Thursday, June 26, 2008

Saturday - 21.06.08


Disebabkan penat ya amat malam tadi tido agak lewat, aku bangun pun lewat skit dari biasa. Pagi ni kitrg breakfast nasi goreng dan mee sanggul. lapat punya pasal, aku belasah mee tu tak ingat punya. anak3 cam biasalah, makan ala kadar je.. jap lagi lebih kurang kul 10.30 nak gerak balik ke Melaka untuk bertandang. Khemah masih tak sampai lagi. aku pun malas nak tanya MIL sbb takut dia tambah murka lak lanjutan kes semalam dan malam tadi.

lebih kurang kul 11 kitrg keluar lah. janji melayu kan. still lagi 4 biji kereta je sbb yang lain semua tunggu kat Melaka. maklum je lah, petrol skang dah mahal. kalau singgah seremban, nak masuk balik highway, petrol pun nak pakai gak.. janji bersanding kul 12 tpi kitrg smpi kul 12.15. time tu MIL tak sampai lagi. lepas asran selesai bersiap, kitrg pn berarak lah dengan iringan kompang. hopefully this time tak jadi macam malam tadi. seusai pengantin duduk, MIL dan FIL pun sampai. sedang orang kat luar sibuk ngan pengantin, pak ngah kat dalam sibuk selesaikan urusan balance duit hantaran.

agak lama pastu kitrg pn tepung tawar dan trus ke meja makan. tak yahlah tunggu org dtg jemput. malas dah nak sakitkan hati sendiri. kan meja makan (kitrg kat meja pengantin) kitrg layan je diri sendiri. bak kata orang wat macam umah sendiri. bukan orang lain pun kan, rumah adik MIL, so, jadi shark lah kitrg membelasah lauk pengantin. pengantin apa heran, dorgkan kena jaga adap sopan?? huhuuhuh... tp lauk tak grand sangatlah.. apa sangatlah lauk pengantin, beza singgit dua je ngan lauk biasa. aku tgk lauk biasa lagi grand... hahahhahahah!!!!!

dah tu kitrg pn watlah diri cam tetamu lain, basuh tangan dan chow chin chauuuuuuu!!!!! sampai seremban kul 3 camtu.. ah.. mana sempat nak relax sbb orang ramai dah start datang untuk majlis berinai, kenduri tahlil dan birthday celebration malam nanti.. aku pun tunggang langgang lah kat dapur sesorang. dok buat air, hidang makanan tu, makanan ni.. kuih-kuih, sambut tetamu, sbb MIL masih kat Melaka, cam lewat je gerak tadi. dah sah2 aku the only menantu... oppsss.. da 2 lah tp time tu ada aku je.. tak pe, tunggu turn ko plak ye liza nak selesaikan rumah ni.. kah kah kah...

sampai ke petang aku tak rehat, aku amik peluang masuk bilik solat asar dan sambung solat maghrib. pas dah solat, aku trus turun bawah utk tgk pe lagi yang bleh aku tolong kat bawah tu. " lawa dah awak?" MIL tegur.. aku gelak je lah.. sure dia terkejut tgk aku dah standby pakai baju kurung untuk acara malam tu. senang, tak yah nak berebut bilik air.. sementara aku tolong pe yang patut, anak3 aku dah bertempiaran berlari2.. maklumlah umah nenek dia kan?

mlm tu lepas 1, 1 acara berlangsung termasuklah acara menyandingkan cik nan dan cik liza yang dah setahun kahwin. nikah je pun masa tu.. klakalah.. tp mmg best.. (gambar untuk malam tak de dalam simpanan - kena minta kat orang lain).

Friday - 20.06.08

Aih.. penat nya aku sepanjang cuti baru2 ni. Tak dapat berehat langsung. Tidur seawal2nya pukul 12.30, esok pepagi dah bangun sebab banyak benda nak kena buat (salah satunya menyiapkan princessess aku tu). Since hari Jumaat (20/06/08) rasa cam nak tercabut kepala lutut ni. tapak kaki toksah citer lah.. naik kematu.
Jadual hari jumaat tak sepadat mana. Pagi kul 8.30 keluar rumah dan breakfast di mewah. lebih kurang pukul 11 dah smpi di Seremban. Masa tu yang ada cuma mak ngah, pak ngah dan wan. peluang untuk semua merehatkan diri sementara nak menunggu orang lain datang. Makan tengahari mak ngah masak ikan tenggiri masak lemak, sayur goreng, sambal belacan ulam raja, ikan goreng ... petang sebelum keluar ke Melaka kitrg makan meehon goreng dan roti jala. itu jelah alas perut sementara nak dinner kat Melaka nanti. ingatkan ramai orang datang ke seremban untuk sama2 menghantar, tapi cuma kami 4 kereta je yang pergi (termasuk kereta pengantin).

