img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }
Showing posts with label Kehidupan Di Varsiti Saya. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan Di Varsiti Saya. Show all posts

Monday, December 31, 2012

~Hari Gembira Mereka~

Assalam....

Ini mungkin entry terakhir untuk 2012. Entry penutup yang penuh dengan momen gembira melibatkan teman karib a.k.a bffs saya ketika di uni. Sekarang pun masih bff. Jangan risau. =)

2012 tahun yang dipilih oleh Adah, Nad, Yana dan Noli untuk menamatkan zaman bujang masing-masing. Oh my....dah kahwin rupa-rupanya sahabat-sahabat saya ni. Masih teringat kenangan di UKM, makan sama-sama dalam bilik. Buat sesi tayangan cerita korea. Berjalan kaki ke dewan kuliah. Dannnn....ehem, sesi bergosip. Kahkahkahhh....

Ok...start cerita.....

Majlis Adah.



Majlis Adah ni agak terkejut sikit. Dapat tau masa percutian ke Kelantan dulu. Naluri hati kuat megatakan Adah akan kahwin pada 2012 dan yeahhhh....naluri ku benar. Adah dan pasangannya selamat mendirikan masjid pada Februari. Dan oh ye, Adah dah pregnant!!!! 10 weeks. Gembiranya dengar. Alhamdulillah =D

Majlis Nad.






Majlis Nad buat kat Johor. Masih teringat lagi betapa panasnya cuaca ketika tu. Duduk bawah khemah pun terasa bahangnya. Nasib baik makanan sedap. Eheh. Dan, Nad pun dah pregnant! Alhamdulillah. =)

Majlis Yana.




My dearest Yana pulak selamat dinikahkan dengan arjuna hatinya pada bulan lepas setelah bercinta 8 tahun! Setianya Yana dan DZ. Alhamdulillah, kesetiaan mereka berakhir dengan ikatan suci yang indah. Details akan saya borakkan di lain entry sebab saya berkesempatan ke majlis nikah dan bersanding. Jadinya, banyak yang nak dikongsikan (harapnya rajin la jejari ini menari di lantai keyboard)

Majlis Noli.



Oh....my dearest ex room mate selama 2 tahun di UKM dah selamat menjadi Mrs Apis! Alhamdulillah, perhubungan mereka selama 9 tahun juga berakhir dengan ikatan yang sah. Sangat happy masa tengok Noli di majlis nikah sampai tak sedar, ter mengalir air mata. Ish, emosi betul! Cerita lanjut, saya akan gebangkan di entry yang lain, insyaAllah.

ALHAMDULILLAH.....kawan-kawan kesayangan saya dah selamat menjadi isteri. Ada juga yang bakal jadi ibu. Oh-so-happy!!!!!! =) Moga Allah merahmati ikatan perkahwinan kalian. Sayang korang sangat-sangat!!!! 

*Tahun 2013, moga akan ada kenangan gembira untuk yours truly ini pula. Eheh!*

Thursday, June 7, 2012

~The e-mail~

Assalam...

Awkward moment when someone sent u an e-mail just to remind you that today is his birthday and ask you to wish him "Happy Birthday" on facebook.

-___-
 


Happy birthday Bad, my team leader (Purple Team) back in university =D

*i miss my uni life...*


Sunday, April 10, 2011

~Some Update~

Assalam.

Wanna update lots of stories but internet didnt give me any chance! Im so stress with Wimax lately!!!! Thats one of my reasons why I cant update my beloved blog other than im too busy with my work.

Meet my account team, from 1st year till 4th:

-Yana, Me, Nazra, Adah and Mun-


-K.Iqa, Adah and Me-

Now, i really miss my accounting team in my uni life. Now, everyone so busy with their own work life, relationship (ehem ehem) and bla bla. But, sometimes we do text each other except for Adah! Seems like we lost contact at all. When I want to text or call her, there is tons of works I have to settled first. So I postponed it from day  to day (till today). Ohhhh, I miss her badly =(

Sometimes, I wish I can go back to uni life. But, it remains o be a WISH.

*Life must go on, no matter what, just do your best*

Saturday, January 22, 2011

~Rindulah~

Salam.

Bila rindu datang bertamu.






One of my bestie ketika di uni. Mizz Nazra. 



Mujur ada FB, Twitter dan hp, tak ada lah terputus hubungan persahabatan yang sudah hampir 5 tahun terjalin.

