Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Showing posts with label 6 tahun. Show all posts
Showing posts with label 6 tahun. Show all posts

Monday, October 9, 2017

Konvokesyen Puteri Raja Ratu

Alhamdulillah, hari yang ditunggu-tunggukan sudah tiba. Hari ini Ratu bercuti kerana ingin melihat Puteri Raja Ratu yang terlibat dalam majlis konvokesyen. Ratu punyalah teruja tapi sedihnya Raja tidak turut serta kerana tugas luar. 

Puteri Raja Ratu ingin pergi bersama-sama rakan sekelas menaiki bas yang telah disediakan di tadikanya. Ok lah, Ratu pun izinkan dan Ratu merancang akan mengikut bas yang dinaiki Puteri Raja Ratu dari belakang. Majlis konvokesyen bagi tadika Puteri Raja Ratu bermula di sebelah petang. Tapi pukul 10.30 pagi kami telah bertolak. Emm.. Awal pula rasanya. Kebanyakkan ibubapa tiba lebih kurang pukul 2.00 petang. Emm.. tak per lah, Puteri Raja Ratu punya pasal, Ratu ikutkan. Huhu..

Sampai di tempat yang dituju, Ratu tengok penuh kiosk-kiosk kecil menjual jambangan bunga sebagai hadiah konvokesyen untuk anak masing-masing. Waa, terujanya Ratu tengok. Dah tidak tahu mana satu nak beli dan pilih.

Akhirnya, inilah yang menjadi pujaan hati,



Bila tiba sahaja masa untuk Puteri Raja Ratu dan rakan-rakan sekelasnya naik ke pentas. Ratu pun mulalah merakam video untuk tontotan Raja dan ibubapa Ratu nanti. Inilah gambar selfie Puteri Raja Ratu sebelum sesi konvokesyennya.


Ini pula gambar kedua,


Selesai sahaja video dirakamkan, Ratu terus menghantar video tu kepada Raja dan ibubapa Ratu. Majlis berakhir pada pukul 5.30 petang. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan Ratu dapat merakam video tersebut dengan baik sebagai kenangan kami nanti.


Tatapan dari,

Wednesday, August 16, 2017

Aktiviti Puteri Raja Ratu Di Tadikanya

Kali ini Ratu menerima gambar hasil dari aktiviti Puteri Raja Ratu di tadikanya. Waa, seronoknya. Aktiviti kali ini adalah membuat kenderaan secara berkumpulan. Patutlah, cikgunya ada whatsapp mohon bawa kotak tak kira sama ada kotak biskut atau kotak tisu. Puteri Raja Ratu memaklumkan kepada Ratu bahawa dia akan buat kenderaan. Emm.. Ratu pun bekalkan kotak sabun, kotak teh uncang lipton dan kotak ubat gigi.

Tapi bila pulang dari kelasnya, Ratu pun terkejut bila melihat kotak-kotak yang Ratu bekalkan masih lagi dalam beg sekolahnya. Bila Ratu melihat gambar yang dihantar ini oleh gurunya melalui group whatsapp barulah Ratu tahu bahawa gurunya yang membawa atau memilih kotak yang bersesuaian untuk aktiviti membina sebuah kenderaan.

Inilah antara gambar yang diterima,


Erkk.. kenapa tingkap keretapi ni tak banyak. Hasishh..


Ini gambar seterusnya semasa proses penyiapan,


Ini adalah antara hasil kerja berkumpulan,


Wow, cantik dan kreatif hasil kerja masing-masing kan. Alhamdulillah, siapa sangka hasil kerja tangan kanak-kanak sekarang ini semakin keratif. Huhu..

Tatapan dari,

Wednesday, August 2, 2017

Waa.. Seronoknya Puteri Raja Ratu Beraya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Kali ini Ratu ingin kongsikan gambar aktiviti Puteri Raja Ratu beraya di tadikanya minggu lepas. 

Puteri Raja Ratu yang sibuk beraya di tadikanya, Raja dan Ratu yang kalut. Huhu.. Pulang sahaja dari tadikanya, terus dia mengingatkan Ratu bahawa dia kena memakai baju raya dan membawa kuih raya ke kelasnya pada keesokkan hari. hEHE..

