Showing posts with label indian food. Show all posts
Showing posts with label indian food. Show all posts

Tuesday, May 1, 2018

Oh! My weekend

Sabtu lepas I kalut mengemas rumah.
Maklumlah technician astro nk datang tukar decoder at 9.30am....
Malangnya tak kunjung tiba.
Call dia at 9.45 am katanya masih di rumah lain
Call lagi 11.15am pun still di rumah tu
Rumit katanya ingat sekejap je

Hello..I nak pi office ni
Mengejar due date dan nak kemas office
Mulalah I bertukar jadi singa 😠😠😠
Singa pun lapor
Pi lah kedai dulu...
Hah hambik...penuh lauk


Sedang sedap menikmati kari telur ikan tuh
Barulah dia nak datang around 11.50am
Alhamdulillah settle..
Sambung makan...

Bila dah kenyang makan
Mengantuk pula ...
Pi ofis petang je lah...
Eh hujan pula...
Buat je lah kerja lain
Tp byk pula program best di TV

Hmm...you see
Ni semua salah technician astro yg lewat tuh 😉😉😉😉
Eh! Weekend kan...
Rehatlah 😉😉😉😉....


Saturday, April 28, 2018

Bila bersukarela...

Sabtu lepas memang rehat je.
Hari Ahad baru kalut packing, basuh baju dan kemas rumah.
Then singgah office kejap utk print bahan2 outstation...
After 12pm baru bertolak balik.
Singgah RnR Dengkil beli A&W Fried chicken.
Adoi...tak sedap lansung.
Membazir je beli banyak....
Petang tu lepak McD jap...
Nikmatnya makan fries cicah sundae 😁....

Isnin sakit kepala check customer's report
Paksa diri juga...
Then scanned the document and sent to the customer...

Around 2.45pm
We went for volunteer work for eid container.
One of my wishlist is to join such activity.
So when I saw the fb post on that definitely I would grab this opportunity.
I was really excited to join since this was my first time to get involve in this voluntary work.
Our task was to complete the eid gift packs in that colourful bags ...


I thought there would be many people there...
To my surprise ...there were two of us only 😁...
Berjimbalah kami berdua di tingkat atas 😅...
After two hpurs here are the fruits of our labors...


Alhamdulillah...9 boxes of eid gift packs by two of us ....only small contribution from us. Salute to the gifts' donors ....

Then we had our early dinner at Japanese Muslim Restaurant at Nilai Square...
I had the sushi roll and mixed tempura...



While my nephew had nasi goreng beriani kambing from the kopitiam next door...




Friday, September 29, 2017

Nasi ganja

Lama dah teringin nasi ganja Ipoh
Nasi vanggey dah pernah makan
First time beli di Jalan Labroy
Second time di Lost World of Tambun

So hari selasa berkesempatan mencarinya
Gunalah waze mencari Kedai Kopi Yong Chuan
Aik...you arrive at the destination
But the shop is no where to be seen
Camno ni...
Nak terus or masuk simpang kiri
Eh boleh nampak Weil hotel juga
Tak sempat masuk simpang kiri pertama
Masuk simpang kedua
Entah manalah I pi 😂😂
Macam China Town pun ada
Parking kereta jelah
Tanya staf kedai yg jual limau bali
You pergi kanan kiri kanan...
Baiklah....

Lah betullah si makcik waze tadi sebut
Cuma di sebelah kanan 😂😂😂


Opposite to this building


Bila dah sampai 3pm...
Pelanggan masih memenuhi kedai
I tapau jelah yg basic ayam+telur masin RM5.80
Telur ikan habis pulak....