sampai di Melaka tepat azan maghrib. Pak uda Fuad dan cik mazlan dah tunggu kat sana. segera solat jemaah sementara menunggu MIL sampai. (Kisah sedih pertama akan diceritakan dipenghujung entri) Lepas semuanya solat, menunggu plak pengantin perempuan datang ke surau untuk acara pernikahan.
Pak imam keluarkan mukadimah pernikahan dan ambil masa selama 1 jam 1/2 sebelum akad nikah dijalankan pada 9.10mlm.. imagine lah kami yang menunggu bagai nak rak ni.. kalau aku lah yang nak akad tu, rasa cam nak cancel je.. heheheh.. ada ati nak nikah jgak... bukan apa, ada ke patut taklimat tu sampai diulangtayang 3-4 kali.. sekali cukuplah.. MIL pn dah naik marah.. nak ditinggalkan bukan orang lain, anak sendiri. Muka jangan citer lah.. dah naik ilang seri dah sbb tak lalu nak menunggu lagi.
pas akad nikah pengantin dibawa ke rumah untuk upacara batal air sembahyang. MIL pun pegi, aku malas lah sbb dh lapar sgt. aku tunggu je kat surau tu sbb ada air dan kuih muih yang dah disediakan oleh sedara belah perempuan. anak3 aku dah meligat kat kawasan surau tu sejak dr pas solat maghrib td. lebih kurang 1/2 jam pastu hubby datang ke surau. Orang belah pompuan dah 3 kali panggil suh jalan tp kompangnya tak gak sampai.. tak ke pelik tu? tak lama tu MIL plak datang. mukanya tambah keruh. malas aku nak tanya napa.. mungkin kepenatan. aku just ignore je.
punyalah lama menunggu, sampai aku dah bosan tahap impak maksima. aku ajak B balik tapi B cakap majlis orang, tak bleh sesuka je.. lagipun bukan orang lain kan? pakcik dia gak.. so, aku pun tahan je lah rasa dalam ati. dah sampai kompang, dah selesai bunga api, kitrg dok tunggu lah orang belah sana datang menjemput kat dpn pintu pagar tp hampeh.. marah nya pasal kitrg satu group jalan je masuk ke bawah kemah. orang2 sana suma sibuk mengadap pengantin kat pelamin, tak tau untuk merenjis ke apa ke..
perut memasing dah lapar ni tp tak de orang jemput makan pun!!! MIL dah tambah bengang sbb rasa cam orang asing je kat situ. sorang pun tak de menjemput. nak kata ada berinai dan merenjis untuk belah lelaki, tak de plak orang panggil. tunggu je lah cam orang b*d*h. alih2 FIL suh cik mazlan makan, tp sedap je mulut orang tua tu jawab "TUAN RUMAH TAK AJAK MAKAN PUN.. MANA BLEH MAKAN!!!" aduh.. pedih tinga aku dengar.. kalau aku lah tuan rumah, mau rasanya aku nyorok dalam tempayan beras ni....

agaknya adalah sorang 2 yang dgr ayat berapi tu, datanglah sorang pakcik tu ajak makan.. aku dalam pada malas tu bangkit gak lah sbb perut aku ni dah merintih sangat minta nasi.. lagipun sian kat anak2 aku yang kelaparan.. dah 2 bekas kuih / kerepek dorg bedal masa kat surau td, kes lapar ya amat.. ajak MIL dia wat muka kelat. I hv no apetite to eat.. tak de hati.. huhuhuhu.. sakit tinga lagiiiii.....

pas belasah ala kadar (dah tgh mlm, tak de nafsu nak bertambah!) kitrg pn pakat balik lah ke seremban. sampai umah kul 12 camtu.. 2 putri aku dh hanyut, just syamimi je lum tido. layan dia jap, baru aku terlelap ngan B.

pengantin sebelum diijabkabul

mgdr mukadimah dr buapak

asran diakad oleh cik alim

suasana menunggu n keletihan

barang hantaran dr lelaki

Kisah sedih 1 -
Khemah sepatutnya dipasang sebelum solat Jumaat tp sampai kul 4.30 masih tak pasang. Tgh bersiap, datanglah lori tu memasang khemah tp ya Allah... menduga iman betull!!!! punyalah kotor khemah tu.. naik loya aku tgk. Dahlah yang kotor tu dia kata khemah baru, imagine lah camna khemah lama dia... trus MIL naik angin dan call orang khemah minta tukar..

Wednesday, June 25, 2008

It's your birthday!!!!!


Syamimi genap 4 tahun ari ni. semoga rahmat Allah sentiasa bersama anak sulungku ini tak kira dalam keadaan apa sekalipun. Dan semoga anak ku ini akan sentiasa sihat, bahagia, membesar dengan pintar, menjadi solehah dan mendapat perlindungan dari Allah swt. Amin.

Nota untuk Kakak :

Kakak, mama harap kakak dapat jaga adik2 bila kakak dah besar nanti. Mama juga harap semoga kakak akan berjaya dalam hidup dan ditetapkan iman oleh Allah dalam Islam. Mama sayang kakak. Mmmuuahhhhhh!

Thursday, June 19, 2008

Bakal Biras

Esok aku dah start cuti.. pepagi esok lepas dapat brownies dari nona, aku akan balik ke Seremban untuk last round checking sempena hari pernikahan adik ipar. Well, hope everything is in order. And hopefully the day is not like their engagement day (yang pernah ku sebut dalam 1 entry yang telah didelete sebelum ini).
sedikit sebanyak mengenai bakal isteri adik ipar yang sekaligus mendapat title BIRAS dari aku. LIZA bukan orang asing dalam keluarga in law aku ni. Dia ni anak kepada adik MIL yang duduk di Melaka. Maknanya dia ni ngan adik ipar adalah SEPUPU. Kerja di HUKM sebagai nurse di wad bersalin (wad yang selalu aku masuk tu!!!). Orangnya boleh tahan, cantik (nak compare ngan aku.. huhuhuhuhu).. tak banyak mulut (tak macam aku - untung MIL), MUNGKIN tak kan melawan (aku??? kena tanya in law, aku tak bleh jawab ni.. soklan mautsssssss).. so, tak nak citer bebanyak, gambar dia cam kat bawah ni. pengapit aku yang berbaju biru..

so yatie, this pic for you.

