img { max-width: 100%; height: auto; width: auto\9; /* ie8 */ }
Showing posts with label Kenyang Perut Suka Hati. Show all posts
Showing posts with label Kenyang Perut Suka Hati. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

Ayam Penyet Terlajak Sedap

Assalam,

Jumaat lepas teringin sangat nak makan ayam penyet. Selepas buat carian google (yes, imma nerd like that. Semua benda nak google) maka saya dan adik saya menuju ke Dapur Penyet yang terletak di Maju Junction Mall.

Lokasi best, meja makan banyak. Ada yang berhawa dingin, ada yang open air. So, boleh pilih tempat makan mana yang berkenan. 

Makanan di sini tak ada yang set. Means, lauk lain, nasi lain. Kalau nak tempah add-on macam kangkung ke, udang petai ke, boleh saje. Alahai, menaip pun dah tertelan air liur.

Okeh, ini menu pilihan saya.

Dah kata teringin makan ayam penyet, harusla pilih ayam penyet kannn...
Ayam penyet: RM8.90
Nasi putih: RM1.80

Bagi close up sikit. *lap air liur*
Dalam menu ni ada kangkung rebus, timun, tempe, tauhu dan watak utamanya ayam penyet.
Yang tak bestnya, tempe ada seketul, tauhu pun ada seketul. Kenapa tak berketul-ketul? Sobs. Ok, syukur.

Yang bestnya, kat sini kalau nak makan extra sambal dan sup kosong, ada satu sudut yang memang khas untuk refill. Ambil la sebanyak mana pun. Sambal dia memang thorbaik! Pedas dia sampai tangan rasa berapi! *lap air liur lagi*

Ok, air pulak.

Pilihan saya: Ehem, Teh Botol (for the win bebeh) RM3.50
Pilihan adik saya: Teh ais 3 layers. RM4+. Sodapp
Tiada dalam gambar, air suam dan ais kosong. masing2 RM0.40

Komen saya, kedai ni bolehlah dikunjung lagi buat kali kedua, ketiga, ke.... selagi rasa makanannya sedap macam ni. Haihhhh, sedapnya sambal dia... Oh ya, sambal ayam penyet tu ada dijual jugak tau. Satu botol RM12. Kena beli nih!

Ok lah, nak makan. Menaip pasal makanan ni mencabar betul. 

Bye.

Saturday, March 16, 2013

~Green Tea~

Assalam....

They say, green tea works awesomely to your health.

So, I choose to try.
 
Hope after I finish all 50 bags of green tea, my health, my skin, my weight, all in awesome stage.

*It taste good too. Yums!*

Thursday, March 7, 2013

~Masih Terjaga~

Assalam....

Selalunya pukul 10 malam, mata dah minta untuk dipejam. Tapi sekarang, jam 12.41 pagi. Mata masih segar. Macam tak kerja pulak esok. 

Fikir punya fikir, rupa-rupanya ini angkara.....

 Imej dari google.

Nescafe ais yang diminum masa lunch tadi. Lunch okeh. Bukan dinner. Betapa kuat penangan nescafe ais buatan makcik cafe tingkat 3. 

Moga tak terlajak tidur, dan bertenaga menempuh hari esok. Kalau tak, kena minum nescafe makcik cafe tingkat 3 lagi. Lepas tu, tidur lambat lagi. Lepas tu, minum nescafe lagi. Lepas tu...bla bla bla...

*Kena paksa tidur juga ni*

Friday, February 15, 2013

~Mini Pavlova Yang Yummy!~

Assalam....

Ada satu ketika, perut ini terlalu mengidam nak makan pavlova (saya masih single, sekian). Mengidam sampai seminggu lamanya. Walaupun restoran Serai yang sangat terkenal dengan pavlovanya hanya depan ofis sahaja, tapi memikirkan satu slice yang berharga RM15 plus itu dirasakan terlalu mahal (walaupun banyak testimoni positif).

