Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

EMPAT perkara


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Pagi ini telah terjumpa blog ini iaitu : matahati 

Apa yang dicoret di bawah ni hasil salin dan tampal dari blog tersebut. Sama-samalah kita ambil manfaatnya.

EMPAT  perkara yang kita kena tambah buat iaitu:

1) BANYAKKAN DAKWAH - sampaikan dakwah tak kira melalui apa jua saluran... contoh macam kita di alam maya, boleh sampai-sampaikan mesej dakwah melalui blog, forum dsb.

2) BANYAKKAN TAKLIM - bermaksud usahakan agar sering belajar, mendengar dan perdengarkan hadis-hadis Nabi SAW khususnya di rumah masing-masing. InsyAllah para malaikat akan sentiasa menaugi rumah2 yang sering diperdengarkan hadis Rasululllah SAW.

3) BANYAKKAN IBADAH - perbanyakkan melakukan ibadah, bersegera berbuat yang fardhu kemudian usaha tambahi dengan yang sunat. Penuhi hak al-quran yang menuntut kita agar sering membacanya, Biar dapat khatam sekurang2nya dua kali setahun. Formula untuk dapat khatam setiap enam bulan ialah dengan cara kita istiqamah membaca 2 helai atau bersamaan dengan 4 m/surat setiap hari. Jika istiqamah baca, InsyaAllah pasti dapat khatam 2 kali setahun... ameen

4) BANYAKKAN KHIDMAT - ringan tulang untuk membantu melakukan kerja2 amal... bermaksud sentiasa bersedia memberi khidmat/pertolongan pada sesama manusia. Contoh: tolong ibu angkat kain di jemuran, tolong ajar adik-adik buat kerja sekolah, ikut serta dalam aktiviti gotong-royong dan sebagainya. Begitu juga dengan tugasan seorang siak yang contohnya termasuk dalam kategori memberi khidmat.

Sama-sama kita membaik-pulih diri... moga Allah kurniakan kekuatan.. ameen

EMPAT perkara yang mesti dikurangkan buat iaitu:

1) KURANGKAN MASA MAKAN - bermaksud jangan lah kita terlebih sangat fikirkan soal makan. Hinggakan asyik mengulang-ulang masa makan kita.. pagi makan, tak lama lepas tu makan lagi, entah berapa kali makan padahal bila masuk tengahari nak makan lagi. Jadi kurangkan masa makan kita.

2) KURANGKAN REHAT DAN TIDUR - banyak tidur boleh mematikan hati. Jangan kita terlebih tidur. Jangan asyik habiskan masa dengan tidur di siang hari, fikirkan malam nanti nak tidur lagi. Jadi usia kita hanya akan berlalu dengan sia-sia jika masa kita asyik terpenuhi dengan tidur saja.

3) KURANGKAN MASA KITA BERADA DI LUAR MASJID - maksudnya biar masa kita banyak berada di dalam masjid, duduk beriktikaf di rumah Allah. Elakkan cenderung ke tempat lain, lebih afdal kita berada di rumah Allah.. solat berjemaah, membaca al-quran dan ikut majlis ilmu.

4) KURANGKAN BERKATA PERKARA YANG SIA-SIA - disebut sebagai kurangkan bukannya jangan sebab kita sebagai fitrah insan yang lemah sering saja terbabas melakukan perbuatan sia-sia. Yang boleh kita buat ialah sentiasa memperbaharui azam agar kurang berbuat perkara sia-sia yang bukan saja tak beri manafaat tapi dikhuatiri hanya akan datangkan dosa... nauzubillah

Semoga Allah sentiasa ilhamkan kita agar sering usaha dan risau tentang agama. Biar sering timbul harap, takut dan kasih hanya Allah. Bila kita berjaya kurangkan empat perkara tersebut InsyaAllah dengan sendirinya kita akan mempunyai lebihan masa untuk membuat penambahan pada perkara2 yang diperkatakan sebelum ini. Moga Allah sentiasa ilhamkan kita... ameen

Setelah dibariskan empat perkara yang perlu ditambah dan empat perkara yang perlu dikurangkan maka disampaikan pula empat perkara yang dilarang kita buat:


EMPAT perkara yang dilarang kita buat ialah:

1) BERHARAP pada makhluk - janganlah kita terus-menerus berharap pada makhluk. Jika susah sikit, selalu fikir nanti nak minta tolong pada siapa. Jika nak lariskan jualan kat kedai, jumpa bomoh untuk dapatkan ubat pelaris. Jika demam, tak fikir lain terus ingat nak telan panadol, lepas telan 2 bijik jadi konfiden, gerenti baik demam. Salah tu sebenarnya... kita mintalah hanya pada Allah. 

