang sebenar. Syukur ya Allah di atas segala nikmat dan kurnianMU... terus letakkan kami di dalam golongan2 yang bersyukur padaMU...


BerQurban apa saja...

"Berkorban apa saja... Harta atau pun nyawa...'

OK, sekarang aku mahu tukar lagu P.Ramlee ni...

"Berkorban apa saja... harta DAN juga nyawa..."
Kita korban harta... lembu koran nyawa... ;)



 Di Hari Raya Aidiladha...
Kita sembelih lembu, kambing dan unta...
Bukanlah semua binatang itu datang bergolek untuk disembelih...
Tetapi kita membeli bahagian-bahagiannya untuk dikorbankan...
Di sini Allah mendidik kita mengorbankan harta... mengorbankan dunia...

#RT: AkuIslam.com


dalam bahasa santai Cik Kaki:

Jika kita mampu shopping tetiap bulan...
mampu milik handbag beratus ratus dan beriban (rujuk handbag COACH idaman kalbu :p)... 
mampu pakai mekap MAC, Bobbi Brown dan bla2...
mampu berwangian dengan perfume berjenama...
mampu berjalan, bercuti dan berfantasia bulan madu...
mampu milik Iphone, Ipad, Tab segala...

Kenapa kita tak mampu nak berQurban?
tak mampu seekor lembu, kita ambil sebahagian dulu...
Oh mungkin RM380 agak membebankan utk dikeluarkan secara segedebub...
apa kata kita menabung serengget sehari...
setahun 365 hari dapat kumpul RM365...
puasa 2 hari, duit lunch jimat RM 15 untuk genapkan RM380...
jika kamu mahu, kamu mampu wahai sahabat...

Besarnya hikmah Qurban...
Tanda kamu bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah bagi...
dan binatang Qurban inilah yang akan menjadi tunggangan kamu menuju Syurga...


Bila ada kata: "sedih la tengok lembu ini..."   <-Masa kecik2 dulu selalu dengar org tua kata tak boleh cakap kesian kat lembu tu nanti tak boleh makan daging lembu tu... ok, yg ni aku tak tahu sejauh mana kesahihannya. tapi ikut pengetahuan ilmu cetek aku, aku TAK SETUJU kata KESIAN sebab lembu ni sedang berJIHAD. erk? eh, tak tahulah... tapi kawan aku kata:
  • Mane lagi kesian, lembu yg kena sembelih atau fakir miskin yg miskin yang x ckp makan..?
  • korban tu 1 ibadah, kena faham betul falsafah korban, baru kita tau kedudukan kesian tu. Lgpn lembu yg d sembelih bkn utk d buang @ di aniaya. Sbb dlm korban ada bahagian2nya dan ada pula rukun2nya... hal2 mcm ni xleh main2...bleh rosak akidah. :) kena banyakkan zikir dan fikir.
Terima kasih kawan...