..Secarik kisah gambaran jiwa seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Selembar cerita lakonan seorang insan bernama hamba pada Penciptanya. Secubit kenangan titipan seorang aku berupa teman..
Friday, December 4, 2009
New Update - Daughters
Tuesday, December 1, 2009
Raya Punya Cerita.......(2)
Aduh.. punyalah lama nak nyambung citer ni.. tak de mood betul sedangkan setengah jalan cerita dh mmg save je dan duduk dalam draft... ari ni sambung yer...
Isnin. 21hb September 2009.
2 Syawal 1430H.
Bila semuanya dah ready, semua orang dah makan, kitorang pun salin baju chantek2 untuk balik ke Bahau. Episod perjalanan beraya bermula!!!! >>>>>>>>>>>>
3 Syawal 1430H.
Hari ni adalah hari mendobi.. maklum je lah berhari2 tak de kat rumah, hari ni aku gunakan untuk melayan kain baju, rumah yang berselerak waktu ditinggalkan dan selebihnya keluar berhibur bersama anak2. Pagi2 lagik mak abah aku dah berangkat ke Terengganu sebab esok tu kenduri sambut menantu kakak aku kat sana.
Khamis. 24hb September 2009.
5 Syawal 1430H
Malam tadi dah siap sedia dengan baju yg nak pakai hari ni.. Ieee.. seronoknya nak berjalan ke Terengganu. Anak2 pun excited. Aku bawa adik aku Shida ikut sama sebab tak terlayan lah budak berempat tu kalau aku dengan B je dalam kereta. Terengganu tu kan jauh? Lepas solat Subuh, kitorang pun bertolak ke Terengganu. PIL aku dari Seremban 2 biji kereta tak tau lah bertolak kul bape. Kul 6.30 aku anak beranak dah berada dalam kereta dan menuju ke destinasi yeah yeah... ahahhaha.. anak2 masih tidur lagik sebenarnya. Cuma aku ngan B jer yang segar. bawa pun teramatlah sopan sebab jalan punyalah clear tak hengat.
Sampai kat Temerloh perut pun dah lapar. Calling sana sini kata baru sampai Genting Sempah. Aku mati2 ingat PIL aku ikut Muadzam, ghupanya dorang pun masuk Highway Karak gak. Singgahlah makan kat satu kampung tu. Dalam hati memang dah cakap don't expect too much. Sekali tu B pegi dulu ngan Manja, aku sibuk kejutkan mimi ngan yaya ngan baby sbb sian anak aku nnt kelaparan lak. Sampai je kat kedai tu kakak tu kata nasi lemak abis dik, semua orang dah booking.. Gile ko!!! Nak makan apa ni? Dahlah lapar.. sib baik ada mee goreng yang tinggal sikit untuk aku share ngan mak lang dan anak2.. segera tangan aku capai bekas mee tu tak bagi orang lain amik.. wakakakakak.. kijam giler aku time lapar!!!
Selepas tu calling2 MIL aku cakap kitrg tunggu kat Chukai sbb nak tunggu dorang tu maha lah lambat nya.. anak2 dah sedar dari tidur so tak bleh lah nak bawa keta cam nak pergi makan angin (padahal memang nak gi makan angin pun!) Sepanjang perjalanan tu kejap2 B tunjuk itu ini kat anak2.. bebudak kan excited lah dorang. Oh ya, kitrg berenti mandi kat R&R je sebab anak2 kan masih tidur tadi dari rumah. Kesempatan untuk mama dan mak lang tukar baju dari seluar tidur ke baju kurung.. ala2 sopan gitu nak ke Terengganu.
Dipendekkan cerita kitorang sampai ke kampung ipar aku tu tengahari. Punyalah jauh tu beb.. lenguhlah segala urat2 duk dalam keta. Sib baik naik keta besar, kalau harap keta aku tu, confirm aku tidur kat Kuantan je.. hihihi... pas makan2 tu semua kitrg menuju ke KT untuk menginap di banglo golf resort yang MIL aku dah booking thru kawan dia. Aduhai nasib.. menunggu bagai nak rak kat sana, kawan MIL aku tu tak dapat dihubungi la pulak. puas merata cari dia sampai aku suh MIL aku gi tanya kat reception ada tak booking atas nama MIL aku atau kawan dia tu. Sekali check, tak de ko!!! Anak2 aku dah start bising panas, penat. B, Cik Wok yang drive sorang dah keletihan. Imaginelah dari pagi sampai ke petang drive tak berhenti, mestilah penat.
Alih2 dapat cakap ngan kawan MIL aku tu lepas MIL aku call branch manager KB suh call kan dia. Boleh dia kata dia tertidur tak sedar bunyi tipun? Adeh.. ko ye pun nak perayat, janganlah time orang tengah panas hati. Dahlah tu dia kata banglo dalam resort dah full jadi dia book kat luar dalam taman. Sekali kitrg pergi .... masya Allah... cam rumah tinggal!!! Ngan lalang sama tinggi ngan budak sekolah darjah 6, ngan semak samun keliling umah, rumah tak bercat.. ngeri aku. AKu pandang muka MIL aku dah merah sesangat cam udang kena bakor..