Ada satu kisah benar untuk renungan... 
Seorang anak yang dalam usia 12 tahun telah ikut ayahnya keluar berdakwah selama 3 hari. Seseorang yang secara tak sengaja telah memperhatikan kelakuan anak itu dek ada sesuatu yang menarik perhatian. Anak itu sedang solat sunat. Habis je solat beliau tunduk melihat jam tangannya yang diletakkan di tepi sejadah. Selepas itu beliau sambung solat lagi. Dan selepas itu tunduk lagi tengok jam. Bangun solat lagi untuk ketiga kalinya. Dan bila habis solat, beliau lalu tersenyum selepas tunduk melihat jam nya. Sebelum berlalu pergi, hamba Allah yang asyik melihat gelagat anak tadi sempat menghampiri. Beliau lalu menanya... "Kenapa pakcik tengok tadi lepas solat tengok jam lepas solat tengok jam... ngapa? "Oh! jam saya tadi mati.. itu yang saya solat sunat minta Allah jalankan balik jam saya. He.. he.. Alhamdulillah lepas tiga kali solat baru jam saya jalan balik... syukur alhamdulillah..." Terus terkedu pakcik yang menanya... ternyata anak itu tak terfikir langsung pasal bateri jam, dalam fikirannya asbab jam nya jalan dan berhenti jalan hanya kerana Allah... Subhanallah.
2) MENGELUARKAN kata2 yang tak elok pada makhluk - maknanya jangan kita senang2 nak kata benda2 tak elok pada orang lain. Tak kira pada haiwan sekali pun, apa lagi pada manusia. Semua makhluk di atas muka bumi ini ciptaan Allah. Jangan kita mudah nak mengata... contoh: ..buruknya rupa kucing tu.. dah la hodoh, kotor pulak... Itu baru keluar kata-kata pada seekor kucing... Jadi awas, berhenti lah kita mengata yang tidak2 pada orang lain. Perkataan mencela dan seumpamanya tidak lain hanya akan kembali pada tuan yang mengata.. nauzubillah.

3) AMBIL hak orang lain tanpa kebenaran - bermaksud elakkan mengambil barang yang bukan hak kita. Apa lagi mengambil yang bukan hak kita tanpa kebenaran pemiliknya. Tak kira apa jua barang, asal yang orang punya eloklah jangan diambil. Cari yang lain yang bukan jadi hakmilik orang. Kalau terambil, mesti cari orangnya dan pulangkan balik.

4) MEMBAZIR - elakkan membazir walaupun hanya sebutir nasi. Harus diingat betapa proses kejadian sesuatu makanan itu mengambil masa yang begitu lama untuk dihasilkan. Jadi jangan pandang ringan walaupun hanya sebutir nasi yang tertinggal dalam pinggan makan kita. Habiskan agar ada keberkatan pada setiap apa yang menjadi darah-daging kita. Jika kita makan buffet yang disponsor syarikat contohnya, jangan kelabu mata bila lihat begitu banyak makanan yang terhidang percuma. Ambil hanya apa yang nak dimakan, yang diyakini habis memakannya. Jangan ambil banyak, melimpah-limpah tapi makannya sedikit.. selebihnya membazir. Membazir itu sahabat setia syaitan.

Sama-sama mencari redha Allah. Berbuat baik untuk dapat redha Allah. Tak buat apa yang dilarang untuk dapat redha Allah... ameen

Friday, November 25, 2011

Rebut keistimewaan Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim.

SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.

Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar 'Saiyyidul ayyam' terpahat dalam banyak hadis Rasulullah. 

Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat". (Hadis riwayat Muslim) Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya." (Hadis riwayat Muslim) 

Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud) 

Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal." (Hadis riwayat Ahmad).


Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat. 

Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: 

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al-Jumu'ah ayat 9) 


Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali. 

Firman Allah yang bermaksud: 

"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." (Surah al-Jumu'ah ayat 10) 

Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah. Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan. Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik." (Hadis riwayat Baihaqi) 

Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) 'diam' sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. 

Firman Allah yang bermaksud: 

"Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-A'raf, ayat 204) 

Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: 

"Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah)." (Surah al-Mu'minun ayat 52)


Oleh Mohd Shahrizal Nasir


Friday, July 29, 2011

Khutbah Rasulullah SAW Menjelang Bulan Ramadhan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Assalamu'alaikum,


Bulan Ramadhan adalah bulan yang amat dinanti-nantikan kehadirannya oleh umat Islam, kerana dalam bulan itu banyak peluang dan kesempatan yang baik bagi meningkatkan keimanan dan amal ibadah. Bulan Ramadhan dikenal sebagai bulan barakah (bulan yang penuh keberkatan), bulan maghfirah (bulan keampunan), sebagai bulan ibadah kerana di dalamnya pelbagai ibadah dapat dilakukan, iaitu ibadah puasa, solat , zakat, bersedekah, bertadarrus al-Quran, berzikir dan lain2 dan pahalanya pula dilipatgandakan.


