Showing posts with label kisah nabi. Show all posts
Showing posts with label kisah nabi. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Pelik Tapi Benar - Jibrail Menyerupai Dhiyah




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum.

Kali ini ditulis kisah Jibrail Menyerupai Dhiyah.

Kisah ini ditulis oleh Ustaz Dr Haji Zahazan Hj Mohamed dalam Majalah Solusi Isu (53) iaitu Usah kau zalimi dirimu dalam ruangan pelik tetapi benar.


Dihyah bin Khalifah bin Fudalah al-Kalbi merupakan sahabat Nabi SAW yang pernah terpilih menjadi utusan dalam misi dakwah kepada gabenor Busra untuk disampaikan kepada Maharaja Rom.

Awwanah bin al-Hakam berkata, “Manusia yang paling tampan rupanya, ialah Dhiyah yang Malaikat Jibrail datang dalam bentuk rupanya.”

Menurut al-Zahabi dalam Siyar, Dihyah adalah salah seorang antara para sahabat Nabi SAW yang terawal  memeluk Islam. Beliau memeluk Islam sebelum perang Badar, tetapi beliau tidak sempat menyertai  peperangan itu. Selepas Badar, beliau tidak pernah ketinggalan dalam jihad di medan peperangan bersama-sama baginda.

Dhiyah dikurniai Allah dengan keutamaan yang tidak dimiliki sahabat lainnya. Antara keutamaan yang beliau miliki, ialah Malaikat Jibrail sering datang menemui Rasulullah SAW dalam wajah dan penampilan seperti dirinya. 


Imam An-Nasaa’i meriwayatkan dengan sanad yang shahih daripada Yahya bin Ya’mur bahawa Ibnu Umar
berkata : “Malaikat Jibrail datang kepada Nabi SAW dalam rupa Dihyah Al-Kalbi.

Dalam hadis yang lain, daripada Jabir bahawa Rasulullah SAW berkata, “Telah diperlihatkan kepadaku para nabi, maka aku melihat Musa adalah seorang laki-laki yang kuat, seakan-akan dia adalah lelaki dari kaum Shanu’ah. Aku melihat Isa bin Maryam, maka Urwah bin Mas’ud yang paling mirip dengannya. Aku melihat Ibrahim, dan yang paling mirip denganya ialah sahabat kalian (baginda maksudkan diri sendiri). Aku melihat Jibrail, dan Dihyahlah yang paling mirip dengannya.” (HR.Muslim)

Abu Utsman berkata, “Telah diberitakan kepadaku bahawa malaikat Jibrail datang kepada Nabi SAW, dan pada waktu itu Ummu Salamah rha ada bersama-sama Baginda. Baginda berkata-kata dan terus berdiri. Nabi pun berkata kepada Ummu Salamah,“Siapakah yang kau lihat bersama-samaku ini?.” Ummu Salamah pun berkata: “ nilah Dihyah”. Ummu Salamah berkata, ‘Demi Allah, sungguh aku menyangka, dia adalah Dihyah, hinggalah aku mendengar Nabi SAW yang memberitahu bahawa dia adalah Malaikat Jibrail.”

Dalam kitab al-Isabah, Ibn Hajar meriwayatkan daripada Muhammad bin Qutaibah dan Ibn Abbas ra menjelaskan bahawa ketampanan Dhiyah menyebabkan di mana-mana sahaja beliau tampil setipa gadis yang hampir baligh akan keluar untuk melihatnya.

Malahan, al-Zahabi menyatakan Dhiyah merupakan sahabat nabi yang paling kacak di Madinah. Oleh sebab itulah Jibrail tampil membawa wahyu kepada Nabi dengan menyerupai Dhiyah.

Antara sahabat lain yang kacak ialah al-Fadl bin al-'Abbas dan beliau memeluk Islam selepas pembukaan Kota Mekah. Selain itu, Jarir ra juga merupakan sahabat nabi yang kacak. Beliau memeluk Islam tidak lama sebelum Nabi wafat.

Walaubagaimanapun, al-Zahabi menjelaskan bahawa tidak diragui bahawa Rasulullah SAW merupakan manusia yang paling kacak dan cucu baginda al-Hassan sangat menyerupai baginda.

Ketika Rasulullah SAW mengirimkan surat-surat seruan memeluk Islam kepada para raja, kisra dan kaisar, iaitu pada akhir tahun ke 6 hijrah, Dihyah termasuk salah seorang daripada delegasi yang dilantik. Rasulullah memberikan tugas kepada Dihyah, untuk menyampaikan surat baginda kepada Hercules kaisar Romawi.

