Showing posts with label Aneka Roti. Show all posts
Showing posts with label Aneka Roti. Show all posts
Tuesday, May 22, 2012
SANDWICH TELUR DADAR
Assalammualaikum & selamat pagi Rabu
Awal pagi ni (4:45 pg) bagun tuk bersahur. Termenung sekejap memikirkan apa nak makan. Tekak dah tak brapa lalu nak makan nasi. Terpandang roti Gardenia atas meja terus menjelma ilham nak buat sandwich. Tetiba teringat malam hari Ahad tempohari CK berkesempatan pergi pasar malam di Balik Pulau. Sewaktu meninjau ninjau barang2 jualan kat situ CK ternampak gerai menjual "Kebab Thai". CK singgah dan beli 2 keping 1 perasa ayam & 1 perasa sardin. Enak juga rasanya bila dilayan lebih2 lagi sewaktu perut tengah berkeroncong. Masa menunggu salah seorang penjualnya membungkus pesanan, CK sempat tengok cara2 membuatnya. Pagi ni bila CK buat sendiri CK olah mengikut keselesaan & kesesuian sendiri. Perkara pertama yang CK olah ialah nama resepinya hehehe... Resepi asal intinya dibuat dari daging@ayam cincang & diletakkannya sayur segar. CK sesuaikan dengan apa saja bahan yang ada dalam esbok. Jom tengok resepi simple ni.
SANDWICH TELUR DADAR
sumber : chekiahcollection.blogspot.com
BAHAN2NYA:-
Inti:-
2 3 batang sosej ayam!@daging (potong dadu)
2 ulas bawang merah..cincang
1 ulas bawang putih..cincang
sdkt garam halus
sdkt serbuk lada hitam@putih
mixed vegetables secukupnya
1 sudu besar mentega@minyak masak
Cara Menyediakan inti :-
Panaskan mentega@minyak
Goreng sekejap sosej ayam@daging..angkat ketepikan
Dengan baki minyak, tumis cincangan bawang merah & bawang putih hingga layu
Masukkan mix vege, garam & serbuk lada, kacau rata & sesuaikan rasa
Akhir sekali campurkan sosej dan kacau sebati..ketepikan
Bahan2 Lain:-
beberapa keping roti sandwich
mayonese
kepingan keju
sos cili & sos tomato
sedikit minyak
telur
Cara Menyediakan Sandwich:-
Panaskan sedikit minyak dalam pan
kocok telur & masukkan kedalam pan..dadarkan telur
letakkan sekeping roti sandwich kedalam telur
masukkan 2 sudu besar inti..ratakan atas roti
letakkan mayonese, sos tomato & sos cili..ratakan
letak sekeping lagi roti diatasnya
kemudian lipat telur atas roti dan balikkan
setelah kedua dua belah kuning keperangan boleh lah di angkat
sedia di hidangkan
*Selamat Mencuba*
Tuesday, February 21, 2012
ROTI GORENG
Assalammualaikum & salam pagi Rabu
Hari ini cuaca kembali panas setelah 2 hari yang lepas pada sebelah malamnya hujan turun begitu lebat sekali. Agak lama area umah CK tak hujan tetiba malam tu "dia sesah sungguh2" (ayat orang Penang bila hujan terlalu lebat) Walau apa pun keadaan cuacanya kita terima dengan penuh kesyukuran biasalah kan kalau ari2 hujan pun tak best juga dan kalau tiap2 hari panas pun dah rasa rimas pulak kan..apa2pun pasrah jer lerrr..
Pagi ni ingat nak ajak encik somi gi breakfast kat luar tapi sekali selepas subuh terus terlelap terlajak hingga hampir ke tengahari hehehe..sedar2 encik somi dah berangkat ketempat kerja. Bila dah bangun lewat biasalah perut dah mula minta diisi jadi jalan yang senang CK buat roti goreng kosong (kosong sebab takder letak apa2 inti didalamnya) Kebetulan roti masih berbaki separuh bungkus lagi maka CK buat kesemuanya memandangkan esok adalah tarikh luputnya.
