Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label USA. Show all posts
Showing posts with label USA. Show all posts

07 October 2024

Setahun Telah Berlalu

Bhai/DeeDee semua...

Beberapa orang mungkin tidak menyangka bahawa setahun selepas serangan tanpa prisiden oleh Hamas ke atas Israel, bukan sahaja perang Israel menentang Hamas di Gaza masih berlarutan—sebuah peperangan yang telah meragut lebih 40,000 nyawa rakyat Palestin dan menghancurkan wilayah tersebut — tetapi juga perang lain yang melibatkan Lebanon.



Kebanyakan pemerhati yang mengikuti situasi ini percaya bahawa konflik antara Hezbollah dan Israel hanya menunggu masa. Selepas pertempuran terakhir pada tahun 2006, kedua-dua pihak terus membuat persediaan untuk konfrontasi seterusnya.

Namun begitu, ada rasa terkejut dan ketidakpercayaan terhadap skala peristiwa yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Lebih daripada 2,000 orang telah terbunuh di Lebanon setakat ini, dengan 1.2 juta orang lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka. Serangan udara Israel telah memusnahkan hampir setiap bahagian negara tersebut, termasuk ibu kotanya, Beirut.

Beirut, sebuah bandar yang sudah biasa dengan peperangan, kini mendapati dirinya berada di tengah-tengah konflik sekali lagi. Terdapat tanda-tanda bahawa bandar ini cuba menyesuaikan diri dengan realiti baharu, dengan beberapa kedai, restoran, dan bar mula dibuka semula di sesetengah kawasan. 

Namun, peringatan tentang peperangan tetap ada dan sukar untuk diabaikan: ambulans sering dilihat tergesa-gesa melalui trafik, letupan kuat akibat serangan udara kedengaran di seluruh bandar, dan puluhan orang yang kehilangan tempat tinggal tidur di jalanan serta taman awam.

Dengan kawasan selatan negara itu kembali dicerobohi tentera Israel, dan tiada tanda-tanda bahawa Israel akan mengurangkan intensiti serangannya terhadap Hezbollah — malah, yang berlaku adalah sebaliknya — ketakutan kini adalah bahawa ini merupakan permulaan kepada konflik yang luas dan panjang.

01 August 2024

Bukan Setakat Abang Adik, Tapi....

Bhai/DeeDee semua,,,,

Bukan setakat Abang Adik, tapi... sepupu sepapat... Hahahaha...
Kalau tak takkan la beriya-iya nak jugak bagi MAHB kat BlackRock si Yahudi tue... Hahahaha

Anwar Ibrahim?? Bertahun dah US sponsor


Ini Memang Lawak

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah,,,, sebijik macam perangai Anwar Ibrahim... kencing orang awam yang bodo boleh la...

Sapa percaya cakap Amerika nih... sama macam spesos yang percaya apa yamg Rafizi dan Anwar katakan pasai formulta turun harga minyak petrol la.... Hahahaha....

Sapa percaya penafian Amerika nih memang la bodo macam WalaNON


31 May 2024

Mengundang Campurtangan Asing

Bhai/DeeDee semua....

Bila Kerajaan itu lemah... bila pemimpin utama pun ader failnya dipegang oleh negara asing macam USA.... maka jadi macam ni la.... Perairan kita pon depa nak kawal... kedaulatan wilayah kita pon USA nak tentukan....

Payah aa....  Makin karut jadinya...

Ini baek ada makna ni


01 January 2024

MALAYSIA - Nota Bantahan Pun Tak Berani Nak Bagi...

Bhai/DeeDee semua...

Apa Tindakan Malaysia bila AS lulus jualan senjata kepada Israel?

Tak ada apa pun tindakan dari Malaysia. Senyap sunyi. Nak buat bantahan pun tabrani. Adoilah. Patut boleh ja PMX atau Menteri Luar panggil Duta USA untuk amik nota bantahan dari Malaysia...

Adoilah.

