Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Saturday, November 5, 2011

Yahoo !!! Sudah Habis Pantang

Hari ini 5 November 2011 merupakan hari memantai untuk menyambut Hari Raya Haji pada keesokkan harinya. Sekaligus, merupakan hari terakhir Ratu berpantang. Tiba-tiba sahaja Ratu seperti nak berpuisi pula untuk esok. Tajuk puisi Ratu kali ini ialah MERDEKA !!! Ok tak. Emm, rasa macam pendek sangat la pula tajuk dia. Emm, ok kita tukar. Tajuk puisi Ratu ialah BAHAGIANYA HABIS BERPANTANG. Ok tak.. Emm, kira ok lah tu..

Inilah puisinya,
LIHATLAH DUNIA..
KUTERBANG BEBAS KE AWAN..
DAPAT MELIHAT DERUAN OMBAK..
DAPAT MENDENGAR KICAUAN BURUNG..
ALANGKAH BAHAGIANYA..
HARI INI AKU BEBAS..
INGIN KULAUNGKAN..
MERDEKA !!!
MERDEKA !!!
MERDEKA !!!
HARI INI AKU BEBAS !!!
BEBAS DARI KEPOMPONG ISTILAH BERPANTANG..
YES !!! YES !!! YES !!!
AKHIR KATA..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI.. Hehe

Ok tak puisi Ratu. Ni kira puisi ke.. atau luahan perasaan ni.. Hehe.. Ratu nak lakukan sesuatu untuk kongsikan kegembiraan Ratu ni. APA YANG RATU BUAT ??? Ratu taip puisi ni menggunakan telefon bmbit Ratu dan Ratu hantar ke beberapa orang yang menjadi pilihan Ratu. Hehe.. Ni namanya tak ada kerja ni. WHATEVER.. Janji Ratu kini sudah boleh makan apa sahaja. Boleh bersiar ke mana sahaja.. Haha.. Tapi memang terus terang Ratu katakan bahawa Ratu memang tidak seronok melalui tempoh berpantang ni. MEMANG TIDAK SERONOK !!! Hendak buat kerja itu tidak boleh.. Hendak buat kerja ini pun tidak boleh.. Nak tolong pun ada kerja-kerja yang tidak boleh buat.. Rasa tidak selesa pula hari-hari ibu Ratu buatkan untuk Ratu.. Nak makan pun terbatas.. Nak memandu pun tak boleh.. Bukan Ratu hendak bersiar, tapi bila tiba 1 situasi yang memerlukan bantuan Ratu untuk memandu.. Ratu rasa rimas bila Ratu tidak boleh melakukan.. Emm..

Apa apapun Ratu ucapkan SELAMAT TINGGAL TEMPOH BERPANTANGKU untuk bayi Raja Ratu yang pertama dan SELAMAT DATANG KEHIDUPAN NORMALKU.. Sesungguhnya aku BEBAS kini..

Tatapan dari,

Tuesday, September 27, 2011

Mula Berpantang

Hari ini 23 September 2011, bermula pengalaman baru dalam kehidupan Ratu selama hampir 2 bulan iaitu berpantang. Seperti mana yang diketahui, inilah tempoh yang perlu dilalui oleh mereka yang menimang cahaya mata. Ia bermula dengan tempoh mengandung selama 9 bulan. Kemudian perlu melalui waktu bersalin dan akhir sekali tempoh berpantang selama 44 hari. Ratu rasa untuk melalui semua ini memakan masa hampir setahun kan.

Berpantang adalah satu tempoh untuk baikpulih kesihatan anggota badan setelah melalui proses mengandung dan bersalin. Ratu pun tidak tahu seronok ke tidak berpantang ni. Ada yang kata seronok.. Ada yang kata tidak.. Entahlah. Ratu baru merasainya. Tapi Ratu rasa macam tidak seronok je. Makan itu tidak boleh.. Makan ini tidak boleh.. Tidak boleh angkat benda berat.. Tidak boleh memandu.. Emm.. Ratu dapat MC 2 bulan.. Ini bermakna Ratu mula bekerja pada hujung bulan November 2011. Tu yang seronok tu.. Inilah MC yang Ratu terima.Raja Ratu mengambil keputusan untuk berpantang di rumah ibubapa Ratu. Dalam tempoh permulaan berpantang ini, ibubapa Ratu menguruskan tentang siapa yang akan mengurut Ratu.. Siapa yang akan membasuh uri.. Uri yang dibasuh itu nanti akan ditanam. Kemudian setiap hari sebelah petang akan dihidupkan bara api dan diletakkan di atas tanah di tempat di mana ditanam uri tersebut.