Menjelang kedatangan ramadhan Rasulullah saw. berkhutbah kepada para sahabat dan umat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan persiapan yang rapi, dan mengisinya dengan amal ibadah dengan bersungguh2 serta berharap dengan sungguh2 kepada Allah swt akan keberkatan Ramadhan.


Berikut adalah sebahagian Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan.


Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah.


Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakanNya. Dalam bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu menjadi ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan.


Bermohonlah kepada Allah Rabbmu, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan pada hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin.


Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu daripada apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu daripada apa yang tidak halal kamu mendengarnya.


Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah akan dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih.


Dia menjawab kepada hambaNya ketika mereka menyeruNya, Dia menyambut hambaNya, ketika mereka memanggilNya, dan Dia mengabulkan permintaan hambaNya, ketika mereka berdoa kepada-Nya.


Wahai manusia!


Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban dosamu, maka ringankanlah dengan memperpanjangkan sujudmu iaitu memperbanyakkan solat sunat (antaranya ialah solat Tarawih).


Ketahuilah! Allah swt bersumpah dengan segala kebesaranNya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin (pada hari kiamat nanti).


Wahai manusia!


Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa pada bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan dia diberi keampunan atas dosa-dosanya yang lalu.Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah saw menjawab, : "Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya bersedekah dengan seteguk air".


Wahai manusia!


Barangsiapa yang mempercantikkan akhlaknya pada bulan ini dia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin, yang pada hari itu, banyak kaki-kaki tergelincir. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan pegawai atau pembantunya atau hambanya pada bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan ke atasnya pada hari Kiamat.


Barangsiapa menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari dia berjumpa denganNya.


Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silatuarahim) pada bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan pada bulan ini, Allah akan memutuskan rahmatNya pada hari dia berjumpa denganNya. Barangsiapa melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan daripada api neraka.


Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu daripada ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.


Wahai manusia!


Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar syaitan tidak akan lagi pernah menguasaimu. Ali bin Abi Thalib ra berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama pada bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama pada bulan ini adalah menjaga diri daripada apa yang diharamkan Allah."


Inilah sebahagian daripada khutbah Rasulullah saw yang dibacakan menjelang bulan Ramadahan. Baginda sedar betul akan kemuliaan bulan Ramadhan ini, bulan Ramadhan bukan sahaja diwajibkan kita berpuasa tetapi bulan yang padanya diperuntukkan banyak keberkatan.


Marilah menghayati isi khutbah ini agar puasa dan akitiviti kita dalam bulan Ramadhan tahun ini bertambah baik daripada tahun2 sebelumnya, dan semoga berkekalan sehingga tahun2 berikutnya.

Sumber : SINI 


Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan!

Sunday, September 5, 2010

Perhiasan

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ (١٤

Maksud terjemahannya : "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)". (Ali-Imran [3] : 14)

Menurut tafsir Prof Dr Hamka dalam kitab tafsir Al-Azhar
زُيِّنَ
Ertinya keinginan kepada barang-barang sama ada barang itu elok ataupun tidak.

حُبُّ
Ertinya suka ataupun cinta.

ٱلشَّهَوَٲتِ
Syahawat pula bererti keinginan-keinginan yang membuatkan nafsu tertarik kepadanya

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia" : Allah swt memberikan perasaan suka dalam diri manusia terhadap benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, daripada emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.


Di sini; kerana Allah yang menimbulkan rasa suka atau cinta kepada perkara-perkara yang disenaraikan dalam ayat itu, maka manusia boleh mendapatkannya. Namun di hujung ayat itu Allah swt mengingatkan bahawa "Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)".


Jadi apabila kita telah berusaha mendapatkan apa yang mengikut fitrah ini, dan kita telah memperolehnya maka hendaklah kita menggunakan segala perkara yang telah dianugerahi Allah swt kepada kita itu dengan perkara-perkara yang membolehkan kita meraih syurgaNya.

"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." (Al-Kahfi [18] : 7)

"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan". (Al-Kahfi [18] : 46)

Serta pelbagai barang perhiasan (keemasan) dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertakwa. (Az-Zukhruf [ 43 ] : 35)


Oleh itu Allah mengingatkan kita supaya bersegara dalam melakukan amal soleh.

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa". (Ali-Imran [3] : 133)

Monday, August 9, 2010

Istidraj

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.

