Carila di sini beb...

Bagila hamster ni makan..

Nak bagi makan, klik saja dalam kotak tu..
Nak bagi minum, klik penutup botol susu tu..
Nak dia jalan di bulatan balik, klik butang tengah bulatan tu..

Lampu Solar

Wallpaper RR Raudah

Acuan Simen

Acuan Simen
Klik di sini untuk melihat pelbagai gambar dari pelanggan

KISAH PUTERI RAJA RATU

Showing posts with label 1 tahun. Show all posts
Showing posts with label 1 tahun. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Puteri Raja Ratu Sudah Genap Setahun Kini..

Pejam celik.. Pejam celik.. dah setahun dah usia Puteri Raja Ratu. Peh !!! Tak terasa masa berlalu. Tapi Ratu rasa bersyukur sangat kerana dapat melihat Puteri Raja Ratu membesar di hadapan mata Raja Ratu sejak dilahirkan sehingga kini. Ni kira cerita terakhir untuk segmen Kisah Puteri Selepas Lahir Sehingga 1 Tahun di bawah tajuk Kisah Puteri Raja Ratu. Selepas ini muncul lah pula 1 segmen baru iaitu Kisah Puteri 1 Tahun sehingga 2 Tahun. Haha.

Terasa seperti ingin berpuisi pula kali ini untuk ditujukan kepada Puteri Raja Ratu ni.. Emm..

Puteriku..
Ibu terasa bahagia kini..
Melihat dikau membesar dihadapan ibu & ayah..
Ibu tidak kisah..
Walaupun setiap malam..
Ibu kerap bangun malam..
Menyediakan susu untukmu..
Supaya dirimu dapat membesar dengan baik..
Harapan ibu & ayah..
Menjadi insan yang berguna kelak..
Menjadi seorang yang beramal soleh..
Menjadi seorang yang berakhlak..
Kerana dikaulah harapan ibu & ayah..
Yang akan menjaga kami di hari tua kelak..
Dikaulah harapan ibu & ayah..
Yang akan mendoakan kami..
Bila kami sudah tiada nanti..
Sesungguhnya..
Senyumanmu.. Riang ria ketawamu.. Tangisanmu..
Akan menjadi semangat kekuatan kepada ibu & ayah..
Dalam meniti kehidupan kami membesarkanmu..
Yang pasti..
Ibu & ayah..
Akan lakukan yang terbaik..
Hanya untuk dirimu..

Akhir kata, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN PUTERI RAJA RATU YANG PERTAMA.. Ketahuilah wahai anakku bahawa Ibu & Ayah amat menyayangi kamu sepenuh hati.. Emmm..

Tatapan dari,

Tuesday, September 18, 2012

Selamat Hari 1 Malaysia

Hari ini Ratu bercuti tapi sayangnya Raja pula tidak turut sama bercuti dengan Ratu walaupun kita semua tahu bahawa ini merupakan cuti umum dan 1 Malaysia bercuti. Sepatutnya Hari 1 Malaysia ni jatuh pada hari Ahad 16 September 2012. Tapi hari Ahad ni kan dah memang cuti. Jadi, cuti tu ditolak ke hari Isnin. Maknanya Ratu bercuti 3 hari iaitu Sabtu, Ahad dan Isnin. Esok pula adalah harijadi Ratu yang ke.... Hehe.. Tapi sedihnya Raja pula tiada di rumah. Dia outstation. Macam mana ni. Bulan ni pun harijadi Puteri Raja Ratu iaitu pada 22 September 2012 ni. Macam mana nak raihkan ni. Emm.. Sedihkan.. SEDIH.. SEDIH.. SEDIH.. (Bak kata Upin dan Ipin).

Hari ni kebetulan jiran sebelah kiri rumah ada buat kenduri cukur jambul. Semalam pula jiran sebelah kanan pula buat Rumah Terbuka. Maklumlah masih lagi di bulan Syawal kan. Walaupun dah nak penghujung dah ni. Tapi ni kira rezeki. Orang dah jemput kan. Tapi yang tak seronoknya, Raja tidak turut serta bersama Ratu dan Puteri kesayangan kami. Hari ni, Puteri Raja Ratu betul-betul menunjukkan semangat patriotiknya. Pantang dengar lagu berkisar tentang 1 Malaysia. Bila Puteri Raja Ratu tengok tv.. Tengok orang tu kibarkan benderanya, dia pun nak kibar.  Ayah Ratu pun berikan 2 bendera kecil. Bukan main semangat lagi dia kibarkannya. Macam dalam lagu ni,


Ratu pula terfikir ingin mengambil gambar Puteri Raja Ratu dan hantarkan pada Raja melalui telefon bimbit. Lagipun Ratu dan Puteri Raja Ratu memang merindui Raja. Emm.. Mana tidaknya dari seminggu lepas Raya Aidilfitri sampai sekarang ni Raja masih lagi outstation. Emm, apa boleh buat tugas lah katakan. Emm.. Raja pun memang ada minta mms kan gambar kami kepadanya. Emm..

Nah lah Raja hatiku, tengoklah salah 1 dari gambar ni,


Sesungguhnya kami semua merunduimu Raja !!!! HEHE.. Raja kena ucapkan selamat Hari Jadi kepada kami di sini. Kami kat sini nak tuntut hadiah ni.. Hehe..

Tatapan dari.

Tuesday, August 21, 2012

Jalan-Jalan Raya Bersama Puteri Raja Ratu

Hari ini Hari Raya ketiga dan Raja Ratu masih lagi rumah keluarga Raja. Hari ini, ibu saudara Raja ada membuat rumah terbuka. Jadi, pagi tu seperti biasa selepas Ratu siapkan Puteri Raja Ratu dulu, barulah Raja dan Ratu bersiap-siap untuk berkunjung di rumah terbuka tersebut. Rumah ibu saudara Ratu tu tidak jauh dari rumah ibu Raja. Raja Ratu boleh jalan kaki sahaja. 

Selepas Ratu siap pakaikan Puteri Raja Ratu ni baju raya, ada rakan Raja pula berkunjung tiba di rumah ibu Raja. Yang sedihnya, Puteri Raja Ratu ni mana-mana orang yang dia kurang kenal.. Kalau orang tu nak dukung dia.. Dia akan menagis.. Macam rakan Raja yang datang ni.. Ratu pun bawakan Puteri Raja Ratu ni dan ajarnya salam kepada tetamu yang datang. Sekali Puteri Raja Ratu ni menagis. Aduh hai !!!!! Ibu dan ayah ada kat sini la.. Kenapa nak nagis. Ya lah, sekarang ni Puteri Raja Ratu dah mula kenal orang.. Yang mana yang selalu rapat dengan dia.. Yang mana ibu dan ayah dia.. Dan yang mana orang yang kurang dikenalinya, dia mulalah takut. Lumrahlah tu kan. Tapi kadang-kadang Ratu pening juga. Semua orang yang datang nak dukung Puteri Raja Ratu ni, dia menagis pulak. Bukan jer tetamu yang datang, kakak ipar dan abang ipar nak dukung dia pun dia nagis. Haisssssss !!!!!!!

