Showing posts with label salon. Show all posts
Showing posts with label salon. Show all posts
2/22/11

new mommy!


on the way to the curve
top : old navy
pants : old navy

Hi! Tak tahulah nak cakap macam mana...tapi adakah perasaan ni dart rasa sorang? Selepas bersalin, terasa diri sungguh tidak terurus, hodoh, serabai, serabut, mandom dan sewaktu dengannya. Mungkin my own time sudah diberikan sepenuhnya 100% kepada baby hayyan. Setiap kali try seluar lama, mesti sedih. Tarik seluar sampai takat peha dah tk boleh masuk. Stretch mark yang tak hilang-hilang sampai ke sudah, perut yang still ada lebihan gelebeh, rambut yang panjang macam hantu, muka sebam, muka nampak letih, mata bengkak, and so on. Adakah dart yang tak reti nak membahagikan masa sampai tak ada masa untuk mengurus diri sendiri? 

Selalu mama dart pesan diri sendiri mesti kena jaga, bangun setiap pagi buat sit up, bersenam, jangan dok belek anak 24 jam, tapi, still rasa tak mampu lagi nak jadi macam tu. Mungkin baru lagi kot. Baby pun tak masuk 2 bulan lg. Ni baru anak sorang, tak tau lah ke 2 ke 3, alamatnya......haih mintak simpang.

intan payung sungguh!

Dart buat keputusan nak berubah, jaga diri tapi sedikit demi sedikit lah, why so kalut kan? Bukan nak ke laut pun. I made decision untuk start dengan rambut dahulu. Chop it offfffffffffffff. Hubby tak suka sebenarnya dart rambut pendek, tak ayu dia kata ha ha dah memang tak ayu pun dari dulu tak payah berpura-pura. So, i pi potong rambut di hairkunst @ the curve. women's day hari rabu ya diskaun morah.  Tapi bukan bambang lah potong sebab dia director bz nak mampos kalau nak dia potong stock kena tunggu buat reservation dulu. Dart potong bob style, senang nak jaga. As my review, still susah nak cari salon yang best macam masa dart di japang dulu. Cakap aja style apa insyaallah akan jadi. So kali ni, tak la memuaskan sangat, tapi malas nak layan, layankan aja lah result dia. tak la setaraf dengan salon yang claimed to be official salon for Akademi Fantasia. So, lepas ni tak pi dah salon tu. Must try other salon.

Minat sangat rambut hunny madu ni, sebelah pendek sebelah panjang.

 photo credit to hunny madu's blog

sebelum dan selepas. eheh. biasa ja kan?

 siblings.


couple.

what i wear :
top, pants : uniqlo
belt : alang's
bag : Coach
slipper : sanuk
11/4/10

mari memanjakan diri!


Dalam buku/majalah pregnant ada terselit, pi lah memanjakan diri sedikit walaupun tengah bunting-bunting ni. Janganlah kita rasa diri kita tak layak untuk dimanjakan. Macam spa, salon, shopping, holiday! Bagus jugak, macam therapy la jugak, biasalah kan orang bunting ni emosi selalu terganggu, selalu mooody, nakkan perhatian lebih, tak gitu? Betul jugak, aku pun rasa dah masuk 8 bulan pregnant ni makin letih semacam ja...naik tangga pun rasa macam nak dekat 2 jam. Kalau boleh nak tidoq ja atas katil ni 24 jam, rasa selekeh gila. Kadang-kadang terasa bila dah naik badan sampai nak dekat 20 kilos(ala-ala Bunga Citra Lestari jugak ni), terasa sangat tak cantik :(. Tapi tak apa, untuk baby, semua sanggup ku harungi. Rasanya seluar dulu-dulu esp skinny jeans kesayanganku komfom tak padan di bahagian peha n bontots. Kena diet balik la lepas beranak nanti! 

