Kawan kami yang baru berhijrah kerap update status dalam FB. Salah satunya mengenai Islam itu Mudah tetapi mungkin disalahtafsir dan dikomen pula oleh rakannya yang memberi contoh pemakanan. Maka, perlulah kita tinggalkan yang syubhah. Ketika itu terus saya terbayangkan KFC berdekatan tempat kami. Kalau saya tidak silap pada tahun lepas ada rakan kami yang mengatakan pembekalnya
Steggles, maka mereka yakin untuk makan di sana. Teruja dengan cerita itu, saya menghubungi KFC Australia untuk mengesahkan sama ada pembekal ayam mereka adalah Steggles, mereka meminta saya menghubungi sendiri outlet KFC yang berkaitan kerana kemungkinan pembekal berbeza bagi setiap outlet. Usaha saya terhenti setakat itu sahaja.
Pada bulan October/November tahun ini ada rakan Muslim yang memberi saya burger KFC. Saya tak sampai hati nak tolak pemberiannya tetapi tiada keyakinan untuk makan, makan saya berikan kepada rakan Cina saya. Baru-baru ini saya mengikut rakan pergi ke shopping complex yang agak jauh dari tempat kami. Mereka juga makan KFC. Apabila saya tanya apa yang boleh dimakan, rakan saya berkata “kat sini kami makan je KFC” dan sekali lagi saya mendengar mengenai Steggles sebagai pembekal KFC. Terpulang kepada keyakinan masing-masing. Mereka yakin untuk makan, tapi saya memang mudah rasa was-was. Maka memang perlu saya elakkan supaya tidak jatuh haram hukumnya. Maka pada hari ini, 19 Disember 2011, saya menghubungi KFC yang berdekatan rumah kami, satu yang biasa dikunjungi rakan dan satu lagi di shopping mall di Bandar. Kedua-duanya mengatakan pembekal mereka adalah Ingham and the chicken is not halal.
Dan teringat pula cerita rakan yang mahu menjamu selera dengan KFC yang dikatakan halal di Sydney. Salah seorang daripada mereka bertanya kepada pekerja Bangladesh di situ. Menurut pekerja di situ memang ayamnya halal tetapi dia tidak galakkan mereka untuk makan di situ lantaran percampuran dengan makanan yang tidak halal.
Dulu saya pernah menghubungi Oporto dan ini respon mereka :
Thank you for taking the contact us here at Oporto.
All our stores purchase all chicken and chicken meat products from Halal certified plants in Australia in accordance with Australia Food Safety Standards. Our delicious chicken is supplied by Cordina, Bartter Steggles, Red Lea/Fresh Poultry. Halal certificates are available in request and are kept in the store information folder under each counter.
All marinades and sauces are also safe to consume on a halal diet.
The chips are blanched in vegetable oil, frozen and supplied to stores ready for cooking. We then cook our chips with a vegetable oil that also makes them suitable for a Halal diet.
Should you have any further queries, please do not hesitate to contact me. Thank you once again for your enquiry.
Kind Regards
Nicole Sultana
Supply Chain Coordinator
Oporto Franchising Pty Ltd
Corporate Office
Level 5, 619 Pacific Highway , St Leonards, NSW 2065
Mobile: 0412 303 394
Direct: 02 8905 8423
Fax: 02 8905 0933
Email : nicole.sultana@oporto.com.au
Baru-baru ini saya order Bondi burger dan berhajat untuk makan di pejabat. Sebelum makan saya biasanya akan check sama ada banyak sos ataupun tidak. Semasa, menyelak lapisan sayur dan daging burger saya terpandang kepingan berwarna pink. Memang saya sangat sakit hati dan kecewa kerana saya betul2 lapar waktu itu. Mungkin pekerja tersebut tak dengar burger apa yang saya order. Dan saya pula tidak semak resit pembayaran. Saya bungkus semula burger tersebut dan berikan kepada rakan Thai. Sudah bukan rezeki saya untuk makan burger pada hari itu, maka terpaksalah saya pergi ke café uni untuk membeli kebab pula.