Inilah Puteri Raja Ratu dengan pakaian barunya,


Masa ni Puteri Raja Ratu ni buat perangai. Mentang-mentanglah dia sudah siap dulu. Habis kasut yang dipakai ditanggalnya.. Bila kasut dah tanggal stokin pula dia nak tanggal. Ratu kejap-kejap menjerit. Hai, pening ibu melayan ko ni sayang oiiii !!!!! 

Emm, selepas Raja Ratu pergi beraya ke rumah sedara mara Raja termasuklah rumah terbuka ibu saudara Raja. Raja Ratu mendapat tahu sepupu Raja iaitu Sarul Rizal dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya, jadi Raja meminta kepada Ratu agar tunggu sebentar kerana dia ingin berjumpa dengan sepupunya yang sudah lama tidak berjumpa tu.

Kemudian, di sebelah malam Raja Ratu berangkat pulang ke rumah ibubapa Ratu untuk beraya ke rumah sanak-saudara di sana pula. Emm, seronok juga beraya tahun ni dengan kehadiran Puteri Raja Ratu ni. Banyak juga Puteri Raja Ratu ni dapat duit Raya. Alhamdulillah.. Duit tu nanti akan Ratu simpan di akaunnya yang telah Ratu sediakan untuknya.

Tatapan dari,

Monday, July 16, 2012

Ramadhan Menjelang Tiba..

Emm.. Kali ni rasa macam sekejap jer masa berlalu.. Betul tak ???? Sekejap jer dah bulan Julai 2012.. Pulak tu lagi beberapa hari lagi kita semua akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Raja Ratu dah terfikir dah ni.. Macam mana lah nanti keadaannya bila bersahur nanti. Aduh Hai.. Adakah Puteri Raja Ratu pun akan turut sama bangun pagi bersahur???? ooo, tidakkkk... Buatnya terlambat bangun hendak bersahur, kelam kabut nanti dibuatnya. Mana nak kejar masa bersahur... Mana nak kejar masa untuk layan Puteri Raja Ratu ni lagi... Emm.. Tidak dapat nak digambarkan macam mana nanti.

Sebenarnya, kalau nak dikatakan seronok.. Memanglah seronok... Kerana ini adalah pengalaman baru Raja Ratu menyambut Ramadhan dengan kehadiran Puteri Raja Ratu. Cuma bimbang masa bersahur tu tergangggu jika Puteri Raja Ratu terjaga. Kalau berbuka tu Raja Ratu tidaklah risau sangat. Berbuka lambat sikit pun tak per.. Leh berbuka bergilir-gilir. Kalau bersahur ni yang membuatkan Raja Ratu risau sikit. Emm.. Harap-haraplah Puteri Raja Ratu dapat menjalani ibadat puasa dengan baik. Nak kata dia dah kena belajar puasa.. Emm.. Mana leh, Puteri Raja Ratu ni kecil lagi. Belum sampai setahun lagi.. Hehe.. Tapi harap-harap dia tidak banyak karenah sepanjang Ramadhan nanti.

Apa-apa pun sebelum menyambut Ramadhan, kita makan dulu di Johnny's Restaurants. Kita makan dulu.. Nanti bulan Ramadhan Raja Ratu tak boleh makan tengah hari bersama Puteri Raja Ratu.. Hehe


MANA MENU NI.. CEPAT LAH.. KITA NAK MAKAN DENGAN AYAH & IBU KITA NI.. KITA NAK MAKAN STEAMBOAT NI.. CEPAT LAH.. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, July 5, 2012

Undilah Puteri Raja Ratu

Kali ini Raja Ratu telahpun menyertai 1 pertandingan untuk Puteri Raja Ratu melalui PERADUAN PAMA melalui laman web http://pama.karangkraf.com/peraduan. Pada mulanya Raja Ratu pernah mencuba menghantar 1 gambar untuk penyertaan peraduan ini pada bulan lepas.. Hehe.. Saja suka-suka.. Tapi Raja Ratu tidak menyertai dari awal tempoh pertandingan. Raja Ratu menyertai di minggu-minggu akhir tempoh pertandingan. Jadi, sudah semestinya kemenangan tidak berpihak kepada Puteri Raja Ratu. Betul tak? Mana tidaknya, orang lain dah banyak dapat undian. Puteri Raja Ratu baru mendapat sedikit undian. Kali ini di awal bulan Julai ini Raja Ratu ingin mencuba nasib. Manalah tahu kan ada rezeki.. 

Inilah gambar yang Raja Ratu hantarkan untuk pertandingan bulan ini.


Raja Ratu ingin mencuba nasib untuk gambar yang ini pula. Kalau ada rezeki.. Tu sudah dikira rezeki Puteri Raja Ratu.. Kalau tak ada, tidak mengapa.. Janji sudah mencuba. Betul Tak..

Apa-apa pun, Ratu ingin minta bantuan korang agar dapat mengundi gambar Puteri Raja Ratu ni. Caranya:-

1. Klik laman ni  http://pama.karangkraf.com/peraduan
    Keluar gambar ni.

2. Klik kotak UNDI bagi kategori PERADUAN BAYI BULAN INI

3. Klik di m/s 14 & klik lah gambar Puteri Raja Ratu seperti gambar di atas.

Undian anda amat-amat diperlukan bagi menaikkan kedudukan jumlah undian Puteri Raja Ratu. Kerjasama korang diucapkan jutaan terima kasih. Hanya TUHAN  sahaja yang dapat membalas PAHALA yang korang sumbangkan untuk UNIDAN ini. Pehhhh  !!!!! Ayat tak boleh tahan.. UNDI TAU !!!

Akhir kata, TERIMA KASIH.. TERIMA KASIH.. Dari RAJA RATU.. Di Teratak Istana Raja Ratu ini.

Tatapan dari,

Sunday, June 17, 2012

Sukanya Puteri Raja Ratu Ni..

Pada hujung minggu Ratu mengajak Raja pergi ke Jaya Jusco untuk membeli barang keperluan harian terutama sekali barangan keperluan Puteri Raja Ratu seperti susu dan pampers. Bila sudah sampai di Jaya Jusco, Raja dan Ratu makan dahulu untuk mengisi perut. Tapi kami makan bergilir-gilir. Faham-faham jer lah kan kalau dah ada budak kecil ni. Sorang makan sorang jaga. Ratu pula sudah siapkan makan tengah hari untuk Puteri Raja Ratu dari rumah. Ratu minta Raja makan dahulu sementara Ratu menyuapkan Puteri Raja Ratu ni makan. Apabila Raja sudah habis makan, Raja pula sambung suap makan. Dah habis kami semua makan, Raja dan Ratu membawa Puteri kesayangan kami ni ke kawasan permainan kanak-kanak yang disediakan oleh pihak Jaya Jusco di kawasan 'Food Court' tu. Suka Ratu tengok Puteri Raja Ratu lekanya melihat kakak-kakak dan abang-abang bermain. Sekali sekala Puteri Raja Ratu ni menjerit keriangan.