#Relevan #Palestine #Politik #MasaDepan #reactionvideo #reaksi #react
#CipanTapirTenuk #SocialCritics #C++ #KritikSosial

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com
Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 

29 October 2023

Jihadis La Konon

Bhai/DeeDee semua....

Kah Kah Kah .... sembang lebat dan hebat.... tapi....

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



27 October 2023

Solidariti Buat Palestine

Bhai/DeeDee semua...

Satu ja nak cakap... Betapa hipokritnya pihak-pihak ni semua...

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



25 October 2023

Natangyahoo Pun Sure Gelak

Bhai/DeeDee semua...

Satu dunia buat solidariti sama ada di depan Kedutaan Israel atau di Kedutaan US .... Tapi kat Malaysia nih terlebih langka... Kita buat Himpunan Solidariti di dalam Stadium Tertutup...

Hahaha... maybe penganjur takut VVIP terkena air hujan kot... Maklum la time nih musim hujan tak menentu...

Hahahaha... Natangyahoo pun sure gelak... Eh... Himpunan Solidariti nih ader jemput wakil kedutaan US ka?? Hahaha

=================
DAFTAR PERCUMA: Income bulanan Affiliate minima RM5 secara pasif : https://bit.ly/3UoWYX1
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ 



05 March 2023

Ketegangan Kuasa Ketenteraan Di Laut China Selatan

Bhai/DeeDee semua...

Tiada siapa yang boleh meramalkan peristiwa atau konflik masa depan. Memang tiada siapa.

Bagaimanapun, ketegangan dilihat semakin meningkat di Laut China Selatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh pertikaian wilayah antara China dan beberapa negara lain di rantau ini, termasuk Vietnam, Filipina dan Malaysia. Kawasan ini kaya dengan sumber semula jadi dan merupakan laluan perkapalan yang penting untuk perdagangan global, yang menjadikannya lokasi yang strategik untuk banyak negara.

Pertikaian itu berkisar tentang tuntutan wilayah yang bersaing di rantau itu, dengan China menuntut kedaulatan ke atas sebahagian besar Laut China Selatan melalui tuntutan "sembilan garis putus"nya, yang merangkumi kawasan yang luas. Negara-negara lain di rantau ini mempertikaikan tuntutan China dan telah menolak pengembangan wilayahnya.

Terdapat beberapa insiden konfrontasi antara China dan negara lain di Laut China Selatan, termasuk latihan ketenteraan, ujian peluru berpandu, dan pembinaan pulau buatan serta pertambahan aset ketenteraan milik China di kepulauan Paracel / Spratly. Walau bagaimanapun, sukar untuk meramalkan sama ada ketegangan ini akan meningkat menjadi konflik berskala penuh.

Amerika Syarikat juga terlibat dalam pertikaian itu, dengan Tentera Laut A.S. menjalankan kebebasan operasi navigasi secara tetap di rantau ini dan meningkatkan kehadiran tenteranya di kawasan itu. Ini telah merumitkan lagi keadaan dan meningkatkan risiko salah pengiraan atau peningkatan yang tidak diingini.

Secara keseluruhan, situasi di Laut China Selatan kekal sebagai isu yang kompleks dan berpotensi tidak menentu, dan ia berkemungkinan memerlukan usaha diplomatik dan kerjasama antara negara terbabit untuk mencari penyelesaian secara aman.

Amat perlu sekali Malaysia selaku sebuah negara neutral di rantau ini menjadi pemula dan peneraju untuk satu perbincangan diplomatik antara semua pihak yang terlibat demi untuk kepentingan semua.

errr... dah lama gua tak menulis cara ayat formal macam nih... Hahaha



02 March 2022

Terbukti : Singapura Adalah Proksi USA / Israel

Bhai/DeeDee semua...

Video ini mungkin akan disekat. Video ini mungkin akan dipadamkan. Video ini mungkin akan dikenakan tindakan. Apa pun... gua tetap bertegas mengatakan bahawa Singapura adalah Proksi USA dan Israel.

