Ini memang satu kerja gila.... macam mana la segala kargo boleh lolos dengan mudah di Pelabuhan.... sampaikan kokain pon boleh lolos... Ini semua bukan tak sengaja... gua saspek ini semua pre-planned... sudah diplan oleh sindiket dan kartel serta kongsi gelap.... rasuah jangan tanya la... sure banyak punya..
Semua kontena yang membawa barang-barang yang diimport biasanya perlu melalui pemeriksaan kastam ketika tiba di pelabuhan. Pengimbas sinar-X membantu pegawai kastam melihat isi kontena.
Kegiatan penyeludupan dapat dikesan jika imej imbasan yang ditunjukkan tidak sesuai dengan barang yang diisytiharkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Bagaimanapun, tiga alat pengimbas didakwa didapati rosak dan dibiarkan tidak berfungsi selama setahun sejak Disember 2019.
Pelabuhan Barat Klang salah satu terminal perairan yang paling sibuk tidak hanya di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara.
Menurut laporan suku tahunan Westport Holdings, lebih daripada 7.7 juta TEU (Twenty Equivalent Unit) diproses dalam sembilan bulan pertama tahun 2020.
TEU adalah singkatan dari "unit setara dua puluh kaki" yang dapat digunakan untuk mengukur kapasiti membawa muatan kapal. Dimensi bagi satu TEU bersamaan dengan kontena kapal standard sepanjang 20 kaki (6.1m) dan tinggi lapan kaki (2.4m).
Adoilah.... payah kalu dari semua peringkat dalam Malaysia nih terlibat rasuah... dari Dewa Kayangan sampailah kepada Marhaen yang melata.... huhuhu
Ader paham ka??