Lalu, saya yang juga peminat nombor satu Google, terus menjalankan kerja keras mencari 'Pavlova Delivery Sekitar Kuala Lumpur'. Haaa, kau! Siap nak delivery, punya lah malas nak berjalan kannn =P Akhirnya, usaha kerasku berjaya setelah dipertemukan dengan satu blog yang dok promote pasal pavlova yang dia pernah makan. Dek melihat kata-kata yang positif, dan setelah berkunjung ke Facebook milik penjual pavlova itu, saya terus buat tempahan. Alhamdulillah kakak tu boleh buat delivery ke office saya =D

Komen saya: MasyaAllah, memang berbaloi beli pavlova ni. RM15 satu bekas, dan saya beli 2 bekas terus (melayankan perut yang mengidam). Tak sia-sia nampaknya. Memang sedap. Tekstur meringue pavlova ni memang mencair dengan berjayanya dalam mulut, cream yang tak manis sangat dan buah-buahan yang ada rasa manis, masam, menjadikan pavlova ni sangat enak dimakan. Ikutkan, sorang pun boleh habis ngadap satu bekas, tapi, orang kata, benda yang sedap elok dimakan beramai-ramai. Dapatlah kawan-kawan dan housemates merasa keenakan pavlova ni.

Nak tempah? Jangan gusar. Boleh lawat facebook Passionate About Cheese dan ni nombor telefonnya: 012-9315062. InsyaAllah tak menyesal kalau order =D

*Teringin nak buat sendiri pavlova (kumpul syiling mulai sekarang, buat beli oven)*

Thursday, December 27, 2012

~Mini Pavlova Yang Sedap~

Assalam....

Sekarang ni sana sini dok cakap pasal Pavlova. Kek manis yang ber topping kan buah-buahan yang bila masuk dalam mulut, mencair dengan lazatnya. Yummm, sementara menaip, telan air liur.

Dekat office saya ada sorang kakak ni pandai buat pavlova versi mini. Ala-ala biskut. Sekeping/sebuah dijual RM2.50. First time makan dah jatuh cinta. Sedap! Terus tempah satu pek, ada 5 keping/buah. 


Cantik di mata, sedap di mulut. Sekelip mata, langsai (dengan bantuan rakan sekerja pastinya).

*Kalau buahnya ber variasi, lagi sodap*

Tuesday, December 18, 2012

~Rezeki: Cheesy 7 Tempura~

Assalam....

Kebelakangan ini, selalu je ada orang belanja. Bertuah rasanya, alhamdulillah. Dan, dah dua kali makan Cheesy 7 tempura tanpa perlu keluarkan 1 sen pun. =)

Tempura pertama dibelanja oleh Cik Mun, sebelum kami sama-sama berdating dengan Edward Cullen. Eheh!



 Spaghetti di Pizza Hut tak perlu di katakan lagi keenakannya. Memang 5 bintang! =)

Inilah dia, Cheesy 7 Tempura yang enak. Tapi, siapa yang tak suka cheese, jangan la pesan menu ni. Nanti membazir sebab rasa cheese dia memang kuat. Mana tak kuat, ada 7 cheese! Saya memang suka cheese, jadi kalau hulur pizza ni memang terima dengan hati yang sangat senang. Cumanya, saya surrender dengan cheese yang bulat tu. Sangat kuat sampai pening di buatnya. Jadi, bila makan pizza ni, saya akan tepikan siap-siap bulat tu, dan cuit bila nak je. Selamat =)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tempura kedua pula (hari ini) dibelanja oleh Kak Jun. Burp! Alhamdulillah =)

1st time makan chicken meatball, dan hot platter. kedua-duanya yummeh. Meatball tu rasa ala-ala kari. Yang platter tu ada gulungan sotong, tempura, fries, timun dan karot yang tak berusik hehe.


Thankies Mun dan Kak Jun. Murah sungguh hati kalian. Moga Allah murahkan juga rezeki anda berdua. Muah! =D

*Sedaaaappnya Cheesy 7 Tempura.....*

Thursday, December 13, 2012

~Hayaki @ Setapak ~

Assalam....

Apa perasaan anda kalau anda jadi tauke/boss dalam usia yang muda? Ada pekerja sendiri, masa yang fleksibel, dan....tak rasa terkongkong sebab bekerja bawah orang. Dengar macam syok kan? Tapi, kita tak tau jerih perih orang yang set-up business dalam usia muda. Me? Hem....belum ada pergerakan ke arah itu. Plan dan visualize cuma progress nya belum lagi. 