Wednesday, June 18, 2008

On Leave

Entry ini khas untuk sepupu di JEPUN yang tak dapat pulang ke MALAYSIA untuk bersama-sama meraikan majlis pernikahan dan perkahwinan adik ipar ku pada hari Jumaat 20/06/08 hingga Ahad 22/06/08.

Yatie,
Akak start cuti hari Jumaat sebab Asran nikah malam tu di Melaka. Yatie dah tahu ngan sapa dia nak kahwin ni? Yatie ingat tak LIZA, anak cik halim di Melaka? Yang sama2 bungkus sweets ngan Yatie dan Intan dulu semasa majlis kahwin akak di rumah Pedas? Ala.. yang jadi pengapit akak yang berkebaya biru tu. Dia anak buah Mak Lang.. Ingatkan??
Kenduri sebelah perempuan hari sabtu tengahari dan sebelah kita pulak hari ahad. Sabtu malam ahad tu kat rumah seremban ada kenduri tahlil untuk arwah atuk dan sambutan hari jadi untuk mimi, aboy, iwan dan cik nan (anak buah dan abang mak lang). Asran bersanding tepat pada tarikh arwah atuk meninggal, dan sama dengan hari jadi Aboy.
Insya Allah, masuk office hari rabu 25/06/08 nanti akak akan update dalam blog start dari gambar pertunangan hingga ke gambar perkahwinan. Yatie tentu nak tengok sedara mara kita yang dah lama tak jumpa ni kan?? Kan best kalau kita dapat kumpul macam dulu?

Bujang??

Semalam aku merayau kat Masjid India lepas kerja dengan Ummi. Sampai KL lebih kurang pukul 6.30, trus ke Wisma Yakin dan amik baju kurung yang aku anta 2 minggu lepas. Alhamdulillah, jahitannya cantik dan sedap di pakai (bukan enak tau!). Semalam jugak aku tanya bape dia amik upah untuk baju kurung biasa (yang tak lining). RM50. Okeylah tu kan??

Pas amik baju aku ngan ummi gegas ke bazaar yang ada kat situ nak mencari tudung pulak. Almaklumlah, baju ni kan ke sponsor by my MIL, so warnanya mestilah tak kena ngan tudung2 aku yang sedia ada. kenalah mencari pulak. Dapatlah 2 helai tudung shiffon yang murah2. senang nak bentuk waktu pakai nanti. dan yang paling penting senang untuk digosok, ala kadar je.

dalam pada tu tinjau plak kat bazaar jual brooch. TERbeli pulak 2 pasang brooch untuk samakan tona warna tudung.. ish.. ni macam tak masuk dalam list ni.. tak pe, tak pe.... budget masih ada. ummi pun beli tudung.

dah selesai tu, gi lah dinner kat McD. makan yang mudah2 je.. set fillet ngan set McChicken. Borak punya borak, kul bape ni??? Masing2 pandang jam. Dekat kul 8 dah. angkat punggung dan balik.. jadi bujang sekejap aku ari ni.. ala.. bukan selalu, kan?????

Friday, June 13, 2008

Untungnya ada anak perempuan

Semalam balik dari kerja, aku mengadu kat Nurul. Tangan aku rasa bisa-bisa. Cam ada jarum mencucuk2. bila sampai di rumah, bisa2 terasa sampai ke kaki dan seluruh badan. Baru aku perasan, rupanya aku demam. Ntah kenapa ingatan aku kureng plak sekarang ni. Itukan tanda2 biasa bila nak demam. Sendi akan jadi sakit2.
Maghrib pun aku solat lewat skit. lepas solat mak abah aku pegi pasar malam. Si baby diorg tinggalkan kat umah abang aku sbb aku betul2 tak larat nak jaga. tinggallah syamimi dan syamira dengan aku. aku tukar berita ke channel 616, ada siri kartun Cars. anak2 aku ni kalu bukak channel kartun, sure tak bergerak.
sedang aku baring kat sofa sambil layan sakit badan, syamimi datang bertenggek kat tepi aku. di picit2 tangan aku. kemudian kaki pulak. aku perati je dia wat suma tu sambil matanya sibuk melayan citer kat tv. tak lama pastu dia merengek minta susu. aku tak larat nak bangun, kata aku. dia pun bangun dan pegang tangan aku suh aku bangun. dah tu dipimpinnya tangan aku sampai lah ke dapur.
nak tergelak pun ada aku masa tu. tapi lebih kepada rasa terharu dan bersyukur sebab budak umur 4 tahun pun tahu cara2 nak jaga mak yang sakit. bila aku dah basuh botol dia, dia pegang lagi tangan aku bawak ke meja pulak untuk buat susu. masa tu syamira kat tepi meja. syamimi teringatkan citer kartun dia yang tengah berjalan tu, dia pesan je ngan syamira, pegang tangan aku kalau aku nak jalan ke depan.. si adik yang bendul ni pun tunggulah aku sampai sudah buat susu dan seret aku ke depan lepas selesai.
hah... barulah aku tahu kenapa Nabi Muhammad s.a.w tu suruh buat baik pada anak perempuan. sebabnya anak perempuan ni lebih mengutamakan mak bapak dari anak lelaki. tgk je lah anak2 aku ni. belum pun sekolah tapi tahu macamana treat mama dorg yang demam. tak payah mentioned yang jauh lah.. byk contoh terdekat aku ni yang rata2 lelaki kurang ambil berat tentang mak ayah dorg.
jadi pada yang belum ada anak perempuan, cuba2 lah adakan...

