img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }
Showing posts with label Di Bawah Satu Bumbung. Show all posts
Showing posts with label Di Bawah Satu Bumbung. Show all posts

Sunday, May 5, 2013

~7 Minit Yang Mendebarkan~

Assalamualaikum,

Sebenarnya tempoh masa kejadian dalam 5-10 minit. Tapi, sebab nak pendekkan tajuk, ambil nombor tengah-tengah.

Ceritanya begini:

 Sumber gambar: Google.

Saya dan Mun nak turun ke kedai makan di bawah kawasan rumah kami. So, naik lah lif. Di kawasan menunggu ada lagi 3 lelaki. Bila lif dah sampai level kami, kelima-lima kami masuk. 

Tiba kat level 9, tiba-tiba lif berhenti.

Ok, dah biasa. Sebab lif side kanan memang selalu buat hal kat level 9. Baiki banyak kali pun masih berulang masalah yang sama. Jadinya, macam xhairan sangat la. Kemudian, brother kat depan saya tekan button G. 

Masih tak bergerak.

1 minit lepas tu pun tak bergerak lagi.

Muka Mun dah gelisah. Muka saya, tak dapat dipastikan bagaimana rupanya. Tapi, dah diam seribu bahasa. Tangan cuba dail nombor kecemasan. Malangnya, line Digi tak ada. Langsung! -__-

Tiba-tiba dua lagi brother tu cuba sedaya upaya bukak pintu lif. Bukak pintu lif kat tengah-tengah level! Saya dan Mun dah tentu bertambah cuak! Macam mana, kalau tiba-tiba lif boleh berfungsi balik. Terbayang scene dalam filem. 

Bila dah terkuak pintu lif tu, oh makkk.....kami berada tengah-tengah antara level 9 dengan 8! Ada dinding sikit dan atas tu lantai level 9.

"Dulu pernah jadi the same thing. I buat macam ni la. Baru boleh keluar" Kata salah seorang brother tu.

What?! U expect us (Mun and I) untuk panjat dinding lif tu?! Big no!

"Ishhh...jangan buat lagi la. Takut la.Kalau tiba-tiba lif boleh berjalan balik. Naya je" Kata saya dan ditambah oleh Mun.

Brother dua orang tu gelak je. Like what?

Dipendekkan cerita, alhamdulillah brother lagi seorang tu ada dua telefon. Satu telefon tak ada line. Satu lagi ada line. Dia pun telefon orang yang bertugas baiki lif. 

Tunggu lagi 2 minit.

Dalam kesunyian tu (sambil dua lagi brother tutup bukak pintu lif, scary gila!), terdengar *teret teret teretttttttt, gwiyomi, gwiyomi!* Aduhai, brother telefon tu pasang ringtone gwiyomi la pulak. Nak tergelak pun ada. Tapi cover macho sebab tengah cuak.

Lepas tu, pakcik yang baiki lif pun sampai, dan lif tiba-tiba terbuka kat level 6. Apa lagi, kami semua keluar dan turun pakai tangga. Tak nak ambil risiko lagi. Akhirnya, kami dapat menjejakkan kaki ke G dengan selamatnya. Alhamdulillah.

Sangat seram pengalaman tu. Kalau boleh, tak nak kena lagi. 

*Oh ya, Jumaat lepas, terpaksa turun dari tingkat 14 sebab lif rosak lagi. Hmmmm*

Friday, March 15, 2013

~Mood Baik~

Assalam.....

Jam 1.02 pagi. Masih tejaga. Bukan kerana penangan nescaffe tingkat 3, tapi kerana baru je habis sesi mengemas ruang tamu, dapur dan juga sesi membasuh.

Sumber gambar: Google

Entah kenapa tiba-tiba sikit lagi masa nak menganjak ke jam 12.00 pagi, hati ini terasa nak mengemas. Memandangkan mood ini datang tak selalu, jadi diturutkan juga kata hati. Lalu, badan, kaki, tangan dan anggota lain bekerjasama menyelesaikan apa yang patut.

Fuh, baru siap. Nasib baik rumah kecil je.

