Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Pelabuhan. Show all posts
Showing posts with label Pelabuhan. Show all posts

12 November 2024

Mengimpikan Pembangunan Lestari Di Malaysia

Bhai/DeeDee semua...

Ada 4 Lebuhraya yang kalu dibangunkan di Semenanjung Malaysia pastinya akan menguntungkan dan menjadi pemangkin ekonomi dan industri di Malaysia.


Pertamanya adalah Lebuhraya Pesisir Pantai Timur (dari Johor Bahru - Kota Tinggi - Mersing - Kuala Rompin - Endau - Nenasi - Pekan - Kuantan). Lebuhraya ini kenudiannya akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

Keduanya adalah Lebuhraya Jalinan Selatan (Melaka - Seganat - Gemas - Muadzam Shah - Kuantan). Lebuhraya ini juga akan bersambung dengan jalinan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) serta disokong dengan satu Expressway Muadzam Shah - Pekan.

Ketiganya adalah Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) (Kg Gemuruh - Manir - Batu Rakit - Penarik - Tok Bali - Pasir Puteh - Kubang Kerian - Kota Bharu - Tumpat - Pengkalan Kubur). Jalinan jalan sokongan ke lokasi lain perlu dipertingkatkan.

Keempatnya adalah Lebuhraya Jalinan Dalam (Permaisuri - Setiu - Machang- Tanah Merah - Jeli - Pangkalan Hulu - Jeniang - Sungai Petani). Ianya akan bersambung dengan Leburaya Utara Selatan di Sungai Petani

Beberapa jalan sokongan seperti EkspresWay Arau ke Pengkalan Hulu boleh dirancang dan dibangunkan. Begitu juga EkspressWay Pangkalan Hulu ke Gua Musang serta EkpressWay Gua Musang je Jeli.

Semua EkspressWay ini wajar memanfaatkan dua lorong + 1 lorong kecemasan bagi setiap hala siap kemudahan Hentian Sebelah dan Hentian Rehat dan Rawat (R&R)

Maybe juga boleh diadakan satu ExpressWay yang menghubungkan Pengkalan Kubur ke Padang Besar dan Wang Kelian Ini bagi melengkapkan jalinan lebuhraya dan ekspressway yang ada di Semenanjung Malaysia.

Dengan adanya semua ini.. maka pastilag ekonomi dan industri akan berkembang pesat di Pantai Timur sejajar dengan adanya beberapa pelabuhan yang dapat kita manfaatkan dan bangunkan.

Seperti contoh: (termasuk cadangan pelabuhan dan jetty baharu)

- Pelabuhan Pengerang (Oil & Gas, Petrokimia)
- Jetty Kota Tinggi (Perikanan)
- Jetty Mersing (Perikanan)
- Pelabuhan Kuala Rompin (Pembalakan & Perikanan)
- Pelabuhan Tanjung Agas (Petrokimia)
- Pelabuhan Kuantan (Industri & Kontena dan Petrokimia)
- Pelabuhan Kemaman (Oil & Gas)
- Pelabuhan Kuala Terengganu (Industri, Kontena dan Perikanan)
- Jetty Besut (Perikanan)
- Pelabuhan Tok Bali (Industri, Kontena, Petrokimia, Pembalakan & Perikanan)

Kalu negara ini tidak membazir benda-benda mengarut, pastinya mudah sahaja kita nak bangunkan semua ini sama ada dari dana Kerajaan sendiri atau pun kerjasama dengan swasta secara PFI.

Bezanya sama ada hendak atau tidak sahaja. Kalu kekal nak bermain politik, sampai kesudah Malaysia macam ni la.. Politik menekan dan politik geng… Payah nak berubah. Yang duduk berkeliling dengan kepimpinan dan penguasa bukan nak bagi idea bagoosh tapi lebih kepada menantikan habuan tulang belulang. Bangkai semua tue.

Huhuhu.

20 July 2023

Satu Soalan Ja

Bhai/DeeDee semua...

Nak rembat dan bawak keluar REE nih bukan kecik anak... kat Pahang nih depa pakai Pelabuhan Kuantan... Dalam negeri sendiri... senang la sebab Pahang ader Pelabuan besar sendiri punya...

Bab REE kat Kedah nih... dah ramai dah gua tanya Cytro WalaNON... sekor pun tabley nak jawab... soalan mudah ja... satu soalan ja...

Haramjadah nih guna Pelabuhan mana.....  Takkan itu pon tabley nak jawab... Kalu bawak keluar melalui Pelabuhan Pulau Pinang... hahaha... Pulau Pinang la yang kena jawab pasai apa benda nih boleh kena bawak keluar tanpa semakan...

Hahaha... Itu kalu guna Pelabuhan Pulau Pinang la... kalu lalu Pelabuhan Kelang... apa citer pulak... Huhuhu

=================
PERCUMA: Income bulanan sekurang-kurangnya RM5 secara pasif  = https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Siasat la jangan propa ja lebih


15 April 2023

Benda Dah Berakar Umbi

Bhai/DeeDee semua...