 I miss ur smile. Smile always no matter what =) Walau jarak kita jauh, tapi hati kita dekat

*Senang dan susah harus bersama. Itulah erti sahabat*

Thursday, October 14, 2010

~Tiba-Tiba~

Salam =)



Tiba-tiba rindu kenangan-kenangan indah ketika study!

Kenangan stay up buat assignment, kenangan berkumpul sesama kawan-kawan satu assignment group, kenangan buat tugasan luar, kenangan ketika kat kolej kediaman, kenangan makan makanan yang sedap-sedap, dan banyak lagi kenangan.

Rindu!!!!

*Pesanan berulang: Nikmati zaman study anda dengan sepuasnya. Belajar dengan kerja titally different*

Saturday, August 7, 2010

~Dup Dap Dup Dap~

Salam =)

InsyaAllah, esok adalah harinya =) Hari KONVOKESYEN KU. Bakal berjumpa dengan sahabat handai yang 3 bulan tak berjumpa. Cant wait!!! Hadiah dah beli, tinggal nak serahkan pada empunya badan je hehe.


Jemput datang ya semua. Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM. Sesi saya adalah pada pukul 7.30 pagi. Mungkin tamat jam 11.30 atau 12.00. Jumpa di sana =)

Harapnya semua berjalan dengan lancar, ameen.

*My heart cant stop beating fast right now... *

Sunday, April 11, 2010

~Esok Adalah Harinya~

Salam semua =)

Esok jam 12PM adalah hari pertama peperiksaan akhir. Killer paper plak tu. Uish, persediaan xseberapa lagi. Tak pe, bak kata ayah sy (owh, miss him soo much) masih ada masa. Selagi belum masuk dewan, selagi 2 ada masa =)

So, di kesempatan ini (Mcm nak buat ucapan raya dari perantauan), sy memohon maaf pada semua pembaca blog kalau ada penulisan sy yg mengguris hati dan tangkai jiwa anda. Kdg2 tulis masa tgh emo, kadang2 melalut, so ampun maaf dipinta ya. Doakan kejayaan sy dan rakan2 =)

Pada rakan2 UKM especially my coursemate, buat yg terbaik untuk peperiksaan terakhir ni. Kalau ada yg berhasrat nak sambung master means, ini bukanlah yg terakhir =) But 4 me yg xde plan nak futher master, inilah yg terakhir. Hopefully kita sama2 berjaya dgn cemerlang, gemilang dan terbilang, hoyehhh =)



Imej: Google

Okeh, xleh update panjang2. Ada t/jwb yg perlu dilunaskan =) Take care readers, jumpa lagi esok, insyaAllah. Bubye, salam.

*Harap2 esok dapat buat yg terbaik..... =) *

Monday, April 5, 2010

~Hati Gumbira Lalalala =)) ~

Salam.

Menaip entry dalam keadaan kekenyangan sambil menunggu perut selesa bagi memulakan aktiviti study (Konon semangat gigih di situ). Agak2 pukul brapa perut ni nak selesa ya? Jangan pukul 11 ke 12 sudah la. Itu adalah masa yg sesuai untuk tidur dan bukannya study hehe.

Tajuk entry pon dah tau kan bahawa penulis dalam mode girang, riang, suka, gumbira dan yang sama maksud dengannya. Setelah sekian lama menunggu detik itu tiba, akhirnya hari ini terungkailah segala2nya. Penat lelah menunggu kini telah terbayar dengan harga yang setimpal dengan usaha. Ecececeh, kemain lagi ayat kan. Macam cinta yang dinanti bersambut pulak. Opsss =))

Oke lah, stop the nonsense lah Farhana oiiii. Go to the point. Baiklah readers sekalian. Hari ini, result LI (Latihan Industri) sy dah keluar. Dah la masa tau resul keluar tu, tgh tggu bas nak berjimba (maksudnya berfoya-foya ya rakan2) dgn Nazra. Sekali dapat tau result keluar. Terus tangan sejuk tak terkata, kaki asyik nak goyang dan kalau toreh muka confirm berdarah!!! Last2, mintak tlg member check kan. Dalam bas baru dapat tau result. Dan kemudian, berlakulah adegan peluk memeluk antara dua rakan, dek hati gumbira yang bukan kepalang =))

