img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }
Showing posts with label Kesayangan. Show all posts
Showing posts with label Kesayangan. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

~Happy Happy Day~

Assalam,

Hari ni special.

Hari lahir ibu, dan juga hari ulangtahun perkahwinan abah dan ibu :)


Selamat hari lahir ibu. Moga ibu bahagia dan gembira selalu.

Selamat ulang tahun abah dan ibu. Moga terus romantik hingga ke akhirnya hehe :)

*Sayang infiniti*

Sunday, May 12, 2013

~To Beautiful Queen Of My Heart~

Assalam,

Because today is special day to women called mother =)


May Allah bless you, mother :)

*Ibu so happy with her new green brown bag. Alhamdulillah*

Tuesday, April 16, 2013

~Alhamdulillah~

Assalam....

Terima kasih Allah kerana masih diberikan peluang untuk terus bernafas. Moga kesempatan yang diberi, akan digunakan dengan semaksimum mungkin. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada abah, ibu yang dari kecil menatangku dengan kasih sayang yang tak terhingga. Kepada adik yang setia di sisi, terima kasih. Kepada kawan-kawan yang ada ketika waktu senang dan susah, hanya Allah yang mampu membalas. Moga persahabatan kita diberkati olehNya.

Terima kasih atas ucapan yang masih diterima hingga kini. Yang berusaha sehabis baik untuk menjadi antara yang terawal memberikan ucapan, sungguh, diri ini rasa sangat dihargai. Terima kasih atas doa kalian. Moga Allah memakbulkan setiap doa yang hadir tulus ikhlas dari sanubari.

Selamat ulangtahun ke-26 untuk diri sendiri. Moga menjadi insan yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Moga Allah memudahkan segala urusan.


=)


Thanks a lot to my dear Atiqah sebab setiap tahun post gambar ni. Sweet sangat kata-kata tu. Terharu.  Ok, kena cepat-cepat belanja KFC. =)

*Syukur atas segala nikmat*

Wednesday, March 27, 2013

~Dang Me!~

Assalam....

Siapa pergi Matta Fair? Mesti seronok kan? 

Saya memang dah plan baik punya nak pergi Matta Fair; cari pakej menarik pelancongan-di-pulau untuk aktiviti bersama keluarga. 

 Sumber gambar: Google

Saya: Ibu, nak pergi mana tahun ni?
Ibu: Tak tau. Tanya abah. Apa-apa pun, abah kuasa veto.

*Dail nombor abah*

Saya: Abah, along nak pergi Matta Fair ni. Plan nak pergi mana tahun ni?
Abah: Tak tau lagi. Tak payah lah. Simpan duit. 
Saya: Okkkkkkkkkkkk...

Ringkas. Padat. Thats my dad.

So, tak jadi la pergi Matta Fair, sebab merasakan tiada kepentingan pergi kalau at the end tak dapat approval dari parents. -___-

Lepas peristiwa tu, tak ada rasa apa-apa sampailah detik tadi, ketika ber whatsapp dengan bff.

Bff: Ko g Matta Fair x? Aku da book pakej g *****. Murah weh!.
Saya: What???!!! Alamak, lupa gila-gila plan g ***** (Destinasi terpaksa dirahsiakan untuk masa ini, chewah!)

Dang me!!! Macam mana pulak boleh terlupa ada trip dengan housemate and colleague May ni? Dah la tak book apa-apa lagi melainkan flight ticket. Matta Fair punya pakej dah la memang awesome. 

Oh noooo. 

*Penyesalan yang tiada gunanya lagi*

Monday, February 18, 2013

~Bukan Lagi Rahsia~

Assalam....


Suatu petang yang hening, di satu sudut, abah sedang melayari internet. Selalunya abah akan buka youtube (Woahhh..parents these days. Hehe), dan dengar ceramah Ust Azhar Idrus, atau bukak instrumental Kenny G. Tapi, petang itu, bagai pernah ku nampak layout web yang abah tengah asyik scroll down.