Nak mengekang benda nih dari berlaku sebenarnya senang jer..... Cukup senang....

Tukar jer semua kakitangan Kastam dan Eksais Diraja yang bertugas di Pelabuhan Klang dari yang paling atas sehingga yang paling bawah... tukar semua... pindahkan ke lokasi lain... campak jauh-jauh...

Pastue ... tukar kakitangan setiap 2 tahun.... di semua pelabuhan.... tak kira la dier tue pengarah paling kanan ka... sampailah ke paling bawah...

Dan paling mantop...  mana-mana kakitangan yang dilihat atau diketahui rapat @ berkawan dengan mana-mana shipper ... terus dikenakan tindakan disiplin ... digantung kerja...  kena tegas sikit... tak kira la pegawai paling atas sekali pun...

Kerajaan kena letak satu unit pemantau baru (bebas) yang akan memantau semua nih... Maklumat dari orang awam akan dijadikan satu priority...

Tapi... itu semua tak akan jadi berguna... kalu ader kabel-kabel peringkat Menteri dan Kayangan yang dok abuse the system.... Hahaha.... sebab yang lepas nih biasanya bukan kecil anak punya kabel.... tue yang boleh lepas.... Hahaha

Benda dah berakar umbi .....  By the way... yang kantoi nih kat oversea biasanya sebab kabel tak cukup kuat kat sana... pastue tak lalu laluan puak-puak yang dilindungi oleh Kartel yang biasanya dinaungi oleh pihak "atasan" .... Hahaha

Kalu tidak macam mana pihak "atasan" nak kaya.... hahahaha

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

Benda Dah Berakar Umbi


01 April 2023

Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?

Bhai/DeeDee semua...

Masa zaman Najib Razak... berapa banyak pelaburan masuk dari China.... dan akhirnya kita dapat tahu juga berapa banyak kowtow China dah buat.... Hehehe... macam-macam... sampai nak tergadai negara nih... Abis pelabuhan kena kongker dek China.... ader kawasan industri yang China kongker 100% sampaikan perusahan tempatan pun tak dapat peluang niaga.... paku dan skru pon beli import dari China... tak beli dari usahawan tempatan...

Nih.... RM170 bilion pulak Pelaburan dari China masuk.... Apa pulak yang akan dijual kepada China??? Hahaha.... kalu tak cek betul-betul... ini kali bukan setakat tergadai... boleh kena halau keluar dari tanah nih la gamaknya.... keluar dalam keadaan bogel.... huhuhu

Jangan jadi macam Sri Lanka sudah la.....

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL

Lelong.... Lelong...


28 February 2023

Banyak Kesilapan Malaysia Sebenarnya...

Bhai/DeeDee semua...

Selepas Singapura keluar dari Malaysia, negara mereka masih miskin dan tiada sumber asli. 

Apa yang mereka buat adalah “Free Port” dengan kadar cukai yang rendah atau tiada cukai. Untuk memastikan ianya telus, tindakan keras terhadap perasuah (pemberi dan penerima) sehingga boleh dijatuhkan hukuman mati. Memanglah kejam tapi inilah cara terbaik menangani rasuah.

Kemudian, dengan banyaknya setinggan yang tidak teratur, kerajaan Singapura membangunkan skim perumahan awam dimana Kerajaan sendiri yang membangunkan apartment 3 bilik untuk rakyat dan dijual secara ansuran kepada rakyat pada harga asas. Dengan cara ini tiada manipulasi harga kediaman berlaku. Hampir semua rakyat Singapura memiliki rumah sendiri. Bagi yang kaya mereka boleh beli rumah kondo yang pihak swasta bangunkan.

Kerajaan Singapura juga membangunkan beberapa GLC. Dan semua GLC ini dimestikan membuat untung tanpa pengecualian. Mana-mana GLC yang rugi akan dikenakan tindakan dan berkemungkinan ditutup operasinya.

Dan yang paling menguntungkan Singapura selain dari perkhidmatan perbankan (banyak orang kaya Malaysia yang sorokkan duit di Singapura dimana LHDN tabley nak kacau) adalah perkhidmatan terkait petroleum dan petrochemical.

Singapura menyediakan prasarana penapisan dan “bulk storage” bagi minyak mentah. Ini secara tidak langsung memang menguntungkan Singapura. Dah lama Singapura buat benda nih… Mereka proses minyak dari banyak negera.

Berbalik kepada Malaysia, GLC rugi pun tak apa sebab Kerajaan akan bailout… Hahahaha… Jahanam…. Macam bangang jer kan.



02 March 2022

Konflik Russia Ukraine - Hollywood juga terlibat meloncat sama

Bhai/DeeDee semua...

