Showing posts with label At home. Show all posts
Showing posts with label At home. Show all posts

Saturday, February 8, 2020

Trust yourself

As usual on saturday
No matter how long my to do list
I ended up doing nothing 🤦‍♀️
Except eat/IG/FB/TV/sleep
Adalah sikit dok study something
Tu pun terkial-kial
And brief discussion via whatsapp with my colleague about our trip next weekend

Last nite my neighbour gave me bananas


Since belum sesuai nak buat pisang goreng
I buat kerepek je la for my brekky
Goreng juga keropok lekor



Dah kenyang brekky
Macam ada bau pelik di ruang tv
Hangit? Gas?
So terus pi dapur
Dapur gas dah off
Takde pulak bau tu

After lunch pun ada bau lagi
Pi hidu ke dapur takde pulak bau tu
Pi hidu microwave bau lain pulak 😅
Entah2 ada yg slowly burning
Check suis and tutup

Nearly 9pm ada semula bau tu
Pi dapur lagi
Buka kabinet yg ada tong gas
Takde pulak bau gas
Lega....

Tapi tak lama lepas tu hati tak sedap
Buka pintu kabinet lebih lebar
Dah pi hidu dekat2 tong gas
Ada bau pelik
Dan ada hissing sound
Terkejut
Kelam kabut
ketar lutut
Jangan panik
Jangan panik

Biar pintu kabinet terdedah
Nak buka tingkap tak sampai
Terpaksa buka pintu dapur
Nasiblah kalau jiran nampak my messy kitchen
Then baru berani pi tutup habis suis gas tu
Pulas ke atas terus
Selama ni dok biar je suis tu ke bawah
Degil dan malaskan
Kalau di kampung mmg kena bebel la
Bila dah settle masak
Perlu pulas suis ke kanan
So now rehat memasaklah
Until I can find someone to check what is wrong

Moral of the story
The moment we feel/smell/hear something is wrong
Trust ourself and act quickly...








Thursday, March 21, 2019

Tamak

Seriously I don't understand
The person in charge has made a reminder
Priority for those who has less customers
And do not hold any high position
Unfortunately there exist selfish people
Who didnt meet the criteria and just ignore it
Consequently, the one who suppose to join that is left out...
Due to that someone in average mode have willingly to back off...
But still that selfish people just ignore it

I wonder why certain people is like that
Dont care about orher people
Take other people rights
Isn't it when you are at the top
you suppose to give back?
Help people to be as good as you are?

The same goes about people who always preaches about being a beneficial person...
Unfortunately she does not walk her talk
Willing to rent her property to those who normally we rejected...
I wonder how she gonna 'clean' her property later?
Even I am ok with it as long as they did not disturb me
But others feel unconfortable
Why did she rent it to them in the first place?
Why she has no sensitivity at all?
Why did she rent it when knowing the neighbours feel uncomfortable?
For the sake of the money?



Saturday, December 29, 2018

Very helpful senior

Hari khamis
No matter how nak pi kerja awal
Pi lewat jugak 😅

Sampai ofis ...
cepat2 hntr evaluation docs to clerk
Really relief when a task is completed and submitted

Terharu juga atas kebaikan senior colleague
My customer said certain people did not respond to her when she made enquiry about a material
So I asked my senior about it since she has worked with that kinda material previously
However, she need time to find it in her other laptop.

Surprisingly she made effort to find it in the internet and sent it to me
Unfortunately we already have it and just want the BM version.
Anyway I told her may be it for the best
So that my customer can learn by herself to go through all process
Instead of using other people material

Guess what?
That morning my senior sent the BM version
So you see how kind my senior is
Willing to help others
No matter how busy she is

I feel guilty for troubling her
Luckily she said that she has to use the second laptop for keying purpose
So kinda kill two birds with a stone

Then off I went to buy lunch
I just stayed at home and focused in checking senior customer document
It is so confusing, till I got migraine attack 😅
My plan to complete checking it by 4pm gone ashtray 😭😰💆

Luckily boss senyap je
Tak jadilah tu nak discuss
Otherwise lagilah serabut

Later I went to office
Then went to the nearest shoplot to my work place
Thinking of buying roti nan
But I made a detour to Malay restaurant 😅

Ok...laksa satu
Tak nak air ke?
Lai ci kang satu
Satay ada, tak nak ke?
Owh ada ya? Nak 10 lah.
Eh! Cendawan goreng ada ke?
Ada.
Nak satu.