Tindakan Singapura selama ini menunjukkan sebegitu.

Singapura akan laksanakan sekatan ke atas Russia

#Singapura #Singapore #Proksi #USA #Israel #Economy #Sekatan

17 August 2021

Taliban Kuasai Afghanistan?

Bhai/DeeDee semua...

Ramai yang tanya pandangan gua... tanya pandangan Agensi berkaitan isu Taliban yang kini telah menguasai Afghanistan.

Jadi... nampak gayanya gua terpaksa juga usik sedikit... ulasan dari padangan peribadi gua...

Macam ni la... mungkin apa yang akan tulis tuliskan ini tak kena dengan pendapat dan pandangan korang... tapi gua harap korang baca juga dan fahamkan situasi itu dari sudut pandang yang berbeza...

Okeh... masa zaman gua sekolah dulu... gua pon ader bercita-cita nak join Mujahedeen di Afghanistan... sebab itu kalu sesapa yang pernah baca kisah yang gua tulis dulu.. yang macam mana gua boleh isi borang untuk jadi Mujahedeen.... sebelum gua isi borang untuk join France Foreign Legion.... dan akhirnya gua dapat tawaran untuk join Agensi..

Masa tu gua cuma tahu Mujahedeen di Afghanistan tu sedang berlawan dengan USSR (Russia)... darah muda... jadi biler hidup rasa boring... nak jer ader sesuatu dibuat ... dan keterujaannya.. Namun biler gua dapat join Agensi... pandangan gua tentang Afghanistan jadi berbeza.


 
Okeh... pertamanya.... Afghanistan nih aderlah satu negara yang ader banyak puak... dan puak-puak ini cukup taksub dengan kepuakkan mereka.. USSR (Russia) berjaya dihalau keluar bukanlah sebab puak-puak Afghanistan nih bersatu padu... depa sesama sendiri pun bertelagah... tak ngam.. malah boleh berbunuh sesama sendiri.... pernah jadi kes pasai kambing jer... satu kampung kena serang dan bunuh....

So...USSR (Russia) terpaksa keluar dan mengundur diri sebab kos operasi ketenteraan yang tidak menguntungkan USSR (Russia)... Kasualti dan risiko agak besar... malah nak kata ader telaga minyak yang banyak pun tak jugak... banyak kawasan kosong jer... tak banyak mineral pun... Aper pun kos operasi ketenteraan dan nyawa agak tinggi... So better USSR (Russia) walk-off dari Afghanistan...

That's also what happen to USA (Amerika Syarikat)... setelah berpuluh tahun... baru USA sedar yang mereka terlalu membuang banyak masa dan kos disana... yang dilihat tidak banyak berfaedah... Maybe ader sikit untung dari hasil tuaian dan jualan poppy dan marijuana... tapi itu la.... payah...

So... Taliban kini berkuasa di Afghanistan... Taliban nih asalnya adalah puak-puak yang mengamalkan Islam secara ekstreme... terlalu konservatif, jumud dan kolot.... sorry to say la... ini realiti.... Depa jenis takrifkan semua ajaran Islam secara "as is" ... dan terlalu mengikat... sampai kalu benda kecik dalam kes agama pun boleh jadi sesuatu yang besar dan memaksakan....

Tak salah pun sebenarnya... cuma Islam itu berkembang... dan berevolusi ikut keadaan semasa... benda 1400 dahulu wajarkan dinilai ikut situasi setempat dan keadaan masa kita... namun tak la menyimpang dari ajaran Islam yang sepatutnya..

Bab ini memang failed dalam Taliban... dan Taliban jugak menganggap apa-apa yang takder kena mengena dengan Islam dikira patut dihapuskan walaupun sesuatu itu ada relevannya ... sebagai contoh relik sejarah lama.... banyak yang dah dimusnahkan sebab non-Islamic katanya...