By the way, weekend aritu terasa serabut sangat especially di atas kepala. Kalau ikutkan mummy Dart, memang nak cincang habis-habisan rambut ni sampai pendek tak payah sikat dah. Lepas mandi goyang-goyang kepala dah siap! ha ha. Hubby Dart tak bekenan rambut pendek, apakan daya. Untuk mengembalikan kecerdasan kepala, Dart buat treatment ajalah. Treatment ni pun penting sebenarnya  untuk menjaga rambut, tambah-tambah jenis rambut aku yang frizzy tak hengat ni. Minah kedai tu suruh buat sendiri ja kat rumah, beli wax(paling penting), apply seminggu sekali. Tapi masalahnya kemalasan tu melebihi tahap segala-galanya. Nak tak nak, pi kedai jugak. 

 happy!
Wella SP smoothen mask - RM100
(siriyes rambut kakak kedai tu cantik-tapi last-last aku beli LOREAL mask ja.ha ha)

Sebelum tu, g Hentian Duta hantar mother in law balik Taiping. Captured some random pics. Saya suka awan biru ditambah dengan gelembung awan yang cute! Picture kat  bawah ni pakai pinhole mode. No edited.  

Oh anyway ada orang tanya berapa harga camera Olympus PEN e-p1 kan, double lense kit, with olympus leather bag, flash included + sd card = rm3k. Untuk sesiapa yang tak suka/malas nak angkut camera or feel berat dengan slr, boleh jugak lah beralih kepada micro4 3rd camera ni. Compact, yet hasilnya memuaskan(tapi takla sampai tahap photographer). :)


2/20/10

the hairstyle i like most.

Went to tsutaya and seibunkan(bookstore) to fill my boredom. Selak-selak majalah hairstyle. And i like this most. Banyak hairstyle lagi yang similar to this, but i just dont know why i am so into this kinda style. Dalam majalah tu cakap style macam ni nampak tebal, dan looks rock. Haaaa thats why i like it. Tak tahu macam mana nak buat style ni if tak buat perm with curler sebab kena buat random curl.


Speaking of this style, sebenarnya tahun tahun lepas, summer 2008 aku pernah try this style. Suka gila-gila. And the style made my days. heeeeee. My stylist offer water perm. And ada banyak style mengikut ptongan rambut kan. Dan aku memang cakap kat dia tanak potong rambut bagi nipis. Nak nampak tebal. And the result was impressive! Then ada cara untuk buat that style bila lepas mandi and blowing, waxing. Kalau tak kena cara, tak berapa nampak volume. Phew. Memang terasa nak ke salon semula. My baby loves to see me with long hair. Aku tak suka sebenarnya...hihi tapi kalau curl/wavy i like. 1st time rambut panjang macam ni. Tapi susah wo nak jaga.

*missing*

p/s: sesapa nak tahu cara nak buat rambut ni...tanya la hehehheh. tapi dengan syarat pi buat water perm dulu baru tanya hahaha.(ceh macam ada ja org suka)
1/29/10

odango hair / big bun


japanese : お団子
english : dumpling
bm : benda yang dikepal-kepal menjadi bulat ;;-_- 

Bagi aku, kalau sebut odango, akan teringat 2 benda :

みたらし団子
"mitarashi dango"
sejenis makanan,
dibuat daripada "mochi",
nasi yang dilenyek-lenyek diketuk-ketuk sampai jadi macam pulut.

tak pun,

dango hair!
rambut kepal.
Hairstyle yang paling banyak orang Jepun buat.
English : big bun, macam bun roti letak atas kepala. ha ha

Odango hair, how i envy you. Suka gila. Tatau la orang Mesia rasa comel ke tak,ada yang kata macam baru lepas beranak, dalam pantang la bla bla tapi aku memang suka gila this hairstyle. Ada banyak jenis dango hair ni.

4 jenis.
atas, tak atas sangat, tengah, bawah.
Mana-mana pun ok.
Tapi yang paling ramai Japanese buat, yang belah kanan atas, kalau boleh, lagi besar bun tu lagi cute!eheh~

Mari kita lihat contoh-contoh rambut kepal yang Japs chicks suka ni :



ok tak?heeeee. tak ok pun aku suka jugak.