So you see I am an easy customer
😂😂😂

But that night I had cendawan goreng and laici kang only


Eh! 2 satay as well 😅😅

Dah kenyang makan...
Maka hadaplah document semula ....
Kira dah habislah mlm tu
Cuma ada satu elemen kecik je tak larat nk tgk dah .....






Saturday, December 22, 2018

Hola...
After have been quiet for nearly a month, Yes...I am still alife 😁.
As usual life has been up and down

The first and second week of december were really hectic. Particularly, from 4th to 13th December

Due to last minute plan, I have to clean and tidy up my house for two days in a row to be ready for my family visit despite my busy work schedule. On tuesday night I even had to spent time to study the public transport path and schedule and later suggested to them a few options 😅. It's been a long time since I did that while I was staying in OZ 😊.

On Wednesday morning, I woke up really early to continue with the house tydying. Then I rushed for 8am meeting. But before that I need to photocopy the evaluation forms. Once done with the meeting, I have to prepare the evaluation form for another meeting. Then, around 12pm I rushed to buy food and went back home to proceed with the tidying task. Then I went to pick up my family at the train station.

Once settled with everything, I finished up the second evaluation form. But of course with constant interuption of my cheeky lil nephew. He even asked me to buy toys for him 😅. Then off I went for the meeting. Luckily the meeting ended early, so I managed to drop by at the shop to buy cakes for my nieces and toys for my nephew.

And definitely pizza was the simplest, fastest and the most favourite menu for our dinner 😂😂😂...




Friday, April 6, 2018

Apakah bunyi benda jatuh dan mencakar itu...

Apa ya korang rasa...
Apabila terjaga dari tidur kerana mendengar bunyi benda jatuh dgn kuat?
Pukul 5.30 pagi pula tu 😰😰
Aku memang terkejut dan takutlah...
Macam2 yg difikir
Bunyi apa tu?
Apakah ia?
Orangkah?
Binatangkah?
Bendakah?

Kuatkan hati bangun mengambil penyapu
Eh! Macam tak kuat je
Pi ambil pole pembersih sawang


Tinjau ruang tamu
Tiada apa
Pasang lampu porch
Tinjau dari tingkap
Clear...
Pandang ke siling porch
Ok...tiada yg berlubang
Tinjau dari sliding door
Pun ok...

Pergi ke tangga
Alamak tingkat atas gelap
Kuatkan hati naik juga
Tuju ke bilik medium pasang lampu
Eh! Awat timbunan baju jatuh ke lantai?
Jenguk bilik single ...
Seems ok
Masuk masterbedroom
Pun ok...
Tinjau bilik air pun ok

Turun semula
Kebingungan...
Bunyi apa tadi?
Mimpikah?

Tiba2...Dengar bunyi mencakar 😱
Ya Allah apakah itu?
Di siling porch kah?
Kelawarkah?
Kucingkah?

Pergi ke ruang tamu
Berbunyi lagi bunyi cakaran
😰😰😰.
Dari manakah datangnya?
Tak mungkin understairs storage
Ia tertutup rapat
Dari rumah sebelah yg tiada penghunikah?
Ye kot...
Nanti kalau owner datang I will inform him

Tiba2 terpandang sesuatu bawah tangga
Apakah ia????
Ini dia.....

Owh ni yg bunyi jatuh tadi
Ambil, check it's stand dan letak semula...
Tiba2...terdengar bunyi....
Bunyi apa????
Memang terkejutlah
Tapi lega jumpa puncanya...
Tapi how dia masuk ke dalam rumah?
How dia muat celah kecik belakang kabinet ni?


Betulkah dia makhluk sebenar?
Bukan jelmaan ?

Tapi how dia nak keluar?
Kena tarik the side cabinet....
Tapi buka pintu sesiap dulu
Akhirnya dia keluar dari celah tu
Tapi....dia lari naik ke tangga pulak 😰😰😰
I pi ke pintu panggil2 turun
Confirm dia tak layan
Takkan I nak buat free show pakai nightie depan pintu....