Apapun Ratu ucapkan SELAMAT BERPANTANG kepada semua ibu-ibu khususnya pengunjung TERATAK ISTANA INI yang turut sama berpantang bersama Ratu. Hehe.. Semoga Ratu dapat menjalankan tempoh berpantang dengan baik dan tidak mengalami sebarang bentan.. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Saturday, September 24, 2011

22 September 2011.. Detik Bermakna Raja Ratu..

Detik bermakna buat Raja Ratu? Emm.. Betul beb. Tarikh ini pastinya akan tersemat indah dalam hati sanubari Raja Ratu. Tarikh inilah Raja Ratu buat pertama kalinya bergelar ayah dan ibu.. Tarikh inilah Raja Ratu menimang cahaya mata.. Tarikh inilah kelahiran puteri kesayangan kami yang jadi pengikat kasih sayang Raja Ratu.

Akan tetapi, detik bersejarah ini awal seminggu dari tarikh yang sepatutnya. Mengikut jangkaan doktor, Ratu sepatutnya bersalin pada 30 September 2011. Oklah Ratu akan ceritakan pengalaman kami dalam melalui detik bersejarah ini. Seperti mana yang Ratu ceritakan sebelum ini, Ratu ingin mengambil cuti rehat sebelum Ratu bersalin. Kebetulan, Ratu ada memohon cuti selama 2 hari pada 20 September 2011 dan 21 September 2011. Pada 20 September 2011, Ratu bersama ibu Ratu merancang untuk membawa kucing kesayangan Raja Ratu, BABY ke klinik untuk suntikan ubat cacing. Selepas itu, Ratu hantar BABY ke rumah dan keluar semula menuju ke Jaya Jusco untuk makan tengah hari. Sebelum makan tengah hari, Ratu terasa ingin ke tandas untuk membuang air kecil. Maklumlah sudah hendak hampir bersalin ni, Ratu kerap batuk menyebabkan Ratu sering ke tandas untuk membuang air kecil. Dari situ, Ratu dapati ada tanda-tanda hendak bersalin seperti akhir bulan atau haid. Ratu sudah mula risau. Ratu memaklumkan kepada Raja dan minta Raja menemani Ratu ke Hospital Pantai. Ratu pun memang hendak ke hospital pada hari tersebut untuk mendapatkan ubat batuk bagi melegakan batuk ini. Ratu berdoa agar Ratu tidak bersalin dahulu memandangkan kesihatan Ratu yang tidak mengizinkan. Setiba di Hospital Pantai, Ratu mendapatkan nasihat doktor berkaitan tanda tersebut. Atas nasihat doktor, Ratu pun pulang.

Pada 21 September 2011, Ratu dapati tanda yang sama keluar lagi. Ratu bersama ibu Ratu pergi mendapatkan air selusuh menggunakan akar Fatimah. Selepas minum air selusuh itu, pada pukul 1.00 pg, Ratu sudah mula rasa sakit-sakit. Pada pukul 3.30 pg, Ratu dihantar ke kamar bersalin Hospital Pantai. Pada masa itu, Ratu difahamkan saluran peranakan Ratu telah Ratu telah terbuka sebanyak 2 ke 3 cm. Pada pukul 9.00 pg, selepas sarapan pagi, Ratu difahamkan saluran tersebut saluran tersebut telah terbuka sebanyak 5 cm. Diikuti dengan 8m cm pada pukul 11.00 pagi. Alhamdilillah, tepat pukul 12.35 tengah hari, Ratu selamat melahirkan bayi perempuan secara normal dengan berat badannya 3.2 kg. Ratu bagaikan tidak percaya. Betul ke Ratu sekarang sudah bergelar ibu? Lebih terperanjat lagi apabila Ratu difahamkan bahawa bayi yang Ratu lahirkan itu adalah perempuan. Memang asalnya, naluri hati Raja Ratu mengatakan bayi dalam kandungan ini adalah perempuan. Tapi memandangkan selepas 5 bulan, Raja Ratu lihat bentuk kandungan Ratu ni ke hadapan. Jadi, Raja Ratu ingat bayi ini lelaki. Tapi, alhamdulillah, Ratu selamat melahirkan secara normal. Inilah hospital yang menempatkan detik bersejarah buat Raja Ratu.Bila difikirkan kembali di saat-saat kelahirannya, Ratu difahamkan oleh jururawat bahawa masa yang diambil untuk kelahiran bayi Ratu agak cepat. Ya ke.. Ratu bukannya ada pengalaman. Inilah pertama kali. Yang Ratu tahu, doktor suruh teran, Ratu teran seperti mana yang Ratu belajar di kursus peneman di hospital kerajaan. Ratu tidak rasa pun seperti bola keluar seperti mana yang rakan Ratu ceritakan. Tahu-tahu sahaja Ratu sudah dengar bayi Raja Ratu menagis dan uri sudah dikeluarkan. Alhamdulillah, tiada sebarang komplikasi. Syukur sangat. Bayi Raja Ratu kemudiannya diletakkan di badan Ratu dan kemudiannya dibersihkan dan diazankan di bilik 'nursery'. Sementara itu, Ratu pula melalui proses jahitan. Selepas bayi Raja Ratu diazankan, Raja terus mendapatkan Ratu dan mencium dahi Ratu. Emm.. bahagianya. Hehe..