Cara-cara untuk buat dango hair :
ingredients(:p):
1. 1 getah rambut,
2. beberapa batang pin rambut
3. spray wax (optional)
dan the most important thing, kena la ada long hair. Kalau tidak sia-sia cakap.

cara-cara:
1. ikat pony tail, kalau boleh seboleh-boleh tinggi
2. gulung rambut, dan pin dengan pin rambut!
(kalau rmbut dah kusut serabai, senang jadi fluffy)

kalau rambut yang licin, bila gulung tak nampak fluffy at all, nak bagi nampak fluffy, sebelum no. 2 kat atas, kusutkan rambut dengan sikat nipis. Then baru gulung.


me with half-high odango hair.
(rambut tak cukup panjang nak tarik sampai atas)

Tu gambar dulu. Sekarang rambut aku dah macam ju-on. Boleh la nak buat mega dango hair hahahha. Actually bila rambut macam aku(tebal, straight), sangat susah nak buat odango hair sebab nampak tak fluffy dan tak boleh nak dapat kepal yang cantik(terlampau tebal). One day, aku jalan-jalan dalam kedai dan terjumpa kit untuk dango hair dan aku beli.


Macam zap on. Lepas ikat pony tail, balut getah rambut dengan this thing, bila nak gulung, rambut akan melekan dekat zap on tu. Tak jatuh! impressive sangat! So, boleh la beli ni untuk sapa yang nak try buat dango hair, especially orang yang rambut tebal gila macam aku. i give 5 stars to this stuff. Berbaloi.

DONE!

Sapa yang bosan dengan pony tail biasa, try this style.


ok, till then, laters~

1/24/10

get bored with straight hair?


Try to curl your hair by urself! What do we need is only a 32~38mm curler(curler saiz besar, kalau kecik tak jadi) to make our hair looked different! Straight hair to gorgeous wavy hair in just err...15 minutes?


Long hair
(click for larger view)

medium long hair
(click for larger view)

how to curl :
1. if possible, use heat protection hair spray to protect our
hair from the curler before curling. Same applies to straight iron. Don't simply iron our hair without using heat protection spray. Selalunya bila tengok orang buat rebonding, rambut nampak keras, sebab iron ni sebenarnya tak digalakkan.
2. Dont simply curl our hair sesuka hati di mana-mana. Seboleh-bolehnya, bahagikan rambut kepada 4/5 partition(click the picture).
3. Start curl!
4. Apply wax to have the curl stayed longer

and the result is :


DONE!

picture above's makeup is tribute to jillstuart's (cool sensual) mag again!


click for larger view
um...senang cerita, smokey eyes. A bit simpler to apply.
11/14/09

silky straight

Oleh kerana serabut, i have my hair cut today and changed my hairstyle to silky straight. Rimas masa kat lab kena ikat rambut, sayang perm curly tu so better let it straight.

with my hairstylist, Morita san

いつもお世話になりました!

oh -my -messy -bed

My life has completely changed, and i just have to start it all back. New life, new hope, new image~! Hopefully i have enough strength to get over it~
9/25/09

sapa pernah birthday time raya?

ha birthday aku la..tak sangka boleh pulak birthday time raya. ish cam kureng best plak rasa birthday tahun ni. Perasaan bercampur baur. Nak raya ka nak birthday? ha ha. Tapi birthday tahun ni cam tah la(ala birthday ja pun), bubu tak sempat nak buat apa-apa for me(he said). Nyanyi lagu birthday ja just like my family. heh. Hantam ja lah.


Satu ja birthday card from Lucido Style, my regular hair salon. Terharu tengok staff dia semua tulis(handwriting lagi) ucapan birthday suruh aku pi buang duit lagi kat salon tu ha ha. Anyway thanks all!

Bukan dapat birthday card aja, tapi dapat juga present from Lucido Style! yey.. dapat free ticket for hair treatment/skin care/hand massage/shampoo massage. ha mana satu nak pilih nanti?