Dalam satu riwayat disebutkan: “Daripada Abdullah bin Abbas bahawa Rasulullah SAW menulis surat kepada kaisar untuk mengajaknya memeluk Islam. Baginda pun mengutus Dihyah Al-Kalbi untuk menyampaikan suratnya. Rasulullah SAW memintanya supaya menyerahkan surat tersebut kepada penguasa kota Bushra, agar beliau menyampaikannya kepada kaisar.”

Ibnu Kathir menyebutkan di dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah,  Dihyah pulang dengan membawa hadiah yang banyak dari kaisar tetapi beliau dihalang oleh sekumpulan penjahat lalu mereka mengambil semua yang ada padanya. Lalu Rasulullah SAW mengutus Zaid bin Harithah untuk memerangi mereka.

Pada masa hidupnya, beliau tinggal di daerah Mizzah di Damaskus (Damsyik), dan beliau hidup hingga ke zaman pemerintahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Semoga Allah SWT sentiasa mencurahkan keredhaanNya kepada sahabat yang mulia ini.

Saturday, March 10, 2012

Jikalah bukan kerana Allah menutupi aib kita.....




Bismillahirrahmanirrahim.

Salam Semua.

Ketika zaman Nabi Musa AS, tersebut kisah yang menyatakan kaum Bani Israil ditimpa kemarau berpanjangan. Mereka berjumpa Nabi Musa AS dan berkata: “Wahai Kalamullah, berdoalah kepada Tuhanmu supaya Dia menurunkan hujan kepada kami.” 


Lalu Nabi Musa bersama umatnya yang ramai ketika itu, berjalan bersama-sama menuju satu kawasan lapang untuk berkumpul. Kemudian berdoalah Nabi Musa kepada Allah supaya diturunkan hujan ke atas tanah gersang itu. 

Namun, hujan masih tidak kunjung tiba, sebaliknya matahari semakin memancarkan kepanasannya. 

Kemudian Nabi Musa berdoa lagi dan kali ini Allah menjawab doanya dengan berfirman: “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian, sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa, melakukan maksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di depan manusia supaya dia berdiri di depan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian.” 

Lalu Nabi Musa mengumumkan firman Allah itu. Saat itu, seorang umatnya tahu dialah orang yang dimaksudkan. Lalu terbisik di hatinya: “Kalau aku keluar di depan manusia, akan terbukalah rahsia ku. Kalau aku tidak berterus-terang, hujan pun tidak akan turun.” 

Hatinya menjadi gundah gulana hingga menitis air matanya sambil berkata dalam hati: “Ya Allah! Aku sudah melakukan maksiat kepada-Mu selama 40 tahun tetapi Engkau tidak pernah membuka aibku. Aku bertaubat kepada-Mu sekarang, maka terimalah taubatku.” 

Saat itu langit mula mendung dan hujan mulai turun. Nabi Musa kehairanan kerana tidak ada seorang pun muncul untuk mengaku seperti dikehendaki Allah. Lalu Allah menyatakan bahawa orang itu bertaubat kepada-Nya. 

Nabi Musa seraya berkata: “Tunjukkan aku siapakah hamba-Mu yang taat dan beriman itu.” Namun Allah menjawab: “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya, sedangkan dia taat kepada-Ku!” 

Begitulah Allah memelihara aib hamba-Nya, sedangkan kita tahu siapa kita di sisi Allah yang Maha Agung. 

Kerana itu, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa menjaga maruah orang lain seperti dalam firman-Nya di dalam surah Al-Hujurat ayat 12, bermaksud: “… dan jangan kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan jangan sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. 

“Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? (Jika demikian keadaan mengumpat), sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” 

Petikan daripada SINI

Friday, July 15, 2011

Keadilan Ilahi


Bismillahirrahmanirrahim.
 
Pada suatu ketika, Nabi Musa as bermunajat kepada Allah di Bukit Thursina. Antara munajat yang dipanjatkannya ialah, "Ya Allah, tunjukkanlah keadilanMu kepadaku!"

Maka Allah berkata kepada Musa as, "Jika Aku menampakkan keadilanKu kepadamu, engkau tak akan dapat bersabar, dan tergesa-gesa menyalahkanKu."

"Dengan taufiqMu, aku akan dapat bersabar menerima dan menyaksikan keadilanMu."
kata Musa.



Allah berkata, "Kalau begitu, pergilah engkau ke mata air. Bersembunyilah engkau berhampiran dengannya dan saksikanlah apa yang akan terjadi."

