Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts
8/24/11

jalan-jalan cari makan #1 - italiannies

overall : carter's
prewalker : mothercare

Celebrated hubby's birthday on 2nd June. 
Opss backdated gila rambut hayyan pun ala-ala botak tak botak lagi hihi.
Hayyan terpaksa tunggu daddy balik lambat, masa tu daddy still in sime darby. Kl n subang jauh. 
Kalau ada keja lebih skit kena setel mesti sampai rumah nak dekat senja.
Sekarang ni daddy sampai rumah awal.
The celebration was simple, yet memorable.

So far, tak brapa meminati pasta di sini. Terlalu western. ha ha. Me prefer malaysianize western food kot. Tak pun japanese pasta slurrrrrrrp. So far, best makan kat sini dengan surrounding ala-ala bar gitu.The best thing waere the drinks sangat-sangat sedap..try jus grape or anything!
Nak update gambar hayyan outing jalan-jalan cari makan lagi lah lepas ni! jya neh!
10/18/09

happy birthday pa!

hey meet my papa!






Tanggal 16 hb Oktober adalah hari yang seingat aku agak bermakna bagi aku. Hari inilah papa aku dilahirkan 57 tahun yang lalu. Kalaulah aku ada di Malaysia akan aku kucup pipi papa dan peluk erat-erat sambil mengucapkan HAPPY BIRTHDAY PA! Tapi apakan daya aku jauh he he. 2 orang Adik kecik aku ada di pangkuan papa so aku wakilkan kat diorang ja lah untuk peluk papa bagi pihak aku. Semua prang sayang bapak masing-masing kan dan samalah macam aku. So aku nak menulis pasal papaku sebagai penghormatan aku terhadap papa. Bila baca masa tua nanti sure best.