Bukan main excited lagi, malam tu juga Ratu acukan baju raya pada Puteri Raja Ratu. Ratu ingat nak pakaikan baju raya tahun lepas sahaja sebab baju raya tahun ini agak labuh sedikit. Oklah Ratu terus ambil keputusan pakai baju raya tahun lepas. Keesokkan harinya, Ratu memakaikan Puteri Raja Ratu ini baju raya tahun lepas. Tapi, sekali tengok macam tak sesuai pulak. Ratu lak suruh Puteri Raja Ratu tukar balik dan pakai baju raya tahun ini. Aduhhh... Hehe.. Saja je, sekali pandang, baju raya tahun ni pulak nampak lebih cantik di mata Ratu lak pagi tu. Huhu..

Inilah gambar Puteri Raja Ratu bersama-sama rakan-rakan sekelasnya,





Ini pula gambar kedua,




Kali ini kena pakai baju raya.. bawa kuih raya dan pakai kasut raya.. Huhu.. Tak per, janji Puteri Raja Ratu ni seronok.


Tatapan dari,

Friday, July 7, 2017

Puteri Raja Ratu Sudah Mula Mengaji

Alhamdulillah, di bulan Ramadhan yang lepas, 1 lagi perkembangan Puteri Raja Ratu yang baik. Ratu memang target di bulan Puasa lepas Puteri Raja Ratu sudah mengenal huruf dan mengeja dengan baik. Alhamdulillah, akhirnya tercapai jua.

Sebenarnya, setiap malam Ratu sendiri akan mengajar Puteri Raja Ratu mengaji. Pada mulanya, Ratu mengambil tindakan mengajar Puteri Raja Ratu ini melalui Iqra'. Tapi Ratu tengok Puteri Raja Ratu ini makin keliru dan hilang fokus. Bukan Ratu kata Iqra' ini tidak bagus. Tapi penyusunan yang agak tidak sesuai bagi kanak-kanak yang baru mula belajar. Tapi mungkin ada kanak-kanak lain yang sesuai melalui Iqra', Ratu kurang pasti. Tapi bagi Ratu Iqra' ini huruf dan langkah pengejaan huruf tu seperti tidak tersusun. Berbanding Muqaddam, sesi pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal huruf dan mengeja lebih teratur dan Puteri Raja Ratu lebih memahami dan lebih cekap mengeja. 

Dah elok-elok Ratu ajar Puteri Raja Ratu melalui Iqra', Ratu terus bertukar ke Muqaddam bila tengok perkembangannya mengeja yang agak merosot. Bila belajar Muqaddam ni ada lebih kurang 30 mukasurat perlu dihadam Puteri Raja Ratu untuk sesi mengenal huruf dan mengeja. Alhamdulillah, sikit-sikit Ratu mulakan dan akhirnya. Puteri Raja Ratu sudah habis mengeja.



Kali ini, Puteri Raja Ratu sudah ke bahagian seterusnya iaitu mengeja dan membaca surah bermula dari surah Al-Fatihah dan seterusnya hingga habis. Ratu sudah mula membiarkan dia mengeja sendiri dan mana yang salah tu Ratu betulkan balik.


Moga-moga Puteri Raja Ratu dapat menghabiskan Muqaddam ini dengan baik dan seterusnya ke langkah mengaji Al-Quran pula. Ratu selalu memberikan Puteri Raja Ratu kata-kata semangat agar dia dapat mengeja dan membaca dengan baik. Nanti dia boleh mengaji Al-Quran sambil Ratu menunjukkan Al-Quran. Bila Puteri Raja Ratu nampak je Al-quran dia mulalah bersemangat mengeja. Alhamdulillah.