Akibat daripada wad bersalin sudah penuh, Ratu dipindahkan ke wad bersalin VIP yang Raja tempah untuk keselasaan Raja Ratu, ahli keluarga dan rakan-rakan yang ingin datang melawat. Bilik VIP ni 1 seorang pesakit untuk 1 bilik.

Di Hospital ini, Ratu dilayan seperti permaisuri. Ratu tidak perlu lakukan apa-apa. Semuanya diuruskan oleh jururawat hospital. Emm.. rasanya seperti tidak mahu balik pula. Keeseokkan harinya Ratu dan bayi dibenarkan pulang. Ratu difahamkan kos keseluruhan rawatan bersalin ini berjumlah lebih kurang RM2,500.00. Ratu terus mengucapkan terima kasih kepada Raja kerana menyediakan tempat yang selesa untuk Ratu.

TERIMA KASIH SAYANG..
TERIMA KASIH RAJA HATIKU..

Tatapan dari,

Saturday, September 17, 2011

Rawatan Sususlan Ke 2 Mengandung di Hospital Pantai

Pada 15 September 2011, Raja Ratu menghadiri rawatan susulan kali ke 2 di Hospital Pantai. Dalam rawatan ini, Ratu diminta timbang bagi mengetahui berat badan Ratu terkini. Kemudian Ratu menjalani ujian air kencing dan diambil tekanan darah. Akhir sekali Ratu menjalani ujian 'scan'. Dari situlah, Raja Ratu dapat mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan Ratu ini.

1 perkhabaran gembira yang Raja Ratu terima hari ini. Hasil daripada ujian scan, Raja Ratu dapat tahu bahawa bayi dalam kandungan Ratu kini mencecah berat 3.1 kg. Alhamdulillah beb. Ratu memang inginkan bayi dalam kandungan Ratu ini lahir dengan berat 3 kg ke atas. Alhamdulillah tercapai juga akhirnya. Baru bulan lepas, ujian scan di Hospital Pantai menunjukkan berat bayi dalam kandungan ini mencecah 2.5 ke 2.6 kg. Tapi Raja Ratu masih belum lagi mengetahui jantina bayi ini. Walaupun sudah scan, jantina masih tidak dapat diketahui kerana terlindung dengan kaki bayi. Emm.. Bukan rezeki Raja Ratu lah nampaknya untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan ini.

Biar apapun, Raja Ratu berharap kandungan Ratu ini berada dalam keadaan sihat dan baik di hari kelahirannya. Cuma Ratu pula yang batuk di saat-saat hampir hendak bersalin ni. Ini yang merisaukan Ratu ni. Harap-harap batuk ini berkurangan dan kesihatan Ratu beransur pulih. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Monday, September 12, 2011

Mula Mengambil Cuti Rehat Sebelum Bersalin

Setelah disemak, Ratu dapati cuti Ratu masih banyak lagi. Emm.. 22 hari cuti tahun ini belum lagi berusik. Akan tetapi, cuti tahun ini yang tidak berusik ni boleh dibawa ke tahun hadapan dan perlu dihabiskan pada tahun hadapan. Selain itu, Ratu masih lagi ada cuti 12 hari lagi cuti tahun lepas yang perlu dihabiskan tahun ini. Jadi jumlah keseluruhan cuti yang Ratun ada adalah 34 hari (22 hari + 12 hari). Wow !!! banyak tu. Memandangkan keadaan kesihatan Ratu yang sering batuk selepas Raya ni merisaukan Ratu. Ratu pun mengambil keputusan untuk mengambil cuti rehat. Macam mana Ratu boleh kena batuk ??? Ni kira batuk raya lah ni. Tapi sebenarnya Raja yang kena dulu demam raya.. batuk raya.. Tak alih-alih Ratu pula berjangkit dengan Raja. Ratu pun dah mula rasa tidak larat badan. Maklumlah kandungan Ratu sudah hendak hampir mencecah 9 bulan. Jadi, Ratu rasa keputusan Ratu untuk mengmbil cuti dalah bersesuaian sebelum bersalin ini.
Ratu mula mengambil cuti selang 1 atau 2 hari mengikut keperluan. Ratu rancang nak habiskan baki cuti tahun lepas. Tapi Ratu tidak mengambil cuti panjang kerana banyak kerja pejabat yang perlu diselesaikan sebelum Ratu serahkan ke tangan pembantu Ratu untuk diambil alih sepanjang Ratu berpantang nanti. Cuti yang Ratu ambil ini bukan Ratu gunakan untuk berehat di rumah tapi bersiar-siar untuk selesaikan beberapa urusan luar termasuklah membawa kucing kesayangan Raja Ratu ke klinik untuk diberikan suntikan ubat cacing yang seperti mana yang dijadualkan dalam rekod klinik tersebut. Ubat cacing ini perlu disuntik 3 bulan sekali. Ratu juga membuat pendahuluan perbelanjaan tetap seperti ansuaran kereta, bil broadband, astro dan sebagainya sehingga hujung tahun ini. Nanti bila Ratu sudah bersalin.. Sudah berpantang.. Ratu sudah senang hati. Semua bil sudah selesai dibayar. Maklumlah Ratu nanti tidak boleh memandu ketika berpantang. Raja pula sibuk. Jadi, urusan sebegini menyenangkan Raja Ratu nanti.