Musa as pergi ke mata air yang ditunjukkan kepadanya. Dia naik ke atas sebuah bukit dan bersembunyi di situ.

Tidak lama kemudian datanglah seorang penunggang kuda. Dia turun dari kudanya, lalu berwudhuk, dan minum air. Setelah itu dia solat dan meletakkan sebuah kantung di pinggirnya yang berisi wang seribu dinar.

Setelah selesai menunaikan solat, penunggang kuda tadi bergegas pergi dan sangat terburu-buru sehingga dia lupa, kantung miliknya tertinggal.

Tidak lama kemudian datang seorang anak kecil untuk minum air dari mata air itu. Dia melihat ada sebuah kantung. Anak kecil itu pun mengambilnya. Setelah itu, dia pun segera pergi dari tempat itu.

Setelah anak kecil itu pergi, datang seorang lelaki tua yang buta. Dla mengambil air untuk diminum, lalu wudhuk dan solat.

Tak lama selepas itu, datang penunggang kuda yang ketinggalan kantungnya itu. Dia menemukan lelaki tua buta itu sedang berdiri dan akan segera pergi dari tempatnya.
 
Si penunggang kuda berkata, "Kamu pasti mengambil kantungku yang berisi wang di sini."

Kehairananlah lelaki tua buta itu. Lali dia berkata, "Bagaimana aku dapat mengambil kantungmu sedangkan mataku tidak dapat melihat?"

Penunggang kuda itu berkata, "Kamu jangan berdusta. Sebab, tidak ada orang lain selain kamu."
Lelaki buta pula berkata, "Betul, saya berada di sini sendirian. Namun kamu kan tahu, mataku tidak dapat melihat."

Si penunggang kuda berkata, "Mengambil kantung itu tidak harus dengan mata, bodoh! Tetapi dengan tangan! Walaupun mata kamu tidak dapat melihat, tanganmu tetap dapat digunakan."

Akhimya, lelaki buta itu dibunuh oleh penunggang kuda.
 
Setelah lelaki buta itu dibunuh, ia menggeledahnya untuk menemukan kantungnya. Namun, ia tidak menemukannya. Maka, ia pergi meninggalkan mayat lelaki buta tersebut.
 
Ketika Musa as melihat kejadian tersebut, dia berkata, "Ya Tuhan! Sungguh aku tidak sabar atas kejadian itu. Namun, aku yakin Engkau sangat adil. Kenapa kejadian seperti itu boleh berlaku?"

Tidak lama kemudian datanglah Jibril as dan berkata, "Allah memerintahkan ku agar menyampaikan penjelasanNya kepadamu. Dia menyebutkan bahawa diriNya sangat mengetahui perkara-perkara ghaib yang tidak engkau ketahui. 

Dia menyebutkan bahawa anak kecil yang mengambil kantung si penunggang kuda itu sebenarnya sedang mengambil haknya.

Dulu, ayahnya pernah bekerja di bawah si penunggang kuda. Namun, secara zalim, dia tidak dibayar atas pekerjaan yang telah diakukannya. Jumlah yang harus dibayarkan kepada ayah anak itu adalah sejumlah wang yang ada dalam kantung itu. Adapun lelaki buta itu adalah orang yang membunuh ayah si anak kecil itu sebelum ini, iaitu sebelum lelaki tua tersebut mengalami kebutaan."

Demikianlah. Sungguh Mahabenar Allah SWT yang telah berfirman, "



Tidakkah kamu perhatikan bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang melainkan Dia lah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang melainkan Dia-lah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak melainkan Dia berada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (QS Al-Mujadalah: 7).

Saturday, January 22, 2011

Kisah Nabi Ibrahim as dengan Namrud

1) Nabi Ibrahim berhujah dengan Raja Namrud 

Allah berfirman:
A258
 
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (Al-Baqarah 2:258)

Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Namrud menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (lalu diambil 2 orang pemuda, seorang dibunuh dan seorang lagi dibiarkan hidup)

Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?

Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu)dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. 

Nabi Ibrahim dibakar

Akhirnya Raja Namrud mengambil keputusan agar Nabi Ibrahim akan dibakar dalam  api atau unggun yang besar.  Namrud  memerintahkan seluruh rakyatnya menyediakan api besar hinggakan burung-burung tidak berani untuk terbang di atasnya sekiranya burung-burung itu terbang juga melaluinya, burung-burung-burung tersebut  akan terbakar kerana nyalaan api yang amat besar itu.

