Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

Friday, December 12, 2014

Bercuti Bersama Keluarga

Masih lagi Ratu bercerita mengenai aktiviti Raja dan Ratu di Penang. Kali ini Ratu ingin bercerita mengenai aktiviti kami di sebelah malam. Raja membawa Ratu bersama ibubapa Ratu ke Batu Feringgi. Di sini, susasana di sebelah malam seperti 'night market'. Berderet-deret gerai-gerai jualan pelbagai barang seperti pakaian, beg, cenderahati dan sebagainya. Boleh tahan jugalah harganya. Sempat pula singgah di Hard Rock cafe membeli pakaian yang dikirim oleh rakan Raja. Emm.. nak juga beli kat sini. Tempat sendiri pun ada Hard Rock tapi rakan Raja ini hendak juga minta Raja belikan pakaian di sini. Layan je la !!!

Keesokkan harinya, Raja dan Ratu ingin membawa Puteri Raja Ratu merasai menaiki feri. Waa.. suka lah Puteri Raja Ratu. Inilah feri yang kami naiki.


Sudah masuk ke dalam feri dengan vios yang kami bawa. Feri bergerak je, Raja dan Ratu pun keluar tengok pemandangan laut. Emm.. berposing jap.


Selepas itu, kami bergerak ke Padang Besar, Perlis. Tapi Ratu agak sedih sedikit sebab jalanraya yang menuju ke Padang Besar ini tidak berapa rata. Tayar kereta sering bersanggit. Emm.. diharapkan pihak-pihak tertentu di Perlis dapat memperbaiki struktur jalanraya tersebut sebab Padang Besar ini juga adalah salah satu tempat tumpuan utama para pengunjung yang datang ke Perlis.

Akhirnya sampai juga di Padang Besar. Emm.. sudah sampai sini. Lapar la pulak. Kenyangkan perut dulu. Huhu. Ambil tenaga dahulu, Sebab sekejap lagi nak memborong. Hehe. Sekali masuk. Mak oiii.. Rabun mata jap.. banyaknya pakaian yang dijual. Murah-murah pula tu. Maklumlah berdekatan dengan Thailand. Ini duit kat tangan ni boleh habis dibuatnya. Raja dan Ratu ada juga beli beberapa pakaian dan makanan ringan di sini. Makanan ringan pun tidak kurang hebat gak. Rasa macam nak rasa itu.. Hendak rasa ini. 

Inilah antara suasana di Padang Besar,


Mula-mula masuk tangan kososng. Sekali balik masing-masing penuh tangan. Huhu. Sudah penat berjalan. Raja mengambil keputusan untuk pulang. Atas sebab, kesihatan ayah Ratu yang kurang sihat.. Batuk.. kawan Raja pula sudah menunggu Raja kerana ingin meminta bantuan Raja untuk membeli enjin kereta. Geram pula Ratu dengan kawan Raja ini pun ada. Orang tengah bercuti. Dia sibuk ajak Raja untuk membeli enjin kereta. 

Perjalanan kami untuk pulang agak terganggu sedikit disebabkan kesesakan kenderaan di lebuh raya. Maklumlah cuti sekolah kan. Akhirnya, kami selamat juga sampai lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi. Emm.. kami sampai Pulau Pinang pun pukul 4 ke 5 pagi, Kami sampai rumah pun pukul 4 ke 5 pagi. Huhu. Alhamdulillah, janji selamat sampai. Kecian Puteri Raja Ratu kepenatan dia. Hehe.

Tatapan dari,

Thursday, December 11, 2014

Bercuti Di Pulau Pinang

Alhamdulillah Ratja Ratu dan keluarga selamat sampai di Pulau Pinang. Tiba di hotel kami mengambil peluang berehat melelapkan mata seketika beberapa jam sebelum kami meneruskan aktiviti kami di sini. Maklumlah bergerak malam kan. Selepas badan sudah berasa segar sedikit, kami bersiap-siap untuk keluar makan tengah hari dan Raja Ratu menuju ke Bukit Bendera untuk menaiki kereta kabel.

Setibanya kami di sana, terperanjat juga tengok. Ramainya orang. Tempat letak kenderaan juga penuh. Rayau punya rayau. Akhirnya kami jumpa juga ruang kosong untuk meletakkan kenderaan. Tapi jauh sedikit la, kenalah berjalan kaki sedikit. Tidak mengapa semangat untuk menaiki kereta kabel yang berkobar-kobar mengatasi segala-galanya. Huhu.

Tengok la ni.. Betapa ramai orang yang beratur. Ini sudah tidak boleh beratur panjang, kena beratur cam ular. Belok sana, belok sini. 


