Showing posts with label sanbongi. Show all posts
Showing posts with label sanbongi. Show all posts
1/25/10

sanbongiCorner


saya dan rakan serumah menjual baju dari Jepun
untuk menampung duit kehidupan di sini...
hehe kalau ada masa tengok-tengok la ya...:)


laters!
1/24/10

nasi ayam day


Faiz dok request nasi ayam tak abis-abis kat aku, so semalam aku pun kerahkan semua tenaga-tenaga yang ada untuk tolong aku buat nasi ayam special Pak Brahim's. Aku pun taktau kenapa aku glemer dengan nasi ayam ni. Dart ni memang similar dengan nasi ayam. ha ha. Busuk ayam kot. Resipi Aan mintak dari dulu, tapi tak reti nak kasi sebab aku main campak ja aan oi! Anyway, semalam zaza, faiz yang paling rajin tolong untuk misi nasi ayam. Faiz lepas ni kalau teringin nak makan nasi ayam dia tak payah request kat aku sebab aku dah turunkan semua ajaran buat nasi ayam tu kat dia. Aku dah malas nak layan request2 kau lagi hahhaha.

Ayam 2 ekor licin!

5 pot nasi habis licin juga.
Alhamdulliah, semoga rezeki kami murah-murah belaka.

Mungkin muka aku nampak seperti nasi ayam sebab dulu aku pernah mengajar kelas "Mari memasak nasi ayam" kepada orang Jepun. Berlatih tak mau mau. ha ha. Dulu kalau nak masak nasi ayam kena tengok resipi. Sekarang main campak-campak ja aku pun dah tatau dah. Akibat selalu sangat buat "partey" di rumah sanbongi. Sekali makan berbelas tetamu yang datangnya. Kena pulak time aku kena masak. Nak tak nak kena la belajar masak untuk ramai orang. Untung sapa kawin dengan penduduk sanbongi, sebab kami ni memang masak tahap main campak-campak aja haha yo yo o poyo.



Ni lah kelas "Mari belajar masak nasi ayam besama Darto" yang aku sebutkan tadi.
Semua orang balik dengan baju busuk bau bunga cengkih serta bunga lawang dan juga kulit kayu manis.
1/6/10

playing over

We were at the peak of boredom, so we played with girls' stuff and posed for some pictures. I did makeover for zaza, the one who has pretty big, round eyes. Mata 'arab lah katakan, ayu raudah siot wiwit! We enjoyed ourselves chit-chatting while i was busy touching up her face ha ha. Ingatkan zaza tak suka main-main makeup, rupanya tekaanku salah!hehehhe Nanti yana balik boleh lah kita bertiga main pulak :p zaza sangat sesuai buat mata arab. sangat comel! lain benor dengan mata aku yang sepet gila ni...

after the makeover session. she's cute and lovely~

wiwiiiiit~

eh sesat makcik ni.

lomoish. tak edit. memang semulajadi.
dahla sesat. lompat tak kena gaya.ish.

ok dah habis, boleh layan tari tirana!


1/4/10

recepi:tiramisu

Who doesnt like tiramisu, tell me! Rugi sapa yang tak suka makan cheeeeeese. Oh kalau tak suka makan cheese cake, u guys should try tiramisu. Tak muak langsung baq ang. Anyways tadi zaza buat roti sausage, buat sendiri ok, daripada roti sampailah ke rebus sausage. Aku dahla suka gila roti sausage, nasib kat sini tak boleh nak makan ja kalau tidak aku dah tibai selalu. So, alang-alang ajaklah budak batch kami, La, Apek, Faiz, dan sorang kohai sesat nama Nigo he he. La goreng mee goreng negro(nasib baik sedap), aku buat tiramisu, lepak-lepak menghabiskan masa bujang kami sementara tunggu internship jumaat nanti. Sekarang ni honeymoon sat. Lepas ni dah kena bangun awal!tidak..

wow! Sadis dapat sorang satu ja, lekat celah gigi i jer.

Oh, sebelum terlupa, meh aku share recipi tiramisu yang boleh menambat jiwa bakal suami korang nanti ha ha perasan, tapi kalau bf tak suka cheese aku takleh nak tolong lah. Ada jugak orang yang request tanya resipi ni, sebab simple dan senang sangat plus sedap sampai korang tak sedar korang tengah jilat jari tu.

Bahan-bahan :

1. 生クリーム(fresh cream/whipped cream)yang cair macam susu ideal tu : 1 pack (250g)
2. cream cheese : 1 pack (200-250g)
3.gula halus : 100g
4. maple syrup(optional) :2 sudu besar
5. serbuk koko
6. lady fingers biscuit : 1 pack @ kek pound lebihan mak mak korang buat
7. nescafe 3 in 1 instant : 1 pack

cara-cara:

1. pukul bahan 1~4 sehingga sebati dan fluffy

sampai la aduan tu nampak macam ni.

2. Di bekas asing, susun biscuit or cake di dasar, bancuh nescafe dan tuang sedikit demi sedikit ke atas biscuit tadi, jagan sampai banjir. Then letakkan adunan di no. 1 atas biscuit tadi. Boleh buat 2 layer dengan mengulang no. 2 lagi sekali.
3. Tapis serbuk koko dan taburkan atas adunan.
4. Masukkan dalam fridge dan SIAP!