Tahniah kepada rakan2 sengkatan yang dapat result hari ini. Confirm semua cemerlang kan..kan..kan =)) Sekarang, haruslah fokus untuk final exam yang hanya tinggal 6 hari je lagi. Dup dap dup dap. Terima ksaih juga pada penyelia tempat kerja (Azmi Ismail & Co.), big boss, rakan2 sepejabat yg banyak bagi dorongan, nasihat dan tunjuk ajar. Tak lupa pada penyelia U yang gigih menanda laporan LI yg dihantar pada hari terakhir serahan =P (Ucapan mcm menang anugerah, LOL)

Tiba2 rindu pada geng2 Azmi dulu. Buat keje sambil bergosip, snap pic (harus), bluetooth lagu (Tu semua selingan ketika kerja oke, kerja tetap on hehe). Buat kerja pon xstress. Memang kenangan yg indah la kat sana. Miss them so much =))


...MISS THEM SO MUCH...

*Freinds come n go..only true friends will remain till d end =)) *

Sunday, March 7, 2010

~Hari Ahad Yg Paling Terisi Sepanjang 2010~

Salam semua =)

Entry ni lahir dari rasa teruja sebab buat pertama kali dlm tahun 2010 ni, sy rasa hari ahad sy terisi. Ye la, selalu...kalau bangun pagi, asyik on9 xsudah (Kat U je la, kat rumah mmng nk cari nahas xbuat kerja rumah). Tapi hari ni rasa special....

Pagi2, xla pagi sgt dalam pukul 8.50 sahabat sy, K.Iqa namanya amik sy dn sorang lagi junior di fakulti. Arah dituju menurut K.Iqa adalah pasar di Bangi. Kwsan pasar tu ada banyak gerai makan. So, dia nak belanja sarapan. Teruja kan dengar =) Sampai je situ, jadi jakun jap. Bukan pe, dah dekat 4 tahun dok Bangi..tu la 1st time tgk pasar kat situ. Kalau pasar malam pernah la. Ni pasar pagi. Lagipun jarak pasar malam dgn pasar pagi agak jauh. Mcm2 la jual kat situ (bukan sekadar ikan dan sayur mayur). Menu sarapan pagi memang terbaik lah. Nasi lemak + Teh tarik. Cuba kira kalori semua menu tu. Haha...xpe sekali sekala (ayat sedapkan ati).


Dah selesai sarapan, destinasi seterusnya adalah surau An-Nur Bangi. Hari ahad setiap minggu ada ceramah wanita. So, K.Iqa tergerak hati nak bawak sy dn junior kami untuk join dgr sekali. Penceramah hari ni adalah Ust. Amir Muttaqin (setiap minggu penceramah akan bertukar). Masa mula2 K.Iqa msg semalam, ingtkan xramai sgt yg join dgr ceramah tu. Sekali sampai, mak aih...mmng ramai kaum wanita dah dok berkumpul. Majoriti dalam umur 40-50an. Kagum dgn semangat mengejar ilmu dunia akhirat yang mereka amalkan =)


Apa yg boleh sy simpulkan, memng xmenyesal sy terima pelawaan K.Iqa untk dgr ceramah ni (Tajuk: Wanita Syurga). Terlalu banyak ilmu yg sy dapat. Kalau nak buat entry kat blog, sy rasa boleh karang dalam 8-10 entry. Dan sy memang bercadang untk tafsirkan apa yg sy dgr dari ceramah hari ni dlm entry blog sy kerana topik2 yg dibicarakan amat menarik untuk dikongsikan bersama. Dengan gaya penyampaian ceramah yg bersahaja dan ada unsur humor, maka 2 jam yg dilaburkan pagi tadi rasa berbaloi2 =)

Terima kasih pada K.Iqa kerana mengajak sy ke program yg begitu bermanfaat, dengan pakej belanja sarapan sekali =) Alhamdulillah, hari ahad sy terisi walaupun diuji dengan ketiadaan elektrik selama 6 jam di UKM (10pg-4ptg).

Minggu depan punya slot, Ust Harun Din yg akan bagi ceramah. Pada yg berkelapangan dan berada di sekitar Bangi, boleh la join beramai2 =)

*Teringat kata2 pengerusi ceramah td "Menghadiri ceramah keagamaan seperti berada di taman2 syurga". So, rebutlah peluang sementara hayat dikandung badan*

Wednesday, February 24, 2010

~Jangan Tangguh Kerja~

Salam...

