Friday, November 9, 2007

Amar Bahrin


Ni anak saudara aku.. Amar namanya... saja nak highlighted kat sini sbb masa raya ari tu dia sekeluarga datang. Well... muka cam familiar tak? Dialah pelakon iklan Justea, KFC Fish Burger, Maxis, Yamaha EGO.. and latest iklan snack yang ada ginnie tu...
handsome kan? Bolehlah... Ada sesiapa nak berkenalan? Email aku ye.. still available. Sertakan gambar sekali ye senang untuk dia buat pilihan.. kuang kuang kuang.......

Family Day

9/11/07 - Semalam Deepavali. Kebetulan hubby duty di Morib, so semalam dia ada kat rumah. Kesempatan ni aku manfaatkan dengan keluar dengan hubby dan anak2. Bermula dengan breakfast di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak di gerai biasa No. 16 Gerai Kak Imah. Lama dah tak breakfast kat luar. Anak2 aku pun siok lah makan sambil melayan STAR Lrt yang lalu-lalang tak kira masa tu.

Tengahari lebih kurang kul 12.45 camtu, aku gi Batu Caves anta CPU pada cousin hubby aku. Dah berkurun kat umah aku tak pakai. Nak kata menyemak pun tak jugak tapi aku return pun sebab dia dah nak guna sesangat. Laptop dia kena reformat. Lepas anta CPU, aku ajak hubby gi Tesco Extra kat Taman Midah. Carik barang dapur yang dah banyak abis. Cadang nak beli sikit je lah memandangkan poket aku bulan ni kempis semacam je. Tapi dah masuk Tesco tu, mata ni tak tertahan-tahan dan tangan ni ringan je plak sambar sana sini.

Hubby pun request aku masak spaghetti. Dah lama tak makan katanya. Okaylah.. carik punya carik barang-barang, aku pun calling-calling adik beradik aku ajak makan sekali. Sebab dah lama sangat aku tak wat makan-makan ngan family besar aku ni. Dulu masa lum delivered yang last ni, every week aku wat makan2 kat umah. Guest nya bukanlah orang VVIP pun, adik beradik ngan mak abah aku je. Kekadang anak2 jiran mak aku yang mak aku jaga tu tumpang seperut dan semulut.

Lepas roger n out aku pun balik umah siapkan apa yang patut. Perut berkeroncong ni, tak makan tengahari lagik. Pagi pun aku hentam nasi himpit je sebab kena berpantang, si kecik ni kena demam campak plak....
Dekat nak abis masak, adik-beradik aku pun sampai. Dorg gi shopping kat JJ. Sampai on time... nampak sangat tak nak tolong aku masak .... lepas makan2 semua, kul 6 camtu suma orang balik.. tinggallah aku anak beranak ngan adik2 aku...

dapat call plak dari mak mertuaku.. on the way ke KL, ada open hse Deepavali. Okaylah.. aku jenguk spaghetti atas meja tinggal secekak je. tanya kat hubby nak masak baru ke.. dia kata no need, dah kenyang tu diorng. Okaylah.. aku pun lepaks jap, masuk maghrib, solat pastu anta adik2 aku balik umah. Sampai umah aku balik anak2 aku dah meragam nak tido sbb sepanjang siang dorg tidur 10 mins je. Kul 10 camtu family hubby sampai, borak2.. then balik.. tinggallah aku ngan hubby yang kepenatan melayan 'tetamu-tetamu' istimewa kitorg..

Rasanya kalah orang yang celebrate Deepavali semalam... penat sampaikan aku solat Isya' kul 4.30am... dahsyat tak????? tapi at least aku gembira sebab dapat layan family besar ktrg... dan anak2 serta masak tuk hubby aku.

Monday, November 5, 2007

Hari ini hari rayaaaa


Ari tu ada cakap pasal nak post gambar raya masa kat Seremban kan? Tapi cari punya cari, baru perasan tak de amik gambar kat seremban pun raya ke 2 tu....'
Ni gambar dalam kereta kat Kuala Pilah..Yang lelaki tu adik ipar aku yang bongsu, Shida Aqmal. Baru darjah 5. Amik gambar ni masa mak mertua ngan ayah mertua aku tengah baca doa kat kubur... keta ni bukan keta aku tau.... aku tak lah semewah mana nak pakai keta besar yang ada air-cond terlebih-lebih ni...


Balik raya kat Kuala Pilah ni pun sebenarnya tak de dalam agenda.. tapi pagi tu tengah citer-citer, mak mertua aku pun bukak topik nak balik kg, kitorg pun segera kemas apa yang patut, dan terus gerak ke Kuala Pilah.. tapi sebelum tu siap bleh berenti kat open house Undang Rembau lagik...

Rasa cam tiap tahun pun g umah Undang Rembau ni... tapi tak lah sedara kan...

Hari frust + penat + sakit kepala

Akum.... ehm.. aku memulakan hari ini dengan semangat yang dipaksa-paksa.. nak senyum pun tak lalu rasanya. Sabtu dan Ahad merupakan hari paling penat dan menyakitkan kepala aku...

Sabtu terlalu penat sebab dari pagi ke malam bersama dengan askar wataniah aku yang 3 orang tu. Petang pulak ke rumah saudara di Taman Sri Nanding.... hubby balik dari site pukul 7.30 baru sampai. Cepat-cepat angkut semua anak masuk dalam kereta (hujan renyai-renyai plak tu), terus pergi ke kedai sensei kat Taman Midah tu nak gi beli susu, diapers anak2..

After settled, barulah menjengah pintu rumah sendiri. Reach home about 9 something, my hubby terus masak tuk mkn mlm. Sementara aku sendirik melekat ngan si baby yang sibuk nak tidur. disebabkan kat rumah tu tak de buaian, maka kenalah si baby bergantung dengan aku sbb sibuk nak breastfeed.

Dinner pun dah dekat kul 10.30. Tak lama lepas dinner, masing2 dah tarik selimut sbb kepenatan.

Semalam plak semua orang tak berapa sihat. si Baby cuppycake tu pun demam.. macam nak tumbuh gigi je aku tengok. Si Adik pun merengek dan tido sepanjang ari. Cuma Kakak je yang sihat segar bugar tapi masih tak mahu makan nasi.. kerjanya asik membebel je.. petang pun semua orang tido except aku yang menyudahkan basuh kain baju dan menyidai sambil melipat semua baju kering yang dah berlonggok seminggu atas katil... Semua orang tak de mood nak berborak.. aku ngan hubby pulak lancar perang dingin atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.

Akibatnya sampai ke malam lah kitorang macam idup sorang-sorang je dalam umah. Cuma bila malam tu masa bawak anak2 gi Carrefour ngan Giant, berborak dan discuss nak beli apa... nak masak apa... after dinner, perang balik... ehm... tak nak ingat lah!!!! tension betul kepala aku. Sampai ke pagi ni aku pegi kerja rasa cam tak de mood je.. luckily tadi aku buat luahan perasaan kat sorang officemate.. at least keluar lah jugak. Itupun lepas aku gi menangis kat toilet...

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..