Rasa macam mak-mak pulak. Mengemas rumah tak kira masa. Hatta pukul 4.30 pagi pun boleh vacuum rumah. Hai ibu!

*Moga tak terbangun lewat nak kerja nanti*

Tuesday, December 18, 2012

~Rezeki: Cheesy 7 Tempura~

Assalam....

Kebelakangan ini, selalu je ada orang belanja. Bertuah rasanya, alhamdulillah. Dan, dah dua kali makan Cheesy 7 tempura tanpa perlu keluarkan 1 sen pun. =)

Tempura pertama dibelanja oleh Cik Mun, sebelum kami sama-sama berdating dengan Edward Cullen. Eheh!



 Spaghetti di Pizza Hut tak perlu di katakan lagi keenakannya. Memang 5 bintang! =)

Inilah dia, Cheesy 7 Tempura yang enak. Tapi, siapa yang tak suka cheese, jangan la pesan menu ni. Nanti membazir sebab rasa cheese dia memang kuat. Mana tak kuat, ada 7 cheese! Saya memang suka cheese, jadi kalau hulur pizza ni memang terima dengan hati yang sangat senang. Cumanya, saya surrender dengan cheese yang bulat tu. Sangat kuat sampai pening di buatnya. Jadi, bila makan pizza ni, saya akan tepikan siap-siap bulat tu, dan cuit bila nak je. Selamat =)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempura kedua pula (hari ini) dibelanja oleh Kak Jun. Burp! Alhamdulillah =)

1st time makan chicken meatball, dan hot platter. kedua-duanya yummeh. Meatball tu rasa ala-ala kari. Yang platter tu ada gulungan sotong, tempura, fries, timun dan karot yang tak berusik hehe.


Thankies Mun dan Kak Jun. Murah sungguh hati kalian. Moga Allah murahkan juga rezeki anda berdua. Muah! =D

*Sedaaaappnya Cheesy 7 Tempura.....*

Thursday, December 13, 2012

~Hayaki @ Setapak ~

Assalam....

Apa perasaan anda kalau anda jadi tauke/boss dalam usia yang muda? Ada pekerja sendiri, masa yang fleksibel, dan....tak rasa terkongkong sebab bekerja bawah orang. Dengar macam syok kan? Tapi, kita tak tau jerih perih orang yang set-up business dalam usia muda. Me? Hem....belum ada pergerakan ke arah itu. Plan dan visualize cuma progress nya belum lagi. 

Tapi, one of my (ex) colleague, sanggup berhenti kerja, dalam kedudukan pangkat yang agak selesa, untuk membuka cawangan restoran milik keluarganya di Setapak. Nama restorannya adalah Hayaki. Restoran pertama Hayaki terletak di Kelantan dan masa saya ke Kelantan awal tahun ni, kelihatan restoran ini di tengah-tengah Kota Bahru. 

Jarak dari rumah saya ke restoran ini tak berapa jauh. Jadinya, kalau ke Setapak, kadang-kadang kami singgah ke restoran Hayaki ni sebab pilihan makananya yang pelbagai (dari nasi kerabu ke chicken chop) dan ada satu menu yang pasti saya pesan setiap kali ke sini. Menu apa? Teruskan membaca =) (achewahh)

 
Wajah yang tak asing lagi dalam blog ini. My adik, me and Mun.


Pilihan saya: nasi kukus add on telur masin. Superb! Kari dan ayam goreng rempah dia memang best.

Adik pesan nasi lemak. Yums, lazat!

Mun dengan tom yam nya. 

Dan....ini dia! Menu yang wajib dipesan setiap kali datang ke Hayaki. Apa nama menu ni pun tak ingat. Something like mangga something something. Geddit? hehe. Tapi, masyaAllah.....rasanya memang terbaik! 10 bintang! Pesan satu mangkuk ni, kongsi 4 orang pun tak habis. (Tapi sebab sedap, cuba jugak habiskan)


Pendek kata, kalau nak rasa masakan Kelantan atau pun nak makan nasi kukus yang lazat, cubalah buat kunjungan ke Hayaki. Tak silap, ada satu lagi cawangan dibuka di Damansara (tak silap la). Restoran ini dibuka 24 jam dan juga ada kemudahan wifi. Walla! Kalau rasa penat shopping kat downtown Danau Kota, boleh lepak-lepak kejap di restoran ni. Jalan kaki dari downtown je boleh sampai.