Lantak dia lah dulu
I pi pakai baju dulu
Membebellah I sensorang pepagi buta...
Ulang panggil dia ke pintu depan
Dia dok berbunyi
Tapi tetap di tangga

Oklah I pi tunggu di dapur
And perhati dari jauh...
Alhamdulillah...akhirnya dia keluar
I cecepat pi tutup pintu

Eh! Bising pulak dia
Nak masuk rumah semula
Siapa dia?
Niha....


Dahlah garang
Bising pula...
Orang beri makan pun tak nak
Dah pusing2 situ...
Barulah nak makan....
Tu pun  setakat sekeping dua je kot


Mengada2 pulak....

Entah siapa punya?
Korang kalau nak membela binatang
Jagalah elok2...
Jangan biar masuk rumah orang
Kalau tiada rasa tanggungjawab terhadap binatang peliharaan dan tak fikir pasal jiran, then jangan tergedik2 nak pelihara...
Siapa tak terkejut dan terganggu?
Kalau org yg sakit jantung terkwjut camno???

Itulah kejadian awal pagi Rabu.....

















Tuesday, March 27, 2018

Tercabut

Backdated post
Written on 28 march...

Macam biasa bila nk kembali dari kampung, punyalah berat nak gerak.
Pagi Isnin baru terhegeh2 nak packing.
Bila di highway biasalah slow traffic at ELITE especially from Putrajaya/Putra Height to USJ.
Bila nak singgah kedai favourite tutup pula, maka pilah kedai lain dan beli food for lunch..masak lodeh, sambal bilis n masak kicap daging


Bila sampai ofis, biasalah Monday Blues.
Bila balik rumah konon nak basuh baju, tapi tertonton Youn's kitchen 😅.
Bila nak lunch kira awal lagi, pi melantak snack pula...sedap


Bila nak charge phone, tiba2 kabel MrDiy tak berfungsi. Haritu beli dua, yg hitam RM6.90 kot tak sampai seminggu jadi longgar dan mudah tercabut dari port.


Yg putih RM8.90 kot konon elok masuknya, tiba2 main2 pula. Sekejap ok. Sekejap ko seolah2 tak boleh detect the charge. At last guna cabel merah pula. Cabel ni dalam handbag utk travel n kecemasan.

Bila petang ada discussion dengan customers.
Biasalah ada yang salah faham.
Idea diterima bukan bermakna proposal diterima. Perlulah tambahbaik.
Yang dulu apabila idea ditolak, kali ini kemukakan banyak idea. Tapi tak bawa support material pulak 😅.

Bila balik around 7pm...
Adoilah autogate buat hal lagi...terkeluar dari track.. Memula dulu sebelah kiri, second pun kiri. Kali ni kanan pula...Kaka, tutup manual je. Cuba angkat naik atas track tak boleh pula 😅....Esok je lah...

Bila malam nak dinner, tapi malas masak nasi. Maka makanlah the mismatch meal...red bean bun with sambal hitam.


Bila selasa....
Customer datang lagi
Tapi kali ni hanya bawa satu support material. Tu pun kurang relevan 😠...Tak semak dulu ke??? Bila I cari ada je yg sesuai..cuma tak banyak.

6.40pm sampai rumah, nampak orang autogate dah sampai. Actually pagi tu I try guna autogate tu..mula2 dia naik sendiri atas track tapi terus terkeluar semula ke arah luar pulak...tercabutlah rodanya coz kawasan luar rendah. Roda takde masalah. Tapi bearingnya 😰.....Maka, terbanglah RM50...mahal. RM30 alatnya...RM20 upah selain kononnya jauh. Habih tu dah ko guna barang tak berkualiti. My friend punya elok je...walaupun nak masuk 3 tahun.

Tengah sibuk dok borak dengan orang tu, my neighbour datang. Katanya nak pasang awning tapi lajak to my area sampai 1 kaki dan tinggi dari my awning. I pun silap tak tanya kenapa. I just kata tak perlulah kot. Guess what dia tanya kenapa pula. Terkejut I. Logiknya ikut suka hati I lah kan. I just cakap ikut jelah sempadan...Katanya niatnya manfaat untuk kami supaya dua2 tak kena tempias hujan. Kalau I tak mau takpelah katanya. I ksta kalau setakat 6 inci ok. Yelah kami nak berjiran lama. But not 1 kaki. Tapi katanya dah buat calculation yg 1 kaki tu ok. Bukanlah makna 1 kaki tak tempias lansung, tapi kuranglah sikit...
Akhirnya I setuju jika memang manfaat bersama. But now macam menyesal pula coz nanti nmpk rumah I macam pelik. Lagipun keputusan dibuat terburu2 dalam keadaan I yg penat  dan hampur 7pm.

