Photobucket

Sahabat Maya :

Tuesday, June 19, 2012

Keperluan kerja, keutamaan kerja serta kualiti kerja.





Dasar etika 3K

elak kerajinan bawa kemudaratan




Oleh Sharifah Hayaati



Kerja berlandas keperluan, keutamaan

dan kualiti dijanji keuntungan dunia, akhirat








JIKA ada bertanya kepada seseorang
yang telah berjaya rahsia kejayaannya,
walau apa juga rahsia dikongsikan, bagi saya
semuanya bertitik tolak dari satu kata kunci iaitu
kerajinan kerana
'kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.





Peribahasa Melayu menyebut,
‘Rajin dan usaha tangga kejayaan’.
Kerajinan adalah kunci kejayaan,
menjadikan yang berat itu ringan,
sukar itu mudah dan bekerja sebagai
suatu rutin menyeronokkan.








Dalam Islam, setiap titik peluh kerajinan
dilihat dan dinilai Allah SWT.




Firman-Nya bermaksud:





“Bekerjalah kamu,

maka Allah dan Rasulnya

serta orang Mukmin akan melihat pekerjaanmu

dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)

yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan nyata,

lalu diberitakannya kepada kamu

apa yang telah kamu kerjakan.”

(Surah al-Taubah, ayat 105)






Sifat rajin menyebabkan seseorang mampu
melakukan sesuatu dengan kesungguhan tanpa
dipaksa dan menjadikannya suatu kebiasaan.
Apabila menyebut, ‘alah bisa, tegal biasa’,
sesuatu kerja kurang menyenangkan atau sukar
akan tidak terasa apabila sudah biasa dilakukan.







Kebiasaan itu pula tidak akan lahir tanpa kerajinan
sehinggakan apabila sifat rajin sudah sebati
dengan peribadi, seseorang itu akan rasa jemu
dan bersalah jika lebih banyak duduk atau berehat tanpa bekerja.








Kerajinan dalam ajaran Islam bukan sekadar
tuntutan akhlak terpuji tetapi juga tuntutan
memelihara maruah.
Bangsa yang rajin adalah bangsa bermaruah
dan yang malas adalah bangsa yang hina.









Justeru, Khalifah Saidina Umar al-Khattab
antara pemimpin dikatakan amat bertegas
dalam memerangi sifat malas dalam
kalangan masyarakatnya.








Beliau berkata, sesungguhnya Allah SWT
tidak menurunkan emas dan perak dari langit
sebagai menegur masyarakat yang lebih banyak
berdoa tanpa berusaha. Gesaan ini selari
galakan Rasulullah SAW supaya seorang
mencari kayu api untuk dijual
daripada meminta-minta.










Kerajinan itu lambang hamba Allah
yang beriman dan bersyukur.
Terlalu banyak ayat Allah dalam al-Quran
yang menggandingkan antara sifat orang yang
beriman dengan beramal salih atau bekerja.










Ada pandangan mengatakan gandingan ini
disebut tidak kurang daripada 50 kali
melambangkan kepentingannya yang terbukti
melalui gaya hidup nabi dan tokoh terbilang
yang telah menempa kejayaan masing-masing.








Kerajinan juga adalah umpan yang mampu menjala pelbagai bentuk manfaat. Bagi pekerja, kerajinan penting untuk menunaikan amanah kerja, memastikan dan mempercepatkan keberhasilannya serta memastikan kesilapan ditangani dengan tindakan membetulkan dengan segera.








Dalam Islam, setiap titik peluh kerajinan
dilihat dan dinilai Allah SWT. Firman-Nya bermaksud:








“Bekerjalah kamu,

maka Allah dan Rasulnya serta orang Mukmin

akan melihat pekerjaanmu dan kamu

akan dikembalikan kepada (Allah) yang

Maha Mengetahui akan yang ghaib dan nyata,

lalu diberitakannya kepada kamu apa

yang telah kamu kerjakan.”

(Surah al-Taubah, ayat 105)










Bahkan,
ia tidak dianggap sia-sia oleh Allah SWT
walaupun hasil kerja keras dan kerajinan itu
belum membuahkan natijah atau hasil seperti diinginkan.
Ia tetap dinilai sebagai suatu sedekah
yang memberi pahala kepada pelakunya.










Sabda Rasulullah SAW:




“Tidak seorang Muslim pun

yang menanam pohon atau hasilnya

dimakan oleh burung atau manusia

ataupun makhluk lain, kecuali Allah

akan menganggap perbuatannya itu sebagai sedekah.”

(Hadis riwayat Imam Bukhari)









Bagaimanapun, kerajinan bekerja juga
perlu berdasarkan etikanya supaya tidak menjadi apa
yang disebut sebagai
‘rajin tak tentu pasal’ atau ‘rajin tak bertempat’.








Etika kerajinan itu ialah
kerajinan melakukan sesuatu
dengan menitikberatkan dasar 3K.










Keperluan kerja,
keutamaan kerja serta kualiti kerja.
Dasar yang dinamakan sebagai 3K ini juga
mampu mengelakkan kerajinan yang membawa
kepada kemudaratan iaitu apabila kerajinan
mengakibatkan pengabaian tanggungjawab asas
kepada hak Allah, keluarga, masyarakat dan diri.










Justeru, insan yang rajin dan menjaga etikanya
akan meraih keuntungan hebat di dunia
dan akhirat iaitu kerja berprestasi, keampunan
dan rezeki melimpah ruah seperti janji Allah.








Firman-Nya yang bermaksud:





“Dan

barang siapa mengerjakan pekerjaan

yang baik-baik, lelaki mahupun perempuan,

sedangkan ia beriman, maka mereka

akan dimasukkan ke dalam syurga,

mereka diberikan rezeki didalamnya tanpa hisab.”