Ha, this cute present is from my housemate, ZAZA! it's call FACEBANK, tabung comel. What's so special with this cute little banker? Tabung ni boleh makan duit syiling haha cute gila. Nak tengok macam mana dia makan duit ni? aaaa tengok di bawah ni ok. Agak scary bila tengok lama-lama :D




A yang star-printed leggings dengan star hairband ni pulak Yana yang kasi... Thanks again. She knows i really like to wear leggings. And for the cekak too. Memang dah lama teringinkan metal hairband. Tapi tak berkesempatan nak beli. Tengok-tengok dapat, thanks babe!

wa. pakai masa 1 shawal heeeee. Tak berapa nak nampak ha ha

Lastly, kepada sesiapa jua yang wish birthday kat aku, thank you so much! Nanti birthday korang aku wish pulak ha ha. Muah muah!
8/10/09

sejarah mungkin berulang

Bukan lagu Tomok. Aku sangat benci, hatred, payau dengan Tomok. "Sengau" sejarah mungkin berulang masih terngiang-ngiang dalam telinga. Semalam, sejarah hidup aku berulang lagi. Apa aku cakap ni? Genap setahun aku di"calit kapoq". Bagi aku cukup sekadar ucapan manja dari bubu. Tak mintak lebih dari itu. Aku bukan seperti minah-minah plastiks yang hanya tahu kikis-mengikis laki sampai botak. Kalau aku nak mintak, aku nak handbag LV satu terus. OK tak?ha ha

Telefon aku pun bangang. Call-in tak boleh tup-tup dapat mesej "miskal"(miss call). Tiba-tiba dpt 15 "miskal" dari satu nombor. Nombor bukan handphone. Sambil aku tengah menahan supaya makeup tak cair di Kg. menghadiri kenduri kampung, dapat satu call dari apek. Apek jual bunga. "Aiyooooo, i sulah call u banyiak kali tak dapat2 wo. I mahu hantaq bunga pi lumah u..."


Bunga? Bunga apa? Siapa pulak gatal tangan rajin nak bagi bunga kat aku ni? "OK la apek, pukul 6 u datang rumah I OK. Sori la telefon saya rosak..."

(cerita sebelum pukul 6)

Balik dari kenduri, Hanis boyot mengendong anak 5 bulan dah tercegat depan rumah aku. Baru balik shoping di Padang Besar. ha ha. Hanis, kawan suka-duka, sangat rilek, sempoi, tak emotional, aku senang berkawan dengan orang macam tuh. Selamber badak setiap masa. Kalau aku tak contact dia, dia tak kisah, sebab kami dah macam adik-beradik. Hati sentiasa dekat ha ha. Tak ada la setiap hari nak kena contact. Lenturer di KPTM Ipoh. Sekarang, tengah cuba untuk tak berpura-pura jadi ustazah sebab laki dia tiba-tiba "ter"jadi Ustaz. ha ha Lepak sat minum di rumah aku, tunggu sorang lagi member nak datang. Juwaini aka juju bebeh. Sangat lembut, "lembut" daripada perempuan ha ha. Tapi 2 bulan lagi akan dapat pangkat Dr. (aku nak hg jadi bidan aku juju!)

Juju sampai, keluar lepak di RADIX fried chicken (RFC wtf tiru KFC), nasib baik "ekon" nyaman. Makeup MAC juju tak sempat cair. Makan, sembang mengarut, terus hantar Hanis balik ke pangkuan suami di stesen bas. Balik rumah solat, keluar berfoya-foya lagi dengan juju, kali ni pairing ke Salon. Alamak juju ajak teman dia potong rambut. Punya la menahan sabar taknak buat apa-apa dengan rambut. Tapi apakan daya. "Treatment" dok panggil. ha ha. Oh semestinya salon di Aloq Setaq tak sama dengan Jepun. Agak kurang dari segi "artistik" dalam mendandan pelanggan. Kasar, tarik rambut aku macam la rambut aku ni dawai ke apa. Tapi best sebab ada massage!

Keluar salon tak sampai 10 tapak, camwhoring dengan juju. ha ha. Hantar juju balik rumah dan mommy juju jamu Fish 'n chips with longan juice. Sedap . Tak sampai 10 minit licin pinggan ha ha.

Eh dah malam! Dah terlepas pukul 6.
:
(rewind)
:
:
ha ha. sebelum tu, aku dah telefon florist, tak sabar nak tahu sapa yang bagi bunga punya pasal, aku yang ambik sendiri di kedai pukul 4 30. Sangat sweeeeeeeeeet bubu. Boleh kencing manis bak kata Yati. Tak tipu.