Masuk rumah konon nk masak nasi untuk berbuka...
Tapi pi toilet dulu.
Hah sudah..macam peod pulak walaupun very unclear tiny miny...
Frustlah...tak kisah pun peod. 1pm ok..3pm pun ok...but not 7pm 😭😭😭😭

So inilah menu berbuka yg tak menjadi


Bila malam, charger cabel yg ok-ko tu buat hal lagi. Bila dicucuk dan ditarik 2/3 kali terus tercabut kepalanya 😅😅😅....


Maka, berakhirlah riwayat.

Cuba guna semula kabel mahal yg beli dipekan.. RM30 kot...Eh! Haritu dah ko. Alhamdulillah ok semula.



Saturday, March 10, 2018

Siapa yang jatuhkan?

Pelik...
Minggu ini setiap kali balik ke rumah, saya perasan jam loceng dalam keadaan begini...


Tak mungkin jam bergerak sendiri
Menjatuhkan diri dari atas meja
Siapa yang tolak?
Siapa yang jatuhkan?
Misteri sungguh....
Seram pulak rasanya.....

Saturday, October 14, 2017

Perfume Gas

Semalam bila di pintu utama rumah I terbau gas
Pi dapur pun bau
So I tutup penuh gas tuh

Bila si plumber datang semula
Buat keeja dan nak keluar dah
"Aik kenapa bau gas"
La you bau jugak ke...
"Saya ingat you punya perfume"
Perfume bau macam tu ke 😂😂😂😂
You tolong tengok
Saya takut
Pagi tadi saya masak ok je
"Masak tau, tengok tak tau"
Whateverlah apek ooi....

Tuesday, October 3, 2017

Hari-hari mee...

Semalam ada urusan di luar.
Seawal 7am dah keluar rumah
Seronok melihat perangai orang-orang yg ditemui
Ada yg sangat membantu
Menunjuk arah dan meminta kami duduk di atas
Ada yg sibuk semak dokumen
Dan tanya itu ini seolah kami ni tak buat apa
Ada yg garang menghamun dan menepuk anak2 😂😂
Tapi bila bersua muka, manis senyumannya
Ada yg mengherdik kuat si anak2
Bila ditanya soalan
Jawab mahu tak mahu
Jangankan nak pandang kami
Tapi sibuk mengadap komputer klik itu ini
Memanglah perlu merendahkan pandangan
Tapi bukannya tidak beradap ustaz oiii.....
Ada yg datang beri dokumen
Lepas tu hilang 😅
Ada yg tiada kaitan
Sangatlah peramah
Itu kisah dewasa

Kisah kanak2
Ada yg datang bersalam
Peramah bila ditanya
Dan membantu tanpa disuruh

Dah selesai urusan
Kita brekky di kedai mamak mencari tosei rawa
Petang kita konon nak brisk walk
Tapi apa ke halnya 1km je
Then mengadap yee mee for dinner 😅😅😅


Hari ini kita mengadap mee kicap+kari di paparich pulak for brekky..


You see HARI-HARI MEE 😂😂😂

Then, misi mencari curtain
Tapi terbeli carpet dan toto jugak 😂😂😂

Alkisahnya
Ada pulak yg tak puas hati
Whateverlah you punya urusan
Janganlah nak bengang kalau kami tiada
Takkan kami nak kembali waktu itu juga
Urusan sendiri pun belum selesai
Jauh pulak
Manalah kami tahu yg patut ada tiba2 keluar juga
Partner anda patut balik pagi
Takpun pesan lebih awal
Bila dah berlaku
Tengahari dan petang tak bolehkah?
Minta jelah tolong pada pengarang jantung
Kami pun boleh gak kan.....
Even buat malam ni pun boleh
Esok oklah tu...boleh terus guna
Dah memang bukan salah kami
Yang bengang tu kenapa?
Yang buat muka tu kenapa?
Oklah...penat kerja kot.
Peod lagi kan 😅

Friday, August 11, 2017

avocado and egg for brekky

Well this was my brekky yesterday


Today back to apple and natural yogurt, but without strawberry 😀.