Gua dah kata... Konflik Russia Ukraine nih nampak kelakar... Pertama sekali NATO nak kenakan sekatan ekonomi... Walhal Ukraine belum jadi ahli NATO lagi... Kemudian SWIFT money transfer depa sekat untuk Russia .... lepas tue MasterCard dan VISA pulak depa sekat kepada Russia...

Bukan itu sahaja... FIFA dan Jawatankuasa Olimpik pun buat sekatan jugak terhadap Russia... Semalam Singapura pulak sekat akaun bank Russia...

'Sekatan' Hollywood terhadap Rusia ... Yang ini pulak... Hollywood pun sama meloncat nak sekat Russia....

Hey.... time Israel serang Palestine... takder pulak ader sekatan bertali arus macam nih... Hahaha... nampak sangat USA dah panas... dah terbakar... tue yang melompat semua proksi USA nih dok bagi sekatan kepada Russia...

Yang bodoh... ader plak pihak-pihak dalam Kementerian Pengangkutan Malaysia yang nak join sama sekat Kapal Russia dari berlabuh di Pelabuhan milik kita.... Gila bodoh.... Takkan nak ikut sama kegilaan USA nih??

#Hollywood #Sekatan #Russia #Ukraine #Conflict #CipanTapirTenuk #SocialCritics

Terbukti : Singapura Adalah Proksi USA / Israel

Bhai/DeeDee semua...

Video ini mungkin akan disekat. Video ini mungkin akan dipadamkan. Video ini mungkin akan dikenakan tindakan. Apa pun... gua tetap bertegas mengatakan bahawa Singapura adalah Proksi USA dan Israel.

Tindakan Singapura selama ini menunjukkan sebegitu.

Singapura akan laksanakan sekatan ke atas Russia

#Singapura #Singapore #Proksi #USA #Israel #Economy #Sekatan

15 December 2021

Siapa Yang Salah Sebenarnya??

Bhai/DeeDee semua...

Semalam kecoh isu mesin pengimbas (scanner) kontena milik Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja yang tidak berfungsi dengan baik dan ianya disentuh oleh Jabatan Audit Negara... 

Hari nih.. kecoh pulak dengan jawapan dari pihak pembekal yang dapat tender pembekalan tersebut...

Yang jadi isu disini... siapa yang salah sebenarnya.... takut last-last jadi macam yang dah biasa terjadi... senyap sunyi tiada tindakan sampai ke sudah... Huhuhu...



29 December 2020

Mael Lambong Senyap Sunyi

Bhai/DeeDee semua...

Biasa kalu si Mael Lambong mesti akan kepoh kecoh kalu ader benda berlaku ... kalu nih benda berlaku kat tempat dier sendiri... kawasan dier kontrol.... senyap jer tak berkutik si Mael Lambong nih...

Gudang simpan dan proses untuk Kartel Daging Haram nih terletak kat kawasan dier... kawasan bawah kawalan dier... takkan la dier tak tau...  Samseng apa sampai ader benda berlaku kat kawasan dier, dier tak tau... ker memang dier tau.... tapi sajer mau lepas tangan??

Hahaha.. lawak la kalu Kepala Samseng tatau apa yang berlaku dalam area dier...  memang jadi bahan gelak aaa kalu Kepala Samseng taikorsai tatau... Hahaha..

Aper pon... kita tengok jer la drama telenovela nih... kita tengok biler Mael Lambong nak bising...



24 December 2020

Ini Semua Salah DAP

Bhai/DeeDee semua...

Harga bawang dan segala mak nenek yang naik rupanya bukan sebab apa... semua sebab kawasan Pelabuhan kita yang sesak.... Kita ader beberapa pelabuhan utama... Tapi sampai sesak ni semua sebab apa?? Sebab tak cukup pelabuhan ka atau sebab tak cukup kakitangan nak handle pelabuhan ...

Atau..... kerenah birokrasi yang menyebabkan kesesakan ni???

Dari apa yang diketahui... rata-rata punca dapat dikenalpasti disebabkan kerenah birokrasi di Pelabuhan.. akibat dari prosidur yang kelam kabut ditambah pula dengan isu PKP yang menambahkan lagi beban pemprosesan kontena...

Pelik pun ada... Kenapa semua nak bertumpu di Pelabuhan Klang sahaja?

Mungkin bukan Pelabuhan Klang sahaja yang sesak.... mungkin pelabuhan lain juga sesak.. Apa kata kita manfaatkan Pelabuhan Tok Bali sebagai port tambahan untuk membawa masuk barangan impot terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan serta lain-lain barangan fresh.

Maybe juga kita kena tambah satu lagi pelabuhan di sebelah Pantai Barat ... Sama ada di Kuala Selangor kita buat pelabuhan baru... atau pun di Sabak Bernam... which ever is easier...

Kita kena tambah beberapa port (pelabuhan baru) agar proses kargo dan sebagainya dapat di uruskan dengan lebih baik...something need to be done la bhai... tabley nak tunggu dan lihat ja..

Amacam?



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1