img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }
Showing posts with label Membaca Jambatan Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Membaca Jambatan Ilmu. Show all posts

Saturday, December 22, 2012

~Big Bad Wolf: Wajib Pergi!~

Assalam....


Siapa suka baca buku? Suka beli buku? Suka kumpul buku? Suka beli, lepas tu peram lama-lama tepi katil, lepas tu entah bila baru nak baca? *ehem*

Jawapan saya: Semua di atas. 

Jika anda juga macam saya (kecuali part yang peram lama-lama tu la), marilah kita membuat kunjungan ke Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC) di Seri Kembangan. Alah, sebelah Mines je. Senang.

Seriously, kalau pergi sana memang tak rugi. Saya tak cukup sekali pergi, heret pulak colleague pergi untuk kali kedua. Sangat best Big Bad Wolf ni. Mana tak best, diskaun buku antara 75%-95% ke atas semua 3 juta buah buku!!!! *teruja*



Ruang legar yang besar, buku yang super duper banyak, sampai berpinar-pinar mata (campur rambang juga) sebab banyak sangat buku. Harga sangat di luar jangkauan. Harga buku yang paling murah saya lihat di situ adalah RM3, dan yang paling mahal saya terlihat adalah RM60 (kulit tebal, isi tebal, kualiti kertas tip top). Siapa yang tak teruja kalau macam tu?!


Jadinya, saya membeli buku-buku seperti di bawah:

Rembatan kunjungan kali pertama: 
Jumlah RM yang dikeluarkan adalah RM52.00
Jumlah yang dapat dijimatkan (setelah penat lelah tekan kalkulator) lebih kurang RM247.00.

Rembatan kunjungan kali kedua:
Jumlah RM yang dikeluarkan adalah RM54.00
Jumlah penjimatan lebih kurang sebanyak RM217.00.

Tak cukup beli masa pergi sendiri, mintak tolong pulak kat kawan yang pergi sana tolong belikan.
Jumlah RM yang dikeluarkan RM12.00
Jumlah penjimatan lebih kurang sebanyak RM70.00

Tambah tolak, penjimatan yang saya nikmati adalah RM531.00!!!!
Bijak...bijak!

Kalau ada yang teruja bila baca entry ni, jangan sedih. Pameran buku besar-besaran ni masih lagi berlangsung hingga ahad ini. Sampai ahad ni je, kalau ada yang nak beli buku kulit tebal, kualiti kertas tip top tapi harga bawah RM15.00. Gerenti tak menyesal kalau pergi.

Boleh check page big Bad Wolf kat FaceBook untuk maklumat lanjut.

*Tibalah masa yang kritikal, nak menghabiskan baca buku-buku yang dah dibeli*

Wednesday, December 19, 2012

~Siapa Yang Pergi?~

Assalam....

Lagu-lagu dari negara Korea dengan kebanyakan penduduk Malaysia memang macam isi dengan kuku. Ada antaranya yang dengan bangga gelarkan diri sebagai k-poppers! What the what?! Tak pe la, minat masing-masing. Saya pun minat juga dengan lagu, drama dan filem Korea. Cumanya tak fanatik sangat. Dulu ya, sekarang dah kurang sikit... hehe

Bila jenguk-jenguk surat khabar hari tu, ternampak berita ni.



Wohoooo!

Tiket RM688, dan RM999!

Siapa yang dah beli? Feewit! Anda memang k-poppers =)

*Siapa yang pergi nanti lambaikan tangan pada Siwon pleaseee...hehe*

Monday, October 8, 2012

~Me Time~

Assalam....

Semalam rasa sangatlah membuang masa kalau duduk rumah tak buat apa-apa (padahal baju yang dah basuh dah bertimbun mintak dilipat dan digantung). Jadinya, terus bersiap untuk ke Times Square. N guess what?! Pergi ke sana seorang diri setelah usaha mengajak adik tidak berjaya. No worries, im okay. Lagipun, dah lama tak buat aktiviti jalan-jalan seorang diri.

Tujuan utama keluar di hari Ahad adalah nak menyelesaikan segala hutang piutang dan juga membeli buku ini:

 Sedih bila mengetahui filem yang diadaptasi dari novel ini takkan ditayangkan di Malaysia. Sobs!