Tapi rasanya I lagi prefer nasi vanggey yg satu lagi compared to this nasi ganja...
I mean dari segi rasa adunan kuah, ayamnya
Dan sambal kelapanya

Dah lewat tu tetiba2 fikir something
I bukannya pi check in hotel
Tapi pi cari cendol yg fofular tu pulak


Cumanya tunggu lama
Sampai gerai 3.30pm
Pelanggan bukanlah ramai sangat
Dah 10 minit baru nampak pekerjanya nak kupas mangga
Tapi awat tak sampai2
Toleh banyak kali
Elok je mangga 2 biji di sinki luar
After 20 minit barulah sampai senyum2
"Sorrylah ramai yg bungkus"
Rasa nak hamun je kan
Tadi tiada pun yg beratur nk bungkus
Dah i sampai dulu
Patut i dapat dulu
Lagipun I minum di gerai kan
Bukannya yg dtg lewat n nak bungkus
Even org yg lewat dari I n minum situ pun dapat dulu
Apa cerita??????
Taste wise biasa je...
But ikut selera masing2 lah kan....


Then barulah pi hotel





Hotel lama
Perabot macam dah uzur
Sofa berconteng
Shower curtain berkulat
Omeletenya??
Yang aku buat kosong tu pun lagi sedap
Hashbrown yg beli timbang di Giant lagi sedap 😅
Guest pun tak ramai
Tapi oklah ratenya RM170 pernight
And not in Pusat Bandar


Malam teringin nak mengunyah
Tapi malas nak keluar
So just ordered chili cheese fries


Esoknya after done with my work,
tanyalah customer mana tempat makan yg best
Dia sengih2 je then senyap
Aduhai...orang tanya je
Bukan minta belanja 😅😅
Rasa surf tenet malamnya ada nasi ayam best di Simpang Pulai
So I just drove to Simpang Pulai
Nak cari guano
Then barulah terhegeh2 nak surt internet
Lah di Greentown ka...
Tak kuasa nak patah balik ke sana
Kononnya pula ada restoren safani di SP
Yg best...ada ikan/ayam bakar
Bila pi macam kawasan kurang orang je
Tempat bakar ada...tapi tiada apa yg dibakar pun 😅😅😅.
So dengan berat hati...
Tahan je lapar dan mengantuk
Berhenti solat di RnR Tapah
And had late lunch around 3.40pm in AnW




Friday, May 5, 2017

Jering in the house 😂😂

Belek2 gambar
Terjumpa gambar di cuti keputeraan YDP Agong


Tengok tu ada jering, ada kacang botor dan telur kicap
Nasi tu leftover nasi arab 😅😅😅

Entah apa angin malam tu pi masak walaupun dah lewat
Entah apa angin siang tu pi ofis mengemas 😅😅😅
Tapi sebelum tu pi mamak dulu





Wednesday, March 29, 2017

Ngidam petai

Hari Isnin puasa
Balik lewat tak larat masak
So beli at mamak je


Dah sakit serba serbi
So tak jadi pun nak puasa seminggu direct
Hari selasa terpaksa took a leave to get a treatment
Sakit pun makan tak hingat
Sedapnya petai 😍😍




Thursday, October 10, 2013

Senja@Hotel

Suasana senja



Bila malam, apalagi rehat secukupnya.


Berangan je la ya, sebelah laptop tu ada banyak kerja yang perlu disiapkan.

Tapi biasalahkan bila outstation ni, balik je hotel mesti kepenatan. Sudahlah sesat melilau mencari destinasi customer, balik je hotel jenuh cari parking pulak. Hotel ni ada dua tempat parking, satu tepi hotel satu lagi basement. Tapi biasalah bila ramai guest yang datang in group ada seminarlah, ada workshoplah, maka semestinya full parking. Kesian kat guest yang sensorang macam I ni. Nak parking kek mano? Semalam selepas habis appointment dengan first customer, I balik hotel dan ternampak penunjuk arah parking depan hotel, tapi kena cross the roadlah.


Tu nampak tuh, dekat kandang kuda, tapi kudanya belum balik lagi hehhehe....


Then I keluar lagi ada another appointment luckily nearby the hotel, but still perlu mengharungi kesesakan jalan raya. Bila balik hotel pun, penunjuk arah parking ke kandang kuda jugak. Risau jugak, selamatkah parking di situ di malam hari? Whateverlah... dah lapor giler...maka room service ya...ayam percik dan sambal hijau indonesia katanya RM15.