Harini kena cepat pi office nak tunjuk bahan to colleagues and print for a program tommorow.
Tapi masih dok masih menulis blog 😂😂😂.

Semalam pulun updating material for customer evaluation.
Then, listed things to do for the new one.
3.20-4.30 pm, I discusssed the list with him, reminded him of many things and showed him how to use the admin system....
Alhamdulillah...I managed to hand over almost 95% of the task to him...lega.
Habih tu second boss suruh beri briefing to the new one whevener I am available. Tapi apa yg terjadi I pula yg tanya bila nak jumpa, suppose yg baru dtg mengadap yg lama. Ni i yg terhegeh2 tanya n he even expect me to come to his office...new one busy sangat kot 😉😉😉.
I pun dah malu dok send things related to work in whatsapp group...dah ada new one awat ko nyibuk lagi kan....but orang mana tau what exactly happened.


Once back to office, I got the response from the officer regarding my enquiry email last saturday. Since he and the boss just kept quiet.. so on thursday morning I sent WA message to him asking whether they plan to refuse doing anything about it or giving response....I was grateful that finally he replied my message. Even though he replied stating that he is preparing the official respond, it seems that they just wanna give respond without any further action....Anyway I am still hoping for the best and hope that I got my right....Amin.

I came across a quote yesterday... it is something like...
"Tak perlulah tertekan mencari jalan penyelesaian...solatlah, mengadu kepada Allah"....




Monday, May 8, 2017

Hati Sayu....

Pagi tadi sampai ofis around 9.30am
Tapi hati macam tak tenang
Fikiran adakala buntu
Adakala fikir macam2
Kerja tertangguh dan yg mendatang

Apa yg penting
Dahulukan yg perlu segera
Apa yg patut ditandatangan
Apa yg patut disahkan
Senaraikan semua yg perlu dibuat

Pi mesyuarat tp kurang fokus
Balik ofis semak minit mesyuarat unit kami
Rasa nak hangin je
Ni minit mesyuarat atau laporan perbualan

Di kala serabut
Ada pihak yg perlu bantuan kami
Tapi demand itu ini
Asyiklah datang mengganggu
Senang ada kabel besar
Arah itu ini
Tak faham2 terang byk kali
Baguslah aniaya kami
Kerah kami
Ambil masa kami
Tapi yg dapat nama hanya ko
Tapi yg dapat mata hanya ko

Bila balik rumah
Seperti ada sesuatu yg terbuku di hati
Bila rehat
Tontonlah Saimdang
Episod akhir.....



Perpisahan yg sukar
Bergugurlah air mata
Berselang seli....
Antara tragisnya kisah mereka
Dan kisah diri sendiri.....

Apapun rasa lega
Bila dapat melepaskan
Sesuatu yg tak diketahui
Yg bikin hati sayu.....
Fikiran kosong ....

Kerana itulah aku kurang suka ke mana2
Atau beramai2
Masa di sana hingar berborak
Atau hanya jadi pemerhati
Masa di sana seronok bagai nak rak
Atau rasa terpinggir
Apapun yg berlaku
Bila balik mesti rasa ITU datang

Apapun hidup perlu diteruskan
Syukur dengan apa yg ada
Dan nikmatilah....






Tuesday, January 10, 2017

Kerja Terlampau

Hari ini saya sangat tertekan dengan tuntutan kerja.
Pagi Menghadap customer yg tak sedar diri
Petang menghadap the top people yg mengerah
Malam mendengar tuntutan kerja yg baru

Wahai mereka yg di atas kenapa nak aniaya kami???
Awak pelindung kami
Atau pemusnah masa depan kami?

Bila berada di atas
jgn asyik mendongak ke langit
sekali sekala kena tunduk melihat ke tanah

Hidup ni satu kitaran
Bila tiba masanya
Kamu tetap perlu turun ke tanah juga
Apa rasanya bila kamu kembali seperti kami

Malam ni dah stress kan
I makan suku pinggan mee
Suku pinggan spageti
1 slice pizza
How la tak put on weight???
That is the end of tonite rant....