Emm.. Hendak beli tiket kena tunjuk kad pengenalan ya. Ratu terpaksa call Raja dan bapa Ratu yang menunggu di luar bersama-sama Puteri Raja Ratu untuk menghulurkan kad pengenalan. Setelah kad pengenalan di kumpul dan tiket sudah dibeli. Emm.. kena beratur pula untuk menaiki kereta kabel ni. Beratur panjang daa..

Setelah menaiki kereta kabel. Kami naik ke atas Bukit Bendera. Pehhh !!! Curam juga ya bukit ni. Tiba di atas. Dapat tengok pemadangan Pulau Piang dari atas. Wah !!! Sungguh cantik.

Inilah posing kami,


Ratu sempat juga membeli cenderahati di atas Bukit Bendera ini. Setelah kepenatan merayau-rayau di dan menikmati keindahan alam melalui pandangan di bahagian atas Bukit Bendera ini. Kami pun turun kembali melalui kereta kabel. Sekali turun. Gerun dibuatnya. Terasa curam menurun bukit. Huhu..

Tatapan dari,

Wednesday, December 10, 2014

Bercuti Bersama Keluarga

Alhamdulillah, rezeki akhir tahun ini. Kalau hendak diikutkan, Raja dan Ratu fikir kami tidak perlu pergi bercuti hujung tahun ini. Sebab budget lari untuk keperluan rumah baru. Raja Ratu fikir tunggu rumah baru kami siap seperti mana yang Raja Ratu impikan, barulah nanti mula fikir untuk bercuti. Tapi.. Alhamdulillah.. Ratu dapat rezeki terpijak. Ratu dapat peruntukkan RM1,000 untuk bercuti. Kebetulan pula Raja balik bercuti. Alhamdulillah, memang kena lah pada masanya.

Raja dan Ratu berbincang ke mana arah tujuan kami untuk bercuti. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Pinang dan singgah di Padang Besar, Perlis. Raja dan Ratu membawa ibubapa Ratu untuk turut sama bercuti. Ratu pun mula mengambil cuti selama seminggu. Maklumlah cuti Ratu ada 15 hari lagi. Kalau Ratu ambil cuti 5 hari ini sekalipun cuti Ratu ada lagi baki cuti10 hari lagi. Emm.. kena habiskan ni. Kalau tidak rugi. Sebab baki cuti ini adalah baki cuti tahun lepas dan ianya tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Cuti Ratu pada tahun ini sebanyak 22 hari lagi tidak berusik. Huhu.

Ratu dan Ratu bergerak ke Pulau Pinang di sebelah malam. Sebelum bergerak, Ratu telahpun booking hotel untuk kami menginap apabila sampai di sana nanti. Kalau hendak diikutkan Raja perlu cukup tidur dan berehat sebab Raja akan memandu nanti. Akan tetapi, sebelah siang tu Raja dan Ratu ada urusan yang perlu diuruskan. Jadi, kami sampai di rumah lebih kurang 7 malam. Selepas mandi dan solat, Raja tidur sekejap manakala Ratu pula menyusun pakaian kami sekeluarga yang hendak dibawa ke sana. Ibubapa Ratu sudah bersiap-siap dah dari siang tadi. Emm.. berkobar-kobar nampaknya. Huhu..

Kami mula bergerak pukul 11.30 malam. Dalam perjalanan, Raja bergilir-gilir memandu bersama ayah Ratu. Ada masanya kami berehat dan tidur seketika di R & R. Ratu menidurkan puteri kami yang comel ini dalam kereta.



Sampai di Seberang Perai lebih kurang pukul 4 ke 5 pagi. Oleh kerana kami sampai di awal pagi ini, Ratu mengajak Raja mencari hotel yang masih kosong dan lebih selasa. Memang Ratu ada booking hotel. Tapi hotelnya itu adalah di Seberang Perai sebelum merentasi Jambatan Pulau Pinang. Kalau hendak pergi ke bandar agak leceh sedikit. Perlu bayar tol. Ratu pun mengajak Raja mencari hotel di kawasan bandar Pulau Pinang. Cari punya cari akhirnya dapat juga hotel iaitu Hotel Hong Ping. Ratu pun bayar bil bilik untuk menginap dan kami semua tidur seketika dan berehat. Maklum lah penat kan. 

Nanti Ratu sambung lagi untuk aktiviti kami di Pulau Pinang ini. Tunggu !!!!

Tatapan dari,

Wednesday, May 11, 2011

Habiskan masa di Taman Bunga Kuala Lumpur..