Bila dah lewat petang dok buat kuak lentang, tetiba dapat phone call dari pihak hotel. Bertanyakan adakah I pemilik kereta sekian nombor dan I diminta mengalihkan kereta, tempat parking tu nak ditutup katanya grrrr..........Maka, tak cukup dalam phone I bebel, pada reception counter pun I bebel jugak. Pandai pulak orang tu kata parking tu utk group yang datang berkursus and ada notice. Bila I tanya notice tu kat mana, hah terdiam pulak. Kalau tengahari tapak kasut I rosak coz pijak batu kerikil kat tempat parking tuh, bila ambil kereta petang tu, becak pulak grrr....Anyway, harini I tengok security yg jadi penunjuk arah hehe......

I datang sini since Tuesday. Confuse lah nak exit ikut mana Simpang Pulai ka, Tambun ka, Ipoh ka...yang I tau, tak perlulah sampai exit Sg Siput or Jelapang hehehhe. First day, I lunch kat food court AEOn ja..yong taufu tak sedap...RM9.30. Pasar malam mari, lagi sedap!!!!


 Mula-mula teringin nak try Seoul Garden, rupa-rupanya  bbq/steamboat buffet. Tak seronoklah makan that kind of food sensorang.....Lagipun I nak makan kimchi dan bimbibap je. Then, nak beli untuk dinner siap-siap, pizza hut salad+chicken wing. Tapi saladnya takde pulak takeaway container. Luckily dalam AEON ada salad


 Siap ada dressing lagi, so just shake ;). Inilah my dinner


Hari Rabu tu kan, penat giler, tu yang dok room service je. Eh tadi dah letak gambar ek...takpelah letak lagilah


 Malam, I habiskan salad tuh.


 Nak diet kononnya, tapi tak sedar diri letak thousand island bertimbun hehehhe.

Siang tadi on the way balik hotel terpandangkan kedai ni


So apalagi....yummy.........kuah campur dan apatah tadi ada dia letak macam blended lentils...RM7.50


Licin menjilat jari you.....Malam ingat nak makan cherry tomato je, tapi tu lah I ni tak cukup kuat menahan diri. Maka room service lagi ooopssssssssss............RM15.


 Actuallykan first time outstation early sept, I sesat barat kat satu destinasi ni. GPS tak dapat kesan tempat ni. Tapi I just google nama jalan yang terdekat iaitu nama burung. Malangnya, GPS bawa I  ke jalan nama bunga hahhaha. At last tahan je sorang guy ni, so I ikut je moto dia dari belakang hahhaha. Dah terdesak, kena cekal, berani dan muka tembok hahhaha. So, last night I dah google baik punya. Pun sesat jugak that resulted in lambat la appointment...again..yup again. Kali ni lagi teruk, dok tanya makcik tepi jalan, dia kata kena pusing, sesudahnya I dok lalu depan dia 3 kali hahahha. Mesti dia pelik awatlah 'slow' minah ni tak jumpa-jumpa. Lagi teruk, jumpa jalan mati...kalau teruskan jugak mesti keluar berita malam ni, kereta terjun tasik selain kejadian tembak menembak kat Jelapang tuh. Tiba-tiba I ternampak destinasti yang I nak cari dalam GPS. Patutlah, nama yang GPS kenal lain sikit. Maka teruslah I search, legalah kononnya. Alih2...jalan mati lagi. GPS pun tak boleh kesan dimana kami berada hahahaha. Habih tu, GPS suruh masuk Jalan Kenari, I jumpa Undan hahhahah. Whatever it is Alhamdulillah I selamat sampai :)........Oklah nak pi sambung makan spageti ;))......

Wednesday, January 9, 2013

Tekak besar si orang sakit

Huish semalam di OZ, mesti ramai yang mengeluh di sana sini. Aku keluar pi uni around 4.30pm. Keluar je rumah terasa sangat udara panas membahang, walaupun langit berawan....


Sungguh ramai orang bersidai tepi pantai, selain lelaki yang berlenggeng dan wanita yang memakai pakaian seminimum mungkin berjalan ke sana ke mari.

Sampai ofis...manalah ada aircond kan. Bangunan lama kan...so pasang kipas laju gilerlah. tak cukup dengan itu, my opismate pun pasg mini cooler. At one time, I told my opismate rasa nak pakai bra aje hahhahha............Balik lebihkurang 10pm pun rasa panas membahang. Jenguk ke laut ramai orang dok berendam dalam rock pool ni...