Harapan Ratu agar batuk ini cepatlah reda dan tidak menganggu tempoh Ratu bersalin dan berpantang. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Sunday, September 4, 2011

Debaran Ratu Bermula..

Bila tibanya Hari Raya Aildilfitri, hati Ratu sudah mula berdebar. Mana tidaknya. Genap kini sebulan sahaja lagi daripada tarikh jangkaan doktor 30 September 2011, Ratu dijangkakan bersalin. Badan Ratu sudah mula rasa tidak larat dah ni untuk membuat kerja-kerja berat.

Ratu rasa bimbang pun ada.. Rasa risau pun ada.. Terfikir lak macam mana situasi Ratu di saat melahirkan bayi dalam kandungan Ratu ni.. Adakah Ratu bakal melahirkannya secara normal ataupun secara pembedahan.. ataupun dibantu dengan vacum.. Oleh kerana Raja telah menetapkan Ratu untuk bersalin di Hospital Pantai, Raja Ratu telahpun membuat penyelidikan dari segi budget kos rawatan bersalin di hospital tersebut. Ratu sudah bertanya doktor berkaitan dengan kos tersebut yang mana tidak termasuk wad:-

a) Bersalin normal RM1,800
b) Bersalin secara pembedahan RM5,000
c) Bersalin dengan bantuan vacum RM2,500

Ratu paling gerun bila dengar bersalin secara normal kerana ianya menelan belanja lebih kurang RM5,000 ke atas. Kebetulan jiran Raja Ratu telahpun bersalin secara pembedahan kerana komplikasi tertentu dan anaknya dilahirkan kurang dari 2 kg. Dalam situasi sebegini, kos bersalinnya termasuklah kos-kos lain seperti wad dan rawatan bayi menelan belanja lebih kurang RM7,000 lebih. Wow !!! Tinggi juga kosnya. Ini lagi merisaukan Ratu. Bila Ratu mengajukan kepada Raja berkaitan kos bersalin, Raja menenangkan Ratu supaya jangan berfikir tentang kos bersalin. Mungkin Raja telah menyediakan peruntukkan untuk menampung kos bersalin Ratu. TERIMA KASIH RAJA HATIKU KERANA MENYEDIAKAN TEMPAT BERSALIN YANG LEBIH SELESA UNTUK RATU.

Ratu juga berharap agar Ratu dapat bersalin dengan mudah tanpa sebarang komplikasi dan dapat bersalin secara normal. Emm.. Kaki Ratu sudah memang sembab dari bulan lepas lagi merisaukan Ratu tentang hari kelahiran bayi dalam kandungan ini yang bakal menjelang tiba.

Tatapan dari,

Tuesday, August 30, 2011

Alhamdulillah.. Dapat Puasa Penuh Tahun Ini

Hari ini 29 Ogos 2011 merupakan hari memantai dan esok kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari ini Ratu rasa gembira sangat. Gembira ???? Yang pertama, esok Ratu dapat pakai baju raya baru. Hehe.. Kedua, Raja Ratu telah dapat mencapai matlamat atau azam utama Raja Ratu tahun ini. Lebih menggembirakan lagi, Ratu dapat berpuasa penuh tahun ini. Huhu..

Pada mulanya, Ratu ingat dengan keadaan Ratu sebegini Ratu tidak dapat menunaikan ibadat puasa ini sepenuhnya. Kalau bukan di bulan Ramadhan ni, selalunya Ratu sudah berasa lapar bila jam menunjukkan lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Tapi bila di bulan Ramadhan ni, Ratu tidak pula berasa lapar. Syukur Alhamdulillah.. Bohonglah kalau Ratu katakan 1 hari pun Ratu tidak rasa lapar langsung sepanjang bulan Ramdhan ni. Memang Ratu ada rasa lapar. Tapi sayang pula untuk buka puasa. Selagi tidak memudaratkan, baik Ratu teruskan amalan berpuasa. Tapi dengan syarat, Ratu mesti bersahur. Kalau tidak bersahur, sudah tentu Ratu terpaksa juga ponteng puasa. Hehe..