Pada hujung minggu, Raja pulang dari outstation. Ratu ada mengadu pada Raja yang Ratu terasa ingin pergi bercuti bersama.. terasa BORING lah pulak.. hehe.. Pada mulanya, Ratu tak menyangka permintaan Ratu ditunaikan sebab Ratu tengok Raja kepenatan. Maklumlah baru pulang dari outstation. Ratu pun kecian tengok Raja.. EWAH.. EWAH.. EWAH.. ni kira kecian ker.. atau nak memujuk Raja bawa Ratu pergi bercuti lagi di lain hari.. Ahaks..

Pada pagi hujung minggu tu, Raja dah suruh Ratu bersiap. Emm..
Raja : Dah pergi mandi.. siap-siap..
Ratu : Aik, nak pergi mana..
Raja : Kita pergi Taman Bunga..
Ratu : Betul ker ni.. Ayang kan penat..
Raja : Emm.. nak pergi ke tidak..
Ratu : Mestilah nak.. sekarang juga pergi mandi..

Ratu kan pasal berjalan memang no 1. Waa.. tanpa melengahkan masa Ratu dengan hati yang girang bersiap-siaplah. Selepas sarapan, kira-kira pukul 10.00 lebih kami pun bertolak. Ini adalah salah satu pemandangan yang terdapat di sana.Walaupun, kawasannya tidaklah sebesar mana. Tapi Ratu rasa seronok melihat keindahan bunga Orkid dan bunga Raya pelbagai warna. Bila rasa penat, Raja temankan Ratu berehat sebentar. Maklumlah, dah berbadan dua ni kan. Sempat juga Ratu membeli bunga untuk ibu Ratu suka sebab ibu Ratu ni minat Orkid.

Setelah puas berjalan, kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan Raja sudah mengadu lapar, kami pun berhenti di KFC sambil menikmati hidangan tengah hari kami. Malam tu pula, Raja mengajak Ratu makan ikan bakar. Emm, selepas perut kenyang kami pun pulang dengan hati yang girang. TERIMA KASIH RAJA HATIKU..

Tatapan dari,

Sunday, November 21, 2010

Taman Rama-Rama lagi..

Pergi Taman Rama-Rama lagi. Emm, beberapa bulan yang lepas Raja Ratu ada pergi ke Taman Rama-Rama di Kuala Lumpur untuk mengisi masa lapang. Mengisi masa lapang? Emm, ok tak jawapan tu.. hehe. Ini kes dah tak tahu nak buat apa. Apa yang Raja Ratu suka ialah berjalan-jalan. Ahaks. Tapi kali ini kami bukan pergi ke tempat yang sama, tapi lokasi kami kali ini adalah di Taman Rama-Rama di Melaka.

Kali ini Raja Ratu bukan pergi berdua tapi berempat iaitu bersama-sama dengan sepupu Raja. Sepupu Raja juga sudah tak tahu nak buat apa di masa lapang. Emm, jadi kami berempat bercadang ke Taman Rama-Rama di Melaka. Dalam perjalanan kami ke sana, kami singgah dulu makan Mc Donalds. Hehe. Kena lah kenyangkan perut dulu sebelum berjalan.

Sampai di sana, beli tiket dan lekatkan di baju. Seronok juga tengok landskap & pelbagai binatang di dalam kawasan Taman Rama-Rama ni. Tapi sayangnya, makanan ikan telah habis dijual. Baru ingat nak bagi ikan-ikan ni makan. Inilah antara binatang yang sempat diambil.
Ini pula gambaran yang kedua.
Pelbagai jenis ular juga ada di paparkan di taman ini dari pelbagai jenis dan kategori bisanya. Setelah penat berjalan. Kami pun pulang dengan hati yang girang. Ingatkan nak rayau ke zoo ker.. Taman Buaya ke.. Emm, nampaknya masa telah mencemburi kami. Tak kasi kami merayau lagi. Kenalah kami balik. Emm, Ratu terfikir juga ni, ada ker Taman kucing yek. Kalau ada, pastinya Raja & Ratu akan habiskan masa kami di Taman ini. Pastinya kami akan bawa Si BABY kesayangan kami ini.MEOW !!! MEOW !!! MEOW !!! hehe.. Tapi memang ada ker Taman Kucing?

Tatapan dari,

Saturday, September 25, 2010

Taman Rama-Rama Kuala Lumpur..