Thursday, June 12, 2008

Langkah demi langkah.

Tadi aku kembali menghubungi seseorang yang agak rapat dengan aku satu ketika dulu. Seseorang yang banyak memberi ilmu ketabahan & kesabaran seorang isteri pada aku yang masa tu masih terlalu muda untuk memahami kehidupan berumahtangga.
Dia bukan kawan sepermainan, bukan juga kawan sekelas tapi isteri kepada salah seorang executive yang in charge aku masa aku mula2 menapak naik dalam episod kerjaya. seseorang yang lahiriahnya nampak garang, sombong (kah kah kah... sorry.. akhirnya keluar jugak statement ni!) tapi hakikatnya bila dah dikenali, dia lebih mesra dari yang disangka. dan yang paling aku tak lupa peringatan darinya tentang berkahwin.
" fikir semasak-masaknya sebelum berkahwin. kahwin bukan untuk sehari dua. masa bercinta memang semuanya cantik tapi bila dah kahwin semua keburukan akan keluar. kalau tak bersedia, jangan berkahwin "
Dia ni memang suka buat luahan perasaan kat aku dedulu. Slalu gaklah aku jadi CID tiap kali hubby dia keluar ke store. Dan aku ni kira cam reminder pada hubby dia kalau ada urgent matter yang dia suh hubby dia wat tapi hubby dia lupa..
banyak yang kitorg kongsi tentang lelaki, tapi masa tu aku budak kecik lagi, so, tak brapa amik pot lah pasal lelaki. walaupun masa tu tengah bercinta bagai nak rak ngan hubby, aku still rasa tak perlulah nak bebankan fikiran fikirkan tentang benda remeh temeh suma ni. sampailah ke saat aku dah berkahwin, dah ada anak, barulah aku tahu apa yang dia maksudkan dengan fikirlah semasak-masaknya sebelum serah diri ke kancah perkahwinan. tak de signboard U-Turn untuk kehidupan ni. dan tak de simpang untuk kita belok melainkan jalan lurus yang sesekali berliku, sesekali tak rata permukaannya. terserah pada kita samada nak teruskan perjalanan atau berhenti.

Wednesday, June 11, 2008

Kesan Kenaikan Minyak

Minyak naik lagi. Mungkin kenyataan ini agak terlambat untuk keluar dlm blog aku ni tapi bukan ini yang aku nak highlight kan. Ini mungkin small reason untuk entri kali ni.
Tadi pagi aku pegi tapau kat kedai makan bawah office aku ni. masa nak bayar, aku capai paper sementara tunggu ummi selesai tapau. kakak owner kedai bukak mulut complaint pasal barang suma naik harga. Aku tak nafikan lah.. semalam dalam paper pun tulis. harga ayam akan naik, harga daging dah naik. tak lama lagi ikan sardin dalam tin pun boleh naik. Silap hari bulan ikan masin, ikan kering pun turut sukahati sbb diorg pun makin ada harga.
yang tak sedapnya tu, kakak tu mentioned pasal dia pun nak naikkan harga makanan. Disebabkan kitorg agak rapat, dia slambee lah mentioned depan aku. Pada aku ada betulnya bab nak tambah harga makanan tu, tapi kuantiti dan kualiti makanan tu jangan lah turut dikurangkan. Dahlah nasi lemak biasa RM1.20. Suapan cuma 15 kali berbanding dulu yang cuma RM1.00 dengan 20 kali suapan. Letak telur mata sebiji (yang makin kurang putihnya) dah jadi RM2.20. Telur tu saja dah RM1, mana logiknya?
Lepas balik dari kedai tadi, aku berkira-kira untuk mengurangkan makan di luar. Caranya, tiap malam aku akan siapkan bahan untuk memasak esok pagi. Tak kisahlah, nasi goreng ke, mee goreng ke. Dipermudahkan cerita, aku akan bawak untuk breakfast dan lunch. Dan akan cuba budget sehabis baik. Kalau dah jemu sangat, aku rancang nak puasa je. Sementelah bulan depan pun dah nak masuk Rejab dan diikuti dengan Sya'ban. Puasa sunat lebih afdal dari menceceh seorang marahkan pucuk pimpinan yang tak dengar bebelan kita.
Alangkah adilnya Allah.. dijadikan setiap kejadian itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Mungkin kita sebagai hambaNya yang terlupa. Masa diberi kesenangan, kita lupa untuk bersyukur. Masa diberi kesusahan, kita lupa untuk muhasabah diri dan meminta ampun. Kan Allah itu sentiasa mendengar keluhan orang2 teraniaya? Dan kita ni termasuk dalam golongan yang teraniaya. Sama-samalah kita memohon agar Allah membanyakkan rezeki buat kita dan memberi kesabaran dan ketabahan dalam kita menghadapi hari-hari mendatang yang tentunya lebih banyak dugaan. Wallahualam..