Tapi, one of my (ex) colleague, sanggup berhenti kerja, dalam kedudukan pangkat yang agak selesa, untuk membuka cawangan restoran milik keluarganya di Setapak. Nama restorannya adalah Hayaki. Restoran pertama Hayaki terletak di Kelantan dan masa saya ke Kelantan awal tahun ni, kelihatan restoran ini di tengah-tengah Kota Bahru. 

Jarak dari rumah saya ke restoran ini tak berapa jauh. Jadinya, kalau ke Setapak, kadang-kadang kami singgah ke restoran Hayaki ni sebab pilihan makananya yang pelbagai (dari nasi kerabu ke chicken chop) dan ada satu menu yang pasti saya pesan setiap kali ke sini. Menu apa? Teruskan membaca =) (achewahh)

 
Wajah yang tak asing lagi dalam blog ini. My adik, me and Mun.


Pilihan saya: nasi kukus add on telur masin. Superb! Kari dan ayam goreng rempah dia memang best.

Adik pesan nasi lemak. Yums, lazat!

Mun dengan tom yam nya. 

Dan....ini dia! Menu yang wajib dipesan setiap kali datang ke Hayaki. Apa nama menu ni pun tak ingat. Something like mangga something something. Geddit? hehe. Tapi, masyaAllah.....rasanya memang terbaik! 10 bintang! Pesan satu mangkuk ni, kongsi 4 orang pun tak habis. (Tapi sebab sedap, cuba jugak habiskan)


Pendek kata, kalau nak rasa masakan Kelantan atau pun nak makan nasi kukus yang lazat, cubalah buat kunjungan ke Hayaki. Tak silap, ada satu lagi cawangan dibuka di Damansara (tak silap la). Restoran ini dibuka 24 jam dan juga ada kemudahan wifi. Walla! Kalau rasa penat shopping kat downtown Danau Kota, boleh lepak-lepak kejap di restoran ni. Jalan kaki dari downtown je boleh sampai.

*Alamak...tiba-tiba teringin pulak nak makan mangga tu. Dang!*

Sunday, December 2, 2012

~Cendol Bakar~

Assalam....

Satu hari....

"Along, jom kita pi minum Cendol Bakar lepas kenduri Kak Yana nak?" ajak adikku.


Jadinya.....kami ke sini untuk mencuba Cendol Bakar yang dikhabarkan sedap itu. Beratur orang nak minum cendol ni. Ruangan minum yang disediakan agak sesak. Nasib baik lah pemiliknya genius dan buat drive thru. Memang genius!


Gerai Cendol Bakar ni terletak di Kuala Selangor. Jalannya, memang dah lupa sebab sibuk membina mimpi masa dalam kereta =P Rasa cendol ni tak banyak beza dengan cendol yang lain. Cuma, lebih pekat, lemak dan yang paling orang suka (I guess) adalah boleh re-fill. Awesome! Tapi sebab kami ni beli drive thru, memang tak dapat la keistimewaan re-fill tu.

Harga memang murah. Cendol yang kami pilih hari tu, yang ada nata de coco, jagung (sebab pulut dah habis, sobs!) harganya hanya RM2.00 satu cawan. 



Lepas dah beli tu, kami bergerak ke pantai yang tak berapa nak jauh dari gerai tu. Ada la dalam 10 minit perjalanan. Minum cendol sambil menghadap matahari terbenam memang syok, sampai tak sedar air cendol dah habis -__-

*Cendol tu bukan dibakar (in case kalau ada yang tertanya-tanya. Tak silap, nama ownernya Bakar. =)*

Wednesday, November 28, 2012

~Blueberry Cheese Tart Di KFC!~

Assalam....

Sebenarnya ada entry lain yang dah di plan dari pagi tadi untuk di type, tapi diri ini begitu teruja nak update pasal tart yang sedap lagi lazat di KFC. 

Tahukah anda (atau saya saja yang baru tahu) yang KFC ada keluarkan satu lagi perisa baru selain egg tart? Kalau anda tak tahu, mari saya khabarkan berita gembira ini (jika anda peminat cheese seperti saya).