(Surah al-Mukminun, ayat ayat 40)








Janji keampunan Allah SWT pula
dinyatakan dalam firman bermaksud:





“Maka orang yang beriman

dan mengerjakan amal salih,

bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.”

(Surah al-Hajj, ayat 50)









Justeru, kesedaran pentingnya sifat rajin
berserta inisiatif serta insentif untuk
membugar kerajinan bekerja perlu sentiasa disuburkan
dalam minda dan diri kita semua.
Pada masa sama,
perkara yang boleh membantutkan atau melemahkan
semangat kerajinan di tempat kerja perlu dielakkan.











Seperti prosedur kerja yang terlalu rumit,
kegagalan membina pasukan kerja yang baik
dan semangat saling dan mudah bekerjasama,
penghargaan setimpal, perlin-dungan kebajikan
walaupun kepada pekerja berstatus
sementara atau kontrak.













Mudah-mudahan setiap daripada kita
akan dapat membangun bukan sekadar sistem kerja
dan menunaikan amanahnya tetapi dapat
mewariskan contoh teladan melalui budaya kerja
berasaskan kerajinan kepada anak bangsa kelak.












Penulis ialah pensyarah

di Jabatan Siasah Syariyyah,

Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya (UM)









Sumber









Teruskan membaca..

Dr Ali Hamsa dilantik KSN baru




Dr Ali Hamsa dilantik KSN baru


Datuk Seri Dr Ali Hamsa
Datuk Seri Dr Ali Hamsa



KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.





Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Kenyataan itu berkata, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Ali.






Dr Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.






Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.







Beliau mempunyai pengalaman kerja luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Disember 1997 hingga 21 April 2009.







Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.






"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Mohd Sidek Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. - BERNAMA













Teruskan membaca..

Rakyat Malaysia pertama felo Universiti Cambridge





Rakyat Malaysia pertama

felo Universiti Cambridge



KUALA LUMPUR: Tutor Universiti Putra Malaysia (UPM), Azree Shahrel Ahmad Nazri (gambar) menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik sebagai felo penyelidik bidang matematik gunaan di Universiti Cambridge, United Kingdom.




Pelantikan di Trinity College itu adalah hasil pencapaian beliau yang menakjubkan sepanjang sesi pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang matematik di universiti terkemuka dunia berkenaan sejak 2008.




Anak muda kelahiran Terengganu berusia 32 tahun itu adalah tutor Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat UPM.




Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit. - Dr Pietro Lio’, Pensyarah kanan Universiti Cambridge





Pensyarah kanan Universiti Cambridge, Dr Pietro Lio’ dalam surat sokongannya kepada UPM menyifatkan Azree sebagai pelajar berbakat.






Beliau menyifatkan kebolehan Azree yang menjalani latihan berkembar di makmal biologi dan molekular serta sistem biologi statistik sebagai jarang berlaku di Universiti Cambridge.






“Seingat saya tiada pelajar Cambridge berbuat demikian. Saya amat terkejut dengan kebolehannya yang boleh menggabungkan ilmu statistik dengan bioinformatik untuk menyelesaikan persoalan biologikal yang rumit,” katanya.





Beliau juga berkata, jawatan itu hanya ditawarkan kepada penyelidik yang berkebolehan serta bijak dan sebagai penyelidik, Azree boleh menumpukan penyelidikan dalam bidang matematik gunaan tanpa beban mengajar, seterusnya memulakan kariernya ke peringkat lebih tinggi.





Azree ketika dihubungi di London bersyukur dengan pelantikan selama tiga tahun yang akan bermula Ogos depan.







“Alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu, Junaidah Embong dan ayah, Nazri Ahmad serta isteri Azwanis Abdosamad kerana sanggup berkorban. Saya akan membuat penyelidikan sepenuh masa di sini,” katanya menerusi SMS.







Menyifatkannya sebagai tugasan berat, Azree berkata tawaran itu adalah titik permulaan baginya untuk menyokong hasrat negara mencapai Wawasan 2020.








Teruskan membaca..

Rayuan punca masalah pindah guru





Rayuan punca masalah pindah guru



TAN Sri Muhyiddin Yassin mengaku Kementerian Pelajaran menghadapi masalah untuk memindahkan guru berikutan timbul isu kemanusiaan dan rayuan yang perlu diambil kira.






Timbalan Perdana Menteri berkata, kekangan penempatan semula menjadi punca utama kementerian tidak dapat memenuhi tuntutan keperluan sebenar, menyebabkan isu kekurangan guru berlarutan.





“Saya kena akui dalam Parlimen, kita menghadapi masalah apabila mengeluarkan arahan perpindahan, ada rayuan, kadang-kadang orang politik memberi surat sokongan (supaya) janganlah pindahkan mereka (guru) kerana diperlukan.





Jika kita hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkan kita tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap. - Tan Sri Muhyiddin Yassin.





“Jika kita hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkan kita tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap,” katanya menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).






Dalam konteks ini, Muhyiddin berkata, agensi dan jabatan lain turut menghadapi masalah sama dari segi penempatan semula kakitangan mereka, namun berikutan saiz kementerian besar meliputi satu pertiga daripada penjawat awam dengan membabitkan 500,000 guru, isu berkenaan perlu diuruskan secara teliti untuk penyelesaian jangka panjang.




Katanya, ini meliputi aspek pengurusan dan pentadbiran mengenai pengambilan dan penempatan guru, terutama menerusi kajian semula sistem pendidikan negara yang sedang dijalankan, walaupun masalah kekurangan yang berlaku atas faktor seperti persaraan, sakit dan cuti bersalin tidak mungkin dapat diatasi 100 peratus.








Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...