So, kitorang sebulat suara berkata TIDAK pada rumah tu. Dahlah dia nak bohong kita boleh pulak dia call tuan rumah tu (no tipun mmg terpacak kat situ) konon nak minta kunci. .Binawe betullah jantan sorang ni. Nampak sangat dia tak book lagik rumah berhantu tu! Pastu leh lak paksa kitorang gi beraya kat umah dia. Sengal betul lah mamat ni. Aku dah penat giler dah, nak bergaduh pun ada. Suh dia tunjuk jalan kluar, dia kata ok tapi alih2 berenti kat depan umah dia. Paling best tu wife dia pun tak tau dia nak ajak kitorang datang umah. Nampak na la dia try to cover salah dia.. ish..ish..ish...
Ingatkan ajak datang tu adalah nasi dagang gulai ikan tongkol ke, paling koman nasi minyak ke tapi harap kuih raya jer!!!!! Warhhhh.. rasa cam nak telan je mamat ni.. ikutkan hati aku yang panas ngan anak yang dah start meragam, mau rasanya aku maki-hamun-tak-hengat.
Pas dah panas ati kat rumah mamat sengal tu, kitorang redah KT carik hotel atau apartment. Dahlah 3 family ni, mana cukup satu bilik hotel, kenalah amik 3 bilik. Semua keluar duit poket MIL sbb dia yang susun jadual banglo dalam golf resort, kan? Jadinya kitorang pun menginaplah kat Permai Inn.. bilik baru yang ada LCD TV, okaylah.. nak kata best sangat, tak lah. Tapi dari duk kat banglo ngeri tu baik aku stay kat hotel ni.
Jumaat. 25hb September 2009.
6 Syawal 1430H
Sok pepagi aku kuar ngan B cari nasi dagang tapi tak jumpa tempat yang best. Dok tanya kat kawan B yang kawen ngan orang Pulau Duyong, cam tau jer tempatnya tapi salah daaa.. so, makanlah nasi dagang yang kureng sedap. Naik bilik, aku angkut anak2 pergi makan kat coffe house. COmplimentary kan? Nasi daganghotel ni amatlah masin. Tapi ni first time aku stay kat hotel yang menyediakan telur separu masak untuk breakfast.. i like it!!!
Activiti mandi swimming pool untuk anak2-makcikpakcik-mamaayah berlangsung dengan sempurna sementara senior citizen melawat ke Pasar Payang bagi sesi menghabiskan duit. Turn aku tengahari nanti. Pas dah penat mandi aku naik dulu ngan manja untuk tidurkanmanja dan aku pun jadilah room cleaner mengutip baju kotor, botol susu, lipat itu ini packing apa yang patut... kan jap lagik nak balik?
Balik time kitorang berpecah sebab aku anak beranak tak merayau lagik kat Pasar Payang. Ntah camna ntah pas je sopping, Aju kawan B call tanya kat mana. Dia jemput kat depan PP bawa kitorang ke Pulau Duyong umah PIL dia.. hui... dekat ja PD tu ngan Mesjid kristal, aku nampak bila lalu kat jambatan tu.. hui.. tapi tak smpt nak gi lah..
Pas dah beraya kat PD, kitorang berdesup balik KL tapi sempat singgah makan kat Marang tepi laut. Orang panggil makan apa ek? Yang suma goreng2 tu? Ada udang goreng, sotong goreng, kembung goreng ngan tepung suma tu.. murah gak ek kat situ.. bestlah.. On the way balik tu B tanya kat anak2 nak gi lagik tak umah walid (panggilan tuk ipar aku.. family aku guna abah-iibu, mama-ayah & ummi-walid : sib baik adik beradik aku 3 je kalau tak jenuh nak fikir panggil apa lak lepas ni) Sekali si Syamira cakap : Yah, tak nak pergi dah.. penat sangat. Tidur bangun tidur bangun asik nampak lauk (laut) je.. tak der rumah pun. Jauh lagi umah walid.
Wakakakakak.. aku, B dan mak lang gelak tak hengat punya... kitorang bertolak dari Marang kul 6 lebih so, sampai Paka waktu malam baru dapat nikmati api kat corong petronas tu.. memang best!!! jalan pun tak jammed. Sempat berhenti sekali kat Temerloh rasanya tuk segarkan badan dan makan malam.
Episod sedih bermula esoknya tapi tak nak update dalam siri gembira ni. Tunggu yer.. (ntah kurun bila lah nak update tu sebab FB dah well function!! hahahah)
Wanita Itu Cantik .....
Dari email seorang teman :
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."