Waktu yang telah ditetapkan pun tiba, Namrud pun duduk di atas singgahsana sambil terus melihat kepada api yang sangat besar itu. Dalam hatinya terselit kegembiraan yang amat sangat kerana sekejap lagi Nabi Ibrahim akan mati dimakan api. Dia amat gembira kerana sangkanya api akan membakar seorang yang tidak mahu beriman dengan tuhan mereka.

Orang-orang Namrud pun mengikat Nabi Ibrahim pada satu tiang seakan-akan lastik yang besar dan terus melemparkan Nabi Ibrahim  ke dalam api yang sedang marak  itu. Ketika Nabi Ibrahim mahu dilemparkan ke dalam api baginda begitu tenang langsung tidak meronta-ronta ataupun melawan. Orang-orang Namrud terkejut dan hairan lebih-lebih lagi bila mereka saksikan bahawa Nabi Ibrahim langsung tidak dimakan oleh api.

A069
Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ". (Al-Anbiyaa' 21:69) 
Sesungguhnya Allah SWT telah menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada kejahatan dan kezaliman Raja Namrud. Nabi Ibrahim as ketika dilemparkan berserah diri kepada Allah. Baginda tawakkal kepadaNya.

Namrud Berlawan Dengan Tentera Nyamuk
 
Firman Allah SWT yang bermaksud: 
“...dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja....." (Al-Muddaththir 74:31)
Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: “Hai Ibrahim, jika Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini.”

Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: “Ya Ilahi sesungguhnya Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah kepada mereka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk.”

Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera nyamuk hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya: “Ya Tuhan kami, apakah yang harus kami laksanakan?” Allah berfirman: “Aku telah menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera Namrud.”

Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut. Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua darah mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke istana.

Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut. Kemudian Allah berfirman kepadanya: 

“Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul menjadi satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga mereka dengannya.”

Ketika telah dekat siksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di sebatang pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke dalam kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian nyamuk itu makan otak Namrud selama 40 hari.

Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT.  Allah tidak menyiksa Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa kepadanya untuk bertaubat. Masa tiga hari yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud untuk menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam orang-orang yang dimurkai Allah SWT.

Semoga kisah ini diambil pengajaran iaitu kita hendaklah sentiasa menjaga amalan, berserah diri hanya kepada Allah SWT dan hendaklah sentiasa mohon ampun atas segala kesilapan serta sentiasa bertaubat.
|

Thursday, January 6, 2011

Dakwah Nabi Isa kepada kaumnya


NABI Isa adalah anak kepada Maryam. Maryam melahirkan Nabi Isa tanpa suami. Ia adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah. Malangnya kelahiran Isa yang sungguh ajaib dan luar biasa itu menyebabkan kaum Bani Israel menganggapnya sebagai anak Tuhan.

Ketika berusia 30 tahun, Nabi Isa telah menerima wahyu daripada Allah SWT. Baginda dilantik sebagai rasul untuk berdakwah kepada kaumnya. Baginda juga diberikan kitab suci iaitu Injil oleh Allah. Bani Israel pada waktu itu telah menyimpang jauh daripada kebenaran.

Selepas kewafatan Nabi Musa, Bani Israel cuba menyeleweng daripada apa yang terkandung dalam kitab Taurat. Antara penyelewengan yang dilakukan oleh mereka adalah menghalalkan apa yang telah diharamkan, menokok-tambah hukum-hukum yang telah ditetapkan dan menukarkan hari Sabtu sebagai hari untuk berseronok.

Padahal Allah telah menetapkan kepada mereka hari tersebut sebagai hari untuk beribadat. Selain itu, golongan kaya Bani Israel tidak mahu mengeluarkan zakat dan memberi sedekah untuk fakir-fakir miskin. Kegiatan murtad juga semakin berleluasa.

Dalam pada itu, golongan munafik juga bertambah. Mereka berlagak menjadi orang yang soleh dan baik, padahal dalam diam-diam mereka melakukan kemungkaran dan maksiat.

Oleh sebab itu, Nabi Isa diutuskan untuk berdakwah kepada mereka supaya kembali kepada ajaran Nabi Musa.

Apabila mendengar tentang dakwah Nabi Isa, golongan munafik itu menjadi marah. Mereka bimbang rahsia mereka yang berpurapura baik akan terbongkar. Lalu mereka telah mengadakan mesyuarat untuk menentang Nabi Isa.