Setiap hari di sebelah malam sebelum tidur.. Sebelum baca niat puasa.. Ratu selalu urut-urut perut.. Belai bayi dalam kandungan.. Berbual dan pujuk agar dapat berpuasa bersama-sama keesokkan hari. Emm.. Berhasil juga akhirnya. Hehe..
Akhir kata, Ratu bersyukur sangat kerana dapat menyempurnakan ibadat puasa sepenuhnya.. Tanpa ponteng-ponteng dan bayi dalam kandungan ini dapat turut sama berpuasa.. Ratu juga bersyukur kerana tidak mengalami tempoh berpantang atau menyusu sepanjang bulan Ramadhan ini seperti rakan Ratu yang lain. Kalau tidak, sudah pasti Ratu tidak dapat berpuasa penuh tahun ni. Syukur Alhamdulillah.. Ratu tidak perlu ganti puasalah tahun ini.

Tatapan dari,

Sunday, August 28, 2011

Rawatan Susulan Kandungan Yang Pertama di Hospital Pantai

Atas ketegasan Raja yang inginkan Ratu bersalin di Hospital Pantai untuk keselesaan, Ratu pun menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan keterangan lanjut. Ratu juga mendapatkan khidmat nasihat rakan sepejabat Ratu. Beliau mencadangkan untuk menghubungi doktor Hanisah untuk rawatan susulan kandungan sekaligus menjadi doktor yang akan menyambut cahaya mata pertama Raja Ratu ketika Ratu bersalin nanti. Ratu pun menghubungi pihak hospital dan meletakkan 26 Ogos 2011 sebagai tarikh untuk rawatan susulan yang pertama.

Petang 26 Ogos 2011, Raja membawa Ratu ke Hospital Pantai untuk rawatan tersebut. Pada mulanya, Ratu ditimbang untuk mengetahui berat badan Ratu. Kemudian Ratu menjalani ujian air kencing dan ujian tekanan darah. Akhir sekali, Ratu menjalani rawatan scan untuk mengetahui kesihatan bayi dalam kandungan Ratu. Hasil dari ujian scan tu, Raja Ratu difahamkan berat badan bayi dalam kandungan dianggarkan dalam 2.5 kg ke 2.6 kg. Tapi yang seronoknya, Raja pula pada ketika itu terlalu teruja untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan Ratu ini. Mentang-mentanglah Raja dapat turut sama ketika Ratu menjalani ujian scan tu. Hehe.. Malangnya, doktor tidak dapat mengesan jantina bayi dalam kandungan Ratu ini. Inilah padahnya bila Ratu ajak Raja untuk menjalani ujian scan bagi mengetahui jantina bayi ini ketika kandungan mencecah 4 ke 5 bulan dulu, Raja pula yang tidak mahu. Raja nak biarkan ianya menjadi 1 kejutan bila bayi dalam kandungan ini dilahirkan nanti. Haha.. Bila dah macam ni.. Nak tahu jantina kan dah susah.. Terus tidak dapat dikesan melalui scan. Hehe..

Tapi Raja Ratu rasa seronok pula bila mengetahui bayi dalam kandungan ni aktif.. Nadi jantungnya berdeyut dengan baik.. Beratnya berada dalam keadaan baik dan normal iaitu melebihi 2.5 kg.. Raja Ratu juga dapat melihat melalui scan, tangan dan kaki bayi ni.. Yang penting Ratu dan bayi dalam kandungan ini sihat. Alhamdulillah..

Tatapan dari,

Friday, August 26, 2011

Hadiri Kursus Peneman ketika bersalin

Hari ini 25 Ogos 2011, bergegas Raja Ratu bersiap-siap untuk menghadiri kursus peneman ketika bersalin ini yang diadakan di hospital kerajaan. Tepat pukul 8.30 pagi, Raja Ratu tiba di Hospital Kerajaan. Memang Ratu ada mengajukan kepada Raja berkaitan KURSUS PENEMAN sebelum ini. Pastinya semua ibu mengandung inginkan suaminya menemaninya ketika bersalin. Begitu jugalah dengan Ratu. Ratu juga mahukan Raja menemani Ratu sebagai tanda sokongan dan semangat. Kursus seperti ini adalah sebagai syarat jika Raja ingin menemani Ratu nanti. Jadi atas persetujuan Raja, Ratu pun berhubung dengan pihak hospital untuk tentukan tarikh yang sesuai bagi membolehkan Raja Ratu menghadirinya.

Dalam kurus ini, Raja Ratu diajar:-
a) Bagaimana untuk mengetahui tanda-tanda hendak bersalin...
b) Apa yang perlu dilakukan oleh suami ketika isteri bersalin..
c) Apa yang berlaku di kamar bersalin nanti..
d) Apa barang yang perlu dibawa ketika hendak bersalin..
e) Bagaimana cara menyusukan bayi nanti..
f) Ditunjukkan juga lokasi kamar bersalin, wad bersalin dan tempat pembayaran..