Tatapan dari,

Monday, June 5, 2017

Alhamdulillah

Alhamdulillah, bulan Ramadhan tahun ini memberikan satu perkembangan yang baik kepada Puteri Raja Ratu. Tahun ini Puteri Raja Ratu mula belajar berpuasa. Hari pertama dia berpuasa, Puteri Raja Ratu dapat bertahan sampai pukul 11.00 pagi je.. Emm, sebenarnya dia dah bersahur. Sekali pukul 11.00 pagi, Puteri Raja Ratu ni dah minta susu. Huhu.. Pujuk punya pujuk, nampaknya tidak membuahkan hasil.


Hari kedua, Puteri Raja Ratu mampu bertahan sehingga pukul 12.00 tengah hari. Emm.. Tapi yang seronoknya baru-baru ini, Ratu berjaya memujuk Puteri Raja Ratu bertahan sehingga 2.30 petang. Itupun dia dah menagis dah leh tahan lagi. Ala keciannya,

Ratu : Anak ibu bertahan sampai buka puasa ya.. Nanti ibu bagi upah main bunga api..
Puteri Raja Ratu : Alaaa.. tak nak bunga pun tak per.. lapar ni..

Ala cianya.. Huhu.. Iya la terus layan Puteri Raja Ratu ni buka puasa. Tak per la.. Janji Puteri Raja Ratu ni dah dapat belajar untuk berpuasa lebih lama sedikit berbanding sebelum ini.

Alhamdulilah, kali ini Puteri Raja Ratu mampu bertahan sehingga pukul 4.30 petang. Ratu pula yang risau sebab Puteri Raja Ratu ni makan nasi sikit jer berbanding dengan hari-hari sebelumnya ketika bersahur. Siap Ratu tawarkan susu kepadanya jika dia tak mampu bertahan. Biasanya kalau Puteri Raja Ratu ini lapar dan tidak mampu bertahan, Ratu akan buat nasi goreng untuknya. Kebetulan pula, kali ini Raja dan Ratu membeli belah membeli barang keperluan bulanan di Mydin. Ratu terus bekalkan susu di dalam kereta. 

Ratu : Anak ibu nak susu tak. Boleh tahan tak sayang.
Puteri Raja Ratu : Sekejap lagi lah susu tu.

Sampai sahaja di Mydin, setelah semua barang keperluan bulanan telah diambil. Kami pun ingin membuat bayaran. Sekali Puteri Raja Ratu ternampak kawasan permanainan kanak-kanak di dalam Mydin. Iayalah, Raja pun layan je lah kerenah Puteri Raja Ratu yang masih lagi berpuasa. Tapi Ratu pesan tak leh main lama-lama sebab berpuasa. Main dalam 5 minit jer. Raja pun bawalah Puteri Raja Ratu sementara Ratu uruskan pembayaran. Sekali Puteri Raja Ratu ini bermain dengan penuh riangnya sampai dia tak sedar yang dirinya berpuasa. Sekali sampai sahaja di alam kereta, dah mengadu tak tahan. Emm.. sayangnya sikit lagi. Tinggal beberapa jam je lagi. Emm.. tak per la.. Nasib baik Ratu ada bekalkan susu di dalam kereta kami. Huhu..

Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu dapat bertahan lebih lama kali ini. Tapi bila bersahur kena layanlah kerenah Puteri Raja Ratu ini yang makan mahu bersuap sambil tengok tv siaran secara langsung sorat terawih dari Masjidil Haram. Sambil makan mulalah dia bercerita masa dia berada di sana bulan Januari lepas. Ketika itu, Raja dan Ratu bersama-sama ibubapa Ratu menunaikan ibadah umrah di sana. Emm, tak per la. Tapi apa-apapun, Alhamdulillah lah Puteri Raja Ratu ini senang dikejutkan bangun pagi untuk bersahur. Hehe..

Tatapan dari,

Monday, May 22, 2017

Aktiviti Bersama-Sama Puteri Raja Ratu

Kali ini Ratu dan Puteri Raja Ratu masih lagi membuat aktiviti mewarna bersama-sama. Tapi Ratu rasa aktiviti kali ini ada kelainan sedikit. Kami akan mewarna dan mengunting. Hehe. Ni sebab sudah terpedaya dengan aktiviti-aktiviti menggunting di kelasnya sampai tengok gambar mereka berkobar-kobar pula hendak lakukan bersama-sama aktiviti sebegini.