Mereka menghasut rakyat dengan menuduh Nabi Isa sebagai pendusta. Kemudian mereka berkumpul beramai-ramai dan meminta bukti kenabian daripada Nabi Isa. Lalu Nabi Isa menunjukkan mukjizatnya kepada mereka iaitu mencelikkan orang buta dan mencipta burung daripada tanah liat. Bagaimanapun, mereka menuduh Nabi Isa sebagai tukang sihir pula.

Kemudian, Nabi Isa pergi berdakwah ke Baitul Maqdis pula. Hari itu adalah hari berkumpulnya pendeta-pendeta Bani Israel.

Dalam dakwahnya itu, baginda telah berjaya membuka hati mereka agar menerima ajarannya. Setelah itu, para pengikutnya semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Thursday, October 14, 2010

Kisah Nabi Musa Dan Iblis

Bismillahirrahmanirrahim.

Diriwayatakan bahawa pada satu ketika, Nabi Musa as sedang berehat-rehat di suatu tempat duduknya,Iblis datang kepadanya. Sambil meletakkan burnusnya (kain yang diletakkan di atas kepala atau kening, yang biasa dipakai di Maghribi), Iblis lalu menemui Nabi Musa seraya berkata :

"Kesejahteraan atas dirimu wahai Musa."

Musa as berkata; "Siapa kamu?"

"Aku Iblis," jawabnya.

Musa berkata; "Allah tidak mahu mengucapkan salam kepadamu. Apa yang membuatmu ke mari?"

Ia menjawab; "Aku datang untuk mengucapkan salam kepadamu kerana kedudukanmu di sisi Allah dan kedudukanmu di hadapanNya."

Musa bertanya; "Apa yang sedang kulihat pada dirimu itu?"

Iblis menjawab; "Dengannya (burnus) aku akan menyambar hati bani Adam."

Musa bertanya; "Bagaimanakah kamu lakukan terhadap manusia bila kamu dapat menguasainya?"

Iblis menjawab: "Andaikata ia merasa takjub, memperbanyak pelaksanaannya dan melalaikan dosa-dosanya." Aku memperingatkanmu tentang tiga perkara:

1) Janganlah sekali-kali kamu bergaul dengan wanita yang tidak halal bagimu kerana tidaklah seseorang itu bila bergaul dengan wanita yang tidak halal untuknya kecuali aku menjadi sahabatnya tanpa disertai sahabat-sahabatku yang lain, sehingga dapat mengujinya kerana keadaannya itu.

2) Janganlah kamu mengikat janji atas nama Allah kecuali kamu menepatinya, kerana tidaklah seseorang itu mengikat janji atas nama Allah lalu tidak menepatinya, kecuali aku menjadi sahabatnya tanpa sahabat-sahabatku yang lain, hingga aku berada di antara dirinya dan pemenuhan janjinya.

3) Janganlah kamu berniat mengeluarkan sedekah kecuali kamu melaksanakannya kerana seseorang itu tiada mengeluarkan sedekah lalu tidak melaksanakannya kecuali aku menjadi sahabatnya tanpa sahabat-sahabatku yang lain, sehingga aku berada di antara dirinya dan pengeluarannya."

Kemudian Iblis berpaling seraya berkata, "Sungguh celaka (tiga kali). Musa as sudah mengetahui apa yang seharusnya diwaspadai oleh Bani Adam."

Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa ingin membuatkan kita tergelincir dan mengikutnya ke neraka. Apabila kita dah tergelicir maka diapun berlepas diri.

"Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun daripada umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya." (al-Anfal [8] : 48)

Jadi berwaspadalah.

Tuesday, June 1, 2010

Kecaman terhadap Yahudi dan Kisah Firaun, Nabi Yunus as

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Sebelum meneruskan penulisan ini marilah kita sama-sama berdoa agar penduduk Gaza yang tertimpa musibah oleh keganasan yahudi laknatullah diberikan ketabahan dan agar lenyap segala penderitaan mereka dan berbuatlah sesuatu yang terdaya oleh kita. Mudah2an Allah memberikan kebaikan yang banyak kepada misi bantuan Gaza daripada seluruh pelosok dunia. Sesungguhnya amat terkutuk perbuatan Israel menyerang kapal-kapal bantuan ke Gaza.


Serangan yang kejam dan maut telah dilakukan oleh tentera Israel terhadap kapal-kapal antarabangsa bantuan kemanusiaan (Freedom Flotilla) di perairan antarabangsa yang membawa bekalan perubatan, makanan, bahan binaan dan lain-lain keperluan asas meunju Gaza. Pembunuhan sehingga 15 orang dan kecederaan kepada yang lain di atas kapal-kapal ini adalah kejam, salah sama sekali dan tiada justifikasi di bawah undang-undang antarabangsa. Kapal-kapal ini juga membawa ahli-ahli Parlimen dari Eropah, seorang pemegang Nobel Peace Prize, wanita, dan beratus-ratus activis keamanan/ kemanusiaan/ hak asasi.