Perkara-perkara dan fakta pelik yang membuatkan papaku lain dari papa orang lain :
  • kuat, strong dan semakin membuncit ha ha.
  • pemurah, baik hati, tak pernah berkira. Sebab tu aku rasa rezeki papa memang murah. Sedekah itu adalah jalan kepada kesejahteraan.
  • umur dah hampir masuk 60 tahun, tapi tetap maintain dengan rambut hitam berkilat! wow nampak muda gitu!
  • boleh dikatakan stylish tapi agak skema. Sebab suka masukkan baju dalam seluar selalu. Baju kerja warna putih(setiap hari), kalau casual baju kemeja warna selain putih hahhahha. He wears jeans with dockers/levi's belt tho. :p
  • Suka bercerita bed time stories masa aku kecik-kecik dulu. Banyak cerita-cerita lawak yang papa selalu cerita kadang-kadang sampai suruh ulang berpuluh-puluh kali tak jemu ha ha. really miss that time *sigh*
  • suka manjakan anak; papa aku memang suka belai anak-anak. Papa tak kisah kalau baring-baring atas riba dia.....aku ingat lagi masa kecik dulu aku tak boleh tidur kalau papa tak garukan satu badan aku. Aku suka papa belai rambut sebelum tidur juga hihi.
  • pandai mengurut; kalau mintak papa urutkan badan masa lenguh-lenguh papa takkan dan tak pernah cakap taknak. Papa pernah jugak buat lawak nak jadi tukang urut di kilinik papa ha ha. Cakap apa lenguh atau sakit sebab apa sebab he really knows about muscle pain. Kadang-kadang jadi addicted pulak nak suruh papa urut hehe.
  • all rounder. Genius tapi tak nerd. Nama papa ada kat papan dinding sekolah JENAN sebab dapat anugerah spm terbaik. waaaaah bangganyaaaa~
  • suka gadjet; umur dah meningkat tapi perasaan sukakan gadjet makin menambah ha ha. Kalau duit beli gadjet papa takkan kedekut. Laptop, camera, recorder, ipod, anything yang boleh dapat kat Jepun ni dia minat. test digicam(macro mode maybe :p)
  • dr. perubatan yang sangat-sangat suka sejarah. Kalau ke klinik sekarang pun, papa sibuk dengan projek. Sekarang papa adalah antara orang penting persatuan sejarah dan numismetic utara. Selalu buat research by reading or dengan melawat negara-negara asing seperti Indonesia, Thailand untuk mengumpul maklumat sejarah matawang lama. Hobi mengumpul duit-duit lama dari dulu memang tidak disia-siakan. Dah tulis satu buku, sekarang tengah menulis buku yang ke-2. Selalu bagi talk bukan pasal perubatan tapi pasal duit-duit lama. Masters in mata wang Melayu. Pelanggan tetap ebay ha ha. Pernah ada impian nak buka muzium sendiri suatu hari nanti. Hobi dah jadi macam research dah sekarang aku tengok.
  • suka buat lawak loyar buruk. Serius papa memang penyeri. Aku ingat lagi kalau mama tengah melenting, mesti aku akan mintak papa cepat balik dari kerja sebab bila papa balik, mama jadi angel!wow......:p
  • minat music. Masa baru-baru kawin dengan mama, masa tu takda tv, papa mainkan guitar untuk mama. Sweetkan. Sebab tu anak-anak dia pun suka music. Tapi bukan calang-calang papa. Papa suka layan band legend lama-lama dulu siap suruh aku download dvd concert led zeppelin, black sabbath, beatles, dan band-band legend lain. He's RAWK!
  • suka try baju dan fashion show sendiri lepas shopping. Masa kat Malaysia dulu, kami selalu shopping di Penang. kecik-kecik selalu ke Island Plaza shopping kat situ sampai penuh tangan. Dari tengah hari sampai malam wo. Balk-balik rumah terus try baju. Aku ingat lagi papa baru beli set baju sukan Adidas dan sport shoes, then papa pakai masuk bilik kami lari-lari gaya jogging buat gaya nak bersukan hahhahhahhha
  • suara papa sedap dan merdu sangat-sangat. Selain suka menyanyi, papa pandai baca quran. Seriously aku cakap aku susah nak dengar suara sedap kalau berimamkan orang lain. Rasa tak puas kalau suara orang yang jadi imam baca tak sesedap papa.
  • pendiam. papa kurang bersembang dan aku sangat senang dengan lelaki yang kurang bersembang. Kalau mama telefon dari Malaysia, mama cakap cakap cakap padahal papa kat sebelah tapi dia diam aja he he. Last-last nak letak telefon papa akan bersuara. "BYE..." haha.
  • tak suka bergambar sebab suka mengambil gambar. Maybe dia rasa orang lain ambil gambar tak elok kot. Suka photograpy dan sangat memahami, kalau aku nak beli camera dia takkan cakap tak payah beli hehe.
  • sukakan nature. Suka pokok-pokok, berkebun, menanam pokok, alam sekitar. Masa kecik-kecil dulu papa pernah ajar kami kumpul dan awet rama-rama. Pergi ke hutan dan tangkap rama-rama, masukkan dalam botol berisi formalin sampai rama-rama tu mati, dan cucuk di board khas. Macam saintis pulak terasa ha ha.
  • sporting tapi tak lupa bab agama. Maksudnya papa betul-betul mendalami bab agama. He even hafal hampir semua quran. Sujud sejadah setiap Jumaat. Selalu mengantuk dulu kena paksa berjemaah subuh hari jumaat :p Belajar bahasa arab semata-mata nak fahami doa-doa yang dibaca.... i really adore him especially his figure masa nak ke masjid. The most handsome ustaz. ha ha. Baju melayu putih, lengkap berbutang modern, kepiah putih, kain pelikat putih dan sepatu melayu sejati, plus bau perfume POLO raplh lauren blue. Nak jadi macam papa suatu hari nanti!
  • selalu dengan buku. Tak pernah aku tengok dalam hidup papa sehari tanpa buku. He really likes to READ. Anything! Sejarah, agama, perubatan, you list!
  • He likes art, pandai melukis! papa pernah skecth muka mama dan framekan. Memang cantik. Kat rumah aku penuh dengan lukisan yang papa beli sampai tak cukup nak letak. Pernah papa cakap kat aku papa teringin nak jadi arkitek dulu tapi TERjadi Doctor. haha apakah~
Banyak lagi fakta pelik yang membuatkan papa lain dari yang lain. He's precious to me. Kalau boleh nak suami pun yang sebijik macam papa....:) Happy birthday pa, U've been the greatest papa to us. Semoga panjang umur dan murah rezeki yang sentiasa murah. I love you forever.

MUAHHHHHHHHHHHH!
9/27/09

himpunan cerita raya part 1.

1. syawal eve/malam raya :

Tak masyuk la kalau malam raya duduk kat rumah saja mengadap buku ja kan(tipu gila). So kami beramai-ramai makan sate di rumah Matla. Balik rumah terus semangat masak juadah untuk hari raya dan for september people's birthday party. Tepat pukul 12 tgh malam, dapat surprise cute little cinamon dessert from Mc. D from Zaza & Yana. Tido kol 5 babe.

sate

birthday gugurl & her presents.