Selamat pagi semua (mood gembira kelas pagi batal wpun geram sebab tau lambat). Apa khabar? Lama btol xupdate blog dan menjalankan aktiviti blogwalking sambil drop komen2 membina :) Bukan apa, hujung2 sem ni, assigment banyak kena submit, presentation pon beratur menunggu giliran. So, blog pon terbiar sekejap. Tapi, dengan masa yg ada d waktu pagi ni nak update skit, xde la bersawang blog ni haha :P

Selalu abah pesan, ibu pesan, kaunselor masa ceramah motivasi pesan, kwn2 pon turut join memesan benda yang  sama. JANGAN BERTANGGUH KERJA. Dalam bab2 memesan ni ibu sy memang terbaik punya. Bukan pesan yang lengkap dengan contoh situasi, malah dikirimkan juga ayat2 berbisa. Tapi tau, tu semua nak bagi anak dia ni sedar diri sebab bab2 bertangguh kerja ni memang sy cukup suka lah..opsss

 
sumber image: Google


Bila bertangguh kerja, banyak benda yang kita kena buat dalam masa yang sama. Contohnya, Assignment A buat pagi, yang B buat tghari, yang C petang, yang D pulak malam. Mcm tensyen je bunyi kan. Ha, tulah kalo suka bertangguh kerja. Semua benda kena buat dalam masa sehari dek due date dekat2. Tapi, kalo dah manage masa betul2, assignment pun buat secepat mungkin (cepat2 pun, tp kualiti projek tetap kena jaga ok) ada la ruang nak berehat sambil menonton cerita Prison Break (ada hati lagi 2 nak berfoya2..aish).

So, pengajaran dari entry ni...jangan bertangguh kerja ya kwn2 semua. Buat mana yang mampu. Anda pasti tak tension :) Setiap orang mempunyai masa yang sama; 24 jam sehari. Tak lebih, tak kurang. So, kalau orang lain boleh buat..kenapa tidak kita kan?? :)

*Teringat gurauan kwn semalam, kononnya sampai nak mkn panadol bnyk2 sebab tension. Ngaku, sem ni memang super duper tense*

Monday, February 8, 2010

~KIC '10 da Best~

Salam...hai semua :) Lama rasanya xbuat entry baru. Biasalah hidup sebagai student ni, membataskan jari jemari nak menaip entry baru tapi xmembataskan jari jemari untuk menaip assignment. Anda faham bukan...hehe

Seperti yang sy post di laman Twitter, dr jumaat sampai ahad sy bersama ahli2 PERMADARI (Persatuan anak negeri Perak) telah berkunjung ke SMK Dato' Hj Hussein d Selama untuk program Kem Insan Cemerlang. Peserta yg terlibat ialah student F.6. Walamak, matured gile muka depa. Tapi, bila tang kelakuan...cettt memang kebudak-budakan lagi hehe.



So, nak cite la sket pasal program ni. Memang besttt sgt2. Kira terubat sikit kesdihan xdapat nak join BFF pegi Cameron. Kerjasama yg diberikan mmng super duper terbaik dr ladang la. Bayangkan, pukul 2 pg, mampu bersengkang mata untk acara wajib kem, apa lagi Muhasabah Diri la :) Menangis berhingus2an diaorg. Dari pintu masuk dewan da dengar bunyi org merengek. Dasyat xdasyat:P Selain 2, depa ni ..memang punctual sgt2. Tak pernah sampai lewat. So, program pon dapat dijalankan dengan lancar.



Part tido pon alhamdulillah ok. Mula2 sebelum sampai, kitorg dimaklumkan, kitorg kena tido dlm kelas sbb bilik kat asrama xde. Apakah??? Memang down la masa 2. Pagi before keluar bilik pon sempat fikir, nak join ke x. Tapi, memikirkan amanah, gagahkan jugak. Sy kan baik hahahaha. Tup tup da sampai, cikgu bgtau..dapat bilik :) :) :) So, dapat tido dgn jayanya tanpa diganggu mimpi ngeri dek rindukan katil KIY (nama kolej penginapan d UKM) hahaha.

Part makan plak, merasa lagi makan makanan asrama :) walaupun hari2 ayam, tapi pandai makcik2 tu masak. Kenyang perut suka hati Cik Farhana dibuatnya hihi. Nampaknya program nk jd vegetarian terpaksa ditunda untuk kali ke 10 :P

Overall, program ni menjadi program terakhir sy bersama PERMADARI (bakal melepaskan jawatan + bakal grad xlama lagi) yg memberi kesan pada sy. Macam2 pengalaman yg diperolehi. Baik pengalaman berorganisasi mahupun pengalaman kehidupan.