Blueberry cheese tart yang sedap lagi lazat hingga tak cukup satu. Believe me! Dengan harga RM2 untuk satu biji tart, anda dapat rasakan kerangupan kulitnya, dan kesegaran isi dalamnya. Apa yang saya suka dengan tart di KFC berbanding tart yang dijual di kedai lain, ialah rasa telurnya yang tak kuat. Kalau makan bila dah sejuk pun masih sedap. 100% LIKE! =)

Boleh cuba di KFC yang berhampiran (rasanya tak semua KFC ada jual tart, wish u luck, hehe) kalau ada yang dah start air liur jatuh kat keyboard. Haaa...kantoi!

*No...KFC tak bayar saya buat entry ni. Kihkih*

Tuesday, November 20, 2012

~Roti Nan Terbaik~

Assalam....

Dah lama tak makan roti nan. Jadinya semalam lepas waktu kerja, dengan semangatnya merempuh jam (nasib baik tak teruk sangat) ke Sungai Buloh semata-mata untuk makan roti nan. Amboi, kalau pasal makan, memang semangat. Tu sebab badan pun semangat! 


Inilah restorannya. Restoran Thaqwa Corner, Sungai Buloh.

Sementara tunggu menu makanan yang ditempah, kami makan ini dulu! Kongsi tiga orang ok! Simpan perut nak makan roti nan hehe.



Itu dia, dambaan hati dah sampai. Saya punya, roti nan biasa bersama dengan ayam tandori. Lagi satu dalam gambar tu, roti nan bawang putih. Dua-dua sedap! Tekstur tepung tak tebal so, memang seronok la tarik-menarik dan mencicah dalam kuah kari serta dal. Ayam tandorinya, sangat best! 5 bintang!

Makanan kat sini murah je. Makanan saya: roti nan biasa, ayam tandori dan teh ais semuanya RM9.10. Senyum lebar je masa bayar.

Jemput la ke Restoran Thaqwa Corner untuk merasa sendiri kelazatan roti nan dan ayam tandorinya. Next visit, nak cuba makan maggi goreng pulak. =)

*Taip pasal ni pun, dah buatkan rasa lapar balik. Shessh!*

Tuesday, November 13, 2012

~Yuk Gae Jang~

Assalam....

Selain daripada ramyeon atau dalam bahasa mudahnya maggi, (Pfttt...pernah terhabiskan dalam RM9 lebih untuk semangkuk ramyeon. Ingatkan ada extraordinary. Rupa-rupanya sama rasa macam maggi kari. Pfftttt!!!), satu lagi makanan korea yang boleh masuk ke tekak adalah Yuk Gae Jang atau dalam bahasa mudahnya, spicy beef vege soup.

Sup ni bukan warna putih. Tapi ala-ala masak asam pedas. Dan yes.......super duper pedas! Kalau makan ni, tak payah pakai lipstic, automatic bibir jadi merah. Try la! =)

 Tu dia set nya.
Satu mangkuk sup, satu mangkuk nasi (nampak macam sikit, tapi dalam 5-6 kali makan makanan ni, tak pernah habis nasi. Ehemmm), ubi jeruk dan apa ntah yang warna oren tu dan juga add on cili api yang tak bersentuh sebab bibir dah tebal memerah.

Bahan-bahannya: daging, sayur mayur, telur.

Percayalah, makanan ni sedap sangat!!!! Nasib baik la Pavilion dekat dengan office. Kalau rasa teringin, terus menapak ke Pavi dan menghala ke food court nya. 

Harga makanan ni RM13.60 satu set.

Berbaloi, dan sangat sesuai untuk anda yang nak test tahap mana tahan pedas. Hehe.

*Ok...tiba-tiba dah teringin.*

Tuesday, October 30, 2012

~Manhattan Fish Market~

Assalam....