Sebelum ni pernah letak N3 roti goreng pedas dimana diatas roti tu di letakkan tuna pedas dan sardin pedas so kali ni plain jer. Selalunya orang try test buat yang plain dulu baru buat yang berinti tapi CK terbalik lah pulak, alahaiii stended ler kan CK dengan sifat yang macam2 ada hehehe..
Senang jer cara nak buat roti goreng asas ni, bahan yang digunakan pun sedikit sahaja. Pada resepi roti pedas sebelumnya CK gunakan telur untuk mencelup roti tapi kali ni guna adunan tepung (batter) pulak. Jom tengok resepinya:-
ROTI GORENG
Bahan2nya:-
10 keping roti sandwich (potong 2 atau 4)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telur
sedikit garam
sedikit gula
sedikit pewarna kuning (jika suka)
minyak secukupnya
Cara Membuatnya:-
1.Campurkan kesemua bahan kecuali roti. Pukul guna whisk.
2.Celup roti dalam bancuhan tepung. Gorengkan dalam minyak yang panas.
3.Balikkan sehingga kuning keperangan. Angkat & toskan
Sunday, January 30, 2011
ROTI GULUNG SOSEJ
Sejak malam tadi memang ada nawaitu nak buat roti gulung sosej. Pepagi terlewat bangun maka keadaan sedikit kelam kabut namun akhirnya anak bongsu dan che abang dapat juga menjamah sebelum keluar pergi ke tuition dan kerja. Persediaannya tidak lah susah sangat tapi di sebabkan mengejar masa maka benda yang simple pun menjadi susah :)
Bahan-bahannya :-
10 keping roti digelek atau di tekan2 nipis (sebarang roti sandwich)
10 batang sosej ayam@daging (di rebus atau di celur dlm air panas sekejap)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur
mayonese (jika suka)
garam (jika perlu sebab sesetengah sosej memang tersedia masin)
bread crumb(serbuk roti) atau quaker oat (quaker oat slalu mejadi penyelamat bila kehabisan bread crumb)
minyak secukupnya untuk menggoreng tenggelam (deep fry)
Cara Membuatnya:-
pukul telur bersama serbuk lada hitam & sedikit garam
sapukan mayonese di atas roti dan letakkan sebatang sosej kemudian gulung
ambik gulungan roti golek di atas bancuhan telur angkat dan golek atas serbuk roti
masukkan gulunga roti yang sudah bersalut kedalam minyak yang telah di panaskan terlebih dahulu (dalam keadaan api yang perlahan)
goreng lah sehingga keperangan..angkat dah letak di atas redai kueh untuk menyejatkan minyak yang menjerab
Roti Gulung Sosej
roti gulung sosej yang telah siap di masak
Bahan-bahannya :-
10 keping roti digelek atau di tekan2 nipis (sebarang roti sandwich)
10 batang sosej ayam@daging (di rebus atau di celur dlm air panas sekejap)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 biji telur
mayonese (jika suka)
garam (jika perlu sebab sesetengah sosej memang tersedia masin)
bread crumb(serbuk roti) atau quaker oat (quaker oat slalu mejadi penyelamat bila kehabisan bread crumb)
minyak secukupnya untuk menggoreng tenggelam (deep fry)
Cara Membuatnya:-
pukul telur bersama serbuk lada hitam & sedikit garam
sapukan mayonese di atas roti dan letakkan sebatang sosej kemudian gulung
ambik gulungan roti golek di atas bancuhan telur angkat dan golek atas serbuk roti
masukkan gulunga roti yang sudah bersalut kedalam minyak yang telah di panaskan terlebih dahulu (dalam keadaan api yang perlahan)
goreng lah sehingga keperangan..angkat dah letak di atas redai kueh untuk menyejatkan minyak yang menjerab
roti gulung sosej yang sedia untuk di makan
Subscribe to:
Posts (Atom)