 

 


Oh ya, before balik semalam, sempat singgah rumah salah seorang exco yg tinggal di daerah yg sama. Memang dah plan awal2 nk pergi sana sebab mak dia nk jamu kitorg. Skali dah sampai sana, mak aih..mcm nak jamu pengantin. Pinggan dah siap letak atas meja. Lauk plak super duper best. Memang layanan kelas 1 la boleh cakap. So, d kesempatan ni nak ckp trimas pada Aisyah sekeluarga :) Sesunggunya kenangan KIC'10 mmng xdpt dilupakan dn akan trus terpatri dlm kotak ingtan sampai bila2 :)

*Bila kita berusaha nak buat yang terbaik, mesti Allah bagi apa yg kita nak...setimpal dgn usaha kita*

Thursday, January 28, 2010

~Tanda X Betul-betul Ya~

Salam.

Hari ni UKM lebih meriah dari yg biasa. Kenapa? Sebab hari ni adalah hari pembuangan undi (ayat skema d situ). Roomate ku begitu gigih pegi mengundi d pagi hari. Biasa la budak 1st year kan. Kadang2 kesian tgk budak2 1st year nih. Mana tak nya, depa la golongan sasaran untuk 'dibuli'. Suruh tu, suruh ni, wajib pegi program tu, wajib pergi program ni..Macam2 la. Dek takut tak dapat kolej tahun depan, rela tak rela pegi la jugak. Sadis kan... Benda tu la yg saya alami 3 tahun lepas (Tetiba rasa mcm tua plak...4th year student tuuu hahaha)


Okeh pergi kepada topik utama. Ni la antara gambar yg sempat sy snap masa kat Pusanika tadi. Ramai jugak la yg turun mengundi. Tu belum lagi tgk kat kolej kediaman.


Ni kat Pusanika, tempat untuk pelajar UKM yang duduk di luar untuk membuang undi.



Ni plak, skrin yg tunjukkan % pelajar yg keluar mengundi mengikut kolej.

So, selamat membuang undi pada semua pelajar UKM. Tanda pangkah betul2 ya. Kalau ada niat nak buat undi rosak, baik tak payah turun mengundi. Habis cerita. Badan tak penat, dosa pun tak ada. Ingat, mengundi ni bukan kerja ringan ya. Kita bertanggungjawab pada setiap nama yang kita pangkah.

Pada yang menang (keputusan diketahui malam ni), lagi dan lagi pesanan saya selaku warga UKM ni, tolongla tunaikan kewajipan anda selaku MPP UKM. Manifesto yang berapi2 dilaung tu, silalah laksanakan. Ada yang nak buat wilayah ilmu kat fakulti, ada yang nak tangani isu kelewatan penerimaan PTPTN dan JPA, dan bnyk lagi la. Moga Allah mudahkan kerja kalian semua untuk melaksanakan amanah demi kebaikan kita (warga UKM) bersama :)

*Eh, gadis penaip entry ni dah buang undi ke belum ya? Hilang ingatan kejap*

Sunday, January 24, 2010

~Perlukah Kita Memburukkan Antara Satu Sama Lain???~

Salam...

Esok (25.01), penamaan calon untuk MPP UKM akan dijalankan. Jadi, bermula esok sehingga hari mengundi nak tak nak kena la berhadapan dengan situasi 'perang' poster, banner dan fliers. Tu lah situasi selama 4 tahun sy kat UKM ni bila minggu mengundi bermula. Calon-calon dengan manifesto masing-masing. Ada yang menerjah dewan kuliah, ada yg bagi fliers, ada yg turun padang memperkenalkan diri; semua calon ada cara yg tesendiri untuk memenangi hati pengundi seperti sy ni.

Tapi, yg tak syoknya bila musim mengundi ni...masing-masing memburukkan antara satu sama lain. Bukan semua la. Certain calon. Sy menulis berdasarkan bukti yang ada. Bukan mengadakan sesuatu yg tidak ada. Berdosa wooo...

Ceritanya, masa balik dari meeting satu malam tu, sy tgk ada sekumpulan pelajar tgh dgr 'talk' mcm 2 la. Dalam hati sy..ow depa tgh atur strategi kot. Tapi, bila dgr diaorg bersorak sambil memburukkan pihak yg satu lagi, sy jadi tertanya2. Perlukah kita memburukkan satu2 pihak, untuk mencapai kehendak kita?

