Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts
Showing posts with label Bicara Agama. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Hati lebih tenang jika berjaya tahan marah, pemaaf



SESIAPA berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah. 

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari). 


Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad SAW apabila diminta oleh seorang lelaki supaya berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. 


Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.


Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan Rasulullah SAW memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. 

Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil tarbiah berterusan. Sebab itu, selalulah memupuk sifat pemaaf bermula dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah. Jika ada sesuatu menimbulkan marah, berfikirlah sejenak untuk menilai atau muhasabah diri.

Renungkan dalam hati adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu berlaku? Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk tindakan wajar dilakukan seterusnya. 

Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan. Sifat pemaaf memberi manfaat besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. 

Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri untuk melakukan kebaikan. Bagi yang bersifat pemaaf, padanya tiada dalam hatinya tersimpan perasaan marah.

Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya. Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. 

Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati. Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Jika sifat memaafkan diamalkan, insya-Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain.

Sebaiknya sebelum tidur perkara yang selalu dipesankan orang alim supaya kita memaafkan kesalahan semua orang dengan harapan dan doa, orang lain juga terbuka hati untuk memaafkan kesalahan kita. 

Sesungguhnya kesalahan dengan Allah lebih mudah untuk memohon keampunan kerana sifat Allah Maha Pengampun, tetapi kesalahan sesama manusia susah. Jika semua orang bersifat pemaaf alangkah bahagia dan amannya dunia ini.

Tuesday, January 8, 2013

Allah Tundukkan Binatang Ternakan.. Lalu Mengapa Tidak Bersyukur?



Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Firman Allah SWT: 

A071

"Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?" (Yasin: 71)

Allah SWT menyebutkan nikmat-nikmat yang diberikannya kepada para makhluk-Nya berupa binatang ternakan yang ditundukkan untuk mereka. (Ibnu Kathir)

Mereka memiliki kemampuan memaksanya. Binatang itu tunduk kepada mereka serta tidak mampu melawannya. (Qatadah)

Tidakkah orang musyrik yang menyembah patung-patung itu menyaksikan bahawa Kami telah menciptakan binatang-binatang ternak seperti unta, lembu dan kambing yang mereka gunakan mengikut kehendak mereka. kami menjadikan binatang tersebut patuh kepada mereka, bahkan seorang hamba wanita kecil, jika dia mahu menundukkan unta atau gajah yang besar, pasti boleh dilakukannya. (Al-Maraghi)

Firman Allah SWT:  

A072
Dan Kami jinakkan ia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. (Yasin: 72)

Ada yang ditunggangi dalam perjalanan serta untuk membawa pelbagai barang yang berat menuju pelbagai arah dan daerah. Dan jika mereka mahu, mereka boleh memotong atau menyembelihnya. (Ibnu Kathir )

Kami tundukkan binatang-binatang ternakan tersebut untuk mereka. Antaranya ada yang mereka jadikan sebagai kenderaan untuk mengangkut bebanan berat ke tempat yang mereka kehendaki atau disembelih untuk dimakan dagingnya atau mengambil manfaat daripada lemaknya. (Al-Maraghi )

Firman Allah SWT:  

A073

Dan mereka beroleh pelbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur? (Yasin: 73)

Pada bulu tebal, bulu nipis dan rambutnya sebagai barang hiasan atau sebagainya daripada binatang ternakan kami mendapat manfaatnya. Susunya boleh diminum. Mengapakah mereka tidak juga mengEsakan Pencipta dan menyekutukan-Nya?(Ibnu Kathir)

Mereka juga menerima manfaat daripada binatang ternakan seperti kulitnya untuk dibuat pakaian atau kasut, dijadikan bajak ke sawah dan susunya boleh diminum. Oleh yang demikian, mereka disuruh bersyukur kepada Allah SWT.(Al-Maraghi )

Kata Malikun dalam ayat 71 di atas memberi makna pemilik bertujuan menekankan dan menghadirkan manfaat dan nilai binatang-binatang itu dalam benak minda bicara sebelum mengingatkan mereka tentang nikmat kepemilikannya.

Daripada sudut lain, penggunaan bentuk nakirah pada kata malikun untuk menggambarkan betapa besar dan mantap kepemilikan itu. Lihatlah bagaimana bintang-bintang itu, meskipun demikian besar, namun sepenuhnya dikuasai dan ditundukkan oleh manusia.

Bandingkanlah dengan lalat yang sangat kecil; manusia tidak ada kuasa merebut kembali apa yang direbut daripadanya oleh lalat itu. Sesungguhnya anugerah binatang ternakan itu adalah nikmat yang besar dan hak pemilikan serta menguasainya pun merupakan satu anugerah yang besar.

Tuesday, March 29, 2011

Peliharalah Lidah

Bismillahirrahmanirrahim.

Lidah tentukan langkah manusia ke syurga atau neraka

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.

Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim) 

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.” 


Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir
BH29/03/2011

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)