And yeayyy to me sebab, keputusan untuk membeli buku di Borders adalah keputusan paling bijak dibuat. Beli 1 buku, dan pembelian buku 1 lagi diberi diskaun 50% untuk buku-buku yang terpilih!


Rasa diri ini sangat obses dengan Emma Watson! Dia sangat comel, dan bijak. Tengok Harry Potter beratus kali pun tak pe sebab ada Emma. Dan bila nampak majalah Cleo yang ada muka Emma, terus ambil setelah berfikir "alah RM5 je" -___-

Lepas dah puas hati bergila-gilaan dalam Borders, terus ke food court TS dan mengisi perut dengan makanan berharga RM9.60 (nasi, tempe, tauhu goreng, isi ayam masak kicap) =____=. Lepas tu jalan pusing keliling sebab mencari ATM Maybank yang dah tak wujud kat GF, dan sebab tak nak membazir RM1 guna kad di ATM lain, terus berjalan kaki masuk Low Yat semata-mata nak keluarkan duit dan bayar sewa. Lepas tu sebab tak nak masuk Sg. Wang (takut tergoda dengan kasut) berjalan kaki lagi ke Watson Bukit Bintang dan terus ke monorail Raja Chulan. Ok, kalori makan tengah hari dah terbakar =P

Sampai je rumah, mata dah kuyu, dan terus tidur sampai pukul 9 malam! Berakhirlah hari Ahad yang indah =)

Sekian.

*Saya perlu berhenti beli buku untuk seketika sebab dah banyak buku menanti untuk dibaca*

Wednesday, May 16, 2012

~Mimpi Jadi Nyata :) ~

Assalam....

Setiap tahun mesti ada je azam baru terbit dari minda, walaupun azam lama berlambak tak capai lagi. Tak pe, bak kata Yuna dalam lagunya Live Your Life "...hope for something more..." Tak gitu?! 

Ingat lagi post ini?

Alhamdulillah tak ku sangka., tak ku duga, begitu pantas Allah makbulkan hajat yang tersemat di hati. Teringat lagi macam mana excited nya saya sebelum bertemu dengan idola saya ni, macam mana sejuk tangan saya, dan juga bermain-main di minda apa yang nak ditanya nanti. Fuh, memang excited!


Dan ketika pertama kali melihat wajah beliau secara langsung depan mata, terus terdetik kat hati "tenangnya wajah dia, sejuk mata memandang." Dan bila dia bertanya nama saya dengan tone suara yang begitu lembut, saya terkedu, dan dalam masa yang sama tersenyum lebar. Ha....penangan Dr.Muhaya! hehe

Happy girl, indeed! =)

Alhamdulillah, akhirnya bertemu juga saya dengan Prof. Dr. Muhaya. Dan di kesempatan itu, saya dapatkan juga tandatangan beliau di buku yang saya beli ketika Pesta Buku Antarabangsa KL. 


 Koleksi =D

Satu ayat dia yang saya suka, "Marah adalah satu pembaziran tenaga yang sia-sia". Jadi, kawal amarah, tarik nafas dannnnnn....senyum! =)

*One down. Many many more...to go! =) *

Wednesday, January 18, 2012

~Pesta Buat Ulat Buku~

Assalam....

Memang tak ada ulat buku, seperti aku. Tapi yang lebih, ulat buku...BANYAK!!!!

So, calling all book worms out there, rajinkan diri anda ke KL Sentral sebab sekarang ni sampai 20th January, MPH mengadakan pesta buku. Semua ada diskaun okeh, dari 10%-70%!!! Gila sekejap dekat situ sebab tak tau nak grab buku yang mana.

Serius! Memang gila!!! Ha...kau!




Gila dan menggilakan!

Kalau seorang diri datang pesta buku, memang berjam-jam lamanya. Tapi, memandangkan datang berteman, so kena limitkan masa. Lagipun dah nak malam. 

Buku-buku yang telah berjaya dirembat adalahhhhhh..........