Pesan sy pada calon2, in case anda terbaca nukilan sy ni... Bersaing la secara sihat, barulah diberkati. Setiap apa yg kita buat, akan dipaparkan di 'sana' kelak. Matlamat takkan sekali-kali menghalalkan cara. Last but not least...Selamat Bertanding untuk semua calon. Pastikan bila dah terpilih, kena la tunaikan manifesto yg dicanang2kan tu. Peace no war :)




*Ni bukan entry berunsur politik yg tegar kan??? xpasal2 blog ni kena banned plak. Oh tidakkk... sekali lagi, peace no war :) *

Wednesday, January 20, 2010

~Kalau Pandai, Jangan Pandai Sorang-Sorang~

Salam.

Apa perasaan korang kalau ada sorang ni tanya soalan masa presentation, soalan yg boleh kata mencabar la. Guna term-term yg woohooo, hebat sampai terkedu dibuatnya. Tapi, last2 rupa2nya dia nak test power je. Nak tgk, org lain sama terror tak dgn dia. Faham x? Kalau xfaham, meh baca sedutan peristiwa yg diceritakan semula dgn gigihnya oleh penaip yg tegar ni :P

Situasi: Dalam dewan kuliah, agak2 pukul 1.20 Ptg td. Sy ketika itu, menghitung masa untuk keluar kelas sebab kepala da berat ya amat kerana kelaparan hahaha. Lecturer mnta siapa yg ada soalan, boleh ajukan pada group yg buat pembentangan. Lalu, berdirilah seorg gadis yg boleh dikatakan comel. Ni antara dialognya:

Si comel: Can you explain, what is the main strategy in blue-ocean and red-ocean strategy?

Kitaorg yg duduk dlm kelas semua terpinga-pinga, apa benda blue, red ocean tu...Dah la ala-ala pelat si comel tu berkata-kata, lg la xfaham.

Presentor: Sorry???

Si Comel terus soal balik dlm bahasa melayu, dia ingt presentor xfaham kot pe soalan dia. Masalahnya, bukan xfaham..tapi sebab term yg dia gunakan mmng unfamilir.

Presentor: Apa dia ya Blue-ocean and Red-ocean strategy tu? (penuh sopan si presentor tu bertanya)


Si comel: Kalo sy bagitau, serupa macam saya tak tanya la. Baik sy xpayah tnya macam tu (susunan ayat setelah distruktur semula oleh penaip tegar)

Pensyarah: Kamu terangkan la, apa dia Blue-Ocean dan Red-Ocean strategy tu. Bukan semua org tau.

Haaa kau. Last2, dia yg bg jawapan sendiri. Sy ingatkan dia tak tau, then nak kan jawapan pada keraguan yg menghantui (cewah). Rupa2nya nak test kumpulan pembentang je.

Pada saya la kan, si comel tu tak patut buat mcm 2. Even nak test pon, biarlah bagi kumpulan pembentang dapat hint apa yg dia nk tnya. Jgn la guna ayat/term2 bombastik. Kalau nak guna pon, apa salahnya bagitau maksud di sebalik term 2. Tak ruginya berkongsi ilmu. Kitakan 1 Malaysia. Saya berkawan dgn semua kaum n alhamdulillah, kwn2 sy dr kaum2 yg berbeza memang tak lokek berkongsi ilmu yg mereka ada.


*Ni gambar Tingkap Johari ya anak murid semua*

Pernah dgr kan, pasal Tingkap Johari? Satu teori yg masa kita sekolah dulu, cikgu kaunseling slalu sebut masa ceramah. Katanya, kita takkan tau semua benda. Contohnya individu A tau pasal cara-cara membuat sambal ikan bilis yg paling lazat, tapi dia xtau nak buat Nasi beriani. Individu B pulak memang terror bab2 memasak nasi beriani, tapi fail tang buat sambal ikan bilis. So,dgn perkongsian ilmu antara individu A dan B, maka mereka sama-sama dapat menguasai cara-cara membuat sambal ikan bilis yg paling lazat dan juga Nasi beriani yang enak. Gitulah perumpamaannya. Tapi, kalau dua-dua sombong, xmau nak berkongsi ilmu, sampai ke sudah si A 2 dgn sambal ikan bilisnya dan si B dgn nasi berianinya, Tak ada perkembangan. U get wat I meant rite?