Artikel ini saya copy daripada blog INI YANG AKU RASA

Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Apakah istidraj itu? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang akan saya ulas dalam risalah ini. Tajuk ini adalah amat penting, terutama kepada anak-anak dan generasi muda kita agar tidak terkeliru dengan risalah ini. Pemikiran kebanyakan umat Islam pada zaman moden ini nampaknya jelas kelihatan kian jauh menyimpang daripada pemikiran orang-orang Islam pada zaman silam. Pemikiran manusia pada zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.

Itulah sebabnya kita lihat masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat dahulu. Bagaimana masyarakat pada hari ini? Mereka telah terpengaruh dengan apa yang ada; dengan suasana sekelilingnya. Mereka tidak memandang jauh sepertimana orang-orang dahulu. Padahal orang dahulu tidak belajar tinggi sehingga ke universiti. Kita sekarang cerdik, ada ijazah, ada PhD dan macam-macam lagi, tapitidak sebijak mereka yang terdahulu.

Terdapat ramai orang-orang sekarang tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran dan kekayaan yang telah diperoleh. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah. Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaannya untuk menindas orang-orang bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan yang ada padanya (tidak tahu bersyukur). Dia tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah S.W.T.

Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

Kalau dia ada kebesaran, dia menzalimi orang dibawahnya. Kekayaan yang ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya dan orang lain, tetapi untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T. Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hambaNya yang setia dengan hambaNya yang derhaka.

Saya pernah ditanya oleh seorang mahasiswa, "Ustaz, betulkah atau tidak, saya dengar ustaz bersyarah, ulama'-ulama' kalau bersyarah menyatakan bahawa barangsiapa yang mahu mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W. dan berpegang teguh kepada agama Islam. Betulkah ustaz?"

Saya jawab, "betul."

"Minta maaf ustaz, saya tidak percaya. Sebab, apa yang saya lihat realitinya tidak begitu. Orang-orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yang teruk."

Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh, "Mak dan ayah saya, bukan sahaja solat sehari semalam lima waktu, tapi tengah malampun bangun solat tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan sahaja puasa Ramadhan, Isnin mereka puasa, Khamis pun mereka berpuasa. Tapi kami nak makan daging sebulan sekali pun susah. Ayah saya, orang belum azan sudah pergi ke masjid. Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh kepada agama."

"Tapi, bapa saudara saya (adik mak saya), tak pernah solat seumur hidupnya. Rumahnya rumah batu. Puasapun tidak pernah. Kalau kita tanya, pakcik tak ingat mati? Bukan saya seorang sahaja yang mati, katanya. Kalau masuk nerakapun ramai juga orang lain yang masuk. Dia hidup kaya, hidup mewah, kita yang sembahyang ni, hidup susah."

Saya beritahunya; "Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya dinamakan ISTIDRAJ.

Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak merengek minta dibelikan. Si ayahpun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia solat. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik. "Makan baik-baik ya nak!, jangan bising-bising, ayah nak solat."

Kemudian, baru saja nak solat, si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut solatnya tidak khusyuk. Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T." (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T. kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.

Manusia Istidraj? Manusia Yang Lupa Daratan

Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya. Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta jenis mewah.

"Alah, siang malam ke masjid, ke surau, tapi basikal burukpun tak ada. Tengok aku. Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak pernah solat, tapi Allah sayangkan aku. Kalau awak sikit ibadat, tentu awak juga akan kaya macam aku." Katanya sombong.
Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan maksiat pagi petang. Siang malam, dia sangka Allah sayangkannya.

Maka mereka yang berpendapat sedemikian, baik mereka yang mengaku muslim, lebih-lebih lagi yang kepada orang yang sudah nyata kafirnya, berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.

Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah. Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah. Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

Kadang-kadang Allah S.W.T. memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya." (Daripada kitab Nasa'ibul 'Ibad)

Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah hendak membinasakannya, Allah beri ia sayap. Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan Allah.

Pemimpin-pemimpin Yang Dilaknati Allah

Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar. Berapa banyak pemimpin-peminpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah. Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telahpun hancur dan musnah.

Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah Ibrahim, Qarun yang kaya, Tha'labah yang bakhil dan banyak lagi ? semuanya telah musnah disebabkan kesombongan dan keangkuhan mereka!

Nikmat Allah yng diberikan kepada Firaun tidak terkita banyaknya. Bersinpun tidak pernah. Jangan kita ingat kita sihat Allah sayang kita. Firaun lagi sihat, tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah binasakannya. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain mati, sedangkan dia belum juga mati mati hingga dia merasa besar diri, sombong dan takabbur. Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.

Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim. Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematiannya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang hidungnya!

Tidak ada seorangpun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya saja 40 ekor unta membawanya. Akhirnya Allah tenggelamkan hartanya dengan dirinya sekaligus. Hingga kini harta itu tidak timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari-cari sehingga lupa solat! Kalau kita kaya, kita sangka Allah sayang. Qarun lagi kaya, akhirnya Allah terbenamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.

Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan memberikan jawapan.

Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasulullah S.A.W. naik ke langit pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah S.A.W. berjumpa dengan Allah S.W.T. di langit, tetapi baginda tidakpun sombong. Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,

"Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi peraturan "Sunnatullah" itu. (43)- (Q.S: Al-Fatir 42 - 43).


Apabila kita tinjau semua ini, akan hilanglah segala persoalan yang tidak terjawab dan yang menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu fikiran kita. Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal buruk? Yang ke kelab malam naik kereta mewah?

Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu. Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?

Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mensyukuri Allah. Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu, dia sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada Allah. Maka dengan limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.

Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila bersedekah. Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu. "Ini sedekah saya. Maaflah, hanya 50 sen." Katanya.

Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas. Dia ada wang RM500.00 dalam sakunya. Ketika orang minta derma dia menyatakan dia tiada wang. Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.

Pada ketika setelah itu, lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket "pertunjukan amal". Belumpun sempat gadis itu menawarkannya, dia pula yang memanggilnya terlebih dahulu. Diapun membeli tiket untuk pertunjukan amal itu.

Pertunjukan amal? Ini juga satu kekeliruan bagi kita. Kita sering tertipu dengan label "amal" ini. Kadang-kadang pada waktu Maghrib, lalu sebuah van yang riuh rendah dengan muzik dan memberi pengumuman. "Tuah tuan, silalah datang ke taman hiburan, kita akan mengadakan pertunjukan amal." Ada ibu bapa yang terpengaruh lalu pergi dengan membawa keluarga. Pasal pertunjukan amal, dia ingat dapat pahala.

Inilah cakap-cakap yang mesti kita jaga. Begitu juga dengan orang yang bersyarah. Kita mesti tengok betul gerak-geri orang yang bersyarah tersebut. Ke mana pensyarah tersebut hendak membawa kita. Sebab kadang-kadang banyak kekeliruan dalam syarahan-syarahan.

Ada pensyarah yang berkata, "Kita sekarang hendaklah sesuaikan Islam dengan zaman." Nampak jelas di sini otak kita hendak dikelirukannya. Hendaklah kita sedar, Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman, tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam.

Kalaulah Islam hendak disesuaikan dengan zaman, maka zaman orang bertelanjang Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang, zaman orang merompak, Islam mesti sesuai dengan perompak. Tidak boleh islam disesuaikan dengan zaman. Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam.

Tidak beberapa lamu dahulu, saya berjumpa dengan seorang ulama'. Ditanya tentang loteri, dia kata haram. Habis, bagaimana kalau kita hendak membantu orang, macam loteri kebajikan? "Halal." Katanya.

Loteri haram, dibalut dengan label kebajikan jadi halal. Inilah cakap-cakap yang mengelirukan kita. Kiranya di samping seseorang yang menerima segala nikmat Allah, maka bertambah pula maksiat dan derhakanya kepada Allah, maka jelaslah segala kemudahan dan kemewahan yang diperolehinya itu adalah istidraj, iaitu pemberian nikmat yang tidak diredhai Allah S.W.T.

Namun, jangan pula apabila ada orang kaya datang ke masjid dengan kereta besar kita katakana istidraj. Orang naik pangkat istidraj, orang-orang besar istidraj. Jangan! Orang-orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan, untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, itu bukan istidraj namanya.

Bukan bermakna kita tidak boleh kaya. Kaya tidak salah di sisi Islam, tetapi masuk ke syurga agak lambat sedikit. Ibarat orang dari Singapura hendak masuk ke Johor. Orang yang membawa barang yang banyak akan diperiksa oleh kastam. Makin banyak barangnya, makin lama pemeriksaan, makin lambat dia masuk ke Johor. Orang yang tidak membawa barang akan lepas dengan mudah memasuki Johor.

Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita di dunia ini. Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W. sentiasa merintih di hati sanubari sambil berkata, RedhaMu yang selalu kami rindukan, Dan marahMu yang sangat kami takuti, Tuhan ? Lebih baik kami hidup miskin ? ? asal dalam redhaMu, kami tak - ingin kepada kekayaan ? ? di dalam marahMu.

Inilah sajak yang penuh makna. Apakah maknanya? Hidup kita di dunia mesti ada terget, mesti ada pedoman. Jangan hidup kita seperti kumbang di tengah kolam, ditiup angin ke tepi ia ke tepi, ditiup ke tengah ia ke tengah. Tidak ada pegangan langsung.

Kita kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada terget atau matlamat atau tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T., baru kita selamat. Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang kita cari!