"Ini blog along kan?" tanya abah.

Uh-ohhhhhhhhhhhhhh, abah dah jumpa blog saya! 

No more crappy talks, no more secret (but then, no secret between my parents n I, so no problemo), no more whining hahaha. 

Must.Keep.It.Clean.

*One of my friend told me, that her father is no. 1 fan of her blog.Wohooo!*

Sunday, February 10, 2013

~Yeayyy!!!!~

Assalam....

Banyak benda yang berlaku dalam masa terdekat ni yang membuatkan rasa diri ini sangat happy dan bersyukur. Salah satu daripadanya akan saya buat satu entry khas (eceh, berdebar tak? hehe). Erm..lain-lain perkara yang buatkan hati berlagu riang adalah:
  • Closing month end dah completed Jumaat lepas. Hari terakhir bekerja sebelum cuti panjang. Maksudnya, saya dapat menikmati cuti tanpa rasa risau bertandang di jiwa. Hoyeahhh!
  • Finally, internet kat rumah abah dan ibu dah pulih seperti sedia kala. Kat sini, strymx sangat laju! Tengok youtube pun tak ada buffering bagai. Tak macam internet kat rumah KL. Laju, tapi kena berjimat sebab takut quota habis. Pfttt!
  • Dapat spend masa dengan parents 4 days in a row! Kebahagiaan yang tak berbelah bagi =D
Ok la, di kesempatan ni nak ucapkan Selamat Tahun Baru cina kepada yang menyambut. Dan selamat bercuti kepada semua. Berhati-hati walau di mana berada =)

Internet dah ok ni, boleh la tengok drama Setia Hujung Nyawa kihkihkih. Enjoyyyyy


*Bersyukur juga sebab dah sihat dari demam. Kalau tak, nak bercuti pun tak syok*

Monday, January 28, 2013

~Pesan Abah~

Assalam....

Abah adalah insan yang sangat kurang bercakap. Berbeza dengan ibu. Sebab itulah mereka saling melengkapi =) Tapi butir bicara abah walau sikit, memang bisa buatkan jantung berdegup kencang (tang intro) dan mengundang air di kelopak mata (tang isi bicara).


Petang tadi sewaktu dalam perjalanan hantar saya dan adik ke stesen bas nak balik KL, abah tanya;

"Duit gaji yang tiap-tiap bulan dapat tu, ada gunakan untuk sedekah ke?"

Terkesima seketika.

"Tiap-tiap bulan, agihkan sikit duit untuk bersedekah. Kalau guna semua untuk makan, beli baju, habis juga duit tu. Kalau guna untuk sedekah, berpanjangan pahalanya".

Bila nak hampir ke destinasi, bicara abah disambung lagi.

"Along, adik, abah nak pesan sikit ni".

Ok. Berdebar. Bila abah cakap macam tu, confirm perkara penting. 

"Pesanan pertama, jaga solat. Solat tu paling utama. Jangan sesekali tinggal. Pesanan kedua, kalau keluar rumah, tutuplah aurat. Tutup aurat tu, bukan sekadar tutup kulit je. Tapi, melindungi bentuk tubuh dari dilihat oleh orang lain tu pun dikira menutup aurat. Nak pakai seluar, boleh. Tapi biar longgar. Baju biar labuh, dan longgar. Jangan ketat-ketat. Sikit je tu pesanan abah. Dua perkara je. Ingat".