So, kepada pembaca semua, jangan la kita lokek ilmu kita ya. Kalau nak bandingkan ilmu kita dgn ilmu yg maha pencipta, tersgt sikit ilmu yg kita ada. "Katakanlah, ,jika sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Rabb-Ku sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Rabb-Ku meskipun Kami datangkan sebanyak itu (pula).” (QS. 18:109) “Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta) ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering), niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. Luqman : 27)

Kesimpulannya, sama-samala kita berkongsi ilmu yang kita ada. Jangan kedekut oke :) Oh ya, pada yg curious nak tau apa maksud term  Blue-Ocean dan Red-Ocean strategy tu...boleh klik sini ya :)

*Bila kita bagi satu ilmu pada org lain, Allah akan gandakan ilmu yg kita ada. Percayalah.*

Wednesday, January 13, 2010

~Tekanan Lagi dan Lagi~

Salam.

Hye semua :)





Masih mampu tersenyum walaupun tekanan tgh melanda skrg. Entry masih gigih ditaip sebab dgn menaip, dapat juga ekspresskan apa yg sy rasa. Tu yg best ada blog kan.... :) So, tekanan sedikit sebanyak terbang ditiup angin sepoi2 bahasa.

Tekanan 1:
Sem ni sy boleh katakan sem yang paling berat dalam 8 sem yg sy tempuhi dgn penuh tabah. Kenapa? Sebab, assaignment yg xsudah2 plus berlambak malah boleh sy cakap bertimbun. Alhamdulillah, report LI da submit. So, krg sikit tekanan d situ. Tapi, mengenangkan assaignment yg menanti plus presentation yg bakal start mnggu depan, membuatkan sy xsenang duduk (duduk je xsenang, tapi kalo baring ok je hahaha). So, bila nak buat assaignment ni??? Itu yg kita xtau :P

Tekanan 2:
Setelah dikira2, sy dah buat pengeluaran duit sebanyak hampir RM800 dlam sebulan. Diulang, sebulan oke. Menggeletar tgn tekan kalkulator nak kira berapa duit yg sy da keluarkan dari bank. Betapa borosnya insan bernama Farhana ni. Kalau la Pn Baddatun tau, maunya beliau bersyarah xsudah. Belanjawan untuk 3 bulan 17 hari perlu disiapkan ASAP untk mengelakkan duit mengalir ke tempat yg xperlu.

Tekanan 3:
Bila baju dirasakan semakin kecil, sy terfikir..adakah baju tersebut mengalami rosotsaiz atau..........(tak sggup nak smbung ayt tu) Oh...sy perlu buat sesuatu. Tapi, nak bangun mninggalkan katil semata2 untuk berjogging dirasakan seperti satu benda yg paling sukar untuk dilakukan. Nak pulak, kalau cuaca sejuk je. Lagi la, pnjng tgn tarik selimut. So, adakah salah ibu yg mengandung kalau baju semakin 'mengecil'???

Huuu..kalo nak ikotkan, bnyk lagi 'tekanan2' nak taip ni. Tapi risau korang pulak yg tertekan baca entry yg panjang lebar xsudah2 ni. So, stop je la kat sini dulu. Erm...nak study ke...buat assaignment ya? Study..assaignment.. Study...assaignment...Okeh, sy pilih tidur. Fullstop :)

*Tekanan tu normal. Siapa yg xada tekanan tu, xnormal la jawabnya hee*

Monday, January 4, 2010

~Katil Itu~

Salam...

Macam mana hari isnin anda semua??? Ada semangat? Ye la, dah puas2 cuti, mesti kurang je semangat nak pergi kuliah, kerja dan lebih-lebih lagi sekolah! :) Selamat memasuki sekolah ya adik2 semua (Terasa diri ini seperti begitu berusia hee).




Gambar dan tajuk entry di atas tiada unsur2 seram ya. Jadi anda boleh baca entry ni dengan santai sekali. Dan kalau ada teh panas beserta biskut Hup Seng, itu adalah lebih baik :)

Sebenarnya katil 2 adalah jiran kepada katil saya di kolej kediaman ni. Dalam erti kata lain, tu katil roomate sy la. Cuba tengok betul-betul, tiada cadar bukan? Bantal apatah lagi. Jadi ini bermaksud, sehingga entry ini ditulis sy masih tak tau siapa roomate sy ni. Dulu sy assume, dia masuk bilik tahun baru sebab masa daftar kolej hari tu (20/12) dia xmasuk pon. Tapi sampai la ni, bukan je batang hidung, bayang pon xnampak.