Besarkan kebab ni
Tetapi sebelum itu, saya samak dulu tangan saya. Memang kembang tekak bila mengenangkan saya mungkin terpegang kepingan bacon itu.
Kenapa saya begitu yakin membeli burger di outlet yang juga menghidangkan bacon?
Hmmmmmm....berdasarkan email yang di forward oleh rakan.
Thank you for taking the time to contact us here at Oporto. I hope to confirm a few details on our products.
All our stores purchase all chicken and chicken meat products from Halal certified plants in Australia in accordance with Australian Food Safety Standards. Our delicious chicken is supplied by Cordina, Golden Farms, Red Lea/Fresh Poultry.
Our Chicken Fillets and Chicken Nuggets are marinated using a lemon juice base. White Vinegar is used in the marinade for the Rappa Chicken, Chicken Strips and Whole Chicken.We are happy to confirm that we do not use alcohol in the marinades or in any of our products.
We use natural vegetable oils and vegetable based margarine. Our gravy is also made with vegetable based products and contain no meat.
Our buns/bread do not include any animal fats or emulsifier 471.
Some burgers contain bacon, however please note that the Bacon is cooked on a separate part of the grill and only designated equipment is used to handle and serve bacon.As per our strict policies on food safety, we use different coloured tongs and utensils for all items such as raw items, cooked items, chicken, bacon etc. Each store has a wall chart in the kitchen to remind staff how to handle the different items to ensure there is no cross contamination.
The chips are blanched in vegetable oil, frozen and supplied to stores ready for cooking. We then cook our chips with a vegetable oil that makes them suitable for a Halal diet.
Halal certificates are available in request and are kept in the store information folder under each counter. Whilst Oporto stores are not Halal certified, we take care to ensure most of our products are suitable for most customers dietary requirements.
This is standard practice in all of our stores across Australia . I am only too happy to discuss this further with you and provide you with any further information that you may require. Please feel free to contact me directly at any time.
Kind Regards
Nicole Sultana
Supply Chain Coordinator
Oporto Franchising Pty Ltd
Teringat juga pasal kek yang dibeli oleh pensyarah dalam group saya dulu. Pada mulanya saya tidak mahu makan kek itu kerana tidak pasti bahan-bahannya. Tetapi akhirnya saya jadi yakin kerana tidak mungkin pensyarah itu membeli kek yang ada wine dengan pengetahuan yang saya akan menyertai mereka makan tengahari dan meraikan sambutan hari jadi ahli group kami. Sebaik sahaja saya menghabiskan cebisan kek yang terakhir seseorang berkata sesuatu kepada saya dan semua orang memandang saya. Saya tidak dengar butiran percakapan itu. Tiba-tiba saya jadi tidak tenteram, dan hati saya berkata-kata adakah sebenarnya kek itu mengandungi wine. Kenapalah saya tidak bertanya sebelum itu. Keyakinan yang buat saya tidak tenang akhirnya…..Memang silap saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Kisah ini buat saya lebih berhati-hati dalam soal pemakanan.
Teringatlah pula cerita rakan mengenai Tiramisu yang di makannya. Kalau tidak silap, menurutnya desert itu berasa pelik. Bila dia bercerita dengan rakannya, rupa-rupanya ada wine dalam desert itu. Tapi nak buat macam mana, seperti kisah saya, kami dah makan.