Wednesday, November 9, 2016

Dah beri betis nak peha

I am not feeling well and having neck pain since sunday evening. So I decided to take a leave and rest today. Since I really need fresh air, so off I went for a brisk walking this morning. Later, I had brekky...nasi lomak+paru+sambal sotong.



Macam-macam I rancang nak buat. Tapi sedar2 terbaring di sofa 😅😅😅 until 11am.

Tiba-tiba I got messages from other unit. Kami dah setuju buat perubahan utk customer mereka, nak demand lebih pulak. Dah beri betis nak peha atau belanda minta tanah??? Tak sesuai apanyer. Itu standardkan. Unit lain, department lain ok je. Ikut je la apa yg kami tawarkan. Dah tak sesuai ikut selera ko, tak payah guna. Kami lagi suka, kurang beban. Kami pun terima je apa yg unit lain tawarkan. Terus mood hilang....konon nak rehat jadi stress.

This particular unit mmg selalu tak sedar diri. Dulu, mengata dan mengutuk apa yg kami tawarkan. Konon not up to their standard, so nak keluarkan dari pakej. Alih2 tak jadi kerana apa yg kami tawarkan antara asas dalam pakej mereka. Hah! Jilat ludah tu semula 😅😅😅😅.

Update 4.30pm:
As expected they stand with their decision in fact modify the document that I have prepared for their own sake. And that a bit different from what actually had happened previously. So, I discussed with the relevant committee in my unit, we decided to just stick with what we have suggested. We came out with two main justification. Take it or leave ot. And pls dont mess with us. And my noon just wasted because of them.

Tuesday, October 25, 2016

Stay Up

Alamak dah 4.39am.
Jomlah tidur.
Ngantukkkkk
Dok membuat perancangan
dan menyediakan kertas cadangan dari 10pm
Tapi manalah nak tidur cukupnya
9am ada mesyuarat 😭😭😭
Tapi kertas cadangan belum siap lagi
Fighting 💪💪💪💪


Sunday, October 16, 2016

terjaga

Tak sukalah bila selepas tengah malam terjaga dari mimpi atau kerana dengar bunyi bukan-bukan. Tiba-tiba jadi tak tentu arah, takut dan fikir bukan-bukan. Jika selepas 4.30am, rasa lega. Tapi sebelum itu memang tak tenanglah...


Tuesday, August 23, 2016

Siapa yang campak???

Last nite tidur awal around 9.40pm. Hajatnya nak bangun 12am. Bila sampai masanya, too sleepy to open my eyes. Tapi kena bgn juga nk tutup alarm. Tapi hampeh betul, terpandang di TV cerita saka. Remote control pun buat hal tak berfungsi. Dah hempas2 barulah boleh tukar ke saluran lain. Ok....kita set untuk bangun 3am. Tapi 2am tiba2 terjaga macam bunyi besi diketuk ting! ting!. Terkejutlah I...berdebar-debar....Apakah? Then, I switched off tv and ceiling fan...it was so quiet ans I can only the sound of water dripping in the bathroom.....Then I set my alarm clock to 4.30am. Hmmm...terjaga 6.20am, beginilah keadaan jam tuh....


Isk....isk....jam tu atas meja, how it fell off?
Pastilah ada tangan ambil, tutup alarm, pegang sekejap sambil berangan....tertido dan tercampak 😅😅😅. Tu la bahananya buat kerja nonstop dari 5am to 6.30pm semalam. Hanya berhenti to take bath, pray and eat....


Friday, August 12, 2016

Burung hantu

Bertabahlah kena berjaga malam membuat keroje.

Satu set dokumen telah selamat diemel pada boss pada 2.33am.
Walaupun perlu dimurnikan supaya selaras, takpelah itu hanya format. Yang penting boss semak isi kandungan dan beri maklum balas.
Satu lagi dokumen yg memerlukan data dan justifikasi pun dah siap dan selamat diemel ke pegawai pada 4.22am.

Syukur Alhamdulillah.
What a relief.
Now burung hantu nak tidur 😪😪😪😪
Good nite everybody...
Eh...good morning ka 😉😉😉


Sunday, May 1, 2016

When to do list is only a list

Happy Labour Day....

