Salam. Bismillah.
Mesti ramai yang tertanya napa lak musim kering? Sekarang kan tengah musim hujan tak tentu masa ni. Hah.. untuk pengetahuan semua POKET aku yang tengah mengalami musim kering. Imaginelah, baru kul 2 tadi gaji masuk. Sib baik lah bank cuma kat tingkat bawah ni dan kami menggunakan in house cheque, so cepatlah clear. Kalau tak mau rasanya aku bakar company ni sebab gaji lambat sangat.
Ini semua si c*l**a tu punya pasal lah. Kat office aku ni ada sorang director perempuan yang maha busuk hatinya. Elok2 sebelum ni gaji on time, bila dia take over HR/Admin Dept. dia sedaya-upaya (baca : sengaja) masukkan gaji sebelum 7hb. Napalah labour law buat act macam ni? Sampai 3 hb je sudahlah. Ni namanya menyusahkan orang.
Disebabkan mak aku dan SIL aku dah berkicau (baca: bertanya) bila gaji nak masuk, aku punya jantung dah dup dap dup dap, keciwa sebab al-maklum je lah dorang depends pada aku untuk sara idup. Bila lambat sampai macam ni terus semua tergendala. Aku pun naik tension dan hasilnya waktu pumping ini pagi cuma mendapat 1.5 oz je. Termenung aku sekejap. Dahlah semalam pun aku pump sekali je, itupun sib baik dapat 4.5 oz. Memang terasa sangat aku stress.
Padahal hari rabu lagi all bosses dah sign cheque (she is not entitle to sign cheque but we still need her approval as a HR Director to release the voucher {baca : dia gila kuasa!!!} ) sepatutnya semalam cheque tu dah boleh bank-in tapi dia instruct orang bawahan dia (baca: macai) jangan bank-in dulu sebab dia cuti. Kan dah terang2 sebelum boss suma sign dia dah sign kat voucher, apa lagi yang dia nak??????????
Nak tak nak kenalah orang bawahan dia (baca: macai) ikut arahan dan submit semula pada dia hari ni. Itupun dia wat dek je kat kertas ngan discs semua tu sampai ke tengahari. Dan NAK TAK NAK, aku kena jugaklah baca mentera (baca : MENYUMPAH SERANAH) dia dari pagi sampai ke tengahari. Abis amalan aku sepanjang malam tadi dan pagi ni. Cis! Dahlah dia tu jahil, nak diseretnya aku menjadi jahil sepertinya.
Tapi, gaji dah masuk dan aku dah senyum lebar, gelak besar dan masih duduk membaca blog, menghupdate blog dan melayan perasaan selepas aku berjaya menyiapkan semua kerja di awal pagi tadi dalam mood kebosanan... dan sesi pump kedua aku berjaya mencapai ke angka 5 oz untuk tak sampai 10 mins.. bagus.bagus.bagus
Nota Kuku Jari : Ku bukan belanja banyak tapi bulan ni
asik ke klinik sebab anak2 ku itu selalu saja
dilanda demam dan selesema. Harap2 lepas ni keadaan kembali sejahtera. Amin.