Kemudian Raja pun meletakkan Puteri Raja Ratu tempat duduk budak di troli yang telah disediakan dan terus membeli barang keperluan harian. Selepas bayar, Raja Ratu pun naiklah ke tingkat atas sebab Ratu ingin mengeluarkan duit di mesin ATM. Sekali Ratu pun terpandanglah beberapa kereta mainan yang mana perlu menukar duit RM1 ke bentuk coin. Ratu pun berminat ingin mencubanya untuk Puteri Raja Ratu. Nanti pilih mainan yang mana yang diingini. Ratu pun letakkan Puteri Raja Ratu di dalam salah sebuah kereta mainan yang ada. Lepas tu masuklah coin tu di ruangan yang disediakan. Apa lagi kereta mainan tu bergerak lah seperti dalam video ni.


Bila kereta mainan tu berhenti. Raja Ratu tengok Puteri Raja Ratu ni seperti ingin main lagi. Ratu pun tukar lagi duit RM1 ke bentauk coin dan biarkan Puteri Raja Ratu menaiki kapal terbang pula.. Suka Raja Ratu tengok kegembiraannya bermain. Dah puas tu, Raja dan Ratu pulanglah.

Tatapan dari,

Monday, May 28, 2012

Puteri Raja Ratu Menemui Dua Pupunya

Baru-baru ni, Ratu mendapat tahu bahawa salah seorang daripada sepupu Ratu mengalami masalah yang agak serius dengan suaminya yang mana dia mengambil keputusan ingin bercerai. Di hari Sabtu ni, Ratu merancang ingin berjumpa sepupu Ratu tersebut di kampung bersama-sama Raja dan ibubapa Ratu. Kebetulan, Ratu juga ingin pergi ke rumah Mok Teh, ibu saudara Ratu untuk menghantar kain pasang yang telah dibeli untuk tempahan hari Raya Aidilfitri nanti.

Niat Ratu ingin berjumpa dengan sepupu Ratu tu untuk memberikan kata-kata semangat dan nasihat kepadanya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang dipikul. Ya tak. Mana tidaknya, hasil daripada perkahwinan mereka, mereka menimang 2 orang cahaya mata dan anak keduanya sebaya dengan Puteri Raja Ratu. Kedua-dua anaknya masih kecil lagi. Bagi Ratu, pasti perit dirasainya.

Selepas itu, Ratu ingin berangkat ke rumah Mok Teh iaitu ibu saudara Ratu pula. Sempat pula ayah Ratu mengambil gambar Puteri Raja Ratu bersama dua pupu yang sebaya dengannya. Inilah gambarnya,


Kemudian, Raja Ratu bersama ibubapa Ratu bergerak ke rumah Mok Teh. Sampai di rumah Mok Teh, Ratu membawa kain yang dibeli untuk tempahan baju raya untuk Ratu dan Puteri Raja Ratu. Ratu bercadang Raya tahun ini Ratu ingin mengenakan baju kurung moden manakala Puteri Raja Ratu pula baju kurung. Ratu dan Puteri Raja Ratu diukur untuk memudahkan urusan jahitan nanti. Selesai segala urusan, kami pun pulang.

Tatapan dari,

Tuesday, May 1, 2012

Lajunya Bawa 'Walker'

Emm.. Raja Ratu gembira melihat perkembangan puteri Raja Ratu kini. Kali ini Raja Ratu ingin kongsikan 1 video yang tekah dirakamkan oleh ayah Ratu di rumah ibubapa Ratu. Kini Puteri Raja Ratu bergembira bergerak ke sana ke mari dengan 'walker' yang telah Raja Ratu beli beberapa bulan yang lepas. Kalau nak diikutkan ketika Puteri Raja Ratu mencecah usia 5 bulan, kakinya belum boleh mencecah lantai lagi & belum boleh bergerak dengan selesanya. Jadi, Raja Ratu gunakan alas kaki yang telah tersedia ada pada 'walker' tersebut. Tapi kini kaki sudah kuat dan mula bergerak dengan 'walker' miliknya dengan laju. Alas kaki pada 'walker' tu Ratu cabutkan.

Tapi dalam video ni Puteri Raja Ratu tidak membawa 'walker' dengan laju sebab banyak perhentian yang puteri hendak lalui.. hUA.. hUA.. hUA.. Ratu suka main kejar-kejar dengan Puteri Raja Ratu ni. Bila Puteri Raja Ratu ni dah berada di 'walker', Ratu pun mula sergah puteri nak kejar dia. Masa tu bukan main laju lagi dia lari. Habis semua dia langgar. Kalau kat depan dia ada kerusi, habis kerusi tu dilanggarnya. Bila dah langgar, puteri terdiam seketika. Lepas tu, lari lagi. Inilah videonya.


Suka Raja Ratu tengok video ni. Akhir kata dari Raja Ratu SELAMAT MENONTON !!!

Tatapan dari,

Monday, April 16, 2012

Singgah di Taman Bunga & Orkid Kuala Lumpur

Hari ni Ratu & Raja bercuti dan kami membawa Puteri kesayangan kami pergi ke Kuala Lumpur. Raja Ratu juga membawa ibubapa Ratu untuk turut serta menyertai kami ke Kuala Lumpur. Sebenarnya, bersiar-siar di Kuala Lumpur bukanlah tujuan utama Raja Ratu.. Hehe.. Bersiar-siar ni tujuan kedua Raja Ratu setelah misi utama Raja Ratu iaitu urusan perbaharui lesen JKKP, singkatan bagi Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja Raja selesai.

Sampai sahaja di Kuala Lumpur di pejabat JKKP tu, Raja Ratu dimaklumkan bahawa pejabat tu telahpun berpindah ke bangunan berhampiran dengan bangunan Tabung Haji . Emm.. Raja Ratu pun diberikan alamat baru & kami pun follow alamat yang diberikan ni. Tiba sahaja di pejabat JKKP yang baru tu, Raja Ratu dimaklumkan bahawa dokumen kami tidak lengkap. Aduh Hai !!! Ini kerana syarat-syarat pembaharuan telah berubah & kini ada penambahan dokumen bagi pembaharuan lesen iaitu laporan perubatan. Emm.. Ini bermakna Raja Ratu perlu datang ke Kuala Lumpur sebanyak 3 kali ler.. Hisssss !!!!! Ni dah datang sekali. Lepas tu, kena datang kali de 2 untuk hantar laporan perubatan & kali ke 3 pula, kena datang untuk ambil lesen yang telah siap diperbaharui tu. 