MasyaAllah....bergenang air mata. Terima kasih abah, atas bicara mutiaramu. Tak senang nak jadi seorang bapa kepada anak perempuan. Selagi anak perempuan tak berkahwin, bila mana anak tu tinggalkan solat, tak tutup aurat dengan sempurna, maka dosanya akan ditanggung oleh bapa. Tapi, kalau bapa dah peringat, dah bagi nasihat. tapi si anak tetap degil, maka dosa itu ditanggung oleh anak. Allah itu kan maha adil =)

Jadi saudaraku yang sesama jantina, jagalah solat, tutuplah aurat dengan sempurna. Sekarang ni macam-macam jenis fesyen yang keluar. Katanya 'fesyen untuk muslimah', tapi baju ketat, seluar ketat, tudung tak labuh sehingga menutupi bahagian dada. Pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang tepat. Jangan kerana nak nampak trendy dan up-to-date, kita abaikan apa yang agama dah ajar. 

Renung-renungkan dan selamat beramal =D

*Dah nak Februari. Laju betul masa bergerak*

Sunday, December 2, 2012

~Cendol Bakar~

Assalam....

Satu hari....

"Along, jom kita pi minum Cendol Bakar lepas kenduri Kak Yana nak?" ajak adikku.


Jadinya.....kami ke sini untuk mencuba Cendol Bakar yang dikhabarkan sedap itu. Beratur orang nak minum cendol ni. Ruangan minum yang disediakan agak sesak. Nasib baik lah pemiliknya genius dan buat drive thru. Memang genius!


Gerai Cendol Bakar ni terletak di Kuala Selangor. Jalannya, memang dah lupa sebab sibuk membina mimpi masa dalam kereta =P Rasa cendol ni tak banyak beza dengan cendol yang lain. Cuma, lebih pekat, lemak dan yang paling orang suka (I guess) adalah boleh re-fill. Awesome! Tapi sebab kami ni beli drive thru, memang tak dapat la keistimewaan re-fill tu.

Harga memang murah. Cendol yang kami pilih hari tu, yang ada nata de coco, jagung (sebab pulut dah habis, sobs!) harganya hanya RM2.00 satu cawan. 



Lepas dah beli tu, kami bergerak ke pantai yang tak berapa nak jauh dari gerai tu. Ada la dalam 10 minit perjalanan. Minum cendol sambil menghadap matahari terbenam memang syok, sampai tak sedar air cendol dah habis -__-

*Cendol tu bukan dibakar (in case kalau ada yang tertanya-tanya. Tak silap, nama ownernya Bakar. =)*

Saturday, November 3, 2012

~Bulat VS Muncung~

Assalam....

Ibu saya adalah pengkritik tetap saya. Adik pulak, selalunya "haaa...cantik..cantik!!!" bila saya tunjuk baju yang saya berkenan. But, end up mesti akan terima kritikan "along nampak gemuk la pakai baju macam ni!". Ok ibu, fine..fine. =___=

Ibu jugak selalunya anti bila saya pakai tudung lilit atau pashmina. Rimaslah, tunggu lama nak lilitlah, dan paling common, along-nampak-bulat-bila-pakai-tudung-lilit.



Mata ibu mesti bulat je bila ber imej sebegini.

Pada suatu hari, "along, ibu ada sangkut tudung kat tepi bilik. Pilih la mana satu." Ok, excited. Tudung apa lah yang ibu nak bagi. Bila tengok je, ok..fine ibu. Akan ku sarung tudung pilihanmu.


Upload gambar ni dalam instagram. Ramai pulak yang like! Ok, 7 orang =P
Siap, ada yang setuju muka saya nampak tak bulat sangat. Kira, satu team dengan ibu la ni.

Ok, ibu menang! =D

*Selalunya, mak mesti akan menang kan. Hehehe*

Monday, September 17, 2012

~Birthday Dinner~

Assalam....

Seperti yang ditulis di entry bawah, hari ini (17 September) adalah birthday abah. Jadi, abah dan ibu datang ke KL, untuk meraikannya bersama-sama kami =) Kami sepakat memilih Restoran Al-Azmi sebab perkhidmatannya yang tip-top. Birthday dinner ini juga turut meraikan birthday ibu. Sekali jalan, senang. Hehehe

Apa yang kami makan malam ini:

Makanan fav abah: black pepper steak.
Ibu pun pilih makanan yang sama. So romantic.
Amazingnya, tak sampai 5 minit, makanan dah sampai! Padahal pelanggan ramai. 
Memang tip top.