Lihatlah kekejaman tentera yahudi terhadap wanita dan kanak-kanak yang tak berdosa ini.

Artikel di bawah ini pula saya salin daripada harmoniin.blogspot tentang keajaiban kalimah tauhid. Dalamnya terdapat kisah Firaun dan Nabi Yunus as. Kita boleh bandingkan keyakinan Nabi Yunus as terhadap Allah SWT dengan apa yang diyakini oleh Firaun laknatullah.

Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 19

فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَٮٰكُمۡ

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). (19)


Maksud (tetapkanlah pengetahuanmu) dalam ayat di atas ialah Allah menganjurkan supaya kita mempelajari ilmu mengenal Allah .. Allah menyatakan bahawa asas ajaran agama ialah mengenal Allah.. sebab sebanyak manapun ilmu yang kita tahu tetapi jika kita buta tentang uluhiyah Allah.. tentang kalimah tauhid, ilmu yang dipelajari atau ilmu yang diketahui itu akan sia-sia.. akidah akan tertolak.

Tidak ada satupun perbuatan baik yang kita lakukan itu melainkan dengan pertolongan Allah.. manakala perbuatan jahat kita tinggalkan juga dengan perlindungan Allah. Oleh itu bersyukurlah apabila kita telah dapat melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan. Jika kita telah rasa bersyukur.. kita akan rasa akrab dengan Allah.

Kalimah tauhid (La ilaha illallah) ini merupakan zikir yang paling utama. Kalimah ini pasti akan diucapkan oleh sama ada mukmin atau kafir apabila dia menghadapi musibah.. apabila berada dalam keadaan kritikal. Ini boleh dilihat dalam kisah Firaun dan juga kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun.

Dalam ayat surah Yunus ayat 90 Allah berfirman:

وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُ ۥ بَغۡيً۬ا وَعَدۡوًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَڪَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ


Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (90)


Manakala dalam Surah anbiya' ayat 87


وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبً۬ا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)


Dalam ayat2 di atas, surah Yunus menceritakan kisah Firaun yang dalam keadan terdesak.. sangat2 kritikal kerana hampir2 tenggelam.. manakala dalam surah al-Anbiya' pula kisah nabi yunus yang juga dalam keadaan terdesak dan kritikal kerana berada dalam perut ikan nun yang jauh di dalam lautan.

Dalam kedua2 ayat ini Allah ingin memberitahu kita bahawa hambanya seorang kafir, musuh Allah iaitu Firaun dan seorang lagi mukmin dan muslim yang disayangi Allah.. kedua2nya berada dalam keaadan terdesak.. kritikal kerana merasakan tidak ada siapa yang dapat menolong kecuali Allah.. lalu kedua2nya mengucapkan kalimah tauhid.

Tetapi kenapa Allah hanya selamatkan nabi Yunus tidak Firaun?


Dalam surah Yunus ayat 90 tadi Firaun dalam keadan hampir tenggelam berkata: " Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).

Dalam kisah ini ribuan kaum bani Israil dibawa dari Mesir ke Palestin.. Allah menyuruh nabi Musa membawa mereka ini lari daripada Firaun mengikut jalan laut.. Firaun mengejar di belakang apabila hampir di lautan pengikut nabi Musa melihat di hadapan laut dibelakang pula Firaun sehinga hampir putus asa.. pada keytka itu Allah mewahyukan kepada Musa supaya memukul tongkatnya ke laut.. apabila tongkat dipukul.. terbelah laut menjadi dua bahagian.. apabila Nabi Musa dan pengikutnya sampai ke seberang.. Allah menyuruh lagi Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut.. Firaun yang masih belum sampai.. hampir2 sampai ke seberang.. tenggelam di laut.. sebelum tenggelam Firaun sempat mengatakan bahawa dia beriman.