Kalau target kita hanya untuk kaya, akan jahanamlah diri kita. Jika ada kesempatan untuk kaya, kita lihat dulu. Kalau ada keredhaan Allah, barulah kita ambil. Kalau tidak lebih baik kita miskin. Bukan tujuan kita untuk menjadi miskin, tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin ada keredhaan Allah, maka kita pilih miskin. Kalau mahu menjadi kaya dengan keredhaan Allah, katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.


Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita didunia dan di akhirat. Wallahu A'lam.

(Dipetik dari buku Siri Syarahan Ustaz Yazid Jaafar)

Monday, July 12, 2010

Aaaaachuum... haaaa

Bismillahirrahmanirrahim

30 Rejab 1431H

Assalamu'alaikum.

Di bawah ini saya copy artikel bertajuk Nikmat bersin, bahana menguap tanpa tutup mulut Oleh Ibrahim Abdullah di Berita Harian bertarikh 12 Julai 2010

ANAS bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin dekat Nabi Muhammad SAW. Baginda mendoakan (tasymit) seorang daripada keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanya alasannya, Rasulullah menjawab: "Sebab yang seorang mengucapkan 'alhamdulillah', sedangkan yang seorang lagi tidak membacanya." (Hadis riwayat Bukhari).

Jadi orang bersin dan tidak membaca alhamdulillah tidak layak didoakan kerana tidak bersyukur nikmat yang Allah SWT kurniakan. Pada hal bersin termasuk antara nikmat daripada Allah yang manfaatnya sangat besar dan mustajab.

Menurut Ibnu Qaiyyim, bersin dapat mengeluarkan wap dari dalam otak yang jika dibiarkan (tidak dimanfaatkan) akan berbahaya. (Kitab Zadul Ma'ad). Bersin adalah mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat luar ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 kilometer/jam. Dr Michael Roizen, pegawai kesihatan Cleveland Clinics menegaskan, bersin kegiatan positif kerana berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Salihin, Syeikh Usaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Untuk itulah, setelah bersin, dengan membaca hamdalah, sebagai bukti bersyukur kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seorang di antara kamu bersin, ucapkanlah ‘alhamdulillah’ (segala puji bagi Allah). Di samping itu orang yang mendengarnya mendoakan dengan ucapan ‘yarhamukallah’ (semoga Allah merahmatimu), orang yang bersin tadi membaca doa ‘yahdikumullahu wa yusilhu balakum’ (semoga Allah memberikan hidayah dan memperbaiki keadaanmu.” (Hadis riwayat Bukhari).


Bacaan hamdalah adalah doa paling utama. Imam al-Sindi menyatakan, hamdalah mengandungi pengertian dua jenis (fungsi) doa, iaitu menyanjung dan mengingat Allah SWT (zikir), serta mengajukan permohonan agar nikmat ditambah.Dengan berzikir saja, Allah menjamin akan memperbaiki lebih daripada diminta. Firman-Nya dalam hadis Qusi bermaksud : “Siapa yang lebih sibuk megingati-Ku (berzikir) daripada meminta sesuatu kepada-Ku, ia akan Aku berikan sesuatu melebihi orang yang memohon.”

Lain bersin, lain pula menguap (tatha'ub) bererti layu dan malas. Menguap terjadi kerana minimumnya oksigen dalam tubuh. Biasanya, orang menguap apabila tubuh lelah, malas, bosan, atau mengantuk. Nabi SAW bersabda bermaksud: “Menguap itu daripada syaitan. Oleh itu jika menguap, tahanlah sedapat mungkin. Sebab jika orang menguap hingga terucap ‘ha’ , syaitan tertawa menyaksikannya.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sesetengah orang apabila menguap, ia tidak menutupi mulutnya, syaitan amat menyukai yang demikian, di samping itu juga virus akan keluar dari mulut seseorang yang boleh menyebarkan penyakit.

Syaitan tertawa gembira dengan tabiat demikian, kerana menyukai kemalasan dan kedunguan, sedangkan agama sangat anti dengan kemalasan dan menganjurkan umatnya untuk giat bekerja dan beramal. Nabi SAW pun selalu berlindung daripada sifat kemalasan dan unsur yang negatif.

Sunnahnya orang bersin merendahkan suaranya. Faedahnya ialah ketika orang bersin kebanyakannya membuat suara tinggi yang boleh mengganggu, maka disunnahkan baginya untuk merendahkan suaranya dengan meletakkan tangannya atau pakaiannya ke wajahnya.

Abu Hanifah meriwayatkan: “Bahawa Nabi SAW apabila bersin Baginda menutup wajahnya dengan tangan atau pakaiannya dan dengan demikian Baginda merendahkan suaranya.”

Abu Hurairah berkata: “Doakan saudaramu yang bersin sebanyak tiga kali, kalau lebih daripada tiga maka dia sedang flu (selesema).”