Sedap.....try la...:D

ha tengok muka happy dapat makan banyak!

11/1/09

haremmmmmmm.

Kalau kat Kedah, "harem" tu lebih kurang "nohorom".....macam ala-ala tegejut atau bila menyampah gitu ha ha. Contoh ayat : "harem aihhhh, hang ingat hang baguih?", "haremmm...lawa gila baju tuuuu~", dan sebagainya. Hari ni keluar tanpa motif (sebenarnya konon-konon nak ke kedai baru ingatkan buka arini last-last tak bukak lagi pun ..booo) dengan housemates jalan-jalan cari pasal, last-last terbeli "harem" pants. Tak sama langsung, satu ala-ala bahasa kasar, satu lagi seluar haha.

2nd harem pants getto!

Jalan punya jalan, macam biasa perut lapar dan terus serbu kedai SOBA. Japs food ichiban!

Yana apa cer?

Zaru Soba with prawn rice set

Sebelum makan, jalan-jalan ambil purikura, makan aiskrim pelik; memang macam tourist buat-buat tak reti cakap bahasa Jepun ha ha.

udah-udah la diet korang!

Ju-on betul dah datang, tu la doa aku macam ju-on lagi

nah kau. aiskrim perisa beras, bijan??!

The happiest part was...............

handcuffs earings~~~!

ha ha.

ok lah jom jom tidur esok sambung hari-hari yang penuh dengan minyak..ewwww~

denim jacket : TTU
yellow one-piece : X-Large
pants : Levi's
shoes : Onitsuka tiger
handbag : as usual ha ha(malas tukar)
10/31/09

gyaru makeup for girls with shawl

Yana mintak aku try makeupkan "gyaru" style for her. And here's the result. Not bad Yana! Gyaru makeup sesuai untuk orang yang bermata sepet, mata bulat pun boleh cuma orang yang matanya kecil lagi boost up untuk nampak comel ha ha. For me, kalau orang yang pakai tudung, memang dah cantik, tapi bila tambah dengan sentuhan sikit makeup, memang perfect for me! So here's the result! Cute macam doll!

i loiiiike!!

note:for base, she's used hers. Bobbi brown toner, Bobbi Brown base, Shiseido Intergrate base, Shiseido Maquillage foundation, intergrate concealer, maquillage powder, maquillage highlighter and lastly bobbi brown skin highlighter.

Semakin hari semakin saya suka kerja-kerja mak andam...One day nak lah amik kelas makeup, jadi makeup artist tak payah jadi engineer. ha ha. Lagipun, boleh mix dengan Japanese makeup yang sangat comel.

Nak tau simple makeup? For me, part yang paling penting, skin tone. Kalau kulit muka punya tone dah sekata, tak pakai foundation pun ok. Tapi kalau mata lebam(eyebag), jerawat, freckles, sin tone tak sama better pakai base with base makeup, foundation dan lepas tu concealer , lastly with loose powder/compact untuk menampakkan kulit muka sekata. Then letaklah eye shadow, eye liner, blusher, sedikit lipstick with gloss dan siap! Untuk orang yang suka natural look, better dont do all sorts of contouring. Sebab bila makeup sikit pon dah menampakkan muka jadi lain daripada asal. So better not!

This long skirt is from our boutique. Ada 2 helai. Sapa nak bolehlah bagitau cik yana atau saya. Promot promot! hehehhhehe
9/2/09

tak sabar nak berniaga lagi

Semalam lepas buka puasa, terasa nak cari baju untuk bisnes yang dah lama terbengkalai. So, jalan-jalan dan purchase banyak sangat baju yang cute-mute untuk our beloved customers! One of the pieces will be ;
jeng jeng jeng!

striped cotton top
colour : brown
(ada 2 helai lagi yang akan di postkan. cute kan. best for orang yang suka "simple style". sesuai untuk orang yang kurus kediang serta boleh menampakkan kekembangan ha ha)


Sapa nak boleh book! ada 2 helai ja, purple and brown plain, stock adalah sangat terhad ha ha tak berani beli banyak sebab takut customer tak suka pulak. tapi seriously cute. ngeee~
3/13/09

surirumah sepenuh masa

Aku selalu bermimpi-mimpi nak jadi surirumah sepenuh masa sebab aku takmau jadi engineer. Hari ini, mimpi aku jadi kenyataan walaupun separa kenyataan. Satu rumah aku kemas. Penat jugak sebenarnya jadi bibik@surirumah ni...Family aku nak sampai esok pagi, so dengan rajinnya aku mengemas rumah sampai berkilat.

Aku basuh sink, basuh pinggan, susun pinggan, vacum carpet, roll habuk, lap sink, buang sampah, tukar cadar, susun perencah masakan?, tukar fan dapur, basuh bilik air, lipat baju tinggal basuh baju ja tak lagi...sebab aku memang tak suka basuh baju. Kesian laki aku nanti. eheh.

living room

dapur rumah aku

toilet yang "berkilau-kilauan"

So ada chan tak aku jadi surirumah bertauliah?hihi
 

Blog Template by YummyLolly.com