Memang kesian kat rakyat Afghanistan bilamana puak-puak ekstremis nih kuasai negara... Puak-puak nih bukan ader idea dan planning untuk mentadbir dan mengayakan negara.... depa tadbir ikut padangan Mullah mereka yang dangkal ideanya dan ianya tak boleh dikritik atau disanggah... Di Malaysia pun ader jugak jenis-jenis nih...

Itu negara Afghanistan la... memang kesian kat rakyat dier... tapi nak buat macam mana... dah depa rakyat sana... takkan nak bawak depa ke sini... Kat sini pon dah cukup banyak masalah dengan pentaksub agama yang langsung tabley dinasihat dan ditegur kritik....

So... apakah risiko kepada Malaysia dengan ujudkan Kerajaan Taliban di Afghanistan? Takder sangat lar... cuma risau sedikit la kalu ader yang terpengaruh dengan elemen ekstrimis dari Afghanistan nih.... yang ini kena cantas awal lar..

Jadi... harapan yang ader cuma sekadar jika Taliban 2.0 ini dapat memperbetulkan apa sahaja salahlaku dan salah tadbir yang pernah mereka buat dahulu... dan pastikan Afghanistan boleh kekal aman, damai dan kembali bangkit menjadi negara yang baik dan ekonominya meningkat...

Kesimpulannya.... apa yang berlaku adalah masih diperingkat awal.... kita tunggu dan lihat.. Tapi... gua nampak... Kalu Malaysia bijak... Malaysia boleh mengambil ruang dan peluang bekerjasama dengan Kerajaan Taliban di Afghanistan untuk membangunkan negara ini...

Industri, Infrastruktur, Petroleum, Telekomunikasi dan Financial.... ini cabang-cabang yang sepatutnya syarikat dari Malaysia ceburi.... deal lah dengan baik ... dan tentunya Kerajaan Taliban boleh menerima cadangan yang baik ini...

Gua nampak Taliban 2.0 nih ader potensi untuk jadi lebih baik dari sebelumnya (Taliban 1.0) dengan syarat pendekatan ekstremis tidak dibuat secara literal....

Cuma risiko tetap ader.. sebab puak-puak dalam Afghanistan nih benda kecik pon boleh jadi pemula kepada perang yang lama dan kematian yang tinggi... sebab depa dahulukan emosional berbanding rasional....

28 March 2020

Bala Apa Pulak Lepas Ni???

Bhai/DeeDee semua...

Satu perkara yang kita dapat lihat kesan dari Covid-19 nih adalah banyak negara yang kelihatan seperti "Headless Chicken" .. dimana para pemimpin negara tersebut kelam kabut dan tidak tahu apa yang nak dibuat...

Segala planning semua caca marba... semua kelam kelibut... pening

Tambah lagi dengan kantung negara yang cukup-cukup makan jer... memang tak menunjukkan boleh selamat dari kesan rantaian ekonomi yang bertimpa-timpa.... Tambah dengan kos penyediaan kemudahan kesihatan yang memakan belanja yang cukup besar...

Sekarang nih... Indonesia (yang penduduknyan ada seramai 330++ juta) sudah terkena wabak Covid-19 nih.... dan mereka kini difasa pertama.... sama seperti India..... bayangkan... dengan jumlah penduduk yang begitu ramai... Indonesia diramalkan akan terkena impak Covid-19 kepada hampir separuh warganegaranya...

Bayangkan impak ekonomi yang akan berlaku..

Bagaimana ini akan memberi kesan kepada negara serantau... dimana Malaysia dan Thailand masih lagi pening nak mengendalikan kes ini....

Teruk bhai... tambah lagi USA telah menjadi juara Covid-19 dimana lebih 100 ribu warganya terkena Covid-19 dan kadar kematian disana telah meningkat dengan mendadak dalam 24 jam...

Bala apa pulak lepas ni??? Moga Allah Taala melindungi kita...

Aamin Ya Rabb

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1