Monday, September 7, 2009

Selamat Hari Lahir Yaya!!

Salam. Bismillah.
Hari ini hari lahir Adik yang ke-4. Selamat hari lahir sayang. Dah besar anak mama yang sorang ni. Anak mama yang ada tanda lahir di bibir, anak mama yang paling bulat dalam adik-beradik walaupun waktu lahir paling kecik sekali. Anak mama yang petah berkata-kata dan paling gemar menari.
Yaya,
Melahirkan Yaya adalah saat paling indah dalam hidup mama. Yaya anak mama yang pertama lahir secara normal. Sakit pun tak lama. Nak keluar pun senang. Pokoknya, kelahiran Yaya tidak membuatkan mama jeran untuk bersalin lagi. Biarpun dalam pantang Yaya banyak menduga kesabaran mama bila tidak mahu tidur dan hanya menangis sepanjang malam sampai ke subuh, tapi Yaya tetap anak yang menyenangkan hati.
Adik,
Mama suka tengok adik kalau adik menari dan menyanyi. Adik ada bakat dalam tarian. Adik tak segan untuk menari di masa saja bila terdengar bunyi lagu. Sampaikan kakak-kakak kedai kat Tesco pun tergelak tengok adik bergelek tak hengat bila keluar lagu feveret adik. Adik juga suka tengok cerita ganas-ganas macam transformers, wrestling di tv3 sambil melayan atuk mak. Adik pernah cakap yang adik ni anak laki-laki. Adik suka Bumble Bee. Adik suka main bola sepak dengan Acu Nenek. Adik paling tak suka dengan Acu Opah sebab Acu Opah kata adik ni budak gemuk. Hahahah.. Anak mama ni memang debab sebab suka makan apa saja.. Aiman tak kisah.. mama lagi lah tak kisah!!!
Mira,
Mira ni suka tidur dengan ayah. Mira ngaku Mira ni anak ayah. Tidur pun berkepit ngan ayah. Kalau ayah keluar dengan kawan waktu malam mulalah Mira calling2 tanya ayah bila nak balik. Mulalah Mira nangis kata nanti ayah tak balik lagi Mira dah tidur dulu. Mira pun cucu Atuk Nenek. Pandai ambil hati orang tua. Mira pun pandai belajar. Walaupun cuma kakak seorang pergi sekolah, tapi hari-hari Mira belajar benda baru dengan kakak. Mira dah faham a few word dalam bahasa Inggeris. Mira dah pandai tanya mama, 'what are u doing mama?', 'where's father, mummy?' 'can u buy coco crunch for me, mummy?'
Aduh, anak mama.. naik pening mama bila Adik sekejap-sekejap mama, sekejap-sekejap mummy, sekejap-sekejap mother. sampaikan Atuk Mak cakap nanti sampai besar macam tu. Hahahhaah.. mama tak kisah.. panggillah sayang. Tapi yang tak best tu adik ada tambah belakang pulak tu.. Mama si budak gemukss.. warghhh..... panggil mama bambam dahlah.. janganlah gemuks...
Yaya,
Tahun depan Yaya bakal masuk sekolah dengan kakak. Mama tahu Yaya suka berkawan dan Yaya pandai bawak diri. Dan Yaya cepat menangkap apa yang orang ajar. Jadi anak yang pintar ye sayang.
Mira,
Mama sayang mira sampai ke akhir hayat mama. Mama doakan mira menjadi seorang anak yang penyayang, anak yang mendengar kata, hamba Allah yang taat pada perintahNya, umat Nabi SAW yang mengikut syariat Islam. Mama juga doakan kesejahteraan hidup mira, moga dipanjangkan umur, diberi kesihatan berkekalan, dipermudahkan rezeki dan kehidupan dan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Dan mama doakan semoga anak mama ini bakal menjadi ahli syurga Allah yang paling baik. Insya Allah.

:: DUni@ @kU :: ** Di sini tempatnya kucurahkan rasa **

Di sini, di kesempatan ini, aku lontarkan rasa hati, aku luahkan segala keluhan, keriangan, suka duka, gelak tawa.. dalam jurnal kehidupanku ini, aku sertakan foto kenangan, moga satu hari nanti tatkala kesunyian melanda, rentetan peristiwa2 ini bisa mengembalikan tawa dan air mata. Dan juga bila nanti mata tertutup, ada kenangan untuk ditonton..