Sampai rumah, terus camwhoring lagi dengan bunga kesayangan. Papa the photographer. Bubu ni selalu repeat benda yang sama dengan papa n mama punya story. What a chemistry we are. Semalam aku tidur dengan senyuman....ngeeeee. (Aduh lenguh dah mulut ni.)


7/28/09

Update paling baru. Gila busy.

1. Balik dari lab, singgah Maruhei Supermarket buruk beli ikan & sotong.
2. Siang sotong, masak for dinner.
3. Kemas luggage untuk hantar ke airport. Pakcik kuroneko datang pukul 6: 30
4. 7 mlm ke Lucido Style dengan Yana for hair treatment.
5. Balik terus makan malam. Makan buah Peach! Sodap.
6. Tulis blog.
7. Post gambar camwhoring.

ha ha.

6/21/09

tak baik tipu diri sendiri. Upgraded!


Ya. tak baik kan. Tipu orang tak apa jangan tipu diri sendiri. haha. boleh tak? Khamis depan aku ada exam. Lectuer aku paksa. Geram betol. Ala lambat lagi kan..subjek boleh tahan susah. Tapi apakan daya hati aku dok berkata-kata: lambat lagi Dart...jangan, jangan study..eh hati ka setan? Time pegang pensel ja, mata terus nak tertutup. Kacau jugak.

Baik aku menulis pasal semalam. Kan aku cakap aku suka berkunjung ke barber. Eh salon. semalam aku ke salon lagi dan lagi. Suka sungguh orang belai rambut aku. haha Bukan apa, rambut aku ni "khetiau"(bahasa kedah yg bermaksud: senang kusut), dan aku malas untuk menjaga sendiri, apa kata aku bagi tanggungjawab tu kat Mr. Morita!! Ya, my personal hairdresser(konon). He knows everyting about my hair condition. Sah-sah dia selalu sumpah rambut aku macam dawai. Dawai pun ikal mayang tak macam rambut kau orang Jepun! Lembik. hehe Rambut macam ni lah baru boleh masuk iklan Pantene. Hitam berkilat. kah kah.

Macam biasa appointment pukul 3 pm. Sampai saja di pintu masuk Lucido Style, penjaga counter dengan senyuman "fake" mereka greet "selamat datang...sila duduk...bla bla...", haih..maneh maneh. Selalu minuman teh Jepun disajikan, tapi tak pula semalam. Air bekas orang yang duduk kat kerusi ni diorang ingat air aku. Tak apa, minum banyak-banyak teh Jepun pun bikin sembelit/buasir saja.

Ladies department

Then here he comes....Mr. morita, mulalah ayat manis consult untuk perabih duit aku. Nasib baik berbaloi. My previous water perm dah semakin kurang, i need something new. Aku cakaplah kat dia macam tu. Morita-san ni tak sebulu dengan aku. Aku nak buat macam gini, dia bantah. Tapi semalam aku buat muka bad mood sikit, last last dia setuju nak buatkan perm baru(digital) untuk aku. Morita-san ni prefer kalau aku tak main-main sangat dengan perm, sebab rambut rosak dia cakap(rambut aku khetiau)..ya he's right..tapi boring la...aku ni pulak tak sabar. Sebelum tu, treatment macam biasa diperlukan, nak bagi rambut sihat bagai. Ya la tu. Masuk collagen semua. ha ha. Yang bestnya, servis kat sini best, bukan nak kutuk servis kat Malaysia. Tapi ini bener. Diorang suka greetings. Sikit-sikit tanya kot-kot kat mana tak kena. Masa basuh rambut pun tanya..."Ada gatal kat mana-mana tak?"(nak tolong garu la kot), "Kalau air ni panas, bagitau ya...", "ok, saya shampoo ya sekarang", "saya basuh ya sekarang..." kadang-kadang tu diam dan angguk-anggukan aja semua. Malas dah nak jawab seribu satu soalan. Lepas basuh rambut, semua staff akan greet "お疲れ様で〜すOTSUKARE-SAMA-DE~SU(yang ni aku tak reti nak translate la dalam BM)" macam, ahh serious tak reti! Then duduk semula, masa nak duduk punya la jaga kerusi tu takut kita tersungkur ka apa, haih. Sopan sungguh orang Jepun. Pastu, assistent akan tanya..."boleh tak nak massage?", dapat pulak massage kat bahu....perempuan la aku prefer. Kurang la sikit sakit bahu dok dongak masa rambut tengah kena shampoo tu.