Dalam hadis yang disebutkan Abu Musa al-Asya'ari pula, berkata: “Seorang Yahudi bersin di sisi Rasulullah, dia berharap agar Nabi mengucapkan untuknya yarhamukallah, namun yang Nabi ucapkan adalah: ‘yahdikumullah wa yuslihu balakum.’

Berdasarkan hadis ini boleh mendoakan ahlu zimmah, apabila mereka bertahmid setelah bersin, dengan doa hidayah dan taufik kepada keimanan, dan tidak mendoakan mereka dengan rahmat dan maghfirah, kerana mereka tidak sesuai untuk doa itu, manakala orang yang bersin di dalam solat boleh bertahmid kepada Allah, namun tidak boleh bagi orang yang mendengarnya mendoakannya dengan mengucapkan yarhakumullah.

Adalah perkara yang diperintahkan dan disunnahkan, dan termasuk perkara kesempurnaan agama dengan mensyariatkan kepada mereka doa yang mereka ucapkan setelah bersin, yang mana ia adalah nikmat Allah atas mereka. Maka dengan bersin itu mereka saling mendoakan rahmat dan memohon kepada Allah hidayah dan baik keadaannya.

Daripada al-Barra' bin 'Azib, dia berkata: “Nabi memerintahkan kepada kami dengan tujuh perkara dan melarang kami daripada tujuh perkara, maka Baginda menyebutkan, menjenguk orang sakit, mengikuti jenazah, mendoakan orang bersin, membalas salam, menolong orang yang dizalimi, memenuhi jemputan, dan memperhatikan keinginan orang yang bersumpah.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim).

Sumber: Berita Harian

Boleh juga baca tentang Bersin n menguap di @AL-BAKISTANI

Sunday, July 11, 2010

Majlis Ilmu & Award

Bismillahirrahmanirrahim

Salam Semua

Pagi ini alhamdulillah dapat dengar satu siri ceramah tentang hati.. dapatlah mencatat serba sedikit isi ceramah berkenaan..

Sebelum tu nak publish award daripada Nur Insan.. Pencari Redha Ilahi.. lama sangat tak ambil.. , maaf dan terima kasih ya Nur Insan.

Disebabkan award ni "BEST FOLLOWER AWARD" maka semua follower silalah ambil ya.. terima kasih sangat jika sudi ambil..

Di sini saya catatkan pengenalan kepada ceramah.. biasalah kan, dulu masa kita belajar cikgu-cikgu kita akan adakan pengenalan dulu supaya kita bersedia menerima apa yang cikgu kita ajar..

Ok.. mula... kata penceramah selepas memuji Allah dan berselawat kpd Nabi dan Rasul2 serta para anbiya' sahabat2 dan tabi'in, ..

Duduk di kalangan pembesar, adalah orang2 yang terkenal, yang dijemput, kita ni org biasa susahlah sedikit nak hadiri majlis org2 besar, krn melibatkan protokol.. tetapi alhamdulillah jika kita datang majlis ilmu, kita tak perlu modal yang banyak, kita hanya perlu kegigihan dan kesabaran serta istiqamah..

Ada hadis mafhumnya, org yg hadir majlis ilmu namanya, nama ayahnya disebut di kalangan para malaikat sedangkan malaikat adalah makhluk Allah yang mulia.

Tanpa perlu kita jadi ulama atau org terkenal kita, dengan hadir ke majlis ilmu sekejap masyaAllah nama kita disebut oleh para malaikat dan apabila nama kita disebut insyaAllah rahmat akan turun kepada kita.

Jika berlaku kesusahan seperti kemalangan malaikat akan kenal, orang ini namanya selalu disebut oleh para malaikat kerana selalu datang ke majlis ilmu, lalu turun para malaikat dengan izin Allah SWT memberikan pertolongan dengan memudahkan urusannya.

Demikianlah, alhamdulillah mudah2an kita istiqamah hadir di surau, di masjid sekiranya ada majlis ilmu yang bermanfaat.

Imam Al-Ghazali Rahimahullah menyebut dalam kitab Ihya Ulumuddin bahawa ada 6 jenis ilmu yang bermanfaat, boleh juga dicari dalam kita hidayatul solihin.. (penceramah mencadangkan cari sendiri)

MasyaAllah! dengan hadir sahaja ke majlis ilmu bersama-sama kesungguhan, kesabaran dan istiqamah, kita tak perlu modal yang banyak, kita yang tak ada apa-apa ni insyaAllah nama kita disebut-sebut oleh para malaikat.