Inilah hasil kerja Puteri Raja Ratu,


Ini pula hasil kerja Ratu. Haha.. Alamak jangan kecam saya.


Ini pula hasil kerja kami berdua,





Selepas kami mewarna kami menggunting dan lekatkan untuk dijadikan sampul raya. Hehe. Bukan main seronok Puteri Raja Ratu ni. Sambil mewarna tak sabar-sabar nak gunting.

Tapi Ratu rasa aktiviti sebegini tak capai sararan Ratu. Ratu buat aktiviti sebegini dengan niat hendak bagi Puteri Raja Ratu mewarna dengan baik. Tengok gaya Puteri Raja Ratu ini mewarna kali ini kurang cantik sedikit berbanding aktiviti kami mewarna bersama-sama pada bulan lepas. Tapi selepas ini Ratu akan buat aktiviti lain pula. Mungkin aktiviti seperti permainan Shahiba. Insya Allah akan menyusul nanti.


Tatapan dari,

Friday, May 5, 2017

Cerianya Puteri Raja Ratu Di Tadikanya

Emm.. Guru Kelas Puteri Raja Ratu ada maklumkan agar dibekalkan tin kosong, pembalut hadiah, gunting dan gam. Apa andaian korang ?? Nak buat apa ni ?? Mesti nak buat tempat letak pesil kan. Emm.. Betul lah andaian korang tu.. Huhu..

Sekali tengok gambar yang dihantar melalui group whatsapp kelas Puteri Raja Ratu. Amboiii !!! Bukan main ceria lagi mereka. Inilah antara gambar yang diterima,


Ini gambar seterusnya,



Ini pula gambar untuk aktiviti seterusnya,


Ini gambar terakhir,


Seronok tengok. Gambar atas ni mesti belajar buat dan susun setiap jalur tu sehingga menjadi seperti tikar. Huhu

Tatapan dari,

Tuesday, May 2, 2017

Berehat Bersama-sama Puteri Raja Ratu

Pertama sekali, Ratu ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Buruh kepada semua dan selamat bercuti. Kali ini Raja berada di Kuantan untuk projek di Basf Petronas. Jadi, Ratu dan Puteri Raja Ratu ingin ke Mydin untuk membeli sedikit barang bulanan rumah. Selepas itu, Ratu pun mengajak Puteri Raja Ratu lepak sambil membaca Muqaddam. 

Inilah tempatnya, 


Kawasan ini selalu menjadi tumpuan orang ramai berjogging. Puteri Raja Ratu sibuk hendak berjogging. Ratu cakap mengaji dahulu baru boleh berjogging. Huhu..


Tapi memang ini bukan masa yang sesuai untuk berjongging sebab kami tidak memakai pakaian yang sesuai. Ratu bawa Puteri Raja Ratu ke sini untuk mengajarnya mengaji sambil melihat keindahan alam. Tapi selepas mengaji, Ratu bawanya ke kawasan tasik. Setelah puas bermain dan melihat keindahan alam semulajadi, kami pun balik.

Tatapan dari,

Tuesday, April 25, 2017

Aktiviti Berbasikal Bersama Puteri Raja Ratu

Hujung minggu kali ini mula terfikir sudah lama tidak bawa Puteri Raja Ratu bersiar-siar. Memandangkan Isnin pun cuti umum iaitu cuti bersempena Pertabalan Agung maka Ratu pun ingin melakukan satu aktiviti bersama-sama Puteri Raja Ratu.

Intai punya intai.. Tanya punya tanya.. Ratu pun tertarik untuk ke Menara Taming Sari Melaka untuk aktiviti berbasikal bersama-sama Puteri Raja Ratu. Puteri Raja Ratu bukan main suka lagi berjalan-jalan ke kawasan persekitaran menaiki basikal. Badan pun keluar peluh. Tambah lagi boleh bawa si kecil tengok bot dan bangunan merah sekitar tu. 