Monday, June 9, 2008

Kenduri kawen RUDY

Jumaat balik keje, aku dpt barang dari MIL. MIL pass barang tu pada office staff dia, suh bagi kat aku. Dalamnya ada gaun untuk syamimi cuba dan sepasang kain untuk dibuat baju untuk aku; menantunya... (kesayangan ker??? hehehehe) Mahal tu! MIL beli kat Jakel. Kain untuk dibuat baju teramatlah jarangnya (shiffon) dan bahagian kainnya Pure Silk. Harganya RM3++. kaler zahid AF lah plak.. theme untuk kenduri belah kami. Hubby cebik je lah sbb emaknya belikan untuk aku saje. Napa ek mak tak beli untuk By? tanya hubby. Aku gelak besau jelah.. malam tu aku ber sms ngan MIL pasal baju dan mentioned pasal hubby complaint bajunya tak dibelikan. Sampai hubby wat lawak nak pinjam baju budak katering je on that day. Pancing simpati betul lakiku itu.

hujung minggu sudah aku menghabiskan hari cuti Agung bersama keluarga hubby. Rancangan asal pepagi tu nak pegi carik kasut princessess aku ni untuk majlis kawen adik ipar nanti. dan belah tengaharinya nak ke Tg. Sepat untuk jengah2 kenduri kawen Rudy, sepupu hubby. tapi biasalah, sibuk ngan basuh kain baju dan anak3 aku yang lasak2 tu, makanya soal cari kasut tertunda dan jengah kenduri pun terbatal. Pukul 2.00 MIL call suruh jumpa di Wisma Yakin untuk carik baju hubby. Sengih sampai ke telinga suamiku itu bila dgr bajunya akan disponsor oleh si ibu yang kaya raya itu.

Disebabkan kitorg masih tak lunch, sesampai je kat Wisma Yakin, aku anak beranak gi sapedek kat kedai mamak tu. Makan roti naan dan ayam tandori. Tak lama pastu parents hubby sampai dan join sekali. Lepas dah lega perut, kami pun tuju ke MZ Tahir untuk cari baju melayu hubby. Dan MIL bitau yang FIL ubah fikiran untuk kenduri ke Melaka. Kami kena buat warna sedondon pulak. Sib baik aku bawa sutera kota bahru aku yang kaler maroon tu. so, kena sangatlah theme colournya itu. dan FIL buat bajumelayu purple sepasang, hubby dpt 2 pasang kaler oren ngan purple, aqmal pun sepasang kaler purple.

Tak lama tu aku pulak gi naik ke tingkat 1 untuk anta kain oren aku ni untuk wat baju kurung. Aku tak sukalah fesyen2 ni sbb nanti bila abis zaman, baju tu terperap dalam lemari. dahlah kain tu mahal (kalau aku sendiri mungkin tak beli kot!) . mak aiiii.. upah jahit je RM120!! untung budak MZ Tahir tu yang introduce, so dptlah RM100 tp masih mahal pada aku. tak pe lah.. baju tu dia wat double lining, lagipun aku bagi short period untuk settlekan. 18/6 ni aku amek. makcik aku pun tak sanggup nak jahitkan due to not enough time. makanya aku kenalah berkorban poket (minggu ni breakfast ngan lunch aku kena cut) dan bagi sepasang je ngan makcik aku.

malam tu kami tido di seremban sambil aku menolong MIL siapkan hantaran adik ipar. esok pepagi nak ke Tg. Sepat untuk menghadiri kenduri kawen sepupu hubby si Rudy.

Pagi minggu. disebabkan jarak antara Seremban dan Tg. Sepat (Batu Laut / Morib) hanya sekadar 1 jam lebih skit, makanya kami bertolak dari rumah pada pukul 11.15 pg. kejam tak? padahal bukan orang lain kan??? kah kah kah.. sengaja je sbb tau bukan sibuk sangat pun kenduri tu.. sampai di Tg. Sepat pukul 1.10, masa tu ada mak long anak beranak di khemah tengah makan, cik nan anak beranak (without kuyah dan jihah) di khemah masak (anak beranak ini amik tugas memasak), cik alim dan cik ros dan aiman pun kat khemah masak. Cik Eda anak beranak bawah khemah tgh berborak kecuali azrim di khemah masak dan azim tukang anta pengantin ke salun untuk make up.

dok melepak dulu, sbb masing2 masih penuh perut ngan continental breakfast pagi tadi. sambil melayan anak3 aku makan kuih bahulu, kerepek pisang, aku berborak ngan hajar dan kak wati. citer2 gitu je. sampai masa aku makan dan melepak dalam rumah. bila pengantin sampai aku sambut (kebetulan kaler baju aku sama ngan theme belah pompuan.. tidak!!!!!!!)

lepas kenduri, aku balik kg aku di Labohan Dagang sbb nak anta kain kat makcik aku. sempatlah pekena nasi lauk asam rebus ikan selar ngan lempeng pisang ucu aku tu. perhhh.. nama tu tak makan lempeng pisang..

Nota : aku ni bukan orang yang suka amik gambar so, byk xtvt yang tak bergambar. tolong buat gambaran sendiri.

HUKM Part 2

Pengalaman Kedua

Setahun lepas kelahiran Syamimi aku sekali lagi masuk ke HUKM, kali ni untuk lawatan sambil belajar.. kah kah kah... it's syamira's turn!!!! tapi masa ni aku dpt detect kena kencing manis lah pulok.. akibat terlebih makan nasi mamak saban hari masa aku keje di MBf Cards Jalan Yap Kwan Seng. ntah camna ye, masa ngandung mimi aku tak heran langsung nasi (kalau time tu beras mahal pun aku tak berkicau macam sekarang ni!) tapi masa syamira, aku bertungkus lumus makan nasi lauk ikan tenggiri ari-ari. kuahnya kari dan mesti ada papedum. nikmatnya masa tu.... tak bleh nak citer.