Emm.. Setelah selesai sahaja urusan di JKKP tu, Raja Ratu mengambil keputusan untuk membawa Puteri kami bersama ibubapa Ratu bersiar-siar di Taman Bunga & Orkid di Kuala Lumpur. Lagipun, ibu Ratu pun suka tanam orkid.. Hehe.. Sampai di Taman Bunga tersebut, ibubapa Ratu teruja mengambil kesempatan menangkap gambar Puteri Raja Ratu di taman tersebut. Sekali SNAPPPPPP !!!!!!! Inilah salah satu daripada gambarnya,


Sempat jugalah masa tu bergambar bersama pelancong dari negara luar.. Hehe.. Ini namanya teruja betul bapa Ratu mengambil gambar di Taman ni. Mana taknya, pemandangan di taman ni pun cantik dengan pelbagai pokok-pokok orkid & bunga raya. Sempat juga ibu Ratu membeli orkid yang ada dijual di sini. Emm..

Ratu tertarik dengan gambar ni.. Tengok ni.. Puteri Raja Ratu menunjukkan PENUMBUKNYA.. haha !!! Terus dia berkata.. SIAPA KACAU AYAH SAYA.. SAYA TUMBUK KANG.. NAMPAK TAK PENUMBUK NIIIIII !!!!!!!!!.. Haha.. Masalahnya sudah boleh bercakap ker Puteri kesayangan kami ni.. Hehe..


Tapi masa tu kecian lak tengok Puteri Raja Ratu ni berpeluh-peluh.. Maklumlah pada ketika tu cuaca agak panas sikit.. Emm, ingatkan nak masuk Taman Burung yang terletak bersebelahan dengan Taman Bunga & Orkid ni. Tapi memandangkan kami semua sudah kepenatan mendukung Puteri Raja Ratu yang semangat ni... Emm.. Kami membatalkan sahaja niat kami untuk masuk Taman Burung.. Dan kami terus berangkat pulang ke rumah.

Tatapan dari,

Saturday, April 14, 2012

Ciannya Puteri Raja Ratu Demam.. Emm..

Ratu agak terkejut juga apabila mendapat panggilan telefon daripada ibubapa Ratu yang menyatakan Puteri Raja Ratu dah mula nak demam. Ehhhh !!!!! Biar betul ni.. Pagi tadi tengok Puteri Raja Ratu elok jer.. Ok jer.. Tak der rasa dedau langsung.. Ceria jer dia.. Petang ni dah demam pulak.. Emm.. Ratu terus menelefon Raja dan memaklumkannya. Raja pun terperanjat bila mengetahui puteri kesayangannya tu demam. Kejap-kejap call tanya bila Ratu nak balik. Hisss !!!!! Tak senang diam Ratu hendak buat kerja. Tapi Ratu ada juga bertanyakan kepada ibubapa Ratu tentang keadaan kesihatan Puteri Raja Ratu ni. Ibubapa Ratu kata Puteri kami ni ok cuma dedau sahaja & tidak perlu di bawa ke klinik dahulu buat masa ni. Emm..

Pulang sahaja dari tempat kerja, Ratu tengok terus tengok kedaan badan Puteri Raja Ratu. Emm.. masih dedau. Ala keciannya si Comel ni. Terus Ratu peluknya & cium pipinya. Emm.. bau baby.. Bestnya. Hehe.. Petang tu Puteri Raja Ratu tidak dimandikan. Ratu lapkan sahaja badannya. Raja Ratu agak terkejut macam mana Puteri kami boleh demam ???? Ayah Ratu menceritakan kepada Raja Ratu bahawa Puteri kami tidak menangis pun walaupun badannya mula dedau & panas. Tapi memang pun bila Ratu pulang sahaja, Ratu tengok Puteri Raja Ratu ni macam tidak demam. Cergas jer.. Dan masih lagi tergelak-gelak apabila di agah walaupun badannya panas. Syukurlah, kau tak mengangis.. tak merengek nak oiii... Kalau tak pening juga Raja Ratu tidak cukup tidur malam ni.. Mesti Puteri kami ni merengek sahaja.. Tapi tak tahu lah pula malam nanti.. Waktu tidur nanti macam mana..

Malam tu, pada mulanya Raja Ratu tengok badan Puteri kami sudah susut panasnya. Ini kerana, Ratu berikan ubat demam yang pernah doktor berikan ketika kami bawa Puteri kami ni untuk pemeriksaan di usianya 3 bulan ke... atau 5 bulan dulu. Jadi, kami tidak bawa ke klinik dulu. Raja Ratu rancang ingin bawa Puteri kami ke klinik pada kesesokkan harinya. Tapi kira-kira sejam lepas tu, Raja Ratu agak terkejut badan sudah mula panas. Raja Ratu dah panik. Terus terlintas di fikiran untuk beli 'COOL FEVER'. Nasib baiklah, 7 eleven dekat dengan rumah. Terus Raja Ratu pergi membelinya. Ratu pun lekatkan di dahi Puteri kami. KECIAN DIA.. DEMAM YA !!! 


Tapi apa-apa pun Ratu bersyukur sangat, Puteri Raja Ratu ni tidak merengek-rengek seperti bayi lain. Maklumlah, tentu tak selesa kan bila badan panas kan. Kita sendiri pun bila demam, badan rasa tak selesa. Betul tak !!!! Inikan pula bayi yang tak tahu apa-apa.. Ditambah lagi belum tahu bercakap.. Malam tu pada mulanya Ratu pun tidak selesa juga tidur.. Mana tidaknya.. Risau beb !!!.. Sebab boleh dikatakan inilah pertama kali Puteri Raja Ratu ni demam. Kejap-kejap Ratu terjaga.. Jengah keadaan Puteri Raja Ratu yang tidur di sebelah Ratu. Emm.. Tapi bila Ratu tengok dia tidur dengan selasa & nyenyak. Ratu pun rasa lega & tidur dengan selesa. Tapi pada keesokkan harinya, ibubapa Ratu membawa Puteri Raja Ratu ke klinik. Pada asalnya, Raja Ratu hendak bawakan Puteri Raja Ratu ni.. Tapi ibubapa Ratu tak mahu. Mereka hendak bawa sendiri cucu kesayangan ni ke klinik. Emm.. What ever..

Ratu fikir juga kenapa Puteri Raja Ratu ni boleh tiba-tiba demam. Selidik punya selidik.. Dah tahu dah ceritanya. NAK TAHU ????? Sebenarnya, ibu Ratu ni pagi tu ada pergi ke kedai membeli ikan & sayur. Pada ketika tu, hujan gerimis. Ibu Ratu ni tak hendak tunggu sehingga hujan berhenti. Habis sahaja beli sayur & ikan yang diingini, dia terus pulang ke rumah. Sampai di rumah seperti biasa, ibu Ratu melakukan tugas harian di dapur tanpa menukar baju yang telah basah sedikit terkena hujan tu. Emm.. Bila Puteri Raja Ratu masa tu nak minta dukung, ibu Ratu pun pergi mendapatkannya dengan pakaian yang terkena hujan tadi sambil memberikan Puteri Raja Ratu makan & mandi.. Emm.. Patutlah Puteri kami demam. Emm.. begitulah ceritanya.. Sehari selepas Puteri Raja Ratu ni dibawa ke klinik, Puteri Raja Ratu beransur sihat & bergembira bermain dengan permainan miliknya. Alhamdulillah..