Macam biasa sebelum bebel, kita tunjuk gambar food


That was food for lunch today. Moist grilled chicken+guacamole+grilled eggplant n carrots. That chicken was a leftover from my Kenny Rogers dinner 2 weeks ago. I just added the frozen ikea cream sauce as gravy for the chicken. I used limau kasturi instead of lemon for the guacamole..dah itu je yang ada...

What is the title of the post all about?

Well my initial plan was to do my evaluation task on friday night,  prepare certain documents and to complete my files in office in saturday morning and go back to hometown in the afternoon. However, I did nothing on friday nite. As a resut, I planned to do the evaluation task on saturday morning, postponed the office work to the afternoon and back to hometown this morning. But, it really hard to get up once I got stucked on the sofa. So, for today I planned to do house chores in the morning and go back home after zuhur prayer. But, once done with hanging clothes to dry, cleaning and tydying up my kitchen n fridge ...I stopped for brekky. Suddenly I found myself laze around watching recorded Maharajalawak. Finally I ended up planning to go back home tommorow. Feeling guilty, so I cleaned the living room and family area, sorting bills and receipts. After lunch, now I am back on my comfy sofa ....oppps....So, hopefully I am strong enough to go to the office around 3pm today and complete my evaluation task before going back home tommorow morning.  






Wednesday, April 27, 2016

Jangan fikir

I learnt something dari rakan seperjuangan or sekapal petang tadi.
Kita hanya boleh sampaikan. Kalau orang tak mahu kita tak boleh kawal. Maka, jangan fikir. Jangan menambah stress. Itulah kunci gembira.

I tried to be positive and practise what I learnt. Tapi bila malam bertukar negatif gara-gara si attention seeker buat kecoh dalam whatsapp group. Tak sabar nak tunggu esok. Pulak tu ada yg melayan. Kalau I kata bincang esok, maksudnya esok lah. Ni ada yg saja bising walhal untuk menyindir atau menyuarakan tidak puas hati pada boss. Bila I dah sound, ingatkan semua faham. Rupa2nya si kecoh dok berkicau lagi.

Malam orang nak rehat. Kalau tak rehat pun, tak larat nak fikir hal2 remeh. Seharian macam biasa memang sibuk. Pagi hingga tengahari mesyuarat penting. Ada masa sikit sebelum lunch break semak kerja my trainee. Aduh!!! Serabut...
1. tak baiki apa yg disuruh.
2. Selamba tinggalkan pejabat tanpa dikunci dan pi makan.
Then I terpaksa makan laju2, solat, kalut pi mesyuarat di cawangan lain pula.
5pm sampai ofis semak kerja my trainee...Adui degil lagi....
5.30pm balik n singgah beli food. Terserempak dengan my problematic customer. Hmm...buat hal lagi. Semalam dah janji satu tak dapat, nak fokus dua yg tinggal. Alih-alih harini kata nak give up coz buat hal lagi. Sampai bila nak jadi begini. No matter where you go and what you do you wont get anything if you keep on repeating the same mistakes. You got your second chance and you wasted it. It's all depend on you!!! You know it and you just let it be....how long you wanna act like this???? The verdict:
1. Nak jadi pekerja, tapi tak mahu bekerja
2. Tak tahu apa yg dia nak
3. Tiada halatuju.
So terpulanglah...I dah tak mampu nk nasihat n bantu.


Sunday, March 6, 2016

Ko ingat ko kaya???

Hari ini jemur kain sekejap
Baring lihat update instagram sejam

Kemas dapur sikit
Tersandar tonton movie lebih sejam

Buang sampah 2 minit
Duduk surf internet hampir 30 minit

Menyapu luar 10 minit
Tersandar update blog lebih 30 minit

Habis tu bila nak sapu dan mop lantai, lipat baju, kemas upstairs dan habiskan kerja ofis????

Tadi dok spring clean my fridge n kitchen cabinet.
Tengoklah apa yg dah expired....
Ada yg baru makan atau minum sekali dua je ...
Membazir....
Lepas ni jangan tergedik-gedik nak beli or kononnya nak masak, tapi tak selalu or tak lansung ...




Tu yg kemas tadi
Yang kemas last year


Sedih memang sedih
Nyesal memang nyesal
Tapi bila depan mata tak nampak huhuhu...
Ya Allah kurniakanlah aku mensyukuri nikmatMu
Jauhilah aku dari pembaziran...