Mulalah kami berdua melakukan aktiviti berbasikal,


Puteri Raja Ratu duduk di hadapan Ratu di tempat duduk yang disediakan. Tapi dia tak kayuh, Ratu yang kayuh. Dia relax dapat tengok pemandangan yang lebih luas dan selesa berbanding jika duduk di belakang.


Kayuh punya kayuh terasa penat la pulak. Emm, Puteri Raja Ratu sudah nampak taman permainan pulak. Emm, apa lagi. Dia minta berhenti. Dia nak main sekejap. Katanya sekejap jer, 10 minit jer. Huhu.. Iyalah. Dapat juga Ratu berehat jap kan.


Dah habis kayuh, terasa penat gak. Terlepak jap. Tapi memang terasa seronok. Tapi yang penting Puteri Raja Ratu seronok. Hehe.

Tatapan dari,

Thursday, April 13, 2017

Makan Western Food

Hari ini Ratu tidak masak. Begitu juga dengan Raja. Ratu sibuk sepanjang hari mengemas keseluruhan rumah. Jadi, hari ini Raja dan Ratu mengambil keputusan untuk tapau makan.

Tengah hari tu Raja terlambat keluar jadi kebanyakkan lauk sudah habis. Jadi, Raja pun membeli nasi ayam sebagai santapan 3 beranak. Sebelah malam pula, Raja mengajak untuk tapau nasi. Ratu pun dengan Puteri Raja Ratu pun tak de la tukar pakaian. Kami pakai baju malam sahaja macam biasa. Sebab Ratu sudah inform Raja yang Ratu dan Puteri Raja Ratu tunggu di dalam kereta sahaja nanti.

Sekali singgah, Puteri Raja Ratu ajak pusing-pusing di kawasan bandar. Oklah, Raja dan Ratu pun ikutkan sahaja. Last-last Raja ingin mencuba di satu kedai makanan western ni. Laaaa, macam mana ni. Nasib baik Ratu tak pakai baju kelawar. Huhu..


Inilah menu yang kami order. Rasanya boleh tahan lah. Nak kata sedap sangat tak juga.






Tumpuan Raja dan Ratu tertumpu pada hiasan kedai ni. Cantik juga hiasan kedai makan ni. Nampak eksklusif.


Makan punya makan.. Baru Ratu perasan, kedai ni ada hiasan tengkorak. Mungkin pemiliknya Cina tapi pelayannya Melayu. Tapi yang penting, makanan ini halal. Ratu tanya juga siapa pemiliknya melayu ke cina. Pelayan tu kata Melayu. Ratu pun perasan juga pekerja-pekerja semua melayu.

Kalau betul lah melayu bukankah tidak elok dihiaskan kedai dengan tengkorak. Emm.. ayat-ayat Quran pun tiada digantung. Sayang tul. Kedai cantik. Emm.. Ni cuma luahan hati Ratu.

Raja dan Ratu pun mengambil keputusan bahawa inilah kedai makan yang pertama dan terakhir kami kunjungi. 


Tatapan dari,

Thursday, April 6, 2017

Puteri Raja Ratu Di Tadikanya

Kali ini Puteri Raja Ratu teruja menceritakan aktiviti di tadikanya bila Ratu sampai sahaja di rumah. Emm.. Bila ditanya, rupa-rupanya sambut hari lahir rakan sekelasnya.


Inilah keknya. Gambar ini diambil dari group whatsapp kelas Puteri Raja Ratu,



Ini antara gelagat Puteri Raja Ratu bersama-sama rakan-rakan sekelasnya ketika aktiviti memotong kek,


Ini gambar seterusnya,


Emm.. bukan main gembira lagi. Cantik gak keknya. Kalau hendak tunggu birthday Puteri Raja Ratu tu lambat lagi tu.. Hehe..


