Photobucket

Sahabat Maya :

Monday, January 18, 2010

CHINESE " ELEPHANT MAN "

echina 01 Dia Digelar “Elephant Man”

Dia digelar “Elephant Man” kerana tumor di mukanya. Lelaki ni berumur 31 tahun dan mendapat tumor dimukanya sejak lahir. Kesannya bukan sahaja dari segi fizikal malah membawa kesan dari segi mental dan emosi dirinya. Dia terpaksa membawa tumor ni kemana-mana dan mengalami kesukaran untuk berjalan.

Tetapi baru-baru ini, dia mengambil keputusan untuk membuang tumor dimukanya. Kata doktor, kes seperti ini adalah paling jarang dan pelik pernah berlaku walaubagaimanapun membuang tumor tersebut tidak menjadi masalah buat mereka.

echina 02 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 03 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 04 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 05 Dia Digelar “Elephant Man”

echina 06 Dia Digelar “Elephant Man”


Teruskan membaca..

SPM 2010 ikut Formula 10 + 2


NIK NUR MADIHAH NIK MOHD KAMAL (20A)


KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Formula 10 + 2 iaitu dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada pelajar bagi mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan sahaja.

Perkara itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009 untuk menerima rayuan pelbagai pihak agar calon SPM dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan mulai tahun peperiksaan 2010.

Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil. Sementara itu, calon-calon SPM yang mengambil aliran agama sains pula dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

Kelonggaran itu boleh diguna pakai bagi semua pelajar di semua aliran. Syarat-syarat lain pengambilan mata pelajaran dalam peperiksaan SPM, termasuk syarat mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif sedia ada dikekalkan.

Formula 10 + 2 diterima oleh kerajaan dengan syarat mata pelajaran tambahan yang dinyatakan akan hanya diambil kira dalam penganugerahan Biasiswa Nasional tajaan Kerajaan sekiranya ia termasuk dalam 10 mata pelajaran maksimum yang diambil oleh murid.

Selain itu mata pelajaran tambahan tersebut hanya diambilkira dalam pengiraan mata, bagi tujuan kemasukan ke kursus-kursus Pengajian Bahasa Tamil, Bahasa Cina, Bahasa Arab atau kursus-kursus berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Kedua-dua mata pelajaran tambahan itu boleh digunakan bagi menyertai latihan perguruan untuk menjadi guru bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Arab.

Keputusan dalam peperiksaan SPM bagi kedua-dua mata pelajaran tambahan itu akan dicatakan di atas sijil SPM yang sama.

Dengan formula 10 + 2 itu, diharap tidak timbul lagi masalah pelajar yang tidak dibenarkan mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil.

Selain itu, pelajar aliran agama sains juga boleh mengambil mana-mana 10 mata pelajaran dan satu mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Arab walaupun selepas 2010.

Keputusan kerajaan membenarkan dua mata pelajaran tambahan dalam peperiksaan SPM ini adalah selaras dengan peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Teruskan membaca..

Tragedi Perahu Naga

2 lemas, 4 hilang


AHLI keluarga meratapi mangsa tragedi perahu naga.

Latihan mendayung perahu naga Sekolah Menengah Chung Ling, Pulau Pinang bertukar tragedi selepas berlanggar dengan tongkang

GEORGETOWN: Latihan mendayung perahu naga oleh pasukan Sekolah Menengah Chung Ling bertukar tragedi apabila guru penasihatnya serta seorang pelajar lemas, manakala empat lagi hilang selepas perahu mereka dipukul ombak dan berlanggar dengan tongkang di Perairan Pantai Macalum di sini, semalam.BERITA PENUH
Teruskan membaca..

Panik!!!!!!!

Terasa mual, pening dan menggigil

Serangan panik melampau boleh diatasi asalkan individu bijak mengawal stres dan ketakutan yang dialami.




MEMBERSIHKAN muntah setiap hari sudah menjadi rutin wajib ibunya. Dia muntah bukan kerana sakit atau demam. Tapi, hanya disebabkan serangan panik melampau yang sering dialami.BERITA PENUH

Teruskan membaca..

Buaya Di PD

Mungkin kes buaya sesat - Pakar


KESAN luka pada kaki kanan Mohamad Helme yang didakwanya mungkin gigitan buaya.



KERATAN muka depan Kosmo! Ahad semalam.


KUALA LUMPUR - Jika benar dakwaan ada buaya di pantai Port Dickson, reptilia itu telah tersesat dan tidak mungkin boleh hidup lama disebabkan sukar mencari makanan berbanding habitat asalnya.

Pensyarah Institut Oceanografic Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Sulung Ibrahim berkata, kehadiran buaya di kawasan pantai bukan sesuatu yang mustahil kerana ia boleh hanyut dan dibawa arus pada waktu banjir.