Nak kata sedih tak ada roomate tu tak jugak, nak kata happy sgt pon tak jugak. Sebabnya, kalau ikotkan hati, memang nak duduk bilik sorang, kira ada la privacy. Tup tup masa nak daftar masuk, dapat lak asrama dan bukannya flatlet. Nak  tak nak, masuk je la dan dalam masa yg sama bersyukur sebab dapat jugak bilik. Perasaan teruja nak terima roomate pon datang dengan tiba-tiba. Tapi, mungkin Allah dah makbulkan doa saya nak duduk sorang-sorang sebab sampai sekarang roomate sy xmuncul-muncul.

Apa-apa pun, kalau hari ni atau esok lusa roomate sy 2 masuk bilik, sy akan terima dgn hati yang terbuka dan semestinya excited haha. Syok gak ada roomate. Bak kata abah sy, boleh la jadi tukang kejut :)

*Punya la xde idea sampai katil pon boleh jadi bahan entry :)*

Friday, January 1, 2010

~Pagi Tahun Baru~

Salam...

Wow..wow...1st entry d tahun baru. Semangat u :)

Nak tau pe aktiviti sy d tahun baru??? No more lepak2 d katil wpun jam baru pkul 7 pg (over riak kononnya  bgn awal). Ni ha...tgk la tempat sy menghabiskan masa pagi d tahun baru :)

Taraaaaaaaaaa.....
.
.
.
.



Hehehe....yeahhh..pergi berJOGGING :) Mmng bangga tahap tinggi la. Bukan pe, kalau membe ajak p jogging, macam2 la alasan bg. Tidur xcukup la, batuk la (ada kena mengena ke??), kaki sakit la...Pendek kata, mcm2 alasan. Tapi, d pagi tahun baru ni, disebabkan azam 2010 nk mengamalkan gaya hdup sihat...walaupun tidur xcukup (only 3 jam lebih bahana internet..yess i blame it hiii) gagahkan kaki jugak menyahut ajakan membe2.

Ingatkan kitorg je manusia yg gigih berjogging d tahun baru (perasan bagus d situ).  Rupa2nya pukul 7.50 pg, da ramai kat stadium. So, kedatangan kitorng ni meramaikan d samping memeriahkan lagi keadaan :)




Kalo senang, p la jogging. Dapat bakar lemak, kalori n membuang toksin melalui pengeluaran peluh. Selain tu, masa korang dapat dimanfaatkan dgn pekara yg berfaedah plus sihat tubuh badan lagi :)

Okeh...jumpa lagi d lain entry. Jaga diri, hiasi peribadi :)

*Esok nak jogging lagi....semangat jogging tengah membara..jom joinnn :) *

Saturday, December 19, 2009

~Masa Untuk Pulang~

Salam...Hai semua:)




Esok. pulanglah sy ke UKM bg menyambung baki 1 semester sebelum secara rasminya tamat belajar pada awal bulan 5 thn depan...InsyaAllah. Alhamdulillah, permohonan nak masuk KIY setelah hbis practkl 1 sem diterima :) Harap2 dapt flatlet yg menjanjikan ruang privacy untk diri sendiri. Ermmm....Sesunggunya lama plak rasanya nak menghabiskan tempoh 4 tahun belajar (nasib xamik medic hee). Tapi, kata org xada jalan senang untuk jadi senang :)

Yang pasti, seperti biasa berbakul2 nasihat yang ibu berikan baik dari seri pelajaran sampaila hal2 masa depan. Baik ibu, anakmu ini akan cuba memenuhi setiap pesanan yang diberikan. Salah satu pesanan ibu ialah, mengurangkan penggunaan internet kat bilik...aduhai tang tu lomah den. Diri ini dan internet bagai lagu dan irama yg mmng xblh dipisahkan lagi. Sampai ada kwn2 yg menggelarkan sy pengguna internet yg tegar :)

Apa2 pun, harapan untuk sem terakhir ni amatlah tinggi. Mga dapat pointer yg baik, kot2 boleh dapat DL buat kali terakhir :) Nak spend masa dgn kwn2 sbb drpd pengalamn kwn2 yg da keje ni, amatla payah nk keep in touch dgn mereka2 ni. So, da alang2 kat depan mata..nak kumpulkan bnyk kenangn manis2.

UKM...nantikan kehadiranku....KIY...daku kembali lagi :)

*Abg dvd UKM 2 ada lagi ke ya???Ada bnyk cite tertunggak yg nk dibeli hiii (Blum jejak UKM da ada niat buat benda lagha..ishhh3)*