 Chicken chop pilihan adik.

Fish n Chip, pilihan hati pemilik blog. Hehe

Rojak buah dan potato wedges.

Restoran ni memang restoran fav keluarga. Kalau nak belanja pak cik mak cik pun, abah n ibu bawa datang sini. Service pantas, tempat cantik, makanan sedap dan taraaa....murah! Bil makan tadi, termasuk air yang semuanya jus, adalah RM70 plus. 

Memang berbaloi!

*Paling seronok tengok muka happy abah n ibu. Happy to d max!*

~Selamat hari Lahir, My Fav Man!~

Assalam.....

17 September, Isnin dan cuti ganti untuk Hari Malaysia semalam. Hari ini juga seorang insan yang disayangi menyambut ulang tahun kelahiran yang ke _ _ tahun. =P

Selamat hari lahir, abah! 




Moga abah panjang umur, dimurahkan rezeki, gembira, dan sihat, dan juga sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Allah. U always be my fav man, untill end of the world. 

Abah adalah insan yang paling sabar pernah saya kenal sepanjang 25 tahun bernafas kat dunia ni. Seperti yang saya selalu taip dalam entry, kalau ada rezeki, saya nak cari suami yang macam abah. =D

*Hari ni abah n ibu datang KL. Yeayyy!*

Saturday, September 15, 2012

~Raya 2012~

Assalam....

Raya masih ada kan?! Baru perasan yang saya tak ada pun kongsikan suasana raya tahun ni. Bukan apa, sekadar dokumentasi. Mana tau, tahun-tahun depan bila belek balik, boleh la cakap "comel jugak ya waktu raya 2/3 tahun lepas." Geddit, geddit? =P


So, 1 syawal tahun ni lain dari tahun sebelumnya sebab sembahyang raya bukan kat Slim River. Setiap tahun (dalam 4 tahun macam tu) mesti akan balik raya lepas solat raya sebab abah jadi imam. Tapi tahun ni, abah nak jadi makmum pulak, jadi abah sembahyang di Masjid Negeri, di Ipoh. Lepas tu....aktiviti ziarah menziarah pun bermula =)





Selain dari sembahyang raya bukan di Slim River, buat rumah terbuka pun bukan di Slim River juga. Sebab ibu cakap, nanti susah pulak pak cik mak cik nak datang. So, ibu cadangkan buat rumah terbuka di rumah opah, dan cadangan tu disambut baik oleh pak cik dan mak cik =D

Jadi, syawal kedua, adalah aktiviti rumah terbuka di rumah opah. Alhamdulillah, dapat berjumpa sanak saudara yang dah lama tak jumpa.






 Opah (belah ibu) yang alhamdulillah, masih sihat =)

 Keluarga Pak Long (sebelah abah)

 2 anak abang Rasyid (anak Pak Long) yang super comel!

 Cucu keluarga Pak Lang yang dah macam anak korea =)


Sebab comel sangat, crop gambar ni. Arif, bisa buat orang jatuh hati =D

Bergambar kenangan bersama keluarga Pak Lang & Mak Lang. Tak lengkap, tapi tetap meriah.




Syawal ketiga, berjalan ke Kedah sebab sepupu kahwin dengan orang sana. 


Dah alang-alang, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk pergi ke sini.... =)

Cerita lanjut akan dikongsikan kemudian. Soon! =)

Fuh...20 gambar! Tak pe...dokumentasi.... =P

*Malam ni tak nak tidur. Mampukah?!*

Sunday, September 2, 2012

~1 September~

Assalam....

Selamat datang September!!!! Ya....lagi 4 bulan nak tamatkan tahun 2012. Cepatnya masa berlalu. Banyak lagi yang masih belum tercapai. Tak pe Farhana, masa untuk bertindak lebih agresif! 