Sepatutnya, bulan Syawal Raja & Ratu pergi beraya. Tapi kami boleh sempat singgah Taman Rama Rama Kuala Lumpur. Raya tahun ini pula jatuh pada hari jumaat 10 September 2010. Hari Isnin pejabat Ratu diistiharkan tutup 1 hari. HOREY !!!! Perlu ker Ratu melompat kegembiraan. Ratu lak mohon cuti 2 hari iaitu hari Selasa & Rabu. Hari Khamis dah cuti 1 Malysia. Jadi Ratu mulakan tugas pada Jumaat 17 September 2010. Haha. Saja hendak menempelkan muka kat pejabat, sedangkan lepas tu Hari Sabtu & Ahad dah cuti. haha. Ops!!! 17 September tu bithday Ratu. hehe. Boleh lak birthday tu pergi kerja, tak mohon cuti lak sedangkan cuti tahunan ada lagi & boleh mohon lagi.. hehe.

Ratu ajak Raja pergi Taman Rama-Rama ni hari raya ke 4. Sekali ajak Raja setuju saja. Macam Ratu jugak yang pantang diajak berjalan. Haha. Masa tu kami di rumah keluarga Raja dan ingin pulang ke rumah ibubapa Ratu. Lepas Ratu membuat 'ajak-ajak ayam' kepada Raja untuk ke Taman Rama-Rama Kuala Lumpur. Terus kami buat perancangan drastik, kami bersiap dan bergerak ke Taman Rama-Rama dulu. Lepas tu kami pulang ke rumah ibubapa Ratu lak. Barang semua dah siap tersusun dalam kereta. Hehe. Rumah bapa sedara kami belum habis beraya lagi. Tapi leh curi-curi pergi jalan-jalan lagi. hehe. Tak per cuti masih ada lagi. Raya pun 1 bulan kan.

Inilah gambar kumpulan serangga di dalam kawasan Taman Rama-Rama
Ini pula gambar yang ke 2 dari kumpulan serangga yang dipamerkan..
Ini pula gambar ke 3 yang dapat kami ambil
Tapi bagi pendapat Raja Ratu, kami lebih suka pergi Taman Rama-Rama di Melaka. Rasanya lebih menarik. Landskapnya pun lebih cantik & banyak binatang yang dikumpulkan. Tapi ini adalah pendapat & pandangan kami sahaja.

Tatapan dari,

Wednesday, February 3, 2010

Taman Burung Kuala Lumpur...

Raja tension kerja!!! Ratu pun nak rehatkan minda!!! Haha.. Dengar sini semua.. Kami nak LARI DARI KESIBUKAN KERJA!!! Waa, rasa2 bergema tak telinga korang mendengar luahan jeritan batin kami yang memberontak. Ratu memberi cadangan nak jalan2. Ratu dan Raja ni suka jalan-jalan. Bila Ratu ajukan pada Raja, Raja dengan terus bergolek2 & melonjak kegembiraan menyatakan setuju. BOLEH PERCAYA KER? Haha.. Semestinya tidak kan, sebab Raja tak bergolek2 pun. Haha.
Ratu menyatakan cadangan Ratu nak pergi Taman Burung KL. Raja pun setuju & kami pun bergeraklah. Ratu pun beli tiket tengok ada promosi untuk ahli J-Card. Sepatutnya tiket masuk RM15 tapi untuk ahli J-Card, tiket masuk jadi RM10 seorang. Dah beli tiket, kami masuk. Baru 10 minit berjalan bateri hand phone Ratu lak kong. Ratu mengadu Raja. Nasib baik Raja tak marah & melayan karenah Ratu. Hehe. Ratu ni pun kat rumah tadi tak nak caj. SORRY SAYANG!!! Kami keluar balik & caj handphone kat kereta. Nasib baik dalam kereta ada caj handphone. Pas tu kami masuk balik. Korang jangan terkejut. Taman ni boleh keluar masuk, kerana 1 tiket tu untuk 1 hari. Maknanya, korang leh keluar masuk sesuka hati korang cam rumah sendiri. Haha.
Ni antara gambar yang sempat diambil, cantik kan.
Ini lak ayam..
Ni bangau dengan gelagatnya...
Tengoklah burung merak yang ingin menunjukkan kehebatan & kecantikkannya.
Cantik tak..
Ratu & Raja juga ada masuk di bahagian burung2 dilepaskan. Waa.. seronok tengok gelagatnya.. Burung ni leh duk kat tangan kita, bila ada makanannya. Tapi tu lah sayang seribu kali sayang, tak dapat nak ambil gambarnya. Bateri handphone dah kongggg !!!! Penat memang penat sebab luas betul kawasannya. Tapi seronok tengok keindahan CIPTAAN ILLAHI. Dah penat berjalan, kami berhenti jap di gerai kecil dalam taman tu minum air. Raja tengok Ratu teringin nak makan aiskrim, Raja terus belikan. Waa, seronoknya dapat makan aiskrim. Dah keluar taman, kami pun gi makan & pulang lah dengan hati yang girang. Haha.


Tatatan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267