2. 1 shawal :

Walaupun tido dah cerah, terpaksa bangun awal untuk beraya. Kalau tak semangat memang dah lama aku nak bangun kol 1 tengah hari. ha ha. Nasib baik bangun kol 9. Semua orang dah siap smbahyang sunat raya kat Univ. hall. Kami si pentidur mati memang tak sempat la bai. Bangun, mandi sunat aidilfitri, siap-siap pakai baju raya mama hantar khas dari Malaysia(ni part paling penting). Bebudak ramai datang rumah nak makan ketupat. Tahun ni kami beraya ramai-ramai. Ramai member datang memeriahkan raya sanggup drive jauh-jauh daripada Fukui & Toyama. Tapi masyuk kan. Nasib baik malam raya dah siapkan rendang, ketupat palas, nasik himpit, kuah kacang segala. Tak la kami kelaparan di pagi raya.

sejurus selepas habis bersiap. haih lama sungguh ha ha.

makan jangan tak makan ok.

Lepas makan, gerak ke satu tempat kincir angin yang sangat cantik untuk bergambar. Biasalah raya mesti la nak gambar cantik kan. Seronok sebab semua pakai baju raya, yang lelaki sampia bersampin penuh semua kecuali ahoq. Tak masuk majlis btoi ha ha. Kalah orang yang tak beraya di perantaun tau.

Salam perantauan dari kami semua. Tak masuk dalam utusan pon kami tak kisah.
(pernah sekali ja hantar gambar dlm salam perantauan rasa cam poyo plak)

makcik-makcik sanbongi jauh

makcik-makcik sanbongi dekat

kincir angin tu kalau libas kepala memang mati.

Lepas tak larat dan hampir muntah bergambar, terus balik ke rumah layan girls yang datang ke rumah. Aisha, Hana, and Uya. Lepas tu terus kami gerak ke rumah terbuka dianjurkan oleh pasangan sedondon selamanya(Asal ada makan-makan ramai-ramai ja pakai baju sama kaler), Kak Ainun dan A. ayasir. Lontong terbaikkkkkkkk. Aku makan tambah 3 kali.

With Aisha yang cute-mute. Tudung Ariani jangan main-main wooops

Petang kalut masak untuk birthday party sendiri dan Zaza dan orang yang beranak bulan 9. Menu utamanya soto ayam. Dessert Tiramisu, Carrot Cake, Chocolate cake dan bla bla. Banyak sangat makanan. Alhamdulillah rezeki kami murah kat sini nak makan tak sempit. Tema outfit for that night, putih-kuning. Bebudak ni pun layan ja pakai baju yang ditetapkan. Thanks all! Siap nyanyi-nyanyi lagu birthday sambil cari lagu birthday kat youtube.

handmade cake by Zaza

putih itu suci....

Cerita 2 shawal dan selepasnya akan disambung lagi.....To be continued.....

9/25/09

sapa pernah birthday time raya?

ha birthday aku la..tak sangka boleh pulak birthday time raya. ish cam kureng best plak rasa birthday tahun ni. Perasaan bercampur baur. Nak raya ka nak birthday? ha ha. Tapi birthday tahun ni cam tah la(ala birthday ja pun), bubu tak sempat nak buat apa-apa for me(he said). Nyanyi lagu birthday ja just like my family. heh. Hantam ja lah.


Satu ja birthday card from Lucido Style, my regular hair salon. Terharu tengok staff dia semua tulis(handwriting lagi) ucapan birthday suruh aku pi buang duit lagi kat salon tu ha ha. Anyway thanks all!

Bukan dapat birthday card aja, tapi dapat juga present from Lucido Style! yey.. dapat free ticket for hair treatment/skin care/hand massage/shampoo massage. ha mana satu nak pilih nanti?

Ha, this cute present is from my housemate, ZAZA! it's call FACEBANK, tabung comel. What's so special with this cute little banker? Tabung ni boleh makan duit syiling haha cute gila. Nak tengok macam mana dia makan duit ni? aaaa tengok di bawah ni ok. Agak scary bila tengok lama-lama :D




A yang star-printed leggings dengan star hairband ni pulak Yana yang kasi... Thanks again. She knows i really like to wear leggings. And for the cekak too. Memang dah lama teringinkan metal hairband. Tapi tak berkesempatan nak beli. Tengok-tengok dapat, thanks babe!

wa. pakai masa 1 shawal heeeee. Tak berapa nak nampak ha ha

Lastly, kepada sesiapa jua yang wish birthday kat aku, thank you so much! Nanti birthday korang aku wish pulak ha ha. Muah muah!
6/2/09

Sweet 26?