Morita-san yang pemurah senyumannya

Sudahnya perm, tengok jam dah 7 lebih. Lama sungguh. Last-last Morita datang stylingkan rambut aku. Dia suka buat style lain-lain everytime aku ke situ. Tapi semalam dia buat biasa aja. Mungkin sebab hal aku nak kahwin tahun depan dah tersebar gara-gara assistant kepoh bernama Chiemi-chan(Oh, she's half Japanese, half Brazillian). Sembang sampai terlupa hal rambut klien. Dalam 4 jam tu, adala sejam lebih Morita dealing dengan aku. Yang lain assistant ja. Hampeh. Nasib baik kau Topstylist. So bulan depan aku nak datang lagi. Time nak balik tu, hantar sampai luar kedai sambil lambai-lambai mintak kita datang lagi. Naik malu aku diorang tengok kereta buruk yang aku naik. Tapi aku tak kisah. Kat Malaysia nanti aku beli la kereta beriya sikit. Kat sini tak perlu. Yang sedihnya, balik aja rumah tak jadi nak curling. Menyampah i!
Chiemi-chan yang kepochi. She's cute tho. Siap mintak contact no. aku tuh.



pink cardigan : honeys (rematched)
Black logo one-piece : Honey suckle (right on)
Skinny pants : Uniqlo
Handbag : shimamura's

p/s: Oh, kan dah habis hari aku. Esok dah pun Isnin. Pastu mula la menggelabah. Eeee gelabah-gelabah. Ha Ha.

:
pose perasan. sekian.
3/10/09

salon freak forever!

A tribute to all salons that i've ever been to:

Ya, aku sangat suka membuang duit aku di salon. Bukan apa, aku rasa sebagai seorang perempuan yang sangat mementingkan penampilan diri, serta menjaga kecantikan rambut, aku senang untuk ke sana, lebih-lebih lagi sebab aku tak suka menjaga rambut sendiri, menyusahkan. Dari kecil, masa aku kat Alor Setar, time sekolah menengah, aku ingat lagi aku selalu ke salon seorang pondan ni di City Plaza. Servis di situ best walaupun kedai buruk, pondan tu suka bersembang kosong dengan aku. Buat treatment, dan masa tu memang rebonding boom, tapi duit tak cukup, aku selalu buat instant straighten yang berharga lebih kurang rm10 sekali. Kalau kena air, habis. Masa sekolah menengah, rambut aku tak pernah panjang, pendek selalu. Aku kurang berkenan dengan rambut panjang masa tu. Entah kenapa.

Lepas aku SPM, salon tu dah tak ada. Tu lah satu-satunya salon yang dikendalikan oleh Melayu. Walaupun pondan.hehe. Sejak tu, salon-salon yang aku kunjung semuanya dikendalikan oleh Chinese. Tapi masa itu rambut aku panjang dan rebonded. Terserlah keperempuanan. Auww.

Bila aku datang ke Jepun 4 tahun yang lalu, aku menjadi salon fan lagi dan lagi. Masa aku kat Kyoto, rambut aku yang panjang tu serabut semacam, aku decide nak nipiskan sikit. Rambut aku macam singa jugak lebih kurang. Tebal, senang demaged. Aku ke salon bernama Salon de ar, dikendalikan oleh kakak-kakak cun. Aku panggil hairstylist tu "Ne-chan" ja. Ne-chan tu potong rambut aku jadi bentuk V, lama-kelamaan serabut pulak rambut aku yang V tu. Cuti summer aku dah serabut sangat, aku terus potong pendek. Suka gila..Cheeky style.