*Alamak...tiba-tiba teringin pulak nak makan mangga tu. Dang!*

Saturday, October 20, 2012

~Keindahan Taman Tasik Perdana~

Assalam....

Niat hati kami nak ke Taman Layang-Layang di Kepong. Bila sampai, mak aih....ramai sangat manusia dekat sana sebab hari ni ada sukaneka tadika. Meriah habis kawasan tu. Nak cari parking pun susah. Jadinya, kami mengambil keputusan ke Taman Tasik Perdana. 

 
Siapa sangka, di sebalik hutan batu yang mengelilingi Kuala Lumpur, masih ada tempat yang menghijau di tengah-tengahnya. Sungguh tak sangka, betapa cantiknya kawasan taman ni. Dalam fikiran, mungkin biasa-biasa je. Bila dah sampai, sangat teruja! Sangat cantik! SubhanaAllah.




Kawasan Tasik Perdana ni redup sebab banyak pokok. Udara pun segar. Luas pulak tu. Banyak ceruk yang belum sempat kami explore lagi. Memang seronok sangat bersenam kat sini.

 Asal jumpa tempat cantik je, mesti nak tangkap gambar. Hehe.

Sejam di sini, memang awesome lah! Permulaan hari sabtu yang hebat! InsyaAllah akan berkunjung lagi. Dengar kata, boleh sewa basikal juga kat situ. Tapi tadi, tak jumpa pulak. Next time. =)


*Berusaha keras untuk menurunkan berat. Fuh!!*

Sunday, September 23, 2012

~Happy Tummy~

Assalam....

Dinner malam ni yang dimasak oleh adik. Sayang dia! =)


Ha...yang ni, saya yang goreng! Hek eleh, kecoh! =P

Alhamdulillah....kenyang perut, suka hati. Jadi, nikmat Allah yang mana kamu mahu dustakan? =)

*Kejapnya cuti....*

Saturday, June 23, 2012

~Tasik Titiwangsa~

Assalam....

Dah lama tak singgah Tasik Titiwangsa walaupun jaraknya dari rumah, diumpamakan sekangkang kera je. Ajakan rakan serumah untuk memulakan pagi hari dengan berjogging di sana disambut dengan senyuman melebar.

Tasik Titiwangsa masih seperti setahun yang lepas. Tiada perubahan. Namun, keindahan dan ketenangannya tetap menjadi pujaan hatiku =)




*Nanti nak terjah Taman Layang-Layang kat Kepong pulak*

Sunday, June 10, 2012

~Buku Merah~

Assalam....

Azam pada diri tak nak tidur malam tadi (rujuk entry di bawah), tapi bila letak je kepala, dah rasa diri kat Korea! Bila buka mata, sayup-sayup kedengaran azan subuh. Alhamdulillah. Tak lewat sangat lagi. Usai sembahyang dan bersiap, zassssss terus kami berempat (saya, Ecah, Mun dan Zira) memecut ke Wangsa Maju untuk misi penting!

Sampai je ke tempat yang dituju, mak aihhh.....dah beratur panjang manusia yang lebih awal dari kami. Mungkin mereka sampai sebelum Subuh. Gigih!

Jadi, marilah membunuh masa dengan.....

 Tetap berwajah riang walau kena beratur panjang.

Menunggu hampir 1 jam 30 minit untuk sampai ke angka giliran ini.

Selepas buat bayaran, terus zassss ke kedai mamak. Masing-masing dah macam Hulk sebab kelaparan. 30 minit selepas itu...taraaaaaa! Dah siap! Pantas....thumbs up! 

