Assalammualaikum & Selamat Malam.
Cuaca seharian hari ini panas terik. Sejak awal pagi Ck banyak membasuh & mencuci. Hari ni tahap kerajinan lebih dari biasa so selain membasuh baju (washing machine yang buat hehe..) CK juga mencuci parit belakang rumah dan menyental lantai dihadapan gate yang sedikit berlumut. Bila cuaca panas terik kejap sahaja semua jemuran, cucian dan sentalan kering.
Lunch makan biasa2 jer, nasi putih, kerang rebus cicah air asam, ikan kembung sumbat serunding kelapa & telur mata masak sos. Telur mata masak sos ni adalah edisi mengajar anak dara bongsu. Cuti kali ni CK kerah dia masak simple2 apa saja yang dia tahu. Selain dari rebus kerang dan buat air asam dia belajar buat telur mata kerbau masak sos. Katanya tak der lah payah mana pun kan so next time dia plak yang nak buat sendiri, Alhamdulillah...kena lentur dari sekarang tapi tu pun ikut mood dia juga, kalau dia pun malas mengalahkan CK hurmmm beli lauk kedai lah jawabnya hehehe...!!!
Rasanya semua orang dah tahu resepi simple ni tapi mungkin juga ada seperkara dua step atau bahan yang tak serupa. Ini adalah resepi yang CK biasa masak sejak masa anak dara dulu. Terima kasih untuk bunda CK yang tak jemu2 perturunkan segala ilmu.
TELUR MATA MASAK SOS
resepi : Che Kiah
Bahan2nya:-
4 biji telur ayam..digoreng menjadi telur mata kerbau
1 biji bawang besar..dipotong kasar bentuk bulat
1 biji tomato..dipotong dadu
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
garam, gula & serbuk perasa secukupnya
hirisan cili merah & hijau atau cili padi (optional)
2 sudu besar minyak
BAHAN KISAR:-
1 sudu besar cili kering kisar@cili boh
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping hirisan halia
Cara Memasaknya:-
Panaskan minyak dalam kuali.Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga naik bau. Masukkan sos tomato, sos cili, bawang besar, tomato dadu dan sedikit air.
Tambah garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sehingga sedikit pekat dan masukkan telur mata kerbau dan balik2kan agar kuahnya menyerap kedalam telur. Siap dihidangkan
*Selamat Mencuba*
ada mcm2 style goreng telur mata, kat rumah anak2 lebih suka telur kuningnya tak keras..goyang2 gitu :)
penyediaan kuah yang samada disiram diatas telur atau masukkan sekejap telur kedalam kuah
siap sudah..kuah trpulanglah nak sedikit ker nak banjir ker hehe...!!!