Entry ini khas buat dua insan yang paling istimewa, paling disayangi, paling bertakhta di hati. 


Selamat hari lahir ibu! Moga Allah kurniakan ibu umur yang panjang dan diberkati, dimurahkan rezeki (boleh la kita melancong lagi dan lagi hehe),  gembira dan bahagia selalu. Along tau, sebahagian kebahagiaan ibu bila tengok along dan adik kahwin, insyaAllah kami sedang berusaha ke arah itu. [Kena giat perbetulkan diri untuk mencari bakal suami hehe]. Apa yang penting, ALONG SAYANG IBU. 

1 September juga menandakan setahun lagi meningkatnya usia perkahwinan abah dan ibu! =) =) =) =)


 Tiada apa lagi yang along doakan, melainkan moga Allah pelihara ikatan murni hubungan perkahwinan abah dan ibu. Alhamdulillah, ALLAH jodohkan abah dengan ibu. Dua insan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Banyak yang along belajar dari abah dan ibu. Semoga along juga dijodohkan dengan lelaki soleh sebaik abah, dan dapat menjadi isteri solehah seperti ibu. Ameen. *sebak*


Allah, peliharalah kedua insan yang amat saya sayangi ini.

*Rindunya kat abah dan ibu*

Sunday, August 26, 2012

~Hai!~

Assalam....

Rindunya kat blog! Beberapa hari terabai. Keluarga didahulukan, raya diutamakan. Hehehe

Banyak benda nak update ni, tapi nak beraya ke blog-blog rakan alam maya dulu ya. Bagi chance la. Raya kan sebulan =P

Jadi, terimalah gambar-gambar terpilih untuk edisi comeback ini.

Raya ketiga.

The Favs!

Ok, dah nak start beraya. Until then =D

*Raya 2012, best. Alhamdulillah*

Sunday, July 22, 2012

~1st Ramadhan~

Assalam....

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam! =D Moga ramadhan kali ini membawa 1001 kemanisan, keindahan, keberkatan dari Allah. InsyaAllah.

So, macam mana puasa? Moga baik-baik saja. Azam saya untuk ramadhan kali ini, biarlah lebih baik dari ramadhan yang lepas. Manalah tau kan, mungkin ini ramadhan terakhir kita. Esok lusa kita tak tau masihkah kita masih terus bernafas. 

Awal ramadhan kali ini, saya pulang ke Perak untuk meraikan bersama keluarga tersayang. Kebetulan, ibu abah pula nak buka puasa dekat rumah opah. Alhamdulillah, dapat juga berjumpa opah, makcik pakcik dan sepupu kesayangan.

Makanan berbuka pun meriah! =D


FAVOURITES! =)


 Nikamat tak terkata. Alhamdulillah.

Usai doa berbuka dibaca, makan sebiji dua kurma, semua bersiap untuk solat Maghrib berjemaah. Better solat dulu sebelum makan makanan yang berat such as nasi, murtabak, burger king sebab nanti bila perut penuh, mula la melewat-lewatkan solat. Not good!


Selesai solat dan makan, rumah opah penuh dengan aura gembira sebab perut masing-masing gembira =)

Selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan. Jom berlumba buat amal kebajikan dan kejar pahala yang berganda-ganda.

*Now dah sampai KL dan mengumpul semangat untuk esok. Fuhhh*

Sunday, April 15, 2012

~Sambut Awal~

Assalam....

Early dinner with beloved family sekaligus menyambut hari ulang tahun. Awal beberapa jam =D

Makanan yang lazat, tempat yang selesa dan cantik; sememangnya tempat makan yang baik untuk mengakhiri usia 24 tahun. Alhamdulillah.

 Kalau nak buat jamuan ke, boleh la berkunjung ke sini. Selesa.

Sotong goreng tepung tak sampai lagi =P


Tik tok....lagi 2 jam =P

*Birthday tahun ni banyak kejutan =) *