Dah tengah malam pun panas lagi. Inilah kali pertama I buka tingkap memalam buta dan siap pasang kipas lagi. Konon pagi tadi bangun 3am, nak pulun buat kerja. Tapi pi buat benda ngarut. Then 6.30am baru belek thesis....Tapi biasalah terlelap, Sedar-sedar dah 7.45 hehehhe. Semalam punyalah panas, harini dingin je tergigil2 ditiup angin waktu tengahari semasa tunggu bas. Oz weather...we can't complain ;)

Owh...nak cerita pasal foodkan, tapi intro takde kaitan lansung hahhahah. Hah! nilah antara menu orang sakit. Either masak, leftover food, instant food atau beli

Egg noodle and bbq chicken


instant mashed potato, leftover peanut sauce+taupok+chicken liver n pedal


Sticky chicken wings+mixed beans salad+kale+boncocini


leftover Sup daging+instant mashed potato+rojak buah...


Murtabak sardin

Thai food

Baked chicken+mixed bean salad+stir fried kale


Opps...macam tak sakit je kan ;)))

Hari jumaat lepas teringat sangat nak makan ikan dan nasi goreng Thai. Tapi beras kan dah habis. Belek purse, sekali lagi duit ada AUD15...:(. Terpandang pulak AUD10 atas rak buku. Balancenya korek2 la plastik duit syiling. Alhamdulillah tertunai hasrat tekak hehehhe.....

Macam biasa, mesti ada orang menyibuk :P. Kalau I beli takeway food, ada je la yang tak kena. Ni I order yg free delivery pun pepaham je la...."Eh! mahalkan.". "EH! bukan ke minimum order for delivery AUD40". Hello! yang ko tengok tu entah mana-mana katalog. Kenalah pandai cari harga termurah, food yang best dan yg pasti HALAL....I bukan membazir ya atau belanja boros. Lagipun, I boleh makan ikan dan nasi tuh banyak kali...YA! ENAM KALI TAU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Yang egg noodle tu harga aud12.50 kot, tapi I boleh makan EMPAT kali ya. Sometimes orang ni tak sedar, walaupun dia jarang beli take away food, tapi dia beli bahan yang mahal takpun menggunakan sesetengah bahan dengan banyak. Contohnya sayur brocolini yg aud2.98 secekak kecil je tuh..yg hanya boleh dimakan satu atau dua kali sahaja. Lepas tu, bila beli barang banyak sangat, sampai tak nampak...at last buang je sayur/buah yang dah layu/busuk. Sekali masak, habis sebijik bawang besar...kalau masak sambal ok jugaklah nak guna bawang banyak tuh. Kalau dia makan di Fishmarket, sensorang je sekali makan boleh habis nearly or more than AUD35.  I habis aud13 je hehhehe....Tapi duit dia, lantak dialah kan....Tapi yg dia dok nyibuk dengan apa I belanja, apahal............


Thursday, September 13, 2012

Murtabak mini, murtabak gergasi

Entri lama yang baru publish hehhee...cerita basi ;). Sehari sebelum hari raya Aidilfitri, saya menyediakan murtabak mini untuk majlis takbir raya on 18/8/2012.


Gambar blur gara2 hanya menggunakan hp Samsung mini. Dahla asyik ada error bila nak share gambar ni dari hp, pulak tu slow gilos. Anyway, resipi dari sini. Kalau tak silap, saya masak intinya pada hari jumaat dan hanya bancuhkan dengan telur dan balut dengan kulit popia bersaiz 12cm persegi dari pukul 3.45-4.45pm. Sempat juga saya berbuka dengan murtabak ini pada pukul 5.29pm. Memanglah dah agak soggy, tapi tetap sedap ditekak saya hehehe. Yang peliknya, kanda kata kalau guna sweet potato mesti lagi sedap. So, saya cakaplah kalau guna keledek tu karipap, bukan murtabak hehehe. Tak cukup dengan itu dia kata kalau crispy lagi ok. Sejak bila pulak murtabak crispy ye. Kalau samosa tu memanglah kena crispy kan ;). Tak tahulah tapi saya selalu rasa dia suka komen dan memperlekeh apa yang saya buat, lagi-lagi jika saya lagi 'advance' dari dia hehhehe.