Dah lama tak buat review restoran/makanan. Marilah saya mengambil sedikit masa anda untuk membaca dan menjamu mata melihat gambar makanan di entry ini. Entry ini sepatutnya di update semasa bulan Ramadhan yang telah berlalu lebih kurang 2 bulan yang lepas. Ya...saya sangat 'efficient'. *Tangan di bahu*

So...Ramadhan dua bulan lepas, saya dan Adilla sama-sama meluangkan masa setelah sekian lama tak berjumpa. Salah satu aktivitinya, adalah berbuka puasa bersama. Kami sepakat memilih restoran Manhattan Fish Market di Pavilion untuk berbuka. Nasib baik buat reservation awal. Kalau tak, memang berputih mata. (Tiba-tiba rasa macam berpantun pulak)

Jadinya, inilah makanan yang terpilih untuk diisi ke dalam perut kami =)

Yang ni pilihan hati saya. Sedap! Ikan dia memang best! Sayur pun fresh and tak lembik. Sangat penting tu. Nasi pun perfect. Pendek kata, best lah!

Yang ni, Adilla punya. Not bad jugak.

Air, BEST! Sangat menyegarkan. Dapat tak bayangkan waktu berbuka, minum air yang rasa mint? Memang terbaik!

Best of the best! Cheeeeeeezy. 5 bintang. Oleh kerana puasa, nafsu makan pun terbatas. Jadinya, tak habis. Setiap kali tengok gambar ni, mesti menyesal tak sudah.

Overall, restoran Manhattan Fish Market ni termasuk dalam kategori restoran yang boleh dikunjungi semula. Makanan best, harga pun boleh tahan.

*Sebenarnya, sekarang ni teringin nak makan cheezy wedges tu. Help!*

Sunday, September 23, 2012

~Happy Tummy~

Assalam....

Dinner malam ni yang dimasak oleh adik. Sayang dia! =)


Ha...yang ni, saya yang goreng! Hek eleh, kecoh! =P

Alhamdulillah....kenyang perut, suka hati. Jadi, nikmat Allah yang mana kamu mahu dustakan? =)

*Kejapnya cuti....*

Monday, September 17, 2012

~Birthday Dinner~

Assalam....

Seperti yang ditulis di entry bawah, hari ini (17 September) adalah birthday abah. Jadi, abah dan ibu datang ke KL, untuk meraikannya bersama-sama kami =) Kami sepakat memilih Restoran Al-Azmi sebab perkhidmatannya yang tip-top. Birthday dinner ini juga turut meraikan birthday ibu. Sekali jalan, senang. Hehehe

Apa yang kami makan malam ini:

Makanan fav abah: black pepper steak.
Ibu pun pilih makanan yang sama. So romantic.
Amazingnya, tak sampai 5 minit, makanan dah sampai! Padahal pelanggan ramai. 
Memang tip top.

 Chicken chop pilihan adik.

Fish n Chip, pilihan hati pemilik blog. Hehe

Rojak buah dan potato wedges.

Restoran ni memang restoran fav keluarga. Kalau nak belanja pak cik mak cik pun, abah n ibu bawa datang sini. Service pantas, tempat cantik, makanan sedap dan taraaa....murah! Bil makan tadi, termasuk air yang semuanya jus, adalah RM70 plus. 

Memang berbaloi!

*Paling seronok tengok muka happy abah n ibu. Happy to d max!*

Sunday, September 9, 2012

~Ahad = Hari Bermanis-Manis~

Assalam....

Hari minggu = berehat = gembira! =)

Tambah gembira bila beli dua kek yang sedap masa makan kat Restoran Bapak di Selayang tengah hari tadi. Makanan kat Restoran Bapak tadi, fuhhhhhhhhhh......banyak pilihan dan sedap! Silly me, sebab tak bawak kamera dan phone. Dang!

Ok, fokus kepada kek =)

1 sudu pink tu mesti tak cukup! hehe
5 bintang!!! Cukup choc nya, cukup moist nya, tip top!
Harga: RM3.50

Sekali pandang nampak macam blueberry cheese cake. Tapi, bukan. 
Kek ni pun sedap juga sebab rasa blueberry dia kuat. So, ok for me.
Harga: RM3.50
Ehem....jangan risau, saya tak makan banyak pun. Makan beberapa sudu je. Nanti terkejut pulak tengok angka kat mesin penimbang.
*Bila hari Ahad je, mesti rasa masa cepat sangat berjalan*

Monday, September 3, 2012

~Hasil Manafaat Bila Bosan~

Assalam....