Inilah antara gambaran kamar bersalin yang akan Ratu lalui nanti. Emm.. rasa gementar pula. Kurus ini tamat lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Selesai sahaja kursus, Raja menyuarakan cadangan supaya Ratu bersalin di Hospital Swasta. Emm.. Ratu terkejut. Macam mana boleh beralih arah lak ni. Ini kerana semasa kursus peneman itu dijalankan, jururawat hospital tu ada memaklumkan kepada semua bahawa bilangan orang yang bersalin di hospital kerajaan semakin meningkat. Ditambah lagi, Raja perhatikan sekitar luar kamar bersalin, ramai kaum ibu yang hendak bersalin duduk menunggu di luar sebelum dimasukkan ke kamar bersalin. Raja risau akan ketidakselesaan Ratu nanti semasa bersalin. Ratu pula teringat akan cadangan rakan sepejabat Ratu yang minta Ratu bersalin di Hospital Pantai. Ratu pun mengajukan cadangan rakan Ratu itu kepada Raja dan Raja terus bersetuju.

Tapi apa-apapun Raja Ratu perlu menghubungi pihak Hospital Pantai dan berurusan dengan doktor yang rakan Ratu cadangkan itu untuk rawatan bersalin. Dalam hati Ratu ni risau juga kerana rawatan mengandung Ratu sudah lakukan di klinik dan hospital kerajaan tapi di saat-saat kandungan Ratu mencecah 8 bulan ini, Ratu berpindah ke hospital swasta. Maklumlah ini adalah kandungan yang pertama dan pastinya Ratu tidak ada pengalaman. Ratu risau juga tentang kos bersalin yang bakal ditanggung sepenuhnya nanti oleh Raja Ratu.

Biarpun besar kemungkinan Ratu akan bersalin di Hospital Pantai, tapi Ratu tidak menyesal menghadiri kursus peneman ini kerana banyak ilmu yang Raja Ratu perolehi dari kursus ini. Ratu pun tidak kisahlah bersalin di hospital kerajaan ataupun swasta. Janji Raja ada bersama Ratu di kamar bersalin.. Janji Ratu dapat melahirkan bayi dalam kandungan Ratu ini dengan selamat dan bayi Raja Ratu ini sihat dan sempurna nanti. ITU YANG PALING UTAMA.

Tatapan dari,

Thursday, July 28, 2011

Kenduri arwah dan kesyukuran kandungan Ratu mencecah 7 bulan

Di awal tahun ini, Raja Ratu memang ada merancang untuk membuat kenduri arwah tahun ini. Tapi Raja Ratu belum tetapkan lagi bulan berapa kenduri ini ingin diadakan. Memandangkan kandungan Ratu sudah mencecah 7 bulan lebih, Ratu rasa sesuai diadakan sekali bacaan doa selamat. Kalau orang Jawa, mereka lebih suka adakan kenduri 'lenggang perut' Haha.. Jadi, Ratu fikir sebelum Ramadhan berkunjung tiba, Ratu rasa bulan ni sesuai diadakan kenduri. Tapi kesibukan Raja & Ratu membatasi kehendak & keinginan Ratu untuk adakan kenduri ini. Mana tidaknya.. Raja sibuk dengan kerja luar. Ratu juga sibuk dengan urusan kerja-kerja pejabat yang perlu Ratu siapkan. Jadi, Raja Ratu fikir takut nanti kelam kabut dari segi penyediaan makanan, buah tangan dan sebagainya. Kebetulan pula, pada ketika itu ibu Raja ingin membuat kenduri arwah ayah Raja. Jadi, Raja Ratu mengambil keputusan untuk adakan kenduri arwah adik Ratu, arwah ayah Raja dan arwah sedara mara Raja Ratu ini di kampung Raja di rumah ibu Raja. Ratu selitkan sekali bacaan doa selamat untuk kandungan Ratu ini yang selamat mencecah lebih 7 bulan.

Asalnya, Raja Ratu ada juga keinginan untuk membuat kenduri ini di rumah anak-anak yatim. Tapi masa Raja Ratu terbatas. Ditambah lagi dengan keadaan Ratu kini, pergerakan Ratu agak terbatas sedikit.
COMEL TAK SI KECIL NI BERDOA.. Emm. SO SWEET !!! Akhir kata, dalam kenduri doa selamat ini, Raja Ratu harapkan doa agar cahaya mata kami ini dapat dilahirkan dengan sihat, selamat dan sempurna tubuh badan. Tak kisahlah cahaya mata kami ini nanti lelaki ke perempuan. Janji selamat kerana ini adalah cahaya mata kami yang pertama. AMIN.. AMIN.. AMIN..