Tatapan dari,

Monday, March 26, 2012

Puteri Raja Ratu mencecah 6 bulan

Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu kini telah mencecah usia 6 bulan. Raja Ratu gembira melihat perkembangan & pembesarannya kini. Seperti biasa Ratu membawa puteri kami ke klinik untuk rawatan susulan 6 bulan. Selepas ni Ratu difahamkan Puteri Raja Ratu akan dibawa ke klinik apabila usianya mencecah 8 bulan. Selepas ini Ratu tidak lagi membawa Puteri Raja Ratu ke klinik sebulan sekali.

Seperti biasa hari ni 26 Mac 2012, Puteri Raja Ratu ditimbang untuk mengetahui beratnya.. Diukur ketinggiannya.. Disoal selidik sedikit dengan jururawat untuk mengetahui perkembangan puteri Raja Ratu termasuklah dari segi penyusuannya. Setelah ditimbang, berat badan puteri Raja Ratu kini telah naik ke 7.6kg. Ketinggiannya juga telah naik ke 70cm. Pada sesi kali ini Ratu ditanya oleh jururawat klinik untuk sesi termuduga. Haha.. Antara soalan-soalannya,

Jururawat     : Bolehkah bayi awak mengawal kepalanya ketika ditarik balik dari posisi baring ke duduk ?
Ratu             : Boleh..

Jurarawat     : Bolehkah bayi awak meniarap & melentang ?
Ratu             : Boleh

Jururawat     : Bolehkah bayi awak mengenggam objek ?
Ratu             : Boleh

Jururawat     : Bolehkah mata bayi awak mengikut pergerakan objek ?
Ratu             : Boleh

Jururawat     : Bolehkah bayi awak bertindakbalas dengan bunyi ?
Ratu             : Boleh

Bolehkan saja.. Tapi memang betul pun boleh.. Hehe.. Lepas itu, Ratu diingatkan dengan tarikh rawatan seterusnya iaitu 21 Mei 2012.

Selepas itu, Ratu membawa Puteri Raja Ratu ke bilik suntikan untuk suntikan Hepatitis B. Di bilik tu, Ratu duduk di kerusi yang disediakan di situ. Ratu letakkan Puteri Raja Ratu di peha Ratu. Ratu peluk puteri & jururawat tu mula suntik di peha kiri puteri. Lepas suntik tu, Puteri Raja Ratu mula nangis. Tapi pujuk punya pujuk, dah reda dah nangisnya.. Emm..  Inilah gambar keletihannya..

Keciannya dia.. Hehe..

Tatapan dari,

Saturday, March 10, 2012

Beli 'Walker Baby' Untuk Puteri Raja Ratu

Ketika Raja Ratu ingin menyertai pertandingan untuk puteri Raja Ratu di Jaya Jusco bebarapa hari lepas. Ratu terpandang diskaun untuk 'walker baby'. Ratu tengok harga amat berpatutan. Jadi Ratu pun memaklumkan kepada Raja tentang keinginan untuk membeli walker tersebut. Memandangkan Raja sibuk dengan tugasnya di hujung minggu, Raja memberikan Ratu sejumlah wang untuk membeli walker tersebut. Emm.. duit sudah ada di tangan. Apa lagi. Masa untuk SHOPPING !!!! Hehe..

Ratu pun beli walker tersebut di Jaya Jusco membawa puteri Raja Ratu bersama ibubapa Ratu. Sampai di Jaya Jusco, Ratu pun makan lah dahulu. Kena isi minyak dulu lah.. Kan nak ber shopping ni.. hUA.. hUA.. hUA.. Selepas makan, Ratu pun terus membeli 'walker baby' tersebut. Ratu rasa bersyukur kerana walker tersebut hanya tinggal 1 sahaja. 'Promoter' tersebut baru memberitahu bahawa 1 walker di situ telahpun dijual sebentar tadi. Jadi tiada stok lagi. Ratu pun 'check' dulu walker tersebut dari segi bunyi mainannya.. butang untuk tukar roda di bahagian bawah walker tu kepada bentuk jongkang jongkit sikit.. takut ada masalah lak nanti. Semasa Ratu dan promoter tersebut check walker tersebut.. ada orang datang lagi ingin membeli. Nasib baiklah Ratu cepat sikit kan. Ini kira rezeki Puteri kami lah ni. Kalau terlambat sikit, mesti Ratu tidak dapat membelinya. Emm.. Alhamdulillah. Sudah rezeki Puteri Raja Ratu untuk memilikinya..

Walker jenis macam ni ada pelbagai kegunaan.. Boleh buka di bahagian dekat roda tu & jadi JONGKANG-JONGKIT.. senang nak bagi MAKAN.. selain tu ada PELBAGAI MAINAN termasuk bunyi-bunyian.. ada ALAS DI BAHAGIAN BAWAH.. sesuai & amat selesa bagi bayi yang permulaan menggunakannya..

Inilah gambar Puteri Raja Ratu yang amat selesa memilikinya... Hehe..

Moga-moga Puteri Raja Ratu bergembira bergerak ke sana ke mari menggunakan 'Walker' ini nanti. Buat masa ni, Raja Ratu menggunakan alas kaki sebagai permulaan bagi Puteri Raja Ratu menyesuaikan dirinya.

Tatapan dari,

Saturday, March 3, 2012

Puteri Raja Ratu Menyertai 2 Pertandingan

Emm.. ada pertandingan untuk Puteri Raja Ratu ???? Emm.. berita yang agak gembira ni. Raja Ratu ingin mencuba nasib untuk puteri kesayangan kami ni. Buat masa ni Raja Ratu ingin mencuba 2 pertandingan untuk Puteri Raja Ratu. Pertama, pertandingan di Jaya Jusco dan yang kedua pertandingan di suratkhabar berita harian.

Pertandingan di Jaya Jusco bermula dari 20 Februari 2012 hingga 4 Mac 2012. Pada mulanya, Ratu membeli barang keperluan puteri Raja Ratu di Jaya Jusco. Semasa Ratu membuat pembayaran, Ratu terpandang borang pertandingan CUTEST BABY IN RED CONTEST 2012. Apa lagi Ratu terus membaca syarat-syaratnya. Emm.. syaratnya mudah sahaja. Beli barang keperluan bayi pada harga RM30.00 ke atas dengan 1 resit beserta foto bayi dan hantarkan bersama borang penyertaan di Jaya Jusco yang berhampiran. Inilah gambarnya yang Ratu hantar,
Ok tak. Cuba nasib jer.. Saja suka-suka.. Kalau ada rezeki adalah.. Kalau tidak ada tak per lah.. Sebab Ratu percaya ramai yang menyertai pertandingan ini.