Ada juga rakan yang bercerita mengenai rakannya yang pernah belanja dia makan chicken di airport. Menurutnya, rakannya menganggap semua ayam di OZ adalah halal. Dari gaya ceritanya dia seperti tidak yakin dengan kehalalan ayam tersebut berdasarkan ayatnya yang orang lain selamba je makan ayam tuh. Masalahnya dia makan juga ayam tersebut dan akhirnya saya juga yang terpaksa menahan telinga mendengar bebelannya. Apa yang saya pelik adalah tidak mungkin seorang hajah dan selalu memberi ceramah agama pada saya ketika menonton tv tidak tahu hukum memakan makanan yang diragui kehalalannya. Yang membuatkan saya sedih bila dia membeli makanan seperti garlic bread dan gnochi yang dilabelnya terdapat E471. Memang diakui terdapat produk yang bersumberkan tumbuhan walaupun tidak memaparkan plant-based. Tapi kenapa hendak makan juga, jika kita ada pilihan lain. Dan jika kita tiada pilihan pun, bukankan menahan diri itu lebih besar pahalanya. Itu adalah ceramah agama yang pernah disampaikan oleh hajah kepada saya, tetapi malangnya dia tidak amalkan ilmu tersebut. Terdapat juga rakan yang makan ayam yang pada saya pasti bukan halal di restoren Itali dan restoren Thai tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah di depan mata kami. Saya memang tidak tergamak untuk menegurnya, dikhuatiri mengaibkannya, Tetapi saya memang tidak sangka, kecewa dan sedih bila melihat orang yang sepatutnya jadi contoh seperti pelajar lepasan Universiti Islam dan bekerja di Universiti Islam tetapi tidak boleh diharapkan
Memang kita kena elakkan memakan makanan yang meragukan, yang jelas haram apatah lagi. Tetapi kalau rakan-rakan kita yakin bahawa semua ayam di OZ adalah halal, siapalah kita untuk mengingatkan dan melarang. Saya sendiri tidak sempurna, malah masih ada lagi kewajipan yang saya tidak laksanakan ....
Kebiasaanya saya memang akan hubungi customer service sesuatu produk jika ragu-ragu/was2 mengenai kandungan produk mereka. Misalnya Muesli yang mengandungi coated yogurt dari Sanitarium.
Thank you for your enquiry regarding Sanitarium Fruit and Five Grain Muesli. I am pleased to provide the following information.
Sanitarium Fruit and Five Grains Muesli is suitable for lacto vegetarian diets, in that it contains dairy, but no other animal derived ingredients. The humectant used in this product is derived from a plant based source, also the yoghurt coated raisins are produced without any animal derived ingredients other than milk.
We hope that you find our information helpful. Please feel free to contact us again for more information.
I invite you to join the mailing list for our Good Food News newsletter, which includes the latest nutrition research, tasty recipes, Sanitarium products and leaflet information. Please visit Sanitarium’s website at www.sanitarium.com.au to subscribe to Good Food News on-line. You can also subscribe to our free recipe of the week email on our web site.
Yours Sincerely,
Simon Barden
Dietitian - Sanitarium Nutrition Services
Yang ini pulak email yang diforward oleh kawan kami
Red Lea Chickens has Halal Accreditation for the following products:-
Fresh & Frozen Poultry
BBQ Chickens
Marinated Half Chicken
Portuguese Chicken
Marindee Fillets
Smoked Backbones
Schnitzels - Thigh, Tenderloin, Breast
Smoked Chicken
Chicken Kebabs - Plain, Garlic, Satay, Honey Soy, Peri Peri & Lemon Pepper
Chicken Sausages - Thin, Tasty, Gourmet and Herb & Garlic
Chicken Rissoles & Meatballs
Chicken Frankfurts
Chicken Devon
Chicken Roll
Accreditation is for the product as "uncooked"
Other products may not be Halal due to the extra ingredients added
Hope this information helps
ANNETTE SAJKIC I Retail Administration Manager I Red Lea Chickens Pty Ltd
421-427 Flushcombe Road (PO Box 6565) BLACKTOWN NSW 2148
E: annette@... I Ph: (0Saya mudah was-was dengan bahan yang ada dalam supplement misalnya sumber bagi kapsul Evening Primrose Oil. Setelah ditanyakan pada mereka yang berkenaan di Chemist warehouse, mereka mengesahkan bahawa kapsul tersebut adalah plant-based.
Pertanyaan tersebut tidak hanya pada produk makanan, malah produk penjagaan muka seperti…..
Thank you for contacting us regarding St Ives Apricot Facial Scrub.
After speaking with our Research and Development team I can confirm the source of glycerin in St Ives Apricot Scrub is plant based.
We appreciate you taking the time to contact us with your enquiry. We hope that the information enclosed answers your query. If you need further assistance, please contact me once again.
Yours sincerely
Amy Birrell
Consumer Relations Consultant
www.unilever.com.au