"Walaupun secara rasionalnya buaya dari muara Sungai Linggi tidak mungkin hanyut ke Port Dickson kerana jauh, tidak mustahil jika ia datang dari sungai-sungai kecil berhampiran,'' jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu. KOSMO

Teruskan membaca..

Tragedi Perahu Naga

Guru, pelajar lemas, empat hilang


ANGGOTA penyelamat mengusung mayat yang ditemui dalam kejadian perahu naga terbalik di George Town semalam.


GEORGE TOWN - Latihan menyertai Kejohanan Perahu Naga pada bulan Jun ini oleh pasukan Sekolah Tinggi Chung Ling di sini berakhir tragedi apabila bot yang dinaiki terbalik dan mengorbankan dua nyawa manakala empat pelajar lagi hilang.BERITA PENUH

Teruskan membaca..

Kena buang sekolah ke ?

Hukuman buang sekolah kalau tidak pakai topi keledar


KA SIONG (tengah) bersama Suret Singh (kiri) dan Kay memakaikan topi keledar kepada tiga orang murid di Gelang Patah, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Mana-mana pelajar sekolah yang 'besar kepala' dengan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke sekolah mungkin berhadapan tindakan gantung atau buang sekolah selepas ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya akan mempertimbangkan cadangan tersebut jika pelajar terbabit masih tidak berubah meskipun beberapa kali diberikan kaunseling termasuk memanggil ibu bapa pelajar terbabit ke sekolah.

"Pemakaian topi keledar amat penting kerana berdasarkan statistik baru-baru ini, 2,000 daripada 6,000 kemalangan maut adalah melibatkan penunggang motosikal.

"Sekiranya pelajar enggan memakai topi keledar, tidak kira di kawasan pedalaman atau bandar, pihak kementerian tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan peraturan itu jika pelajar masih tidak berubah meskipun ibu bapa telah dipanggil dan diberikan kaunseling berkali-kali," katanya.

Teruskan membaca..

Anugerah Tertinggi Untuk Najib

PM terima anugerah tertinggi


PM TERIMA ANUGERAH TERTINGGI ARAB SAUDI

RIYADH 17 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi iaitu Anugerah Raja Abdulaziz Kelas Pertama, menyifatkan ia satu manifestasi hubungan yang sangat akrab antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri yang menerima anugerah berkenaan daripada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini semalam berkata, ia juga melambangkan potensi yang amat besar untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang bukan sahaja dalam konteks kepentingan negara itu dan Malaysia tetapi bagi kepentingan ummah sejagat. BERITA PENUH

Teruskan membaca..

Britain Cadang Haram Purdah

Parti di Britain cadang haram purdah

18/01/2010 3:14am

LONDON 18 Jan. – Parti berhaluan kanan Britain, Parti Bebas United Kingdon (UKIP) mengesa supaya pemakaian purdah di kalangan wanita Islam di tempat awam di negara ini diharamkan.

Kerajaan, bagaimanapun berkata, cadangan mengenakan larangan tersebut akan mencabul nilai toleransi di Britain.

Penggubal undang-undang UKIP, Nigel Farage memberitahu BBC bahawa pemakaian purdah melambangkan `simbol yang membahagi-bahagikan Britain’ dan menghalang wanita Islam berasimilasi dengan cara hidup negara ini.

Bagaimanapun, tidak ada parti utama di Britain yang menyokong cadangan tersebut.

Setiausaha Pendidikan, Ed Balls berkata, pengharaman pemakaian purdah di tempat awam `bukan amalan Britain, ia tidak adil dan tidak selari dengan tradisi kebebasan yang diamalkan di negara ini’. – AP

Teruskan membaca..

Gempa - Haiti

Korban gempa di Haiti mungkin capai 200,000 orang

18/01/2010 3:14am

WASHINGTON 18 Jan. – Masyarakat antarabangsa bimbang angka kematian akibat bencana gempa bumi di Haiti mungkin mencapai sehingga 200,000 orang.

Timbalan Komander Pemerintah Tentera Selatan Amerika, Leftenan Jeneral Ken Keen, bagaimanapun berkata, buat masa ini tidak ada sesiapa boleh mengesahkan angka itu.

“Kami sedang bersiap sedia untuk sebarang keadaan buruk,” katanya ketika ditanya oleh ABC News, sama ada angka kematian mencapai sehingga 150,000 ke 200,000 orang.

Beliau menyifatkan angka tersebut sebagai `angka permulaan’ tetapi mengingatkan bahawa `ia terlalu awal untuk memberikan jumlah sebenar mangsa yang terkorban’.

Kerajaan Haiti dan agensi bantuan sebelum ini menganggarkan jumlah kematian akibat gempa di negara itu ialah antara 50,000 hingga 100,000 orang. – AFP

Utusan Malaysia

Teruskan membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...