Kami tiba lambat di majlis takbir, so memang rumah rakan dah penuh. Kami menyelit di tepi dapurlah hehhehe. Bila tiba waktu menikmati juadah, kanda suruh saya menghantar makanan kami ke meja hidangan. Dia kelihatan bengang bila saya hulurkan makanan tu kepada dia hahhaha. Habis tu dah dia lagi hampir dengan meja hidangan. Tapi dia hantar juga. Selepas tetamu lelaki selesai mengambil makanan, tibalah masa tetamu perempuan mengambil makanan. Bila dia melihat makanan kami tidak dibuka penutupnya, sekali lagi kanda bengang dan membebel "Macam mana orang nak makan, kalau tidak dibuka!!!". Selesai majlis takbir di rumah rakan, tibalah masa untuk pulang. Tetapi bekas murtabak saya tidak kelihatan. Saya diamkan sahaja, lagipun bekas plastik je. Kanda pula yang kecoh bertanya mana bekas saya. Saya hanya kata tidak tahu. Dia masih tak puas hati, lantas saya kata "Takpela". Tetiba dia kata dengan nada yang bengang "Nanti jangan complain". Terkejut dengan kata-katanya selain malu dengan adik undergrad di situ, I just replied "Saya tak complain pun".

Panjang pulak kisah murtabak mini tu kan. Anyway, inti murtabak masih banyak lagi. So, on Sunday 26th August, saya buat pulak murtabak gergasi menggunakan roti canai jenama Kawan


 Nak lembutkan frozen paratha tu, saya masukkan sekejap dalam microwave. Then saya gelek dengan roll pin nak kasi nipis. Letak filling dan goreng dalam pan. Mudah bukan :)


Dah hampir sama pulak saiz dan ketebalannya dengan murtabak raja yang popular tuh. Teringat dulu saya selalu oustation di Kelantan. Ada pakcik teksi ni punyalah baik belikan saya murtabak raja, malah dia charge hanya RM50 sahaja dari hotel Renaissance, KB ke tempat kerja-pi airport beli tiket- pergi pula ke Pasar Khadijah- kembali ke hotel dan seterusnya ke airport semula. Terharu betul dengan kebaikan pakcik ni. Kalau tidak silap dia bekas tentera. Anak-anak dia pun bukan calang-calang orang. Ada yang menjadi doktor, ada yang mempunyai farmasi di Perak.

Saya mula menggunakan khidmat pakcik ni ketika ingin kembali ke hotel dari Pasar Khadijah beberapa hari sebelumnya. Kami bersembang pasal tambang teksi etc. Dari situ saya baru tahu bahawa selama ini charge yang dikenakan oleh pemandu teksi lain memang tinggi. Maka, saya terus meminta pakcik ini menghantar saya ke tempat kerja selama saya di KB.

Sebenarnya, pada hari sebelumnya, adalah hari penamaan calon pilihanraya. Akibatnya taxi driver lain yang sudah berjanji nak pick up saya di tempat kerja di Pasir Mas datang lewat hampir satu jam. Sebaik saya kembali ke hotel, saya lihat keadaan sesak dengan orang ramai di foyer hotel. Rupa-rupanya ada ahli politik yang terkenal beserta penyokong-penyokong kuatnya. Kebetulan kami bertentang mata, saya pun senyum kepada ahli politik tuh. Mukanya yang garang tu, sedikit pun tidak senyum mahupun mengangguk. Terlintas di hati saya, kalau dia kalah pilihanraya baru padan muka. Memang tak lama selepas itu, hati melonjak gembira dan senyuman lebar terukir tatkala melihat keputusan undian beliau hehhehe..Tak senonohkan saya ni, meroyan tak tentu pasal coz orang tu tak balas senyuman. Entah2 dia rabun atau memang tak perasan gara2 terlalu memikirkan pilihanraya. Di hotel yang sama juga, saya terserempak dengan seseorang yang popular dengan pencapaiannya diluar negara dan sibuk dengan road tours di seluruh Malaysia. Saya pun tak ingat apa insidennya yang membuat saya bengang dengan dia. Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu gelarannya yang diterima telah ditarik balik. Psst..hotel ni juga menjadi penginapan MAS Crew and other airlines crew. Suka je pepagi brekky sambil usha pilot yang hensem hahahha.

