Showing posts with label interior. Show all posts
Showing posts with label interior. Show all posts
3/13/10

hehe

Terasa banyakla pulak dapat hadiah lately..ya la sebab dapat hadiah kawin, hadiah farewell nak suruh aku blah cepat-cepat dari sini kot ha ha.


interior candle, again from Inaho chan.

Ni dapat masa makan-makan with Japanese girls(coursemate), Ayumi, Inaho, & Megumi, the last dinner with them :( Lilin tu dah dibakar sejak semalam buat pewangi bilik sambil mengemas. Lagipun malas nak bawak balik.


Digital photo frame from Malaysian student of Toyohashi univ.

Oh memang teringin gila benda alah ini. Tetapi harga seketul boleh tahan mahal, paling murah(gambar elok) pun dalam 3ratus lebih rm. Padahal photo frame ja kan hehe.

Ever heard of digital photo frame? Photo frame yang di"digital"kan lah maksudnya ha ha. Semua orang pun tau kan..Yang bestnya, masukkan gambar thru sd card, and gambar tu akan rotate lah macam mana kita nak by slideshow..boleh insert banyak gambar, tak la macam frame gambar lama, satu gambar ja boleh letak. Ada banyak saiz pulak tu. Salah satu brand yang teringin, SONY & POLAROID. Setiap kali pi kedai gambar kitamura mesti usha benda alah ni tapi last-last tak angkut pun.


design yang sungguh classy

ini from SONY.
AL-biasalah, design memang cantik macam tv bravia dia. Tapi kurang berkenan sebab dia letak brand kat depan frame tu. Dah serupa tv dah.

So, marilah kita sama-sama pakai digital photo frame(walaupun aku rasa sangat malas nak buang habuk kalau letak atas meja menyusahkan!)

p/s: ke arah digitalisme. heh.
11/22/09

new life new hope!

Nak mula hidup baru, kena ada mood. Nak ada mood, kena ubah bilik supaya mood berubah. Kalau akulah. Bilik aku memang berkadar langsung dengan mood. Kalau mood aku baik, maka kemaslah, cantiklah bilik aku. Kalau mood aku serabut, tensen, maka serabai dan bersepahlah bilik aku. Rasanya ni memang sifat orang yang berdarah A yang tegar ha ha. Semalam untuk mengubah mood baru, aku dah nak grad, lagi sebulan kena present FYP. Fuh, perlukan mood yang agak baru untuk berusaha. Kalau tak, tak berjalan minda aku.

So, semalam dah tukar semula mood bilik aku. Hopefully aku boleh fokuskan semuanya kat FYP. Saat genting ni.....cuak cuak.....

8/24/09

Sibuk sangat sampai terlupa nak bukak puasa

Sibuk sangat sampai terlupa nak bukak puasa.




Dah boleh mula sem baru dan mengadap muka pakcik Mori!yehoo.
3/29/09

helping junior and room renovation

I have been a bit buzy nowadays helping the newcomers for my Univ. 5 boys and 2 girls. 4 of the boys are malay and one of the girl is chinese. The Malay seniors haven't been informed about the news of the 2 chinese. I don't know why.

The most important thing is helping the one and only our Malay junior girl. She's alone, no transportation to move, needing our help since she's new in Toyohashi.

Kami bawak junior kami, nama budak tu Hana, orang Kedah. Boleh kira berapa ramai orang Kedah kat Toyohashi nih..haihh terlampau banyak! Rumah Hana agak jauh la daripada student kat sini. Jauh dari Univ. Dekat dengan Aichi Univ.haha...Kami bawak Hana beli barang-barang rumah kat Jusco, Shimamura, dan Kahma Home centre. Hana kadang-kadang bosan, so selalu aja lepak rumah kami. Dia pun belum ada transport, tv, laptop semua. No entertainment, so kami ajak dia tinggal kat umah kami sebelum semuanya lengkap.

So far, rumah Hana dah lengkap, tinggal tv dan laptop dan internet yang belum pasang. Senang hati tengok junior dah boleh hidup dengan tak susah payah, teringat masa mula-mula sampai kat sini, banyak benda yang kena mintak tolong seniors. Seniors semua baik-baik belaka tolong bawakkan beli barang, hantarkan ke mana-mana tempat yang kami taktau. Thanks semua!

Anyway, Bercakap pasal rumah, bila tolong Hana kemas-kemas rumah dia, aku pun tersemangat sekali nak renovate bilik, bosan dah setahun mengadap benda yang sama. So masa bawak Hana beli barang kat Shimamura, aku pun terperasan macam orang baru kat sini, beli new rug, dan bed sheet. new spirit for this spring! hopefully...

Feels good!

Furthermore, memang dah lama aku nak buat something kat Closet aku yang lain daripada orang lain. Kat sini orang panggil "Oshi ire". Kalau tengok cerita Doraemon, tempat Doraemon tidur tu la kita panggil oshi ire. But bilik aku ni, oshi ire nya a bit western style. Pintu closet sampai ke atas siling, dilengkapi dengan cermin, ada sentuhan interior sikit. But my closet's weakness is KOSONG. Tidak langsung dilengkapi dengan apa-apa rak kayu. Macam ruang kosong saja. So, nak tak nak aku kena beli almari or, rak yang tinggi untuk isikan baju-baju yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Tahun lepas, aku beli rak besi sebab murah, dan aku tersilap pasang. Sungguh bangang. SO masa aku tengah semangat nak kemas-kemas bilik, aku kemas dengan oshi ire sekali. Penat. Sampai pukul 3 pagi baru siap. But the result is impressing. Sejuk mata meandang tengok bilik kemas.

BEFORE

AFTER
 

Blog Template by YummyLolly.com