Imannya ditolak kerana dia tidak yakin.. syahadahnya juga pelik kerana dia berkata bahawa dia percaya kepada Tuhan yang dipercayai oleh bani Israil.. ini bermakna dia cuma taklifkan dengan Tuhan bani Israil.. dia jahil .. tidak mengenal Allah.. memang bani Israil percaya kepada Allah.. Allah yang satu.. tetapi Firaun kalau ditanya siapa Tuhan yang engkau sembah dia tak akan dapat menjawab dengan penuh yakin. Firaun mengucap kalimah itu hanyalah semata2 untuk menyelamatkan dirinya. Firaun tak kenal Allah, tak tau siapa Allah, tak kenal dirinya.. untuk apa dia dijadikan.. dan Firaun mengaku pula dia Tuhan dan menyuruh kaumnya menyembah dia.. dia sedikitpun tidak insaf yang selama ini dia berdosa dan derhaka kepada Allah..Ini boleh dilihat dalam ayat 23 dan 24 surah An-Nazi'at.


فَحَشَرَ فَنَادَىٰ . فَقَالَ أَنَا۟ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ


Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; (23) Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. (24)

Berbeza dengan Nabi Yunus.. dia bukan takut mati tetapi takut berdosa.. dia berkata tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.. dia yakin yang dapat menolong dia hanya Allah.. dia memuji Allah.. Maha Suci Allah.. dia mengakui kesalahannya meninggalkan kaumnya.. kalau dia mati sebelum Allah ampunkan kesalahanya bagaimana?



Dalam ayat 143 dan 144 surah Assaffat, Allah menerangkan:


فَلَوۡلَآ أَنَّهُ ۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ

Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (143)

لَلَبِثَ فِى بَطۡنِهِۦۤ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُون

Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (144)


Allah keluarkan Nabi Yunus disebabkan Nabi Yunus seorang yang sentiasa mengingati Allah.. baik ketika senang mahupun susah.. Rahsianya ialah kalimah tauhid Nabi Yunus .. sebelum menimpa musibah dia sudah mengenal Allah.


Daripada kisah Nabi Yunus dan Firaun ini marilah kita ambil iktibar bahawa hendaklah kita sentiasa menetapkan iman kita bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah dan memelihara supaya kalimah itu tidak terbatal dengan menjaga 3 perkara seperti yang telah saya tulis dalam entri yang lepas.. di samping itu hendaklah kita sentiasa mengingati Allah baik dalam keadaan apa sekalipun.. masa senang, masa susah, masa sakit, masa muda, masa tua.. jadi apabila kita sentiasa ingat Allah, Allah hampir dengan kita.. apabila kita ditimpa musibah, berdoalah dengan mengakui kesalahan kita.. tanamkan rasa bersalah.. mengakui kebaikan Allah yang telah kita terima.. kita tak mintapun Allah dah beri.. akuilah kelemahan kita.. supaya Allah kabulkan permohonan kita.


Ambillah iktibar daripada cara nabi-nabi berdoa. Nabi Adam as ketika sedar buat salah dia mengaku dia zalim.. katanya :"Wahai Tuhan kami, kami zalim, jika Engkau tidak mengasihaniku pasti aku jadi orang yang merugi". Nabi Adam tidak minta senang semula sebaliknya mengakui kesilapannya supaya diampunkan Allah.


Rasulullah SAW berpesan kepada kita : "Kenalilah kamu akan Allah semasa kamu senang nescaya Allah kenal kamu ketika kamu susah".