Tatapan dari,

Tuesday, July 26, 2011

Mula Membeli Barangan Baby Raja Ratu

Kini usia kandungan Ratu sudah mencecah 7 bulan lebih. Ratu terus mengajak Raja untuk membeli barang keperluan bagi menyambut cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti. Atas kesibukan masing-masing, Raja Ratu akhirnya mengambil keputusan bercuti 1 hari dan habiskan masa bersama untuk membeli barang keperluan mana yang penting. Maklumlah Raja nak outstation. Bila Raja mengambil cuti, Ratu juga perlu mengambil cuti untuk selesaikan urusan sebegini. Lagipun bulan Ramadhan bakal menjelma. Dengan keadaan Ratu sebegini sudah semestinya Ratu perlu mengurangkan aktiviti di bulan Ramadhan.

Sebelum beli, Raja Ratu mendapatkan khidmat nasihat rakan bagi mengetahui barang apa yang perlu dibeli. Maklumlah Raja Ratu ni tiada pengalaman membeli barangan BABY kerana ini adalah cahaya mata kami yang pertama. Atas nasihat rakan Ratu, inilah barangan yang Ratu beli :-

a) Tuala mandi
b) Selimut bayi
c) Mangkuk mandi bayi
d) Tilam dan bantal bayi
e) Tikar getah untuk alas bayi selepas mandi dan bersihkannya jika buang air kecil atau besar
f) Beberapa helai pakaian siang dan malam
g) Kelambu bayi
h) Napkin
i) Lampin pakai buang
j) Termos kecil
k) Tisu basah
l) Sarung kaki dan tangan
m) Botol susu
n) Tuala kecil
o) Minyak UE
p) 1 set mandian yang mengandungi syampoo, bedak, shower, losyen
q) Barut

Moga-moga barangan ini cukup untuk keperluan cahaya mata Raja Ratu nanti selepas lahir. Kalau tidak cukup nanti, pastinya Raja Ratu akan beli kemudian. Hehe..

Tatapan dari,

Saturday, February 26, 2011

Ramai pula rakan yang mengandung tahun ini..

Emm.. tajuk yang agak menarik perhatian Raja & Ratu. Raja & Ratu juga agak terkejut bila mendapat tahu ramai pula rakan-rakan Raja & Ratu termasuklah jiran kami juga bakal menimang cahaya mata. Emm.. leh buat KELAB atau PERSATUAN IBU MENGANDUNG ni.. hehe.

Perlu ker Ratu senaraikan nama-nama mereka. Hehe.. Nak ker tak nak.. hehe.. Ok lah Ratu akan senaraikan nama-nama mereka iaitu:
  • ROSIE.. Rakan sekerja Ratu..
  • KHALIJAH.. Rakan sekerja Ratu..
  • SARUL RIZAL.. Sepupu Raja
  • FAIZAL.. Sepupu Ratu
  • ILLA.. Jiran Raja & Ratu
  • SHANTI.. Jiran Raja & Ratu
  • PEK TAM Sepupu Ratu
  • WATIE Sepupu Ratu
  • ROHANA Rakan sekolah Ratu
  • EFFIE Sepupu Ratu
Emm.. ramai tak ???? Inilah senarai-senarainya.. Ada beberapa orang yang daripada senarai di atas telah selamat melahirkan cahaya mata mereka baru-baru ini. Apa-apa pun semoga SEMUA IBU-IBU MENGANDUNG SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYA MATA MEREKA termasuklah RATU.. SEMOGA BAYI YANG DILAHIRKAN JUGA BERADA DALAM KEADAAN SIHAT DAN SELAMAT.. AMIN.. AMIN.. AMIN.. Kepada pengunjung kami di teratak ini yang juga bakal menimang cahaya mata. Ratu juga doakan yang sama iaitu SUPAYA IBU YANG MENGANDUNG ITU SIHAT & SELAMAT MELAHIRKAN CAHAYA MATA.. DAN SEMOGA BAYI YANG DILAHIRKAN ITU SIHAT DAN SELAMAT.. Doakan Ratu juga ya.. hehe..

Tatapan dari,

Friday, February 25, 2011

Buat BUKU MERAH IBU MENGANDUNG..

Lama sudah Ratu tak update blog ni. Hehe.. Ratu agak sibuk sikit.. Kesihatan Ratu juga agak terganggu sikit sejak kebelakangan ini.. Jadi, harap maklum dan semoga alasan Ratu ini diterima kalian.. Haha..