Dalam pertandingan yang ke 2 pula, Ratu terpandang melalui suratkhabar keluaran hari Sabtu setiap minggu. Pertandingan yang Ratu maksudkan di sini ialah PERMATA HATIKU. Caranya mudah sahaja hantar foto anak kita dan gambar itu akan tersiar di suratkhabar tersebut. Inilah gambarnya yang Ratu hantarkan untuk pertandingan tu,

Ratu ingin mencuba nasib sahaja untuk puteri Raja Ratu ini. Kalau tidak masuk pertandingan pun, puteri Raja Ratu ni memang sudah comel di mata Raja Ratu. Hehe..

Tatapan dari,

Wednesday, February 29, 2012

Usia Puteri Raja Ratu 5 Bulan Kini

Kini pada 22 Februari 2012, genaplah sudah 5 bulan usia Puteri Raja Ratu. Ratu difahamkan di usianya sebegini puteri Raja Ratu ini akan disuntik dengan suntikan 3 serangkai. Sebelum Ratu membawa puteri Raja Ratu ke klinik untuk pemeriksaan susulan 5 bulan selanjutnya, Ratu memberikan suntikan ubat demam. Emm.. itulah yang dinasihatkan oleh jiran Ratu bagi mengelakkan Puteri Raja Ratu terkena demam selepas suntikan tersebut.

Seperti biasa, tiba sahaja di klinik Puteri Raja Ratu di timbang badannya. Habis semua bajunya perlu dibuka termasuklah lampin pakai buangnya untuk mengetahui berat badannya yang sebenar. Ratu lah orang yang paling TAKUT. Bukan takut apa.. Takut nanti Puteri kami terkencing lak bila ketiadaan lampin pakai buangnya. hUA.. hUA.. hUA.. Emm.. berat puteri kami telah naik tapi tidak seperti yang kami jangkakan. Beratnya kini 7.3 kg dengan ketinggiannya 66 cm. Tak per janji puteri kami sihat dan semestinya comel.. Hehe.. Itu yang penting. Kemudian puteri Raja Ratu diberi suntikan 5 bulan. Ratu terus memeluk Puteri Raja Ratu supaya dia tidak menagis ketika disuntik sambil memegang kakinya. Tapi nangis tetap nangis. DAH NAMA PUN BAYI KAN.

Setiap kali puteri Raja Ratu diperiksa, Ratu mesti membaca buku birunya bagi mengetahui rekod perkembangan puteri kami. Emm.. Puteri kami mesti sudah boleh:-

a) Mengawal kepalanya ketika ditarik dari posisi baring ke duduk
b) Menyiarap dan melentang
c) Mengenggam objek
d) Mata mengikut pergerakkan objek
e) Bertindakbalas kepada bunyi

Perkembangan Puteri Raja Ratu kini, dia telah menyiarap sepenuhnya. Inilah rakaman yang sempat Ratu rakamkan untuk tontonan semua. Haha.. Masa ni Puteri Raja Ratu tengah memikirkan macam mana nak menyiarap sebab nak rakam video ni.. Hehe.. Fikir.. Fikir.. Na.. Naa.. Na.. Na.. Naa..


Ni adalah rakaman sepenuhnya Puteri Raja Ratu menyiarap. Hehe..


Akhir kata, sesungguhnya Raja Ratu memang suka melihat perkembangan puteri kami kini. Pastinya Raja Ratu menunggu perkembangan puteri kami seterusnya untuk melihat dia merangkak. Hehe..

Tatapan dari,

Thursday, January 26, 2012

Genaplah Kini Puteri Raja Ratu Mencecah 4 Bulan

Hari ni 22 Januari 2012, genaplah usia puteri Raja Ratu 4 bulan. Ratu ingatkan di usianya kini, puteri Raja Ratu tidak terlibat dengan rawatan susulan di klinik. Tapi sudah ditetapkan tarikhnya oleh pihak klinik iaitu 25 Januari 2012 untuk rawatan susulan puteri Raja Ratu yang ke 4 bulan, Raja Ratu ikutkan sahaja lah. Sekurang-kurangnya Raja Ratu dapat mengetahui perkembangan puteri kami.

Apa yang dapat Raja Ratu ketahui perkembangannya kini, puteri kami sudah mula ingin menyiarap. Sekali sekala, berjaya juga puteri kami menyiarap. Sebenarnya, sejak dari usianya 3 bulan lebih lagi puteri kami sudah mula mengiring. Tapi tu la, puteri Raja Ratu ni kurang diberi peluang untuk bebas mengiring. Haha. Mana taknya, terjaga jer dipeluk la.. diajak menonton televisyen la.. diletakkan di kereta tolak dan ditolakkan ke dapur la untuk memudahkan Ratu untuk membuat kerja-kerja di dapur. Raja Ratu kurang membiarkan dia di katil atau di tilamnya untuk membolehkannya kerap mengiring. Emm..

Selain itu, Raja Ratu melihat pandangan matanya sudah boleh melihat objek yang jauh sedikit berbanding sebelum ini. Paling penting, Raja Ratu suka melihat puteri kami ketawa melekek-lekek. Tak kiralah dimana sahaja kami berada, bila lihat jer puteri Raja Ratu ni melekek-lekek ketawa kami rakamkan videonya. Cuba tengok video yang pertama ni yang sempat Ratu rakamkan,



Ini pula rakaman yang kedua,


Ini pula video yang terakhir yang sempat Ratu rakam tapi tak cantiklah sikit sebab Ratu rakam sendiri video ni dengan keadaan puteri Raja Ratu di pangku Ratu. Tapi bolehlah Ratu simpan untuk koleksi video di Teratak Istana ini.



Dari segi perkembangan di buku rekod kesihatan kanak-kanak di klinik, Raja Ratu dapati berat badannya kini sudah naik sedikit menjadikan beratnya kini mencecah 6.8kg berbanding dengan bulan lepas beratnya mencecah 6.4kg. Agak sedih sedikit, berat badannya ni tidak mencapai jangkaan Raja Ratu iaitu kenaikan sebanyak 1kg menjadikan berat yang dijangkakan adalah 7.4kg. Tidak kisah lah. Janji puteri Raja Ratu ini sihat. Lagipun, puteri Raja Ratu ni sudah mula menyiarap. Mungkin inilah yang menyebabkan berat badannya tidak naik seperti yang Raja Ratu jangkakan. Walaubagaimanapun, Raja Ratu sudah mula memberikan puteri Raja Ratu ni makan sedikit. Emm.. Macam mana Ratu buat??? Oklah Ratu masukkan sedikit biskut dalam botol susunya dicampurkan sedikit dengan susu. Kemudian Ratu berilah puteri Raja Ratu ni minum. Biar perutnya kenyang sedikit. Hehe..