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails

Labels

'ittiba' Rasul (1) 75% Rawatan adalah daripada Al-Quran Al-Karim (1) abu zar (1) Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri (1) Ajarkan Aku Ya Allah (1) akhir zaman (1) Al-A'la (1) Al-Hambra (1) Al-Haqqah (1) Al-Quran (13) Alam Akhirat (2) alam barzakh (3) alam ruh (1) Amanah (1) Anak Soleh (1) Anjing dan himar (1) arak (1) Asmaul husna (2) award (3) Ayat 'Izzi (1) Ayat Kursi (1) Baca dengan nama Tuhanmu (2) Bahaya Syirik (1) Barakah (1) Bencana (1) berhadapan dengan Firaun (1) Berita Luar Negara (1) Bersederhana dalam membenci (1) bersin (1) Beza Yahudi Israel n Zionis (1) Biawak Beriman (1) Bicara Agama (3) Buat amalan baik (1) Bukti Kekuasaan Allah (1) Buku (1) Bulan Terbelah Dua (1) Buta di akhirat (1) Cara Lupus Ayat-ayat al-Quran (2) ceramah (1) Cinta Rasul (1) Cukai Sendi (1) doa (7) Doa Nabi Yunus (1) Doa Rasulullah SAW (1) Dosa (1) Dunia (1) Empat Perkara (1) Empat Waktu Dalam Hidup (1) Fenomena 30 Minit Ustaz Don (11) Fenomena Law Kana Bainana (1) Fiqh keutamaan (1) Fudhail bin Iyyad (1) Gempa Bumi (1) Hadis (8) Haji (3) halaqah (2) Hanzalah Abu Amir (1) harun yahya (2) hasad dengki (1) Hati (13) Hauqalah (1) Hidayah (2) Hijrah (2) Hikam 2 (1) Hisab (1) Hormon (1) Hukum Meletakkan Gambar Bernyawa Di Rumah (1) hukum wanita haidh ziarah kubur (1) Husnul Khatimah (2) Ibnu Ummi Maktum (1) Ibrahim bin Adham (1) Iktikaf (1) iluvislam (2) Imam Mahadi (1) Imam Muda (1) Iman Asas Puasa (1) Info (6) Islam tetap bersinar (2) israk mikraj (2) istidraj (1) Istighfar (1) Jadilah Pembantu Allah (1) jadual harian (1) Jaga Aqidah (1) Jin (1) Kaedah Memilih Sahabat (1) Kalimah tauhid (1) Kanan VS KIri (1) Kata-kata Hikmah (1) Ke mana nak pergi? (1) Kebesaran Ilahi (3) Kecerdasan rohani (1) keistimewaan Jumaat (1) Kejadian Manusia (1) Kelebihan 10 Zulhijjah (1) Kerajaan Semut (1) kesihatan (1) Khazanah Nabi (1) Khusyuk Solat (2) Khutbah (3) Kisah 3 pemuda dalam gua (1) Kisah Amirul Mukminin dan Gabenor (1) Kisah dan Pengajaran (24) kisah keluarga Imran (1) Kisah Maryam as (1) kisah nabi (10) Kisah Nabi Musa as (2) kisah para sahabat Nabi (7) Kiyai Haji Ahmad Dahlan (1) lailatul Qadar (3) Laman Tarbawi (1) Lazat iman (1) Lebah dan lalat (1) Lelaki dan Wanita Ahli Neraka (1) luar negara (1) Maal Hijrah (1) malaikat (1) Malam Nisfu Sya'ban (1) Marah (2) Masjid Nabi (1) mati (3) Maulid Nabi (9) Membaca (1) Meninggalkan Solat (1) Muhasabah Diri (1) Muraqabah (1) Musibah Banjir (1) Muslim yang baik. akhlak (1) Nabi Ibrahim (1) Nabi Isa (1) Nabi Musa belah Laut Merah (1) Nabi Musa dengan Iblis (1) Nama (1) Nasihat Imam Syafi'ie (1) Nikmat Sihat dan Waktu Lapang (1) Nota Untuk Diri (1) Orang-Orang Yang Berilmu (1) Padang Mahsyar (1) Panduan (19) Perang Badar (1) Perayaan Deevapali (1) Perbezaan iblis jin dan syaitan (1) perhiasan (1) peringatan (3) Pertunangan (1) Qadar dan Qadha (1) qalbun salim (29) Qasar n jamak (1) Rahsia Solat (6) Ramadhan (13) Redha (1) Reflections di TV AlHijrah (1) renungan (52) Sabar (5) Sakinah (1) Saksi (1) Sejarah (1) sifat bakhil dan kikir (3) Sillaturrahim (1) Sillaturrahim. Akhlak bertandang dan bertamu (2) Solat Awal Waktu (1) sombong (2) Surah an-Nasr (1) Surah An-Nisaa' (1) Surah Ar-Rahman (1) Surah Hud (1) syaitan (2) syukur (1) Syukurlah kerana manusia dimuliakan (1) tadabbur (2) Tadayyun (1) Tafsir Al-'Alaq 96:1 (1) Tafsir Faatir 35:10 (1) Tafsir Surah as-Saff (1) Takut (1) Tanda Kiamat (1) Tanyalah Ustaz (2) tawakkal (2) tayammum (1) tazkirah (9) teknologi alam (1) telur jadi ayam (1) Tha'labah (1) Thabat (1) Tidur Qailulah (1) Tsumamah (1) Tsunami Jepun (1) tujuan beribadah (1) Ubun-ubun orang yang berdusta (1) Ulul albab (2) Umar Abdul Aziz (1) Umar Ibnul Khattab (1) Umur dan Harta (1) Us (1) usrah U-jem (2) Ustaz Azhar Idrus (1) Ustaz Sayang Anda (1) Wajah Dunia (1) Wali-wali Allah (1) wanita (1) Wanita penggoda (1) wasitoh (1) William Suhaib Webb (1) Ya'juj dan Ma'juj (1) Yang tidak layak jadi pemimpin (1) YouTube (32) zikir (6)