Tidak ingat pula sama ada pada lawatan yang sama atau yang lain. Bayangkan saya turun dari lift dengan hanya bertshirt dan berseluar jeans, tetiba disambut dengan carpet kuning dan deretan polis dan tetamu kenamaan yang bergaya merlip merlap di lobi hotel. Then, barulah saya teringat ada bunting mengenai makan malam diraja sempena keputeraan bekas Sultan Kelantan.  Memang malu giler hahhahaa, saya naik semula ke atas. Bila agak2 majlis dah mula, saya turun semula, sudah kurang pegawai polis di lobi, rupanya ramai pula polis trafik di foyer. Demi nasi kandar kat kedai mamak, ku abaikan usikan abang-abang polis. Takde hal punya nak perasan, malu or teruja, lagipun abang-abang tu perut boroi hahhaha. Itulah, siang hari beli food di kedai Melayu Kelantan, malam hari beli makanan di Mamak Kelantan. Ada ke Mamak Kelantan hehhehe? Owh nanti kalau teringat saya ceritakan pulak mengenai bilik special dan gym hotel tuh. Hmm...kisah artis dan pasukan bola di Hotel...pun boleh dikongsikan nanti ;).

Sunday, August 12, 2012

Mengidam crispy onion rings

While watching tv on friday nite -10/8, there was a promo showing Anthony Bourdain having burger with onion rings on top. Well definitely right after that I was craving for onion rings. So, I surfed the recipe in the internet. Since I didn't have bread crumb to get fast food franchise style, so I opted for the simple recipe from Martha Stewart.



Crispy crunchy onion rings
Source : http://www.marthastewart.com/856761/crispy-crunchy-onion-rings

Ingredients
  • 2 large Vidalia onions, cut into 1/4-inch rings (I used 3/4 onion)
  • Vegetable oil, for frying
  • 1 cup plus 2 tablespoons all-purpose flour (I used 1/2 cup)
  • 1/4 cup cornstarch (Yup I used 1/4 cup...gara2 malas nak keluarkan yang terlebih)
  • 2 teaspoons baking powder (1 tsp)
  • 1 teaspoon coarse salt, plus more to taste
  • 1 1/3 cups ice-cold water (1/2 cup cold tap water)

Directions

  1. Place onions in a large bowl filled with cold water and soak 10 minutes.
  2. Heat 2 inches of oil in a deep, heavy-bottomed pot to 365 degrees.
  3. In a medium bowl, whisk together flour, cornstarch, baking powder, and salt. Whisk in ice-cold water and place batter bowl over a bowl of ice.
  4. Drain Vidalia onions and dry thoroughly between layers of paper towels.
  5. Working one handful at a time, dip onions in batter, allowing excess to drip back into bowl, and gently place in oil. Fry, turning once, until crisp and golden, 3 minutes. Transfer to a paper towel-lined tray to drain and sprinkle with salt to taste.

The verdict ?
Absolutely crispy and crunchy as its name. Well this recipe is a keeper :). So perlu tayanglah lagi la kan

Before that for iftar I had telur masak kicap and goreng bilis berbawang bertempe. Satur dah habis so, perlu lebihkan bawang and tambah cili untuk kehijauan ;)


That egg supposed to be for my sahur. But I didn't wake up huhuhu...and of course kanda didn't knock my door either :(...

The day before, I had the leftover food for iftar :)


 Tumis and sambal ikan nasi kerabu, balsamic vinegar chicken and tomato in air asam.

For iftar yesterday I had nan bread with mint sauce and bombay beef and lamb rogan josh.


 Oklah, perlu mendobi selain thesis pun dah mula jeling2 manja hehhee........