 "Buku merah jangan lupa bawa, moga-moga belum tamat tempoh" =D

Alhamdulillah...semua urusan dipermudahkan. Pegawai-pegawainya pun semua mesra alam. Now dah dapat pasport. Bak kata abah, "bolehlah melancong, he he he!" =P

*nak qadha tido...sebab malam tadi tido 3 jam je. .hehehe*

Saturday, May 19, 2012

~Aliens!~

Assalam....


Scary pic!

But we had fun that night! =)

Happy weekend readers. If you got nothing to do and bored to death, snap a pic and do ur art work. Its fun!!!! =D

*Do follow me on instagram: fana164. tq =) *

Friday, January 27, 2012

~Short Vacation Part 2~

Assalam...

Kisah short vacation to Cameron Highland akhirnya bersambung setelah 'berehat' beberapa minggu =P

Tempat pertama yang kami lawati adalah , errrr tak ingat la nama tempat tu. Alah, yang banyak bunga, ada jual baaaanyak kaktus, nama lelaki; Uncle something something, ada kedai cantik area situ yang dari luar nampak nak sangat masuk dalam tu, but end up tak ada apa yang best sangat.

Point penting: lupa nama tempat (kena catat dalam hand phone nanti. Pengajaran)



Ribuan kaktus. Teruja. Lantas membeli 7 pasu kaktus sekali dengan bekas letak pasu yang cute =)

Cantik kan? 

Cuci mata tengok bunga lagi, dan lagi.














Tips 3:
Better beli ole-ole kat area sini. Boleh beli bunga, key-chain, bantal, gula-gula, teh. Macam-macam ada.

kami bertiga sepakat untuk beli cover kepala sebab konon-konon sejuk dan bajet seperti melancong ke Korea =P

Seterusnya kami bergerak menuj ladang Strawberry. Mengujakan.
Boleh tengok buah strawerry dan jika bernasib baik, boleh tengok 'strawberry bergerak'.

Mesti cuba. Mesti! Hanya RM5 satu cawan. Terigau sampai sekarang.


Tips 4:
Borong siap-siap strawberry, jam dan asam strawberry kat kebun ni. Sebab, semua fresh! Lagi satu, tak ada lah nanti menyesal tak sudah tak borong asam sebab konon-konon nak cari tempat lagi murah. NO, beli je kat kebun ni, sebab harga lebih kurang je kat mana-mana.

Next stop: pasar malam. Wajib pergi. Best!



Tips 5:
Ada masjid berhampiran tapak pasar. Berhadapan dengan Balai Bomba. Jadi, tak ada alasan nak tinggal solat =)

Seterusnya, setelah borong 10 tongkol jagung manis, tomato kecik 2 bungkus, maka tibalah masanya untuk turun. Sebelum tu, singgah kejap kat ladang teh. Sekadar nak cukupkan syarat lawat Cameron, dan menghabiskan memory space kamera =P




Oh ya...nak turun dari Cameron haruslah extra careful okeh! Jalan bengkang bengkok dan bas serta lori memang buat jalan tu macam jalan depa je. So, hati-hati! Ingat, sentiasalah bersahabat baik dengan prunes atau asam masin =P

Tamat sudah episod percutian pendek geng di bawah satu bumbung. Lepas ni ke mana? Jeng jeng jenggggg =D


*Teringin makan ais krim strawberry*

Friday, January 13, 2012

~24th Year and 1 Day~

Assalam....

12 Januari adalah tarikh keramat buat teman serumah merangkap teman sekerja saya, cik Munirah a.k.a Mun =D Semalam super duper busy sampai tak sempat nak celebrate, so, buat perancangan dengan adik untuk celebrate hari ini. Lewat sehari. Tapi bak kata Mun dalam twitternya, "walaupun lewat sehari tapi tetap bermakna".

With Mun, belated birthday girl =D

The cake. Yummylicious!

My only one, lil sis =) 

Happy birthday Cik Mun, my kind housemate. Yes, Mun sangat baik hati. Kadang-kadang dia dahulukan orang lain, dari diri sendiri. Alhamdulillah, dikurniakan teman serumah yang baik macam Mun. Semoga Mun terus happy, dan diberkati Allah. Muahhhh! =)=)=)=)



*Im so happy =) *