Hari tu, atas nasihat rakan sepejabat Ratu Rosie, Ratu terus membuat BUKU MERAH IBU MENGANDUNG. Rakan Ratu menasihatkan kepada Ratu tidak perlu tunggu sampai 3 bulan baru hendak daftar di klinik Kerajaan. Jadi, Ratu mengajak Raja menemani Ratu ke Klinik untuk membuat buku. Raja & Ratu pun mengambil cuti 1 hari untuk urusan tersebut. Akhirnya, buku merah telah Ratu terima semasa pendaftaran. Inilah contoh bukunya,
Buku ini akan merekodkan segala keadaan kesihatan Ratu semasa Ratu hamil. Semasa daftar, Ratu perlu tunjukkan kad nikah Raja & Ratu beserta dengan kad pengenalan Ratu. Bila nama di panggil, habis Ratu ditemu ramah. Nak rekod nama Ratu.. nama Raja.. pekerjaan Ratu & Raja.. hehe.. macam-macam lah dia tanya. Waa, top sekejap Ratu. Terasa macam artis pulak. Huhu.. Selepas itu, Ratu kena ambil darah untuk rekod darah Ratu jenis apa.. Harapan Raja & Ratu, semoga Ratu sihat sepanjang tempoh kehamilan ini... AMIN..

Tatapan dari,

Tuesday, February 22, 2011

Alhamdulillah.. Rezeki Raja Ratu tahun ini..

Pertama sekali, agak lama Ratu tak update blog ni. Emm, kesihatan Ratu agak terganggu sejak kebelakangan ni. Harap maklum.. Hehe.. Emm.. tapi cam ner nak mulakan cerita berkaitan tajuk di atas ini pun Ratu tak tahu. Ok cam ni lah.. Ratu perlu ceritakan juga untuk dikongsikan kegembiraan Raja Ratu ni kepada semua pengunjung kami terutama sekali pengunjung setia kami.

Ceritanya bermula kini.. Hehe.. Sebelum Tahun Baru Cina lepas, Raja dah mula LOYA-LOYA.. MUNTAH-MUNTAH.. PENING-PENING.. 2 ke 3 hari selepas tu, Ratu pula yang kena LOYA-LOYA.. MUAL-MUAL.. Ratu pun agak terkejut bila kebetulan pada suatu hari.. walaupun di lokasi yang berlainan.. Raja & Ratu mula makan jeruk mangga pada hari yang sama.. Emm..Ratu & Raja mula mensyaki sesuatu yang berlaku kepada kami. JEN.. JEN.. JEN.. Pada ketika itu, Raja outstation, jadi Ratu menunggu kepulangan Raja. Kami tidak mahu membuat sebarang spekulasi selagi kami belum mendapat kepastian. CEWAH !!!! berdebar-debar tak korang nak menunggu kesudahan cerita ni.. Hehe..

Pada hari kepulangan Raja, Ratu memngambil keputusan untuk membuat PREGNANT TEST yang Ratu beli di farmasi. Ratu test pagi tu.. Tapi Ratu cepat-cepat simpan balik PREGNANT TEST tu di dalam kotak & tak berani nak tengok keputusannya. Ratu simpan baik-baik kotak tu di dalam laci bilik.

Malam tu Raja sampai di rumah.. sebelum tidur Ratu menarik tangan Raja & mengambil kotak yang mengandungi keputusan kepada jawapan segala persoalan Raja & Ratu. Tapi sebelum buka, Ratu lari dulu.. Haha.. Tak sanggup tengok la konon.. Hehe.. Ya la kami pernah membuat PREGNANT TEST juga sebelum ni tapi keputusannya negatif. Jadi, Ratu agak fobia sikit untuk melihat keputusannya takut keputusan yang sama seperti sebelum ini.

Sebelum buka, Ratu memberitahu Raja kalau keputusannya POSITIF, ada 2 garisan yang akan keluar dari PREGNANT TEST tu. Kalau NEGATIF pula hanya ada 1 sahaja garisan yang akan keluar. Bila Raja buka & lihat sendiri keputusannya. Inilah keputusannya.


Raja dengan gembiranya memberitahu Ratu ada 2 GARISAN pada PREGNANT TEST tu. Ratu terus mendapatkan Raja. Raja & Ratu terus terdiam kegembiraan. TERKAKU SEKETIKA. MULUT TAK TERKATA APA. Apa yang kami tunggukan akhirnya dimakbulkan. Alhamdulillah, rezeki Raja & Ratu tahun ini. Raja terus memeluk Ratu sebagai tanda kegembiraan.

Beberapa hari selepas itu, Raja & Ratu ke klinik untuk mendapatkan kepastian di samping kami ingin juga mengetahui tarikh kelahiran CAHAYA MATA ini. Selepas itu, kami terus memberitahu ibubapa Raja & Ratu bahawa mereka bakal mendapat cucu.

DOA-DOAKAN SEMOGA RATU & KURNIAAN ILAHI INI SIHAT..
DAN RATU DAPAT MELAHIRKANNYA DENGAN SELAMAT..
AMIN.. AMIN.. AMIN..


Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267