Today is the day when my fiance turns into 26 years old! Omigod! You're 26?I just can't believe it seriously baby. Muka macam budak kecik ja.hihi. Ala, jauhnya, I couldn't make to celebrate with you dear, oh how i wish i could be there next to you watching you blow all 26 candles!(phew) But it's Occay, next year, next next year, I'll be there! Sampai la u bosan tengok muka i haha. Anyway Happy Birthday sayang. Eh terjiwang kat sini pulak. One thing=please DIET. Dah makin bulat dah. Plus, the news about your cholestrol "%", i'm concern ok. Love.
:
:

Tomorrow, 4 30 am, time to board on the surfboard!!yeahhhh. So have to sleep earlier tonight!

New hobby, new tools!Ngeeee :D
:
:
Surf_Omotehama Beach. Surfing paradise!
omotehama beach....surfing paradise...time to get tanned(habih la laki aku marah hitam!!)
5/20/09

betapa "bertuahnya" kita

Fujiyasu Megumi. Nama kawan aku yang dilahirkan hari ini 22 tahun yang lalu(ya budak batch aku semua muda 2 tahun). Otanjoubi Omedeto(Happy birthday) Megu-chan!What's so special about Megu chan sampai aku terasa nak menulis pasal dia? Megu chan ni, aku solute, respect kat dia bukan sebab apa, disebabkan ketabahannya hidup berdikari. Independant, in what way? Megu chan aku kira dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, keluarga yang serba kekurangan. Ayah Megu chan dengar khabar has no job, doing nothing(sukar dipercayai), but it's true. Hanya duduk di rumah, menghabiskan masa atau dengan kata kasarnya "membuang masa" goyang kaki. Namun, ayahnya tidak boleh dipersalahkan kerana dengar khabar juga ayahnya sedang sakit, sehinggakan tidak mampu untuk bekerja. Jadi, pendapatan dan nafkah keluarga memang dilakukan oleh emak dan juga kakak Megu chan yang sudah bekerja. Seperti di mana-mana sahaja, duit memang diperlukan untuk keperluan seharian, pendidikan, dan sebagainya. Megu chan terpaksa menyara hidupnya sendiri untuk membayar yuran universiti. She works everyday as part timer at Mini Stop Convinient Store. Mungkin berbelas-belas jam sehari. Pendapatan di Jepun sebagai part timer sejam merangkumi 700 ~ 1000 yen(Rm 20+ ~ 30+) sejam. Nampak banyak, tetapi disebabkan cost of living yang tinggi kat sini, duit yang diperolehi cukup-cukup makan. Mampukah Megu chan melangsaikan bayaran Universiti tahunan berjumlah Rm 20k(approx), belum lagi termasuk belanja harian untuk pakai, makan, sewa rumah dan lain-lain lagi. Mungkin kerajaan Jepun juga menawarkan skim seperti PTPTN, supaya dapat meringankan beban Megu chan. Pity her. Mampukah dia bekerja kuat sambil belajar? Belajar bukanlah perkara yang mudah. Semester lepas, aku rasa Megu chan fail banyak paper, dan masih banyak kredit yang perlu dikumpul untuk grad. Is she willing to cope?Rata-rata budak tahun akhir di sini semua dah cukup kredit untuk grad, no exams, but Megu chan terpaksa attend banyak kelas yang sepatutnya dihabiskan sem lepas. Kelas pun jarang datang, mana taknya, kerja sampai lewat malam untuk mengumpul duit, letih mentally and phisically dan esoknya kelas terpaksa ponteng. Tapi aku percaya, orang seperti Megu chan yang lebih tahu makna hidup berbanding orang yang senang-senang hidup tanpa dugaan, kan?
:
:
Birthday celebration Megu chan disambut secara kecil-kecilan. Aku, Inaho chan, Miho chan, Megu chan sahaja. Tidak ada kek mewah, lilin bagai. Hanyalah sembang-sembang kosong tapi bermakna sambil menikmati sushi. Macam biasa aku melantak sampai 17 pinggan sushi semalam(haih). Mungkin nampak macam biasa, but i think she did appreciate the celebration. Lepas makan sushi, kami ke Karaoke center macam biasa, spending our time for fun meraikan Megu chan. Nyanyi segala lagu termasuk lagu kebangsaan Jepun(langsung tak faham plus boring). Seronok melayan girls course aku(girls=minority, selalunya lepak ngan guys gila-gila). Balik rumah pukul 1 pagi.
:
:
Aku harap Megu chan keep on fighting, completekan degree, master dan keja elok-elok for her future. She sure can do this! Fighto! Aku terasa betapa bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga yang mampu untuk menyekolahkan aku sampai ke hari ini. Nasib manusia tidak sama. So live life to the fullest!
:
:

Grey shirt : bought at FKolme
Cream loose one piece : Dosch
Gold belt : received from Intan
Skinny Pants : Antgauge
 

Blog Template by YummyLolly.com