Masa dah masuk 7 bulan, aku admitted HUKM 2 hari 1 malam (pakej berehat dari kerja :)) sbb Doc Rajesh kata kadar gula aku tinggi melangit.. ala.. saja nak gempak je tu. bila dah admit, doc tan tak tau plak nak bagi insulin ke tak sbb kadar gula aku masih lagi under control. (cakap sapa aku nak pakai pun tak tau lah!) akhirnya dorang bagi gak insulin dan ajar aku camna nak gunanya.

tapi hasilnya aku langsung tak pakai benda tu lepas kuar hospital. aku just maintain meals aku supaya kadar gula tak naik. Alhamdulillah, gula aku sentiasa normal dengan adanya mesin check darah tu kat umah. Masa aku nak gi check-up last trimester, aku sempat lagi kuar makan kat kedai mamak yang sama untuk farewell budak dept aku Ayu yang dapat keje kat JKR KL. Malam tu aku melantak tak hingat punya.. maggi goreng ngan milo ais 2 cawan. balik tu smpt lagi gurau ngan hubby, esok nak makan ikan bakar kat pasar keramat (kedai kak fauziah) sbb masa nak bersalin mimi dulu aku smpt belasah ikan kembung bakar 2 ekor. hubby balas balik, ntah2 esok makan nasi hospital kot.. aku gelak je masa tu..

malam tu, aku terlelap kul 11.30, hubby masih tengok astro. kul 1.30 aku bangun sbb rasa cam nak membuang je.. ada lah skit. tp lepas tu aku cuba gak lelap tp perut rasa cam tak sedap je. malas nak kejutkan mak aku yang dah tido (still duk ngan mak aku masa tu sbb umah aku tak settle lagi), so, aku round kat hall umah. hubby tanya napa? ntahlah, rasa cam asik nak membuang je.. selang 20 minit rengatnya. nak beranak kot? kata hubby. aku gelak je sbb manalah aku tau camna rasa beranak? dulu tu aku kena paksa.. dan tak rasa sakit pun. kul 2.30 hubby nak tido. katanya kalau nak gi sepital, kejutkan dia. aku anggukje lah..

sambil berjalan, berzikir, mata aku tak lepas tengok citer P.Ramlee kat tv. saja nak hilangkan rasa sakit. nak duduk tak bleh plak.. tak selesa. pinggang dah rasa merengat je. Aku teringatkan air kembang siti fatimah yang rendam ari tu. dah minum secawan baru aku perasan bunganya dah kembang besar. alemak... kul 3.45 aku dah tak bleh tahan.. sakitnya turun 15 minit sekali. aku capai towel, aku mandi siap basahkan kepala.. sejuknya Allah je yang tahu. mandi plak pakai shower, mana ada adjust2. siap salin kain baju suma, aku kejutkan hubby suh start keta. hubby bangun basuh muka suma, aku kejutkan mak aku. terkejut orang tua tu aku kata nak gi klinik. dia ingat dah pagi sbb mmg tau aku ada appointment ari tu.

kul 4.30 aku dah smpi kat emergency tu. punyalah ramai orang nak beranak pagi tu. aku turn yang ke 5. disebabkan dah tak cukup katil, aku kena masuk kat bilik khas untuk check contraction kerap mana. rasa cam dekat 1 jam aku kat situ. kemudian aku kena masuk bilik sebelah dan doktor pun datang untuk check. cam biasa, aku masih tak pecah water bag, tak de leakage.. bila doktor tu check katanya dah bukak 4 cm. aku relax je sbb nak gelabah pun aku mmg kena hadapi. nurse duty pun suh aku dok kat wheelchair untuk urusan masuk LR. hubby cepat2 call suma untuk inform.

dan seperti sebelumnya, kak ayang off on that day. tapi janjinya akan hantar kawan baik dia untuk epidural aku nanti. napa aku minta epidural? saja je.. sbb aku tak nak sakit tu ganggu konsentrasi aku masa nak meneran nanti. kah kah kah.. alasan tak munasabah langsung!! so, kul 5.45 aku kena tolak masuk LR no. 10 (cempaka ke namanya). aku salin baju, dan tido kat situ. masa tu sakit dah 10 minit sekali tapi aku masih bleh tido selang 10mnt dan berzikir waktu aku sedar.

kul 9.30 Doc Suhaimi datang untuk brief pasal epidural dan buat epidural untuk aku. kul 11.30pg sakit dah makin kerap. doktor kata kul 12.30 baru nak layan aku.. alih2 aku tak bleh tahan, kul 11.45 keluarlah syamira dengan hanya 3 kali teran. sure tak caya kan? tp syamira ni memang halus sangat, beratnya 2.82, senang je nak kuarkan. different ngan syamimi yang beratnya 2.94 (campur bengkak dan kepalanya besar). dah selesai tu masa doktor jahit, hubby wish happy anniversary.. kah kah kah.. punyalah aku menahankan rasa sakit smpi tak ingat hari tu ulangtahun ke3 aku ngan hubby.. dan juga hari lahir kak ayang yang akhirnya baru aku ingat kenapa dia off yee....

masa dalam wad, nurse semua layan baik punya.. anak2 aku ni plak bukan jenis menangis. yang dia tau tido je masa dalam wad. syamira ni pun baik jugak masa kat hospital tp bila smpi kat umah start kul 11.30mlm dia keriau sampai ke 4.30 pg.. time tu bulan posa, satu umah tak tido sampai ke bersahur. hambek kooo...