Aku juga selalu ditemani roomate aku yang bernama Dibah. Dibah suka ke salon lain, namanya ALLURE. Kat luar kedai tu semua dicat dengan warna merah "ang-ang". Masa aku dengan Dibah ke salon tu, aku pernah cuba Hair Extension. Rambut pendek tiba-tiba boleh jadi panjang. Selain itu, aku juga pernah ke salon-salon lain di Maizuru dengan member-member Jepun, salah satunya ialah salon bernama Ecru. Masa kat salon tu, aku try Digital Perm, di mana rambut pendek aku yang lurus di"perm" menjadi sedikit curl. Masa rambut pendek juga aku pernah try Straight Perm, sama la jugak dengan rebonding, tetapi kurang damage berbanding rebonding. Suka jugak style tu. Dulu, aku kurang jaga rambut di rumah, nak rambut cantik, cari salon.

Sejak aku buang rambut palsu di rambut, aku terus tak buat apa apa styling. Sabar nak tunggu panjang macam sekarang. Kalau aku ke salon pun, aku akan buat treatment untuk menjaga rambut aku yang senang rosak ni. Masa cuti panjang, ada jugak aku ke salon di Malaysia. Adik-adik aku pun boleh tahan kaki salon. Aku ke salon bernama MAY Hair & Beauty Consultant. Aku cepat bosan dengan rambut panjang aku yang straight ni, aku cuba Water Perm pulak. Konon-konon water perm ni akan jadikan rambut aku ikal mayang macam Kris Dayanti sebab aku mintak kat pondan tu nak rambut wavy, bukan curl macam nyonya. Tengok-tengok jadi macam nyonya dan singa jugak, terus aku blacklist May. Adik aku pulak recommend salon Red2. Dikendalikan oleh mamat-mamat dan minah-minah "comel" dan muda Chinese. Aku takut nak buat rambut jenis pelik-pelik sebab serik, cuma buat treatment yang agak mahal kononnya bagus. Membazir pulak bila fikir dua kali.

Tahun lepas, aku pindah ke Toyohashi, di mana aku akan ke salon ni paling kurang sebulan sekali. Nama salon tu, Lucido Style. Aku tertarik dengan top-stylist yang bernama Jyunya Morita. Setiap kali aku ke situ, Morita yang akan layan aku. Bukan apa, Morita tu dah tahu keadaan rambut aku, senang sikit kalau dia nak consult aku. Morita ni jugak banyak mengajar aku cara-cara menjaga rambut dengan betul, cara styling rambut dengan pelbagai cara dengan hanya satu perm. Seronok jugak dapat belajar semua ini. Selalunya kalau ke salon lain, masa kat salon rambut cantik sebab stylist yang buatkan, tapi bila balik rumah, mandi, nak keluar dengan styling yang sama tak kan jadi. Itulah sebabnya aku suka dengan Morita. Dia ajar cara styling sendiri di rumah, dari blow sampailah ke spraying mousse. Masa dia nak buat styling, di akan suruh aku cuba sendiri di salon tu, supaya aku biasa dengan cara-cara menjaga rambut. Di Lucido Style, aku berkeras nak buat semula rebonding,disebabkan aku sangat sibuk dengan kelas. Tapi Morita tu tak kasi sebab dia kata rebonding cepat rosakkan rambut, dia lebih suka kalau rambut itu tak rosak, tapi cantik. Apa-apa ajalah Morita, nasib baik kau handsome. Aku banyak consult dengan Morita pasal penjagaan rambut. Tahun lepas bulan 10, aku try Water Perm, perm pakai ubat sahaja. OK jugak, puas hati. Perm yang lepas dah jadi tak berkesan, 2 hari lepas aku try Digital Perm. Nanti aku cerita pasal Lucido Toyohashi, harga, pakej, servis salon di Jepun yang aku sangat suka sekadar berkongsi pengalaman.

Morita Top-Stylist
(dicuri dari blog lucido style ;p)

My newest hairstyle

Sekarang aku sedar, rambut kalau nak cantik, kenalah dijaga dengan elok. Bukan dengan hanya buat styling di salon, tetapi penjagaan di rumah pun penting jugak. Tapi nak jaga rambut, duit pun terbang. Patutla orang kaya rambut diorang cantik.Hmmm....
 

Blog Template by YummyLolly.com