Abu Hurairah ra dan Abu Dzar al-Ghifari ada menyebut; hadir ke majlis ilmu lebih kami sukai daripada solat 1000 rakaat.. (maksudnya nilai hadir ke majlis ilmu itu bersamaan nilai 1000 rakaat.. Subhanallah.. 2 rakaatpun kita kadang tak mampu nak buat inikan pula 1000 rakaat

Sumber gambar: SINI

Nota Penulis: Allah berfirman dalam surah Ghafir/Mukmin [40 ] : 7 hingga 9 bermaksud:

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu dan peliharalah mereka dari azab Neraka. (7) Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka dan (masukkanlah bersama-sama mereka): Orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (8) Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya). (9)

Friday, February 12, 2010

Silaturrahim

Bismillahirrahmanirrahim.

Akhir-akhir ini, fenomena derhaka kepada kedua-dua orang tua, pergaduhan antara saudara sendiri menjadi semakin parah dalam masyarakat yang mendakwa mempunyai tamadun tinggi.

Ada pula yang berbakti secara bermusim seperti pada hari perayaan tertentu sahaja dan meninggalkan saudara mereka jauh setelah musim itu selesai.

Ingatlah bahawa apabila kembalinya seseorang ibu atau bapa ke rahmatullah, maka satu seruan daripada sisi Allah SWT berbunyi: “Sesungguhnya hilanglah daripada dunia ini orang yang telah kami muliakan kamu di dunia ini kerana kewujudannya”. (Maksud Hadis Qudsi)

Adalah menjadi satu kewajipan bagi seorang mukmin

1) Memohon keampunan kepada Allah SWT bagi kedua ibu bapanya dan seluruh orang yang beriman.

2) Menghubungkan silaturrahim.

3) Menghulurkan bantuan pada perkara yang baik.

Maksud silaturrahim itu sendiri ialah menghubung yang telah putus, iaitu dengan mengambil berat serta menyayangi mereka serta menghulurkan bantuan yang diperlukan dengan cara berterusan.

Antara perkara yang kurang diberi perhatian dalam masyarakat hari ini adalah sesuatu yang amat penting dalam proses membina masyarakat cemerlang.

Berbakti kepada kedua-dua ibu bapa dan silaturrahim mengikut pandangan al-Quran.

Memutuskan hubungan persaudaraan adalah sesuatu yang diharamkan oleh syariat Islam dan Allah SWT mengaitkan hubungan persaudaraan ini dengan namaNya yang mulia (Ar-Raqib).

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa' ayat 1: maksudnya:

"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa'), dan juga yang membiakkan daripada keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu". (An-Nisaa' [ 4 ] : 1 )

Ini adalah peringatan daripada pemilik alam semesta bahawa silaturrahim adalah antara cabang untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ini bermakna memutuskan silaturrahim adalah sesuatu yang amat buruk akibatnya di sisi Allah SWT yang menganugerahkan limpahan rezeki dan kepada manusia melalui hubungan ini.

Allah SWT mencipta menjadikan sebab dan musabab kepada sesuatu perkara. Ini dapat dilihat apabila seseorang bertemu saudaranya dengan perasaan riang gembira justeru Allah SWT akan memberi keberkatan dan kebaikan yang banyak.

Ditambah pula dengan sifat pemurah dalam ketakwaan kepada Allah SWT, lalu ia mendapat kasih sayang daripada manusia yang baik dan doa daripadanya, seterusnya mendapat keredhaan Allah SWT. Mereka yang menyimpang tidak akan merasai nikmat ini. Firman Allah SWT:

“Sesiapa yang bersikap bakhil sebenarnya dia bakhil terhadap dirinya sendiri.” (Muhammad [ 47 ] : 380)

Dalam sebuah hadis sahih daripada Anas Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menginginkan bahawa Allah SWT memurahkan rezekinya dan mendapat keberkatan pada umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.”

Daripada Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda “Keredhaan Allah adalah di bawah keredhaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)

Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa adalah antara dosa besar. Sabda Nabi SAW: “Sebesar-besar dosa ialah syirik dan derhaka kepada ibu bapa.”

Sahabat bertanya: “Apakah seorang anak sanggup mencaci kedua-dua ibu bapanya?”

Jawab Nabi SAW: “Apabila seseorang mencaci ibu bapa orang lain, maka mereka akan mencaci ibu bapanya pula.” Sabda Rasul SAW: ‘Tidak akan masuk syurga mereka yang memutuskan silaturrahim.”


Rujukan : Berita Harian

Kenapa Kita diuji



Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah SWT menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yakni surah ke 29 yang bermaksud:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta". (3) (Al-'Ankabut [ 29 ] : 2-3)

Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah,. Ini adalah untuk mengetahui sama ada kita benar-benar beriman kita kepada-Nya atau sebaliknya.

Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?

Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan antaranya adalah:

1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.

2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini.

3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.

4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.

5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.

6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.

7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.

8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.

9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.

10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.

11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.

12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.

13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.

14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.


Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)