Kamu tahu,
kerna kamu aku selalu jadi letih
kerna kamu aku selalu gaduh2
kerna kamu juga aku selalu tak senang duduk
macamana kamu boleh hidup dalam diri aku?
meletihkan aku yg sedia letih
balik rumah nak kena buat itu ini
di pejabat kerja byk tersusun, ku biar di tepi meja
memecah belahkan hubungan aku dengan anak2
membuatkan hatiku panas bila tak dapat bersua
dulu, aku pernah cuba jauh darimu
bukan sebab benci,
tapi sebab tak mahu jadi begini
tapi sudahnya aku terperangkap
dalam dunia lagha mu itu
yang sedikit sebanyak melalaikan aku
tapi itu yang orang sukakan???
aduhai FACEBOOK
andai kata kau tidak wujud,
tidaklah aku letih nak bercocok tanam
andai kata kau tidak wujud,
tidaklah aku bergaduh dengan anak2 untuk melukis di paint seharian
andai kata kau tidak wujud,
tidaklah hatiku sakit bila FARM VILLE tidak dapat dibuka
dan andai kau tidak wujud,
pasti blog ku ini dah penuh dengan entri yang dulunya mengisi diari harianku..
semuanya kerna kamu FACEBOOK!!!!
Nota :
Haruskah aku berhenti main facebook?
Tapi nnt sapa nk jaga kebun aku???
wakakakakkaakak