Friday, June 6, 2008

HUKM Part 1

Entry kali ini untuk menjawab pertanyaan Nurul yang takut untuk bersalin di HUKM. Klaka juga rasanya bila ada orang yang kata HUKM tu tak bagus. Bilik bersalinnya pakai langsir je. Aku sendiri dah 3 kali bersalin kat sana; sekali dalam Operation Theatre dan 2 kali dalam Labour Room Bilik 10 dan 6. Memang lah ada langsir tp dia langsir kat pintu. pada aku doktor tak boleh tutup pintu 'bilik bersalin' kita sbb nanti dia tak boleh dengar bila kita jerit " baby dah nak keluar!!!" so, dia just tarik langsir tu supaya para suami yang lalu lalang sementara tunggu istri2 tengah dok meneran tu tak nampak kita yang terbaring ke, menonggeng ke, apa ke...
Dan sedikit pembetulan pada sesiapa yang kata wad HUKM tak bagus. Alhamdulillah setakat 3 kali aku bersalin kat sana, 2 hari admitted sbb kencing manis masa mengandung pada tahun 2005, 4 hari stay sebelum bersalin yang ke3 untuk pantau kencing manis yang tak seberapa (sbb laluan dah terbukak 4 cm), layanan nurse memang bagus. cumanya taklah sebagus Gleaneagles, Ampang Putri, Tawakal semua tu. itu sebab korang bayar khidmat dia so, diorg kenalah jadi bagus. kalau tak, jadi cam GH lah semua tu.
Pengalaman pertama
Aku admitted wad di Klinik Bersalin Bandar Tun Razak petang Khamis 24th June 2004 tanpa sakit, tanpa tanda cuma bukaan sebesar 2 cm. Sampai ke pukul 10.20mlm Jumaat tu masih tak de perubahan. Disebabkan pengalaman pertama jadinya aku tak soal kenapa aku tak dibagi balik ke rumah. Kalau pengalaman ke2, ke3, sure aku minta balik sbb bukaan tu memanglah teramat tak logik untuk dipecahkan water bagnya.
kul 10.40 Dr. M pecahkan water bag dengan alasan untuk memberi 'resa' bersalin dan meluaskan bukaan. Alhamdulillah, aku tak de rasa sebarang sakit sepanjang tempoh itu membawa ke pukul 2.30. Bukaan masa tu dah 10 cm dan baby bila2 masa boleh keluar. cumanya baby aku tu (Syamimi) masa tu teramatlah bijak pandai, bila kepalanya dah terjulur keluar, dan-dan tu dia twist bahu dia. Kalau kebiasaannya baby keluar muka menghadap bawah, tapi baby aku tu dah mengereng. Dr. L cuba forcep dan facuum tapi 2 2 cara tu failed. Aku minta dihantar ke HUKM pada pukul 4.30pg. Itupun setelah baby sangkut selama 2 jam di bawah dan heart beat dah tinggal 80. Hubby dah menangis tak ingat punya time tu. Aku alhamdulillah masih relax, malah sempat pesan kat hubby. anything biar aku mati, tapi whatever is tolong selamatkan baby.
Dalam pada menunggu ambulan sampai, 2 botol air campur ubat tergantung dan masuk ikut 2 belah tangan aku. Pun tak rasa sakit. Baca cam seksa sangat kan?? Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya untuk aku. Sedikit pun rasa sakit tak singgah kat aku masa tu. Bila ambulan sampai, aku dibawa naik dengan baby masih sangkut dan hubby follow naik keta. Sesampai je kat HUKM pukul 5.30pg, masuk je emergency section tu, hubby kena bambu ngan doktor tu kenapa lama sangat sangkut baru nak anta ke situ. Hubby aku cam biasalah relax je. Dia cakap "Doc, buatlah apa yang patut dulu, pastu nak marah saya, marahlah puas2". Dan part aku plak, Doc. Liza sapu gel dan tolak balik baby masuk dalam (can imagine the situation??)
Lepas check heartbeat baby, alhamdulillah seperti biasa. Subhanallah.. kuasa Allah.. team yang bertugas masa tu team orange dibawah pengawasan Prof. Zaleha. Doc pagi tu yang in-charge OT pagi tu Doc. Suraya dan Doc. Liza. Lepas semuanya selesai, aku pun ditolak ke OT dan hubby pun cepat2 anta info pada mak abah aku, MIL dan MIL trus call sepupu hubby yang juga doktor di HUKM tapi bahagian bius. Kebetulanlah pulak sepupunya off hari tu, kalau tak sure dia lah yang bius epidural aku masa dalam OT tu.
Dan the best part is kedua2 doktor ni kawan sepupu hubby. Kak Ayang straight away call HUKM minta sambung kat OT untuk cakap ngan Doc Liza. Dia mentioned suh pantau setiap kes aku sambil tunggu dia sampai ke HUKM. Dia tanya sejauh mana 'kecederaan' aku sbb siap ngan forcep dan facuum lagi. Doc Liza cakap baru nak mula ni.. tengah tunggu Doc lelaki sorang untuk epidural. Sepanjang operation tu, 4 kali aku muntah sbb sehari sebelum tu aku dok belasah murtabak ayamlah, air milo lah, dan pelbagai makanan yang terhidang kat pasar malam jumaat tu.. hehehe.. tapi adatlah kan, slalunya orang nak operate kena posa, tp perut aku penuh, pastu kena potong tang perut, surelah benda tu melonjak naik.