Tatapan dari,

Wednesday, March 22, 2017

Aktiviti Mewarna Bersama-Sama

Cuti hujung minggu ini Ratu luangkan sedikit masa untuk bersama-sama Puteri Raja Ratu membuat aktiviti mewarna bersama-sama di rumah ibubapa Ratu. Niat Ratu buat aktiviti sebegini ialah untuk cuba mendidik Puteri Raja Ratu agar dapat mewarna dengan teknik yang betul. Tak de la nanti dia mewarna sekejap menegak dan lepas tu melintang pulak. Jadi gambar tu kelihatan tidak diwarnakan sepenuhnya

Inilah hasil kerja mewarna kami,


Inilah hasil mewarna daripada Ratu,


Ini pula hasil mewarna daripada Puteri Raja Ratu,


Emm.. Ratu nak warna hijau, Puteri Raja Ratu pun ikut. Ratu hendak warna biru. Puteri Raja Ratu pun ikut. Bila ditanya kenapa ikut Ratu. Katanya, dia sayang ibunya la tu sebab dia ikut ibunya pilih warna apa. Emm.. So sweetttttt..

Tapi apa yang Ratu ingin capai melalui aktiviti ini tercapai jua. Puteri Raja Ratu dapat mewarna dengan baik. Ketika sesi mewarna ini, Ratu kerap ingatkan Puteri Raja Ratu. Tak nak ada warna putih. Kalau hendak warna hijau, warnakan semua hijau. Kalau hendak warna merah, warnakan semua merah. Hehe..

Tatapan dari,

Tuesday, March 21, 2017

Aktiviti Puteri Raja Ratu Di Tadikanya

Assalamualaikum dan asalam sejahtera kepada semua pengunjung setia Teratak Istana Raja Ratu. Kali ini Ratu hendak kongsikan sedikit aktiviti Puteri Raja Ratu di tadikanya.

Ratu suka tengok gambar aktiviti Puteri Raja Ratu di sekolah. Gambar ini Ratu perolehi melalui group whatsapp. Aktiviti minggu ini adalah bina bangunan. Bila balik sekolah je mulalah Puteri Raja Ratu ini bercerita tentang aktivitinya di sekolah. Kemudian gambar pun Ratu terima melalui group whatsapp.

Inilah antara gambarnya,


Ini gambar kedua,

 
Ini antara gambar rakan-rakannya,


Bukan main gembira lagi Puteri Raja Ratu ini di selahnya. Alhamdulillah. Puteri Raja Ratu selesa dengan kelasnya. Ratu tengok pun perkembangan Puteri Raja Ratu dalam pembelajarannya juga sangat baik. Dah belajar macam-macam termasuk solat dan wuduk. Alhamdulillah.

Tatapan dari,

Tuesday, March 14, 2017

Emm.. Puteri Raja Ratu kali ini merengek hendak mainan. Emm.. rasanya dah lama tak belikan dia mainan. oklah Ratu layan je la Puteri Raja Ratu ni.

Dalam banyak-banyak mainan, ini yang dipilihnya.


Mainan ini diberikan kenderaan yang kelihatan seperti dibina dari kapur syiling. Kenderaan ada pelbagai jenis. Tapi yang tinggal hanya kapal laut dan kapal terbang. Kenderaan ini serba putih dan cat air yang dibekalkan itulah yang akan mencorak dan menyerikan rupabentuk kenderaan itu.

Sampai sahaja di rumah tok ayah dan tok maknya, bukan main berkobar-kobar lagi hendak buat dan warnakan kenderaan ini. Tak sabar-sabar katanya. Tapi kenalah alas suratkhabar dan sediakan air untuk basuh berus cat tu.

Ini antara aktiviti mewarna menggunakan cat air,


Inilah hasilnya kerjanya di rumah Tok ayah dan Tok maknya,


Bagus juga aktiviti seperti ini. Ianya dapat meningkatkan daya kreativiti dalam menyiapkan kenderaan ini dan semuanya dilakukan secara D.I.Y (Do It Yourself). Dah siap mewarna kena keringkan. Kemudian kena pasangkan pelekat magnet yang dibekalkan di belakang kenderaan tersebut. Dan kenderaan itu kini boleh diletakkan di pintu peti ais dan papan putih kan. 

Alhamdulillah, aktiviti yang menyeronokkan.

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267