Tatapan dari,

Wednesday, January 25, 2012

Dua Pupu Puteri Raja Ratu buat kenduri Aqiqah & Cukur Jambul

Oleh kerana Tahun Baru Cina jatuh pada 23 Januari 2012 dan 24 Januari 2012 iaitu pada hari Isnin dan Selasa menjadikan Ratu berasa selesa untuk berehat selama 4 hari ni. Haha.. Mana tidaknya, hari Sabtu memang Ratu tidak bekerja. Ditambah lagi dengan hari Ahad dan 2 hari cuti Tahun Baru Cina, menari-narilah Ratu dibuatnya. Raja lak hari Ahad barulah dapat bercuti. Raja Ratu memang ada merancang ingin bercuti ke Cameron Highlands. Tapi dalam masa yang sama ayah Ratu mengajak Raja Ratu untuk menziarahi rakan baiknya yang jatuh sakit di Perak. Jadi, Raja Ratu terpaksa menangguhkan dahulu perancangan untuk bercuti di Cameron Highlands. Ditambah lagi dengan Raja Ratu baru mendapat tahu bahawa sepupu Ratu akan mengadakan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk anak mereka pada hari Ahad, menguatkan lagi penangguhan rancangan percutian Raja Ratu ke Cameron Highlands.

Pagi Ahad tu, Ratu bergegas menyiapkan kelengkapan puteri Raja Ratu termasuklah memandikannya.. memakaikan bajunya.. dan menyediakan barang-barang keperluannya. Kemudian Raja Ratu pula bersiap. Raja Ratu beserta ibubapa Ratu bergerak ke Johor Bahru lebih kurang pukul 9.00 pagi. Dalam perjalanan, Raja Ratu bertembung dengan bapa sedara Ratu dan kami bergerak bersama-sama sehinggalah ke rumah sepupu Ratu tu.

Sampai sahaja di destinasi tu, Raja Ratu lihat sepupu Ratu sedang beri anak dia susu. Alamak comelnya Ratu tengok. Anak sepupu Ratu ni kira dua pupu kepada puteri Raja Ratu lah ni. Sebenarnya ada 3 orang sepupu Ratu yang bersalin tahun lepas. Ini bermakna puteri Raja Ratu ada kawanlah. Bila semua dah berkumpul. Kecohlah dibuatnya. Lagi kecoh apabila puteri Raja Ratu ni bertemu dengan rakan sebayanya. Habis semua bahasa-bahasa bayi yang Raja Ratu tak faham dikeluarkannya. Haha..

Majlis Aqiqah tu diadakan di sebelah malam selepas Isyak. Kalau korang nak tengok inilah dua pupu puteri Raja Ratu setelah disiapkan untuk majlis Aqiqahnya. Comel tak.

Ini pula gambar puteri Raja Ratu bersama dua pupunya yang lain. Cuba teka yang mana satu puteri Raja Ratu.. Yang mana satu yang tembam dan comel.. Hehe.. Mestilah dua-dua comel dan tembam kan.. Hehe..
Dapat tak korang cam yang mana satu Puteri Raja Ratu tu. JEN.. JEN.. JEN.. Oklah Ratu beritahu. Puteri Raja Ratu mestilah yang sebelah kanan tu. Hehe. Tengok tu Puteri Raja Ratu menepis tangan dua pupunya tu. Jangan macam tu PUTERIKU SAYANG.. Baring diam-diam.. Tengok kawan sebelah tu diam jer.. Hehe..

Tatapan dari,

Wednesday, December 21, 2011

Usia Puteri Raja Ratu Mencecah 3 Bulan

Hari ini 22 Disember 2011, genaplah 3 bulan usia Puteri Raja Ratu. Hari ni Raja Ratu bercuti dan meluangkan masa kami di sebelah pagi membawa puteri kesayangan kami untuk pemeriksaan susulan puteri kami. Seperti biasa, tiba di klinik puteri Raja Ratu ditimbang dan diukur lilitan kepala serta badannya. Sebelum puteri Raja Ratu ditimbang, Ratu amat bimbang dengan berat badannya. Terlintas di fikiran Ratu berapalah berat badan Puteri Raja Ratu ni kerana sejak akhir-akhir ni Puteri Raja Ratu kurang mahu minum susu. Jadi, Ratu memang amat risau dengan perkembangan pembesaran Puteri Raja Ratu.

Setelah ditimbang, berat badan puteri Raja Ratu ialah 6.4 kg. Lilitan panjang atau ketinggian puteri Raja Ratu telah meningkat daripada semasa lahir 50cm... Dikuti dengan selepas 1 bulan ketinggiannya ialah 55 cm.. Dikuti selepas 2 bulan ketinggiannya ialah 56 cm.. Dan kini ketinggiannya ialah 62cm..

Di usianya 3 bulan kini, Puteri Raja Ratu diuji,
a) Adakah puteri Raja Ratu menggerakkan semua anggota badan dengan baik?
b) Adakah puteri Raja Ratu berkukur atau mengekek ketawa?
c) Adakah puteri Raja Ratu terkejut pada bunyi kuat?
d) Adakah puteri Raja Ratu memandang muka kita apabila kita memandangnya?
Alhamdulillah, Puteri Raja Ratu menunjukkan perkembangan yang baik.

Sekarang, puteri Raja Ratu sering gelak bila di agah. Ini memang amat menggembirakan Raja Ratu. Bila Ratu dapat mengambil gambar Puteri Raja Ratu ini sedang gelak. Ratu sering hantar gambar tu kepada Raja melalui telefon bimbit. Selepas Raja menerimanya, Ratu menerima sms daripada Raja. Apa kandungan SMS tu ??? Nak tahu ke ??? Raja mengadu tidak boleh nak buat kerja bila tengok gambar Puteri Raja Ratu ni. Hehe.. Inilah gambar Puteri Raja Ratu terkini di usia 3 bulan,Tapi yang seronoknya yang Raja Ratu nak kongsikan di sini.. Emm, tengokla sendiri gambar ni. Ni pandangan tepi,
Ni pula pandangan hadapan,
Apa pendapat korang.. Haha.. Gambar ni diambil 2 hari sebelum Puteri Raja Ratu ni diberi suntikan 3 bulan. Masa ni Ratu bercuti.. Emm, menghabiskan cuti tahun lepas la. Ketika ni, Ratu tengah mengemas bilik. Sekali Ratu pusing.. Amboi.. Amboi.. Amboi.. Macam bos lak ya.. Nak tengok Ratu sudah siap kemas bilik ke belum ya.. Kaki letak atas bantal peluk. Tangan kanan lak letak atas kaki ya. Terus Ratu ambil telefon bimbit dan SNAP !!! Dah gambar dah ambil. Pandai lak tu tengok kamera telefon bila diambil gambarnya. Ratu ambil gambar dari pandangan tepi.. Puteri Ratu pandang tepi.. Ratu ambil gambar dari pandangan depan.. Puteri Ratu tengok hadapan. Ratu pun hantar gambar ni kepada Raja melalui telefon bimbit. Tak senang diam la Raja yang tengah bekerja tu tengok gambar ni. Hehe..