Bila baby dah kuar tu, baby diletak kat depan aku untuk aku tengok boy or girl. pas aku dilabelkan sebagai masih waras sbb kenal jantina anak, baby aku tu kena masuk ke NICU sbb dahinya luka kena forcep tu. Dan kepalanya bengkak sebab terlalu lama sangkut. berbalik kisah aku yang masih trapped kat OT. masa doktor nak jahit bawah tu dia ada mentioned : puan, minta maaf ye tp saya akan cuba buat yang terbaik untuk yang ni sbb koyaknya terlalu complicated. Kenapa doktor tu sanggup buat camni ye. Aku gelak jelah.. takkan aku nak suh dia wat jadi cantik plak?!
keluar dari OT aku ditempatkan di HDU untuk pantau jantung aku dan takut ada pendarahan. keuar dari OT kul 8.40, aku lepak kat HDU sampai kul 2.30 sebelum dihantar ke Wad Nilam. Sepanjang aku ditempatkan di HDU, hubby, kak ayang, MIL dan along ina datang. tapi ngantuk nye pasal, aku tido je tak layan sapa pun. Dorg pun tak bleh tengok baby melainkan hubby dan kak ayang (semua doc bole masuk sbb dorg ada pass). lepas dpt masuk wad biasa barulah petang tu katil aku penuh. parents in law aku datang, kak ayang memang mengulang aku dan baby di NICU tiap kali dia ada masa.
Malam pertama tu perut aku punyalah memulas sbb angin. Maklumlah last aku makan petang khamis tu. keluar dari OT tak de orang bagi pepe kat aku suh makan sbb aku masih dalam proses berpuasa. (ke dorang lupa yang aku wujud kat hospital tu : Dr. Rizhan tolong jawab kenapa agaknya tak dibenarkan makan?). disebabkan teramatlah penuh angin dalam perut, aku tak bleh kentut, tak bleh sendawa. aku dah macam ular nak bersalin kulit. tergeliat sana sini smpi kan budak katil depan tu (namanya Anna) bangun tengah malam tolong sapukan minyak cap kapak kat ulu hati aku (kat perut kan tak bleh sbb ada tampal kat bekas jahit tu). tak bleh gak jalan cara tu, aku jerit kat nurse suh bagi aku injection. yang aku ingat nurse tu bagi aku ubat syrup manis (halia ke apa ntah) 2 kali dan injection pun 2 kali. tak bleh lebih kak, nanti overdose katanya. Pastu aku ilang ingatan.. tido smpi ke pagi. rasa macam pastu aku bleh kentut kot!
esoknya pepagi sabtu aku dah bangun dan attendance suma tengah salinkan cadar. 2 orang attendance suh aku cuba bangun (dorg tolong lah!) aku pun lunjur kaki ke bawah dan bangun trus pas dorang tarik dan tak pandang bawah, takut pitam. pastu aku dok kat kerusi untuk elakkan dari pitam. okielah.. breakfast aku untuk pagi kesekian kali aku tak jumpa makanan tu adalah bubur nasi yang erk.... tasteless.. but then alhamdulillah at least aku ada benda nak bedal than nothing like a day before. kul 10, hubby sampai.. kira nya aku ni special case so, hubby bleh masuk ikut suka hati cuma tak bleh tunggu je. dia tanya nak gi tengok baby kat NICU tak.. aku pun rasa cam nak melonjak je. dia bawa wheelchair sebab dia igt aku tak bleh bangun lagi.. (terkejut dia tgk aku duduk kat kerusi sambil menikmati bubur hospital).
episod penuh kesedihan bermula. sedihnya aku tgk anak aku dalam besen tu (it's not incubator tapi tmpt baby yang macam dalam wad tu lah.. aku panggil besen je) tak de sebarang wayar pun, cuma kat kaki dia je sbb untuk tgk heartbeat dia. everything ok except kepala dia yang lebam birat tu. nangis aku masa tu. pastu hubby bitau " tangan kiri baby tak functioned sbb doc saraf kata ada saraf yang putus ". terkejut aku. sejak tu sepanjang baby dalam NICU 8 hari aku dok ulang alik tengok dia. sampaikan ada kes hubby lupa isi minyak keta. tetiba keta berenti after bus stop taman jaya tu on the way ke HUKM. imagine lah kul 10.30 mlm....... punyalah penatnya hubby aku. pagi sebelum masuk keja kul 10 (dia keje karyaneka masa tu) kitrg gi tgk baby, pastu dia anta aku balik. balik keje kul 8, amik aku gi balik ke HUKM..
kuasa Allah, pas kuar NICU HUKM hari ke 12, tangan baby bergerak.. iieeee.. doktor tu wat gempak je... alhamdulillah..
Moral of the story :
1) Jangan terlalu bergantung pada makhluk. Aku pilih klinik bersalin sebab dengar macam2 cerita tentang HUKM. Dan kat klinik tu aku cuma nak sorang doktor je yang incharge sbb according to sister in law aku doktor tu yang terbagus dan tip top. tapi kuasa Allah, doktor tu pun tak bleh nak handle case aku. Anyway thanks to her sbb dia pun dah cuba yang terbaik termasuklah mengaji sambil berusaha nak ngeluarkan baby.
2) Tak semua yang dikhabarkan buruk itu, buruk buat kita. Melalui pengalaman sendiri, HUKM taklah seburuk yang disangka. Malahan setakat ni HUKM the best untuk aku.
3) Yakin bahawa Allah sentiasa berlaku adil. Kejadian ini mungkin melibatkan dosa2 silam antara aku dengan Allah. Sebagai peringatan untuk aku muhasabah diri yang Allah sentiasa menanti salam kemaafan dari hambaNya.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..