Semalam sangat bosan. Dan sangat lapar. Tapi rasa bosan asyik makan makanan yang dimasak oleh peniaga di kedai makan. Dalam seminggu lebih 7 kali makan makanan luar. Setiap kali abah telefon, dan bila wrong timing sebab masa tu tengah tunggu Kak Tun goreng nasi goreng cili api, mesti kena ceramah dengan abah.

"Tak elok biasa sangat makan makanan kat kedai makan. Banyak ajinomoto. Masak la, lebih sihat."

=D

Jadinya, saya merajinkan diri pergi kedai dan beli barang runcit. Selepas sejam berperang di dapur, inilah hasilnya.

Ehem.... patutnya kena mms kat ibu dengan abah ni. =P

Lauk paling fav! Makan ni dengan nasi panas je pun dah cukup.
Sambal ikan bilis campur tauhu dan ubi kentang.
Sambal ni pun sangatlah simple cara penyediaannya. Semudah A B C. Nanti saya share resepi ya [feeling2 chef la konon]

Mesti ada yang kagum kan, konon-konon Farhana ni pandai masak rendang ayam.
Lauk rendang ni ibu yang masak dan tapaukan masa saya nak balik KL.
Rendang ni memang sedap! Sedap sampai tahap tambah nasi 3 kali. ERK!

Sebagai melengkapkan piramid makanan, saya pun goreng la sawi dicampur dengan fish cake.

Maka bergembiralah Farhana dan seisi rumah menikmati hidangan hasil chef Farhana. Nasib baik tak ada yang sakit perut. Hehe.

*Lepas ni nak try masak gulai lemak pula.*

Wednesday, August 15, 2012

~Tak Sempat Tunggu Raya~

Assalam...

Nampaknya mood raya semakin membara. Esok housemate dah balik Johor. Tinggallah saya dan adik di kota metropolitan ni. Hari Jumaat lepas kerja baru dendang perantau balik Perak. [Emo segala apanya, padahal balik sejam je dari KL]

Kuih raya banyak ke beli? Saya ada la sebalang dua balang. Dah dapat pesanan mem besar kat rumah, jangan membazir beli banyak-banyak. Jadi, kena akur.

Semalam dapat satu balang ala-ala kerepek yang ditempah kat kakak office. Nampak menarik. lalu penutupnya dibuka. Kunyahan pertama "emmmm...sedap". Lalu diambil lagi satu genggam. "nom...nom...nom". Sedar-sedar.....


Tak sempat tunggu raya. Dah nak habis.

*Tadi sempat lagi singgah butik AidiJuma. Rambang mataaaa*

Sunday, July 22, 2012

~1st Ramadhan~

Assalam....

Selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam! =D Moga ramadhan kali ini membawa 1001 kemanisan, keindahan, keberkatan dari Allah. InsyaAllah.

So, macam mana puasa? Moga baik-baik saja. Azam saya untuk ramadhan kali ini, biarlah lebih baik dari ramadhan yang lepas. Manalah tau kan, mungkin ini ramadhan terakhir kita. Esok lusa kita tak tau masihkah kita masih terus bernafas. 

Awal ramadhan kali ini, saya pulang ke Perak untuk meraikan bersama keluarga tersayang. Kebetulan, ibu abah pula nak buka puasa dekat rumah opah. Alhamdulillah, dapat juga berjumpa opah, makcik pakcik dan sepupu kesayangan.

Makanan berbuka pun meriah! =D


FAVOURITES! =)


 Nikamat tak terkata. Alhamdulillah.

Usai doa berbuka dibaca, makan sebiji dua kurma, semua bersiap untuk solat Maghrib berjemaah. Better solat dulu sebelum makan makanan yang berat such as nasi, murtabak, burger king sebab nanti bila perut penuh, mula la melewat-lewatkan solat. Not good!


Selesai solat dan makan, rumah opah penuh dengan aura gembira sebab perut masing-masing gembira =)

Selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan. Jom berlumba buat amal kebajikan dan kejar pahala yang berganda-ganda.

*Now dah sampai KL dan mengumpul semangat untuk esok. Fuhhh*