Harapan Raja Ratu, semoga Puteri Raja Ratu kami ini bertambah comel. Raja Ratu sudah pastinya ingin melihat puteri kami perkembangan puteri Raja Ratu ini seterusnya.

Tatapan dari,

Wednesday, November 23, 2011

Puteri Kesayangan Raja Ratu Mencecah 2 Bulan

Pejam celik.. Pejam celik sudah 2 bulan dah usia puteri kesayangan Raja Ratu. Rasa macam sekejap je 2 bulan Ratu bercuti.. Ni dah nak mula bertugas. Emm, pada 22 November 2011, Raja bercuti dan menghabiskan masa bersama Ratu dan puteri kami. Sebelah pagi, Raja Ratu membawa puteri kesayangan kami ke klinik untuk rawatan susulan 2 bulan. Seperti biasa, puteri Raja Ratu ditimbang dan diukur ketinggiannya. Setelah ditimbang, Raja Ratu dapati berat badan puteri kesayangan kami telah naik lagi. Emm, gembira rasanya. Masa lahir berat badannya 3.2 kg.. Selepas 1 bulan berat badannya 4.3 kg.. Kini berat badannya telah naik kepada 5.4 kg.. Hehe.. Memanglah gembira kerana berat badannya melebihi jangkaan pada rekod graf pembesaran seperti dalam BUKU REKOD KANAK-KANAK. Seperti dalam Buku Rekod Kanak-Kanak, Ratu tengok kalau berat badan bayi 3.2 kg semasa lahir, berat badannya selepas 1 bulan dijangkakan 4.2 kg.. Selepas 2 bulan pula 5.2 kg.. Ratu harapkan berat badan puteri Raja Ratu ni akan naik melebihi dari jangkaan dalam buku tu iaitu 5.8 kg apabila usianya mencecah 3 bulan.

Kali ini puteri Raja Ratu diminta berjumpa dengan doktor di klinik itu untuk melihat tahap kesihatan puteri kami. Alhamdulillah, doktor kata puteri Raja Ratu sihat. Kemudian puteri Raja Ratu diberi suntikan 2 bulan. Raja Ratu difahamkan suntikan ini penting untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit ke atas bayi seperti kancing gigi, kanser dan sebagainya. Menangis ??? Memanglah menangis. Budak mana yang tidak menagis kan bila kena suntikan di peha. Emm, bila puteri Raja Ratu menjerit. Terus Ratu memeluknya. Tapi yang penting, puteri Raja Ratu ni sihat dan tidak demam selepas suntikan 2 bulan ini. Sesetengah bayi ada yang demam selepas suntikan ni. Alhamdulillah, Ratu tengok puteri Raja Ratu ni tidak demam, malah puteri kami bertambah cergas dan sihat.

Akhir kata, harapan Raja Ratu semoga puteri Raja Ratu ini bertambah kuat dan sihat. AMIN..

Tatapan dari,

Tuesday, November 1, 2011

Hadiah Kelahiran Puteri Raja Ratu

Pertama sekali, Raja Ratu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kenalan Raja Ratu termasuklah saudara mara kerana kesudian korang semua datang ke rumah untuk melawat Ratu dan puteri kesayangan Raja Ratu ini. Alhamdulillah, banyak hadiah yang Raja Ratu terima untuk puteri kesayangan kami ini. Ada juga yang memberi sejumlah wang. Terima kasih semua. Inilah hadiah yang diterima oleh puteri kesayangan Raja Ratu.

Ada yang menghadiahkan selimut beserta stokin.. Ada yang menghadiahkan satu set pakaian baby.. Ada yang menghadiahkan hamper.. Ada yang menghadiahkan lampin pakai buang.. Ada yang menghadiahkan susu.. Ada yang menghadiahkan set bekas makan dan minum untuk baby.. Ada yang menghadiahkan beg.. Ada yang menghadiahkan 1 set barang keperluan harian seperti tisu basah, syampoo, mandian bayi, bedak, losyen dan sebagainya.

Akhir kata, terima kasih Raja Ratu ucapkan kepada semua. Raja Ratu akan gunakan sebaiknya hadiah yang diberikan untuk keperluan puteri Raja Ratu.

TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH RAJA RATU UCAPKAN..

Tatapan dari,

Sunday, October 30, 2011

Kereta Tolak Untuk Puteri Raja Ratu

Emm.. Raja Ratu memang ada merancang untuk membeli kereta tolak untuk puteri Raja Ratu ini selepas Ratu habis berpantang. Nanti lebih mudah untuk membawa puteri Raja Ratu ini bersiar atau membeli belah nanti. Tak lah sentiasa hendak dukung dia je kan. Mengikut perancangan, selepas Raja Ratu habis berpantang nanti, Raja akan bercuti dan membawa Ratu serta puteri kesayangan kami bersiar-siar. Tapi selepas Raja Ratu membeli kereta tolak lah nanti.

Emm, baru-baru ini nak dijadikan cerita.. Pada hari Sabtu 29 Oktober 2011, ibubapa Ratu hendak pergi ke Jaya Jusco. Ratu tidak kisahlah kerana Ratu boleh menjaga puteri kesayangan Ratu ini. Tapi kalau Ratu sudah habis berpantang lah kan.. Sudah tentu Ratu tidak akan melepaskan peluang untuk ikut sama. Haha.. Pulang sahaja dari Jaya Jusco, ayah Ratu membuka bonet kereta dan mengeluarkan kereta tolak yang baru dibelinya di Jaya Jusco. Apa lagi terperanjat lah Ratu. Aik, dah beli dah. Ni betul-betul puteri kesayangan Raja Ratu ni menjadi cucu kesayangan ibubapa Ratu. Baru bulan lepas, ayah Ratu belikan katil untuk puteri kami tidur. Kali ini belikan kereta tolak pulak. Inilah kereta tolak yang dibelinya.
Ratu memang suka kereta tolak seperti ini sebab disediakan ruang untuk letak beg di bawahnya. Dalam beg tu nanti boleh letak barang keperluan puteri kami tu. Jadi, ianya lebih memudahkan puteri Raja Ratu dibawa ke mana sahaja. Emm.. habislah lepas ni. Baru Ratu nak cium pipi puteri Ratu.. Tak alih-alih, dah ikut atuknya pergi jalan-jalan. Hehe..

Tatapan dari,

Kipas Solar

Kipas Solar
klik la gambar ni.. boleh juga call 012-6844870/ 017-2120267