Jangan Bersedih. Harga asal: RM25.90. Less: RM2.59
Amalan 24 Jam Wanita Haid. Harga asal: RM6.50. Less: RM0.65
Sing You Home. Harga asal: RM31.50. Less: RM7.88
Nota Jutawan, Nota Kewangan. Harga asal: RM30. Less: RM3
Total less: RM14.12 =)

Happy to the max! Bertambah-tambah koleksi buku di rumah. Tapi, yang tak berusik kat rak pun ada. Ish! *geleng-geleng kepala*

*Perlu habiskan baca buku-buku yang dah dibeli je dulu. Selagi tak habis, kena tahan nafsu membeli*

Friday, February 11, 2011

~Thank God...Tomorrow Is Weekend~

Salam.

This week is full of stress, frustrated, pain and all. But I try to motivated myself, try to think positive so that I can face the day without moody and effect my job performance. I love my job (of course) and because of that, I try to find time to read this.....




I read this book at bus stand, and also in the bus. Wohoo, proud of myself, haha. But actually, this book i bought last year! *down*

Ahem...Its so true, you have to motivate yourself. You know yourself better than others. So, please find something that can gain your motivation when you feels down. Dont ever let negative aura surrounds you. Not good..not good. 

And yeahhh..after facing a lot of drama this week, finally I can rest myself tomorrow. I love weekend. Please stay long............

*I miss my old me*

Wednesday, November 24, 2010

~Pencarian Yang Berhasil! =D ~

Salam.

Lately ni begitu rindu nak membaca/menonton kartun kegemaran masa kecik-kecik dulu (dah besar pun still kegemaran). Kalau awal-awal tahun dulu eager sangat nak tengok cerita Sailormoon. Ni dah dekat-dekat hujung tahun, nak baca/tengok Doraemon pulak!

So, i grab this last week! =D *Lagu tema Doraemon pun berkumandang*
 

 

Ini lagi satu siri yang ada kat kedai tu, but sebab ada satu cerita je, terus ambik yg lagi satu (sila rujuk gambar pertama).

Akhirnya impian nak beli komik Doraemon tercapai jugak. Tapi kan, serius rindu nak tengok kartun doraemon. Carik kat Youtube tak jumpa. Sadis! Nasib baik ada komik, terubat jugak kerinduan =D

*Masa zaman sekolah, ada kawan-kawan yang call me Doraemon! MayB sebab muka bulat sangat kot. Hahaha*

Friday, March 5, 2010

~Bila Impian Jadi Kenyataan~

Salam...

Bila kita ada impian, xkesah la impian apa pon hatta nak makan KFC pon kira impian gak kan (gara2 tercium bau KFC kat bilik depan sy hehe)..kita mesti akan cuba capai walau apa jua keadaan. Macam tu juga dengan sy. Kalau boleh, sy nak capai apa yg sy ingin capai dalam hidup walaupun benda yg sekecil semut (macam makan KFC heee). 

Dan..bila dah dapat apa yang diidam2 kan, harus la gembira xsudah kan. Senyum sepanjang masa (mcm makan KFC jugak). Gembira bukan kepalang seperti gambar kat bwh nih....


Eh..tu ekspresi happy ke ya? Mcm muka terkejut pon ada..."Oh..xpercaya, ahirnya dapat jugak buku idaman hati ni..Cover muka Johnny Depp lak tu...xpercaya..xpercaya..xpercaya". Macam tu la kot monolog dalaman yang mendorong kepada penghasilan ekspresi muka sebegitu =)

Review pasal buku ni, xboleh nak cakap bnyk la cz baru baca sampai chapter 5. Ada mid semester exam plus assignment yg semestinya berada di kedudukan utama. Dah selesai segala benda yg memeningkan kepala, boleh la relax2 baca novel ni. Tapi, walaupun baru chapter 5, sy boleh kata novel ni xboring. Penggunaan ayat yg mudah so, xperlu nak asyik2 belek kamus je.


So, pada sesiapa yg berminat dengan novel Alice In Wonderland ni boleh dapatkan di kedai buku Popular (Sbb sy pegi MPH, xde buku ni) dgn harga RM29.95.

Oh ya, doakan sy dapat buat yg terbaik esok ya. Ada exam jam 9-11 pg =)

*Serius teringin nk makan KFC idamanku selalu tuuu....huuuu. Mintak2 esok bukak mata dah xteringin dah (mcm kesian je ayat ni)*